Pengajaran ;
TOPIK 1 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran
Sebelum kita bermula, fikirkan tentang guru-guru yang dianggap tidak baik. Mengapakamu tidak anggap mereka sebagai guru yang baik? Apakah aspek-aspek pengajaranyang kamu ingin mengalami? Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru hariini? Seperti mana yang dikatakan oleh Albert Einstein bahawa it is the supreme art ofthe teacher to awaken joy in creative expression and knowledge dan Cicerio yangsetuju bahawa not only is there an art in knowing a thing, but also a certain art inteaching it, mari kita meneroka seni mengajar dengan memahami konsep-konseppengajaran dan pembelajaran.
1.1 Definisi Pengajaran dan Pembelajaran
Perlakuan dalam pengajaran boleh dihuraikan sebagai memberi arahan-arahankepada atau berkongsi pengetahuan dengan orang lain. Pengajaran boleh dihuraikansebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiranyang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Secara praktisnya, pengajaranmerupakan suatu yang diagnostik dan preskriptif. Guru menilai keperluan-keperluanpembelajaran yang spesifik dan mengaplikasikan strategi-strategi serta aktiviti-aktivitiyang sesuai untuk pelajar. Ini merupakan faktor penting dalam pengajaran.Kebolehan untuk mengenal pasti keperluan pembelajaran pelajar dan mereka bentukpelajaran-pelajaran yang eksplisit adalah garis pemisah antara seorang profesionaldari seorang sukarela, atau sesiapa yang mengajar. Secara ringkasnya, pengajaranialah :
·
melibatkan diri dalam pembelajaran dan pertumbuhan sepanjang hayat
·
menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja
·
berkongsi pengetahuan
·
membimbing, mengarah, memudahcara, mengasuh dan merancang
·
menentukan matlamat untuk diri dan pelajarnya
·
menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan professional