You are on page 1of 22

Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

UNIT 3 PENYEDIAAN DAN PENGHASILAN SUMBER PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AL-QURAN

SINOPSIS:

Melalui tajuk ini pelatih akan dilatih untuk menyediakan bahan bantu mengajar.
Latihan ini merupakan asas pertama persediaan rancangan mengajar. Kreativiti yang
tinggi pada pelatih akan diasuh dengan penuh ketekunan demi melahirkan guru-guru
yang kreatif dan berinovasi serta dapat menyesuaikan dengan perkembangan ICT
khususnya yang berkaitan dengan sumber pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini peserta dapat:

1. membina pelbagai sumber pengajaran Pendidikan Al-Quran,


2. memilih dan menilai sumber pengajaran yang sesuai dengan komponen-
komponen Pendidikan Al-Quran,
3. mengaplikasikan sumber dalam pengajaran pembelajaran Al-Quran secara
berkesan,
4. meningkatkan daya kreativiti dalam pengajaran pembelajaran berbantukan
sumber yang kreatif, inovatif dan bersesuaian dengan Pendidikan Al-Quran.

Sebelum membaca nota berikut, sila buat catatan isi-isi penting


Dalam bentuk grafik untuk mudah mengingat..

1
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

TAJUK: PENYEDIAAN DAN PENGHASILAN SUMBER


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AL-QURAN

PEMBINAAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PEMILIHAN DAN PENILAIAN SUMBER PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
PEMBINAAN DAN PENGURUSAN SUMBER PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SEKOLAH BESTARI

3.1 PEMBINAAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran adalah sebagai media pengajaran atau


`instructional media’ yang membantu guru dan para pelajar mendapatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran. Proses penyedian dan penghasilan sumber yang
sesuai mestilah selaras dengan matlamat dan objektif sukatan pelajaran serta hala
tuju pendidikan negara secara keseluruhan. Proses tersebut secara ringkas
diperlihatkan seperti gambar rajah berikut:

memilih

menilai mengolah
Objektif
Pengajaran
Dan
Pembelajaran

mengguna membina

2
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

Perinsip Pemilihan Sumber

i. Bahan berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.


Pemilihan bahan-bahan pengajaran hendaklah bersesuaian dengan objektif
pembelajaran. Objektif perlu ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan
pengajaran dan pembelajaran, kemudian barulah bahan-bahan tersebut diolah
supaya sesuai dengannya.

ii. Bahan mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan falsafah pendidikan.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang berimu pengetahuan , berakhlak mulia dan bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan
terhadap keharmoniaan dan kemakmuran masyrakat dan negara.
Bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh
membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna bahan-
bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek dan nilai-nilai murni yang
dipercayai dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara
matang. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan pendidikan dan
pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu.

iii. Bahan sesuai dengan keperluan belajar pelajar.


Keperluan belajar para pelajar bermaksud sesuatu ilmu itu disampaikan dalam
bentuk supaya para pelajar dapat menambahkan pengetahuannya dari semasa ke
semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan licin, para pelajar
mestilah diperkenalkan dengan unit-unit pembelajaran. Unit-unit ini walaupun
sedikit, tetapi harus mengandungi perkara-perkara baru dan saling berkaitan antara
satu dengan lain. Pelajar-pelajar boleh mengembangkan pengetahuan mereka
dengan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan pengalaman atau pengetahuan
yang diperolehi daripada pelajaran-pelajaran yang lalu.
Proses pembelajaran bukanlah sesuatu yang mudah, pelajar memerlukan galakan,
motivasi dan pelbagai rangsangan yang lain. Ini merupakan sebahagian besar tugas
guru, tetapi bahan-bahan pengajaran boleh membantu dengan menggunakan
perkara-perkara yang dirangsang secara intelektual. Satu lagi perkara yang harus
diingat oleh guru-guru ialah bahan-bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi

3
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu. Ini kerana, pelajar-pelajar juga
harus dilayan sebagai individu dan sebagai ahli kumpulan. Dalam sesuatu waktu
pembelajaran, pelajar-pelajar boleh bertindak sebagai individu dan sebagai ahli
kumpulan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan yang
mereka jalankan, kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang
diperuntukan kepada mereka.

iv. Bahan berkaitan dengan isi pelajaran dan proses pembelajaran.


Kedua-dua aspek tersebut haruslah diberi penekanan yang sama rata. Bahan-bahan
pengajaran tidak sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek isi pelajaran
tetapi harus juga mengambil kira perkembangan pelajar. Namun bergitu patutlah
diketahui, tiada satu pun cara belajar yang terbaik. Biasanya para pelajar
menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan.
Pendekatan baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusat
kepada individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan
tidak menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran.
Namun begitu, proses pembelajaran walaupun menarik, tidak dapat membantu
pelajar melainkan jika diamalkan dengan cara yang sistematik dan komprehensif.
Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah hanya sekadar untuk mewujudkan suasana
gembira, tetapi harus mengambil kira nilainya sebagai latihan pembelajaran.
Memanglah perkara-perkara yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kita di dalam kelas
itu menarik dan menyeronokan tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi potensi
mereka.

v. Bahan sebagai penggerak dan pemudahcara pembelajaran pelajar.


Pelajar-pelajar yang mempunyai penggerak untuk mempelajari sesuatu akan dapat
mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu
yang tidak mereka minati. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang
ditunjukkan oleh minat murid. Walaupun manusia belajar tentang apa yang hendak
mereka pelajari untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi minat terhadap
perkara-perkara yang belum mereka ketahui dapat ditimbulkan dengan mengaitkan
perkara yang belum diketahui itu dengan perkara-perkara yang mereka minati. Oleh
sebab itu, guru hendaklah menggunakan bahan-bahan sumber yang boleh
membantu menggerakkan minat dan pengetahuan sedia ada pelajar untuk beralih
kepada perkara-perkara yang lebih mendalam.

Hasilkan satu Grafik yang menunjukkan perbezaan penggunaan sumber


pengajaran Tilawah Al-Quran secara Tradisi dan sumber-sumber yang

4
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

berbantukan komputer.

Pengelasan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran


Sumber pengajaran dan pembelajaran boleh dibahagikan kepada dua kelas yang
besar, iaitu bahan cetak dan bukan cetak. Dalam modul ini perbincangan akan
mengkhususkan pengelasan kepada sumber pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Al-Quran:

i. Bahan Cetak
Bahan cetak merupakan bahan dua dimensi yang dicetak sama ada secara
mekanikal atau secara elektronik seperti:
 Buku yang mengandungi pengetahuan asas untuk dibaca dan
difahami termasuk mashaf-mashaf, kitab-kitab tafsir, buku teks,
buku nota rujukan dan buku latihan.
 Penerbitan Berkala yang diterbitkan mengikut kala masa yang tertentu
seperti harian, mingguan, bulanan atau tahunan termasuk akhbar,
majalah, jurnal dan risalah yang berkaitan dengan bidang-bidang
Pendidikan Al-Quran khususnya dalam bidang Tafsir.
 Bahan rujukan yang mengandungi maklumat penting dan disusun
mengikut turutan tertentu supaya dapat dikesan dengan mudah
seperti mukjam Al-Quran, ensaiklopedia, buku panduan kaedah-
kaedah Tilawah Al-Quran seperti ; Kaedah Iqra’, Kaedah Qiraati,
Kaedah Baghdadiah dan Kaedah Hattawiah.
 Bahan bantu pembelajaran yang digunakan oleh pelajar semasa
pembelajaran termasuk edaran ayat-ayat hafazan, nota
ringkas lembaran kerja, kad imbasan, carta ayat dan
sebagainya.
ii. Bahan bukan cetak
Bahan bukan cetak merupakan bahan pengajaran pembelajaran lain dalam
bentuk bukan cetak, ia dikelaskan kepada:
 Bahan visual bukan tayang yang mempamerkan maklumat secara
dua dimensi termasuk bahan grafik dan fotografi Qari-Qari, mushaf-
mushaf yang boleh dipamerkan sebagai poster atau carta.
 Bahan visual tayang dua dimensi yang menayangkan maklumat tidak
bergerak termasuk transparensi dan slaid.

5
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

 Bahan audio yang menyampaikan maklumat secara bersuara


termasuk radio dan pita rakaman seperti rakaman bacaan qari-qari.
 Bahan audio-visual yang mengabungkan suara dan imej semasa
tayangan termasuk televisyen, pita video dan filem.
 Bahan berkomputer yang menyampaikan maklumat secara interaktif
di antara komputer dan pengguna dengan menggunakan komputer
seperti penggunaan pelbagai software yang berkaitan dengan
Pendidikan Al-Quran yang merangkumi CD Holy Quran, CD Qari-Qari.
 Bahan tiga dimensi yang terdiri daripada realia (bahan sebenar seperti
objek maujud, spesimen, bahan hidup, bahan semujla jadi) dan model
khususnya dalam bidang Tafsir (Ayat Kefahaman).

SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHAN CETAK BAHAN BUKAN CETAK

- Buku Bahan Visual


- Penerbitan Bukan Tayang
berkala
- Bahan rujukan
- Bahan bantuan Bahan Visual
pembelajaran Tayang 2 D

Bahan Audio

Bahan Audio-
Visual

Bahan Komputer

Bahan 3 Dimensi

6
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

Pilih bahan tiga bukan cetak yang anda selalu gunakan dalam
pengajaran Tilawah dan Hafazan dan nyatakan kelebihannya.
Matlamat dan Peranan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Pembelajaran sesuatu konsep bermula dari peringkat konkrit ke peringkat abstrak.


Penggunaan bahan sumber yang sesuai akan menyebabkan peralihan ini berlaku
dengan lancar. Matlamat utama penggunaan bahan sumber dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ialah:
i. pelajar dapat menguasai konsep atau kemahiran tertentu yang diajar oleh
guru.
ii. menggalakkan dan memperkukuhkan pembelajaran yang dilalui oleh
pelajar.

Sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan digunakan dengan baik akan
memainkan peranan berikut:
 Motivasi
Sumber pengajaran dan pembelajaran akan dapat mempersembahkan isi
kandungan dengan tujuan untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam
proses pembelajaran serta merangsang pelajar untuk berfikir secara kritis
dan kreatif. Contohnya memperdengarkan pita rakaman bacaan qai-
qari yang masyhur dan dibandingkan dengan mutu bacaan pelajar.
 Penemuan
Sumber yang sesuai akan membolehkan pelajar mengkaji konsep dan
masalah yang baru dengan lebih mencabar lagi. Ia juga dapat memberi
perluang kepada pelajar untuk menjalankan kegiatan penemuan sendiri.
Seperti melalui tayangan video mengenai isu-isu semasa untuk
dikaitkan dengan sesuatu tema ayat kefahaman.
 Latih tubi
Sumber yang menitikberatkan pemahaman konsep asas akan
membolehkan pelajar berlatih berulangkali sehingga menguasai
kemahiran yang dipelajari. Contohnya penggunaan CD HOLY QURAN
dalam pengajaran Tilawah Al-Quran.
 Pengayaan
Untuk pelajar yang dapat belajar dengan lebih cepat, sumber
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan menyediakan kegiatan
lanjutan untuk mengukuhkan pembelajaran konsep berkenaan serta
mempelbagaikan situasi pembelajaran dengan sumber yang berlainan.

7
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

 Aplikasi
Sesetengah sumber akan menyebabkan pelajar mengaplikasikan konsep
yang dipelajari pada situasi harian di luar sekolah serta menguji
kebolehan pelajar mengaplikasikan konsep berkenaan.
 Perubahan kadar perkembangan pelajaran
Guru boleh mengakhiri sesuatu tajuk dengan menggunakan sumber teka
teki atau menggunakan sumber permainan rekreasi sebelum cuti
semester sebagai tanda perubahan kadar perkembangan pelajaran.

Pilih empat bahan cetak berkaitan Pengajaran dan pembelajaran Al-


Quran dan jelaskan bagaimanakah bahan-bahan tersebut boleh
memotivasikan pelajar untuk mempelajari Al-Quran dengan lebih
mendalam.

3.2 PEMILIHAN DAN PENILAIAN SUMBER PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

1. Persediaan.

Sebelum menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran , tiga jenis persediaan


yang rapi diperlukan:

a. Persediaan Guru.
Guru perlu membuat persediaan yang mencukupi seperti menonton video yang
hendak ditayangkan , mencuba eksperimen yang hendak dijalankan, menyusun
transperansi-transparensi atau meninjau kawasan yang hendak dikaji atau
dilawati. Kaji dengan teliti buku panduan yang disertakan bersama sumber
pengajaran , catat nota-nota penting semasa menonton video bacaan sesaorang
Qari.
Gubal suatu rancangan pelajaran yang memerihalkan bagaimana anda
memperkenalkan tajuk pengajaran serta menggunakan sumber itu, apakah
kegiatan yang anda dan pelajar akan lakukan, apakah soalan yang akan anda
tanyakan semasa dan selepas penggunaan sumber serta bagaimana anda akan
mengaitkan sumber itu dengan pengalaman pelajar yang sedia ada supaya
pelajaran ini bermakna dan berguna.

8
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

b. Persediaan Persekitaran.
Susunkan alat dan bahan yang diperlukan untuk menggunakan sumber. Pastikan
alat yang anda hendak gunakan itu berada dalam keadaan yang berfungsi dan
bilik atau makmal yang yang diperlukan tidak digunakan oleh guru lain. Untuk
lawatan pula pastikan pengangkutan disediakan dan langkah keselamatan diberi
keutamaan.

c. Persediaan Kelas.
Perkenalkan bahan sumber, jelaskan mengapa sumber itu digunakan, nyatakan
dengan ringkas isi kandungan yang akan dipelajari dan tekankan apakah yang
penting untuk dipelajari daripada bahan sumber itu. Untuk bahan sumber yang
digunakan dalam aktiviti kreatif atau eksperimen, berikan arahan dengan jelas
supaya pelajar tahun urutan aktiviti. Beritahu pelajar apa yang mereka perlu buat
diakhir pelajaran seperti ujian, perbincangan isi atau memberi ulasan.

2. Penyampaian.
Gunakan bahan sumber yang disediakan dengan cara yang betul. Untuk bahan
audio-visual, pastikan imej tayangan difokus dengan tajam dan suara dapat didengar
dengan jelas. Untuk aktiviti kreatif, guru perlu menyelia supaya bahan sumber
digunakan dengan betul dan selamat. Semasa penyampaian, pelajar perlu
mencatatkan isi-isi yang penting atau peristiwa dan perubahan yang dapat
diperhatikan. Apa yang penting semasa penyampaian ialah supaya pelajar dapat
menumpukan sepenuh perhatian ke atas aktiviti yang dijalankan dan guru sentiasa
sedia untuk membantu pelajar.

3. Kegiatan Susulan.
Selepas penyampaian, guru akan mengadakan perbincangan. Minta pelajar memberi
jawapan kepada soalan-soalan yang berkaitan dengan sumber pengajaran yang
telah dilihat. Tinjau semula pengalaman yang dilalui pelajar dengan bahan sumber
tersebut. Menilai hasil kerja pelajar dan memberi maklum balas terhadap kebolehan
dan prestasi pelajar. Guru juga perlu membuat penilain terhadap bahan sumber yang
digunakan. Catat komen dan ulasan pada fail atau buku panduan supaya guru lain
yang menggunakan bahan sumber tersebut dapat mengambil perhatian.
___________________________________________________________________
Jawab soalan berikut;
1. Nyatakan beberapa persediaan yang dilakukan oleh sesaorang guru

9
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

untuk sesi pengajaran pembelajaran ayat Tilawah.

FUNGSI BAHAN SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARAN.

Sumber Fungsi Utama


Bahan Cetak Menyampaikan maklumat dan pengetahuan
Merangsang pemikiran kritis dan kreatif
Meningkatkan motivasi, minat dan sikap positif
Menyampaikan arahan

Poster/Carta Menyampaikan maklmat secara grafik


Merumuskan perhubungan antara fakta
Menunjukkan struktur dan organisasi
Membolehkan bacaan pada kadar kecepatan pelajar
Merupakan bahan pameran yang baik

Gambar Foto Menggantikan bahan sebenar


Membawa situasi luar ke dalam kelas
Membenarkan cetakan yang diperbesarkan
Meningkatkan motivasi dan minat
Merupakan bahan pameran yang baik

Slaid Membesarkan gambar melalui tayangan


Membenarkan guru menerangkan bahan tayangan
Meningkatkan motivasi dan minat

Transparensi Manyampaikan fakta secara sistematik


Menyampaikan maklumat secara berperingkat

Audio Menyediakan pengalaman mendengar yang konkrit


Menerapkan sikap dan nilai murni
Membenarkan ulang dengar
Audio-Visual Menunjukkan bahan visual yang bergerak
Menunjukkan isi dengan terperinci
Meningkatkan minat,motivasi dan sikap positif
Bahan Komputer Membenarkan pembelajaran individu
Menyediakan kegiatan pemulihan dan pengayaan
Membenarkan penyampaian aneka media
Merangsangkan pemikiran kritis dan kreatif
Memudahkan pembelajaran interaktif
Bahan 3 Dimensi Menunjukkan bahan sebenar atau perwakilannya
Membolehkan mengenalpasti struktur dan bahagian
Membenarkan pergerakan didemonstrasikan
Menghasilkan kesan kepaduan dan realisme
Bahan Permainan dan Merangsangkan pemikiran kritis dan kreatif
Simulasi Meningkatkan motivasi, minat dan sikap positif
Memupuk semangat persaingan dan kerjasama
Mewujudkan situasi seperti situasi sebenar

Hasilkan satu set “power Point” secara intraktif yang dapat digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran ayat kefahaman. Disarankan anda
memasukkan juga elemen Grafik, Gambar dan Audio Video dalam

10
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

persembahan anda.

PENILAIAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Keberkesanan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dinilai dari aspek-aspek


berikut:
1. Kurikulum.
Bahan sumber yang digunakan haruslah sesuai dengan objektif
pelajaran. Ia perlu membantu usaha guru dalam menyampaikan isi
pelajaran. selain itu, sumber yang digunakan harus sesuai dengan tahap
pemahaman dan perkembangan kognitif pelajar.

2. Proses.
Pengalaman berinteraksi secara langsung dengan sumber pengajaran
dapat menggalakan proses pembelajaran. Pembelajaran dapat
ditingkatkan lagi sekiranya sumber itu memerlukan gerak balas pelajar
secara lisan atau secara tindakan. Terdapat sumber yang boleh
digunakan secara berperingkat selaras dengan perkembangan konsep
yang berturutan. Terdapat juga sumber yang sesuai digunakan dalam
proses pembelajaran kendiri, seperti perisian komputer aneka media.

3. Sikap.
Penggunaan sumber yang bersesuaian dapat menarik minat dan
perhatian pelajar terhadap pelajaran yang diajar. Sumber yang
memberangsangkan juga akan meningkatkan motivasi pelajar. Selain itu,
sumber tertentu dapat menerapkan nilai murni melalui interaksi pelajar
dengan sumber itu.

4. Penggunaan.
Sumber pengajaran pembelajaran harus mudah digunakan, di bawa dari
satu tempat ke tempat yang lain dan mudah disimpan. Pengalaman
menunjukkan bahawa guru jarang menggunakan bahan sumber yang
sukar digunakan atau sukar dialih. Kadang kala, sesuatu sumber itu boleh
digunakan bersama sumber yang lain. Misalnya, poster gambar boleh
menjelaskan cerita di dalam radio. Gabungan dua sumber ini dapat
mengukuhkan lagi pemahaman pelajar.
___________________________________________________________

11
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

Bincangkan dengan rakan anda mengenai faktor yang menyebabkan


guru jarang menggunakan bahan sumber yang sukar digunakan atau
sukar dialih.
5. Kualiti.
Kualiti sumber yang digunakan harus memuaskan supaya mesej yang
hendak disampaikan dapat diterima oleh pelajar dengan berkesan. Bahan
cetak harus senang dibaca dan perbendaharaan kata yang digunakan
sesuai dengan tahap penguasaan bahasapelajar. Bahan audio yang
digunakan mesti jelas didengar manakala bahan visual perlu senang
dilihat. Bahan tersebut juga perlu tahan lasak, tidak mudah rosak bila
dipegang oleh pelajar.

6. Kos
Kebanyakan sumber pengajaran pembelajaran hanya digunkan beberapa
kali sahaja dalam setahun. Oleh itu, kos penghasilan haruslah rendah.
Untuk tujuan itu, sumber yang boleh direka, lebih berkesan dari segi kos.
Manakala kos penyelengaraan tidak harus membebankan pihak sekolah.

Penilaian keberkesanan sumber pengajaran dan pembelajaran, akan menyebabkan


guru mengetahui kekuatan dan kelemahan sumber itu. Ini merupakan asas bagi guru
untuk memperbaiki lagi reka bentuknya supaya penggunaan sumber yang
seterusnya akan lebih berkesan.

Pastikan anda telah mempunyai sedikit maklumat


Mengenai peralatan multimedia dan juga audio-visual

3.3 PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER.

1. GRAFIK.

Kebiasaannya pelajar lebih memberikan tumpuan kepada informasi melalui deria


penglihatan mereka, oleh itu adalah sangat berkesan sekiranya kaedah
pembelajaran menggunakan elemen visual. Segala bentuk mesej yang diterima oleh
pelajar melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan lebih
mempunyai ketahanan daya ingat. Kadang kala pelajar lebih mempunyai keyakinan
menerima sesuatu melalui apa yang mereka lihat daripada penerangan yang
diberikan oleh guru. Di antara contoh bahan grafik ialah:

12
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

a. Poster
Poster merupakan suatu gambaran yang boleh dijelaskan melalui perkataan dan
gambar serta ilustrasi atau melalu gambar sahaja.Penerbitan sesuatu poster
mestilah memenuhi prosedur perancangan supaya ia dapat membantu proses
pengajaran guru. Prosedur tersebut ialah:
 kerja melakar,
 pengumpulan bahan
 penghurufan
 penerbitan huruf untuk tajuk dan label
 ‘layout` bahan visual

b. Carta dan Carta Dinding

Digunakan untuk menghuraikan proses sesuatu idea atau menunjukkan


pembahagian elemen-elemen secara terasing. Aliran proses dan elemen-elemen
dapat ditunjukkan secara berorganisasi. Carta dinding adalah lebih besar dan
banyak informasi, penghuraian lebih menyeluruh, lebih kompleks dan lebih terperinci.
Pembinaan sebuah carta merangkumi tajuk utama, subtajuk dan huraian ringkas.
Prinsip asas pembinaan carta adalah:
 penerbitan mestilah jelas dan cukup besar untuk memuatkan
perincian yang kompleks.
 Rancangkan `layout’ dan teknik gambaran yang membolehkan mesej
dijelaskan
 Rekabentuk tidak akan mengelirukan pemahaman pelajar
 Penghurufan di dalam carta seboleh-bolehnya menggunakan
penghurufan unistensil, tiga dimensi atau penghurufan komputer
dengan saiz minimum 5 cm,
Jenis-jenis carta ialah carta bar, carta jadual, carta organisasi, carta pai, carta urutan,
carta aliran, carta dinding dan sebagainya.

c. Lakaran dan Kartun


Bahan lakaran mengandungi suatu `hint’ atau petunjuk mengenai hal sebenar.
Lakaran ini adalah satu tanda garisan atau objek secara ringkas untuk
menggambarkan sesuatu subjek atau insiden. Ini boleh dilakukan serta merta tetapi

13
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

di dalam konteks penyediaan bahan lakaran yang berkesan ia mestilah diolah secara
berperancangan, supaya kehadiran subjek tersebut dapat diinterpretasikan oleh
pelajar dan menimbulkan suatu penekanan.
Penggunaan kartun berfungsi sebagai bahan humor yang boleh menimbulkan daya
tarik kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Walaubagaimana pun nilai estetika
bahan kartun tidak bererti kalau persembahannya tidak dapat dilihat oleh pelajar atau
di dalam edaran yang terhad. Kaedah pembesaran ilustrasi kartun dan penghurufan
yang teliti hendaklah dipatuhi.

d. Peta
Pelajar dewasa lebih biasa dengan pembelajaran menggunkan peta. Penggunaan
bahan ini lebih sesuai seiring dengan kaedah penerangan guru, sementara pelajar
berinteraksi dengan bahan. Prosedur menerbitkan peta yang kreatif
meliputi:
 gelapkan kawasan yang difokus
 lengkungkan perkara yang hendak dijelaskan kepada
pelajar
 penggunaan lorekan, bentuk dan warna kepada
ilustrasi yang digambarkan di dalam peta.

2. FOTOGRAFI
Kemahiran guru di dalam bidang fotografi ada hubungkait dengan kebolehan
seseorang guru di dalam membentuk bahan pengajaran yang berkesan atau
bersesuaian dengan kehendak pelajarnya. Pengambilan gambar tersebut boleh
diarahkan berdasarkan penentuan tajuk dan penentuan objektif pengajaran.
Seandainya guru menghadapi masalah membawa murid ke sesuatu lokasi, satu siri
gambar foto boleh di bawa kedalam kelas untuk menjelaskan aktiviti tersebut (seperti
upacara sembelihan korban).
Di dalam aspek perancangan, beberapa elemen mestilah ditekankan seperti
penentuan garis kasar isi, format penyampaian, penyediaan skrip dan perancangan
`shot’. Di dalam elemen penerbitan, setiap bahan fotografi mestilah diperbesarkan
supaya bersesuaian dengan jarak penglihatan pelajar. Di antara cara persembahan
fotografi ialah:
 visual bersama audio
 visual bersama pernyataan
 visual bersama penerangan

14
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

3. BAHAN CETAK
Pengajaran guru di dalam bilik darjah secara umumnya mementingkan kaedah
penerangan tentang sesuatu fakta. Penerangan tersebut selalu menimbulkan
kesusahan untuk pelajar memahaminya disebabkan halangan seperti kecekapan
verbal dan dialek guru. Bagi menjelaskan mesej, guru perlu memberikan pelajar-
pelajarnya bahan-bahan cetak untuk menyokong pengajarannya.
Bahan cetak ini boleh digabungkan dengan media lain seperti bahan audio, audio-
visual, transparensi dan fotografi. Secara lazimnya media cetakan diambil daripada
buku, akhbar atau risalah. Sebelum sesuatu bahan cetak digunakan, guru perlu
melakukan proses preview dan mengedit terlebih dahulu. Penggunaa bahan cetak
seharusnya dapat menimbulkan keseronokan, motivasi, maklumat dan pengajaran.

4. TRANSPARENSI
Bahan ini sangat berguna untuk menyampaikan pengajaran `mass lecture’. OHP
memberikan lebih tumpuan kepada pengajaran guru berbanding penggunaan kapur
atau pen penanda. Ia juga boleh merupakan suatu persembahan yang tidak perlu
dijelaskan melalui komunikasi lisan kerana apa yang dijelaskan lebih eksplisit serta
maklum balas pelajar lebih semerta. Tiga jenis transparensi yang biasa digunakan:
 asetat kosong daripada plastik biasa sama ada yang keras atau pun
lembut, ia boleh dipersembahkan secara kepingan yang berbingkai
ataupun bergulung.
 Jenis termal atau peka haba, imej dan latar belakangnya boleh diubah
warna
 Transparensi daripada mesin fotokopi.
Teknik penyampaian transparensi terdiri daripada:
 transparensi selapis
 transparensi bertingkap
 transparensi berlapis
 transparensi gulung
___________________________________________________________________
1. Bincangkan dengan rakan anda ciri-ciri bahan cetak yang
seharusnya digunakan untuk pengajaran Tilawah Al-Quran.

2. Apakah media-media lain yang sesuai digunakan ketika


pengajaran Tilawah dan Hafazan dan nyatakan alasannya.
___________________________________________________________________

15
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

5. BAHAN TIGA DIMENSI


Penggunaan bahan tiga dimensi sebagai sumber pengajaran pembelajaran
mempunyai faedah yang lebih banyak berbanding dengan bahan dua dimensi.
Bahan tiga dimensi kelihatan nyata dan benar. Tiga jenis bahan tiga dimensi ialah:

 realia - merupakan bahan yang senang didapati dan selamat diolah.


Ia boleh dibawa ke dalam kelas, atau sekiranya ia sukar dialih, pelajar
boleh dibawa keluar kelas untuk mendekatinya. Antara jenis bahan
realia ialah spesimen batuan, tumbuhan dan haiwan kecil, bahan awet
basah dan kering. Bahan-bahan ini sesuai untuk pengajaran ayat
kefahaman.
 Model - dalam keadaan di mana realia susah atau tidak diperolehi,
model merupakan bahan gantian yang dapat mewakili bahan sebenar.
Antara jenis model ialah model pepejal. Model keratan dan model
pergerakan. Dalam Al-Quran antaranya model Alat Pertuturan Huruf.
 Diorama - ialah sistem pameran yang menggabungkan latar depan
tiga dimensi dengan latar belakang dua dimensi. Model bangunan,
orang dan objek digunakan sebagai latar depan, manakala lukisan
berwarna menjadi latar belakang. Kombinasi latar depan dan latar
belakang dapat menghasilkan kesan realistik yang tinggi.
Contoh diorama seperti majlis, peperangan dan babak
sejarah.

6. BAHAN AUDIO
Manusia menggunakan hampir separuh masanya di dalam aktiviti mendengar seperti
melalui rakan, seminar,syarahan dan sesi pembelajaran. Medium ini jika dikelolakan
dengan kreatif, jauh lebih menarik dan menyeronokan daripada pembelajaran
melalui pembacaan bersendirian.
Prosedur penghasilan bahan audio meliputi:
 perancangan - merangkumi penentuan objektif, kumpulan sasaran,
garis panduan isi kandungan dan bantuan alat lain.
 Persediaan untuk rakaman - meliputi skrip, muzik dan kesan bunyi,
penyampai dan pelaku, peralatan rakaman.
 Rakaman - guru mestilah memahami panduan teori dan praktikal
rakaman.

16
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

 Aktiviti susulan - penyediaan panduan pengguna dan lembaran kerja


berkaitan.
7. BAHAN KOMPUTER

Penggunaan komputer dalam pendidikan semakin meluas sekaran. Beberapa


pendekatan dan konsep telah dikaji secara intensif oleh Kementerian Pendidikan dan
Malaysian Institute of Microelectronic System (MIMOS).
Terdapat banyak perisian untuk pengajaran dan pembelajaran boleh dibeli dalam
pasaran. Namun begitu, tidak semua perisian sesuai sebagai bahan pengajaran.
Sekiranya guru mempunyai kepakaran, perisian yang sesuai boleh dihasilkan sendiri.
Jenis-jenis perisian yang boleh dihasilkan:
 tutorial
 latih tubi secara interaktif
 simulasi situasi sebenar
 `game’ berunsur pendidikan
 penyelesaian masalah secara proses
Ciri-ciri perisian yang baik;
 isi yang sesuai dengan objektif dan kognitif pelajar
 mudah digunakan
 grafik menarik
 suara dan muzik yang sesuai
 interaktif

Layari laman Web yang berkaitan Al-Quran dan rakamkan bacaan 3


bacaan Qari yang anda sukai dan jelaskan bagaimana bahan tersebut
dapat digunakan dalam pengajaran & pembelajaran Tilawah Al-Quran

8. SIMULASI DAN PERMAINAN.

Simulasi ialah satu percubaan untuk memberi gambaran atau memberi kesan
sebenar kepada sesuatu. Dalam erti kata lain ia bermaksud satu aktiviti, lakonan
atau permainan yang mempunyai unsur-unsur penyerupaan , penyamaran dan
pemodelan. Pelajar-pelajar akan berinteraksi dengan bahan simulasi dan dapat
membuat keputusan secara aktif, memain peranan, meniru perwatakan atau
mengoperasi alat simulator. Rasional bahan ini digunakan apabila guru sukar
membawa situasi realistik ke dalam bilik darjah disebabkan faktor-faktor masa dan

17
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

kewangan. Mewujudkan situasi seakan-akan sebenar ini dapat memberi gambaran


dan pengalaman konkrit kepada pelajar.
Permainan adalah suatu aktiviti yang berkaitan dengan pertandingan di mana
peserta-peserta membuat keputusan dan mengikuti segala arahan atau undang-
undang yang menyerupai keadaan realiti. Permainan selalunya digunakan sebagai
suatu hiburan dan keseronokan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Permainan
kadang-kadang dianggap sebagai satu cabang pelajaran simulais, kerana ia juga
memanipulasi alat, tetapi tidaklah semua permainan adalah simulasi kerana
permainan mempunyai elemen pertandingan.

3.4 PEMBINAAN DAN PENGURUSAN SUMBER PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN SEKOLAH BESTARI

 Pengenalan

Sejajar dengan persekitaran sekolah bestari yang kaya dengan pelbagai sumber
pembelajaran, seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan
yang bijak untuk memilih sumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnya
mengoptimumkan penggunaannya  dalam bilik darjah bestari. 

Seseorang guru bestari perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua sumber
pengetahuan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya.
Melalui pengajaran pembelajaran bestari seseorang murid perlu dilibatkan secara
langsung untuk berinteraksi dan bermuafakat dengan rakannya demi mencapai
perkembangan maksimum mengikut potensinya.

 Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam situaasi pengajaran dan


pembelajaran ialah;

i     Mengenalpasti pelbagai sumber pengetahuan yang didapati dalam sekolah


bestari

ii      Mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan sumber pembelajaran yang


dikenal pasti. Berdasarkan kriteria, memilih sumber pembelajaran sesuai
untuk digunakan dalam pengajaran-pembelajaran yang berkesan.

18
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

Jenis Sumber Pembelajaran 

1. rakan sebaya
A. Sumber berasaskan 2. guru
manusia 3. Qari-Qari
4. pegawai sumber.
1. buku/kitab/mushaf
2. majalah
3. jurnal
4. ensiklopedia
B. Bahan bercetak
5. surat khabar
6. kad katalog
7. kamus
8. buku teks
1. mikrofic
C. Bahan pandang 2. radio
dengar 3. televisyen
4. video
1. Disket
2. cakra padat
D. Sumber berasaskan
3. cakra laser
komputer
4. disket video
5. internet

 Perbandingan Antara Beberapa Kategori Sumber Maklumat

SUMBER KELEBIHAN KELEMAHAN


A. Sumber - fleksibel - tidak terjamin kualiti
berasaskan - interaktif - sukar mendapatkan pakar yang
manusia - secara lansung berkewibawaan.
- mudah akses  
B. Sumber bercetak - murah - tebal
- kekal - berat
- senang dirujuk - tidak boleh disunting
- mudah alih - tidak terkini
- mudah akses  
C. Sumber pandang - murah - tidak tahan lasak
dengar (audio- - menarik - susah menyunting
visual) - pelbagai pancaindera - tidak terkini
- mudah akses
- boleh berulang
tayangan/siaran
- boleh digunakan di mana-
mana dan pada bila-bila
masa 
D. Sumber - amat fleksibel - mahal
berkomputer - mudah dimaskinikan - menimbulkan tekanan
- multi-media - perisian terhad,
- jaringan tidak terhad - bergantung kepada bekalan
- canggih eletrik

19
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

- user friendly - perlu mahir mengoperasikan


  komputer

 Kriteria memilih bahan atau sumber

- selaras dengan falsafah pendidikan negara


- tidak bercanggah dengan nilai masyarakat
- releven dengan kurikulum
- selaras dengan prinsip pedagogi 
- memberi maklumat terkini
- cost effective
- mudah diperolehi
- mudah digunakan
- mudah alih
- mudah senggara
- pelbagai rangsangan
- dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan
- fleksibel

Implikasi Kelemahan/Kekuatan Sesuatu Sumber Pembelajaran

1. Bahan bercetak sukar dikemaskinikan dalam masa yang singkat dan


penyediaan bahan pembelajaran/pengajaran mangambil masa yang lama. 
Bahan berasaskan komputer atau teknologi maklumat boleh dikemakskinikan
pada bila-bila masa mengikut keperluan. Oleh yang demikian disyorkan
supaya pengguna lebih menggunakan bahan berasaskan komputer.
2. Kebanyakan bahan audio visual boleh didapatkan dalam Internet/Intranet.
Bahan-bahan ini boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer. Oleh
yang demikian penggunaan sumber pembelajaran berkomputer boleh
meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seorang
guru.
3. Sumber pembelajaran berasaskan komputer selalu terdedah kepada
kerosakkan hard disk, cakra padat, disket atau diserang virus.

Strategi Mengoptimumkan Sumber 

 Sekolah bestari akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak,
kaset audio, pita video, perisian multi media dan internet. Guru bestari perlu

20
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

menguasai kamahiran memilih bahan yang sesuai untuk digunakan secara optimum
supaya mencapai kesan terbaik dalam pengajaran pembelajarannya.

 Selepas mengenal pasti semua sumber dan bahan pembelajaran yang boleh
digunakan dalam pengajaran pembelajarannya, seseorang guru perlu membuat
keputusan untuk memilih bahan yang paling berkesan untuk digunakan dalam bilik
darjahnya. Disamping itu juga guru  perlu  mahir menggunakan bahan-bahan yang
dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai kesan terbaik.

 Pengoptimuman sumber pembelajaran merupakan kemahiran yang sangat penting


bagi seseorang guru sekolah bestari. Ianya merangkumi beberapa strategi yang
boleh diamalkan untuk mencapai pengoptimuman penggunaan sumber
pembelajaran yang didapati dalam sebuah sekolah bestari.

 Strategi Pengoptimuman sumber

 1. Cantuman Pelbagai Jenis Sumber

Guru boleh menggunakan ‘authorware’ untuk mencantumkan bahan daripada


sumber audio kaset, pita video, perisian multimedia dan bahan internet dalam ‘word
prosessor’ atau ‘electronic presentation’ untuk dihasilkan bahan pengajaran
pembelajaran yang amat menarik dan berkesan.

 2  Penggunaan Serentak Beberapa Jenis Sumber

Penggunaan bahan pelbagai sumber akan memberi kesan kepada semua


pancaindera murid. Aktiviti ‘hand on’ serta interaksi dengan alat teknologi canggih
akan mengoptimukan proses pembelajarannya.

 Misalnya, guru boleh menjadikan pengajarannya lebih berkesan dengan


menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan diikuti dengan
penggunaan bahan cetak seperti dalam aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya.
Pengajaran pembelajaran boleh diteruskan lagi dengan menggunakan bahan
daripada internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir
pengajarannya pula, murid boleh digalakkan membuat persembahan hasil
pembelajaran melalui komputer dan disebarkan kepada rakan sebayannya melalui
‘classnet’. Murid boleh berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain dengan
menggunakan komputer masing-masing melalui ‘classnet’ dalam bilik darjah bestari
itu.

21
Modul 2: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Unit 3: Penyediaan dan Penghasilan Sumber P&P

 3. Perkongsian melalui internet

 Sumber pembelajaran khususnya yang dicipta oleh guru sekolah bestari harus
dikongsi antara guru sekolah bestari supaya manfaat maksimum dinikmati bersama.
Disarankan bahawa semua guru bestari bermuafakat antara satu sama lain untuk
berkongsi bahan pembelajaran melalui ‘edunet’. Melalui internet seseorang guru
boleh mengembangkan potensinya kepada tahap maksimum dan seterusnya
mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan.

Tahniah…! Anda sudah selesai menghabiskan unit 5. Adakah anda telah


mengetahui dan memahami topik-topik yang dibincangkan?...Adakah anda telah
membuat catatan nota ringkas? Sekarang cuba anda selesaikan tugasan di bawah
selengkapnya.

Soalan berikut adalah untuk menguji sejauh mana kefahaman anda !


Sila bincang dengan rakan sepelatih anda..

Soalan perbincangan
1. Hasilkan satu poster bergambar dalam pelajaran ayat kefahaman
dengan memuatkan tajuk dan subtajuk penghurufan komputer.
2. Hasilkan satu bahan pengajaran dan pembelajaran bersumberkan
bahan foto mengenai tokoh-tokoh Qari Mesir/tempatan yang mashur.
3. Hasilkan satu bahan transparensi bertingkap untuk mengajar tilawah
alQuran.
4. Kumpulkan bahan realia yang sesuai untuk mengajar ayat kefahaman
5. Hasilkan bahan audio bersama kesan bunyi mengenai tajuk lagu
bayati dan Soba dalam bacaan ayat Al-Quran.

22

You might also like