You are on page 1of 92

TAJUK : KEMAHIRAN MEMBENTUK AYAT BAHASA ARAB DALAM

KALANGAN PELAJAR MENENGAH RENDAH

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Sekolah Menengah Islam ABIM terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang adalah salah

satu daripada sekolah menengah agama swasta yang telah ditubuhkan pada tahun 2002. Sekolah

ini ditubuhkan untuk memastikan kesinambungan sistem pendidikan ABIM yang bermula dari

TASKI (Taman Asuhan Kanak-kanak Islam), SERI (Sekolah Rendah Islam) dan seterusnya

SEMI (Sekolah Menengah Islam). Ianya adalah salah satu daripada agensi pendidikan yang

terletak di bawah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia

(ABIM).

Penubuhan SERI (Sekolah Rendah Islam) dan SEMI (Sekolah Menengah Islam) ini

adalah rentetan daripada usaha pendokong-pendokong gerakan ABIM untuk menyediakan satu

sistem pendidikan alternatif kepada sistem pendidikan arus perdana pada masa itu. Walaupun

menghadapi berbagai cabaran dan rintangan dalam usaha untuk merealisasikan cita-cita ini tetapi

atas daya usaha, komitmen dan kegigihan para pendokongnya akhirnya cita-cita tersebut telah

berjaya dicapai.

1
Walaupun sekolah ini adalah sebuah sekolah swasta yang mengenakan yuran bulanan

kepada ibubapa tetapi institusi ini telah lama menjadi pilihan masyarakat di sekitar Kajang dan

Bangi untuk anak-anak mereka mendalami ilmu dunia dan akhirat. Sejak penubuhannya yang

bermula dari sekolah rendah (SERI) pada tahun 1984, penerimaan masyarakat terhadap institusi

ini semakin meningkat tahun demi tahun sehingga tidak dapat menampung permintaan mereka.

Penerimaan masyarakat terhadap sekolah ini telah dibuktikan oleh bilangan pelajar yang

semakin meningkat dan pembangunan infrastrukturnya yang semakin bertambah tahun demi

tahun. Pada tahun ini (2010) terdapat seramai 1,028 pelajar yang belajar di sekolah ini dengan

didokong oleh 72 orang pendidik serta 6 orang staf sokongan dan 5 orang pekerja am. SERI dan

SEMI bukan sahaja telah ditubuhkan di Sungai Ramal Dalam, Kajang bahkan ianya telah

berjaya ditubuhkan di tempat-tempat lain. Buat masa ini sebanyak 15 buah SERI dan 5 buah

SEMI telah berjaya ditubuhkan di seluruh negara ini. Latar belakang SERI dan SEMI ABIM

yang mendokong kepada Sistem Pendidikan Bersepadu dengan penekanan terhadap Pendidikan

Islam dan Bahasa Arab telah dijadikan asas kepada penyelidik untuk menjalankan kajian ini.

Institusi ini terkenal di kalangan masyarakat kerana keistimewannya yang

memperkenalkan waktu persekolahan satu sesi serta Sistem Pendidikan Bersepadu yang

diperkenalkan oleh ABIM. Waktu persekolahan satu sesinya yang bermula dari pukul 8.00 pagi

sehingga 4.00 petang telah memberi kemudahan terutama kepada ibubapa yang bekerja kerana

tidak perlu mengambil anak pulang dari sekolah pada waktu tengahari selepas tamat sesi

persekolahan.

Sistem Pendidikan Bersepadu yang menyatukan ilmu duniawi dan ukhrawi di bawah satu

bumbung juga telah menarik minat ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di

2
sekolah ini. Anak-anak mereka berpeluang untuk belajar kurikulum agama dan akademik di

samping dapat merasai suasana dan persekitaran agama yang wujud di sekolah ini.

Sistem Pendidikan Bersepadu yang bermaksud ketauhidan merentas kurikulum telah

menjadi sinonim dengan pendekatan pendidikan yang diperkenalkan oleh ABIM. Kurikulum

agama yang bermula dari tahun 1 hingga 4 adalah diadaptasi dari Kurikulum Kementerian

Pelajaran Malaysia dan Kurikulum Pendidikan ABIM manakala bagi tahun 5 dan 6 diadaptasi

dari Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, Kurikulum Pendidikan ABIM dan Kurikulum

Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Penekanan terhadap matapelajaran bahasa Arab pula telah bermula sejak dari tahun 1

sehingga tahun 6 (SERI) dan mereka dapat melanjutkan lagi pengajian matapelajaran bahasa

Arab seandainya mereka meneruskan pendidikan mereka di sekolah menengah (SEMI).

Kurikulum matapelajaran Bahasa Arab di peringkat sekolah rendah (SERI) adalah gabungan

dari Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, Kurikulum Pendidikan Jabatan Agama Islam

Selangor (JAIS) dan Kurikulum Pendidikan ABIM manakala bagi peringkat sekolah menengah

(SEMI) adalah gabungan dari Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kurikulum

Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Terdapat perbezaan yang nyata antara sukatan matapelajaran bahasa Arab antara

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Bahasa Arab

sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia dimaksudkan sebagai mata pelajaran Bahasa Arab

yang dikenali sebagai Bahasa Arab Komunikasi untuk peringkat Penilaian Menengah Rendah

( PMR ). Pada mulanya, pengkaji menggunakan sukatan pelajaran yang dinilai semula, yang

digunakan sejak awal tahun 2003 lalu. Bagaimanapun kurikulum Bahasa Arab Komunikasi

3
tersebut telah digubal semula dan pada masa kini ianya dikenali sebagai Bahasa Arab

sahaja.Matapelajaran ini telah mula diajar untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 pada tahun 2008.

Sepertimana dalam matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi yang terdapat tajuk-tajuk nahu,

terdapat juga tajuk-tajuk nahu dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab yang baru.

Dalam sukatan Bahasa Arab Komunikasi, tajuk-tajuk nahu ini perlu diajar dalam bentuk

implisit mengikut prinsip asas pengajaran bahasa dengan tujuan komunikasi. Namun demikian,

buku teks penilaian semula sukatan pelajaran mempersembahkan tajuk-tajuk nahu secara

eksplisit yang perlu diajar dengan kaedah wazifi. Dengan ini, pengajaran dan pembelajaran nahu

memerlukan waktu yang khusus, agar pelajar dapat menjadikan tajuk-tajuk nahu tersebut sebagai

rujukan. Keadaan ini dikhuatiri boleh menyebabkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab

tidak menggunakan kaedah komunikatif, malahan berkemungkinan bakal menggunakan kaedah

nahu dan terjemahan yang lebih cenderung kepada kaedah kuliah yang berpusatkan guru.

Sukatan bahasa Arab mengikut Kurikulum Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor

(JAIS) pula adalah sukatan yang mengikut sukatan al-Azhar di bawah penyeliaan Jabatan Agama

Islam Selangor (JAIS). Matapelajaran bahasa Arab mengikut sukatan ini adalah terbahagi kepada

matapelajaran nahu, sarof dan mutalaah. Ketiga-tiga matapelajaran ini memerlukan waktu yang

khusus dan tidak menggunakan kaedah komunikatif. Kesemua matapelajaran ini diajar kepada

pelajar-pelajar supaya mereka boleh menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) di

Tingkatan Empat. Walaubagaimanpun untuk kajian ini, penyelidik hanya menggunakan sukatan

matapelajaran untuk tingkatan 1 hingga 3 sahaja.

4
1.1 Latar Belakang Kajian

Masalah kemahiran berbahasa adalah masalah yang biasa dihadapi oleh kalangan

pelajar-pelajar. Hasil pemerhatian dan pengalaman pengkaji, pelajar-pelajar berdepan dengan

kekangan masaalah kemahiran berbahasa yang sedikit sebanyak mencacatkan penguasaan

Bahasa Arab mereka sama ada dari segi kemahiran menulis, membaca dan bercakap. Walaupun

terdapat pelajar-pelajar yang boleh menguasai kemahiran membaca tetapi mereka lemah dari

segi kemahiran menulis dan bercakap. Kebiasaannya aspek yang dinilai dari segi penguasaan

pelajar dalam kemahiran menulis dan bercakap ialah aspek membina ayat sama ada ayat pendek

atau ayat panjang seperti karangan, rencana dan lain-lain.

Kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran menulis

dan kemahiran membaca. Antara kajian tersebut mendapati bahawa seorang pemabaca yang baik

adalah seorang penulis yang baik. John (1987) menyatakan terdapat pertalian yang luas antara

bacaan akademik (academic reading) dan arahan penulisan (writing instruction). Kajian

menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang mampu untuk menggunakan kemahiran pemikiran

kritis terhadap bahan-bahan yang mereka baca adalah seorang penulis yang baik. Kasem M.

Wahda, Zainab A. Taha, Liz England (2006) menyatakan bahawa pelajar bahasa Arab hendaklah

menpunyai kemahiran yang diperlukan untuk membaca dan seterusnya secara kritis

menggunakan apa yang telah mereka baca kepada penulisan mereka sendiri.

Terdapat enam peringkat dalam kemahiran menulis iaitu :

a) Kemahiran mekanis

b) Kemahiran mengeja

c) Kemahiran memilih perkataan dan kemahiran tatabahasa

5
d) Kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun isi

e) Kemahiran menggunakan gaya bahasa

f) Kemahiran membuat pertimbangan

a) Kemahiran Mekanis

Pada peringkat ini, pelajar akan dilatih menguasai kemahiran membentuk huruf bagi

menulis tangan dalam sistem tulisan bahasa Arab. Selain dari itu, pelajar juga akan diajar untuk

mencantumkan huruf-huruf tunggal hingga menjadi satu perkataan Arab yang lengkap.

b) Kemahiran Mengeja

Mengeja adalah satu proses pembinaan konsep dan dengan itu pelajaran mengeja perlu

disepadukan dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada pada murid. Belajar muda juga

adalah satu proses perkembangan; pelajar akan melakukan kesalahan dan belajar dari kesalahan

itu.

c) Kemahiran Memilih Perkataan dan Kemahiran Tatabahasa

Pelajar akan diajar secara tidak formal tetapi terancang, tentang peraturan-peraturan bahasa yang

merangkumi aspek morfologi dan sintaksis, supaya pelajar-pelajar boleh :

i) Menggunakannya dengan tepat dan berkesan dalam menulis

ii) Menggunakan berbagai-bagai jenis kata dalam pelbagai konteks.

iii) Membina frasa dan ayat dengan tepat, indah dan jelas dalam pelbagai konteks

penulisan.

6
d) Kemahiran Mengumpul, Memilih dan Menyusun Isi.

Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan seseorang itu memilih dan menyusun pengalaman

yang berguna. Pada keseluruhannya semua jenis penulisan terdiri daripada fakta, pandangan dan

pendapat yang dipilih dan disusun dengan baik bagi tujuan penulisan yang khusus. Kejelasan

tujuan, ketepatan fakta dan kekemasan susunan menentukan keberkesanan hasil penulisan itu.

e) Kemahiran Menggunakan Gaya Bahasa

Gaya bahasa sesuatu penulisan dilihat dari aspek pemilihan perkataan, kesesuaian dan kegunaan

bahan yang ditulis. Melalui bimbingan guru dan latihan yang dilakukan, pelajar seharusnya dapat

membina pemikiran yang tajam tentang kesesuaian bahasa dan bentuk penulisan yang mereka

gunakan. Semasa pelajar berbincang dengan guru atau rakan sekelas tentang sesuatu penulisan

yang mereka hasilkan, mereka akan dapat melihat betapa pentingnya gaya persembahan dalam

menentukan keberkesanan penulisan mereka.

f) Kemahiran Membuat Pertimbangan

Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan pelajar menentukan penggunaan laras bahasa dan gaya

bahasa yang sesuai untuk menulis jenis-jenis penulisan yang berlainan, seperti menulis surat,

laporan, pesanan, minit mesyuarat atau menulis cerita.

1.2 Pernyataan Masalah

Setelah hampir 25 tahun SERI dan SEMI ditubuhkan, hasrat untuk melahirkan pelajar

yang benar-benar mahir dan menguasai bahasa Arab sepenuhnya masih belum tercapai.

7
Beberapa aspek dan pertimbangan perlu dikaji untuk mencari punca tentang sebab-sebab pelajar

masih tidak mampu menguasai bahasa Arab dengan baik terutama tentang kelemahan mereka

membentuk ayat-ayat bahasa Arab terutama dalam penulisan.

Melalui pengamatan penyelidik, kebanyakan masalah yang menyumbang kepada perkara

ini ialah kerana kurangnya penguasaan pelajar terhadap perbendaharaan kata dan tidak

menguasai tatabahasa dengan baik. Menurut Raminah (1989), seseorang itu mestilah

mempelajari tatabahasa, iaitu suatu bidang ilmu bahasa yang menghuraikan undang-undang atau

peraturan membentuk dan membina ayat untuk menguasai kemahiran berbahasa. Menurutnya

lagi, pengetahuan seseorang dalam bidang ini akan membantunya menggunakan bahasa sebaik-

baiknya sama ada secara lisan mahupun tulisan.

Tatabahasa adalah penting untuk komunikasi yang berkesan terutama dalam bentuk

penulisan. Oleh itu penggunaan tatabahasa yang betul di dalam sesuatu bahasa itu amat penting.

Awang Sariyan (1991) menyatakan bahawa :

” Sistem suatu bahasa ditandai oleh beberapa subsistem. Yang utama ialah ejaan,

sebutan, peristilahan, kosa kata umum, tatabahasa dan laras bahasa. Antara enam subsistem

bahasa itu, tatabahasa merupakan sendi dan tonggaknya. Hal demikian ini kerana tidak ada

subsistem mana pun yang dapat beroperasi tanpa tatabahasa.”

Di samping itu juga terdapat kajian-kajian analisis kesalahan aplikasi nahu daripada

berbagai-bagai aspek yang dilakukan dalam berbagai-bagai peringkat, sama ada di peringkat

menengah atau di pusat-pusat pengajian tinggi ( Ab. Halim, 2002; Bakhit, 1998; Hanizam, 2005;

Ibrahim; 1989; Ismail Muda, 1999; Norasmazura, 2005; Sohair, 1990; Wan Ahmad, 1994;

Zainol, 2003; Zarima, 2005 ).

8
Antara kesalahan nahu yang paling banyak dilakukan ialah kesalahan dari aspek gender

dan bilangan, sama ada berkaitan dengan tanda-tanda fleksi bagi gender dan bilangan atau

berkaitan pembentukan frasa dan ayat yang ada kaitan dengan persamaan aspek gender dan

bilangan atau berlawanan aspek gender dan berlainan bilangan ( Abdul Hadi, 1998; Abd. Ghani,

1999; Bakhit, 1998; Nurillah, 2005; Sohair, 1990; Wan Ahmad, 1994; Zarima, 2005 )

Selain daripada masalah penguasaan nahu atau tatabahasa, pelajar-pelajar juga tidak

dapat mengingat dan menghafaz kalimah-kalimah bahasa Arab sedangkan perbendaharaan

bahasa Arab adalah penting untuk membantu di dalam membentuk ayat-ayat. Kemungkinan

kaedah mengingat dan menghafaz kalimah-kalimah tidak sesuai untuk digunakan dan perlukan

kaedah lain untuk memungkinkan pelajar-pelajar menambah perbendaharaan bahasa Arab.

Kaedah-kaedah baru diperlukan agar pelajar-pelajar akan dapat menambah perbendaharaan kata

mereka secara tidak langsung semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dilaksanakan. Guru

hendaklah mengubah suai teknik pengajaran dan mencuba teknik-teknik baru dari semasa ke

semasa mengikut kesesuaian keperluan yang ada ( Che Kamarudin, 1999; Zarima, 2005 ).

Selain dari masalah kelemahan tatabahasa dan kekurangan perbendaharaan bahasa Arab,

terdapat lagi beberapa faktor-faktor yang menyumbang kepada kelemahan penguasaan pelajar

terhadap bahasa Arab. Antara faktor-faktor yang dikenalpasti yang menyumbang kepada

kemunduran pelajar-pelajar di dalam mempelajari Bahasa Arab ialah :

1. Persepsi

Antara teori yang boleh dikaitkan dengan persepsi ialah teori persepsi diri. Teori

ini menyatakan bahawa individu meletakkan penyebab tentang diri sendiri dengan

melihat tingkah laku mereka sendiri. Terdapat beberapa faktor yang

9
mempengaruhi persepsi iaitu faktor diri pemerhati, faktor situasi dan faktor

sasaran. Faktor diri pemerhati terdiri dari sikap, motif, minat, pengalaman dan

jangkaan. Faktor situasi pula terdiri daripada masa, persekitaran belajar dan

persekitaran sosial. Manakala faktor sasaran terdiri dari keunikan, pergerakan,

bunyi, saiz, latarbelakang dan kedekatan. Di dalam faktor diri pemerhati segala

ciri-ciri yang terdapat pada diri pemerhati akan mempengaruhi persepsi terhadap

perkara yang dilihat. Contohnya pengalaman menyeronokkan semasa belajar di

luar negara juga akan mendorong seseorang untuk menghantar anaknya

menyambung pelajaran di luar negara. Begitu juga faktor jangkaan seperti serik

untuk mengunjungi seebuah tempat peranginan kerana perkhabaran indah dari

rupa seperti yang di lihat di kaca tv.

Ciri-ciri yang terdapat pada sasaran seperti yang ada di dalam faktor sasaran juga

akan mempengaruhi persepsi. Untuk ciri latarbelakang, persepsi individu terhadap

sesuatu bergantung kepada cara mereka melihat objek tersebut. Jika seseorang

hendak melihat kebaikan seseorang maka kebaikanlah yang akan dilihat terhadap

individu tersebut. Tetapi seandainya keburukan yang hendak dilihat maka

keburukan yang akan dilihat oleh individu tersebut walaupun kebaikannya

melebihi dari kejahatannya. Begitu juga untuk ciri kedekatan, seseorang itu

cenderung untuk melihat sesuatu objek atau fenomena yang berdekatan antara

satu sama lain secara seiring dan bukan berasingan. Contohnya mengaitkan cuti

umum dan kesesakan pusat membeli belah sesuatu yang seiring walaupun ianya

mungkin tiada kaitan.

10
Di dalam ciri kesamaan pula, individu, objek atau peristiwa yang sama sering

dikaitkan di dalam kumpulan yang sama walaupun sebenarnya ianya tidak

demikian. Contohnya menganggap mereka yang sentiasa bersama-sama pergi ke

gimnasium adalah golongan yang menjaga pemakanan mereka.

Manakala faktor situasi pula akan mempengaruhi persepsi seorang kepada

individu yang lain. Contohnya apabila melihat seorang yang memakai pakaian

tidur pergi ke pusat membeli belah pada waktu siang. Persepsi yang dilemparkan

kepada individu tersebut pastilah negatif kerana dipengaruhi oleh situasi.

2. Minat

Minat di dalam mempelajari sesuatu perkara berkait rapat dengan matlamat dan

objektif. Kerap kali kita mendengar pelajar-pelajar yang mempelajari Bahasa

Arab tidak mengetahui matlamat dan objektif mereka mempelajari matapelajaran

ini. Anggapan mereka cukuplah dengan sekadar lulus di dalam peperiksaan PMR

yang akan mereka duduki kemudian dan seterusnya mengambil peperiksaan di

dalam peperiksaan SPM.

Oleh itu guru hendaklah sentiasa mengingatkan pelajar-pelajar tentang tujuan

mereka mempelajari bahasa ini dan ke manakah matlamat mereka selepas

11
mempelajari ini. Sudah semestinya kepentingan mempelajari Bahasa Arab tidak

sama kepentingannya dengan mempelajari bahasa-bahasa yang lain.

Mengikut Teori Maslow, manusia bergerak dari dasar untuk mendaki bagi

mencapai puncak hierarki kehendak diri manusia. Puncak yang tertinggi ialah

puncak keperluan untuk kesempurnaan diri. Puncak kesempurnaan diri untuk

seseorang individu muslim itu ialah apabila seseorang dapat menghambakan diri

dan beribadat kepada Allah S.W.T. dengan jiwa yang tenteram dan aman. Di

samping itu juga, tujuan kita mempelajari Bahasa Arab ialah kerana ianya

bahasa Al-Quran dan juga bahasa syurga.

3. Motivasi

Motivasi adalah penggerak atau keadaan yang mendorong pelajar untuk

melaksanakan sesuatu. Ianya adalah kuasa dalaman yang mendorong individu

untuk bertindak dan melakukan sesuatu bagi mencapai sesuatu matlamat.

Beberapa teori boleh menerangkan tentang motivasi manusia serta mekanisme

dan dinamik yang wujud di sebalik tingkah laaku. Antaranya ialah Teori

Penguarangan Dorongan. Teori ini mengatakan bahawa manusia mempunyai

motivasi untuk mengurangkan dorongan yang di alaminya. Kehendak-kehendak

manusia lah yang mendorongnya untuk mendapatkan sesuatu yang diperlukannya.

Seandainya ia mengurangkan dorongan tersebut bermakna kehendaknya telah

dipenuhi. Di dalam Islam, kita sentiasa dibandingkan akan ilmu kita yang terlalu

12
sedikit jika dibandingkan dengan ilmu Allah S.W.T yang sangat luas. Begitu juga

dengan pepatah Melayu , ” Padi semakin berisi semakin tunduk ”. Selagi

seseorang itu merasakan ilmu yang ada padanya itu sedikit, maka ia akan terus

berusaha untuk menuntut ilmu dan seandainya jika ia merasakan sudah cukup

maka ia tidak akan berusaha untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuannya.

Teori Rangsangan pula menekankan kepada faktor luaran untuk mengggerakkan

seseorang untuk bertindak balas. Ganjaran serta penghargaan yang di terima akan

menggalakkan seseorang itu untuk bertindak balas dengan lebih bersemangat.

Ganjaran serta penghargaan yang diperolehi oleh seseorang pelajar akan

mendorongnya untuk mempelajari Bahasa Arab dengan bersungguh-sunguh.

Teori Jangkaan memperihalkan cara manusia menjangkakan apakah yang akan ia

perolehi seandainya melaksanakan sesuatu tingkah laku. Melalui teori ini,

seseorang itu akan terdorong untuk melakukan sesuatu tingkahlaku jika ianya

meletakkan pengharapan atau menjangkakan kebolehannya untuk mencapai

kejayaan. Seandainya ia menjangkakan kegagalan, maka ia akan meninggalkan

tingkag laku tersebut. Begitu juga jika seseorang pelajar menjangkakan suatu

faedah atau kejayaan yang akan diperoleh pada masa depan dengan mempelajari

Bahasa Arab, maka ia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai

kejayaan tersebut. Jika tidak, ia tidak akan bermotivasi dan tidak berminat untuk

mempelajari Bahasa Arab.

13
4. Suasana persekitaran

Tingkahlaku manusia akan berubah mengikut persekitaran yang ada di

sekelilingnya. Oleh itu persekitaran Bahasa Arab adalah penting untuk

menggalakkan pelajar-pelajar menguasai Bahasa Arab. Mengikut Teori Pelaziman

Watson, tingkah laku adalah satu urutan gerak balas lazim terhadap rangsangan

dan persekitaran. Watson memperkenalkan dua prinsip iaitu prinsip kekerapan

dan prinsip kebaruan. Prinsip kekerapan menekankan bahawa semakin kerap

seeorang menunjukkan suatu respons terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi

seseorang itu memberikan gerak balas yang sama terhadap rangsangan tersebut.

Melalui prinsip ini, sesuatu kelakuan akan bergerak balas terhadap persekitaran

yang diwujudkan disekelilingnya. Seandainya persekitaran Bahasa Arab

diwujudkan maka pelajar akan bertindak balas terhadap persekitaran tersebut.

Persekitaran amat penting bagi mendorong perkembangan potensi pelajar. Antara

persekitaran yang perlu diwujudkan ialah perbualan harian dalam Bahasa Arab di

dalam kawasan sekolah, memperkayakan bahan pengajaran dalam Bahasa Arab,

memperbanyakkan bahan-bahan media samada bahan bercetak atau elektronik

dalam Bahasa Arab dan bimbingan yang berterusan dari guru dan ibubapa kepada

pelajar-pelajar.

Manakala prinsip kebaruan pula menekankan bahawa semakin baru respon

seseorang terhadap sesuatu rangsangan, semakin tinggi orang itu akan

memberikan respon atau gerak balas yang sama terhadap rangsangan itu. Prinsip

ini membawa maksud bahawa segala maklumat-maklumat yang lama akan

14
terhapus dari ingatan begitu saja jika ianya tidak di ulang-ulang. Oleh itu

membuat ulang kaji atau berulang-ulang kali mengaplikasikan sesuatu konsep

akan menguatkan lagi ingatan terhadap perkara tersebut.

5. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pula bergantung kepada beberapa

faktor. Di antaranya ialah guru, pelajar, keadaan fizikal dan keadaan bilik darjah.

Guru perlulah mempunyai ilmu tentang method-method pengajaran, memahami

secara mendalam isi pengajaran yang hendak disampaikan serta mengetahui

segala cabang ilmu yang berkaitan dengan pendidikan.

Sikap guru terhadap tugasnya juga hendaklah betul. Guru hendaklah sedar

bahawa tugasnya adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Ilmu yang ada padanya hendaklah disampaikan dengan sepenuh hati dan

keikhlasan. Ilmu yang disampaikan dengan penuh keikhlasan akan memberi kesan

kepada hati pelajar dan setrusnya akan membawa kepada perubahan tingkah laku

kepada pelajar-pelajar. Inilah yang dikatakan sebagai pembelajaran yang

berkesan. Pembelajaran yang berterusan ini akan membawa kepada perubahan

yang nyata kepada tingkah laku pelajar pada akhir proses ini.

15
Oleh itu usaha dan kajian hendaklah dijalankan untuk mengetahui faktor-faktor halangan

tersebut dan metodologi-metodologi yang terkini dan pelbagai dapat diperkenalkan dan

diamalkan supaya ianya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran bahasa Arab

ini. Harapan kami juga supaya mereka merasai bahawa matapelajaran ini bukan sebagai

matapelajaran sampingan sahaja tetapi juga sebagai matapelajaran yang penting sepetimana

bahasa Inggeris. Seterusnya mereka akan mempelajari matapelajaran Bahasa Arab bukan setakat

di peringkat sekolah sahaja tetapi meneruskan pengajian mereka sehingga ke peringkat institut

pengajian tinggi dan seterusnya menggunakan bahasa Arab di dalam mana-mana bidang

pekerjaan yang akan mereka ceburi.

1.3 Objektif Kajian

 Mengenalpasti tahap kemahiran pelajar dalam membentuk ayat bahasa Arab

 Mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan pelajar dalam membentuk

ayat bahasa Arab

 Mengenalpasti dan menganalisis masalah serta faktor-faktor yang membawa

kelemahan pelajar dalam membentuk ayat bahasa Arab

 Mengenalpasti kaedah pengajaran bahasa Arab yang berkesan dalam membentuk ayat

bahasa Arab.

16
1.4 Persoalan Kajian

Berpandukan kepada objektif kajian di atas, penyelidik berharap dapat menjawab

persoalan-persoalan yang berikut:

1.4.1 Apakah tahap kemahiran menulis pelajar dalam membentuk ayat bahasa Arab.

1.4.2 Apakah kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan pelajar dalam membentuk ayat

Bahasa Arab.

1.4.3 Apakah masalah serta faktor-faktor yang membawa kelemahan pelajar dalam

membentuk ayat bahasa Arab.

1.4.4 Apakah kaedah pengajaran bahasa Arab yang berkesan dalam membentuk ayat

bahasa Arab.

1.5 Batasan dan Skop Kajian

Walaupun dalam pembelajaran bahasa terdapat empat aspek yang ditekankan iaitu

kemahiran menulis, membaca, mendengar dan bertutur tetapi pengkaji telah membataskan kajian

hanya kepada kemahiran menulis sahaja.

Peyelidik hanya membataskan kajian ini hanya kepada kemahiran menulis sahaja

kerana inilah kelemahan ketara yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di sekolah ini. Kebanyakan

pelajar akan menghadapi masalah apabila berdepan dengan soalan-soalan yang berkehendakkan

pelajar untuk membentuk ayat Bahasa Arab. Perkara ini dapat di lihat dengan jelas apabila

pelajar terpaksa menjawab soalan ujian dan peperiksaan yang berkehendakkan pelajar membuat

ayat dan menterjemahkan ayat dari Bahasa Melayu ke Bahasa Arab.

17
Di samping itu juga kajian ini hanya mengkaji perkara yang berkaitan dengan

penguasaan matapelajaran bahasa Arab yang terbatas kepada pembentukan ayat yang ringkas

dan mudah iaitu Jumlah Fi’liyah (ayat kata kerjaan) dan Jumlah Ismiyah (ayat kata namaan).

Penyelidikan ini juga tertumpu ke arah melihat perkembangan pelajar terhadap kefahaman

mereka di dalam membentuk Jumlah Fi’liyah (ayat kata kerja) dan Jumlah Ismiyah (ayat kata

namaan) melalui kaedah pengajaran yang disampaikan oleh guru. Penilaian terhadap

perkembangan pelajar akan dibuat melalui praujian dan pascaujian.

1.6 Populasi dan Persampelan Kajian

Sampel kajian yang dipilih adalah berdasarkan dari kelompok pelajar-pelajar Tingkatan

1,2 dan 3. Bilangan sampel yang terlibat ialah seramai 110 orang. Maklumat mengenai kajian

yang diperolehi daripada responden adalah berdasarkan maklum balas daripada soal selidik serta

praujian dan pascaujian yang dijalankan terhadap para pelajar (sampel) dari sekolah tersebut.

Kajian kemahiran menulis adalah berpandukan kepada sukatan matapelajaran Bahasa

Arab Kementerian Pelajaran Malaysia Tingkatan 1 hingga 3 dan sukatan al-Azhar dibawah

tadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Tingkatan 1 hingga 3.

1.7 Metodologi Kajian

Kajian kes ini dilakukan ke atas pelajar di Sekolah Menengah Islam ABIM, Sungai

Ramal Dalam, Kajang untuk mengenalpasti tahap kemahiran menulis pelajar dalam membentuk

18
ayat bahasa Arab, kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan pelajar dalam membentuk ayat

bahasa Arab, faktor-faktor yang membawa kelemahan pelajar dalam membentuk ayat bahasa

Arab dan kaedah pengajaram yang mudah di fahami oleh pelajar-pelajar.

Kajian yang dijalankan adalah dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif.

Statistik menurut Mohd. Nawi (1984) ialah bidang ilmu yang memberi perhatian kepada sifat-

sifat alam semula jadi, khususnya kepada sesuatu peristiwa yang sering dan jarang berlaku.

Menurut Mohd. Majid Koting (1984) statistik juga dikenali sebagai perangkaan yang biasanya

merujuk kepada sekumpulan data atau rangka. Ia juga merujuk kepada kaedah menganalisis data

untuk mengkaji kaitan-kaitan yang wujud dan menmyelidik makna yang terkandung di dalam

kumpulan data.

Manakala statistik deskriptif pula menurut Mohd. Majid Konting (1998) ialah statistik

yang digunakan untuk memerihalkan sesuatu peristiwa. Ia merupakan sekumpulan teknik untuk

menerangkan data dan maklumat dengan cara meringkaskan beberapa set data atau maklumat

seperti market ujian, umur dan tempat tinggal. Statistik deskriptif berupa organisasi dan

ringkasan data yang diperolehi dari pemprosesan data yang melibatkan penjadualan tentang data

atau maklumat.

Melalui kaedah ini fakta-fakta akan diperolehi hasil daripada kajian kes dan tinjauan

sampel. Kajian ini akan dilakukan dengan menggunakan praujian dan pascaujian yang dijalankan

untuk membandingkan pencapaian pelajar sebelum dan selepas diadakan penyelidikan. Pelajar-

pelajar kemudiannya akan diedarkan borang soal-selidik bagi mendapatkan data kajian dengan

menggunakan skala Likert. Data kemudiannya dikumpulkan dan seterusnya dianalisis

19
menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) bagi mendapatkan maklumat tentang

peratusan, purata dan sisihan piawai.

Kaedah tinjauan juga dilakukan untuk mendapatkan data-data dan fakta-fakta dari para

sarjana bahasa dan pendidikan untuk mengeanlpasti pendekatan yang membolehkan seseorang

itu menguasai kemahiran-kemahiran sesuatu bahasa yang dipelajari

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian kes ini dilakukan ke atas pelajar di Sekolah Menengah Islam ABIM, Sungai

Ramal Dalam, Kajang. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap

kemahiran menulis pelajar dalam membentuk ayat Bahasa Arab, kesalahan-kesalahan yang biasa

dilakukan pelajar dalam membentuk ayat bahasa Arab, faktor-faktor yang membawa kelemahan

pelajar dalam membentuk ayat bahasa Arab dan kaedah pengajaran yang mudah di fahami oleh

pelajar-pelajar.

Secara umumnya, adalah diharapkan dapatan kajian berpotensi membantu pihak

berkaitan bagi memperkemaskan lagi tahap penguasaan pelajar dalam bidang ini. Pihak

penyelidik tidak mengatakan bahawa kaedah yang dicadangkan ini adalah yang terbaik, tetapi ia

adalah salah satu alternatif di dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran bahasa Arab yang

berkesan.

Adalah diharapkan bahawa hasil penyelidikan ini akan dapat dijadikan sumber rujukan

oleh pihak sekolah dan dapat membantu sekolah bagi mengenal pasti masalah-masalah yang

dihadapi oleh para pelajar dalam menguasai bahasa Arab ini. Di samping itu secara tidak

langsung ia dapat membantu pihak sekolah khususnya dalam mempertingkatkan pencapaian para

20
pelajar di dalam mata pelajaran Bahasa Arab, meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari

bahasa Arab dan seterusnya membantu pelajar mencatat keputusan yang cemerlang di dalam

mata pelajaran Bahasa Arab samada di dalam peperiksaan peringkat sekolah, peperiksaan di

bawah kelolaan Jabatan Agama Negeri ataupun peperiksaan awam Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Selaras dengan itu juga, penyelidikan yang dilakukan ini diharap dapat memberikan

manfaat dan faedah kepada para guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Arab dengan melihat

kajian ini sebagai satu bentuk penilaian terhadap diri mereka. Dengan merujuk kepada analisis

dan dapatan kajian, guru-guru boleh membuat perancangan dan melakukan pelbagai usaha yang

bersesuaian ke arah mengekalkan reputasi mereka di samping mempertingkatkan mutu

pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, hasil kajian ini kelak diharapkan dapat memberi garis panduan terhadap

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai digunakan untuk mata pelajaran bahasa

Arab di sekolah sekaligus mampu untuk membangkitkan semangat para pelajar agar cintakan

bahasa Arab. Ini akan memudahkan pihak sekolah untuk mengatur rancangan dan strategi yang

sesuai bagi mempertingkatkan penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran bahasa Arab ke tahap

yang paling maksimum berdasarkan kepada hasil serta dapatan kajian.

1.9 Kajian Terdahulu

Terdapat beberapa kajian lepas yang dirasakan relevan dengan kajian yang akan

penyelidik laksanakan. Antaranya ialah :

21
a) Tesis – Mustafa Bin Che Omar (2004) Masalah guru dalam pengajaran

Bahasa Arab di sekolah menengah kerajaan di Malaysia Universiti Kebangsaan

Malaysia ms 164. Beberapa rumusan hasil kajian beliau ialah :

i. Peruntukan masa matapelajaran Bahasa Arab yang yang dilaksanakan mengatakan

bahawa 57.1 % (277 org) berpendapat peruntukan masa bagi matapelajaran bahasa Arab

di sekolah tidak mencukupi merupakan masalah besar dan sebanyak 42.9% (226 org)

berpendapat ianya masalah kecil.

ii. Kajian ini mendapati bahawa 72.5 % (365 org) mengakui kurang penyediaan ABM

dalam pembelajaran dan pengajaran merupakan masalah besar manakala 27.5 % (138

org) menganggapnya masalah kecil.

iii. Kekurangan bahan rujukan tambahan bahasa Arab. Kajian mendapati bahawa 74.9 %

(377 org) menganggap kekurangan keperluan bahan rujukan sebagai masalah besar

manakala 25.1% (126 org) mangatakan masalah kecil.

b) Tesis - Datin Sohair Abdel Moneim Sery (1990) Satu tinjauan tentang masalah-

masalah pengajaran matapelajaran bahasa arab di sekolah-sekolah menengah

agama di Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil kajian beliau ialah :

i. Dapatan kajian mengatakan bahawa terlalu ramai murid yang mempunyai

perbendaharaan kata yang rendah.

ii. Dapatan kajian mennunjukkan terlalu ramai murid belum dapat menyusun

(membina) ayat yang lengkap.

22
iii. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ramai murid tidak memahami maksud

soalan yang diberikan.

iv. Dapatan kajian menadapati bahawa ramai pelajar lemah dalam aspek tatabahasa

bahasa Arab yang mudah.

v. Dapatan kajian mendapati ramai pelajar yang masih lemah dalam aspek sarof.

vi. Dapatan kajian ramai pelajar yang tidak dapat mengeja dengan betul.

Beliau juga meyebut antara beberapa faktor yang menyumbang kepada

kelemahan murid iaitu :

i. Murid-murid tiada asas bahasa Arab di peringkat rendah.

ii. Murid-murid di ajar oleh guru yang kurang minat dan kurang kepakaran.

iii. Buku teks yang tidak sesuai dan tidak mencukupi.

c) Tesis - Arbenah Bt. Masud (2001) Bentuk bentuk kesilapan dan hubungan

latarbelakang keluarga dan pengajian pelajar terhadap kemahiran BA Ting. 1

Universiti Kebangsaan Malaysia

Hasil kajian yang telah beliau jalankan menunjukkan bahawa terdapat kesan pengaruh

bahasa Melayu (bahasa ibunda) terhadap kesilapan pelajar dalam membentuk ayat

bahasa Arab. Antaranya ialah:

i. Kemahiran perbendaharaan kata (mufradat)

ii. Kemahiran mengeja (Imlak)

iii. Kemahiran tatabahasa (Qawaid)

iv. Kemahiran menyambung ayat

v. Kemahiran menetukan arah dan tempat (preposition)

23
vi. Kemahairan morfologi (Pembentukan kata-kata / Assarfiah)

vii. Kemahiran sintaksis / pola Ayat (Jumlah)

Hasil daripada pemerhatian penyelidik terhadap kajian dan hasil yang dijalankan,

penyelidik mendapati bahawa tiada kajian yang dijalankan yang berhubung dengan

kaedah pengajaran yang berkesan bagi mengatasi faktor-faktor yang menyumbang

kepada kelemahan pelajar dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar. Oleh itu

penyelidik berharap dapat mencuba satu kaedah pengajaran yang berkesan supaya faktor-

faktor serta masalah tersebut dapat diatasi.

24
BAB 2

SOROTAN LITERATUR

KEMAHIRAN BAHASA

Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran


membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran Bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan
sesuatu bahasa..

PROSES MENDENGAR

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti,


memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta
dapat memberikan maklum balas. Individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalaman
daripada kecerdasan otaknya. Aspek fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi proses
pendengaran. Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang lojik dan berkesan.
Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan. Pendengaran untuk mengkritik
memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah-hujah dan bukti-bukti.
Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif terhadap muzik, kesusasteraan

25
dan lain-lain aspek seni dan estetika. Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis
kritis terhadap bentuk dan isi.

Proses mendengar biasanya berlaku dalam empat peringkat:


i. Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa
ii. Memahami bunyi-bunyi tersebut
iii. Menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan
iv. Bertindak terhadap bunyi-bunyi tadi

Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama-sama kemahiran lain seperti


kemahiran bertutur, membaca dan menulis. Individu lebih banyak belajar mendengar melalui
pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Aspek fizikal, psikologi dan neurologi mempengaruhi
proses pendengaran. Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang lojik dan
berkesan. Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan. Pendengaran untuk
mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah-hujah dan bukti-bukti.

Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif terhadap muzik,
kesusasteraan dan lain-lain aspek seni dan estetika. Pendengaran untuk tujuan apresiasi
memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi.

Prinsip-Prinsip Mengajar Kemahiran Mendengar

Seperti yang telah dinyatakan, kemahiran mendengar hendaklah digabungjalin bersama-


sama kemahiran lain. Murid-murid tidaklah diminta untuk mendengar sahaja sepanjang masa
tanpa memberitahu atau bertindak balas daripada apa yang didengar. Kemahiran mendengar
adalah juga satu latihan yang juga dianggap dinamik dan aktif. Oleh kerana itu, latihan-latihan
yang dirancangkan hendaklah berteraskan sesuatu tugasan yang boleh membawa kepada sesuatu
aktiviti tertentu.

26
Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajarkan haruslah difikir dan dirancang
dengan teliti dan dalam berbagai-bagai cara untuk membolehkan murid-murid bertindak balas
terhadapnya secara maksimum. Mereka boleh menunjukkan kefahaman mereka melalui bahasa
atau melalui aksi atau cara-cara lain yang berkesan. Motivasi adalah penting untuk memelihara
dan meningkatkan minat mendengar di kalangan murid-murid. Adalah amat penting bagi guru-
guru untuk memberi peluang murid-murid berlatih mendengar sebanyak yang mungkin dan
terdaya.

Ada beberapa peringkat kemahiran mendengar. Pertamanya ialah Peringkat awal. Pada
ketika ini, murid-murid akan mengecam, mengajuk dan memilih bunyi. Mereka akan mendengar
dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Selepas itu, mereka melakukan
sesuatu yang disuruh oleh guru dengan menjalankan perintah dan permintaan yang disampaikan.
Kemahiran mendengar yang didedahkan ketika ini bertujuan membolehkan juga murid-murid
bertindak terhadap soalan-soalan yang mudah. Misalnya, dalam dalam Huraian Sukatan
Pelajaran (HSP) Bahasa Melayu Tahun 2, muka surat 19, kemahiran 1.3, Aras 1 (i) Mendengar
dan memahami arahan atau pesanan dengan teliti.

Peringkat seterusnya iaitu Peringkat pertengahan. Dalam tempoh ini murid-murid


diajar mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci. Kemudian mereka
juga diajar mengenal informasi-informasi spesifik atau maklumat khusus dan mengesan urutan
sesuatu maklumat yang ditunjukkan. Mengenal sebab dan akibat, perhubungan orang-orang yang
berinteraksi dan sikap serta perasaan orang yang bercakap turut disampaikan oleh guru di
peringkat pertengahan ini. Contoh kemahiran yang dapat dilihat dalam peringkat ini ialah
kemahiran 1.3, Aras 2 (i) Mengecam perkataan berbentuk arahan serta pesanan ataupun Aras 2
(ii) Menerima dan melaksanakan arahan serta pesanan dengan betul.

Setelah murid-murid berjaya di kedua-dua peringkat yang telah disebutkan tadi, guru
akan memperkenalkan pula kemahiran peringkat maju. Pada tahap ini murid diajar mengenal
isi-isi penting, mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap, mentafsirkan maksud
orang yang bercakap, memberitahu fungsi tekanan dan intonasi, mencari jalan mengatasi

27
masalah yang didengar, mengikut aliran dalam dialog atau perbualan dan yang terakhir sekali
ialah mentafsirkan tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai bentuk struktur tatabahasa.

KEMAHIRAN BERTUTUR

Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk
menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan
kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan kepada
pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat


sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa.
Kemahiran bertutur berlaku di peringkat produksi. Ia bukan dicipta oleh murid tetapi ditiru dan
diajuk. Oleh kerana itu. model-model yang diperdengarkan haruslah model-model yang baik
supaya murid-murid boleh bertutur secara berkesan.

Konsep-Konsep Pertuturan

Pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Pertuturan


berlaku di peringkat produksi. la berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami
dengan baik apa yang didengarnya. Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman
daripada kecerdasan otaknya. Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina boleh
mempengaruhi kemahiran bertutur. Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi
tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.

Aspek-Aspek Pertuturan

Ada beberapa aspek penting yang harus diberi perhatian oleh guru dalam kemahiran
bertutur. Antaranya ialah sebutan. Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan

28
bunyi-bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan melatih
mereka menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus boleh menyebut dengan
betul mengikut bunyi, ejaan dan makna.

Kemudian, tekanan iaitu cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat dengan
memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata
dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan.

Seterusnya ialah aspek mora atau panjang-pendek adalah kadar sesuatu bunyi itu
dilafazkan. Konsepnya sama dengan 'harakat' dalam bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak jelas
dalam bahasa Melayu dan kalau adapun ia tidak membezakan makna. Penggunaan unsur ini agak
lebih ketara dalam bahasa Inggeris dan Arab.

Selain daripada itu, aspek lain yang perlu diberi perhatian ialah jeda. Unsur ini disebut
juga sebagai persendian. la digunakan memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan,
rangkai kata, atau ayat-ayat. Dalam buah ayat yang diucapkan, jeda diucapkan sebagai hentian
sebentar. Unsur ini boleh membawa makna yang berbeza jika digunakan.

Aspek intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun semasa
sesuatu ayat dilafazkan. Ia kadangkala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa
Malaysia biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. la boleh
menaik, menurun, boleh mendatar dan sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi
menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pula mempunyai intonasi yang menurun. Aspek
intonasi sangat ditekankan di dalam mengajar Bahasa Melayu. Di dalam HSP Bahasa Melayu, ia
merupakan satu kemahiran yang perlu diajar setiap masa bersama dengan aspek sebutan untuk
memastikan pengucapan atau pembacaan murid adalah sesuai mengikut konteks sesuatu ayat.
Contohnya dalam HSP Bahasa Melayu Tahun 2, muka surat 21 iaitu kemahiran 2.0, Aras 2 (i).
Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

Selanjutnya ialah aspek nada iaitu keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu
sesuatu perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam bidang muzik, kita dapati ada lapan nada

29
iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, dan Do. Setiap nada ini mewakili.satu suku kata. Dalam bahasa
Melayu, nada tidak bersifat fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam bahasa Cina.

Kemudian aspek tatabahasa. Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau undang-
undang menggabungkan kata untuk membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah
dan formula tertentu. la terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa
pertuturan walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi untuk
memperolehi kebiasaan bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah
ditekankan.

Tidak kurang pentingnya juga ialah aspek kelancaran yang bermaksud murid-murid
boleh bertutur atau bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Waktu bercakap mereka tidak
menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan semasa percakapan itu berlangsung.

Diikuti oleh aspek kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap bukan sahaja dalam
bentuk yang kemas, licin, teratur dan lancar tetapi mereka juga boleh membunyikan kata atau
menyebut perkataan dan ayat-ayat yang dituturkan itu secara jelas dan tepat. Mereka boleh
bercakap seperti seorang penutur jati yang terpelajar.

Dan yang terakhir ialah aspek laras bahasa. Dalam hal ini ialah murid-murid boleh
menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai. Tujuannya
ialah supaya murid-murid boleh menggunakan bahasa itu untuk tujuan-tujuan berkomunikasi
secara berkesan.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pertuturan

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi pertuturan. Pertama ialah faktor kecerdasan.
Ini bermaksud kecerdasan otak yang dihubungkan dengan kemampuan menghasilkan bahasa.
Kedua ialah faktor kesihatan. Ini bermaksud jika seseorang kanak-kanak itu mendapat sakit

30
berlanjutan di masa kecil penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak-kanak
yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap.

Ketiga ialah faktor fizikal. Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal
manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka
pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik. Keempat ialah faktor persekitaran.
Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh mempengaruhi perkem-
bangan bahasa kanak-kanak.

Kelima ialah faktor jantina. Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati kanak-
kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan oleh
perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan
mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.

Faktor keenam yang mempengaruhi pertuturan ialah faktor dwibahasa. Kanak-kanak


ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Ini
disebabkan oleh gangguan-gangguan bahasa ibunda (pertama).

Peringkat-Peringkat Kemahiran Bertutur

Seperti juga kemahiran mendengar, kemahiran bertutur juga melalui tiga iaitu peringkat
awal, pertengahan dan maju.

Dalam peringkat awal kemahiran pertuturan yang ditekankan ialah:


a) Melafazkan pengucapan bertatasusila.
b). Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar.
c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat.
d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi.
e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu.
f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.

31
g) Memberi arahan.
h) Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya.
i) Membuat ayat-ayat daripada gambar-gambar.

Peringkat pertengahan:
a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.
b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau bersiri.
c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.
d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.
e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung peribadi seorang masa bersekolah,
persekitaran, di rumah dan sebagainya.
f) Membaca iklan, peraturan-peraturan.
g) Memberi ucapan pendek dan mudah.
h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.
i) Memberi komen secara mudah.
j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara
mudah.

Peringkat maju:
a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan
sebagainya
b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya.
c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau
dialog.
d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat.
e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.
f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.
g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan).
h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan
lain-lain.
i) Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan.

32
j) Mendeklamasi puisi.
k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.
l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran Membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan,


intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik
bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca.

Tujuan Kemahiran Membaca

Dalam kemahiran membaca, ada beberapa tujuan yang telah ditetapkan untuk dicapai
oleh murid-murid. Antaranya ialah tujuan serta-merta yang secara muktamad yang berhasrat
untuk membolehkan murid-murid membaca dan memaham. 'Boleh membaca' bermaksud boleh
membaca dengan cepat, tidak teragak-agak. boleh membaca dengan serta-merta dan tidak payah
mengambil masa yang amat panjang. 'Boleh membaca’ juga bererti murid-murid boleh membaca
bersendirian tanpa bergantung kepada pertolongan dan bantuan guru.

Ini bermakna pendiriannya baik, kemas dan kukuh. ‘Boleh memahami' pula bererti boleh
menangkap dengan pantas makna atau maksud yang dibaca. Ia juga bererti murid-murid boleh
memberi fikirannya sendiri, boleh menggunakan perkataannya sendiri untuk menyatakan apa
yang dibacanya. Dan jikalau pimpinan gurunya baik, murid-murid akan boleh pula menilai dan
menimbang hasil bacaannya itu.

33
Tujuan serta-merta juga mempunyai tujuan-tujuan lain seperti yang pertama untuk
membolehkan kanak-kanak membaca dengan bunyi sebutan dan rentak irama (intonasi) yang
betul. Kedua, untuk membolehkan kanak-kanak membaca senyap tanpa merasa sebarang
gangguan. Tujuan yang ketiga pula ialah untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca
terus-menerus dan mencari pengertian daripada yang dibaca. Dan yang keempat iaitu tujuan
yang terakhir ialah untuk menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan atau alat
pengisi masa lapang dan menambah pengetahuan.

Selain daripada tujuan serta-merta, tujuan berikutnya yang ingin dicapai semasa
menjalankan aktiviti kemahiran membaca ialah tujuan lanjut. Setelah tujuan serta-merta dapat
disempurnakan maka murid yang keluar dari bangku sekolah akan mempunyai satu alat yang
membolehkan mereka mengutip pelbagai pengetahuan dan mendapatkan pelbagai fikiran
daripada buku-buku untuk dijadikan panduan hidup mereka. Dengan kebolehannya membaca itu
dia akan dapat membetulkan fahaman-fahamannya yang salah, membandingkan fikiran dan
pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah-masalah hidupnya sendiri. Dia seharusnya
boleh berfikir dan melahirkan fikirannya dengan cara yang teratur. Apabila dia boleh membaca
maka dapatlah dia menambah satu lagi alat perhubungannya iaitu membolehkannya merapatkan
dirinya dengan orang-orang lain yang ada di sekelilingnya. Secara yang lebih tegas, tujuan lanjut
bermatlamatkan:

a) sebagai alat penambah pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah. Satu
daripada cara untuk menyambung pelajaran ialah dengan banyak membaca.
b) mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani perkara-
perkara yang baik yang dilakukan oleh orang lain,
c) meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah. Menjadikan bahan-bahan
perbandingan dengan orang lain.
d) latihan untuk rnelahirkan fikiran dengan baik dan teratur.
e) merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan untuk mengikuti perkembangan
alam dan manusia

34
JENIS-JENIS BACAAN

Ada dua cara membaca yang sering dijalankan di sekolah-sekolah iaitu:


1. Bacaan bersuara (bacaan mekanis)
2. Bacaan senyap (bacaan akaliah)

Bacaan Bersuara

Bacaan bersuara adalah bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang
jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan
menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah
atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya ialah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak
dapat membunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna
Bacaan bersuara (mekanis) mempunyai beberapa tujuan iaitu:
1. Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan jelas.
2. Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.
3. Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tandatanda baca serta tahu pula berhenti
pada tempat-tempat berhenti yang betul.
4. Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata-mata pelajaran yang lain.
5. Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca
bersuara

Cara melaksanakan bacaan bersuara:


1. Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan
kebolehan dan umur murid-murid.
2. Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan dan rangkai kata
yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan-perkataan itu.
3. Guru membaca sebagai contoh dan menyemak bacaan guru.

35
4. Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau
kumpulan.
5. Guru memandu murid-murid membaca secara bergilir-gilir.
6. Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isi bacaan
untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan dan bertulis.

Bacaan Senyap

Bacaan senyap atau bacaan akaliah ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau
menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap
lebih pantas daripada bacaan bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan
bersuara seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan
senyap. Bacaan senyap ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan
bacaan bersuara.

Tujuan bacaan senyap dijalankan ialah:


1. Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.
2. Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya.
3. Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.
4. Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan.
5. Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk hiburan.

Cara melaksanakan bacaan senyap:


1. Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.
2. Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan- bahan yang
sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.
3. Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran dijalankan guru
membantu dan memandu murid-murid yang lemah.
4. Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkaikata yang susah.

36
5. Tentukan bahan bacaan yang hendak dibaca dan murid-murid sendiri. Guru menghadkan
masa murid-murid membaca dan memahamkan isi bacaan.
6. Guru kemudian menjalankan pula latihan kefahaman dengan mengemukakan soalan-
soalan. la boleh juga dijalan kan dengan cara menceritakan semula apa yang telah di baca
atau dibuat dalam bentuk ujian objektif dan subjektif.
7. Guru hendaklah membantu membetulkan kesalahan-kesalahan yang mengemukakan isi
bacaan.

PERINGKAT-PERINGKAT MENGAJAR BACAAN

Ada 5 peringkat mengajar bacaan yang harus diketahui oleh guru-guru iaitu Peringkat
menyediakan murid, Peringkat mendirikan asas, Peringkat melatih membaca dan memaham
(peringkat mencapai kemahiran membaca), Peringkat melatih membaca untuk menghiburkan
hati dan juga untuk mencari pengetahuan dan Peringkat membina dan memperkukuh sikap
gemar membaca.

Peringkat Menyediakan Murid

Apabila guru-guru menerima murid-murid baharu tahun satu, biasanya guru itu mengajar
terus dengan rasminya akan pelajaran membaca dan menulis kerana telah direncanakan di dalam
jadual waktu. Guru-guru tidak menyiasat terlebih dahulu adakah murid-murid mereka
berkeadaan `sedia' untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan. Keadaan akan menjadi
bertambah buruk lagi apabila latar belakang murid-murid itu adalah daripada keluarga yang
miskin dan pengalamannya berhubung dengan buku-buku, gambar-gambar dan huruf-huruf
tulisan sangat kurang.

37
Oleh kerana itu, guru-guru seharusnya menyiasat terlebih dahulu akan sifat kesediaan
murid-murid mereka sebelum memulakan pelajarannya. Pada peringkat menyediakan murid ini,
guru terpaksalah memberikan perhatian kepada dua perkara yang dikira penting iaitu perasaan
bahasa murid-murid.

Perasaan Murid-Murid:
Murid-murid yang baharu masuk sekolah akan mengalami perubahan alam keliling.
Mereka mulai berasa bimbang kerana berpisah dengan ibu bapa atau penjaganya dan tinggal di
tempat dan kawalan yang berlainan daripada rumah mereka. Ketika itu mereka bercampur gaul
dengan kawan-kawan sebaya yang kebanyakannya belum mereka kenali. Jadi, guru mestilah
bertimbang rasa dan memahami kesulitan dan perasaan mereka. Dalam minggu pertama itu guru-
guru sepatutnya cuba sedaya upaya mencari langkah-langkah yang baik bagi menawan hati
murid-murid hingga tertanam perasaan kasih kepadanya, menaruh kepercayaan kepada kata-
katanya dan tidak menganggapnya sebagai orang asing.

Bahasa Murid-Murid:
Kesukaran setengah-setengah guru mengajar kemahiran membaca adalah kerana tidak
mengetahui tentang kebolehan dan keberanian murid-murid bertutur dan berbahasa, menyatakan
perasaan dan fikiran masing-masing dalam bahasa ibundanya. Soal bahasa ini penting kerana
bacaan ialah menyuarakan lambang-lambang bahasa itu. Sekiranya bahasa murid-murid itu
belum, lengkap, pertuturannya belum kemas, dan sebutan serta fahamannya belum sempurna,
akibatnya kelak menyusahkannya membaca dan menulis. Oleh itu, guru sepatutnya terlebih
dahulu menjalankan ujian bahasa ke atas murid-murid itu khasnya tentang bahasa yang akan
digunakan dalam pelajaran bacaan. Sekiranya perbendaharaan kata yang dikehendaki itu belum
ada, eloklah diajarkan melalui pelajaran lisan, cerita, dan sebagainya.

Peringkat kesediaan ini mempunyai beberapa tujuan seperti yang dinyatakan di bawah:
1. Supaya dapat menimbulkan kemahuan dan keinginan kanak-kanak untuk meluaskan
lagi pengalamannya yang telah sedia ada.
2. Melatih kanak-kanak supaya boleh memerhati sesuatu dengan baik dan cuba
mengecamnya.

38
3. Untuk memberi peluang kanak-kanak merapatkan dirinya dengan guru. Ini boleh
menimbulkan keyakinan mereka.
4. Untuk membina tabiat gemar membaca dan menghargai apa yang dibaca.

Untuk mencapai tujuan ini beberapa langkah bolehlah dijalankan. Di antaranya ialah
dengan memperbanyakkan aktiviti bermain dengan kanak-kanak. Misalnya berbual-bual,
bersoaljawab dengan cara yang tidak formal. Mulakan pelajaran ringan seperti menyanyi,
berlakon bercerita dan sebagainya yang menarik hati.

Bina asas bahasa kanak-kanak melalui pertuturan dengan memberi galakan dan pimpinan
yang sepatutnya supaya kanak-kanak mahu bertutur. Perbendaharaan kata yang difikirkan perlu
hendaklah ditambah dari semasa ke semasa dengan cara tidak langsung. Banyak perkara yang
perlu diperhatikan untuk menentukan sama ada kanak-kanak itu telah sedia untuk membaca atau
tidak.

Tinjauan itu boleh dilakukan dengan melihat kepada persoalan-persoalan berikut iaitu
adakah kanak-kanak itu faham atau dapat mengikut percakapan orang lain terutama gurunya?
Dapatkah dia melahirkan perasaan dan fikirannya?
Dapatkah dia melihat dengan baik. Kenalkah dia bentuk-bentuk seperti garisan, bulatan dan lain-
lain? Bolehkah dia mengecam gambar-gambar atau warna-warna asas serta membezakannya?
Tahukah dia memegang alat baca dan tulis seperti buku, pensel dan sebagainya? Bagaimana
dengan kesihatannya? Dapatkah dia belajar dengan baik? Sudahkah dia ada kemahuan untuk
belajar membaca, seperti teringin melihat gambar, mahu bertanya dan sebagainya?
Bagaimana dengan latar belakang keluarganya? Seperti keadaan rumahtangga, ekonomi,
pendidikan dan lain-lain.

Peringkat Mendirikan Asas Bacaan

Asas bererti satu permulaan atau tapak bagi satu-satu binaan. Dalam soal mendirikan asas
bacaan rumi bahasa Melayu perkara-perkara seperti pemilihan ayat, rangkai kata, perkataan,

39
huruf-huruf dan suku kata berkehendakkan kajian yang mendalam dan teliti daripada pihak guru
supaya pelajaran yang disampaikan itu tidak membosankan murid-murid. Hal-hal di atas ini
berhubung rapat dengan alatan mengajar dan buku-buku bacaan yang sesuai. Selain daripada
papan tulis dan kapur putih, guru juga mestilah menyediakan kapur berwarna, papan magnet,
kad-kad imbasan yang telah sedia bertulis, kad-kad perkataan suku kata dan ayat berwarna untuk
menarik hati dan mereka.

Pada peringkat ini menekankan beberapa perkara penting. Segala bahan yang hendak
diajarkan hendaklah dipilih kawal dan disusun dengan baik. Ajarkanlah perkataan perkataan dan
rangkai kata, ayat yang senang dan sesuai sahaja dahulu. Alat-alat mengajar hendaklah lengkap
untuk menimbulkan minat kanak-kanak. Isi pelajaran hendaklah berkait tepat dengan
pengalaman
dan sesuai pula dengan perkembangan jiwa kanak-kanak. Gunakanlah gambar atau warna-warna
yang menarik hati untuk memberi dorongan.

Guru hendaklah selalu memberi galakan dan bimbingan supaya tidak membunuh
semangat kanak-kanak untuk terus belajar membaca. Fikirkan kaedah dan teknik mengajar yang
sesuai dan berkesan.

Peringkat Melatih Membaca dan Memaham

Bahan atau isi bacaan hendaklah sesuai dengan peringkat umur dan kecenderungan
kanak-kanak. Guru janganlah hanya mementingkan sebutan suara dan kelancaran sahaja tetapi
harus juga sekaligus menyediakan soalan-soalan yang mudah untuk kefahaman. Jadi kita tidak
boleh pisahkan pelajaran bacaan dengan pelajaran bahasa Melayu pada keseluruhannya. Dalam
hal ini, bacaan senyap hendaklah juga digalakkan supaya murid-murid dapat melatih diri sendiri
untuk menangkap maksud isi pelajaran yang dibaca.

Sebagaimana yang telah ditegaskan, tidaklah ada gunanya kanak-kanak membaca kalau
mereka tidak faham apa yang dibaca. Oleh itu guru hendaklah memberi perhatian kepada

40
perkara-perkara berikut seperti memulakan aktiviti membaca setelah kanak-kanak dapat
membaca ayat-ayat ringkas dan boleh mengecam perkataan, suku kata dan huruf. Banyakkan
soalan-soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman kanak-kanak selepas membaca.
Kemudian, berilah kanak-kanak peluang membaca dan memaham di dalam lain-lain mata
pelajaran seperti kajian tempatan, sains dan sebagainya.

Gunakan teknik soalan yang membina dan mengikut prinsip-prinsip yang betul. Aktiviti
bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan untuk latihan kemahiran membaca.

Peringkat Membaca untuk Hiburan dan Mencari Pengetahuan

Kanak-kanak yang mahir membaca akan terdorong hatinya untuk menggunakan


kemahiran membacanya itu untuk menghiburkankan hatinya. Oleh yang demikian tersangatlah
mustahak pada peringkat ini diisediakan pelbagai buku cerita untuk menyempurnakan kehendak
ini. Buku-buku yang biasanya digemari oleh kanak-kanak ialah buku buku yang mengandungi
cerita-cerita dongeng cerita-cerita bergambar, cerita-cerita binatang, cerita-cerita jenaka,
pengembaraan, cerita-cerita rekaan dan sebagainya. Buku-buku cerita itu seharusnya tidaklah
terlalu panjang atau susah hendak difahami. Kanak-kanak kurang tertarik dengan buku-buku
yang bahasanya terlalu tinggi dan susah dibaca.

Untuk mendapatkan pengetahuan pula, sekolah harus memperbanyakkan lagi buku-buku


yang seperti itu dan pemilihannya harus bersesuaian dengan minat dan umur murid. Amatlah
mustahak perkara-perkara ini dipertimbangkan kerana pemilihan yang tepat akan menggalakkan
minat murid untuk terus membaca.

Peringkat Membina Sikap Gemar Membaca

41
Sikap suka belajar patut ada pada murid-murid yang baharu datang ke sekolah tetapi
penyuburan sikap itu adalah bergantung kepada pengajaran guru. Sikap ini bukanlah dipelihara
semasa murid-murid baharu belajar membaca tetapi sebenarnya berjalan sepanjang masa, sama
dengan peringkat-peringkat yang lain juga. Bahan-bahan pelajaran yang baik dan disusun dengan
cermat, teknik mengajar yang baik, kaedah yang menarik adalah di antara rahsia bagi
menerapkan sikap ini. Oleh itu, adalah mustahak guru-guru berhati-hati memilih bahan-bahan
pelajarannya, buku-buku bacaannya, kaedah mengajarnya dan lain-lain supaya terbina dan
terperihara sikap 'sentiasa gemar membaca' itu.

KAEDAH MENGAJAR BACAAN

Untuk mengajar kemahiran membaca kepada murid-murid, guru boleh menggunakan


beberapa kaedah yang sesuai bergantung kepada kebolehan dan penerimaan seseorang murid itu.
Antara kaedah yang sering digunapakai ialah seperti:

Kaedah Mengeja:
Langkah-langkah yang biasa ditunjukkan semasa mengajar membaca menggunakan
kaedah ini ialah seperti berikut:
1. Mengeja dan membatang suku kata seperti b,a, = ba, t,u= tu.
2. Suku-suku kata ini digabungkan menjadi perkataan, misalnya ba, tu, = batu.
3. Mengeja terus sesuatu perkataan seperti b, a, t, u = batu.

Kebaikan-kebaikan menggunakan kaedah ini ialah murid-murid akan mahir mengeja. Ini
disebabkan mereka dilatih mengeja tiap-tiap perkataan yang dibacanya. Kaedah ini memudahkan
guru-guru menjalankan kerja-kerjanya. Selain itu, peralatan bantu mengajar yang banyak.

Namun begitu, terdapat juga beberapa kekurangan jika guru terus-menerus menggunakan
kaedah ini tanpa diselang-selikan dengan kaedah yang lain. Murid-murid tidak lancar membaca.
kerana sibuk mengeja dan tumpuan mereka kepada huruf semata-mata. Murid-murid tidak faham

42
apa yang dibacanya. Oleh kerana terlalu mementingkan ejaan dan sebutan, fahaman langsung
tidak dihiraukan. Murid-murid akan membaca dengan berlagu dan tidak mempedulikan rangkai
kata dan tempat-tempat berhenti. Di samping itu, kelemahan kaedah ini ialah ia tidak
membangkitkan perasaan gemar membaca disebabkan sifatnya bertentangan dengan pendapat
psikologi iaitu cara kanak-kanak menguasai sesuatu ialah daripada keseluruhannya membawa
kepada bahagian-bahagiannya. Dan kadang-kadang ia boleh mengelirukan kanak-kanak kerana
nama huruf-huruf yang disebut tidak menepati bunyi huruf-huruf itu.

Kaedah Bunyi:
Dalam kaedah ini murid diajar:
1. membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain, misalnya ba,
tang, = batang.
2. Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya
perkataan. Misalnya, b (beh), a (ah) = ba t (teh), u (uh) = tu ba + tu = batu.

Kebaikan menggunakan kaedah ini ialah ia sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana
bahasa Melayu adalah terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya. Kaedah ini
membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu walaupun perkataan-perkataan
itu di luar perbendaharaan kata mereka.

Keburukannya pula ialah bacaan murid-murid tidak lancar. Ini disebabkan perhatian
murid-murid itu tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu. Cara ini tidak menarik hati
dan murid akan cepat hilang tumpuan kerana suku-suku kata yang diajar itu tidak mempunyai
makna yang nyata pada mereka

Kaedah Huruf:
Kaedah ini yang tertua dijalankan dari semenjak kerajaan Greek dan Rom. Kaedah ini
mementingkan murid mengenal nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf itu. Kaedah ini
dimulakan dengan:

43
1. Mengenal nama-nama huruf - a, b, c, d sehingga z, vokal dan konsonan.
2. Di dalam bahasa Melayu yang dibunyikan ialah:
vokal — a, e, i, o, u
vokal dan konsonan — ba, be, bi, bo, bu
diftong — ai, au, oi.
3. Kemudian bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata, misalnya, ba + tu = batu,
a + ku = aku dan sebagainya.
4. Kemudian mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca.

Dari segi kelebihan menggunakan kaedah ini, ianya sesuai dengan susuk bahasa Melayu
kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya. Ianya turut
membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum
dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan
dengan baik. Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca. Secara tidak
langsung, ia memberi keyakinan dan peluang untuk mencapai kecekapan dan kemahiran
membaca kepada murid-murid adalah tinggi

Walau bagaimanapun masih terdapat kekurangan-kekurangan yang dikesan pada kaedah


ini. Didapati murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami
apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca. Murid-
murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca
merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca. Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan
kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara tidak secara
menyeluruh dan bermakna. Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi
latih tubi yang berlebihan.

Kaedah Pandang Sebut:


Kaedah ini mementingkan dua perkara iaitu, membunyikan perkataan atau rangkai kata
berdasarkan pengalaman dan membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. Kaedah ini
dilaksanakan dengan:

44
1. mengecam dan mengenal perkataan dengan melihat keseluruhanperkataan tersebut.
Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak juga dieja. Tetapi terus disebut perkataan itu. Pada
peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut kaedah ini disertakan
dengan gambar.
2. Dalam hal mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta mengecam terus ayat- ayat
yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di
dalamnya. Setelah mengecam, murid diminta terus membaca.
3. Pengulangan dan latih tubi perlu diperbanyakkan.
4. Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan
kaedah ayat.
5. Kaedah ini sangat baik dan sesuai digunakan bagi mengajar bacaan Jawi terutama bagi
perkataan-perkataan yang tidak tetap sistem bunyinya untuk dieja.

Kelebihan-kelebihan kaedah ini ialah ianya dianggap dapat menarik minat dan sesuai
dengan kehendak psikologi dan fitrah kanak-kanak kerana mereka lebih mudah mempelajari
sesuatu daripada keseluruhan kepada bahagianbahagiannya. Kaedah ini juga mementingkan
makna sejak mula ia dilaksanakan. Sehubungan itu, kanak-kanak dari mula sudah mendapat
latihan memaham apa yang dibaca oleh mereka. Guru dapat melatih kanak-kanak membaca
dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mulanya.

Dari aspek kelemahan pula, bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan,
rangkai kata dan ayat-ayat yang telah diajarkan sahaja. Kaedah ini tidak membolehkan kanak-
kanak mengenal huruf secara formal mengakibatkan mereka lambat mengenal bunyi dan suku
kata. Kesannya, murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka
membaca sendiri. Ini mengakibatkan mereka lambat mencapai kemahiran dan kecekapan
membaca.

PENDEKATAN MENGAJAR BACAAN

45
Pada amnya, ada dua pendekatan yang besar untuk mengajar kemahiran
membaca kepada murid-murid. Pertama ialah Pendekatan Membina (Sintesis) dan yang kedua
ialah Pendekatan Cerakinan (Analisis).

Pendekatan Membina

Pendekatan Membina ialah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis atau membina atau
dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang besar
iaitu bermula dari huruf kemudian kepada sukukata, perkataan, rangkai kata dan yang terakhir
membina ayat. Misalnya dalam langkah mengajarkan ayat 'Nina ada baju merah'. Langkah
dimulakan dengan:
1. perkenalkan huruf - a, b, d, i, j, h, r, u, m, n
2. Perkenalkan suku kata - ba, ni, na, ju, rah, me, da
3. Perkenalkan perkataan - baju, Nina, ada, merah
4. Perkenalkan rangkai kata - baju merah, Nina ada
5. Perkenalkan ayat - Nina ada baju merah.

Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah
suku kata.

Pendekatan Cerakinan

Pendekatan ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawan prinsipnya dengan cara
sintesis. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau mencerakin atau dengan perkataan lain
mencerai-beraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. Misalnya
dalam mengajarkan ayat 'Nina ada baju baru', langkah yang dilakukan adalah seperti berikut:
1. Perkenalkan ayat - Nina ada baju baru.
2. Perkenalkan rangkai kata - Nina ada, baju baru.
3. Perkenalkan perkataan - Nina, ada, baju, baru

46
4. Perkenalkan suku kata - ni, na, da, ba, ju, ru, a
5. Perkenalkan huruf - n, i, a, d, j, r, u

Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata,
kaedah ayat yang kesemuanya digabungkan dalam kaedah pandang sebut.

Pendekatan Eklektik

Pendekatan Eklektik muncul untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat di


dalam pendekatan sintesis dan analisis kerana kedua-dua pendekatan tadi dianggap oleh guru-
guru yang berpengalaman masih juga tidak membawa kepada hasil yang baik dan memuaskan.
Proses pelaksanaan pengajaran menggunakan pendekatan ini:
1. Cara eklektik adalah cara mengajar bacaan dengan menggunakan pendekatan
campuran iaitu mengajar bacaan dengan menggunakan pendekatan membina dan
pendekatan cerakinan.
2. Pendekatan membina mengandungi kaedah bunyi, kaedah huruf dan kaedah suku kata.
3. Pendekatan cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan
kaedah ayat. Semua kaedah ini disebut kaedah pandang dengar.

Kelebihan pendekatan ini ialah ianya mengikut prinsip psikologi membaca, kehendak dan
kebolehan serta situasi murid-murid dalam pelajaran bacaan. Guru dapat menggunakan kaedah
yang difikirkan paling sesuai sama ada pendekatan membina atau pun pendekatan cerakin
mengikut peringkat kesediaan dan kebolehan murid-murid. Selain itu ia dapat menyatupadukan
beberapa pendekatan yang sesuai dengan fonem bahasa Malaysia. Paling utama ia merupakan
gabungan pendekatan lama dengan yang baru. Oleh yang demikian, sebarang konflik pendapat
tentang pengajaran bacaan dapat dielakkan.

Cara Mengajar:
Tujuannya ialah untuk membolehkan murid-murid membaca ayat-ayat yang pendek,
mengenal huruf, suku kata dan memahami isinya. Dari segi bentuk huruf, diingatkan kepada

47
guru supaya jangan mengajar nama huruf vokal dan konsonan itu dahulu. Huruf-huruf itu diajar
dari segi bunyinya sahaja. Misalnya;
a – ayam p – payung i – ikan

Untuk menerangkan pengetahuan tentang bentuk bahasa, suku kata diajar menerusi
perkataan. Misalnya;
i. ba – bakul, bawang, barang,
ii. menggunakan warna; a (merah) i (hijau), u (biro), u
(ungu), e (kuning), dan o (coklat).
iii. menggunakan gambar.
Alat mengajar yang digunakan ialah seperti kad imbasan, kad ayat, kad perkataan, kad
rangkai kata, kad suku kata dan sebagainya. Huruf-huruf harus terang dan jelas sehingga dapat
dilihat oleh semua murid.

PENDEKATAN BERFORMATKAN KBSR

Ada empat pendekatan yang dicadangkan untuk dilaksanakan dalam pengajaran bacaan
mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah iaitu, Pendekatan A, Pendekatan B, Pendekatan C
dan Pendekatan D.

Pendekatan A

Pendekatan ini adalah kaedah campuran yang memberatkan bentuk cerakinan. Dalam
pendekatan ini kegiatan pramembaca adalah diperlukan pada peringkat awal. Dalam pengenalan
huruf-huruf, penekanan adalah pada bunyi huruf itu. Pengenalan kepada nama huruf dilakukan
secara tidak langsung dan digalakkan selepas bunyinya dikuasai.
Pendekatan ini menekankan kepada kaedah pandang dan sebut dan dibantu oleh kaedah
sokongan seperti kaedah suku kata dan kaedah huruf atau bunyi. Tatacara pendekatan ini
diperlihatkan seperti berikut:

48
Kaedah pandang dan sebut
(ayat /perkataan)

Kaedah suku kata


Kaedah sokongan
Kaedah huruf/bunyi
(bunyi huruf)

Pendekatan A boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:


1. Tunjukkan gambar : Gambar baju
2. Tunjukkan kad perkataan : baju
3. Tunjukkan kad suku kata : ba ju
4. Gandingkan kad suku kata : ba ju
5. Bunyi huruf : b (beh), a (a), j (jeh), u (u)
6. Bunyi suku kata : ba ba
ju ju
7. Membaca perkataan : baju

Pendekatan B

Pendekatan B berasaskan kepada kaedah fonik (bunyi), digabungkan dengan kaedah suku
kata serta dibantu oleh kaedah pandang dan sebut. Penggabungan kaedah-kaedah ini adalah
untuk menjelaskan makna perkataan yang dipelajari dan memperlihatkan susunan bunyi dalam
perkataan yang bermakna. Ia sesuai untuk bentuk binaan dan cerakinan.

Pada peringkat permulaan, dua bunyi huruf diperkenalkan kepada murid-murid, iaitu
huruf /m/ dan huruf /s/. Tujuannya adalah untuk menarik minat murid-murid dan memahamkan
konsep bunyi huruf. Kedua-dua lambang bunyi ini dianggap mudah disebut oleh murid-murid
dan dapat pula mengaitkan bunyi huruf dengan bentuk huruf.

49
Pendekatan B boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:
1. Perkenalkan hurul fonik :k
2. Sebut bunyi huruf :kkkk
3. Gabungkan bunyi konsonen dengan
bunyi vokal untuk membentuk suku
kata : ka ka ka
4. Suku kata tertutup : kak kak kak
5. Gabungkan suku kata menjadi
perkataan : ka…kak
6. Membaca perkataan : kakak
7. Membaca ayat : Ini kakak.

Pendekatan C

Pendekatan C biasanya disebut sebagai Pendekatan bunyi kata. Ia berdasarkan perkara-


perkara berikut:
1. Sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistematik dan fonemik.
2. Suku katanya adalah jelas dan mudah.
3. Perkataan-perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan telah pun diketahui
maknanya oleh kebanyakan murid.

Pendekatan ini mencadangkan agar murid-murid diperkenalkan dengan bunyi beberapa


huruf vokal dan konsonan dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan
yang bermakna. Pendekatan C boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:
1. Perkenalkan bunyi huruf vokal : a, i, u
2. Perkenalkan bunyi huruf konsonan :k
3. Menggabungkan bunyi konsonan dan vokal : ka, ki, ku
4. Mencantumkan suku kata menjadi perkataan : ka + ki = kaki
ku + ku = kuku
5. Membaca ayat : Kaki ku.

50
Kuku kaki.
Kuku kakiku.

Pendekatan D

Pendekatan ini berdasarkan prinsip sintesis atau membina, iaitu menyusun bahagian-
bahagian kecil menjadi besar. Kaedah-kaedah yang terkandung dalam pendekatan ini adalah
kaedah abjad atau kaedah mengeja, kaedah bunyi huruf dan kaedah suku kata.

Pendekatan D boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:


1. Tunjukkan gambar
2. Namakan huruf tunggal :b a j u
3. Perkenalkan kad suku kata : ba ju
4. Perkenalkan kad perkataan : baju
5. Membaca ayat : Itu baju.
Ini baju.

BACAAN INTENSIF DAN EKSTENSIF

Setelah murid-murid memperolehi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, mereka
hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas. Mereka bukan hanya
setakat boleh membaca kuat, menyebut perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat,
menggunakan intonasi, gaya dan tekanan yang betul, tetapi mereka juga harus boleh memaham
dengan baik apa sahaja yang dibaca. Untuk mencapai maksud ini latihan bacaan intensif dan
ekstensif boleh dilaksanakan.

Bacaan Intensif

51
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan
kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di
samping itu, ia memberi penekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti
pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi
yang berlainan. Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh
daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
murid-murid.

Konsep-Konsep Bacaan Intensif

Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi
perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di bawah pimpinan guru. Ia memberi asas untuk
pengajar memberi penjelasan atau keterangan mengenai struktur yang sukar dan juga memberi
asas untuk memperkembangkan perbendaharaan kata. Bacaan intensif dikaitkan dengan aktiviti
mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dari pengertian menurut kamus yang
ditemui oleh pelajar dalam bacaannya.

la juga mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa, dalam pertuturan dan
tulisan. Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting,

Tujuan Bacaan Intensif

Bacaan intensif bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Betul
dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.

Diharap melalui cara bacaan ini juga dapat mengembangkan kebolehan murid dari segi
mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan
pengertian dalam kamus. Tujuan yang berikutnya ialah diharap murid dapat membaca secara
senyap dengan kepantasan yang sewajamya.

52
Tujuan yang seterusnya ialah membolehkan murid menilai atau mengulas isi-isi yang
diperolehi daripada bahan-bahan yang telah dibacanya dan mengesan, memaham serta
menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.

Dengan membaca secara intensif, murid dapat mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-
bagai. Kemudian, membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.

Cara Melaksanakan Bacaan Intensif

Bahan-bahan bacaan intensif itu bolehlah dibincangkan bersama oleh pelajar-pelajar


dalam kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan
menulis. Pelajar-pelajar harus dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rumusan
tatabahasa. Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya, mengkaji
perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua 'latihan perkamusan', hari ketiga 'latihan
meneka maksud mengikut konteks', hari keempat `membaca dengan laju' dan sebagainya.

Soalan-soalan untuk bahan bacaan intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif,
bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis.
Segala kajian harus dibuat secara mendalam.

Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang
dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas
bacaan, menambah kemahiran memaham, menaakul dan memetik isi-isi penting. Oleh kerana ia
adalah aktiviti yang dilakukan di luar kelas, maka murid-murid berpeluang menambah ilmu
pengetahuan yang dapat mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada yang diterima semasa belajar
di sekolah.

53
Konsep-Konsep Bacaan Ekstensif

Seperti yang dinyatakan sejak awal lagi, bacaan ekstensif merupakan satu kegiatan
pelajar-pelajar di luar kelas tanpa adanya pengawasan daripada guru. Bahan bacaan yang dibaca
haruslah bersifat luas atau pun am. Bahan bacaan bukan sahaja sesuai dari segi perbendaharaan
katanya tetapi juga sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita
seseorang pelajar itu. Bahan-bahan bacaan ekstensif harus daripada bahan-bahan yang berbeza.

Tujuan Bacaan Ekstensif

Ada beberapa tujuan bacaan ekstensif. Antara tujuan-tujuan tersebut ialah:


1. Supaya pelajar-pelajar boleh membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara
langsung daripada orang lain.
2. Membolehkan pelajar-pelajar membaca dengan fasih dalam bahasa yang mereka
pelajari.
3. Untuk membolehkan mereka mendapat pengetahuan di samping dapat pula menghiburkan
hati.
4. Memperkayakan bahasa dan perbendaharaan kata, struktur ayat dan lain- lain.
5. Memberi peluang kepada para pelajar terutamanya mereka yang cerdas untuk
meluaskan bacaannya dan membina daya kreativitinya.
6. Untuk menambahkan minat membaca dan juga membina daya berfikir serta membentuk
sikap yang baik di kalangan pelajar-pelajar.
7. Untuk mempertingkatkan mutu, dan kepantasan membaca.
8. Untuk memperluaskan dan mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa.
9. Membentuk tabiat gemar membaca dan mendapatkan kebiasaan membuat rujukan dan
menggunakan perpustakaan.
10. Untuk mendedahkan murid-murid kepada berbagai-bagai laras bahasa.

54
11. Untuk memperkembangkan daya kreatif dalam penggunaan bahasa, baik dalam bentuk
prosa atau puisi.

Teknik Pengajaran Bacaan Ekstensif

Oleh kerana pelajar membaca tanpa bimbingan guru sepanjang masa, peranan pengajar
hanyalah sebagai perunding atau pembantu apabila dikehendaki. Pengajar harus mengesyorkan
kepada pelajar-pelajar supaya memilih bahan bacaan yang sesuai. Pengajar perlu juga
melatih mereka mengikut teknik yang berikut:
1. Mengkaji kandungan bahan: Pelajar kaji dahulu secara umum seluruh kandungan bahan.
Cuba dapatkan tema atau persoalan pokok bahan itu.
2. Buat soalan: Buat sendiri soalan-soalan berdasarkan bahan
yang dikajinya. Ini akan membantunya membaca dengan lebih mendalam.
3. Baca: Lepas itu baca selaju yang boleh.
4. Menerangkan: Di akhir setiap bahagian, pelajar buat kesimpulan dengan menerangkan
pada dirinya sendiri isi-isi penting, dengan tujuan untuk menyatukan semua maklumat yang
dibacanya itu.
5. Mengkaji semula: Setelah selesai tugasan membaca, pelajar-pelajar perlu mengkaji
semula seluruh bahan bacaan ekstensifnya supaya dia dia dapat mempastikan dia tidak
tertinggal apa-apa dalam menyatukan semua isi tadi.
6. SQ3R: Teknik SQ3R memerlukan pelajar-pelajar mengikut langkah-langkah berikut:
(a) Mengkaji kandungan bahan-bahan yang dibaca terlebih dahulu bagi
mendapatkan idea keseluruhan atau pokok persoalan yang terkandung
di dalam bahan bacaan tersebut.
(b) Menyediakan soalan-soalan sendiri mengenai apa yang harus mereka
baca. Selepas membaca mereka harus dapat menjawab soalan-soalan
yang telah disediakan.
(c) Murid haruslah membaca berdasarkan haluan iaitu mengikut turutan
soalan-soalan yang telah ditentukan.

55
(d) Selepas membaca murid-murid harus boleh membuat kesimpulan atau
rumusan yang menandakan mereka berupaya menyatukan semua
maklumat daripada pembacaan mereka.
(e) Murid-murid diminta mengkaji atau meneliti dan mempastikan supaya
isi-isi bacaan tidak ada yang tertinggal.
(f) Murid-murid diminta membincangkan, menerangkan atau melaporkan
isi bacaan yang telah diperolehi. Maklum balas daripada murid-murid
adalah penting
(g) Pelajar juga harus diminta membuat laporan bertulis tentang apa yang
telah dibacanya.

Langkah Mempertingkatkan Kemahiran Membaca

Fahaman yang cukup hendaklah diberi kepada guru-guru tentang tujuan dan peraturan-
peraturan mengajar bacaan pada ke semua peringkat. Kursus-kursus ataupun pendedahan melalui
bahan-bahan bacaan hendaklah diadakan. Asas pelajaran bacaan hendaklah didirikan dengan
baik, dan segala penyelenggaraan berhubung dengannya hendaklah diberi pandangan yang
khusus dan sokongan yang penuh. Kaedah yang digunakan untuk mengajar bacaan di kelas
permulaan hendaklah kaedah yang tetap yang ada kesinambungan dari segi tujuan dan
peraturannya. Pengelolaan di kelas-kelas rendah terutama di kelas permulaan hendaklah
diperbaiki selalu. Aspek yang perlu diberi penekananan aspek pengajarannya, susunan
pelajarannya, perkakas-perkakas dan buku-buku bacaan. Guru-guru yang ditugaskan mengajar di
kelas permulaan hendaklah daripada mereka yang mempunyai kelayakan, pengetahuan dan
kecekapan tentang teknik-teknik mengajar kanak-kanak dan juga mempunyai semangat bekerja
yang baik, rajin membuat alatan mengajar serta gemar kepada kanak-kanak

56
PENGAJARAN MENULIS PENGAJARAN

Kemahiran Menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan
ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan
kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif.

Definisi Tulisan

Maksud tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan
itu dibunyikan semula ia dikatakan bahasa. Tulisan adalah alat untuk rnelahirkan fikiran dan
perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat.
Seseorang individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-
butiran tulisannya. Oleh itu pelajaran menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat
bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang itu.

Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah


sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang sama. Walaupun pada
dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi ada kalanya kanak-kanak telahpun
pandai menulis ketika masuk ke sekolah. Ini tidaklah merisaukan, kerana sewaktu mereka
menulis mereka juga membaca. Bagaimanapun harus diingat, tidak elok kanak-kanak disuruh
menulis sebelum dia tahu membaca.

Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa tulisan sangat berkait rapat dengan
membaca. Kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau
tidak ada tulisan dan begitulah juga di sebaliknya. Seseorang itu menulis karangannya kerana ada
yang membacanya. Dan seseorang itu pula berpeluang membaca apabila ada hasil penulisan
untuk dibaca.

57
Tujuan Tulisan

Seperti juga beberapa kemahiran yang telah diterangkan, aktiviti menulis juga
mempunyai dua tujuan yang utama iaitu tujuan serta-merta dan tujuan lanjut.

Tujuan Serta-merta

1. Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa


dan tulisan.
2. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun
ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.
3. Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang. Ramai orang mempunyai bakat atau
kebolehan menulis tetapi tidak mempunyai minat untuk melahirkannya.
4. Membolehkan kanak-kanak rnelahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam
bentuk tulisan.
5. Kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat
atau membaca buku-buku dari luar untuk menambah lagi isi bacaannya.
6. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis
dengan baik, cekap dan pantas
7. Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.

Tujuan Lanjut

1. Menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendak dan
hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai
umumnya.
2. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.
Umpamanyanya, seseorang penulis, penyajak atau pengarang dapat menggambarkan

58
sesuatu melalui penulisannya. Mereka melaporkan sesuatu yang telah berlaku, mendedahkan
perkara-perkara semasa yang sedang berlaku, membuat ramalan-ramalan peristiwa masa depan
dan sebagainya.
3. Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan.

JENIS-JENIS KEMAHIRAN TULISAN

Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan.
Pertama kemahiran menulis untuk pelahiran (mental) dan kedua ialah kemahiran menulis secara
mekanis.

Kemahiran Menulis Secara Mekanis:


Kemahiran ini harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat
menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat
corak, menekap dan membentuk huruf dan lain-lain adalah penting kerana ia bertujuan memberi
latihan dan pengalaman asas yang diperlukan, supaya berupaya membantu murid-murid
menguasai kemahiran menulis selanjutnya seperti menulis huruf, menulis suku kata, perkataan,
rangkai kata dan ayat. Latihan-latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan
kemahiran tersebut ialah di antaranya:
1. Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk atau membuat garisan- garisan,
bulatan, segi-segi, bentuk-bentuk awan larat dan sebagainya.
2. Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, di pasir di papan tulis dan
sebagainya.
3. Bermain dengan benda-benda seperti plastisin, menyusun benda-benda dan melatih
menulis unsur-unsur huruf dan perkataan.

59
4. Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.
5. Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak, kekemasan,
kebersihan dan lain-lain.
6. Melatih menulis tepat, jelas dan senang dibaca.
7. Melatih menulis cantik.

Kemahiran Menulis untuk Pelahiran (Mental):


Kemahiran penulisan untuk pelahiran biasanya dikuasai setelah kanak-kanak mendapat
kemahiran mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Latihan-latihan mental yang
boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis untuk pelahiran ialah Latihan pernyataan
fikiran atau pendapat, Latihan pernyataan perasaan dan Latihan pernyataan kehendak serta
Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli.

PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga. Peringkat yang pertama ialah
Peringkat pramenulis (persediaan). Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid
disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis h dengan kemas dan
betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata
diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai
kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang
dirancangkan haruslah sistematik bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis yang
berbentuk bebas. Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut:
1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.
2. Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna.
3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.
4. Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.

60
AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN PRA-MENULIS

1. Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Ini adalah latihan
menulis dari kiri ke kanan.

i.

ii.

iii.

2. Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.

i.

ii.

3. Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput tanpa
menggunakan alat tulis (bulatan besar - bulatan kecil).
ii.

61
4. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan- nekankan jari,
menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.
Latihan-latihan membentuk garisan lurus.

5. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan secara
bebas.

6. Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan garisan lurus dan bulat.

Peringkat Mendirikan Asas (Peringkat Tulisan Mekanis)

Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel
serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang

62
tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak
mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, baharulah dilatih membentuk huruf
pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris,
kawalan tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada
lembaran satu garis. Di bawah adalah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran
satu garis itu.

1. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.

Bentuk kecil Bentuk besar

2. Latihan menulis huruf besar di atas kertas bergaris dua.

3. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.

63
4. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman
cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah dibaca.

Penyampaian Kemahiran

Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatian kepada


beberapa perkara iaitu yang pertama kanak-kanak harus
diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar.

Kedua, sebelum dilatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-
urat daging kanak-kanak. Ketiga, kanak-kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama-
nama huruf. Keempat, menggunakan kertas, mula-mula tidak bergaris dan selepas itu baharulah
menggunakan buku yang bergaris.

Kelima, setelah kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik, baharulah dilatih
menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.

Aktiviti Menulis Mekanis/Mendirikan Asas

1. Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.


2. Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
3. Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna.
4. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.
5. Menyalin perkataan yang mudah,

64
6. Menyalin ayat-ayat yang mudah, dan sebagainya.

Peringkat Menulis untuk Pelahiran

Setelah menguasai kemahiran menulis secara mekanis, murid-murid patut digalakkan


melahirkan fikiran mereka secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada
yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong,
melengkapkan ayat-ayat dan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan
tanpa panduan. Di antara aktiviti-aktiviti menulis yang boleh dijalankan ialah:
1. Mengisi silang kata.
2. Mengisi tempat kosong dalam ayat.
3. Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.
4. Menuliskan ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi.
5. Memanjangkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.
6. Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita.
7. Menulis ayat-ayat berdasarkan gambar yang disediakan.
8. Menulis jawapan-jawapan kefahaman.
9. Menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan.
10. Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan dan sebagainya.

JENIS-JENIS TULISAN

Jenis-jenis tulisan yang biasanya diajar di sekolah-sekolah terbahagi kepada dua iaitu
Tulisan huruf cap (satu-satu bujang) dan Tulisan sambung.

Tulisan huruf cap mempunyai beberapa kelebihan. Di antaranya ialah:


la lebih mudah dibaca dan dipelajari. Kemudian, ia dapat mengurangkan kepenatan fizikal dan
penglihatan kerana ia lebih mudah dituliskan serta memudahkan kanak-kanak membaca bahan-
bahan cetak.

65
Tulisan sambung juga mempunyai kelebihannya. Di antaranya ialah ia lebih cepat dapat
dituliskan. Keindividualan dalam tulisan mudah dapat dilihat. Kebiasaannya tulisan ini
digunakan dalam surat-menyurat.

Langkah-Langkah Dalam Mengajar Tulisan

Untuk mengajar kanak-kanak menulis bukanlah suatu perkara yang mudah. Beberapa
langkah perlu diambil supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan lancar.
Langkah pertama ialah guru perlu memberi motivasi dan kesedaran kepada kanak-kanak tentang
tujuan pelajaran tulisan semasa pelajaran tulisan diadakan.

Langkah yang kedua ialah guru hendaklah memastikan semua murid sudah bersedia
untuk menulis. Periksa sama ada meja dan kerusi sesuai atau tidak dengan murid-murid.
Perhatikan dari segi bentuknya, tinggi rendahnya, jaraknya dari murid-murid dan sebagainya.

Langkah yang keempat ialah demonstrasi atau tunjuk cara oleh guru tentang peringkat-
peringkat atau langkah-langkah menuliskan huruf di papan hitam. Sila dapatkan perhatian murid.
Tekankan mana-mana yang penting.

Langkah kelima, guru hendaklah melihat tulisan kanak-kanak dan bagaimana mereka
membuatnya. Pastikan semua peraturan diikuti dengan baik dan tulisan dibuat dengan sempurna
dan betul oleh murid-murid.

Setelah aktiviti selesai dilaksanakan, guru hendaklah memilih kerja terbaik di kalangan
murid dan tunjukkanlah kerja itu kepada murid-murid lain. Galakkan mereka menulis tulisan-
tulisan dengan baik seperti yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.

Jenis-Jenis Kemahiran Yang Diperlukan Dalam Tulisan Keseragaman

66
Semua guru dan ibu bapa berkehendakkan murid atau anak mereka mempunyai bentuk
penulisan yang seragam, bukannya bentuk yang diistilahkan oleh kebanyakan sebagai “tulisan
cakar ayam” atau pun “tulisan doktor”.

Sehubungan itu, ada beberapa jenis kemahiran yang perlu diajar kepada murid-murid.
Pertama sekali ialah kemahiran dari segi keseragaman tulisan. Tekankan kepada murid-murid
pergerakan tulisan mereka biarlah sama. Galakkan mereka membentuk huruf-huruf dan menulis
dalam bentuk yang seragam. Perhatikan pergerakan tangan atau pena dilakukan dengan cara
yang betul.

Jenis kemahiran yang kedua pula ialah persambungan sesuatu perkataan yang ditulis.
Perkataan hendaklah ditulis sebagai satu unit bukan dipisah di antara satu sama lain.

Kemudian jenis kemahiran yang ketiga ialah irama tulisan. Seperti yang diterangkan
dalam jenis kemahiran yang kedua, iaitu perkataan hendaklah ditulis sebagai satu unit bukan
dipisah di antara satu sama lain. Oleh itu, ia akan menampakkan satu irama yang sama apabila
ditulis dengan banyak.

Dan jenis kemahiran yang terakhir sekali ialah pergerakan yang tetap semasa menulis.
Pergerakan tulisan harus tetap, tidak ke atas atau ke bawah atau kelihatan lintang-pukang.
Apabila seseorang penulis menjadi matang dia akan menggunakan lengan untuk pergerakan
menulis.

Galakan Dan Latihan Menulis

Kanak-kanak hendaklah banyak mendapat latihan dan galakan supaya mereka boleh
menulis dengan baik. Di antara galakan-galakan yang boleh dilakukan ialah:
1. Mengadakan peraduan atau pertandingan untuk memilih tulisan yang baik.

67
2. Tulisan atau kerja-kerja kanak-kanak yang difikirkan baik hendaklah dipamerkan di papan
kenyataan kelas.
3. Segala kesalahan dan kesilapan mengenai tulisan hendaklah diperbetulkan melalui
contoh-contoh yang baik daripada guru.
4. Tulisan guru yang dijadikan sebagai contoh hendaklah baik dan kemas.
5. Tulisan di kad-kad, di papan-papan kenyataan hendaklah dengan bentuk yang sama
supaya dapat dicontohi oleh kanak-kanak.

Kesalahan-Kesalahan Biasa Dalam Tulisan

Sering kali didapati banyak kesalahan-kesalahan biasa yang terdapat pada tulisan kanak-
kanak terutamanya di peringkat tahap satu khususnya tahun satu, dua dan tiga. Walaupun
dikatakan kesalahan yang biasa, namun jika tidak dibendung dari awal lagi, kesalahan ini akan
berterusan sehingga mereka berpindah ke tahap dua. Beberapa kesalahan yang sering dikesan
dalam tulisan kanak-kanak ialah seperti berikut:
1. Bentuk huruf buruk, tidak sama besar atau kecilnya.
2. Jarak huruf atau perkataan tidak seimbang. Begitu juga dengan kedudukannya, tegak
dan condongnya.
3. Tulisan kotor kerana terlalu banyak menggunakan getah pemadam.

Justeru itu, guru perlu mengambil langkah mengatasi kesalahan-kesalahan ini dengan
cara berikut:
1. Beri latihan dengan secukupnya dalam peringkat permulaan dan peringkat mendirikan
asas.
2. Berilah penerangan dan contoh-contoh yang betul dan supaya dapat diikuti oleh kanak-
kanak dengan mudah.
3. Apa yang ditulis oleh guru sama ada sebagai contoh disalin oleh murid atau sebagainya
hendaklah dibuat dengan baik dan betul.
4. Sediakan kad-kad tulisan untuk melatih kanak-kanak menulis dengan sempurna.

68
5. Jangan galakkan mereka menggunakan getah pemadam terlalu kerap kerana boleh
mengotorkan tulisan.
6. Banyakkan latihan dan berikan bantuan perseorangan.
7. Dari segi kedudukannya dan cara menulis:
i. Tunjukkan gaya duduk, cara memegang alat tulis, letak buku dan lain-
lain dengan betul.
ii. Kedudukan bangku, meja, kerusi, dan sebagainya biarlah memberi
keselesaan.
iii. Pada masa menulis, biarlah kedua-dua tangan terletak di atas meja dan
tangan kiri menyokong badan.
iv. Jarak mata dengan buku ialah lebih kurang di antara 8 hingga 10 inci.
v. Jangan memegang pen atau pensel terlalu kuat.
vi. Pen atau pensel mestilah dipegang dengan jari telunjuk, ibu jari dan jari
hantu.
vii. Jangan duduk membongkok ketika menulis.

EJAAN DAN RENCANA

Ejaan dan rencana adalah dua kemahiran yang berkaitan. Kedua-duanya dikuasai melalui
kemahiran membaca. Namun demikian, ia boleh juga dilakukan bersama-sama aktiviti tulisan
kerana cara ini membolehkan murid-murid mengukuhkan lagi kemahiran membaca dan menulis
mereka itu lebih berkesan. Di samping itu, kedua-dua kemahiran ini dapat dikuasai serentak.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ejaan dan rencana adalah penting. Aktiviti-
aktiviti yang berhubung dengannya, biasanya dapat membantu murid-murid mengingat dan
menghafaz bunyi perkataan. Ini bermakna, secara tidak langsung kemahiran membaca murid-
murid tersebut dapat diperkukuh.

69
Kemahiran ejaan diajarkan di sekolah-sekolah berdasarkan beberapa tujuan. Pertama, ia
dapat melatih murid-murid mendengar perkataan dengan baik dan menuliskannya secara tepat.
Kedua, ia dapat melatih dan mempertingkatkan pengamatan murid-murid melalui deria telinga.
Tujuan yang ketiga ialah ia dapat melatih murid-murid menulis melalui pendengaran dan bukan
melalui peniruan. Keempat, ia dapat melatih murid-murid mengenali dan mempertingkatkan
kepekaan mereka terhadap perkataan-perkataan tertentu. Kemudian tujuan yang kelima, ia dapat
mempertingkatkan kefahaman murid-murid terhadap makna atau maksud perkataan dan boleh
menggunakannya dalam konteks dan situasi yang betul. Dan tujuan yang terakhir ialah ia dapat
mempertingkatkan perbendaharaan kata murid-murid.

Berikut diperlihatkan beberapa aktiviti ejaan yang boleh dijalankan oleh


guru di dalam kelas:
1. Menuliskan perkataan-perkataan rangkai kata atau ayat-ayat yang disebut oleh guru.
2. Menulis perkataan-perkataan, rangkai kata atau ayat-ayat yang diperdengarkan
melalui pita rakaman.
3. Menulis atau mengeja perkataan-perkataan melalui gambar-gambar, objek, rajah dan
sebagainya yang diperlihatkan.
4. Membetulkan kesalahan ejaan yang terdapat pada perkataan-perkataan yang
disediakan.
5. Mengenalpasti ejaan-ejaan yang salah daripada sebuah petikan, ayat atau cerita.
6. Mengeja perkataan daripada bahan-bahan bacaan, cerita, lakonan, dialog dan
sebagainya.

Untuk mengajar ejaan, beberapa perkara harus diambil perhatian oleh guru. Antaranya
ialah seperti berikut:
1. Guru haruslah memilih perkataan-perkataan yang sesuai berdasarkan kemampuan
berbahasa murid-murid.
2. Perkataan-perkataan itu boleh dipilih dan diambil daripada bahan-bahan bacaan murid-
murid dan yang di dalam lingkungan perbendaharaan kata mereka.
3. Sebaik-baiknya, biarlah perkataan-perkataan itu pernah didengar oleh murid- murid.

70
4. Bahan-bahan yang digunakan hendaklah diperingkatkan iaitu bermula daripada yang
mudah kepada yang agak sukar.
5. Jumlah perkataan yang hendak dieja itu seharusnya tidak terlalu banyak.
6. Guru boleh menjalankan aktiviti mengeja selepas pelajaran bacaan kerana ini merupakan
satu urutan yang baik.
7. Aktiviti ini harus dilakukan secara lisan terlebih dahulu dan kemudian dilakukan
secara bertulis.
8. Guru sebaik-baiknya mendedahkan dahulu perkataan-perkataan itu kepada murid-murid
dipilih untuk aktiviti mengeja yang sebenar.
9. Guru menyebut perkataan itu dua kali dan kemudian diminta murid-murid mengeja.
10. Perkataan yang dieja oleh murid itu boleh diperiksa oleh guru atau bersama- sama murid-
murid dengan bantuan guru. Bincangkan kesalahan-kesalahan yang berlaku.

Manakala rencana adalah satu lagi cara yang boleh dijalankan oleh guru untuk
mengukuhkan kemahiran membaca murid-murid. Tujuan-tujuan lain ialah supaya murid-murid
mahir mendengar, mengeja dan menulis dengan betul. Bahan-bahan rencana haruslah berkait
rapat dengan aspek-aspek bahasa yang hendak dipelajari oleh murid-murid. la boleh dipetik
daripada buku-buku teks, keratan akhbar, majalah, puisi, lagu dan sebagainya.

Guru hendaklah mempastikan jumlah perkataan yang direncanakan itu tidak terlalu
banyak. Sebaik-baiknya biarlah lebih kurang satu perenggan atau lebih kurang lima puluh hingga
enam puluh perkataan.

Rencana tidak sahaja memerlukan kebolehan mengeja dengan betul tetapi perhatian juga
diberi kepada tanda-tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal, tanda sera, tanda pengikat kata
dan sebagainya. Seperti juga ejaan, rencana boleh dijalankan selepas aktiviti membaca dan
memaham.

Guru mengedarkan bahan bacaan seperti buku teks, keratan akhbar, rencana, petikan
daripada majalah. Murid-murid diminta membaca, mengecamkan perkataan-perkataan di dalam-
nya dan kemudian diminta menulis. Kemudian boleh juga meminta murid menulis sama ada

71
daripada lisan ataupun rakaman dan menukarkan karangan pendek atau petikan yang bercetak
dalam tulisan jawi ke dalam tulisan rumi.

Untuk melaksanakan aktiviti ini, murid-murid akan diberi petikan yang akan
direncanakan. Mungkin ia berupa bahan-bahan daripada buku teks, potongan akhbar, petikan
majalah, dialog, puisi atau sebagainya. Minta murid-murid membiasakan diri dengan petikan itu.

Kemudian guru memilih bahagian-bahagian yang penting, yang mengandungi aspek-


aspek yang hendak direncanakan. Guru menyebut beberapa perkataan secara lisan atau rakaman
dan murid-murid diminta menuliskannya. Unsur yang dilihat dalam rencana itu ialah ketepatan
penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca.

Selepas itu, guru memeriksa hasil kerja murid, memberi markah jika perlu dan selepas itu
setiap kesalahan yang dilakukan perlulah dibincangkan. Perlu diingat bahawa latihan menulis
rencana ini adalah sebahagian daripada pelajaran bahasa. Oleh kerana itu elok sekiranya ia
dilakukan selepas aktiviti lisan atau bacaan.

KARANGAN

Karangan adalah satu lagi jenis gerak kerja penting dalam aspek penulisan. la
dimasukkan ke dalam mata pelajaran bahasa Melayu sama ada pada peringkat sekolah rendah
atau peringkat sekolah menengah. Pengajaran dan pembelajaran karangan bagi semua peringkat
adalah mustahak kerana ia merupakan tingkat tertinggi kemahiran bahasa iaitu kemahiran bahasa
tulisan. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, kemahiran bahasa adalah terbahagi
kepada empat. Pertama, kemahiran mendengar; kedua. kemahiran bertutur, ketiga, kemahiran
membaca, dan keempat, kemahiran menulis.

Mengarang merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dilatih kerana ia penting
dimiliki oleh setiap orang murid. Sebahagian besar daripada pendidikan formal memerlukan
kerja-kerja menulis dan mengarang sebagai kaedah untuk menyampaikan maklumat. idea,

72
peranan, dan pendapat. Menulis (karangan) adalah mustahak kerana kebanyakan jawapan dalam
ujian dan peperiksaan rasmi adalah memerlukan pengucapan idea, pendapat, fakta dan lain-lain
yang disampaikan melalui kemahiran bahasa tulisan yang sifat bahasanya adalah formal.

Dalam kehidupan seharian pula, kecekapan mengarang ini amat penting untuk
melicinkan perhubungan formal dalam bentuk surat menyurat, laporan, pernyataan perasaan dan
penglibatan dalam lain-lain aktiviti penulisan sama ada dalam bentuk yang kreatif
(kesusasteraan) ataupun yang berbentuk ilmiah. Selain daripada itu pengajaran karangan kepada
pelajar-pelajar ini bukan sahaja dapat menyediakan pengalaman-pengalaman sebenar yang
berguna kepada murid-murid dalam kehidupan sehari-hari, tetapi juga kita berusaha memberikan
kemahiran-kemahiran bahasa serta pengetahuan am dan khusus mengenai kehidupan dan
persekitaran mereka.

Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran Karangan

Ada beberapa tujuan penulisan karangan diajar kepada murid-murid. Tujuan yang paling
besar berhubung dengan mempelajari bahasa Melayu ialah belajar mengarang bagi menyebutkan
fikiran-fikiran atau pendapat sendiri dengan terang dan teratur untuk dibaca oleh orang lain serta
memberi kesan pada pembacanya. Latihan menggunakan tanda-tanda, meringkas dan
melanjutkan karangan, membuat ayat-ayat. memilih perkataan-perkataan yang munasabah,
membetulkan kesalahan-kesalahan dalam sesuatu ayat, menghuraikan ayat dan sebagainya itu
sangat berguna kerana ia membawa kepada matlamat yang dituju, iaitu kebolehan
menyampaikan fikiran dan pendapat sendiri secara bertulis dengan jelas dan mudah difaham oleh
si pembaca.

Objektif pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran karangan berbeza menurut


peringkat, umur pelajar. Biasanya objektif pengajaran-pembelajaran untuk pelajar-pelajar
sekolah rendah ialah untuk memberikan kemahiran bertutur menggunakan kata-kata, rangkai
kata dan ayat yang berpadanan dengan peringkat umur pelajar-pelajar.Ini bertujuan supaya
kemahiran bertutur itu dapat ditukar menjadi kemahiran bertulis melalui latihan mengarang,

73
seperti menulis beberapa ayat tentang diri, benda-benda di sekeliling dan orang-orang yang ada
kaitannya dengan pelajar-pelajar yang berkenaan.

Bagi peringkat yang lebih tinggi, misalnya pada peringkat sekolah menengah rendah dan
menengah atas, objektif pengajaran dan pembelajaran karangan ialah untuk memberikan
kemahiran menggunakan bahasa tulisan yang bersesuaian dengan peringkat umur pelajar-pelajar
yang berkenaan. Dengan ini mereka dapat melahirkan buah fikiran, pengalaman dan imaginasi
melalui penggunaan bahasa yang mereka pelajari beberapa lama sejak daripada sekolah rendah
lagi.

Pada peringkat kolej dan universiti pula, objektif pengajaran dan pembelajaran karangan
menjadi semakin kompleks sifatnya. Di tahap ini pelajar-pelajar dibekalkan dengan latihan-
latihan menulis karangan yang lebih tinggi dan memperlihatkan intelektualisme. Pada peringkat
ini mereka mempunyai banyak pengalaman tentang selok-belok pergaulan dalam masyarakat,
pengalaman sebagai pelajar, imaginasi dan emosi mereka yang kian berkembang dan banyak
perkara lagi yang sememangnya perlu mereka luahkan melalui gubahan atau susunan dalam
bentuk wacana atau karangan. Jika mereka tidak diberikan latihan menulis karangan yang baik,
tentulah mereka tidak mampu meluahkan pengalaman, emosi, imaginasi dan ilmu pengetahuan
mereka melalui bahasa yang menarik dan berkesan.

TEORI DAN PRINSIP PENGAJARAN KARANGAN

Teori yang dibawa oleh Jean Piaget (1970) menyatakan bahawa bahasa ialah satu konsep
yang digunakan untuk membayangkan kecerdasan otak anak-anak berfikir. Kecerdasan itu mula
timbul pada peringkat umur sensorimotor di dalam perkembangan kecerdasan otak anak-anak.
Apabila seseorang anak dapat mengkhayalkan sesuatu hal atau kelakuan atau peristiwa, maka
khayalan itulah akan menjadi unsur bahasa, termasuk penulisan. Jadi ini bermakna perhatian
kepada penggunaan kecerdasan otak kanak-kanak di dalam bidang penulisan itu adalah
mustahak.

74
Manakala Chomsky mengatakan bahawa bahasa itu adalah warisan yang diterima
daripada gen yang membolehkan anak-anak menguasai tatabahasa dan membuat analisa bahasa.
Kebolehan semula jadi ini datangnya secara intituitif dan dinamakan Language Aquisition
Devise. Dalam hal ini pengajaran karangan mestilah berpandukan kepada cara kanak-kanak
memperolehi bahasa ibunda mereka. Ia harus dimulakan daripada pengalaman yang terdekat dan
kemudian bergerak kepada pengalaman-pengalaman yang berada lebih jauh. Pengajaran harus
dimulakan dengan lisan dan kemudian baru menulis. Segala aktiviti harus bergerak daripada
pengetahuan murid itu sendiri.

Teori yang dibawa oleh Jensen (1966) pula menyatakan penguasaan bahasa mestilah ada
kaitannya dengan dua elemen di dalam konsep theory of learning. Elemen itu ialah konsep
peneguhan S - O – R, teori yang dimajukan oleh Skinner. Elemen yang kedua pula ialah konsep
pairing yang dimajukan oleh Freud. Konsep ini menekankan anak-anak membuat asosiasi antara
satu perkataan dengan satu perkataan yang lain hingga timbul satu bentuk corak makna yang
aneh sekali. Berdasarkan kepada teori-teori ini kanak-kanak harus diberi latihan banyak dan
memberikan pengukuhan yang baik

Selain daripada teori-teori yang dinyatakan di atas tadi, terdapat juga teori-teori lain yang
berkaitan dengan prinsip penulisan karangan. Di antaranya ialah teori oleh Breal (1910) yang
mahu penulisan dimulakan terus dengan pengenalan pada ayat yang lengkap dan tidak dengan
undang-undang tatabahasanya dahulu. Ini agak sesuai dengan pendapat aliran Struktural yang
dibawa oleh Teori Bloomfield dan Skinner.

Richards (1955) pula menyatakan bahawa penggunaan perkataan perlu dikaitkan cara
meletakkan ayat mengikut situasi. Sedangkan Miller (1951) menghuraikan bahawa corak yang
terjalin dalam ayat ini menentukan fahaman pada ertinya.

Jadi nyatalah di sini bahawa kegiatan menulis memerlukan pemikiran yang tajam,
dibantu oleh beberapa teori dan prinsip untuk menjayakan beberapa jenis aktiviti. Penulisan

75
(karangan) merangkumi semua aktiviti yang berhubung dengan pemilihan isi, peringkat-
peringkat penyampaian, dan beberapa gerak-geri latih tubi (Mackey 1965).

Secara keseluruhannya berdasarkan teori-teori tadi, guru yang baik akan mengajar
penulisan melalui aktiviti-aktiviti. Aktiviti-aktiviti itu menimbulkan perkembangan bahasa,
pemikiran dan motivasi. Untuk menulis dengan lebih berkesan murid perlu befikir dengan tenang
dan mesti menggunakan imaginasi. Murid-murid harus diberi peluang membaiki cara menulis
mereka, kerana dengan cara ini mereka dapat memperbaiki cara mereka berfikir pula.

PELAJARAN KARANGAN DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Semasa belajar di sekolah, kanak-kanak memerlukan kecekapan merakamkan


pengetahuan dalam bentuk tulisan dan menjawabnya juga dalam bentuk tulisan. Kebolehan
menulis dan mengarang jawapan, pendapat dan maklumat adalah penting bukan sahaja pada
peringkat tinggi persekolahan tetapi juga di sekolah-sekolah rendah. Dalam pelajaran bahasa
Melayu, latihan mengarang sudah menjadi satu aspek yang penting. Ketrampilan dari segi
kemahiran mengarang sangat perlu bagi murid baik untuk keperluan sehari-hari mahupun
untuk keperluan pelajaran. Oleh itu, ketrampilan ini mulai dikembangkan sejak di sekolah
rendah. Di sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas, pengembangan ketrampilan itu
dilakukan dengan sistematik iaitu langkah demi langkah dengan bimbingan yang terus menerus
diberikan sehingga murid berjaya mencapai peringkat yang lebih tinggi.

Mengajar karangan bertujuan melatih kemahiran-kemahiran yang perlu dalam


menghasilkan sesebuah karangan yang berkesan dan ia meliputi dua aspek. Aspek yang pertama
ialah latihan memilih secara lojik iaitu meliputi kebolehan kognitif untuk menggulung,
membanding, menyimpul, menggabung dan sebagainya.

76
Aspek keduanya pula ialah latihan menggunakan teknik-teknik bahasa termasuk
membuat ayat yang bertatabahasa, menyusun sekumpulan ayat yang berkait untuk menjadi satu
perenggan yang berturutan menjadi sebuah karangan yang berkesan.

JENIS-JENIS KARANGAN

Terdapat tiga jenis karangan dan ini patut diketahui oleh setiap guru yang mengajar
bahasa Melayu. Jenis-jenis karangan tersebut ialah pertama Karangan Lisan, kedua ialah
Karangan bertulisdan yang ketiga ialah Karangan Terkawal.

Karangan Lisan

Karangan lisan ialah latihan bercakap bahasa yang diajar bagi mempraktikkannya.
Latihan-latihan bercakap itu dijalankan oleh guru dengan pelbagai cara melalui arahan-arahan
daripadanya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru untuk melaksanakan karangan jenis
ini ialah:
1. Bersoal jawab perkara-perkara yang telah dialami oleh kanak-kanak dalam kehidupannya
sehari-hari.
2. Mengeluarkan semula secara lisan akan isi-isi dan perenggan daripada buku bacaan.
3. Menceritakan semula cerita yang didengar daripada guru mereka, ibu bapa atau buku-
buku yang pernah dibacanya.
4. Karangan bergambar, iaitu latihan bercakap mengenai gambar yang disediakan oleh guru,
5. Berkenaan dengan ucapan-ucapan yang disediakan oleh murid-murid itu sendiri
berkaitan dengan pengalamannya.

Karangan lisan adalah satu cara mengukuhkan tabiat bahasa yang dipelajari. Kanak-
kanak dikehendaki bercakap dan berfikir dalam bahasa yang diajar. Mereka dilatih menyebut
lambang-lambang dan bunyi-bunyi dengan betul seperti penutur jati bahasa itu menyebutnya.
Mereka juga dilatih menyatakan buah fikiran, minat, perasaan, hasrat dan pengetahuan mereka

77
dalam bahasa yang dipelajarinya dengan betul dan terang. Kanak-kanak, yang mempunyai kuasa
lisan yang baik maka apa yang dicakapkan itu adalah menarik perhatian di samping
membolehkan mereka mempelajari, pelajari pelajaran-pelajaran lain dalam bahasa kebangsaan
dengan cekap.

Karangan Tulisan

Karangan bertulis pula adalah lanjutan daripada karangan lisan. Ia mestilah dilakukan
selepas pelajar-pelajar menjalani latihan-latihan praktik dalam bahasa lisan. Oleh kerana latihan
menulis berhubung rapat dengan latihan menyatakan fikiran maka soal teknik menulis tidak
dapat dipisahkan daripada soal akal. Sebelum latihan menulis dijalankan guru perlulah
menyediakan beberapa perkara untuk mengelakkan kesukaran menulis.

Di antaranya ialah guru menyoal murid dengan soalan-soalan secara lisan sebelum
kanak-kanak mula menulis. Soalan-soalan itu mestilah berkait dengan tajuk yang hendak mereka
pelajari dan pastikan semua murid dapat peluang menjawab soalan-soalan itu. Soalan-soalan ini
akan membolehkan kanak-kanak itu berfikir dengan lebih mendalam dan mengeluarkan idea-
idea yang bersangkutan.

Kemudian suatu cara yang lain pula ialah dengan memberi penerangan melalui gambar-
gambar. Kanak-kanak membuat ayat-ayat pendek dan kemudian meneruskannya kepada ayat-
ayat yang panjang-panjang melalui gambar-gambar itu. Selepas latihan lisan, baharulah mereka
diberi latihan menulis.

Guru juga boleh membantu murid-murid mengarang dengan mendapatkan bahan-bahan


bacaan yang berkaitan dengan tajuk karangan daripada
buku, majalah, surat khabar. Kemudian mereka akan membaca kuat bahan-bahan bacaan tadi.
Soalan-soalan yang sesuai perlulah disediakan terlebih dahulu. Dengan cara ini boleh mendorong
murid-murid berfikir dan mengingati semula isi bacaan yang dibacanya. Pengetahuan itu boleh
digunakan semasa mereka menulis nanti.

78
Selain dari cara-cara yang telah dinyatakan tadi, guru boleh juga menolong dengan
menyediakan ucapan-ucapan pendek. Ini bertujuan untuk melatih kanak-kanak pandai bercakap
dan boleh memberi ucapan dengan baik. Murid-murid dibahagi-bahagikan kepada beberapa
kumpulan dan diminta menyediakan ucapan masing-masing. Ucapan-ucapan itu kemudiannya
dibaca di dalam kelas dan kumpulan-kumpulan lain menyoal. Latihan begini dapat membantu
murid-murid mengeluarkan idea-idea sebelum mereka diminta menulis.

Satu daripada persediaan ke arah karangan bertulis ialah membaca dengan senyap buku-
buku, majalah-majalah di dalam kelas. Selepas aktiviti membaca ini dijalankan murid-murid
perlu mengadakan perbincangan berkenaan tajuk yang dibaca. Semua isi bacaan patut ditulis di
papan putih dan kemudian disusun semula. Selepas itu baharulah ditulis menjadi sebuah
karangan.

Ada pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk
mengajar mengarang kepada murid-murid selain daripada hanya belajar di dalam kelas. Guru
boleh juga membuat persediaan di luar kelas bersama-sama murid dengan membuat lawatan-
lawatan ke tempat-tempat yang menarik perhatian. Sebelum membuat lawatan murid-murid
diberi tugas dan tanggungjawab. Semasa lawatan, mereka diminta mencatat sendiri peristiwa
lawatan itu dan sekembali daripada lawatan itu mereka diminta pula mengadakan perbincangan
-perbincangan. Mereka kemudiannya diminta menuliskan karangan tersebut.

Persediaan-persediaan seperti ini adalah perlu kerana ia membolehkan:


1. Murid-murid tahu apa yang hendak dibuat
2. Murid-murid mengeluarkan idea-idea yang baik
3. Bertambahnya perbendaharaan kata kanak-kanak
4. Murid-murid memilih perkataan dengan betul
5. Murid-murid fasih dalam penggunaan bahasa
6. Karangan murid menjadi lebih baik

79
Karangan Terkawal

Karangan terkawal merupakan karangan peringkat asas atau pertama yang harus dilalui
olehmurid murid dalam gerak kerja penulisan. Karangan terkawal ialah segala isi dan
bahasanyan sedia terkawal oleh guru. Susunannya dikawal ketat dan sedikit-sedikit dipimpin ke
arah karangan bebas. Tujuan. karangan terkawal ini ialah untuk mengurangkan kesilapan-
kesilapan oleh murid-murid semasa mengarang. Apa yang dititikberatkan dalam karangan
terkawal ini ialah kelancaran dalam penggunaan bahasa dan membolehkan murid-murid
mengeluarkan fikiran mereka tanpa diganggu oleh soal bahasa. Karangan jenis ini dapat
dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu kawalan sepenuhnya, separuh terkawal dan hampir terkawal.

Kawalan Sepenuhnya:
Pada peringkat ini latihan penulisan yang diberikan disusun sedemikian rupa supaya
murid-murid tidak melakukan kesalahan. Pengawalan dibuat ke atas murid-murid yang 100%
baharu sahaja mula belajar mengarang atau didapati lemah dalam mengarang. Biasanya dalam
pengawalan sepenuhnya ini, murid-murid menyalin sahaja apa yang ditulis oleh guru di papan
hitam. Latihan-latihan haruslah terdiri daripada perenggan yang pendek-pendek. Tujuannya ialah
sebagai latihan mekanikal semata-mata.

Walaupun gerak kerja yang diberi adalah 100% terkawal, tetapi guru masih boleh
memasukkan variasi dalam latihan yang diberi. Pada peringkat tersebut, iaitu peringkat menyalin
dan menghasilkan semula. Misalnya, boleh diberi latihan menyalin ayat-ayat daripada rajah tukar
ganti yang mudah. Sungguhpun latihannya masih menyalin, murid-murid diarahkan memilih satu
item yang mereka suka daripada rajah tukar ganti itu. Pada peringkat ini, item yang mereka pilih
itu adalah yang berhubung dengan leksikal, sedangkan struktur ayatnya adalah tetap dan sama.

Separuh Terkawal:
Pada peringkat ini, murid-murid masih diberikan kawalan walaupun tidak sepenuhnya.
Murid-murid diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran mereka untuk memilih
perkataan dan menyesuaikannya dengan pengajaran guru. Misalnya, guru akan membacakan
sebuah karangan pendek yang sedia ditulis di papan putih dan kemudian murid-murid diminta

80
menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadam dengan perkataan-perkataan lain yang
disediakan. Latihan ini mungkin menimbulkan sedikit kesukaran dan murid-murid boleh
melakukan kesalahan.

Hampir Terkawal:
Pada peringkat ini, murid-murid menerima kawalan sedikit sahaja, seolah-seolah mereka
dipandu dalam membuat karangan tersebut. Pada peringkat ini juga, kemungkinan murid-murid
akan melakukan kesalahan-kesalahan yang lebih besar. Tetapi ada kekecualiannya bagi mereka
yang telah menerima latihan-latihan yang banyak dan dapat memahami sepenuhnya cara tersebut
pada peringkat karangan terkawal dan separuh terkawal. Sebagai contoh, guru membaca sebuah
karangan yang sudah disediakan, Kemudian murid-murid diminta menuliskan semula perenggan-
perenggan tersebut berdasarkan garis panduan atau arahan yang diberi oleh guru. Pada peringkat
ini guru masih memberi bimbingan kepada murid-murid.

Tujuan Karangan Terkawal

Karangan terkawal dilakukan kerana cara ini akan dapat mengurangkan kesilapan-
kesilapan yang dibuat oleh kanak-kanak. Karangan terkawal ini juga menjadi asas kepada
karangan bebas. Kanak-kanak dilatih dan dipimpin sedikit demi sedikit ke arah karangan bebas
yang menitikberatkan soal-soal isi dan bahasa. Dengan demikian membolehkan kanak-kanak
menggunakan bahasa dengan lancar dan mengeluarkan fikirannya dengan tidak diganggu oleh
kesulitan-kesulitan berbahasa.

Bentuk-Bentuk Karangan Terkawal

1. Menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu berhubung dengan


sesuatu tajuk.
2. Menulis semula cerita yang dibaca, didengar atau diperdengarkan.

81
3. Menulis surat. Isi surat itu ditetapkan oleh guru. Ini akan menyenangkan murid-murid
rnenulisnya.
4. Mengisi tempat-tempat kosong dalam sebuah cerita atau karangan yang telah
disediakan.
5. Menuliskan isi perbualan atau perbincangan yang berhubung dengan sesuatu tajuk,
kejadian, peristiwa atau sebagainya.
6. Menuliskan ayat atau cerita daripada gambar-gambar yang disediakan.
7. Membuat ayat-ayat secara lisan atau tulisan daripada perkataan-perkataan yang diberi.

KARANGAN BEBAS

Karangan bebas hanya dapat dijalankan setelah murid-murid sudah mula boleh
menguasai bahasa yang diajar itu dengan baik. Pada peringkat ini, murid-murid diberi tajuk-tajuk
umum dan mereka diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis
dan bukan lagi bagaimana hendak rnenulisnya.

Oleh kerana murid-murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan kemahiran
mekanikal yang mencukupi, maka guru hanya perlu menumpukan kepada isi dan kesilapan-
kesilapan yang dilakukan. Perlu diingat bahawa mengajar karangan bentuk bebas seperti ini
seharusnya dilewatkan oleh guru supaya murid-murid terlebih dahulu dapat menguasai perkara-
perkara asas seperti penguasaan perbendaharaan kata (pemilihan perkataan) dan struktur ayat
bahasa itu.

Pengajaran Karangan Di Sekolah Rendah

Pengajaran karangan di sekolah-sekolah rendah mempunyai objektif-objektif tertentu. Di


antaranya ialah supaya pelajar-pelajar dapat melahirkan pendapat, perasaan, fakta dan lain-lain
melalui kemahiran bahasa tulisan.

82
Secara amnya, guru-guru telah menggunakannya kaedah latihan mendengar bertutur, dan
membaca mendahului latihan menulis karangan. Ini bermakna pengajaran karangan itu
dimulakan dengan Iisan kemudian membaca dan seterusnya menulis. Kalau ditinjau secara
keseluruhan daripada sukatan pelajaran, guru-guru diminta supaya mendahulukan latihan
mendengar, bertutur dan membaca sebelum seorang pelajar diminta menulis karangan Dalam hal
ini pelajar dilatih bercakap atau bertutur dengan menggunakan situasi (gambar, lakonan dan
sebagainya ). Kemudian baharulah disuruh menulis. Demikian juga halnya dalam melaksanakan
kemahiran mendengar dan menulis iaitu dengar dahulu atau baca dahulu, kemudian menulis.
Ketertiban seperti yang disarankan dalam sukatan pelajaran inilah yang telah dijadikan asas oleh
guru-guru sebagai kaedah mengajar karangan di sekolah-sekolah rendah.

Beberapa langkah penting dalam pengajaran karangan bergambar yang perlu


dititikberatkan oleh guru ialah:
1. Guru menyuruh murid-murid meneliti gambar-gambar yang terdapat dalam buku teks
(atau yang disediakan).
2. Guru menyoal murid-murid tentang isi gambar-gambar itu berpandukan soalan-soalan
yang terdapat dalam buku itu (atau yang disediakan).
3. Guru menulis kata-kata `susah' yang timbul dalam soal jawab di atas papan tulis.
4. Guru menyuruh murid-murid menulis sebuah karangan berdasarkan perbincangan yang
baru dijalankan.

Berdasarkan langkah-langkah tadi, nyatalah bahawa cara karangan itu disampaikan


samalah seperti yang telah diperkatakan sebelumnya, iaitu lisan mendahului tulisan. Oleh yang
demikian dapatlah disimpulkan bahawa cara mengajar karangan bergambar ini bersifat stereotaip
dan ia merupakan `acuan' tunggal yang diamalkan dalam kelas. Ini bermakna cara mengajarkan
karangan untuk jenis-jenis yang berlainan juga memakai kaedah yang sama.

TEKNIK MENGAJAR KARANGAN

83
Menulis dan mengarang merupakan satu kemahiran yang penting dalam pengajaran
bahasa. Kecekapan mengarang di karangan murid-murid sekolah masih belum dapat
dibanggakan. Kemahiran mengarang sebenarnya melibatkan pelbagai aspek kemahiran lain yang
berkaitan antara satu sama lain. Ini termasuklah mencari isi, menyusunnya dan
menyampaikannya dalam bentuk tulisan yang jelas dan menarik. Berikut diperlihatkan beberapa
perkara penting yang ada hubungannya dengan teknik mengajar karangan.
Kemahiran Mencari Isi

Apabila seseorang itu hendak mengarang, tidak dapat tidak dia terpaksa memberi
perhatian kepada isi-isi karangannya, iaitu apa yang hendak disebutkan di dalamnya. Apakah isi
yang hendak didahulukan dan apa pula yang patut dikemudiankan? Berapa banyak satu-satu
bahagian isi yang terfikir olehnya itu hendak disebutkan. Bagaimana ia hendak menyusun dan
menghuraikan isi-isi tersebut supaya orang yang membacanya boleh memahami karangannya.

Dalam hal ini, ternyatalah mencari isi adalah penting sekali, Sebelum seorang murid
mengarang, murid itu perlu tahu fakta-fakta atau isi yang hendak dikarang. Jadi salah satu
kegiatan yang boleh diadakan dalam pelajaran karangan ialah kegiatan mencari isi daripada
bahan-bahan penulisan yang sedia ada di persekitaran guru dan murid, misalnya daripada buku-
buku teks, suratkhabar, majalah dan buku-buku rujukan yang lain. Dengan ini isi karangan
murid-murid akan lebih kaya, tepat dan bermakna. Secara tidak langsung murid-murid juga
dibimbing dalam kemahiran-kemahiran lain seperti cara menggunakan perpustakaan, menapis
maklumat yang diperolehi dan membuat rujukan.

Bahan-bahan Rangsangan

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu serta buku-buku teks bahasa Melayu banyak
menyogokkan tajuk-tajuk karangan yang beraneka jenis. Ini satu petanda baik kerana kita mahu
supaya murid-murid boleh menulis pelbagai jenis karangan, termasuklah karangan-karangan
jenis surat, laporan, ulasan dan berbagai-bagai lagi. Pengajaran karangan daripada jenis-jenis

84
yang disebutkan tadi kadangkala memerlukan bahan-bahan rangsangan sebagai memudahkan
pembelajaran.

Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk melatih kemahiran ini terbahagi kepada tiga
kategori iaitu bahan rakaman, gambar dan bahan bercetak. Bahan-bahan rakaman adalah seperti
muzik, lagu, perbualan, ceramah, ucapan, cerpen, syarahan, pembacaan sajak dan sebagainya.
Gambar yang dipilih seharusnya mempunyai satu dua sifat yang ketara yang dapat memberikan
impak kepada orang yang melihatnya. Guru boleh mempelbagaikan tema gambar-gambar ini,
umapamanya tema kesedihan, kegembiraan, keluasan, kesempitan, kebanggaan, kekayaan dan
sebagainya.

Daripada bahan-bahan bercetak pula guru-guru boleh gunakan sajak seni kata lagu,
karangan-karangan yang bersifat pengembara, petikan, cerpen atau novel dan lain-lain
seumpamanya itu.

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan adalah merupakan ciri utama dalam dalam Sukatan Pelajaran Baru
Bahasa Melayu. Keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan
menulis bersama-sama dengan aspek-aspek lain seperti lisan, kefahaman dan tatabahasa
hendaklah digabungjalinkan dalam pelajaran karangan mereka. Kini takrif penggabungjalinan
telah diperluaskan merangkumi penggabungjalinan merentas mata pelajaran. Ini dapat
meningkatkan peranan guru bahasa Malaysia dalam membina kemahiran berkomunikasi.

Penggabungjalinan Dengan Mata Pelajaran Lain:


Seorang guru bahasa Malaysia boleh meluaskan usaha menggabungjalinkan pelajaran
mengarang dengan mata pelajaran lain. Maksudnya ialah guru menghubungkan kemahiran
bahasa murid-murid yang diperolehi daripada pelajaran bahasa Malaysia dengan mata pelajaran
lain khususnya sains, agama, dan kajian tempatan. Ini tidaklah bermakna guru-guru bahasa
Melayu akan mengajar subjek-subjek tersebut tetapi cuma menggunakan bahan-bahan daripada

85
buku-buku teks mata pelajaran tersebut. Ia boleh digunakan terus atau diubahsuai mengikut
keperluan.

Panjangnya Karangan:
Adalah amat tidak realistik bagi murid-murid belajar menulis tiap-tiap karangan yang
jumlahnya 500 patah perkataan pada setiap kali mereka belajar mengarang seperti yang lazim
dilakukan dalam pelajaran bahasa Melayu di tingkatan empat dan lima. Dalam kehidupan kita
sehari-hari ini tidak semestinya berlaku. Ada kemungkinan murid-murid menulis yang panjang
dan ada masa-masanya pula mereka menulis pendek, ringkas tetapi padat.

Selain daripada menyediakan pelbagai kegiatan dan bahan rangsangan untuk


menimbulkan minat murid, satu cara lain ialah dengan mempelbagaikan jenis penulisan yang
memerlukan panjang karangan yang berbeza-beza. Bahan-bahan rangsangan yang disyorkan tadi
sudah tentu menimbulkan reaksi yang berlainan kerana temanya berlainan, malah ia juga boleh
menimbulkan reaksi yang lain pada murid yang lain. Tentulah sukar bagi murid-murid
menuliskan reaksi dan emosinya dengan jumlah perkataan yang ditetapkan.

Memeriksa Karangan:
Boleh dikatakan tiap-tiap karangan, walaupun ditulis oleh pengarang yang mahir dan
cekap akan mengandungi beberapa kesilapan baik dan segi tatabahasa, ejaan, tanda baca,
susunan ayat mahu pun dari segi isi dan idea atau yang seumpamanya. Ada dua tindakan yang
guru boleh lakukan terhadap kesalahan dalam karangan murid. Pertama, guru boleh bersikap
sebagai pemeriksa yang bertujuan mencari kesalahan dalam karangan murid-murid dan yang
kedua ialah guru menganggap sesebuah karangan itu sebagai satu draf yang boleh disunting,
diperbaiki lagi dari segi ejaan, tatabahasa, isi atau idea, dan sebagainya supaya karangan itu
menjadi lebih jelas dan menarik. Dengan itu murid-murid terpaksa menulis sesebuah karangan
itu dua atau tiga kali untuk melahirkan versi yang lebih baik.

Untuk menggalakkan murid-murid menyunting dan menulis semula karangan mereka


berdasarkan pembetulan guru, 'karangan' yang diberi bolehlah pendek-pendek sahaja pada
peringkat permulaan, supaya murid-murid mahir betul menulis idea mereka dalam bahasa yang

86
baik dan jelas, Latihan pendek berulang-ulang ini mungkin lebih berkesan untuk mengelakkan
murid-murid membuat kesalahan yang terlalu banyak. Setelah mendapat kemahiran ini dan
menguasainya dengan baik maka kuranglah kesalahan yang akan dilakukan semasa menuliskan
karangan-karangan yang panjang-panjang.
Satu lagi cara untuk mengelakkan murid-murid membuat terlalu banyak kesalahan,
mereka bolehlah diberi satu 'model' karangan yang baik untuk dijadikan contoh. Murid-murid
digalakkan membanding-bandingkan karangan-karangan yang baik sebelum mereka menulis
sesuatu yang asli. Karangan-karangan yang baik itu akan sedikit sebanyak mempengaruhi
karangan yang akan ditulisnya.

Proses Menulis Karangan

Ada tujuh bahagian besar di dalam sesuatu proses penulisan. Proses-proses tersebut ialah:
1. Persediaan untuk menulis.
Persediaan ini datangnya daripada pengalaman, benda, gambar, perbincangan atau
daripada sesuatu yang menimbulkan minat.

2. Mengingat balik apa pengalaman yang dirasai.


Murid-murid perlu diberi masa untuk mengetahui apa yang boleh mereka tulis
berkenaan dengan pengalaman dari pemerhatian yang mereka telah lalui.

3. Masalah kreatif.
Murid mencari bahan penulisan dan idea, atau membuat hipotesis. Mereka juga akan cuba
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dalam menyediakan karangan mereka.

4. Perbincangan secara lisan.


Murid-murid akan cuba berbincang secara lisan dengan kawan sebaya tentang tajuk
dan isi yang telah mereka kumpulkan itu.

5. Perbincangan selepas menulis draf pertama.

87
Murid akan berbincang lagi setelah menulis draf karangannya. Dia sendiri akan memikir
apa yang patut dibuang atau ditambah. Mereka boleh mendapatkan fikiran daripada guru
atau rakan sebayanya tentang apa yang harus dibuang atau yang perlu diperbaiki.
6. Membentangkan karangan secara lisan.
Murid dirangsang membaca isi karangan kepada ramai. Aktiviti ini membayangkan
bahawa sesebuah karangan ialah hasil pertuturan dan penulisan. Di sini pendengar-
pendengar akan mengesyorkan beberapa hal baru yang perlu diambil perhatian seperti
penggunaan perkataan, ejaan atau idea baru.

7. Setelah proses satu hingga enam dilaksanakan, karangan itu akan dipamerkan untuk
ramai. Pada peringkat inilah akan timbal rasa gembira di dalam hati murid-murid kerana
aktiviti karangannya diberi tempat untuk mendapatkan perhatian dan penilaian yang
sewajamya.

CARA-CARA MENGARANG

Sebelum membuat sesebuah karangan, kita hendaklah memilih dan memahamkan tajuk
karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang Pengenalan, Isi karangan dan Penutup.

Pengenalan

Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan


itu kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu
atau tidak faham. Kita usahakan untuk menarik perhatian pembaca supaya ingin terus membaca
karangan itu. Pengenalan tidak perlu panjang. memadai dibuat secara ringkas dan am sahaja.

Isi Karangan

88
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Ia hendaklah disusun dengan
teratur, bersistematik dan berkait antara satu dengan yang lain. Isi-isi itu dipecah-pecahkan
dalam perenggan-perenggan. Sebaik-baiknya satu isi ditulis dalam satu perenggan dan
diperkembangkan. Namun begitu beberapa isi boleh juga ditulis dalam satu perenggan jika
didapati isi-isi itu pendek-pendek dan berkait rapat. Jaga isi supaya dapat disampaikan dengan
jelas dan tidak terkeluar daripada tajuk karangan tersebut. Isi karangan seharusnya asli, tidak
ditiru bulat-bulat daripada karangan lain. Isi yang baik boleh didapati melalui pembacaan,
pemerhatian dan melalui pengalaman.

Penutup

Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik perhatian dan minat pembaca untuk
mengikuti karangan tersebut, maka penutup juga seharusnya berfungsi sedemikian. Penutup
harus memberi kepuasan kepada pembaca. Penutup adalah kesimpulan atau akhiran sesebuah
karangan atau cerita. Ia mesti ditulis dengan baik. Dalam penutup boleh digambarkan pendapat
atau saranan si pengarangnya yang berhubung dengan tajuk. Penutup adalah penting bagi setiap
karangan.

89
Rujukan

Mohd. Azhar Abd. Hamid, Halimah Ma’alip, Paimah Atoma et. al. 2001 Pengenalan Kepada

Penulisan Ilmiah. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia

Arbak Othman. 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Sarjana

Awang Sariyan. 1986. Isu-isu Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti

Asmah Omar. 1984. Pengajaran Bahasa Untuk Kemahiran Komunikasi: Pendekatan Wacana.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kasem M.Wahda, Zainab A. Taha, Liz England. 2006. Handbook for Arabic Language

Teaching Professionals in the 21st Century. Mehwah, New Jersey : Lawrence Erlbaum

Associates Publishers

Shahril@Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing et. al. 1998. Pendidikan di Malaysia.

Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors

Zawawi Ismail, Mohd. Sukki Othman. 2005. Pendidikan Bahasa Arab di Malaysia : Cabaran

dan Inovasi. Bangi : Minda Imtiyaz Publications

90
1994. Teknik Pengajaran Bahasa Malaysia 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd. Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka

Ahmad Kilani Bin Mohamed. 1962. Teori Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Arab di

Sekolah Menengah Agama di Malaysia. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

Dr. Ragbir Kaur a/p Jogender Singh. 2005. Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus

Perguruan Lepasan Ijazah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd. Salleh. 2004. Pendidikan Islam: Falasafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran

Pembelajaran. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mustafa Bin Che Omar (2004) Masalah guru dalam pengajaran Bahasa Arab di sekolah

menengah kerajaan di Malaysia. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia ms 164.

Datin Sohair Abdel Moneim Sery (1990) Satu tinjauan tentang masalah-masalah pengajaran

matapelajaran bahasa arab di sekolah-sekolah menengah agama di Malaysia. Bangi :

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Arbenah Bt. Masud (2001) Bentuk-bentuk kesilapan dan hubungan latarbelakang keluarga dan

pengajian pelajar terhadap kemahiran BA Ting. 1. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia

Roselan Baki (2003) Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu : Senario, Teori

dan Panduan Untuk Guru dan Pelajar. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.

Azlan Abd. Rahman (2007) Masdar Bahasa Arab : Fungsi dan Penggunaan . Kuala Lumpur :

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

91
Wan Moharani bin Mohammad, Mohammad Marwan bin Ismail (2008) Kajian Bandingan Ayat

Namaan Bahasa Arab – Bahasa Melayu. Nilai : Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia

92

You might also like