You are on page 1of 10

Journal of Quality Measurement and Analysis JQMA 1(1) (2008), 1-7

Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis

MODEL PENGATURCARAAN JADUAL KUNJUNGAN AHLI POLITIK


SELAMA MASA KEMPEN: SATU KAJIAN KES
DI KABUPATEN KAMPAR RIAU INDONESIA

NASRUDDIN HASSAN1 & SRI BASRIATI MOHAMMAD BASIR

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan di Kabupaten Kampar Riau Indonesia. Kajian membincangkan tentang
pembinaan model bagi masalah penjadualan kunjungan ahli politik selama masa kempen
melalui pendekatan pengaturcaraan gol sifar-satu. Tujuan kajian ini adalah untuk membuat
penjadualan kunjungan yang efisyen sehingga dapat meningkatkan peluang memenangi
pilihanraya. Pembinaan model bagi masalah ini adalah berdasarkan kepada polisi parti. Ahli
politik mesti mengunjungi 20 daerah yang terdapat dalam Kabupaten Kampar dalam tempoh
14 hari dengan kekangan-kekangan yang telah ditetapkan oleh parti yang harus dipenuhi.
Model yang dibina ini diselesaikan dengan menggunakan perisian LINGO versi 8.0.
Kata kunci: pengaturcaraan gol sifar-satu; jadual kunjungan; politik; kempen

ABSTRACT
This study was carried out at Kabupaten Kampar Riau Indonesia. A zero-one goal
programming model is developed to schedule a politician’s visit to his constituencies for his
political campaign during the election period. The visitation schedule has to be done in an
efficient manner in order for him to have maximum exposure hence increasing his chance to
win in the elections. The model developed for this problem will be based on party policies. The
politician must visit 20 constituencies in Kabupaten Kampar within a 14 day-period with
certain conditions and requirements set by the party to be fulfilled. The model is then solved
using LINGO version 8.0.
Keywords: zero-one goal programming; visiting schedule; politic; campaign

1. Pendahuluan
Negara Kesatuan Republik Indonesia terbahagi kepada daerah-daerah provinsi dan daerah
provinsi terdiri daripada kabupaten/kota yang mempunyai pemerintahan daerah masing-
masing. Gabenor, Bupati dan Walikota masing-masing merupakan ketua kepada provinsi,
kabupaten dan kota yang dipilih secara demokrasi.
Sejak Jun 2005, bangsa Indonesia memasuki babak baru berkaitan dengan tata
pemerintahan di peringkat setempat. Ketua daerah seperti Gabenor dan Bupati/Walikota yang
sebelumnya dipilih secara tidak langsung oleh Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD),
kini dipilih secara langsung oleh rakyat melalui proses pemilihan ketua daerah yang disingkat
sebagai Pilkada langsung.
Nasruddin Hassan, Sri Basriati Mohammad Basir

Pemilihan ketua daerah dilakukan melalui pilihan raya diperingkat daerah. Badan
pelaksana pilihan raya tersebut adalah Komisi Pemilihan Umum Daerah (KPUD) yang
melaksanakan tugasnya secara bebas.
KPUD menentukan masa kempen selama 14 hari. Parti mengatur calon yang dipilihnya
agar berkunjung secara efisyen sehingga dapat meningkatkan peluang memenangi
pilihanraya. Oleh itu, parti perlu menetapkan penjadualan kunjungan calon ketua daerah
tersebut ke daerah-daerah dengan baik. Ahli politik yang dimaksud dalam kajian ini adalah
calon ketua daerah di peringkat kabupaten (calon Bupati).
Penjadualan kunjungan kempen seorang ahli politik berbeza dengan penjadualan pekerja
biasa seperti penjadualan tugas juru rawat (Nor Fazura 2006), penjadualan tugas pegawai
ronda (Asdalifah 2007) dan penjadualan pemandu keretapi (Kwan 2004). Ini adalah kerana
kunjungan ahli politik tidak melibatkan kitaran dan penjadualan berlaku dalam satu tempoh
yang ditetapkan.
Permasalahan penjadualan kunjungan calon Bupati daripada parti dapat ditetapkan sebagai
berikut: Kabupaten Kampar mempunyai 20 daerah yang harus dikunjungi. Daerah-daerah tadi
diklasifikasi kepada tiga kelas berdasarkan bilangan pemilih, iaitu kelas A, B dan C. Daerah
kelas A mempunyai jumlah pemilih yang paling banyak diikuti oleh kelas B dan kelas C.
Jumlah pemilih yang lebih banyak lebih sering dikunjungi daripada yang lainnya. Jika calon
Bupati mempunyai bilangan kunjungan NA untuk kelas A, NB untuk kelas B dan NC untuk
kelas C, maka NA < NB < NC.

2. Metodologi Kajian

2.1.  Konsep Asas Pengaturcaraan Gol


Pengaturcaraan gol atau ringkasnya PG bermula semenjak tahun 1950-an lagi.
Walaubagaimana pun penggunaan PG yang sebenar muncul pada tahun 1961 melalui
penemuan oleh Charnes dan Cooper (1961). Mereka merupakan golongan pertama yang
menggunakan PG untuk menyelesaikan masalah yang bermatlamatkan pembahagian sumber
dengan membuat model menggunakan teknik pengaturcaraan linear. Penyelesaian bagi PG
tidak semestinya memberikan nilai yang optimum tetapi perlu memenuhi matlamat atau gol.
Tidak lama kemudian, Ijiri (1965) memperkembangkan konsep ini dengan memperkenalkan
takrif bagi aras keutamaan iaitu dengan menyelesaikan set gol atau matlamat mengikut tertib
keutamaan. Dalam PG, matlamat-matlamat aras tinggi dioptimumkan dahulu sebelum
matlamat-matlamat aras rendah yang dipertimbangkan dalam penyelesaian akhir.
Seterusnya penggunaan PG ini diperluaskan lagi melalui kajian lanjutan oleh Lee (1972),
Ignizio (1976), Ignizio dan Cavalier (1994) dan Romero (1991). Schniederjans (1995) pula
telah memberikan sumbangan dengan membuat senarai buku atau bibliografi tentang PG
sehingga tahun 1995 manakala Jones dan Tamiz (2002) pula mencatat bibliografi tentang PG
dari tahun 1990 hingga 2000.
Pengaturcaraan gol merupakan teknik penyelesaian masalah bagi model pengaturcaraan
matematik yang mempunyai banyak gol atau matlamat. PG tidak seperti pengaturcaraan linear
biasa yang mengoptimumkan fungsi objektif tetapi meminimumkan pemboleh ubah sisihan
positif atau sisihan negatif bagi setiap matlamat mengikut aras aspirasi atau keutamaan.
Dalam setengah masalah adalah tidak mungkin untuk memenuhi kesemua matlamat.
Terdapat dua jenis kekangan di dalam PG iaitu kekangan liut dan kekangan tegar (Taha
2003). Dalam penyelesaian PG terdapat dua jenis kaedah. Kaedah yang pertama adalah
kaedah berpemberat yang ditulis sebagai berikut:

2
Running header not more than 100 letters long, italicised and centred on the odd page headers.

Minimum z = w1G1 + w2G2+ ...+ wnGn (1)

dengan wi , i = 1,2,...,n adalah pemberat yang bernilai positif bergantung kepada kepentingan
atau keutamaan sesuatu matlamat.
Kaedah yang kedua adalah kaedah penyelesaian mengikut aras keutamaan. Kaedah ini
akan mengoptimumkan atau menyelesaikan matlamat-matlamat yang mempunyai aras
keutamaan yang paling tinggi dahulu dan diikuti matlamat-matlamat yang mempunyai aras
keutamaan rendah. Katakan suatu model PG mempunyai n matlamat maka fungsi objektif
atau fungsi matlamat ditulis sebagai
P1 : Minimum G1, P2 : Minimum G2,..., Pn : Minimum Gn (2)
dengan P1, P2,..., Pn adalah merupakan aras keutamaan bagi setiap matlamat yang disusun
mengikut keutamaan iaitu matlamat G1 > G2 >... > Gn.
.

2.2.  Perumusan Model


Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat model bagi
masalah penjadualan kunjungan ahli politik ini. Antaranya adalah polisi parti. Polisi ini
mengambilkira tempoh pilihanraya, bilangan kunjungan menurut keutamaan daerah mengikut
tiga jenis kelas dan hari mesyuarat parti. Polisi parti ini membentuk kekangan tegar yang
mesti dipenuhi. Kekangan liut pula merupakan syarat yang seharusnya dipenuhi jika terdaya
menurut aras keutamaan.

2.2.1. Polisi Parti
Polisi yang telah ditetapkan oleh parti perlu diperhatikan dalam penjadualan kunjungan ini..
Berikut adalah polisi yang telah ditetapkan oleh parti:
1. Komisi Pemilihan Umum Daerah menetapkan masa kempen mulai dari tarikh 22
September 2006 hingga 5 Oktober 2006 iaitu selama 14 hari
2. Daerah kelas A mesti dikunjungi sebanyak 4 kali, daerah kelas B mesti dikunjungi
sebanyak 3 kali sedangkan daerah kelas C dikunjungi hanya 2 kali
3. Setiap hari calon Bupati tersebut hanya boleh mengunjungi maksimum 6 daerah dan
minimum 4 daerah
4. Setiap daerah tidak boleh dikunjungi 2 hari berturut-turut
5. Hari bercuti parti adalah hari Ahad pada minggu pertama dan mesyuarat parti
diadakan pada hari Isnin pada minggu kedua .

2.2.2. Parameter Input
Perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum membuat sesuatu model ialah dengan
mengenal pasti atau menentukan parameter input bagi masalah ini. Tujuannya adalah untuk
memudahkan proses perumusan model nanti.
i : indeks bagi daerah i, i = 1, 2, ..., n
j : indeks bagi hari j, j = 1, 2, ..., m
N : bilangan hari dalam tempoh yang dijangkakan
I : bilangan maksimum daerah dalam kelas
IA : bilangan maksimum daerah dalam kelas A

3
Nasruddin Hassan, Sri Basriati Mohammad Basir

IB : bilangan maksimum daerah dalam kelas B


IC : bilangan maksimum daerah dalam kelas C
NA : bilangan hari yang harus dikunjungi ahli politik untuk kelas A
NB : bilangan hari yang harus dikunjungi ahli politik untuk kelas B
NC : bilangan hari yang harus dikunjungi ahli politik untuk kelas C
TA: Selang masa antara kunjungan berturutan bagi kelas A iaitu nilai integer daripada
nisbah (N /NA)
TB : Selang masa antara kunjungan berturutan bagi kelas B iaitu nilai integer daripada
nisbah (N /NB)
TC : Selang masa antara kunjungan berturutan bagi kelas C iaitu nilai integer daripada
nisbah (N /NC)
M : hari bercuti dan hari mesyuarat parti iaitu set { j: j= 2, 10 }
MinLawat: bilangan minimum daerah yang harus dikunjungi tiap hari
MaksLawat: bilangan maksimum daerah yang harus dikunjungi tiap hari

2.2.3. Pemboleh ubah Keputusan


Pemboleh ubah keputusan yang digunakan dalam masalah penjadualan kunjungan calon
Bupati adalah pemboleh ubah binari iaitu 1 atau 0. Berikut merupakan pemboleh ubah
keputusan yang digunakan untuk pemodelan masalah penjadualan ini:
Xij = 1, jika ahli politik mengunjungi daerah i pada hari j
= 0, sebaliknya

2.2.4. Kekangan Liut
Set kekangan liut bagi masalah penjadualan kunjungan ini adalah seperti berikut:
1. Set kekangan liut yang pertama adalah anggaran satu kunjungan yang disyaratkan bagi
daerah kelas A untuk setiap TA +1 hari kerja.
TA

X
k 0
i, j  k  1 , i  1,2,..., I A dan j  1,2,..., N  TA , j  M (3)

2. Set kekangan liut yang kedua adalah anggaran satu kunjungan yang disyaratkan bagi
daerah kelas B untuk setiap TB +1 hari kerja.
TB

X
k 0
i, j  k  1 , i  I A  1, I A  2,..., I B dan j  1,2,..., N  TB , j  M (4)

3. Set kekangan liut yang ketiga adalah anggaran satu kunjungan yang disyaratkan bagi
daerah kelas C untuk setiap TC  1 hari kerja.
TCA

X
k 0
i, j  k  1 , i  I B  1, I B  2,..., I C dan j  1,2,..., N  TC , j  M (5)

4
Running header not more than 100 letters long, italicised and centred on the odd page headers.

2.2.5. Kekangan Tegar
Kesemua set kekangan tegar bagi pemodelan ini adalah seperti berikut:
1. Set kekangan tegar (6-8) di bawah adalah digunakan untuk memastikan bahawa calon
Bupati memenuhi syarat bilangan kunjungan per tempoh yang dijangkakan untuk kelas
daerah yang berbeza.
X i ,1  X i , 2  ...  X i , N  N A , i  1,2,..., I A (6)
X i ,1  X i , 2  ...  X i , N  N B , i  I A  1, I A  2,..., I B (7)
X i ,1  X i , 2  ...  X i , N  N C , i  I B  1, I B  2,..., I C (8)
2. Set kekangan tegar berikutnya adalah ahli politik memenuhi bilangan minimum dari
daerah yang harus dikunjungi tiap hari pada hari kerja.
I

X
i 1
i, j  MinLawat , j  1,2,.., N , j  M (9)

3. Set kekangan tegar seterusnya adalah ahli politik seharusnya tidak mengunjungi lebih
daripada bilangan maksimum dari daerah yang harus dikunjungi tiap hari pada hari
kerja.
I

X
i 1
i, j  MaksLawat, j  1,2,.., N , j  M (10)

4. Set kekangan (11)-(13) adalah disyaratkan sebagai pelengkap untuk kekangan liut (3)-
(5) yang dikhaskan sebelumnya. Oleh kerana kekangan (3)-(5) adalah anggaran,
terdapat kemungkinan bahawa kunjungan ahli politik untuk beberapa daerah
dijadualkan berturut hari. Kekangan tegar (11)-(13) adalah diperlukan untuk mengatasi
kemungkinan ini.
T A 1

X
k 0
i, j  k  1 , i  1,2,..., I A dan j  1,2,..., N  TA  1 (11)

TB 1

X
k 0
i, j  k  1 , i  I A  1, I A  2,..., I B dan j  1,2,..., N  TB  1 (12)

TC 1

X
k 0
i, j  k  1 , i  I B  1, I B  2,..., I C dan j  1,2,..., N  TC  1 (13)

2.2.6. Fungsi Matlamat
Terdapat tiga gol dalam model untuk menentukan keutamaan yang mesti dipenuhi oleh calon
Bupati:

1. Fungsi matlamat yang pertama diperoleh dengan meminimumkan jumlah pemboleh


ubah sisihan pada kekangan liut (3) iaitu:
TA

X
k 0
i, jk  di, j  di, j  1 , i  1,2,..., I A dan j  1,2,..., N  TA , j  M (14)

Oleh itu fungsi matlamat yang pertama adalah

5
Nasruddin Hassan, Sri Basriati Mohammad Basir

 I A N TA

Minimum G1     (d 
i, j  di, j )  (15)
 i 1 j 1 

2. Fungsi matlamat yang kedua diperoleh dengan meminimumkan jumlah pemboleh


ubah sisihan pada kekangan liut (4) iaitu:
TB

X
k 0
i, jk  di, j  di, j  1 , i  I A  1, I A  2,..., I B dan j  1, 2,..., N  TB , j  M

(16)
Oleh itu fungsi matlamat yang pertama adalah
 I B N TB

Minimum G2     (d 
i, j  d i, j )  (17)
 i 1 j 1 

3. Fungsi matlamat yang ketiga diperoleh dengan meminimumkan jumlah pemboleh


ubah sisihan pada kekangan liut (5) iaitu:
TC

X
k 0
i, jk  di, j  di, j  1 , i  I B  1, I B  2,..., I C dan j  1, 2,..., N  TC , j  M

(18)
Oleh itu fungsi matlamat yang ketiga adalah
 IC N TC   
Minimum 3    (di , j  d i , j ) 
G  (19)
 i 1 j 1 

2.2.7. Penentuan Keputusan bagi setiap Matlamat


Aras keutamaan bagi fungsi matlamat seperti pada persamaan (15), (17) dan (19) boleh
ditetapkan sebagai polisi parti itu. Umumnya, mengenal pasti aras keutamaan dalam PG
adalah sesuatu yang rumit. Beberapa kaedah tambahan seperti Proses Analisis Hirarki
(Mathirajan dan Ramanathan 2007) telah dilakukan untuk menentukan aras keutamaan.
Bagaimanapun, kajian ini mengenal pasti aras keutamaan adalah diperlukan bagi parti yang
mempunyai polisi yang jelas dalam membuat keputusan.
Sebagaimana yang ditetapkan sebelumnya, daerah kelas A adalah yang paling utama dan
kerana itu gol 1 mempunyai aras keutamaan tertinggi, aras keutamaan menurun kepada kelas
B dan kelas C. Daerah kelas C mempunyai aras keutamaan yang paling kurang penting,
kerana itu gol 3 mempunyai aras keutamaan terendah. Gol 2, aras keutamaannya terletak
antara gol 1 dan gol 3.

2.2.8. Fungsi Pencapaian
Aras keutamaan P1 , P2 dan P3 adalah diwakili oleh gol 1, 2 dan 3. P1 mempunyai aras
keutamaan tertinggi diikuti P2 dan P3 ( P1  P2  P3 ) . Gabungan bagi setiap fungsi
matlamat (15), (17) dan (19) akan menghasilkan fungsi pencapaian bagi masalah penjadualan
kunjungan ahli politik ini. Berikut adalah fungsi pencapaian tersebut:

6
Running header not more than 100 letters long, italicised and centred on the odd page headers.

  I A N TA   
 I B N TB    IC N TC   
Minimum  P1    (di , j  di , j )  , P2    (di , j  di , j )  , P3    ( di , j  di , j )  
 

  i 1 j 1   i  I A 1 j 1  i  I B 1 j 1  
(20)

2.2.9.  Model Pengaturcaraan 0-1 Bagi Penjadualan Kunjungan Ahli Politik

  8 12
   14 11     20 7  

Minimum  P1   ( d 
i, j  d )
i, j  , P2   ( d i, j  d )
i, j  , P3   (d i , j  d i , j )  

  i 1 j 1   i 9 j 1  i 15 j 1  

tertakluk kepada
2

X
k 0
i, jk  di, j  di, j  1 , i  1, 2,...,8 dan j  1, 2,...,12, j  M
3

X
k 0
i, jk  di, j  di, j  1 , i  9,10,...,14 dan j  1, 2,...,11, j  M
7

X
k 0
i, jk  di, j  di, j  1 , i  15,16,..., 20 dan j  1, 2,..., 7, j  M

X i ,1  X i ,2  ...  X i ,14  6, i  1, 2,...,8


X i ,1  X i ,2  ...  X i ,14  4, i  9,10,...,14
X i ,1  X i ,2  ...  X i ,14  2, i  15,16,..., 20
20

X
i 1
i, j  4, j  1, 2,..,14, j  M
20

X
i 1
i, j  6, j  1, 2,..,14, j  M
1

X
k 0
i, j k  1 , i  1, 2,...,8 dan j  1, 2,...,13
2

X
k 0
i, j k  1 , i  9,10,...,14 dan j  1, 2,...,12
6

X
k 0
i, j k  1 , i  15,16,..., 20 dan j  1, 2,...,8

3. Hasil Kajian
Berdasarkan kepada keputusan yang diperoleh dengan menggunakan perisian LINGO versi
8.0 didapati bahawa untuk aras keutamaan pertama, nilai objektifnya adalah 14. Semua
pemboleh ubah sisihan negatif bernilai sifar dan sisihan positif ada yang bernilai 1. Ertinya
terdapat lebihan capaian bernilai 14 maka aras keutamaan yang pertama tidak tercapai
sepenuhnya. Untuk aras keutamaan kedua, nilai objektifnya adalah 7. Semua pemboleh ubah

7
Nasruddin Hassan, Sri Basriati Mohammad Basir

sisihan negatif bernilai sifar dan sisihan positif ada yang bernilai 1 sehingga terdapat lebihan
capaian bernilai 7 dan bererti aras keutamaan yang kedua tidak tercapai juga sepenuhnya.
Demikian pula aras keutamaan ketiga, nilai objektifnya adalah 6. Semua pemboleh ubah
sisihan negatif bernilai sifar dan sisihan positif ada yang bernilai 1, terdapat lebihan capaian
bernilai 6 dan bererti aras keutamaan yang ketiga tidak tercapai sepenuhnya.
Jadual 1 adalah jadual kunjungan yang diperoleh daripada penyelesaian LINGO (Schrage
1998) bagi ketiga-tiga aras keutamaan tersebut.

Jadual 1:  Jadual Kunjungan Ahli Politik Selama Masa Kempen

Hari Bilangan
No. Daerah Kelas Sa A I S R K J Sa A I S R K J Kunjungan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14  
1 Bangkinang A 0 0 1 0 0 1 0 0 1 0 0 0 1 0 4
2 Kampar A 0 0 0 1 0 0 1 0 0 0 1 0 0 1 4
3 Tambang A 1 0 0 0 1 0 0 1 0 0 0 1 0 0 4
4 XIII Koto Kampar A 1 0 0 1 0 0 0 1 0 0 1 0 0 0 4
5 Siak Hulu A 1 0 0 0 0 0 1 0 0 0 1 0 0 1 4
6 Tapung A 0 0 1 0 0 1 0 0 1 0 0 0 0 1 4
7 Tapung Hilir A 1 0 0 1 0 0 1 0 0 0 0 0 0 1 4
8 Tapung Hulu A 1 0 0 1 0 0 0 1 0 0 0 1 0 0 4
9 Bangkinang Barat B 0 0 0 0 1 0 0 0 1 0 0 0 1 0 3
10 Kampar Kiri B 1 0 0 0 0 0 1 0 0 0 1 0 0 0 3
11 Bangkinang Seberang B 0 0 0 1 0 0 0 1 0 0 0 1 0 0 3
12 Salo B 0 0 1 0 0 0 1 0 0 0 0 1 0 0 3
13 Kampar Timur B 0 0 1 0 0 0 1 0 0 0 0 1 0 0 3
14 Kampar Kiri Tengah B 0 0 0 0 1 0 0 0 1 0 0 0 1 0 3
15 Kampar Kiri Hilir C 0 0 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 2
16 Kampar Kiri Hulu C 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 0 1 2
17 Kampar Utara C 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 0 1 2
18 Rumbio Jaya C 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 2
19 Gunung Sahilan C 0 0 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 2
20 Perhentian Raja C 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0 2
Maks/Min Kunjungan per hari 6 0 6 6 4 4 4 4 6 0 4 6 6 6  
Berdasarkan Jadual 1 dapat disimpulkan bahawa setiap kekangan dalam pengaturcaraan gol
dapat dipenuhi sepenuhnya, iaitu:
1. Ahli politik memenuhi syarat bilangan kunjungan per tempoh yang dijangkakan, iaitu
4 kunjungan untuk daerah kelas A, 3 kunjungan untuk kelas B dan 2 kunjungan untuk
kelas C.
2. Ahli politik memenuhi bilangan minimum dari daerah yang harus dikunjungi tiap hari
kerja, iaitu 4 kunjungan.
3. Ahli politik memenuhi bilangan maksimum dari daerah yang harus dikunjungi tiap
hari kerja, iaitu 6 kunjungan.
4. Setiap daerah tidak ada yang dikunjungi berturut hari.
5. Setiap daerah tidak ada yang dikunjungi pada hari bercuti, iaitu hari Ahad pada
minggu pertama dan hari Isnin pada minggu kedua.
6. Setiap daerah kelas A, B dan C dikunjungi sekurang-kurangnya satu kali untuk setiap
hari kerja bagi kekangan liut kecuali hari keenam dan keempatbelas untuk daerah
kelas B yang berada pada aras keutamaan kedua manakala pengecualian lawatan pada

8
Running header not more than 100 letters long, italicised and centred on the odd page headers.

hari pertama, ketujuh, kelapan dan kesembilan untuk daerah kelas C yang berada
pada aras keutamaan ketiga.

4. Kesimpulan
Pengaturcaraan gol (PG) merupakan suatu kaedah kuantitatif yang menyelesaikan masalah
pengurusan dengan pelbagai matlamat. Pengaturcaraan matematik ini sering digunakan
kerana ia memberikan pencapaian matlamat yang optimum di bawah kekangan-kekangan
yang wujud di dalam sesuatu masalah. Walaubagaimana pun sesetengah matlamat tidak akan
dapat dicapai sepenuhnya di bawah polisi yang dikehendaki. Namun penggunaan PG ini
memberi peluang kepada pembuat keputusan untuk membuat analisa berkaitan dengan
susunan stuktur keutamaan daripada penyelesaian yang diperoleh. Dengan kata lain, model
PG ini membenarkan kepelbagaian susunan stuktur keutamaan untuk menghasilkan simulasi
model yang paling sesuai digunakan.
Dalam kajian ini, permasalahan pembuatan jadual kunjungan ahli politik selama masa
kempen telah berhasil diselesaikan dengan menggunakan pengaturcaraan gol 0-1 melalui
perisian LINGO versi 8.0 dalam mendapatkan jadual yang memenuhi polisi parti.

Rujukan
Asdalifah Talibe. 2007. Model pengaturcaraan gol integer 0-1 bagi penjadualan tugas pegawai polis
peronda di Balai Polis Damansara. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Charnes, A., & Cooper, W.W. 1961. Management Models and the Industrial Applications of Linear
Programming. New York: John Wiley.
Ignizio, J.P. 1976. Goal Programming and Extensions. Lexington: Lexington Books.
Ignizio, J.P. & Cavalier, T.M. 1994. Linear Programming. Englewood Cliffs: Prentice Hall.
Ijiri, Y. 1965. Management Goals and Accounting for Control. Chicago: Rand McNally.
Jones, D.F. & Tamiz, M. 2002. Goal Programming in the Period 1990-2000, in Multiple Criteria
Optimization State of the Art , M. Erghott X. Gandibleux (eds.). Boston: Kluwer.
Kwan, R.S. 2004. Bus and train driver scheduling. In: Leung, J, Handbook of scheduling. New York:
CRC Press.
Lee, S.M. 1972. Goal Programming for Decision Analysis. Philadelphia: Auerbach.
Mathirajan, M & Ramanathan, R. 2007. A 0-1 goal programming model for scheduling the tour of
marketing executive. European Journal of Operation Research. 179: 554–566.
Nor Fazura Ismail. 2006. Model pengaturcaraan gol 0-1 bagi penjadualan pembantu perubatan di
hospital Putrajaya. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Romero, C. 1991. Handbook of Critical Issues in Goal Programming. Oxford: Pergamon Press.
Schrage, L.E. 1998. Optimization Modeling with LINGO, LINDO System. Chicago: IL.
Schniederjans, M.J. 1995. Goal programming methodology and applications. Boston: Kluwer.
Taha, H.A. 2003. Operations Research: An Introduction. Ed. ke-7. New Jersey: Prentice Hall.

Nasruddin Hassan1
School of Mathematical Sciences
Faculty of Science and Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA
E-mail: nas@ukm.my

9
Nasruddin Hassan, Sri Basriati Mohammad Basir

10

You might also like