You are on page 1of 10

1.

PENGENALAN

Somatotaip adalah rupa bentuk dan jenis susuk badan manusia yang digunakan
dalam sistem klasifikasi jenis fizikal manusia. Menurut Johnson dan Nelson (1986),
Willian H. Sheldon merupakan nama yang tidak asing lagi dalam bidang somatotaip.
Beliau dipengaruhi oleh Kretchmer dan juga perintis-perintis sebelumnya. Sheldon
telah menyimpulkan bahawa terdapat tiga ciri fizikal tubuh badan yang asas iaitu
endomorf, mesomof dan ektomorf. Lazimnya, ciri ciri fizikal tubuh badan manusia
mempunyai kaitan dengan personaliti dan tingkah laku, kesihatan dan prestasi
fizikalnya. Pada masa kini, masyarakat mempunyai pandangan yang stereotaip
terhadap kegemukan, kelangsingan dan ketegapan tubuh badan, konsep
ini telah membawa kepada asas pembentukan somatotaip (Willgoose, 1961).
Berdasarkan Carter dan Heath (1990), terdapat beberapa perubahan yang
penting dalam dalam pengiraan peningkatan seperti penukaran unit metrik dalam
borang peningkatan, penyesuaian ketinggian bagi endomorf yang mana ia telah
menjadi prosedur yang piawai dan kegunaan persamaan yang biasa digunakan
sebagai panduan dalam borang peningkatan. Ujian pengukuran somatotaip kaedah
Heath-Carter digunakan untuk mengenalpasti jenis somatotaip para atlet dengan
menggunakan beberapa alatan tertentu manakala berat badan dan ketinggian diukur
menggunakan alat penimbang “HealthScale Measurement” yang masing-masingnya
diukur dalam unit kg dan unit sm

2. Pengukuran Somatotaip
Pengukuran somatotaip dilakukan berdasarkan kaedah Heath-Carter iaitu
menentukan komponen-komponen somatotaip yang terdiri daripada endomorf,
mesomorf dan ektomorf. Bagi mengenalpasti komponen somatotaip subjek-subjek
kajian ini, 10 dimensi antropometrik diperlukan iaitu tinggi, berat badan, 4 ukuran
lipatan kulit (triceps, subskapular, suprailiak dan betis), diameter tulang humerus dan
femur serta lilitan lengan dan betis (Somatotaip Instructional Manual, 2002).
Bagi mengukur berat dan tinggi para subjek, alat yang digunakan ialah “Health
Scale Measurement” di mana subjek perlu berdiri tegak, memandang ke hadapan

1
dan bahagian belakang tubuh rapat pada alat pengukur. Subjek juga perlu memakai
pakaian yang minimal bagi mengelakkan ralat. Ukuran tinggi dan berat dicatat.
Untuk mengambil ukutan lipatan kulit bahagian triseps, tangan haruslah
dibiarkan di sisi badan dalam keadaaan kendur dan rehat. Lipatan kulit diukur pada
belakang di pertengahan jarak antara proses akromiom dan proses olekranon.
Bacaan diambil 1cm di atas lipatan dan selari dengan paksi memanjang lengan.
Lipatan kulitsubskapular pula diukur melintang pada bahagian sudut inferior skapula
kanan. Bacaandiambil 1cm di bawah tempat cubitan. Ralat pengukuran adalah dari
0.88 mm kepada 1.16 mm (Willmore dan Behnke, 1969). Lipatan kulit pada bahagian
suprailiak pula diukur di atas pelvik kanan (illiac crest) di garisan pertengahan
axillary. Lipatan diukur melintang mengikut garisan matural illiac crest. Subjek berdiri
dengan kedua-dua belah kaki dirapatkan. Tangan akan dibiarkan rehat di sisi badan
dan dijauhkan sedikit. Bacaan diambil 1cm di bawah tempat cubitan. Ukuran betis
pula diambil ketika subjek berada dalam keadaan duduk di atas bangku. Bahagian
yang diambil adalah bahagian lilitan betis yang paling besar.

3. Komposisi badan
Boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan :
i. Endomorf
Individu yang dikenali oleh peratusan lemak badan yang tinggi, sifat kebulatan
dan (jika ada) berotot tegap sedikit sahaja. Perhubungan badan yang berlemak
tidak semestinya menunjukkan tisu otot yang kurang tetapi kadang kala
dilindungi dibawah lemak.

2
ii. Mesomorf
Seseorang yang mempunyai ciri-ciri di mana berotot besar dan tegap dengan
bahagian dada yang luas, bahu yang lebar, berpinggul tebal dan garis pinggang
yang agak lampai. Mereka juga mempunyai komposisi berat yang tidak
berlemak dan berkebolehan yang sangat baik dari segi indeks kekuatan dan
kuasa.

iii. Ektomorf
Seseorang yang mempunyai ciri-ciri di mana lengan dan kaki yang panjang,
bahagian atas tubuh pendek, sepatutnya mempunyai tahap tisu saraf yang tinggi.
Mereka juga mempunyai otot yang kecil dan panjang. Biasanya individu dalam
kategori ini mempunyai kandungan lemak yang sangat sedikit, dengan itu
mereka dikenali sebagai golongan yang kurus.

3
3.1 Endomorf

Endomorf

 Badan berbentuk buah pir


 Kepala berbentuk bulat
 Pinggul dan badan yang lebar
 Lebih lebar dari hadapan ke
belakang berbanding dari sisi.
 Terdapat banyak lemak di
badan, bahagian atas dan paha.

3.2 Mesomorf

Mesomorf

 Badan berbentuk baji.


 Kepala berbentuk kiub.
 Bahu lebar dan bidang.
 Lengan dan kaki berotot
 Pinggul yang kecil.
 Lebih kecil dari hadapan ke
belakang berbanding dari sisi.

 Mempunyai jumlah lemak yang


minimum.

4
3.3 Ektomorf

Ektomorf

 Dahi yang tinggi.


 Pinggul dan bahu yang
kecil.
 Bahagian dada dan
abdomen yang kecil.
 Lengan dan kaki yang
kurus.
 Terdapat sedikit otot dan
lemak.

4. Bidang sukan yang Sesuai

4.1 Endomorf

Individu endomorf adalah individu yang mempunyai lengan dan kaki yang pendek.
Mereka juga mempunyai jisim yang besar. Ini menghalang mereka untuk bertanding
dalam sukan yang memerlukan paras kelajuan yang tinggi . Sukan yang
menggunakan kekuatan seperti angkat berat adalah sesuai untuk endomorf. Sukan
yang memerlukan saiz yang besar seperti rugbi atau melontar tukul besi juga sesuai
kerana memerlukan pergerakkan yang menggunakan tenaga yang banyak. Atlit
endomorf dapat menambah jisim otot dengan lebih cepat berbanding dengan atlit
ektomorf. Mereka juga dapat menambah berat dan hilang kondisi dengan cepat jika
latihan diberhentikan.

5
4.2 Mesomorf

Individu mesomorf mempunyai kelebihan dalam tenaga, kecerdasan dan sukan yang
memerlukan kelajuan. Struktur tubuh pertengahan dan juga ketinggian dan dibantu
dengan kecenderungan untuk meningkatkan otot-otot dan kekuatan akan
memudahkan mereka menjadi atlit yang terbaik dalam apa jua sukan yang diceburi.
Mereka memberi tindak balas yang bail dalam latihan kardiovaskular dan rintangan
kerana mereka mudah menyesuaikan. Antara bidang sukan yang sesuai adalah

6
badminton, acara lompatan dan larian jarak dekat.

7
4.3 Ektomorf

Individu ektomorf mempunyai bentuk badan yang panjang, kurus dan lampai. Oleh
kerana itu mereka mempunyai kurang kekuatan. Individu ektomorf biasanya terlibat
dalam bidang sukan seperti gimnastik dan berdaya tahan seperti larian jarak jauh
dan marathon seta lompat tinggi. Permukaan badan yang lebih kecil adalah sesuai
untuk sukan sepertti larian jarak jauh dan marathon kerana ini memudahkan mereka
mengawal suhu badan. Badan mereka juga mudah dilentur kerana kekurangan otot
dan lemak. Ini sesuai untuk gimnastik. Terdapat juga yang terlibat dalam sukan bola
keranjang kerana bentuk badan yang tinggi lampai.

8
9
5. Penutup

Semua atlit adalah terbentuk dalam ketiga-tiga jenis bentuk badan. Ada atlit yang
menpunyai campuran ketiga-tiganya.

Carta somototaip di bawah menunjukkan kumpulan manakan atlit berada dan


jenis sukan yang diceburi.

Ahli bina badan yang sempurna berada dalam kedudukan 173 manakala 475 adalah
untuk pemain bolasepak, pemain bola keranjang pula berada pada kedudukan 147.
Kita boleh menggunakan carta di atas untuk mengelaskan jenis sukan yang tersebut
yang sesuai untuk seseorang atlit

10

You might also like