You are on page 1of 10

KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa


yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran
membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar
dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan
yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain.
Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan
daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang.

Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca


memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis
kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya.
Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti
verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan
bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan
menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.

Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan


pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas
bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang
pendidikan. Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama
kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Kebolehan membaca bukan sahaja
dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan
sosial, malah sistem persekolahan itu sendiri menganggapnya sehingga ke
peringkat yang lebih tinggi.

Takrif membaca

Ada banyak huraian berkaitan takrif membaca. Membaca dimaksudkan sebagai


proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan
bertulis (Harris dan Sipay, 1980). Proses membaca juga dikatakan sebagai
keupayaan seseorang itu mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu

1
dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya
berupaya mentafsirkan maksudnya.

Bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca berteraskan keinginan mewujudkan
interaksi antara penyampaian idea penulis denga tanggapan yang dibuat oleh
pembaca. Di samping itu, Goodman (1973) pula menyatakan membaca adalah
proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang
terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan
pengamatan yang dilakukan. Ini menunjukkan melalui proses itu wujud interaksi
antara bahasa dengan pemikiran kerana hubungan hubungan antara bahasa
dengan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas. Kita
menggunakan bahasa bagi melahirkan pemikiran yang wujud dalam minda.

Jenis peringkat membaca

Terdapat empat jenis peringkat membaca iaitu;

 Bacaan mekanis (bersuara)


 Bacaan mentalis / akaliah (kefahaman)
 Bacaan intensif (mendalam)
 Bacaan ekstensif (meluas)

2
BACAAN INTENSIF (MENDALAM)

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan


kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan
tepat. Di samping itu ia memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri-ciri
tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian
bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif
biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama
dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Bacaan intensif melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan
bacaan. Biasanya, ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk
mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, telaah kata, diskusi umum dan
sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan, iaitu
yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua
perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan
membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi ini, membaca teliti, membaca
pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan. Sementara
dalam membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang menyangkut bahasa ditegaskan.

Setelah murid-murid memperolehi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca,


mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas.
Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut perkataan-perkataan
dengan jelas dan tepat, menggunakan intonasi, gaya dan tekanan yang betul, tetapi
mereka juga harus boleh memaham dengan baik apa sahaja yang dibaca. Untuk
mencapai maksud ini latihan bacaan intensif boleh dilaksanakan.

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan


kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan
tepat. Di samping itu, ia memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri
tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian
bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif
biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama
dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

3
BACAAN MENTALIS / AKALIAH (KEFAHAMAN)

Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan
membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan
ingatan. Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan
pemahaman. Membaca mentalis ialah kunci bagi segala ilmu pengetahuan.
Membaca mentalis merupakan aktiviti membaca yang dapat menguasai sebahagian
besar hidup kita. Dibandingkan dengan membaca nyaring, dapat dilakukan di mana-
mana sahaja. Ketika kegiatan membaca dilakukan, orang lain tidak terganggu.

Dalam kehidupan yang sebenar, setiap anggota masyarakat membaca bahan-bahan


yang sesuai dengan selera dan pilihan masing-masing. Ini dilakukan tanpa paksaan
daripada mana-mana pihak. Membaca secara perseorangan menuntut selera
masing-masing dan ini disebut sebagai personalized reading. Pengajaran membaca
seperti ini merupakan satu falsafah pengajaran yang melibatkan satu pendekatan
terhadap organisasi kelas. Berdasarkan konsep bahawa setiap kanak-kanak harus
mencari, memilih, melangkah dan maju sendiri, program membaca perseorangan
adalah satu strategi yang amat menarik. Hal ini dipercayai dapat memenuhi
keperluan individu tersebut secara berkesan.

Biasanya, membaca dalam hati atau membaca senyap ini melibatkan dua jenis
bacaan, iaitu membaca intensif dan membaca ekstensif. Kedua-duanya mempunyai
ciri-ciri yang tersendiri.

Oleh itu, bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau
menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan
bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa perkara
yang dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan yang jelas dan
sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini dijalankan
sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis.

4
BACAAN MEKANIS (BERSUARA)

Membaca bersuara sering juga memakai nama-nama yang berbeza seperti


membaca mekanis, membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring. Walau
apapun nama yang digunakan, membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti
membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan
informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Bacaan mekanis adalah
bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang,
dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan
menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai
kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang
dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan
mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata dengan baik dan
tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.

Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan


kompleks. Ia menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan
memproduksi suara yang tepat dan bermakna. Dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa, membaca mekanis yang digunakan lebih tertumpu kepada usaha
menganalisis pengucapan daripada pemahaman. Membaca mekanis adalah satu
teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta mengembangkan
sejumlah ketrampilan serta minat. Oleh sebab itu, dalam mengajarkan ketrampilan
ini, guru harus dapat memahamkan proses komunikasi dua arah. Lingkaran
komunikasi belum sempurna sekiranya pendengar belum dapat memberi tanggapan
secukupnya terhadap fikiran atau perasaan yang diekspresikan oleh pembaca.

Untuk membolehkan penguasaan membaca nyaring atau membaca secara


mekanis ini, pembaca haruslah dapat terlebih dahulu menguasai ketrampilan
persepsi yang melibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkannya
mengenal, memahami kata-kata dengan cepat dan tepat. Aspek lain yang sama
pentingnya ialah kemampuan mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan
fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar. Untuk membantu pelajar
menangkap serta memahami maksud pengarang secara berkesan.

5
Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks
sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber.
Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca
secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara
intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar
perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu
membimbing pelajar pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah
rendah lagi.Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti
yang berikut;

 untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau
perkara.

 untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau


perkara.

 untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang


sesuatu konsep.

 untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan.

Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu;

 membaca pantas

 membaca kritis

Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan


scanning, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan
teknik seperti KWLH dan SQ3R.

Teknik Membaca KWLH

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;


K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)

6
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk
membaca seterusnya)

Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana
pembaca;
mengingat dahulau apa yang telah diketahui
membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan
menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan
seterusnya)

Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar


mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca
menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan
menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat
maklumat tambahan

Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di


bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.

Know (K) Want (W) Learned (L) How (H)


Apa yang sudah Apa yang hendak Apa yang telah Apa lagi maklumat
diketahui? diketahui? dipelajari/diperoleh? tambahan diperlukan?

       

       

       

Teknik Membaca SQ3R

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961).
Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal

7
kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan
tugasan yang perlu diselesaikan.

SQ3R adalah singkatan bagi;

S (survey)     tinjau

Q (question) soal/tanya

R (read)       baca

R (recite)     imbas kembali atau nyatakan secara lisan

R (review)   baca semula

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan


tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan
meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik,
membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian
buku atau  teks.

Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu


skimming dan scanning.

Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan
satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan
dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan
pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya
menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan
kepada soalan-soalan tersebut.

Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut
secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang
telah disenaraiakannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan
menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman
dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga
mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

8
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga.Setelah selesai membaca,
pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang
telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks
tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan
sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-


bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan
kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada
fakta penting yang tertinggal.

Skimming dan Scanning

Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang
ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti
buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi
perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum.
Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula. fokus
kita diberikan  kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan,
prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks
untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.

Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan
bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan
cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting.
Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan
pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada
maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat
daripada pembacaan cara skimming.

Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama.


Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian

9
sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh
menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.

10

You might also like