You are on page 1of 7

PENCEMARAN BUNYI

PENGENALAN

Pencemaran bunyi merupakan salah satu pencemaran alam selain pencemaran


udara dan air. Pencemaran alam ini akan memberi impak kepada ekologi, ekosistem
dan manusia, pencemaran bunyi memberi kesan langsung kepada manusia. Sumber
kebisingan yang berlaku adalah berbeza antara sumber yang lain. Gangguan yang
berlaku juga bergantung kepada persepsi individu masing-masing sama ada boleh
bertoleransi mahupun tidak.

Sebagai contoh, terdapat orang yang cepat melenting jika mendengar bunyi
motor yang bising tetapi ada orang yang masih boleh bertahan ke suatu tahap yang
lebih tinggi.Selain pencemaran air dan udara, bunyi juga boleh dianggap sebagai suatu
pencemaran kerana ia menyebabkan gangguan. Pencemaran bunyi biasanya tidak
mendapat perhatian khusus seperti pencemaran air dan udara ini kerana disebabkan
sifat tidak boleh dilihat dan kehadiran bersifat sementara ianya akan lenyap dalam
suatu jangka masa yang singkat.

Pada masa kini, aktiviti manusia seharian dan perkembangan teknologi semakin
tinggi berbanding zaman dahulu dan menyebabkan paras bunyi semakin teruk. Sebagai
contoh, bilangan kenderaan di jalan raya semakin meningkat, bilangan penduduk yang
bertambah menyebabkan aktiviti-aktiviti sosial boleh menghasilkan bunyi bising ,
penciptaan kapal terbang dan jet serta kawasan pembinaan merupakan antara
beberapa contoh pertambahan bunyi di persekitaran. Perhatian kurang diberikan
kepada bunyi bising berbanding pencemaran lain kerana beberapa faktor antaranya
adalah bunyi bising merupakan suatu masalah setempat. Dimana ia berlaku di kawasan
yang berhampiran dengan sumber bising sahaja. Ia tidak dipindahkan dalam jarak yang
jauh sama ada melalui udara mahu pun melalui air. Selain itu, faktor kesukaran untuk
mengenalpasti kesan-kesan kerosakan segera akibat terdedah kepada bunyi bising
dalam keadaan normal. Keadaan ini menyebabkan masyarakat kurang sedar akan
bahaya pencemaran bising dan seterusnya kurang memberikan perhatian terhadapnya.
MASALAH BUNYI BISING DI MALAYSIA

Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh member kesan kepada telinga seperti
pekak merupakan definisi bagi pencemaran bunyi. Hal ini kerana, pengeluaran bunyi
terjadi di tempat atau kawasan yang tidak sesuai. Seperti, kawasan pembinaan dan
kilang yang mengganggu penduduk di kawasan sekelilingnya. Pencemaran bunyi
kebiasaannya melebihi 80 desibel (dB).

Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis :

Kebisingan selenjar Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada
3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang
berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan
lebih perlahan.

Kebisingan fluktasi Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang


terletak antara puncak gelombang yang tinggi dan
rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi
akan bergetar dengan lebih cepat daripada
kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah
sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan,
orang sedang bercakap.

Hentakan impuls Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam


tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan,
ketukan atau lagaan daripada benda yang keras.
Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang
akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada
tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB
kemudian gelombang bunyi  akan menurun. Akan
tetapi intensiti masih menunjukkan  tahap yang tinggi
kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang
lama terhadap getaran.

Kebisingan selang-seli Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya


dihasilkan apabila bunyi bising  menjadi perlahan dan
kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh :
Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran
akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran
tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan.
Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan
meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila
gergaji tidak disorongkan.

Masalah pencemaran bunyi ialah dengan pertambahan kenderaan yang


menimbulkan bunyi yang kurang menyenangkan, seperti bunyi hon yang seringkali
berlaku di kawasan-kawasan yang sibuk seperti bandar. Pada waktu pagi dan petang
adalah waktu yang paling sibuk kerana orang ramai pergi dan balik dari tempat kerja.
Begitu juga dengan bunyi enjin kenderaan berat,seperti lori dan jentera terutama yang
sudah lama, termasuklah kereta yang telah diubahsuai. Kesan seperti mengeluarkan
asap dari ekzos akan menyebabkan pencemaran udara, selain mengeluarkan bunyi
yang amat bising.

Proses pembinaan jalan raya, pembangunan kerajaan dan pusat membeli-belah


serta kilang yang memproses barang-barang juga menggunakan jentera dan mesin
yang besar. Dengan adanya penduduk yang semakin bertambah, maka peruntukan
telah dibuat, sebahagian besar ekonomi negara untuk pembinaan rumah-rumah atau
kawasan perumahan bagi mereka. Ini melibatkan penggunaan jentera dan mesin besar
bagi pemotongan lereng bukit untuk kawasan perumahan tersebut. Selain itu, kedai-
kedai serta pusat membeli-belah bagi orang ramai juga semakin banyak didirikan dan
dengan itu, mesin atau jentera yang berat telah digunakan. Kesemua ini telah
menyumbangkan kepada masalah pencemaran bunyi.

Perkembangan dunia hiburan juga tidak ketinggalan. Sepeti, peralatan hi-fi telah
dicipta bagi menimbulkan keseronokan yang optimum dan mengeluarkan bunyi yang
sangat kuat. Dengan adanya peralatan sebegini, sesetengah individu gemar
membunyikannya dengan kadar yang amat tinggi, iaitu melebihi dari had pendengaran
manusia yang sepatutnya, 80 desibel. Hal ini akan membuatkan mereka yang tinggal
berhampiran mengalami gangguan serta boleh menimbulkan kemarahan.

Semua punca-punca di atas telah membawa kepada gangguan pada organ


pendengaran manusia. Jika sering terdedah pada kawasan tersebut, ini boleh
mengakibatkan seseorang itu menjadi pekak. Disamping itu juga, pencemaran bunyi
boleh menyebabkan gangguan pada psikologi dan tekanan emosi. Kajian terhadap
pekerja-pekerja kilang yang sering terdedah kepada bunyi-bunyi jentera dan mesin
telah menunujukkan bahawa tahap pendengaran mereka lebih rendah berbanding
dengan pekerja yang tidak terdedah kepada keadaan sedemikian.
CARA MENGATASI
Kajian melalui teknologi bagi mengurangkan masalah bunyi atau menyingkir
masalah bunyi boleh dilakukan dengan pelbagai cara sepertinya. Mengurangkan
masalah bunyi jalan termasuk penggunaan halangan bunyi, menguatkuasakan kelajuan
had kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan, menghadkan kenderaan berat
beroperasi sepanjang masa, menggunakan kawalan trafik yang melicinkan aliran trafik
bagi mengurangkan brek dan pecutan, dan rekabentuk tayar dan perancangan projek
laluan jalan supaya lancar.

Perancangan mengurangkan bnyi bising bagi pengangkutan udara :

 bunyi bising bising kapal terbang boleh dikurangkan sehingga satu tahap dengan
cara mereka semula enjin jet yang lebih senyap dan kurangkan geseran.

 Pertimbangan operasi, seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa


penggunaan landasan, akan membawa kebaikannya bagi penduduk
berhampiran lapangan terbang.

Selain itu beberapa cara perlu diambil untuk mengurangkan masalah bunyi seperti :

 Mereka cipta peralatan baru yang lebih maju agar tahap proses makenikalnya
lebih senyap dan kurangnya getaran berlaku.

 Membina halangan seperti tembok yang menyerap bunyi yang terhasil daripada
kawasan yang mengalami masalah bunyi.

 Membuat pertubuhan anti pencemaran bunyi, sering melobi bagi perlaksanaan


undang-undang bunyi disemua tahap kerajaan.
CADANGAN

Dalam mengejar pembangunan arus permodenan masa kini, berbagai teknologi


telah dicapai pada masa kini, salah satunya seperti teknologi yang dapat mengawal
pencemaran bunyi serta penyelesaiannya tentang masalah bunyi.
Bagi menyelesaikan masalah bunyi bising yang berpunca daripada
pengangkutan, kenderaan perlu menjalani proses ujian dimana bunyinya dapat
dikurangkan dengan penggunaan bahan pelincir dan bahan api yang kurang bahan
geseran dalam enjin.
Bagi laluannya, bahan untuk membina jalanraya perlu diperbaharui dan
ditingkatkan agar tidak berlopak dah permukaan yang kasar yang akan menyebabkan
terhasilnya bunyi bising dari tayar kenderaan.
Perancangan jalan raya juga dapat mengurangkan masalah bunyi yang memberi
kesan. Laluan trafik dan jadual perjalanan boleh menghadkan daya gelombang yang
bertambah hasil daripada jumlah kenderaan di jalan raya.
Dalam bentuk perancangan Bandar , kawasan perindustrian boleh di bahagikan
daripada kawasan kediaman yang member kesan bising kepada penghuni kediaman.
Selain itu, rekabentuk bangunan perlu berorientasikan dengan terancang seperti
pintu dan ruang utama diletakkan jauh dan tidak menghadap kawasan yang berbunyi
bising seperti lebuh raya atau jalan raya. Pada masa yang sama, penyerap bunyi juga
boleh diterapkan pada dinding bangunan yang kerap menerima bunyi yang bising.
Pembinaan tembok tinggi juga membantu bunyi terpantul dan mengurangkan
bunyi masuk ke dalam kawasan bangunan atau rumah. Selain itu,penyerap semulajadi
yang boleh mengurangkan kadar kebisingan adalah menanam pokok besar dan tinggi
di samping menambah kebaikan landskap.
Bukaan juga penting bagi langkah mengatasi masalah pencemaran bunyi selain
memberi pengudaraan dan pencahayaan kepada rekabentuk. Ianya dapat
mengurangkan gema dan bunyi akan tersebar keluar dari dalam bangunan.
Penggubalan undang-undang dalam membina akta pencemaran bunyi perlu
diambil sirus agar masyarakat dan pemaju tunduk dangan ketegasan dalam aktanya.
Selain itu perlunya pendedahan serta kempen punca dan penyelesaian
pencemaran bunyi bersama masyarakan agar lebih peka dan sensitive.
Untuk menghasilkan senireka bangunan , rekaan pada dinding bangunan perlu
bercorak dan bahan untuk menyerap bunyi serta perancangan landskap yang juga
asset yang boleh menyerap bunyi dangan baik.

KESIMPULAN

Malaysia sememangnya sebuah Negara yang berkembang pesat dalam pelbagai


bidang. Pertumbuhan yang sangat pesat itu juga boleh membawa kesan sampingan
terhadap alam sekitar. Kegiatan dan aktiviti perusahaan atau perkilangan bukan sahaja
memberi pencemaran pada udara dan air malah memberi kepada pencemaran bunyi.

Pencemaran bunyi ini boleh membawa kesan yang negatif yang boleh
menjejaskan keupayaan seseorang dalam melakukan aktiviti seharian mereka dan juga
boleh menyebabkan kemerosotan prestasi seseorang. Kita bukan bermakna mahu
menghindar dari penggunaan alat-alat berteknologi moden, tetepi kita haruslah
menangani masalah ini secara sistematik dan saintifik supaya ianya menjadi seimbang
serta membawa kesenangan kepada masyarakat.

apa saja jenis pencemaran,pastinya akan membawa kesan yang tidak baik
kepada alam sekeliling. Oleh yang demikian,pihak-pihak tertentu haruslah mencari jalan
penyelasaian untuk mengatasi masalah ini secara sistematik dan saintifik tanpa perlu
menolak pembangunan dan mengelak daripada menggunakan ciptaan sains dan
teknologi.

You might also like