Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword or section
Like this
734Activity
×

Table Of Contents

0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
kategori dan masalah bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran

kategori dan masalah bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 133,703|Likes:
Published by N Marissa
kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

More info:

Published by: N Marissa on Dec 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

03/04/2014

pdf

text

original

 
1.0 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS1.1 PENGENALAN
Perbezaan kognitif, sosial emosi, fizikal dan rohani dalam kalangan kanak-kanak didalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Namun, kadang kala kita akanberjumpa dengan kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikutinorma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini menunjukkanciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa seperti keupayaankognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. Kanak-kanak ini juga mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalahpenglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, terencatakal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanakberkeperluan khas.Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini terletak di bawah kendalianKementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga danMasyarakat. Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid- murid berkeperluankhas merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan,pendengaran dan masalah pembelajaran. Masalah kanak-kanak berkeperluan khas inimungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti perkembangan prenatal yang tidaksempurna kerana penyakit, kekurangan zat ataupun dadah. Disebabkan masalah yangdihadapi oleh kanak-kanak ini, mereka memerlukan perhatian, penjagaan yang khusus,kasih sayang dan perhatian, yang menuntut kesabaran serta komitmen guru dalammendidik mereka.
 
2
.0 DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS MENGIKUT KATEGORI
Kanak-kanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi,tingkah laku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal. Secara lebih terperinci lagi kanak-kanakberkeperluan khas boleh dikenalpasti dengan merujuk kepada gambar rajah 1.0 dibawah:
Kanak-kanak BerkeperluanKhas
MasalahPembelajaranMasalahKomunikasi:Bahasa danPertuturanMasalahPendengaranMasalahKesihatan atauFizikalMasalahPenglihatanDesleksia Attention/Deficit Hiperactivity Disorder (ADD/ADHD)Bermasalah Emosi dan Tingkah LakuLembam (Slow Leaner)Terencat AkalSindrom Down AutismePintar CerdasPalsi Serebrum (Cerebral Palsy)Rajah 1.0: Kategori Kanak-kanak Berkeperluan Khas
 
Setelah melihat gambar rajah 1.0 kita dapat menganalisis secara keseluruhan bahawakanak-kanak berkeperluan khas terdiri daripada Masalah Pembelajaran, MasalahPenglihatan, Masalah Pendengaran, Masalah komunikasi: Bahasa dan Pertuturan, danMasalah Kesihatan atau Fizikal. Namun, dalam aspek masalah pembelajaran terdapatpelbagai jenis masalah yang dipecahkan kepada sembilan kategori lagi seperti yangterdapat dalam rajah tersebut.Sebelum merungkai lebih jauh lagi mengenai kanak-kanak berkeperluan khas ini,adalah penting kepada kita untuk mengetahui definisi setiap kategori ini untuk melihatperbezaan dan memahaminya dengan lebih mendalam. Perlu diingatkan bahawasebagai bakal pendidik yang akan berkhidmat secara khusus dalam bidang ini ataulebih sinonim sebagai guru Pendidikan Khas, menghayati definisi setiap kategori kanak-kanak berkeperluan khas adalah sangat penting. Hal ini perlu diambil berat bagimencari corak pembelajaran, intervensi dan sebagainya yang sesuai bagi setiap kanak-kanak yang dikenalpasti dalam mana-mana kategori ini.Samuel Kirk (1963) mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatanperkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan,penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Ianya bukanlah kesan daripadakerencatan mental, halangan sensori (buta atau pekak) atau faktor budaya danpersekitaran. Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira individubermasalah pembelajaran adalah pada tahap dibawah purata kebangsaan. Terdapatperbezaan yang nyata di antara kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai bermasalahpembelajaran. Antaranya ialah kanak-kanak Desleksia, Attention/Deficit HiperactivityDisorder (ADD/ADHD), Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku, Lembam (Slow Leaner),Terencat Akal, Sindrom Down, Autisme , Pintar Cerdas, dan Palsi Serebrum (CerebralPalsy).Seterusnya ialah Masalah Kesihatan atau Kecacatan Fizikal yang merujukkepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukanpengubatan atau peralatan khas seperti pendakap (braces) atau kerusi roda. Iatermasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf 

Activity (734)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred thousand reads
Azlin Abdul Aziz liked this
RiQa SuMmer liked this
Lai Chiew Yen liked this
Lai Chiew Yen liked this
Lai Chiew Yen liked this
William Liu liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->