1.0 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS1.1 PENGENALAN
Perbezaan kognitif, sosial emosi, fizikal dan rohani dalam kalangan kanak-kanak didalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Namun, kadang kala kita akanberjumpa dengan kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikutinorma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini menunjukkanciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa seperti keupayaankognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi. Kanak-kanak ini juga mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalahpenglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, terencatakal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanakberkeperluan khas.Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini terletak di bawah kendalianKementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga danMasyarakat. Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid- murid berkeperluankhas merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan,pendengaran dan masalah pembelajaran. Masalah kanak-kanak berkeperluan khas inimungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti perkembangan prenatal yang tidaksempurna kerana penyakit, kekurangan zat ataupun dadah. Disebabkan masalah yangdihadapi oleh kanak-kanak ini, mereka memerlukan perhatian, penjagaan yang khusus,kasih sayang dan perhatian, yang menuntut kesabaran serta komitmen guru dalammendidik mereka.