Professional Documents
Culture Documents
SURAT PEKELILING BIL.6/68 DAN 8/68 BERTARIKH: 12 OKTOBER 1968 - TAMBAHAN KEPADA
SURAT PEKELILING PROFESSIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN (GANTUNG
PERSEKOLAHAN)
Penggantungan pelajar maksima 14 hari.
Ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan dalam masa satu bulan selepas tarikh kepada Menteri Pendidikan.
SURAT SIARAN KP (BS) 8591/JLD VII (57) BERTARIKH: 24 FEBRUARI 1997 - TINDAKAN SERTA
MERTA MEMBANTERAS MASALAH SOSIAL DI KALANGAN MURID-MURID
Mengenalpasti dan menyediakan maklumat murid bermasalah sosial.
Melaporkan maklumat itu kepada PPB/D dan JPN.
Memaklumkan kepada ibubapa/penjaga yang terlibat.
Mempertingkatkan usaha serta perhatian guru bimbingan terhadap murid yang terlibat.
PPB/D hendaklah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah untuk menangani masalah ini.
SURAT PEKELILING BIL.4/1997 BERTARIKH: 22 MEI 1997 - HUKUMAN KE ATAS MURID
MENGHISAP ROKOK
Pekeliling ini dibaca bersama Surat Pekeliling: Ikhtisas Bil. 6a/1975
Pengetua dan Guru Besar diberi kuasa merotan murid yang didapati bersalah menghisap rokok.
Bilangan pukulan rotan maksima sebanyak tiga kali.
Pelajar boleh dibuang sekolah jika masih mengulangi kesalahan merokok.