You are on page 1of 1

www.tobaqatsyafii.blogspot.

com

Al-Imam Al-Baihaqi  (wafat 458H)


Ahmad bin Husein bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin Musa, Abu Bakar
Al-Baihaqi An-Nisaburi , demikian nama lengkap beliau, dilahirkan di
sebuah desa kecil Khuraujirdi di Negeri Baihaqi (Nisaburi) pada tahun
384H.

Beliau adalah seorang Ulama’ Hadits yang terkenal, juga


seorang penganut faham Ahlus Sunnah wal Jama’ah dari Asy’ari dan
juga terkenal dalam ilmu Fiqih Syafi’iyah.

Beliau banyak mengarang kitab-kitab, di antaranya:


1. Kitab Ahkamul Quran.
2. Kitab Da’awat
3. Kitab Al-Ba’athi wan Nuthur.
4. Kitab Az-Audul Kabiir.
5. Kitab Al-I’itiqad (ilmu Usuluddin).
6. Kitabul Adaab.
7. Kitabul Asrar.
8. Kitabul Arba’in.
9. Kitab Fadhailul Auqaat.
10. Kitab Al-Ma’arifah.
11. Kitab Dalilun Nubuwah.
12. Kitab Manaqib Syafi’i.
13. Dan lain-lain.

Menurut Imam Subki  dalam kitab Tobaqatus Syafi’iyah Al-


Kubra bahawa Imam Baihaqi  ini telah mengarang lebih dari 1,000 jilid
kitab dari bermacam-macam jurusan.

Beliau ini adalah ahli Hadits dan penyiar terbesar dari faham
Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang bermazhab Syafi’i.

Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas

You might also like