You are on page 1of 4

PENUBUHAN DAN ZAMAN KEGEMILANGAN MELAKA

Pengenalan

Kerajaan Melaka diasaskan oleh Putera Raja Palembang iaitu Parameswara. Kerajaan
empayar Melaka berkembang dengan pesatnya pada abad ke 14 setelah kejatuhan kerajaan
Srivijaya. Sebelum penubuhan Melaka oleh Parameswara, beliau bersama pembesar-
pembesar serta pengikutnya melarikan diri daripada tentera Majapahit kerana usaha beliau
hendak membebaskan Palembang daripada Kerajaan Majapahit tetapi gagal lalu dikepung
oleh tentera Majapahit. Beliau melarikan diri ke Tamasik (Singapura). Temasik dikuasai oleh
kerajaan Siam yang diperintah oleh Temagi. Temagi telah dibunuh oleh Parameswara kerana
untuk menguasai Temasik. Akibat tindakannya, kerajaan Siam menghantar tentera untuk
menangkap Parameswara. Parameswara melarikan diri ke Muar, Johor dan seterusnya ke
Melaka. Parameswara telah disambut baik oleh penduduk-penduduk tempatan di Melaka.
Akhirnya beliau menetapkan Melaka menjadi pusat pemerintahannya.Parameswara
merupakan seorang pemerintah yang bijak dan berpandangan jauh. Beliau mempunyai sifat
kepimpinan berwibawa dalam pentadbiran, pengurusan perdagangan dan berhemah tinggi
dalam menghadapi ancaman Siam. Akibat suasana yang aman dan selamat di Melaka, ianya
telah menarik ramai saudagar-saudagar dari Arab, Parsi, India dan China untuk berdagang
sehingga Melaka menjadi pelabhuan enterport yang sibuk. Kestabilan dan kedamaian Melaka
telah menyebabkan ramai yang terus bermastautin. Melaka mendi selamat kerana penduduk
asal Melaka amat taat dan setia. Kemahiran yang ada pada orang laut telah membantu Melaka
mengawal kawasan Selat Melaka.

Gambaran pembukaan
negeri Melaka semasa
Parameswara dan
pengikutnya melarikan
diri dari Kerajaan Siam
Akibat kepesatan kerajaan Melaka sebagai pusat perdagang serantau, perasaan irihati
pasti wujud dari negara luar. Untuk memastikan keselamatannya terjamin, Parameswara telah
menghantar wakil ke luar negara untuk menjalinkan persahabatan. Parameswara telah
menjalinkan hubungan dengan kerajaan Siam serta menghantar ufti 40 kati emas tanda
pertuanan dan persahabatan. Langkah ini dapat mengelakkan serangan daripada kerajaan
Siam. Melaka juga telah menerima lawatan daripada wakil Maharaja China iaitu Laksamana
Yin Ching pada 1404 dan Laksamana Cheng Ho pada 1404 dan 1409. Kerajaan China telah
mengiktiraf Melaka sebuah Negara berdaulat dan menaunginya. Hubungan dengan China
telah menyebabkan musuh-musuh Melaka berfikir dua kali untuk menyerang Melaka
terutamanya Siam dan Majapahit. Pada tahun 1411 Parameswara serta rombongan besar dari
Melaka melawat China iaitu pada zaman pemerintahan Dinasti Ming. Pemerintah Dinasti
Ming pada masa itu ialah Maharaja Yung Lo. Maharaja Yung Lo telah menghadiahkan raja
Melaka payung kuning, cop mohor dan sepesalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan
Kerajaan China pada Melaka. Utusan-utusan Melaka terus dihantar ke China pada tahun 1412
dan 1413. Parameswara bijak merancang dan gigih berusaha memajukan Melaka sebagai
pusat perdagangan enterport dan pelabuhan penting pada abad ke 15. Melaka sebagai pusat
pengedaran serta pengumpulan barang-barang dari Kepulauan Melayu, ke Timur dan ke
Barat serta sebaliknya. Peranan Melaka telah membezakannya dengan pelabuhan-pelabuhan
lain yang hanya memperdagangkan hasil tempatan. Kedudukan Melaka yang strategik
menjadi tempat pertemuan saudagar dari Arab-India dan China – Jepun. Selain daripada
kebijaksanaan Parameswara, pembesar-pembesar lain telah menjalankan tugas dengan
bijaksana. Pengurusan dan pentadbiran yang baik dan teratur telah menggalakkan kedatangan
saudagar-saudagar dari luar. Melaka terletak berhampiran pusat pengeluaran rempah ratus,
bijih timah, emas dan pelbagai hasil hutan di kawasan pendalaman. Semenanjung Tanah
Melayu, Sumatera, Pulau Jawa dan Kepulauan melayu lain mempunyai pelbagai hasil yang
telah lama diperdagangankan. Barang-barang keperluan tersebut amat diperlukan sebagai
barangan dagangan Arab, Parsi,
India dan China untuk dijual kepada
pedagang-pedagang asing ditempat
lain.

Gambaran Istana Melaka


Pengislaman pemerintah Melaka iaitu Megat Iskandar Shah pada tahun 1414 telah
menjadi daya penarik kepada saudagar-saudagar Islam dari Timur Tengah. Dalam sistem
pemerintah Melaka, Syahbandar atau Pegawai Pelabuhan menjaga kebajikan, keselamatan
dan pengurusan perdagangan. Empat orang Syahbandar dilantik bagi menjaga untuk
mengurus perdagangan yang berlainan. Setiap seorang mengendalikan saudagar dari Gujerat,
Benggala, Pegu dan Sumatera Utara, Kepulauan Melayu dan saudagar China, Indo-china dan
Luzon Filipina. Kerajaan Melaka juga menyediakan kemudahan membaiki kapal, tempat
penginapan para saudagar, bekalan makanan dan air bersih serta yang penting sekali tempat
penyimpanan barang dagangan dengan selamat. Sistem cukai yang adil juga memberi faedah
besar kepada pedagang asing dan tempatan. Sistem piawaian timbang turut digunakan.
Pegawai undang-undang pelabuhan juga dilantik bagi memastikan tiada penipuan,
penindasan serta diskriminasi berlaku semasa proses pengurusan perdagangan. Keadaan
keselamatan dan keadilan sebegini telah menyebabkan para saudagar berasa selamat dan
tanpa dipaksa seperti yang berlaku semasa pemerintahan Srivijaya.

Kestabilan politik, pengurusan menarik dan sistematik dan jaminan keselamatan


menyebabkan saudagar asing optimis dengan keuntungan perdagangan yang mereka perolehi
dengan membuat pelaburan di Melaka. Saudagar-saudagar dari Arab, Parsi, India dan China
telah mendirikan pusat perdagangan mereka di Melaka dan menjalankan perdagangan
pemborong. Sistem kanun Melaka yang baik masa itu telah menjadi ikutan beberapa negara
lain. Dalam pada itu penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa “lingua franca” atau bahas
perantaraan dalam urusan perdagangan telah lama digunakan pedagang di rantau kepulauan
Melayu. Bahasa Melayu senang ditutur dan difahami turut memudahkan penggunaan oleh
pedagang asing seperti Arab, India dan China. Selain daripada itu, penggunaan mata wang
turut meyumbang kepada kelancaran perdagangan urus niaga dan menarik kedatangan
pedagang-pedagang. Perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan turut dinyatakan oleh
seorang penulis barat iaitu Tome Pires yang mana menyatakan hamper 4 000 pedagang asing
di Melaka. Bendahara Melaka yang terkenal ialah Tun Perak. Pada masa sekarang diibaratkan
sebagai Pendana Menteri. Beliau bukan saja menjadi penasihat Sultan bahkan menjalankan
cara pengurusan pentadbirannya yang bijak membantu memakmurkan Melaka. Beliau sering
menjadi wakil kepada Sultan dalam menjalinkan hubungan dengan negara luar. Hasil
kebijaksanaan Tun Perak Sultan Mansur Shah (1459-1477) mendapat pengiktirafan maharaja
China sebagai pemerintah Melaka. Hubungan perkahwinan dengan Puteri Hang Li Po dan
Puteri Ratu Majapahit bernama Raden Mas Ayu telah mencetuskan perhubungan yang
berpengaruh Melaka dengan China dan Majapahit serta memberi kesan yang besar kepada
peluasan wilayah Melaka. Kekuatan Melaka banyak bergantung kepada kebijaksanaan
Bendahara Tun Perak. Beliau telah beberapa kali mematah serangan dari luar termasuk
tentera Siam. Beliau juga dibantu oleh panglima bersaudara iaitu hang Tuah, Hang Jebat,
Hang Kasturi, hang Lekiu dan Hang Lekir. Pertahanan tentera yang kuat dan terlatih maka
Melaka sangat selamat untuk menjalankan perdagangan.

Pada zaman sekarang, negara kita Malaysia juga mengamalkan sistem perdagangan
antarabangsa serta pengasas Sistem Perbankan Islam di dunia. Undang-undang antarabangsa
serta dasar-dasar perdagangan Malaysia telah menyebabkan negara kita Malaysia menjadi
sebuah negara yang boleh dianggap berjaya dalam pengurusan perdagangannya. Dasar luar
negara kita serta hubungan akrab dengan negara-negara luar seperti China, Jepun , Amerika,
Singapura, Russia dan banyak negara-negara lain telah menggalakkan proses perdagangan
Malaysia. Pembelian sistem pertahanan yang canggih untuk memastikan kedaulatan negara
terjamin dari anasir luar yang berniat jahat. Kesemua ini adalah untuk memastikan
kemakmuran, keselamatan dan kestabilan negara. Faktor-faktor ini telah pun diamalkan pada
zaman kemakmuran empayar Melaka untuk menjadi sebuah kerajaan yang masyhur dan
ternama.

Semoga dengan rencana dan keterangan ini akan memberi faedah serta sedikit sebanyak dapat
membantu anda dalam mencari maklumat untuk kajian atau assignment anda.

Hasil Kerja:

Ali Juli
Bekenu,Miri,
Sarawak.

You might also like