Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
SSPN

SSPN

Ratings: (0)|Views: 372 |Likes:
Published by suha_mapelcruz90

More info:

Published by: suha_mapelcruz90 on Dec 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/26/2011

pdf

text

original

 
This page requires JavaScript
FAQ
Soalan Lazim berkaitan Skim Simpanan Pendidikan Nasional PTPTN.01. Apa itu Skim Simpanan Pendidikan Nasional?Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan instrumen simpanan yangdireka khas oleh PTPTN kepada ibubapa bagi membolehkan mereka membuat perancangankewangan yang rapi khusus bagi maksud pendidikan tinggi anak-anak mereka. Melalui SSPN para ibubapa boleh membuat simpanan sedikit demi sedikit bermula daripada anak masih kecillagi dan dengan itu segala masalah dan kesulitan kewangan setelah anak-anak merekamelanjutkan pengajian ke IPT akan dapat diatasi. Ini bermakna SSPN akan membantumenjayakan cita-cita dan pengharapan setiap ibubapa untuk melihat kejayaan anak-anak dalam bidang pendidikan.02. Bagaimanakah skim ini boleh memberi manfaat kepada anak-anak saya?Antara kelebihan/keistimewaan SSPN yang boleh didapati adalah :-1. Penerima manfaat/anak akan diberi keutamaan untuk mendapatkan pinjaman pendidikandaripada PTPTN apabila mereka diterima masuk ke IPT;2. Manfaat perlindungan takaful/insurans dan khairat/pampasan kematian diberi secara percumakepada pendeposit yang layak;3. Kadar keuntungan atau dividen yang sekurang-kurangnya setara dengan kadar pasaran;4. Dividen/keuntungan SSPN akan dikecualikan daripada cukai pendapatan;5. Semua simpanan adalah dijamin oleh Kerajaan (tertakluk kepada pindaan Akta 566); dan6. Pendeposit yang layak akan ditawarkan insentif kewangan dalam bentuk geran sepadan ataumatching grant yang bersamaan dengan jumlah simpanan.03. Adakah pendeposit diberi keutamaan untuk diberi pinjaman pendidikan sekiranya beliauadalah ahli SSPN dan adakah terdapat sebarang yuran tahunan atau caj lain?Pendeposit SSPN akan diberikan keutamaan untuk mendapatkan pinjaman pendidikan PTPTN(sekiranya memohon). Tiada sebarang yuran/caj tahunan dikenakan kepada pembukaan akaunSSPN.04. Bagaimanakah caranya untuk saya mendaftar skim ini dan berapakah jumlah minimumdeposit yang perlu & apakah dokumen-dokumen yang diperlukan?Pembukaan akaun boleh di buat di mana-mana cawangan Bank Bumiputra-Commerce, BSN,Bank Pertanian, atau Bank Rakyat. Deposit minimum ialah sekurang-kurangya RM20.Dokumen yang perlu disertakan - salinan kad pengenalan ibubapa, salinan kad pengenalan/sijilkelahiran anak, dan slip gaji/akaun pendapatan ibubapa.05. Adakah wajib saya menambah simpanan setiap bulan?Penambahan deposit SSPN boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dikehendaki dan jumlahdeposit mestilah tidak kurang daripada RM20 pada setiap kali membuat deposit.06. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk menyertai SSPN?Terdapat 2 syarat utama yang diperlukan di dalam menyertai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) iaitu:1. Ibubapa atau penjaga warganegara Malaysia yang mempunyai anak-anak yang berumur antara 1 hari hingga 18 tahun semasa membuka akaun.
 
2. Semua bukan warganegara atau penduduk tetap tidak layak untuk menyertai SSPN.07. Berapakah pendapatan maksimum untuk layak memohon skim simpanan pendidikannasional (SSPN)?Skim Simpanan Pendidikan Nasional adalah layak untuk disertai oleh seluruh warganegaraMalaysia tanpa mengira had pendapatan.08. Adakah terdapat sebarang syarat- syarat tambahan yang dikenakan sekiranya penerimamanfaat adalah bukan anak kandung tetapi adalah anak angkat?Pembukaan akaun bagi anak angkat mestilah disertakan dengan surat/dokumen yangmenyatakan bahawa anak tersebut adalah di bawah jagaan pendeposit yang sah.09. Apakah syarat-syarat bagi pendeposit untuk layak menerima manfaat perlindungan takafuldan bayaran khairat kematian secara percuma.Pendeposit mestilah mempunyai baki minimum akaun SSPN berjumlah RM1,000 pada setiapmasa.10. Siapakah individu-individu yang dirangkumi di bawah manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian?Individu yang terlibat di bawah manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian dan pecahannya adalah seperti berikut:1. Pendeposit akan mendapat perlindungan dan khairat kematian.2. Penerima manfaat akan hanya mendapat khairat kematian sahaja11. Berapakah jumlah manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian yangdiberikan?Bagi Perlindungan takaful akan mendapat sehingga RM50,000 tertakluk kepada jumlahsimpanan. Manakala bagi khairat kematian akan mendapat bayaran sebanyak RM 1,000.12. Apa akan berlaku kepada wang simpanan sekiranya pendeposit meninggal dunia danapakah langkah seterusnya yang perlu diambil?Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan, wang simpanan SSPN akan dilindungi olehinsurans yang menyediakan manfaat perlindungan serta khairat/pampasan kematian. Sekiranyasesuatu berlaku kepada pendeposit(ibubapa), anak dan pewaris yang dinamakan, mana-manawaris atau saudara-mara boleh menuntut wang tersebut tertakluk kepada syarat-syarat yangtelah ditetapkan serta dengan mengemukakan bukti/dokumen yang diperlukan. Sekiranya tiadasebarang tuntutan dibuat, maka wang tersebut akan diuruskan mengikut undang-undang serta peraturan yang berkaitan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.13. Pada masa bilakah dan bagaimanakah geran sepadan ini diberikan kepada pendeposit?Geran sepadan hanya layak bagi keluarga yang berpendapatan isirumah (bulanan) RM1,200 danke bawah. Pengeluaran geran sepadan hanya boleh dilakukan apabila penerima manfaat/anak diterima masuk ke IPT.14. Berapakah had minima dan maksima geran tersebut akan diterima oleh mereka yang layak?Geran Sepadan dihadkan kepada maksimum RM10,000 bagi setiap pendeposit (ibubapa) tanpamengira bilangan akaun SSPN yang dibuka untuk setiap anak.15. Adakah geran sepadan yang telah diberi tersebut perlu dibayar balik dan berapa lamakahuntuk tempoh bayaran balik?Geran Sepadan adalah pemberian percuma Kerajaan dan tak perlu dibayar balik. Walau
 
 bagaimanapun, Geran Sepadan hanya boleh dikeluarkan sekiranya anak diterima masuk ke IPT.16. Apakah syarat-syarat pengeluaran simpananPengeluaran hanya boleh dibuat setelah setahun menyimpan di dalam SSPN. Terdapat duakaedah pengeluaran yang dibenarkan iaitu:1. Pengeluaran 10% dari baki akaun atau RM500.00 setahun, manayang terendah; dan2. Pengeluaran 100% daripada baki akaun jika memenuhi salah satu daripada syarat-syarat berikut:
 jika anak diterima masuk ke mana-mana IPT;
 jika anak meninggalkan secara sukarela atau dibuang daripada institusi pendidikan;
 jika anak mengidap penyakit yang tidak boleh sembuh sebagaimana yang diperakukanoleh doktor perubatan kerajaan;
 jika anak menghidapi keilatan keseluruhan kekal sebagaimana yang diperakukan olehdoktor perubatan kerajaan;
 jika anak meninggal dunia; atau
 jika pendeposit meninggal dunia.Pada peringkat permulaan semua permohonan pengeluaran hendaklah dikemukakan terus kePejabat PTPTN.17. Berapakah kadar keuntungan atau dividen yang dikatakan sekurang-kurangnya setaradengan kadar pasaran? Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pasaran?Tiada sebarang kadar dividen yang telah ditetapkan, walau bagaimanapun, kadar dividen yangdijanjikan ialah sekurang-kurangnya setara dengan kadar dividen pasaran skim simpanan yangditawarkan oleh oleh bank-bank dan institusi kewangan tempatan.10 Disember 2010

Activity (2)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->