You are on page 1of 18

1

azianzb

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN(SMP)

HBME 1103: PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL

SEMESTER :JANUARI 2009

NAMA :AZIAN BIN ZAINUL BIDIN

NO. KP :720324-04-5199

NO.TELEFON :0136315366

EMEL :abhzb@yahoo.com

NAMA TUTOR :EN. LEE CHAI EAM

PUSAT PEMBELAJARAN :PPW OUM JOHOR BAHRU


2

azianzb
Soalan Tugasan

1. Guru pendidikan moral memainkan peranan penting dalam proses sosialisasi pelajar di
sekolah. Proses sosialisasi ini mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku setiap individu
dan membawa perubahan yang besar dalam hidup mereka.

b. Terangkan dengan ringkas LIMA agen utama yang membawa perubahan dalam proses
sosialisasi individu.

c. Huraikan dengan contoh-contoh yang sesuai, bagaimanakah anda sebagai seorang guru boleh
membawa perubahan di kalangan pelajar anda supaya menjadi generasi yang bertanggungjawab
dan berwawasan.

2. Bagi menggalakkan pengeluaran idea yang kreatif di kalangan pelajar, guru boleh
menggunakan kaedah penyelesaian konflik.

Pilih SATU topik yang sesuai bagi pelajar Pendidikan Moral, Tahun Enam. Huraikan hasil
perbincangan pelajar anda dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek berikut:

a. Topik perbincangan dan garis panduan

b. Semua cadangan dan idea yang mungkin diperbincangkan dan dihasilkan (sekurang-
kurangnya LIMA idea / cadangan)

c. Rumusan
3

azianzb

Isi Kandungan

Perkara Muka Surat

1.Soalan Tugasan 2

2.Seuas Kata 3

3.Pendahuluan 5

4.Soalan 1 9

5.Soalan 2 15

7.Lampiran 17

8.Rujukan 18

SEULAS KATA
4

azianzb
Pertama sekali saya bersyukur di atas kurniaan dan limpah rezekinya daripada ALLAH SWT
dengan mengizinkan saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini. Pada mulanya saya
tidak dapat menjangkakan apakah yang akan direncanakan di dalam tugasan Pengenalan
Pendidikan Moral HBME 1103 ini tetapi hasil kesepakatan rakan-rakan sealiran dan penerangan
daripada Encik Lee Chai Eam sebagai tutor dapat juga tugasan ini disiapkan dengan jayanya.

Mudah-mudahan kerja yang sedikit ini akan dapat memberikan manfaat yang besar dan berguna
kepada perkhidmatan masyarakat kesluruhannya dan juga kepada pengetahuan saya sendiri serta
dapat menaik taraf mutu perkhidmatan pendidikan di negara ini.

Menyentuh pada tajuk tugasan ini ianya tidaklah begitu sukar dan boleh dilaksanakan jika saling
bekerjasama dan sikap tolong–menolong diamalkan

Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat di
dalam menjayakan setiap perkataan di dalam tugasan ini sehingga ianya sempurna dan dapat
dihantar tepat pada waktunya.

Sekian terima kasih,

Azian bin Zainul Bidin

720324045199

1.0 Pengenalan
Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada perlu
menyampaikan pelajarannya dengan berkesan beliau perlu menjadi contoh kepada pelajarnya.
5

azianzb
Guru Pendidikan Moral bukan sahaja mengajarkan nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi
harus menghayati serta mengamalkannya. Mereka ialah ‘Role Model’ yang merupakan kayu
ukur kepada perkembangan moral pada pandangan pelbagai pihak, khususnya pelajar-pelajar di
sekolah tersebut.

Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah
mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. Ini bermakna kanak-
kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral yang dipelajari mereka
daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah. Kerencaman latar belakang ini
mewujudkan pelbagai persoalan moral dari segi pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-
kanak yang masih boleh dilentur. Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu
sendiri merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah,
cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan pengaruh
secara tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah. Kanak-kanak yang
belajar di sekolah ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan
lebih mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya.

Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah tertanam dalam
diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral dengan mengambil
kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada. Guru dikehendaki
memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing mereka semasa
pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan. Pendidikan Moral di sekolah digunakan untuk
memperkembangkan pengetahuan moral kanak-kanak ke arah mencapai matlamat kurikulum
untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi.

Selain itu, guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif seiring
dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral di kalangan anak didiknya. Di bawah
rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain. Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan
unsur-unsur ini yang membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluruh dan
6

azianzb
seimbang. Justeru itu, untuk mencapai Matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah
akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan
mereka melalui mata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung, dan melalui mata pelajaran-
mata pelajaran lain secara tidak langsung. Objektif-objektif khusus Pendidikan Moral di bawah
rancangan KBSM adalah untuk membolehkan pelajar:-
· Mengukuhkan amalan, tingkah laku dan sikap moral yang telah diperoleh di bawah rancangan
KBSR,
· Menyedari, memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan;
· Dapat membuat pertimbangan yang rasional dan bertindak berasaskan prinsip-prinsip moral;
· Boleh memberi sebab yang munasabah berdasarkan prinsip-prinsip moral semasa membuat
sesuatu keputusan; dan
· Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan.

Sehubungan itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar kita adalah
tanggungjawab guru Pendidikan Moral. Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai
seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai,
iaitu menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang
bermoral tinggi serta mulia.

Sekolah adalah agen mempersiapkan diri pelajar dengan persekitarannya. Institusi pendidikan
merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan untuk mencapai objektif pendidikan secara
berterusan. Faktor-faktor persekitaran akan mempengaruhi input organisasi pendidikan dan
output organisasi pendidikan tersebut akan digunakan oleh alam sekitarnya.Penubuhan sekolah
wawasan, sekolah bestari , penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dan
agenda nisbah sains – sastera merupakan perubahan pendidikan yang perlu dilaksanakan segera.
Semua ini dipengaruhi oleh perubahan dalam bidang ekonomi, politik, sosiologi masyarakat dan
perubahan dasar kerajaan. Sesuatu perubahan tidak sahaja berasaskan suatu himpunan keadaan :
perubahan di dalam dan di luar sistem sekolah atau sebuah sekolah juga perlu difikirkan.Citarasa
dan kehendak manusia berbeza-beza. Manusia memberikan nilai-nilai tertentu kepada sesuatu
perkara. Contohnya kini perbinaan sekolah telah berubah dan menampakkan perbezaan antara
7

azianzb
satu sekolah dengan sekolah yang lain. Pembinaan bangunan berasaskan ‘design on site’
dilakukan supaya sesuai dengan mukabumi , cita rasa masyarakat sekitarnya dan warga sekolah
lebuh sayang kepada sekolah kerana ada ciri –ciri yang membezakannya. Kegiatan ko kurikulum
pula berubah daripada permainan bola sepak dan sepak takraw kepada permainan skuasy, golf,
bowling dan renang. Semua ini menjadi agenda utama dalam perubahan pendidikan kerana mutu
sukan negara dalam sukan-sukan ini semakin meningkat.

Falsafah pendidikan negara berhasrat melahirkan generasi yang berwawasan dan menjadi
generasi yang diperlukan oleh masyarakatnya. Kementerian Pendidikan mempunyai garis
panduan yang melarang pihak luar campurtangan dalam pentadbiran di sekolah. Namun kita
harus ingat sekolah sebenarnya sebuah institusi sosial  :

 Sekolah sebagai institusi masyarakat. Masyarakat di sekeliling sekolah boleh


memberikan sumbangan wang ringgit, moral , material dan lain-lain kepada
pembangunan sekolah.
 Masyarakat dapat membantu membaiki disiplin pelajar. Kiranya ada pelajar yang
ponteng dan menghisap rokok di luar kawasan sekolah, pihak luar tidak harus berdiam
diri. Sebaliknyanya berkerjasama dengan polis , menangkap dan memulihkan pelajar
berkenaan.

 Masyarakat memerlukan tenaga sukarela dan pemimpin. Tanggungjawab melahirkan


semangat sukarela dan menyemai ciri-ciri kepimpinan adalah tugas utama pihak sekolah.

 Masyarakat mahukan anak-anaknya berugama. Oleh itu masyarakat sekitar dapat


membantu sekolah dalam pendidikan islam dan pendidikan moral.

 Kemahiran yang dimiliki oleh ahli masyarakat dapat dikongsi bersama dengan pelajar.
Contohnya ahli masyarakat yang bijak dalam permainan bowling, boleh menjadi
jurulatih. Bank-bank yang ada di sekitar sekolah pula boleh memberikan motivasi kepda
pelajar yang kurang minat kepada matematik. Kilang-kilang yang ada dapat
menyumbangkan bahan terpakai dan mesin-mesin lama untuk dibaiki oleh pelajar
sekolah teknik.
8

azianzb
Keutuhan institusi pendidikan adalah tanggungjkawab bersama. Deretan pakar-pakar pendidikan
merumuskan falsafah pendidikan negara. Negara perlu dibangunkan bagi menghadapi
mengahdapi masa depan yang tidak menentu. Ramalan –ramalan berasaskan teori dan strategi
yang berkesan bagi memastikan rakyat bersedia menghadapi sebarang rintangan ( john naisbitt :
1990 )

2.0 Soalan (b)


Lima agen utama yang membawa perubahan dalam proses sosialisasi ialah:
9

azianzb
2.1.Keluarga
Pengkaji teori pembelajaran sosial berpendapat bahawa ibubapa adalah orang yang paling peka
terhadap perkembangan moral seseorang kanak-kanak pada peringkat awal. Kanak-kanak akan
diasuh menerusi proses praktis pemeliharaan dan menerusi tingkahlaku yang akan diteladani.
Asuhan memainkan peranan yang penting dalam proses sosialisasi individu. Ibubapa yang
bersikap penguasaan serta autokratik akan mendapati anak-anaknya begitu taat pada arahan
tetapi menjadi pasif dalam tingkahlaku mereka. Sebaliknya, ibubapa yang mengamalkan sikap
bebas akan mendapati sikap anakanaknya tidak bersopan-santun, tidak bertanggungjawab dan
tidak boleh berdikari.Ibubapa yang mengamalkan cara demokrasi dan membincangkan masalah-
masalah dengan anak-anak mereka serta mempertimbangkan pendapat anak-anak, apabila
membuat keputusan-keputusan penting, akan mendapati anak-anak mereka mempunyai
keyakinan diri yang tinggi. Kanak-kanak ini juga akan menjadi lebih aktif, cerdas dan lebih
bersopan santun.Selain itu, saiz keluarga juga akan mempengaruhi proses sosialisasi individu,
iaitu dengan interaksi secara lisan dan fizikal antara individu, contohnya di antara adik-beradik.
Interaksi ini akan membantu individu bercakap lebih awal serta memperkembangkan dan
menambahkan perbendeharaan katanya. Nilai-nilai yang diwujudkan oleh adik-beradiknya
akan disanjung tinggi oleh seseorang individu.

2.2.Rakan sebaya
Rakan sebaya merupakan satu lagi faktor yang mempengaruhi proses sosialisasi. Pengaruh
keluarga semakin merosot apabila kanak-kanak meningkat remaja. Apabila mereka menjadi
semakin dewasa, kumpulan sebaya menjadi pengaruh yang lebih berkesan dalam proses
pembentukan budi pekerti mereka. Oleh kerana keperluan untuk diterima oleh kumpulan sebaya
amat penting kepadanya, seseorang remaja akan menepati norma dan nilai yang ditonjolkan oleh
kumpulan tertentu. Ini boleh membawa samada kesan positif ataupun negatif. Cara berpakaian,
fesyen rambut dan sifat seseorang boleh dipengaruhi oleh kegemaran dan khayalan kumpulan
tersebut. Bandura juga berpendapat bahawa ibubapa bukanlah merupakan rol model untuk
kanakkanak. Perlakuan orang dewasa yang lain, rakan sebaya dan punca-punca simbolik yang
lain juga ditiru oleh kanak-kanak.
Pengaruh kumpulan sebaya menjadi lebih utama diperingkat remaja. Kumpulan remaja
merupakan satu punca nilai-nilai dan akan memainkan peranan yang utama dalam menentukan
10

azianzb
kedudukan nilai yang diterima dan diamalkan oleh seseorang individu terutamanya mangenai
corak dan tingkahlaku yang mereka anggap perlu dipatuhi. Walaupun pengaruh kumpulan
sebaya amat mempengaruhi di peringkat remaja, ia juga berperanan penting dalam pelbagai
peringkat umur. Ia juga penting di peringkat ‘geng’, iaitu semasa kanak-kanak berumur antara
tujuh dan lapan tahun. Piaget mengatakan bahawa bukan sahaja pembelajaran moral berpunca
daripada sumber ini, malah aktiviti kerjasama dan persefahaman yang berlaku di antara rakan
sebaya juga merupakan prasyarat bagi perkembangan autonomi. Sebaliknya kohlberg
menyatakan bahawa perkembangan moral di kalangan kanak-kanak yang dipencil atau
diasingkan adalah tidak berbeza daripada kanak-kanak yang banyak menerima pendedahan.

2.3.Sekolah/Institusi
Sekolah merupakan agen kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi pengajaran adalah untuk
melahirkan nilai-nilai kebudayaan. Dengan itu, proses sosialisasi pelajarpelajar merupakan satu
fungsi yang sah serta positif untuk dikendalikan oleh pihak sekolah. Menurut Durkheim, peranan
pendidikan moral dan tugas sekolah adalah untuk mengajar pelajar-pelajar tentang nilai-nilai
kemanusiaan dan kemasyarakatan. Beliau berpendapat bahawa keluarga terlalu kecil dan terlalu
berunsur peribadi untuk menggambarkan keseluruhan sistem sosial. Juga, beliau
mengganggapkan guru sebagai agen yang utama dan merupakan pertalian yang kritikal dalam
proses pengaliran kebudayaan. Ahli-ahli teori pembelajaran sosial lebih mementingkan peranan
ibubapa tetapi model tersebut adalah konsisten dengan pendapat Durkheim yang mengatakan
bahawa sekolah merupakan alat masyarakat untuk mengalirkan nilai-nilai moral dan
kebudayaan. Oleh kerana pelajar-pelajar berada di sekolah setiap hari selama 6 hingga 8 jam,
sekolah amat mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar tersebut. Kadangkala konflik nilai
boleh berlaku akibat perbezaan di antara nilai dan norma pelajar yang diajar di rumah dan di
sekolah. Contohnya, sekolah mengajar pelajar tentang keburukan merokok, manakala di rumah,
terdapat ibubapa yang merokok dan tidak menghiraukan samada anak mereka mencontohi dan
mengikut tabiat mereka atau tidak.

2.4.Komuniti/Masyarakat
Masyarakat dimana seseorang itu dibesarkan mempunyai peranan yang tidak kurang pentingnya
dalam membentuk personaliti anggotanya. Ahli psikologi Margaret Mead telah menjalankan
11

azianzb
kajian keatas beberapa masyarakat primitif. Mead mendapati dalam masyarakat Samoa terdapat
zaman perantaraan yang harmoni antara zaman kanakkanak dan dewasa. Mereka dibimbing oleh
masyarakat sekeliling dan hidup ditentukan dengan jelas melalui pemuafakatan dan tidak
terdapat punca-punca yang nyata bagi menimbulkan sebarang kerunsingan. Jarang terdapat
perbuatan kurang bermoral di dalam masyarakat tersebut kerana setiap anggotanya dianggap
sebagai ahli keluarga terdekat yang perlu dijagai dengan sempurna. Kajian beliau di Amerika
Syarikat adalah sebaliknya. Masyarakatnya tidak mempedulikan hal orang lain menyebabkan
pelbagai perbuatan kurang bermoral dari peringkat kanak-kanak lagi. Menurut Kohlberg (1981)
pula, kanakkanak perlu berinteraksi dengan masyarakat tidak kira tahap umur kerana ini
membolehkan mereka bertingkahlaku sesuai dengan norma-norma masyarakat seperti orang
dewasa. Masyarakat yang sensitif melahirkan kanak-kanak yang peka terhadap keadaan
sekeliling.

2.5.Media Massa
Satu lagi faktor yang mempengaruhi proses sosialisasi ialah media massa. Kanak-kanak
didedahkan kepada pelbagai jenis media massa seperti radio, suratkhabar, dan televisyen ataupun
buku-buku yang memang mempengaruhi perkembangan moral mereka. Iklaniklan dari majalah,
suratkhabar dan sebagainya juga memainkan peranan yang sama.Melalui peniruan dan modeling,
kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh model-model yang simbolik daripada media massa. Secara
tidak disedari, melalui program dan bahan yang dihasilkan khas untuk kanak-kanak, pengajaran
moral dan peranan kanak-kanak sebagai anggota masyarakat disampaikan kepada mereka.
Contohnya seperti cerita-cerita dongeng, Aesop dan sebagainya. Namun, masalah yang serius
mungkin timbul apabila program dan bahan bacaan yang tidak sesuai timbul, misalnya
keganasan, kebendaan dan pergaulan bebas ditonton dan dibaca oleh kanak-kanak. Pengiklanan,
khususnya jenis iklan memujuk, yang menumpukan kepada keinginan memiliki barang atau
perkhidmatan, juga boleh meninggalkan kesan buruk atau pengaruh yang tidak baik kepada
kanak-kanak.Dengan perkembangan sains dan teknologi, media massa boleh mempengaruhi
kemoralan sesuatu kelompok atau masyarakat dengan mendedahkan masyarakat itukepada
norma dan nilai masyarakat lain. Dengan itu, maka perlulah diadakan satu tahap atau standard
untuk sebarang tingkahlaku yang membayangkan kemoralan masyarakat Malaysia yang tidak
12

azianzb
tercemar. Pelajar-prlajar oula hendaklah diberi perlidungan dan dididik sebaiknya agar mereka
dapat menilai pengaruh luar, mana yang baik dan bermoral, mana pula yang sebaliknya.

3.0 Soalan (c)


Huraikan dengan contoh-contoh yang sesuai, bagaimanakah anda sebagai seorang guru boleh
membawa perubahan di kalangan pelajar anda supaya menjadi generasi yang bertanggungjawab
dan berwawasan

Terdapat pelbagai bentuk perubahan yang boleh dilakukan dalam sesebuah organisasi sekolah.
Biasanya perubahan di sekolah dikaitkan dengan konsep penambahbaikan iaitu satu bentuk
perubahan yang terancang secara berterusan. Perubahan terancang bermaksud:

‘That the change is acticipated, directed and made to accur.The and product of the succesful
planed changed effort is the atainment of a predetermined objectives (Hussein, 1993 : 262)

Pernyataan di atas bermaksud perubahan terancang bertujuan untuk mengubah keadaan yang
kurang memuaskan pada masa kini. Keadaan kurang memuaskan itu wujud akibat amalan dan
pengurusan bilik darjah secara yang tidak berkesan, masalah disiplin dan prestasi pelajar.
Matlamat perubahan terancang di sekolah adalah untuk mendapatkan perseimbangan antara apa
yang diharapkan (ideal) dengan apa yang tercapai (real). Secara umumnya perubahan terancang
di sekolah memerlukan strategi dan pelan tindakan Antara strategi termasuklah pembangunan
organisasi seperti meningkatkan keupayaan dan kebolehan ahli seperti guru-guru dan kakitangan
bukan guru di sekolah.

Bagi guru pendidikan moral perubahan boleh dilakukan dengan memberi penekanan kepada
aspek-aspek nilai dan sikap yang baik yang perlu diamalkan dari semasa ke semasa. Peranan dan
tanggungjawab guru dalam melahirkan generasi yang berwawasan dan berkualiti, kualiti guru
amat berkait rapat dengan soal keguruan sebagai satu profesion. Secara amnya, keguruan
merupakan satu profesion kerana ia mempunyai ciri-ciri utama yang sepunya dengan profesion
lain seperti doktor atau peguam.
13

azianzb
Oleh itu, guru perlu menghadiri kursus-kursus dalam perkhidmatan serta melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka.
Akhirnya, setiap profesion mempunyai automoni sendiri untuk membuat keputusan sendiri
tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid di dalam dan di
luar bilik darjah. Guru mempunyai tanggungjawab moral untuk menjadi profesional iaitu
bertindak secara profesional dalam pekerjaan perguruan. Dewasa ini, guru masih terkeliru
dengan tanggungjawab mereka di sekolah dengan beranggapan bahawa tugas mereka ialah
mengajar sesuatu mata pelajaran kepada pelajar sebagaimana yang telah diarahkan oleh pihak
sekolah. Sedangkan tugas mereka sungguh bermakna dan mulia itu iaitu sebagai seorang
pendidik yang akan mendidik pelajar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.

Oleh yang demikian itu tugas guru tidak hanya terbatas sebagai seorang pengajar semata-mata
yang mana apabila di luar waktu persekolahan ia sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan
dengan para pelajarnya. Tanggapan yang salah seperti ini perlu dikikis oleh setiap guru demi
melahirkan generasi yang memiliki kekuatan emosi, moral dan minda sebagai persediaan
menghadapi cabaran menuju alaf baru. Setiap guru perlu menganggap diri mereka sebagai
teman, fasilitator dan kaunselor kepada pelajar.

Justeru itu, sistem hubungan dua hala antara guru dan pelajar di mana penulis telah
membincangkan sebelum ini haruslah diwujudkan di sekolah-sekolah iaitu bukan sekadar
melibatkan masalah akademik tetapi juga masalah peribadi pelajar untukmembolehkan pihak
sekolah mengesan gejala yang tidak sihat di peringkat awal sebelum mereka benar-benar terjebak
dalam kes polis. Antara cara yang boleh dilaksanakan di dalam menjadikan murid lebih
bertanggungjawab dan berwawasan ialah:
3.1. Pemupukan Nilai-Nilai Murni
Spiritual Quotient (SQ) merujuk kepada nilai dan kelakuan personal. Ia sebagai satu garisan
pemisah terhadap baik dan buruk, betul dan salah. Melalui pendidikan, remaja perlu dilatih
supaya menyedari tanggungjawab beragama dan berakhlak; mematuhi perintah Tuhan,
menghormati ibu bapa, membenci rasuah dan dadah, menjadi orang yang berbudi pekerti mulia
serta seterusnya menjadi warganegara yang taat dan setia. Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral telah dilaksanakan di semua sekolah rendah pada tahun 1982 dan 1983 bertujuan untuk
14

azianzb
mendedahkan para pelajar kepada nilainilai murni. Pengajaran "fakta" memang berbeza daripada
pengajaran "nilai". Ia mesti diperkukuhkan dengan kesedaran, keyakinan dan amalan. Tetapi
nampaknya kita perlu menyahut seruan Perdana Menteri berikutan gejala social yang masih
menjadi-jadi. Beliau menyeru supaya kita memikirkan bagaimana unsurunsur moraliti, jati diri,
kejituan ilmu dan sebagainya itu dapat "dianyam" secara lunak ke dalam keseluruhan sistem
pendidikan kita tanpa menamakan mana-mana mata pelajaran khusus sebagai kursus moral dan
sebagainya. Untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan, nilai-
nilai murni perlu disisipkan melalui semua mata pelajaran dan diperkukuhkan pula melalui
kegiatan-kegiatan ko-kurikulum dan pembentukan budaya sekolah yang positif. Ringkasnya,
untuk menjayakan penerapan nilai dalam KBSM, kurikulum formal perlu dilaksanakan secara
bersepadu dengan kurikulum tidak formal.

3.2 Kerja Berpasukan


Guru pada masa ini tidak mempunyai kesempatan secukupnya untuk mengawal masalah sosial di
kalangan remaja.Salah satu cara bagi mengekang masalah tersebut ialah dengan cara menerapkan
satu elemen penting TQM dengan menjalankan projek secara berkumpulan sama ada di dalam
kelas atau di luar bilik darjah , pelajar seharusnya bekerja secara berpasukan dan bukan secara
individu. Sekiranya projek ini diolah dengan sebegini rupa, secara tidak langsung pelajar akan
menyedari yang matlamat berpasukan adalah lebih penting daripada matlamat peribadi.
Sekaligus ini menggalakkan pelajar untuk saling bekerjasama demi kebaikan pasukan. Jika
persekitaran ini didedahkan kepada pelajar dari awal lagi, budaya berpasukan ini boleh
diterapkan sehingga ia menjadi sebati dengan jiwa pelajar. Banyak kajian menunjukkan
sekiranya sesuatu itu dilakukan dengan berulang kali, lambat laun ia akan menjadi tabiat dalam
budaya. Turner R. mencadangkan supaya kunjung-mengunjungi di kalangan guru sesama
sendiri. Saranan ini bukan sahaja mengaplikasikan kerja secara berpasukan, tetapi juga menolak
pemikiran bukan TQM iaitu hanya guru senior sahaja yang perlu untuk melakukan pemantauan
ke atas kelas guru baru demi menentukan kebolehannya. Motif di sebalik kunjungan kelas ini
ialah mencari pengalaman mengajar dan bukan untuk mencari kesilapan seseorang guru. Proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih cekap akan dapat digunakan. Jadi, motif atas TQM ialah
apa yang boleh dipelajari daripada mereka.
15

azianzb
4.0 Soalan 2

4.1 KAEDAH/STRATEGI PENYELESAIAN KONFLIK

a) Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu
sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
Ia boleh didekati sebagai aktiviti permainan pada peringkat sekolah rendah dan berkembang
menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah,
universiti dan latihan profesional. Selain itu, ia juga menekankan pengeluaran idea daripada
pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

Cara-cara mengimplementasikan kaedah penyelesaian konflik:


1. Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid.
2. Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas.
3. Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan
dalam sesi umum.
4. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak.
5. Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan.
6. Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea.
7. Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
8. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.
9. Digalakkan menggunakan prinsip 5W (What? Why? Who? Where? How?).
10. Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik.
11. Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan.

Topik perbincangan (lampiran Huraian Pelajaran pendidikan Moral Tahun 6)

Mengenai isu berkaitan dengan kekeluargaan. Bagaimana murid menjaga diri dan ahli keluarga
iaitu dengan mengamalkan nilai-nilai murni yang baik dan diamalkan setiap masa.

i) Murid akan berada di dalam kumpulan dan berbincang sesama ahli kumpulan bagi
mengelurkan idea atau hujah-hujah berkaitan dengan pemupukan nilai-nilai murni
16

azianzb
yang patut diamalkan setiap masa. Setiap ahli kumpulan diberi hak untuk
mengeluarkan pendapat masing-masing.

ii) Setiap ketua kumpulan akan dipanggil untuk membentangkan hasil perbincangan
mereka di dalam kumpulan dan membentangkan hasil dapatan daripada kumpulan
masing-masing. Guru akan membuat penilaian berkaitan dengan topik pembentangan
mereka.

iii) Guru akan membuat rumusan berkaitan dengan hasil pembentangan kumpulan
masing-masing dan memberikan penilaian yang sewajarnya. Murid akan diberikan
penilaian tentang apa yang telah dipersembahkan itu. Bahan-bahan yang telah terhasil
akan dijadikan bahan bacaan kumpulan yang lain atau sebagai bahan pameran di
dalam kelas.

b)Kesemua cadangan atau idea murid mengikut kumpulan masing-masing akan dicatatkan:

i-murid akan lebih berani mengeluarkan idea

ii-kaedah pengajaran kana lebih tersusun dan berfokus

iii-murid boleh menjadi ketua di dalam kumpulan masing-masing

iv-pembelajaran akan lebih seronok dan murid akan dapat mengambil bahagian.

v-guru sebagai pemudahcara atau fasilitator bagi membantu aktiviti murid

c) Rumusan

Hasil daripada pendidikan moral, seseorang individu akan mempunyai sifat-sifat seperti berikut:
1. Menghormati autoriti (seperti ibubapa dan guru, pemimpin negara atau agama) yang
menunjukkan contoh dan teladan serta amalan yang diterima sebagai bermoral.Mereka akan
menghormati agama dan kepercayaan orang lain serta menyayangi nyawa mereka dan juga
menghargai nyawa orang lain. Orang yang berpendidikan moral membuat keputusan moral
secara autonomous dan setelah menimbangkan segala fakta, alternatif dan kesannya.
17

azianzb
2. Melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang tekanan, tetapi ia berdasarkan sebab yang
munasabah serta motif dan tujuan yang rasional. Segala fakta yang berkaitan dengan isu yang
dipersoal akan dipertimbangkan secara objektif sebelum sesuatu keputusan dibuat.
3. Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam satusatu
situasi. Kesedaran tentang perasaan dan kepentingan orang lain haruslah dititikberatkan dalam
sesuatu situasi dan keputusan moral.
4. Mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang benar selepas
keputusan moral diambil. Seseorang akan sukar untuk bertindak sekiranya dia tidak bermotivasi
untuk melakukannya.
5. Mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan secara konsisten
berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan moral yang asas.

Rujukan:

1.Modul OUM Pengenalan Pendidikan Moral HBME1103 2007.

2.Buku pendidikan Moral Tahun 6, Kementerian Pelajaran Malaysia,2009,Kuala Lumpur.

3.Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 6. PPK. Kuala Lumpur.

4. www.geocities.com/clf_devilzx/hsp_moral_f4.pdf -
18

azianzb
5.www.educ.upm.edu.my/program.htm –

6.cikguonline.com/index.php?showtopic=111 –

7.pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=rujukan -

You might also like