You are on page 1of 16

http://www.redcrescent.org.

my

Terjemahan Buku

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

BILA-BILA MASA,

DI MANA-MANA JUA.

2005 - 2009

Strategi 5 tahun bagi memperkukuhkan keupayaan dan

keprihatinan kami terhadap penjagaan Masyarakat

kami dan kepada mereka yang memerlukan

Diterima pakai oleh Mesyuarat Majlis


Kebangsaan ke 108 2004.
http://www.redcrescent.org.my
KANDUNGAN

INDEKS MUKA SURAT

A. Tahun-tahun Silam 2

B. Situasi semasa 4

C. Objektif-objektif Perlembagaan 5

D. Analisa Situasi semasa 6

E. Mara kehadapan 8

F. Pelan Strategik 10

1. Promosi Prinsip-Prinsip dan Nilai-Nilai 11


Kemanusiaan.

2. Pengurusan Bencana 12

3. Kesihatan dan Kesejahteraan Masyarakat 15

4. Pembangunan Organisasi 17

G. Hasil-hasil yang dijangkakan 20

H. Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan. 21


http://www.redcrescent.org.my
3.
A. TAHUN-TAHUN SILAM

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) telah bermula dalam

Tahun 1948 sebagai sebuah Cawangan Persatuan Palang Merah British

di Sabah dan Sarawak. Kemudiannya, banyak lagi Cawangan-Cawangan

telah diwujudkan dilain-lain pelusuk Malaysia bermula dengan Pulau

Pinang dalam tahun 1950.

Setelah merdeka 1957, Cawangan-cawangan didalam Semenanjung Tanah

Melayu telah bersatu menjadi satu organisasi yang dikenali sebagai

Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu, yang mana

Kemudiannya telah diperbadankan dengan nama Persatuan Palang Merah

Persekutuan Tanah Melayu.

PBSMM telah mendapat pengiktirafan sebagai

Persatuan Kebangsaan yang bebas daripada

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)

pada 4hb Julai,1963 dan telah diterima keanggotaan

nya didalam Persekutuan Antarabangsa Persatuan-

Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah pada

24hb Ogos, 1963.


4.

Setelah tertubuhnya Malaysia pada bulan

September, 1963, suatu Akta bagi memperbadankan

Persatuan Palang Merah Persekutuan

Tanah Melayu dan Cawangan-Cawangan Persatuan

Palang Merah British di Sabah, Sarawak, dan Singapura


http://www.redcrescent.org.my
dibawah nama ‘Persatuan Palang Merah Malaysia’

telah diluluskan oleh Parlimen dibawah Akta Persatuan

Palang Merah Malaysia (Perbadanan) , 1965 (Akta 540).

Pada tahun 1975Parlimen Malaysia telah meluluskan” Akta

1975, Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama),

dimana pertukaran nama PPMM kepada nama terkini,

iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Pada masa ini, PBSMM adalah salah sebuah Persatuan Kebangsaan

dikalangan 181 buah Persatuan Persatuan Kebangsaan Sedunia

yang menganggotai Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan

Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.(Persekutuan). PBSMM

menjalankan program-program dan aktiviti selaras dengan semangat dan

kehendak Akta Perbadanan dan Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan Palang

Merah dan Bulan Sabit Merah.

B. SITUASI SEMASA

Organisasi PBSMM terdiri daripada Majlis Kebangsaan, Lembaga

Eksekutif Kebangsaan, Cawangan-Cawangan, Cabang-Cabang dan

Unit-Unit Subsidairi, yang dinamakan Unit Kanak-Kanak Bulan Sabit

Merah didalam Sekolah Rendah,Belia Bulan Sabit Merah didalam

Sekolah-sekolah Menengah dan Pasukan Bantuan Sukarela (PBS)

bagi ahli-ahli yang berumur 18 tahun keatas. Belia Bulan Sabit Merah

merangkumi ahli-ahli Bulan Sabit Merah Kanak-Kanak, Belia Bulan

Sabit merah dan Pasukan Bantuan Sukarela yang menjangkau umur


http://www.redcrescent.org.my
25 tahun.

Lembaga Eksekutif Kebangsaan didalam Mesyuarat ke 220 nya

pada 3hb Ogos, 2002 telah mewujudkan 14 Jawatankuasa-Jawatankuasa

Kebangsaan mengandungi portfolio Perkhidmatan Ambulans, Pentadbiran

dan Perjawatan, Anugerah, Program Darah, Bangunan, Pengurusan

Bencana, Kewangan, Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat,

Informasi da Kutipan Derma, Undang-Undang Kemanusia Antarabangsa

dan Hal Ehwal Undang-Undang, Perhubungan Antarabangsa, Tender,

Latihan dan Belia.

Jawatankuasa-Jawatankuasa Kebangsaan melaksanakan program-program

dan aktiviti-aktiviti masing-masing melalui sokongan daripada 15

Cawangan-Cawangan dan 148 Cabang-Cabangnya. Setakat 8hb Mei, 2004

PBSMM mempunyai seramai 290,832 ahli-ahli yang berdaftar.

C. OBJEKTIF-OBJEKTIF PERLEMBAGAAN

Dibawah Peruntukan Akta Perbadanan, Objektif-Objektif PBSMM

termasuklah “ Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan

sukarela kepada orang sakit dan cedera samaada dari angkapan tentera

atau pihak yang tidak berperang , kepada orang tawanan perang, dan

orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan

waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan

keatas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah

menjadi suatu pihak kepaada Konvensyen Geneva.


D. ANALISA SITUASI SEMASA
http://www.redcrescent.org.my

Dalam tempoh 2001 - 2003, PBSMM telah menjalankan program-program dalam

skop dan sumber-sumber kewangan yang diperolehi daripada derma yang

diperolehi melalui orang ramai dan daripada Geran Kerajaan.

PBSMM meneruskan peranan nya dengan berkesan didalam arena persediaan

bencana dan respons bencana, menyahut 211,768 panggilan kecemasan sepanjang

2001-2003 dengan peratus 605 panggilan pada setiap bulan. Dalam tempoh masa

yang sama, lebih kurang 17,954 mangsa akibat kejadian banjir, kebakaran dan

tanah runtuh telah diberikan bantuan dan perlindungan melalui rangkaian

perkhidmatan serta kerjasama daripada lain-ain agensi dan Jabatan-Jabatan

Kerajaan. PBSMM juga telah memberikan perkhidmatan kepada 2,399 tugas-tugas

tunggu Sedia dalam tempoh tiga tahun, yang mencerminkan bahawa keperluan

perkhidmatan tersebut sangat diperlukan dimasa-masa akan datang.

Sebagai sebuah organisasi kemanusiaan, PBSMM mengambil bahagian

yang aktif didalam mempromosi Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan dan

Nilai-nilai Kemanusiaan. Dalam tempoh 2001-2003, pandangan-

pandangan berhubung dengan Undang-Undang Kemanusiaan

Antarabangsa dan Konfliks Bersenjata, sama ada melalui kursus-

kursus, bengkel-bengkel,dan mesyuarat telah diadakan melibatkan

lebih kurang 200 peserta daripada Angkatan Tentera Malaysia dan

Agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.

PBSMM juga terlibat secara aktif didalam program-program

masyarakat dan kesihatan. Aktiviti-aktiviti termasuklah pendaftaran

penderma darah, Program Seorang Pertolongan Cemas Dalam Setiap

Rumah, pembangunan belia dan pertolongan cemas kepada semua


http://www.redcrescent.org.my

kelompok masyarakat, terutamanya kepada kawasan-kawasan luar

bandar yang miskin dan maysarakat diluar bandar dengan

mengadakan kem-kem perubatan dan program penjagaan keluarga.

E. MARA KEHADAPAN

Dengan itu,

Mengenalpasti keperluan untuk menggalakkan dan mengamalkan terus

semangat dan elemen-elemen Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan diseluruh

negara;

Menerima pakai dan melaksanakan objektif-objektif dan peruntukan-

peruntukan yang terkandung didalam Undang-Undang & Peraturan

Perbadanan PBSMM yang diperbadankan dibawah Akta 1965;

Menghurmati pelbagai peringkat Pergerakan didalam makanisma

kerjasama dan hubungan keraja sepertimana yang dipersetujui didalam

Perjanjian Seville 1997;

Mengambil ingatan sasaran dan objektif Plan Tindakan Manila 2002;

Menegaskan komitmen dan menyokong didalam memenuhi kehendak

Strategi Pergerakan 2010;

Menyokong Wawasan Malaysia 2020 dan Dasar Sosial Negara.

Rancangan Tindakan Lima Tahun PBSMM mengandungi perkara-

perkara berikut:-
http://www.redcrescent.org.my
Visi

Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusiaan yang unggul, diperingkat

kebangsaan dan antarabangsa

Misi.

Berkhidmat kepada yang memerlukan dengan berkesan

MOTTO

“Inter arma carita” (didalam peperangan ada kebajikan) dan “Per

Humanitatem ad pacem (melalui kemanusiaan menuju keamanan)

F. PELAN STRATEGIK

Pelan Strategik adalah berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti Teras

Pergerakan iaitu:

1. Promosi Prinsip_Prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-Nilai

Kemanusiaan.

2. Pengurusan Bencana

3. Kesihatan dan Penjagaan didalam Masyarakat

4. Pembangunan Organisasi.

1. Mempromosikan Prinsip-Prinsip Asas Pergerakan dan Nilai-Nilai Kemanusiaan.

Mengiktiraf pelbagai cabaran dan menghadapi situasi yang bertentangan

didalam menyebarkan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa

(UUKA) dan Prinsip_prinsip Asas, objektif-objektif strategic berikut

telah ditentukan:
http://www.redcrescent.org.my

i) memainkan peranan yang utama dan diiktiraf didalam

mempromosikan UUKA didalam negara ini.

ii) mewujudkan rangkaian kerja yang berdaya tahan dan

berkesan dengan JKPM (ICRC), dengan lain-lain

komponan Pergerakan sepertimana yang termaktub

didalam Perjanjian Seville l997, dan dengan Kementerian

Kementerian Kerajaan dan lain-lain agensi.

iii) Bekerjasama degan pakar-pakar teknikal tempatan

dan antarabangsa didalam membangunkan garispanduan

makanisma penilaian didalam mempromosi UUKA

diseluruh Negara.

iv) Mempromosi penulisan perundangan mengenai UUKA

dikalangan ahli-ahli Persatuan dan masyarakat umum.

2. Pengurusan Bencana

Pengurusan Bencana adalah merupakan aktiviti-aktiviti terkehadapan


PBSMM. Ia adalah sebagai penanda aras
kepada kebolehan dan imej kepada Persatuan.

Bagi terus memperkukuhkan kecekapan dan untuk memberikan


perkhidmatan segera, objektif-objektif berikut harus diwujudkan:

i) Bagi memperkukuhkan dan menyusun semula


stukturPengurusan Bencana masa kini kepada respon yang
lebih baik didalam mengendalikan tindakan bantuan
kemanusiaan, bagi kedua-duanya diperingkat tempatan dan
antarabangsa.

ii) Memperbaiki kridibiliti dan kemampuan sukarelawan


dan kakitangan sebagai professional yang berkesan entitinya
berbekalkan dengan kemudahan-kemudahan yang canggih.

iii) Untuk mengwujudkan dan mengekalkan pasukan


http://www.redcrescent.org.my
bantuan diperingakt Cawangan dan peringkat kebangsaan,
respons terhadap bencana diperingkat
tempatan dan antarabangsa.

iv) Sama-sama bekerja dengan rakan kongsi


lain-lain Persatuan-Persatuan Kebangsaan, sebagai
Pusat Krisis Pengurusan Bencana Serantau dibekalkan
lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang canggih.

2(A). Perkhidmatan Ambulans

Perkhidmatan Ambula adalah satu perkhidmatan yang tersangat

mustahak dan perkhidmatan langsung disediakan oleh PBSMM.

Sejak tahun 1960n lagi, perkhimatan asas yang disediakan

oleh peringkat Ibu Pejabat Kebangsaan dengan bantuan

kewangan daripada Kerajaan.

Untuk memperkembangkan perkhidmatan yang sama

keseluruh negara, secara strategiknya perkara-perkara

berikut telah dikenalpasti:

i) Untuk meneruskan khidmat yang berdaya tahan dan

mengembangkan perkhidmatan keseluruh Negara untuk

orang awam dengan percuma dan mempunyai

sukarelawan dan kakitangan yang terlatih dengan lebih

efisyen dan professional.

ii) Mempastikan agar kelengkapan dan peralatan sentiasa

dipertingkatkan selaras dengan kehendak-kehendak

peraturan perundangan, bertujuan mempertingkatkan

Status Perkhidmatan Ambulan dari Kelas ‘B’ kepada

Perkhidmatan Ambulan Kelas ‘A’ diseluruh negara.


http://www.redcrescent.org.my
3. Kesihatan dan Penjagaan Masyarakat

Pentingnya gaya hidup sihat dan kehidupan masyarakat yang berkualiti

telah begitu kuat difahami oleh semua orang. Ini adalah selaras dengan

tujuan Pergerakan ini dimana memberi perlindungan kepada maruah

manusia dan kepada mereka yang memerlukan kesan daripada tindak

tanduk kemanusiaan diseluruh dunia. Berikut adalah objektif-

objektif Strategik yang digariskan:

i) Mewujudkan program kesihatan masyarakat yang berdaya tahan

kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada mereka

penduduk-penduduk yang berpendapatan rendah dan miskin

didalam bandar dan diluar bandar.

ii) Menjengkau sampai kepada mereka yang memerlukan

terutamanya dikawasan yang dilanda bencana, khususnya

didalam Program-Program Pemulihan Kesihatan dan

pelbagai Kecemasan dan Program penstrukturan semula .

iii) Untuk meraih derma dan pakar-pakar daripada agensi-agensi

Kerajaan, Badan-Badan Korporat dan didalam Pergerakan bagi

Projek-Projek Penjagaan Kesihatan dan berteraskan Masyarakat.

3 (A). Program Darah

Peruntukan mendapatkan darah secara percuma kepada

mereka yang memerlukan adakan merupakan satu aktiviti

yang tidak kurang pentingnya kepada Pergerakan ini.

Pusat Darah Negara (PDN) merupakan badan

untuk mengagihkan darah, sementara itu PBSMM masih


http://www.redcrescent.org.my

bertahan sebagai Sebuah Organisasi yang menrekrut dan

memberikan Perkhidmatan kepada penderma-penderma

darah. Hingga ke saat ini objektif strategik Persatuan adalah

seperti berikut:-

i) menjadi sebuah pertubuhan yang unggul didalam

mendaftarkan dan mepromosi tentang darah yang

selamat.

ii) mempastikan bekalan darah yang selamat

sentiasa dikoordinasikan dengan baik dan

berterusan dengan kerjasama Pusat Darah Negara.

3 (B) Latihan Pertolongan Cemas

PBSMM menjalankan pelbagai kategori Kursus

Pertolongan Cemas daripada Asas kepada Peringkat

Lanjutan, termasuklah Kursus Kaedah Pemulihan

Jantung Dan Paru-Paru (Cardio-Pulmonary

Resuscitation) Atau CPR.

Keutamaan untuk mempromosi Program “ Seorang

Pertolongan Cemas Dalam Setiap Rumah” untuk

melahirkan Penolong Cemas yang terlatih didalam

setiap keluarga diMalaysia menjelang tahun 2010,

dan menumpukan program Pertolongan Cemas kepada

pekerja-pekerja Industri adalah sejajar dengan

kehendak Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerja


http://www.redcrescent.org.my
atau the Occupational Safety and Health Act (OSHA).

4. Pembangunan Organisasi

Pembangunan Organisasi adalah satu proses yang berterusan

untuk memperkukuhkan keupayaan dan kebolehan PBSMM untuk

meneruskan aktiviti-aktiviti kemanusiaannya. Ini melibatkan obilisasi

sumber-sumber kewangan dan modal insan untuk perkara yang

memberikan faedah yang berkesan. Strategik objektif-objektif adalah

adalah seperti berikut:-

i) mencapai kebebasan daripada cengkaman kewangan

ii) mencapai ISO Standards disemua peringkat pengurusan,

menyatupadukan sistem-sistem pencapaian berindikator

dan memantau pemberian perkhidmatan serta

tujuan-tujuan Persatuan.

iii) membangun dan mengekalkan sumber-sumber kecekapan

dan berdaya saing dengan sukaralawan-sukarelawan dan kakitangan

PBSMM untuk melahirkan perkhidmatan yang lebih baik.

iv) menyumbang didalam memperkukuhkan Pergerakan dengan

bekerjasama dengan lain-lain Persatuan-Persatuan Kebangsaan


juga dengan Persekutuan dan JPMA.

4 (A) Kewangan

Bagi mempastikan bebas daripada cengkaman kewangan,

PBSMM akan melancarkan strategi-strategi berikut:

i) Membangunkan Tabungan Induk.


http://www.redcrescent.org.my
ii) Melahirkan sistem pengurusan kewangan yang lebih

baik

4 (B) Institut PBSMM

Keperluan melatih modal insan yang terlatih dan

berkualiti adalah merupakan satu proses yang

berterusan bagi melaksanakan program-program dan

aktiviti-aktiviti PBSMM. Berikut adalah objektif-

objektif strategik:

i) Program-program latihan akan diinstitusikan

dengan mewujudkan Institut Latihan PBSMM

dan diakreditasikan sepenuhnya oleh LAN

(Lembaga Ekreditasi Negara).

ii) Bekerjasama dengan lain-lain Institusi Pengajian

Tinggi dan Agensi-Agensi kerajaan didalam

menyediakan kursus-kursus yang berkredibiliti.

iii) Menyediakan “focal point” didalam

pembangunan kecekapan dan Pusat Penyelidikan

didalam mempromosi nilai-nilai kemanusiaan.

4(C). Belia

Sukarelawan muda Palang Merah dan Bulan

Sabit Merah disepadukan kedalam kerja-kerja

didalam setiap Persatuan Kebangsaan bagi

mempromosi nilai-nilai kemanusiaan. Kesihatan,

perkhidmatan masyarakat dan persahabatan


http://www.redcrescent.org.my
antarabangsa. Objektif strategic adalah seperti

berikut:

i) Memperkukuhkan Faktor Belia PBSMM

dengan melengkapkan mereka dengan

pengetahuan dan kecekapan-kecekapan.

ii) Menggerakan kuasa kemanusiaan

dikalangan belia bagi perkhidmatan

berkesan dan mengambil bahagian

didalam projek-projek berteraskan

masyarakat bagi faedah mereka yang

memerlukan.

G. KEPUTUSAN-KEPUTUSAN YANG DIJANGKAKAN.

PBSMM seharusnya menjadi Persatuan Kebangsaan yang berfungsi

dengan baik, dikenali dan dihormati oleh segenap warganegara Malaysia,

bekerja dengan cekap bersama JPMA, Persekutuan Antarabangsa dan


lain-lain Persatuan-Persatuan Kebangsaan diseluruh dunia. Ditambah

pula PBSMM mempunyai sumber bantuan kemanusiaa dengan Agensi-

agensi Kerajaan di Malaysia.

Persediaan bencana dan keupayaan untuk menyahut kepada situasi-

situasi bencana , diperingkat kebangsaan, rantau dan antarabangsa

melalui aktiviti-aktiviti terasnya akan diwujudkan melalui struktur

yang teratur.

Keupayaan dan status Perkhidmatan Ambulan dengan respons

masa lebih professional akan dipertingkatkan dan diperkukuhkan.


http://www.redcrescent.org.my
Melalui Program Darah, kesedaran awam betapa pentingnya menderama

darah akan di giatkan.

Barisan ahli-ahli yang terlatih dan cekap, sukarelawan dan kakitangan

akan sentiasa siap sedia.

Keupayaan Belia dan sokongan didalam projek-projek berteraskan

masyarakat dan kecemasan akan diperkukuhkan/pertingkatkan.

H. PRINSIP-PRINSIP ASAS PERGERAKAN

PERGERAKAN PALANG MERAH DAN BULAN SABIT MERAH


ANTARABANGSA.

KEMANUSIAAN
…………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………..

KESAKSAMAAN
………………………………………………………….........................
………………………………………………………………………….

KEBERKECUALIAN
………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………….

KEBEBASAN
…………………………………………………………………………
. ……………………………………………………………………......

PERKHIDMATAN SUKARELA
…………………………………………………………………………
………………………………………………………………................

KETUNGGALAN
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………

KESEJAGATAN
………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………..

You might also like