You are on page 1of 14

Isi Kandungan

1. Storyboard bahan rancangan mengajar bola baling.

1.1 Sejarah ringkas permainan bola baling di Malaysia .


1.2 Kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola baling.
1.3 Penjelasan perincian kemahiran menjaring.
1.4 Cadangkan tiga latihan latih tubi bagi kemahiran menjaring.

2. BBM ( Tayangan video ) kemahiran menghadang bagi permainan bola tampar (tayangan
video).

Bibliografi

1
1.1 Sejarah ringkas permainan bola baling di Malaysia.

Di Malaysia, permainan bola baling diperkenalkan pada tahun 1976 oleh seorang guru yang
bertugas di Jabatan Pendidikan Selangor, Encik Lim Hock Han kepada satu kumpulan guru dan
pelajar di beberapa buah sekolah di Selangor. Kepopularan permainan ini terbukti dengan
berlangsungnya Kejohanan Pertama Pertandingan Terbuka Bola
Baling anjuran Selangor dan Wilayah Persekutuan pada tahun 1982. Kejohanan ini disertai oleh
12 buah pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Ini
diikuti dengan penubuhan persatuan bola baling di negeri-negeri di Malaysia dan disusuli pula
dengan penubuhan Persekutuan Bola Baling Malaysia pada tahun 1985. Kini permainan bola
baling dipertandingkan di Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

1.2 Kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola baling.


Dalam permainan bola baling, teknik kemahiran amat penting. Untuk mendapatkan peningkatan
tahap kemahiran, pemain harus melalui teknik pengelolaan latihan yang teratur. Kebolehan deria
dan pergerakan motor seeorang pemain juga sangat penting dalam peningkatan pretasi dirinya.
Tambahan lagi, disiplin diri dan sikap semula jadi akan menyesuaikan diri pemain untuk
menjalani latihan kemahiran dengan besungguh-sungguh.

Secara umumnya, kemahiran asas bola baling dapat di bahagika kepada sembilan aktivit yang
terdiri daripada berlari, melompat, membuat hantaran dan tangkapan, menangkap, menggelecek,
menghadang, menjaring, mengacah dan menjaga pintu gol.

BERLARI
Berlari merupakan satu kemahiran yang penting dalam permainan bola baling. Kelebihannya
adalah dapat melakukan pelbagai gerakan yang spontan seperti larian pecut, lari sisi, larian ke
belakang, dan larian mengejut. Dengan memiliki kemahiran ini, pemain akan dapat mengawal
larian dengan bijak serta mengubah-ubah hala supaya dapat merancang serangan dan
mengelirukan pihak lawan semasa perlawanan.

2
MELOMPAT
Melompat merupakan satu kemahiran mempunyai kelebihan dalam permainan bola baling.
Lompatan yang tinggi dapat menyambut hantaran bola dan menjaringkan gol. Semasa di udara
pemain dapat membuat pelbagai gerakan yang mengelirukan penjaga gol pihak lawan menjangka
balingannya.

HANTARAN DAN TANGKAPAN


Setiap pemain haruslah menguasai kemahiran menbuat hantaran dan tangkapan dengan tangan
dan bola. Untuk menguasai kemahiran ini perlu teknik dan latihan yang berterusan. Kejayaan
sesebuah pasukan adalah bergantung kepada kemahiran baik daripada kemahiran hantaran dan
tangkapan pemanin yang bagus. Contoh kemahiran menghantar adalah seperti :-
i. Hantaran atas bahu
ii. Hantaran atas kepala
iii. Hantaran lob
iv. Hantaran paras dada
v. Hantaran sisi
vi. Hantaran lantun sebelah tangan
vii. Hantaran lantun dua belah tangan
Berikut adalah gambar kemahiran hantaran dalam permainan bola baling : -

Hantaran lob
Hantaran atas bahu Hantaran atas kepala

Hantaran Paras Dada


Hantaran Sisi
3
Hantaran Lantun Sebelah Tangan Hantaran Lantun dua belah Tangan

TANGKAPAN ( Menangkap Bola )

Kemahiran hantaran dan menangkap bola merupakan kombinasi kemahiran penting dalam
pengawalan bola. Prinsip utama adalah mengawal bola, mematikan kelajuan, memegang dengan
cengkaman tangan yang fleksibel. Tangkapan yang yang kemas juga memerlukan ketajaman
mata dan jangkaan kepantasan untuk menangkap bola. Tangkapan yang tepat juga berkait dengan
kebolehan melontar bola dengan tepat ke sasaran.

Kedudukan Tangan dan Jari Semasa Menyambut Bola

Menyambut rendah
Menyambut Bola Aras Muka

4
Menyambut Bola dengan sebelah tangan
Menyambut Bola tinggi

MENGGELECEK MENGACAH DAN MENGAWAL BOLA

Menggelecek adalah satu kemahiran melantunkan bola di lantai dengan sebelah tangan sahaja
sambil membuat gerangan serangan.Kebolehan jari membuka luas akan dapat mengawal
pergerakan bola menuju ke pihak lawan.Semasa membuat lantunan bola hendaklah menolak bola
ke arah hadapan padang.

Menggelecek sambil menukar arah

Menggelecek sambil mengawal bola

Menggelecek sambil mengacah


5
Mengacah dua lawan satu

MENGHADANG DAN MENGAWAL

Menghadang atau
mengawal adalah
bertjuan untuk
menghalang
serangan gol oleh
pihak lawan. Ia
jugabertujaun untuk
melambatkan
serangan supaya
rakan-rakan sempat
melakukan
pertahanan. Dengan
menghalang juga
akan dapat
mematahkan
perancangan serangan
pihak lawan. Selain
itu, halangan juga
boleh memberikan
ruang atau
kesempatan pada
rakan untuk membuat
serangan berterusan
dan sentiasa berusaha
merampas bola
semula apabila bola
dikawal pihak lawan.

6
TEKNIK MENJARING GOL

Jaringan gol merupakan kemuncak


permainan bola baling. Jaringan yang
cantik akan memberikan kepuasan dan
menjadi keseronokan pada penonton.
Perangkaan jaringan gol dal permainan ini
boleh mencecah ke puluhan gol. Terdapat
pelbagai teknik dalam kemahiran
menjaring gol. Antaranya adalah jaringan
atas kepala, balingan bawah lengan dan
balingan lonjatan seperti yang ditunjukan
dalam gambar storyboard ini.

KEMAHIRAN PENJAGA GOL

7
Dalam permainan bola baling, penjaga gol merupakan barisan terakhir pertahanan pasukan.
Penjaga gol mmerupakan pemain yang penting yang bertugas menghalang setiap cubaan jaringan
pihak lawan dari 9 meter dan dianggap satu kelebihan jika dapat menyelamatkan percubaan jarak
dekat 6 meter. Penjaga gol haruslah mempunyai kelebihan dari segi kecergasan mental, fizikal
serta keseimbangan emosi yang tinggi agar dapat mengawal permainan sepanjang masa
perlawanan.

1.3 Penjelasan perincian kemahiran menjaring gol.


Bola baling ialah sukan yang berkisarkan tentang menjaringkan gol. Pemjaring yang berbakat
akan melakukan pelbagai cara penjaringan yang menarik. Pelbagai teknik dan kemahiran yang
digunakan dalam menghasilkan jaringan. Boleh menjapai 40 gol. Maka itulah yang dapat
menarik minat pemain dalam latihan menjaring gol.

Kekuatan, kelajuan, ketepatan dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada seorang
penjaring. Penjaring juga perlu ada daya kreativiti. Pemikiran yang tangkas dan bertindak dengan
bijak akan membuahkan hasil gol yang kualiti.

Untuk menjadi seorang penjaring yang baik, prinsip-prinsip yang perlu ada ialah seperti
keyakinan diri yang tinggi, pengawalan imbangan dan tempo dalam permainan,tumpuan penuh
dalam semua pergerakan, berkebolehan mengikut lajak, pintar merancang dan mengarah untuk
menepati sasaran serta cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.

Terdapat empat jenis cara menjaring yang popular iaitu: -


a. Jaringan bahu
b. Jaringan lompat
c. Jaringan menjunam dan
d. Jaringan rendah / bawah lengan

Berikut adalah storyboard dan penerangan pergerakan jenis-jenis kemahiran menjaring.

JARINGAN BAHU
i. Membawa bola antara paras bahu dan abdomen sambik bergerak ke arah gol.

8
ii. Perlakuan jaringan bermula
dengan kaki kiri ke hadapan dan
kaki kana bengkok ke belakang.
iii. Tangan kanan membawa bola
dibawa ke belakang dan siku
bengkok.
iv. Mengikut momentum, bola dibawa ke atas paras kepala.
v. Tangan dihayun lurus ke hadapan dalam aksi membaling bola dengan sekuat tenaga.
vi. Gabungan kekuatan otot bahu, dada, lengan dan jari perlu untuk balingan yang kuat.
vii. Ikut lajak setelah balingan dibuat.

JARINGAN LOMPAT

i. Bersedia tiga langkah ke belakang.


ii. Genggam bola lurus ke belakang.
iii. Mula berlangkah dan pada langkahan ketiga lompat setinggi
yang boleh.
iv. Semasa di kemuncak lompatan tujukan bola ke arah penjuru
gol yang kosong.
v. Variasi arah balingan boleh pelbagai.
vi. Haluan balingan boleh bertukar pada saat akhir untuk
mengelirukan penjaga gol.
vii. Balingan yang ditujukan ke lantai boleh menghasilkan
lantunan yang menghasilkan gol.
viii. Ikut lajak dan mendarat.

9
JARINGAN MENJUNAM
i. Bersedia di
luar kawasan
gol.
ii. Bergerak
secara pantas
dan agresif ke
arah gol.
iii. Bergerak ke sisi lawan untuk mengelak daripada dihalang.
iv. Melonjak melemparkan diri ke arah ruang kosong untuk membuat balingan.
v. Bola dibaling apabila berada dekat dengan gol.
vi. Bola dilepaskan semasa di ruang udara sebelum bahagian badan menyentuh lantai
kawasan gol.
vii. Mendarat ikut lajak dan sokongan tangan untuk daratan yang lembut.

JARINGAN RENDAH / BAWAH LENGAN


i. Kaki di buka luas.
ii. Berat badan di atas kaki ( kanan), lutut bengkok. Kaki kiri lurus ke
arah balingan.
iii. Bola dibawa jauh ke belakang dan siku bengkok.
iv. Bahu kiri menghala ke arah gol.
v. Kilaskan badan supaya dada menghadap ke arah gol.
vi. Pada masa yang sama, tangan balingan dihayun ke arah gol dengan
tangan lurus.
vii. Berat badan pindah ke kaki kiri.

10
viii.
Balingan bola lantun digunakan supaya lantunan dapat menghasilkan gol.
ix. Ikut lajak tangan balingan.

1.5 Cadangkan tiga latihan latih tubi bagi kemahiran menjaring.

Pemain perlu membuat latihan ansur maju menjaring secara terancang dan konsisten agar dapat
mengekalkan teknik dan gerak yang baik. Antara cadangan latihan ansur maju menjaring adalah
seperti berikut:-
a. Jaringan penjuru
b. Jaringan lompat
c. Jaringan setempat
d. Jaringan Motor.

JARINGAN PENJURU
Pemain perlu menjatuhkan skital yang di letakan di tepi penjuru tiang gol. Pemain juga boleh
berlatih membaling dinding yang telah ditanda bulatan. Balingan perlu mengena sasaran skital
setiap kali bola dilepaskan. Pemain juga digalakan mengambil tiga langkah sebelum membaling.
Latihan empat penjuru yang paling suka digunakan adalah dengan meletakan skital di bawah
penjuru tiang gol dan mengikat tali di sebelah atas kedua penjuru tiang gol. Selain skital, penjaga
gol aktif atau pasif juga boleh digunakan, ini adalah untuk menguji balingan dapat dilakukan ke
ruang kosong pintu gol.

Tiang Gol
Tali rafea

Skitel

11
JARINGAN LOMPAT

Aktiviti :-
i. Pemain perlu berlari dan melonjak sebelah kaki dan angkat tangan yang bertentangan
dengan kaki lonjakan ke atas.
ii. Berlonjak kaki kiri angkat tangan kanan.
iii. Berlari dan melonjak denga bahu kiri menghala ke arah gol. Tangan kanan dihayun ke
belakang bahu ke hadapan. – dengan bola / tanpa bola.
iv. Latihan pasanagan – berlari, melonjak dan membaling kepada kawan.
v. Berlari tiga langkah, melonjak dan membaling ke arah gol dengan penjaga gol pasif atau
aktif.
LATIHAN MENJARING SETEMPAT

Pemain beratur secara separuh bulatan di belakang garisan 6 meter.


Aktiviti :-
i. Latihan menjaring secara bergilir.
ii. Pemain akan berganjak ke kiri setiap balingan dilakukan. Ini adalah untuk membaling
pada posisi yang berbeza.
iii. LAtihan ini boleh berbagai variasi, jaringan bahu, jaringan lompat, jaringan junam,
jaringan rendah dan jaringan lantun.

12
3. BBM ( Tayangan video ) kemahiran menghadang bagi permainan bola baling.
( Tayangan video disertakan ).

13
Bibliografi

Tan; Helen, Haridas; M.P. (cetakan pertama, 2006).

Siri Sukan Popular: Bola baling . Fajar Bakti Sdn. Bhd. (2006)

Taverner; Claire Mitchell. (cetakan pertama, 2005).

Handball : Techniques & Tactics. (2005).

Human Kinetics Hawkins; Joyce M. (cetakan kelapan, 2006)

Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Edisi Keempat (2006). Oxford Fajar Sdn. Bhd.

14

You might also like