27 Mac 2008
[FPM_OKED]
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
1.0PENGENALAN
Pelbagai perubahan telah berlaku dengan sepat di dunia hari ini. Ahli-ahli psikologi dansosiologi telah banyak memberi sumbangan kepada pembaharuan dalam amalanpengajaran yang menghasilkan mutu pendidikan yang lebih tinggi.Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan.Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa KabinetMengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu,Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah mulai tahun 1989.KBSR menitikberatkan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengiraserta perkembangan individu secara menyeluruh iaitu dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Dengan cara inilah, individu-individuyang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia akan dihasilkan.
1.1Konsep Falsafah Pendidikan
Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandanganyang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripadausaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuanfalsafah ialah mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedomanuntuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.Berdasarkan huraian di atas,
falsafah pendidikan
boleh diertikan sebagaipedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan denganpendidikan.
1.2Latar belakang Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Sepertimana yang kita sedia maklum, negara kita Malaysia adalah sebuah negara yangsedang membangun. Justeru, agak penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan