You are on page 1of 25

-1-

NAMA : R.NAVAMANI A/P RAMAKIRISNAN

NO.KP. : 711202-05-5124

NO.MATRIKS: 711202055124002

TUTOR : EN.RAZAK BIN SULONG

TARIKH : 28 NOVEMBER 2010


-2-

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKASURAT


01 PENGHARGAAN
02 Pengenalan 4
03 Pentadbiran 5
04 Sumber kewangan RMT 6
05 Kaedah Dan Criteria Pemilihan Pelajara RMT 7
06 Kaedah Dan Kriteria Pemilihan Tender Kantin 7
07 Kaedah Pembayaran Kepada Pihak Penyediaan 8
Makanan
08 Kaedah Pengagihan Makanan Kepada Pelajar 9
09 Pemilihan Pekerja-Pekerja Yang Terlibat 9 - 10
Dalam RMT.
10 Pemilihan Bahan-Bahan Mentah 11
11 Menu Makan RMT 12 – 13
12 Cara Penyediaan Makanan Disediakan 13
13 Pemilihan Sampel Pelajar Berdasarkan Kriteria 14
14 Keberkesanan Program RMT 15
15 Kesimpulan 16 – 17
16 Rujukan 18
17 Lampiran 19
-3-

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima


kasih dan penghargaan kepada En.Razak Bin Sulong, Pensyarah Program
Bersepadu Sekolah Sihat di atas segala tunjuk ajar dan bimbingannya dalam
menyiapkan tugasan ini.

Penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan sekelas di OUM


2010 yang telah sudi berkongsi maklumat dengan saya. Saya memohon maaf
jika ada kesalahan dalam menyediakan tugasan ini. Sebagai insan biasa, sudah
tentu kami tidak dapat lari daripada melakukan sebarang kesilapan. Saya amat
menghargai sumbangan rakan-rakan yang sudi menegur kelemahan ini agar
dapat memperbaiki lagi kerja saya pada masa akan datang.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan
tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

R.NAVAMANI A/P RAMAKIRISNAN


711202055124002

1.0 PENGENALAN

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang sedang dilaksanakan di sekolah


rendah di seluruh Malaysia pada hari ini merupakan salah satu usaha murni pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam membantu meningkatkan taraf
pemakanan dan kesihatan pelajar-pelajar sekolah rendah.Rancangan ini bertujuan untuk
-4-

memberi makanan percuma kepada pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya dari luar
bandar dan dari golongan berpendapatan rendah secara imbuhan. Rancangan ini
buat sementara waktu adalah untuk memperbaiki taraf pemakanan dan kesihatan mereka
sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara. Menurut Aziz
Ibrahim (1997) dalam Buletin Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), rancangan ini
sebenarnya tidak bermaksud untuk mengambil alih tugas ibu bapa dalam memberi
makanan kepada anak-anak mereka tetapi ianya adalah sekadar membekalkan 25%
hingga 33% daripada keperluan kalori harian kanak-kanak tersebut.

Objektif khusus pemberian makanan tambahan adalah seperti berikut:


€ untuk member makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada
murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi pelbagai
masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.
€ untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan langsung
dan tidak langsung.
€ untuk memupuk budaya sopan santun ,disiplin,timbang rasa serta amalan
–amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri,kebersihan
makanan dan kebersihan alam sekitar.
Pemilihan sekolah-sekolah berdasarkan kepada criteria-kriteria pemberian makanan
tambahan kepada murid-murid.Kementerian Pendidikan sedang menilai semula menu
dan perlaksanaan program bagi memastikan keberkesanan dan pencapaian matlamat
program.Program ini dapat meningkatkan taraf kesihatan murid dan juga taraf pendidikan
murid.Kita dapat menghayati keberkesanan Rancangan Makanan Tambahan ini.

1.1 PENTADBIRAN/ORGANISASI

CARTA ORGANISASI RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN


SJK(TAMIL) ST.HELIER,72100 BAHAU,NSDK.

PENGERUSI(GURU BESAR)
-5-

EN.SUBRAMANIAM

NAIB PENGERUSI(GPK HEM)


PN.R.NAVAMANI

SETIAUSAHA(GURU RMT)
CIK.MOHANA MARIE

AJK

PN.PUSPARANI (GURU TAHUN 1)


PN.LALITHA (GURU TAHUN 2)
PN.PN.THANGAM (GURU TAHUN 3)
CIK.ESWARY (GURU TAHUN 4)
CIK.MOHANA SAKTI (GURU TAHUN 5)
PN.ANUREKHA (GURU KELAS TAHUN 6)

1.2 SUMBER KEWANGAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2010

A Tarikh Mula & Tempoh


-6-

i) Dilaksanakan mulai pada hari pertama pesekolahan untuk tempoh enam bulan
pertama persekolahan tahun 2010.

ii) Tempoh enam bulan kedua pula akan diteruskan tertakluk kepada peruntukan
yang disalurkan melalui Jabatan Pelajaran Negeri ke semua sekolah oleh
KPM.

B Kadar Bantuan RMT

Dibawah program ini ,setiap murid yang menyertai program Rancangan Makanan
Tambahan diberi bantuan dalam bentuk makanan dengan kadar;

i) Semenanjung Malaysia : RM 1.80 / murid /hari.

ii)Sabah ,Sarawak ,WP Labuan :RM2.05 / murid /hari.

1.3 KAEDAH DAN KRITERIA PEMILIHAN PELAJAR RMT

Rancangan makanan Tambahan hanya diberi kepada murid yang layak sahaja. Antara
kriteria pemilihan murid RMT adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

 Pendapatan ibubapa di bawah RM400.00 atau Pendapat perkepita RM 80.00


-7-

 Saiz endrolmen sekolah iaitu kelonggaran di beri khusus kepada sekolah rendah
dengan bilangan murid 100 orang dan kebawah.
 Status pemakanan murid-murid yang mengalami pemakanan yang salah perlu
dikesan dan disahkan oleh pegawai perubatan.
 Jarak rumah dari sekolah bagi murid-murid yang tinggal jauh dari sekolah dan
tidak mempunyai kemudahan pengangkutan.

1.4 KAEDAH DAN KRITERIA PEMILIHAN TENDER UNTUK RMT

Tender pemilihan pihak penyediaan RMT adakah satu proses yang amat penting.
Pihak sekolah perlu mengambil tindakan yang wajar dan baik untuk melaksanakan
tender RMT.Guru Besar memainkan peranan penting dalam pelaksanaan tender
RMT.

Tender dibuka secara menyeluruh.Pihak yang berminat akan mendapatkan borang


tender yang disediakan oleh pihak sekolah.Biasanya tender dibuka pada masa yang
tertentu iaitu sekurang-kurangnya sebulan.Borang tender itu akan di isi dan
dipulangkan di sekolah .Satu jawatankuasa khas di wujudkan untuk melaksanakan
pemilihan pihak penyediaan RMT.

Jawatankuasa terdiri daripada pegawai Pegawai Pelajaran Daerah ,Guru Besar,Guru


Penolong Kanan Hem dan juga Guru DG41.Tender itu akan dibuka dihadapan
jawatankuasa dan akan dipilih pihak pengendali RMT.

1.5 KAEDAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK PENYEDIAAN


MAKANAN

Pembekal RMT di setiap sekolah hendaklah menuntut bayaran penyediaan


makanan tambahan pada pihak sekolah.Pembekal RMT haruslah menuntut bayaran
-8-

mereka setiap akhir bulan selepas habis perkhidmatannya. Pembekal akan


menyerahkan borang tuntutan mereka kepada pihak sekolah. Pembantu tadbir di
setiap sekolah akan menyemak borang tuntutan pembekal dengan teliti. Sekiranya
semua maklumat di borang itu adalah betul dan memuaskan pembantu tadbir akan
menguruskan bayarannya. Pembantu tadbir akan menyediakan cek serta baucar
bayaran untuk pembekal. Seterusnya pembekal memberi resit penerimaan
pembayaran kepada Guru Besar.

1.6 KAEDAH PENGAGIHAN MAKANAN KEPADA PELAJAR

Makanan Tambahan diberi kepada pelajar mengikut peruntukan tempoh


yang diberi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Cawangan Bantuan.Sehubungan
itu,Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan mengarahkan semua sekolah yang
melaksanakan RMT hendaklah bermula pada haripertamapersekolahan.Selama 190
hari diberi RMT kepada murid-murid RMT.

Kualiti makanan yang diberi hendaklah mengikut kadaran bayaran


iaitu RM 1.80 seorang. Kandungan makanan adalah makanan ,minuman dan
-9-

buah.Pihak pengendali makanan perlu mengikut menu yang disediakan oleh pihak
sekolah.Bahan –bahan makanan perlu mengikut pyramid makanan.Makanan
berkhasiat perlu disediakan.Antaranya ialah sayur-sayuran,ikan ,daging , susu dan
banyask lagi.

1.7 PEMILIHAN PEKERJA-PEKERJA YANG TERLIBAT DALAM RMT

Pihak pekerja kantin yang mengendalikan Rancangan Makanan Tambahan


hendaklah diperiksa dan disahkan sihat oleh doktor kerajaan. Pekerja yang
mengendalikan RMT di sekolah mesti mempunyai sijil kesihatan yang sah.Jika
mereka y tidak mempunyai sijil kesihatan yang sah mereka tidak akan dibenarkan
bertugas atau membantu di tempat penyediaan makan. Pemeriksaan berkala
hendaklah diusahakan. Tidak boleh dibenarkan pekerja yang sakit, batuk, selsema
dan berkudis bekerja di tempat masak / makanan.

Dari segi pakaian pula hendaklah sentiasa bersih.Semua pekerja mesti


memakai pakaian yang bersih dan seberapa boleh, yang berwarna putih. Pekerja
yang mengendalikan RMT tidak dibenarkan memakai singlet yang tidak berlengan
atau tidak memakai baju langsung. Pekerja digalakkan memakai kain apron dan
menutup kepala.

Kuku tangan pekerja hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Sebelum


memulakan tugas di tempat masak / makanan setiap pekerja mesti membasuh tangan
mereka hingga ke siku dengan menggunakan sabun. Tangan hendaklah juga dibasuh
dengan sabun setiap kali selepas membuang air besar atau air kecil atau selepas
memegang barang-barang yang kotor untuk menjamin kebersihan makanan.

Setiap penyedia makanan hendaklah menjaga rambut supaya jangan terjuntai


semasa membongkok sehingga tersentuh bahan makanan. Pekerja-pekerja yang
berambut panjang hendaklah digalakkan memakai jaring rambut, topi yang sesuai
atau diikat dengan kemas.
- 10 -

1.8 PEMILIHAN BAHAN-BAHAN MENTAH


- 11 -

Pemilihan bahan-bahan mentah adalah berdasarkan pyramid makanan di


atas.Semasa perjanjian pihak sekolah akan menjelaskan tentang kualiti dan kuantiti
makanan.Pihak penyediaan makanan perlu menitik berat terhadap penyediaan
makanan.

Sebagai pembekal makanan perlu mengikut menu makanan dan masa yang
ditetapkan iaitu diberi pada pukul 7.15 pagi.Pihak pembekal juga perlu mengikut
syarat-syarat yang ditetapkan.

Pihak sekolah perlu memberi penjelasan yang mendalam tentang kandungan


makanan RMT kepada pihak sekolah.Bahan- bahan yang disediakan perlu segar dan
baru dibeli.Bahan mentah yang lama disimpan tidak boleh digunakan dalam
masakan RMT.
- 12 -

1.9 MENU MAKANAN RMT

BIL HARI MENU MINUMAN BUAH

1 ISNIN NASI LEMAK


- IKAN BILIS AIR OREN TEMBIKAI
- KACANG TANAH
- TIMUN
- TELUR REBUS
- SAMBAL TUMIS

2 SELASA BUBUR NASI AYAM


-AYAM
-LOBAK MERAH
-DAUN BAWANG AIR BARLI OREN
-DAUN SADRI(SUP)

3 RABU NASI GORENG


-DAGING AYAM
-TELUR
-SAYUR CAMPUR
-CENDAWAN SUSU BELIMBING
-PUTIK JAGUNG KACANG
-MINYAK SOYA
-LOBAK MERAH
-DAUN BAWANG

4 KHAMIS SANDWISH SARDIN


-ROTI BIJIRAN
- 13 -

-SARDIN SIRAP PISANG


-MINYAK
-TIMUN
-TOMATO
-SALAD
-MARJERIN

5 JUMAAT YONG TAUFU


-KUAH SUP
-TAUHU KUKUS
-SUHUN
-FUCUK TAUHU SUSU JAMBU BATU
-KEK IKAN
-BEBOLA IKAN
-SAYUR SAWI
-DAUN BAWANG
-SOS CILI
-BAWANG GORENG

1.10 Cara Penyediaan makanan disediakan

Pengusaha kantin menyediakan RMT pada pukul 7.00 pagi. Semua makanan
ditutup dan diletakkan di atas meja yang teratur,terselamat dan mudah diambil.
Murid-murid yang terlibat akan berbaris dan mengambil pinggan makanan dan
minuman yang dihidangkan.

2.0 PEMILIHAN SAMPEL PELAJAR BERDASARKAN KRITERIA

BIL NAMA PELAJAR TAHUN TARAF SOSIO TEMPAT TINGGAL PENDIDIKAN ADIK-
EKONOMI IBUBAPA BERADIK
1 KUHAN A/L
- 14 -

THIYAGU 3UM RM 200 TAMAN TAHUN 6 6


JAYA,BAHAU.
2 KAMINI A/P
RAVI 5USM RM350 KG.MALLIGA, SRP 7
BAHAU.
RAJESWARY A/P
3 SIRALAN 6UM RM250 TAMAN SRP 8
PUTRA,BAHAU.
SASWATA A/P
4 SARAVANAN 4UM RM200 LDG.ST.HELIER, TING.1 7
BAHAU.

TARAF KESIHATAN DAN TARAF PENDIDIKAN

BIL NAMA PELAJAR BERAT(KG) TINGGI (CM) PENC.AKADEMIK


SEM 1 SEM2 SEM1 SEM2 SEM1 SEM2
1 KUHAN A/L
THIYAGU 18KG 20KG 46CM 47CM GRED D GRED C

2 KAMINI A/P
RAVI 17KG 20KG 45CM 50CM GRED C GRED B
RAJESWARY A/P
3 SIRALAN 15KG 18KG 34CM 38CM GRED C GRED B
SASWATA A/P
4 SARAVANAN 27KG 35KG 45CM 48CM GRED E GRED D

2.1 Keberkesanan program RMT – sebelum dan selepas

2.1.1 Akademik
- 15 -

Pada keseluruhannya,melalui Program RMT ini pelajar dapat meningkatkan tahap


pencapaian akademik mereka..Boleh dikatakan sebanyak 75% pelajar
menunjukkan suatu prestasi yang baik.Terdapat peningkatan markah dalam
setiap ujian bulanan dan peperiksaan semester yang dijalankan oleh sekolah.

2.1.2 Kesihatan

Dari segi kesihatan pula, ada peningkatan dalam berat badan mereka ini. Didapati
pelajar-pelajar ini aktif dalam pembelajaran mereka mahupun dalam kegiatan
kokurikulum. Mereka jarang menjangkiti sebarang penyakit.Kehadiran mereka ke
sekolah adalah penuh.

2.1.3 Keyakinan Kendiri pelajar

Program RMT ini memberi keyakinan kendiri pada diri pelajar. Pelajar yang
menerima RMT ini sangat berpuas hati dan mengharapkan RMT dengan
sepenuhnya. Mereka dapat belajar dengan seronok dan dalam situasi yang
gembira. Mereka juga aktif dan rajin dalam kelas serta di sekolah.

2.2KESIMPULAN

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN atau lebih dikenali dengan


singkatannya RMT adalah merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh
- 16 -

Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Kementerian Kesihatan Malaysia .Kedua


dua kementerian ini telah mencorakkan program ini dan memberi nafas baru
kepada pelajar-pelajar dengan mewujudkan program RMT.

Tujuan atau objektif program ini adalah memberi makanan tambahan kepada murid
–murid sekol;ah rendah,terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan
rendah secara imbuhan dan sementara waktu ,untuk memperbaiki keadaan kesihatan
sebagai satu usaha yang selaras dengan dasar pembangunan Negara.

Walaupun rancangan ini lama telah diperkenalkan namun ia sentiasa berwajah baru
dari masa ke semasa.Ini bermakna program ini sentiasa diperbaharui.Dengan
ini,jelasnya kita boleh mengatakan pelajar memperolehi faedah yang amat terbesar
daripada program RMT ini.

Pelajar merupakan tunjang negara kita.Oleh itu kesihatan mereka amat


dihargai.Pelajar –pelajar yang datang dari kawasan pedalaman dan dari keluarga
yang kurang berpendapatan diberi makanan percuma yang berkhasiat.

Berdasarkan kajian saya ramai pelajar mendapat kelebihan daripada program


ini.Ianya telah menyebabkan kedatangan murid lebih memuaskan dan pencapaian
akademik yang lebih baik terutama daripada golongan berpendapatan rendah.Ini
menunjukan imej sistem pendidikan kita bertambah cemerlang.

Pada pendapat saya KPM telah mengambil langkah baru dalam program ini iaitu
memberi RMT pada waktu pagi sebelum sesi pembelajaran dimulakan adalah satu
langkah yang bagus dan wajar kerana ramai pelajar berpeluang untuk bersarapan
- 17 -

pagi sebelum memulakan pembelajaran mereka.Ini akan menjamin kesihatan


pelajar.

Pihak sekolah dan pihak-pihak tertentu memainkan peranan penting dalam


pelaksanaan RMT di sekolah.Pihak sekolah perlu mengambil perhatian berat
terhadap penyediaan makanan.Pembekal perlu menyediakan makanan yang
berkhasiat daripada bahan-bahan mentah yang segar dan baru.Pembekal bukan
hanya mementingkan keuntungan malahan pembekal dan penyedia makanan perlu
mementingkan kesihatan pelajar.

Pelajar masa kini adalah pemimpin masa hadapan di Negara kita.Ungkapan ini perlu
disedari oleh setiap warga Malaysia.Sekiranya menyedari kenyataan tidak akan
berlaku penyelewengan dalam program KPM ini.Keracunan makanan yang sering
berlaku di Negara kita tidak akan berlaku sekiranya pihak –pihak berkenaan
menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh ikhlas.

Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan untuk melihat tahap tumbesaran dan
tahap akademik pelajar selepas mendapat Rancangan Makanan Tambahan. Kajian
ini memfokuskan kepada 3 aspek berhubung pendidikan,kesihatan dan tingkah laku
pelajar. Program Rancangan Makanan Tambahan berperanan untuk menjaga
kebajikan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan. Pelaksanaan RMT pada masa
sekarang jauh lebih baik daripada 10 tahun yang lalu kerana saya dapat lihat
perbezaannya di sekolah saya sendiri.

Rujukan.
- 18 -

1. http://eprints.utm.my/11037/1/Persepsi_Ibu_Bapa_Pelajar_Terhadap_Rancangan_
Makanan.pdf

2. http://kesihatanjpnpp.blogspot.com/2008/03/rancangan-makanan-tambahan-
rmt.html

3. Bahagian pengurusan sekolah harian(2008).Panduan Pengurusan Kantin


Sekolah.Selangor:Permai Padujaya sdn.bhd.

4. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian(2003).Panduan Rancangan Makanan


TambahanDi Sekolah:Kuala Lumpur.Affluent Master sdn.bhd.

5. Norazhan che lan(2010).Program Bersepadu Sekolah Sihat.Selangor.Meteor


Doc.sdn.bhd.
- 19 -

Borang Soal selidik murid


SJKT LDG ST.HELIER
- 20 -

Nama : ………………………………. Kelas : ……………………

Bulatkan jawapan yang anda pilih.

1. Bersarapan setiap hari . A. Ya B.Tidak

2. Memahami kepentingan sarapan. A. Ya B.Tidak

3. Minat menu RMT di sekolah. A. Ya B.Tidak

4. Makanan RMT seimbang. A. Ya B.Tidak

5. RMT memberi tenaga untuk saya. A. Ya B.Tidak

6. Anda aktif dalam kelas. A. Ya B.Tidak

7. RMT membantu dalam akademik A. Ya B.Tidak

8. Anda bekerjasama dalam kerja kumpulan. A. Ya B.Tidak

9. Anda suka datang ke sekolah. A. Ya B.Tidak

10. Anda lebih cergas selepas makan makanan RMT A. Ya B.Tidak


- 21 -

Guru Besar,
SJKT Ldg St.Helier,
72100 Bahau,
N.Sembilan.

R.Navamani a/p Ramakirisnan,


SJKT Ldg St Helier,
72100 Bahau,
Negeri Sembilan. 15 OKTOBER 2010

Kelulusan Membuat Kajian Kes


Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan membuat kajian


berkaitan RMT di SJKT Ldg St Helier telah diluluskan dan anda boleh
memulakan kajian tersebut .

Sekian , Terima Kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang Menurut Perintah ,

_____________________
( GURU BESAR)
- 22 -

Tempat pemberian makanan RMT

Tempat penyediaan makanan dan pekerja-pekerja .


- 23 -

Tempat murid makan makanan RMT

Makanan RMT ditutup dan disusun dengan bersih.


- 24 -

Murid-murid sedang makan makanan RMT.

Sayur-sayuran yang digunakan untuk masakan RMT.


- 25 -

Bahan mentah yang segar digunakan untuk masakan RMT.

Buah buahan yang diberi kepada murid-murid RMT

You might also like