You are on page 1of 11

MAKSUD

Rangkap 1- Kekecewaan yang benar-benar dirasai oleh seseorang perlu ditangani

tetapi jangan dilayan perasaan kecewa walaupun hati betul-betul terluka.

Rangkap 2- Semua peristiwa yang berlaku merupakan ketentuan Tuhan dan tidak perlu

menyalahkan orang lain.

Rangkap 3- Perasaan hina menyelubungi diri orang yang kecewa cinta apabila kekasih

hati jatuh hati dengan orang lain.

BENTUK/CIRI

- Terdiri daripada tiga rangkap.

- Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu enam baris serangkap.

- Bilangan kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara emapat hingga lima patah

kata sebaris.

- Bilangan suku kata dalam setiap baris pun tidak sama, iaitu antara lapan hingga

sebelas suku kata.

- Rima akhir pantun ialah a-b-c-a-b-c.

JEDA
TEMA

Ketabahan hati semasa berhadapan dengan kekecewaan dalam percintaan.

PERSOALAN

1- Perasaan kecewa yang perlu dihadapi dengan tabah tanpa menyerah kalah pada

takdir.

2- Perasaan rendah diri apabila dikecewakan oleh orang yang dikasihi.

3- Menerima takdir hidup dengan pasrah.


GAYA BAHASA

Peribahasa

– ibarat kaca jatuh ke lantai

- bukan salah ibu mengandung

- ibarat melukut di tepi gantang

Sinkof

Rasa pedih buat tak hirau

UNSUR BUNYI

Asonansi

Yang lama tidak berkenan lagi (pengulangan vokal A)

Aliterasi

Kail tersangkut di tepi batang (pengulangan konsonan T)


NILAI

Ketabahan

-tabah menghadapi kekecewaan dalam percintaan

Keredaan

-reda akan takdir Tuhan

Rasional

-tidak menyalahkan sesiapa atas kejadian yang menimpa diri

PENGAJARAN

1. Kita perlu tabah dan kuat semangat apabila berhadapan dengan kekecewaan.

2. Kita mesti menerima ketentuan Tuhan dengan reda dan pasrah.

3. Kita mesti bersikap rasional apabila berhadapan dengan masalah dalam kehidupan

tanpa menyalahkan orang lain.


MAKSUD

Rangkap 1- Sifat sabar dapat melindungi diri kita daripada godaan syaitan dan akhirnya

kita akan memperoleh kejayaan hidup.

Rangkap 2- Manusia yang menjadi khalifah di dunia ini ialah makhluk pilihan Tuhan.

Rangkap 3- Budaya Timur dan bahasa ibunda yang terpinggir di negara sendiri akibat

sikap mengagung-agungkan budaya Barat.

BENTUK/CIRI

- Terdiri daripada tiga rangkap.

- Setiap rangkap mempunyai lapan baris.

- Mengandungi antara tiga hingga lima perkataan dalam setiap baris.

- Bilangan suku kata dalam setiap baris pun tidak sama, iaitu antara lapan hingga dua

belas suku kata.

- Rima akhir pantun ini ialah a-b-c-d-a-b-c-d .

JEDA
TEMA

Tanggungjawab terhadap agama, negara, bahasa dan bangsa.

PERSOALAN

1. Sifat sabar yang perlu dimiliki untuk berhadapan dengan godaan syaitan.

2. Kesabaran menunjukkan tahap kekuatan iman yang tinggi.

3. Kesabaran mampu memberi kejayaan kepada manusia.

4. Kemuliaan manusia sebagai pemimipin dunia.

5. Kelalaian dan terlalu mengagungkan budaya Barat yang akhirnya merosakkan

budaya dan bahasa ibunda di Negara sendiri.

6. Tanggungjawab yang mesti dipikul oleh rakyat negara ini demi kedaulatan budaya

dan bahasa ibunda.


GAYA BAHASA

Perulangan kata

Buat bangsal di tengah hutan,

Tebaslah hutan buat halaman,

Kata ganda

Ikan teluk parang-parang

UNSUR BUNYI

Asonansi

Tebaslah hutan buat halaman (pengulangan vokal A)

Aliterasi

Bumi kandungan nenek moyangku (pengulangan konsonan N)


NILAI

1.Kesabaran

2. Tanggungjawab

3. Semangat patriotik

PENGAJARAN

1. Kita perlu mempunyai sifat sabar untuk berjaya melawan hasutan syaitan.

2. Kita perlu menjaga amanah yang diberi Tuhan sebagai pemimpin di dunia ini.

3. Kita perlu mempertahankan budaya Timur daripada pupus ditelan budaya Barat.

4. Jangan lalai dengan arus kemodenan yang akhirnya akan merosakkan identiti

bangsa dan negara sendiri.

You might also like