You are on page 1of 4

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh.

Terima kasih pengacara majlis.


Yang Berusaha Tuan Hj Ahmad bin Bakar, Pengetua SMA Saadah.
Tuan Hj Dusukhi Othman, Penolong Kanan 1,
En. Ahmad Roshidi bin Hashim, Penolong Kanan HEM,
En. Zainon bin Puteh, Pemangku Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru dan staff sokongan, seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekelian.

Bersempena dengan sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan pada setiap 19
Februari, izinkan saya menyampaikan pidato bertajuk “Menggerakkan Masyarakat
Memerangi Dadah”

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,


Masalah penyalahgunaan dadah merupakan bencana yang amat hebat melanda umat Islam
di negara kita dan negara-negara Islam yang lain. Tambah menyedihkan lagi apabila ada
negara Islam sendiri yang menjadi pengeluar dadah terbesar dalam dunia hari ini. Yang
membezakan keparahan masalah penagihan dadah antara negara-negara di dunia hanyalah
tahap usaha dan kesungguhan negara berkenaan menjalankan aktiviti pencegahan,
penguatkuasaan, pengawalan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kalangan rakyat
masing-masing.

Heroin, morfin, ganja, ecstacy dan syabu adalah antara jenis dadah yang banyak
disalahgunakan oleh segelintir masyarakat di negara kita. Kesan penyalahgunaan dadah ini
menyebabkan mereka yang terlibat telah memusnahkan kehidupan mereka dan institusi
keluarga menjadi porak peranda. Mereka yang terlibat dengan penagihan dadah akan
mengutamakan tuntutan ketidakwarasan berfikir dan sanggup melakukan apa sahaja
tindakan di luar batas kemanusiaan. Mereka pastinya akan membelakangkan tuntutan
ajaran agama demi untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Kesan ketagihan di kalangan
golongan ini akan lebih dahsyat akhirnya, apabila mereka akan terus bergantung hidup
dengan dadah sepanjang hayat kerana berlakunya kerosakan kepada otak penagih itu
secara kekal. Hal ini jelas bertentangan dengan firman Allah di dalam Surah al-Baqarah
ayat 195 yang bermaksud :

“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan
janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap

1
bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana
sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.”

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,


Mengikut statistik yang diperolehi daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pada
tahun 2009 jumlah penagih dadah dalam negara kita adalah seramai 22 352 orang yang
merangkumi penagih lama dan baru. Manakala kes penagih dadah yang berdaftar di negeri
Kedah sahaja adalah seramai 4 636 orang. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh sebuah
institut pengajian tinggi awam di negara kita, seorang penagih dadah di belakangnya ada 5
orang penagih dadah lagi. Ini bermakna, berdasarkan kajian tersebut, di negeri Kedah
sahaja terdapat seramai 23 180 orang, suatu angka yang sangat menggerunkan.

Apa yang menjadi kebimbangan sebenar kita ialah, lebih 70% penagih-penagih dadah ini
terdiri daripada masyarakat Melayu yang beragama Islam. Sebagai contoh, 98% dari
penagih dadah yang dikesan di daerah Langkawi adalah terdiri dari orang-orang Islam.

Agensi Antidadah Kebangsaan, di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri adalah


agensi kerajaan yang diamanahkan menjalankan program-program pencegahan, rawatan
dan pemulihan kepada mereka yang belum dan juga yang telah terlibat dengan penagihan
dadah. Agensi ini sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan dan badan-badan bukan
kerajaan (NGO’s) untuk mengatasi masalah penagihan dadah di kalangan rakyat Malaysia.
Kerajaan Malaysia melalui Agensi Antidadah Kebangsaan telah meluluskan peruntukan yang
besar setiap tahun bagi mengatasi masalah penyalahgunaan dadah ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,


Kerajaan telah menunaikan tanggungjawab yang besar dalam menangani masalah sosial
yang melanda kehidupan rakyat. Namun begitu perlu ditegaskan di sini bahawa,
tanggungjawab melaksanakan ‘Amar Ma’aruf dan Nahi Munkar’ adalah tanggungjawab
setiap individu Muslim. Oleh itu isu kegawatan penyakit sosial dalam masyarakat perlulah
diberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya daripada segenap lapisan masyarakat.

Sempena dengan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan yang disambut pada 19 Februari
setiap tahun, saya menyeru, marilah kita berjuang bersama-sama dengan Agensi Antidadah
Kebangsaan menghapuskan gejala ini dengan melaksanakan tanggungjawab masing-masing
seiring dengan sabda Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud
2
“Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, jika
dia tidak mampu maka hendaklah dia mencegah dengan lidahnya, jika dia tidak mampu
maka hendaklah dia mencegah dengan hatinya dan keadaan itu adalah selemah-lemah
iman.”

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,


Perancangan Strategik Agensi Antidadah Kebangsaan Tahun 2008 hingga 2010 akan
menumpukan perhatian dan tindakan untuk menggerakan masyarakat supaya sama-sama
bangkit memerangi dadah dalam negara. Tanggungjawab memerangi penyalahgunaan
dadah dalam masyarakat ini tidak boleh diserahkan kepada kerajaan semata-mata. Setiap
anggota masyarakat mesti bertanggungjawab terhadap masalah ini. Ini jelas dalam firman
Allah SWT dalam Surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:
”Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka
yang bahan-bahan bakarannya; manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal
oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada
Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap
melakukan segala yang diperintahkan.”

Keluarga merupakan institusi asas yang memberi pendidikan pertama kepada setiap
individu. Ibu bapalah yang bertanggungjawab sepenuhnya memberi kasih-sayang dan
bimbingan kepada anak-anak agar dapat mengawal diri daripada pelbagai ancaman sosial,
khususnya gejala dadah.

Manakala di sekolah, guru-guru perlu tegas dalam memberi pendidikan dan maklumat
sewajarnya tentang penyalahgunaan dadah ini dan memastikan sekolah sebagai zon
larangan merokok berkuatkuasa sepenuhnya.

Jika semua peranan yang disebutkan ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, maka ia
akan mencapai objektif dasar dadah negara iaitu keluarga bebas dadah, sekolah bebas
dadah, tempat kerja bebas dadah dan seluruh pelusuk tanahair bebas daripada dadah.

Justeru, saya menyeru kepada rakan-rakan dan semua pihak agar sama-sama menjalankan
tanggungjawab membasmi gejala dadah ini. Allah S.W.T. telah menjanjikan keuntungan
kepada golongan yang sentiasa menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
dalam firman-Nya di dalam Surah Ali-Imran ayat 104 yang bermaksud:

3
”Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan
(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang
daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian
ialah orang-orang yang berjaya.”
Sekian, sekadar inilah sahaja yang mampu saya sampaikan. Belia benci dada!!!!

Wabillahitaufikwalhidayah, wassalamualaikumwarahmatullah.

You might also like