You are on page 1of 3

Isu Kesihatan : Masalah Setinggan

Julia bt Hishar @ Azhar (780920015982)

ISU KESIHATAN: MASALAH SETINGGAN

Setinggan adalah merupakan penempatan yang dibina secara rawak dan


tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan, swasta dan orang perseorangan.
Kewujudan setinggan dikatakan mencemarkan persekitaran kawasan perbandaran
kerana petempatan setinggan sering dikaitkan dengan mendapat udara yang bersih
serta bekalan air yang tidak sempurna kemiskinan, ketidak selesaan, kesesakan,
kekotoran dan kekurangan kemudahan asas. Masalah ini turut menyumbang kepada
wujudnya masalah-masalah lain seperti jenayah, dadah dan sebagainya.
Berdasarkan kajian setinggan di seluruh Malaysia mendapati terdapat sebanyak
114,944 unit bangunan kediaman setinggan dengan anggaran penduduk setinggan
berjumlah 557,679 orang yang wujud di seluruh negara. Jumlah kampung setinggan
di seluruh Malaysia adalah 1,032 buah khususnya tertumpu di negeri Selangor,
diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Sabah. Kebanyakan
petempatan setinggan terdapat di kawasan-kawasan pantai (atas laut), bekas-bekas
lombong, rizab jalan, rizab sungai, rizab keretapi dan kawasan pinggir bandar yang
belum dibangunkan lagi. Penghijrahan warga asing tanpa kawalan juga
mengakibatkan wujudnya pelbagai implikasi seperti petempatan warga asing,
masalah sosial dan juga masalah jenayah seperti gangsterisme, kecurian, dadah,
lanun dan sebagainya (Persidangan Pengawalan dan Penempatan Semula
Setinggan Di Malaysia, 2000).

Pelbagai faktor kewujudan setinggan, faktor perdana yang menyumbang


kepada berleluasanya penempatan setinggan ialah wujudnya kawasan-kawasan
lapang yang terbiar tanpa kawalan. Kawasan tanah tinggi di tepi landasan kereta
api, tebing sungai, tepi lombong dan tanah terbiar yang terbiar tidak diusahakan
merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan untuk dijadikan penempatan
setinggan. Bagi pendatang tanpa izin pula, mereka membina penempatan
setinggan “segera” di tepi sungai dan di lereng-lereng bukit. Kos hidup yang tinggi
serta tidak sejajar dengan pendapatan keluarga juga mendorong sebahagian
daripada penduduk meneroka tanah kosong milik kerajaan. Penghuni setinggan
tidak mampu menghuni tempat tinggal yang selesa dan sempurna kerana
kebanyakan penghuni setinggan rata-ratanya berpendapatan rendah dan kos hidup
pula tinggi. Maka secara mudah kawasan setinggan yang tidak bersewa dan murah

1
Isu Kesihatan : Masalah Setinggan
Julia bt Hishar @ Azhar (780920015982)

menjadi pilihan. Penghijrahan masyarakat luar bandar ke kawasan bandar juga


banyak menyumbang kepada berlakunya masalah setinggan.Kebanyakan mereka
berhijrah untuk mencari pekerjaan seperti buruh kasar, tukang kayu, pekerja kilang,
peniaga kecil dan banyak lagi pekerjaan yang berpendapatan rendah.Justeru
berpendapatan rendah mereka lebih suka meneroka tanah-tanah kosong untuk
dijadikan tempat tinggal.

Petempatan setinggan menimbulkan pelbagai masalah serius yang


mengancam kesihatan, kemajuan dan pembangunan bandar secara menyeluruh.
Antaranya, pelbagai penyakit sosial seperti jenayah ragut, rogol dan kegiatan Ah
Long. Tidak kurang juga pergaulan bebas di antara perempuan dan lelaki menjurus
kepada perkara-perkara maksiat sehingga membawa kepada wujudnya
penyalahgunaan dadah, menganggu ketenteraman awam dengan berkumpul dan
melepak, menggangu anak-anak gadis, kecurian dan juga ‘gangsterisme’ atau
samseng. Masalah seperti ini mengancam keselamatan kawasan setempat.
Kawasan penempatan setinggan yang kurang teratur turut menjadikan kawasan ini
sebagai tempat persembunyian penjenayah kerana ianya amat sukar untuk dimasuki
dan diperiksa oleh pihak berkuasa. Maka, tidak hairanlah jika ada sesetengah pihak
yang menjadikannya sebagai pusat pelacuran, perjudian dan medan pegaduhan
yang akan menjadi penyumbang besar masalah kesihatan seperti HIV,sifilis dan
penyakit kelamin lain serta kecederaan kecil atau besar akibat pergaduhan.

Kewujudan setinggan bukan sahaja mendorong kepada berlakunya jenayah,


malah ia juga boleh mengancam kesihatan penduduk sekitarnya dengan jangkitan
wabak seperti taun dan denggi. Ketiadaan kemudahan asas seperti bekalan air,
elektrik, tandas, sistem perparitan yang tidak sempurna atau longkang yang tidak
dibersihkan dan tempat pembuangan sampah menyebabkan mereka terpaksa
berkongsi bekalan air paip yang terhad atau menggunakan air perigi yang digali
untuk urusan sehari-hari serta menggunakan generator atau lampu gasolin sebagai
ganti elektrik. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan mereka mudah
terdedah kepada bahaya penyakit yang berjangkit. Ketiadaan tempat pembuangan
sampah yang sempurna menyebabkan kawasan setinggan lebih terkenal sebagai
suatu kawasan perumahan yang kotor. Gejala ini merupakan salah satu punca
tersebarnya penyakit yang berbahaya. Selain itu, kedudukan rumah-rumah
2
Isu Kesihatan : Masalah Setinggan
Julia bt Hishar @ Azhar (780920015982)

setinggan yang agak rapat di anrtara satu dengan yang lain itu bukan saja
membahayakan kesihatan para penghuninya malah memudahkan api merebak jika
berlaku sesuatu kebakaran. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa keadaan di
kawasan setinggan ini mengancam kesihatan dan nyawa penduduk-penduduknya.

Bagi mengekang masalah ini, semua pihak yang terlibat perlu mengambil
tindakan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat setinggan yang menghuni
pinggir kota ini. Sebagai langkah permulaan, keadaan persekitaran kawasan
setinggan perlulah diperbaiki. Hal ini termasuklah memberikan bekalan air bersih,
bekalan elektrik, tandas, serta sistem perparitan yang lebih sempurna. Kemudahan-
kemudahan lain yang perlu disediakan ialah seperti kemudahan jalan dan jambatan,
lampu jalan dan pusat-pusat kesihatan. Perhatian yang serius perlu diberikan
terhadap pelajar yang tinggal di kawasan seperti ini. Kelas-kelas bimbingan agama
dan kelas-kelas bimbingan pelajaran harus ditubuhkan juga. Sementara itu, ibu bapa
perlu diberi kesedaran tentang kepentingan pelajaran anak-anak mereka. Untuk itu
pihak kerajaan tempatan perlu menganjurkan ceramah-ceramah motivasi untuk
mnyedarkan masyarakat di kawasan ini agar berusaha meningkatkan taraf
kehidupan mereka untuk kepentingan keluarga mereka sendiri. Melalui tunjuk ajar
dan nasihat ini, diharapkan agar masyarakat setinggan akan dapat hidup dengan
lebih sempurna.

Langkah lain yang boleh dibuat melalui kerajaan juga perlu mengambil
penempatan setinggan untuk dibangunkan seperti penyediaan rumah kos rendah
demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka. Penyediaan ini harus dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, sekolah, klinik dan
lain-lain. Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga boleh mengadakan program
gotong royong bersama penduduk untuk membersihkan kawasan sekitar dan juga
membantu mereka memantapkan rukun tetangga kawasan mereka agar
keselamatan di kawasan mereka dapat dipertingkatkan dan juga mengurangkan
masalah sosial yang timbul di kawasan masing-masing.

You might also like