You are on page 1of 1

Badan sihat otak cerdas.

Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa bersenam

banyak membawa faedah kepada kita. Lantaran itu, setiap orang harus meluangkan masa
untuk melakukan aktiviti senaman.

Dengan bersenam,kita dapat menyihatkan badan kita. Hal ini demikian kerana
badan kita akan mengeluarkan peluh dan tenaga yang banyak. Oleh itu,badan kita akan
menjadi sihat dan tidak selalu sakit..Kita tidak akan menjadi seorang yang malas dan
tidak aktif.Kita mestilah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
Selain itu,kita dapat mengeratkan hubungan antara keluarga atau rakan jika kita
bersenam bersama-sama. Dalam marcapada, kehidupan manusia semakin sibuk
lantaran mengejar kerjaya masing-masing. Alangkah baiknya jika ahli-ahli keluarga dan
kawan-kawan dapat bersenam bersama-sama untuk mengeratkan hubungan yang
semakin renggang.

Kita juga boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Masa itu
emas. Kita dapat mengisi masa lapang kita dengan bersenam. Oleh itu,kita tidak akan
terjebak dalam perkara yang tidak mendatangkan manfaat seperti melepak,merayau-
rayau tanpa tujuan dan banyak lagi.

Di samping itu,bersenam dapat mencerdaskan minda kita. Kita dapat belajar


dengan baik dan boleh memberi tumpuan ketika guru sedang mengajar. Kita juga tidak
cepat letih dan dapat selalau aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah apabila badan
kita cergas.
Akhir sekali,dengan bersenam kita dapat menghindari diri daripada penyakit
seperti sakit jantung,obesiti dan banyak lagi.Jika kita tidak bersenam,kolestrol kita
semakin tinggi dan darah tinggi boleh meningkat dengan mendadak.

Kesimpulannya,aktivti senaman banyak manfaat kepada segenap lapisan


masyarakat. Oleh itu, kita digalakkan memupuk tabiat bersenam sejak kecil, bak kata
melentur biarlah dari rebungnya.

You might also like