You are on page 1of 48

7

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Sejarah membuktikan bahawa kayu telah digunakan secara meluas oleh


manusia. Kayu adalah sumber binaan yang mudah, semulajadi dan murah. Aplikasi
terhadap bahan ini juga mudah dan penggunaannya tidak memerlukan peralatan
teknologi yang tinggi. Masyarakat Malaysia telah lama menggunakan kayu sebagai
bahan binaan dengan wujudnya rumah, istana dan kapal perdagamgam dari dahulu
sehingga sekarang.

Zaman berubah dan begitu juga perkembangan teknologi pembinaan.


Penggunaan kayu yang sebelum ini begitu pesat telah mewujudkan permintaan tinggi
terhadap industri kayu. Ini menyebabkan kesusutan sumber hutan dan meningkatkan
harga kayu di pasaran. Alternatif kepada sumber bahan yang lain menyebabkan
penggunaan konkrit bertetulang dan kekuli diperkenalkan. Penggunaan kayu telah
dihadkan kepada penggunaan berasaskan spesis, saiz dan kualiti kayu. Kayu kini
dijadikan bahan binaan sementara dan jurutera kurang menggunakan kayu sebagai
bahan binaan yang utama.
8

Jadual 2.1 menunjukkan perbandingan bagi beberapa bahan binaan sebagai


pilihan kepada jurutera ketika melaksanakan kerja-kerja rekabentuk. Daripada Jadual
2.1 didapati penggunaan kayu adalah terhad kerana kekuatannya yang rendah serta
kualitinya yang tidak terkawal. Oleh itu kayu dikategorikan sebagai bahan
sampingan dari segi kejuruteraan.

Jadual 2.1: Perbandingan kayu dengan bahan binaan lain [14]


Bahan Bata, Konkrit
Kayu Keluli
Ciri-ciri Konkrit Bertetulang
30 bagi konkrit
Modulus Elastik 15kN/mm2 25kN/mm2 200kN/mm2
460 bagi keluli
Rintangan Daya Sangat
Baik Baik Sangat Baik
Tegangan Lemah
Rintangan Daya Sangat
Lemah Sangat Baik Baik
Mampatan Baik
Berat Per Isipadu Rendah Sederhana Sederhana Tinggi

Kos Rendah Sederhana Tinggi Sangat Tinggi


Tidak
Kualiti Terkawal Terkawal Kualiti Tinggi
Terkawal
Masa Pemasangan Cepat Sederhana Lambat Cepat

Keperluan Mesin/Loji Rendah Rendah Tinggi Sangat Tinggi

Walaupun penggunaanya dalam bahan binaan tidak sepesat dahulu namun


usaha mempertingkatkan kualiti dan keupayaan kayu masih lagi dijalankan.
Teknologi Kejuruteraan telah menemui teknologi baru untuk kayu iaitu peningkatan
gred tegasan, kaedah sambungan, penjanaan sisa kayu dan penghasilan bentuk kayu
baru yang lebih dikenali sebagai penghasilan kayu lapis berperekat. Industri kayu di
Malaysia merupakan dari jenis kayu yang sesuai digunakan sebagai bahan
pembinaan dan ia terdiri daripada sumber kayu iklim sederhana dan kayu hutan
Tropika. Kayu sebagai bahan pembinaan dikategorikan kepada tiga kategori iaitu
kayu keras berat, kayu keras sederhana dan kayu keras ringan. Pengumpulan
9

kekuatan kayu pula dibahagikan kepada tujuh kumpulan dari SG 1 hingga SG 7 (lihat
jadual 2.4). Jadual 2.2 menunjukkan ketumpatan kayu berserta kesesuaiannya [2].

Jadual 2.2: Ketumpatan Kayu Dan Kesesuaian Mengikut Jenis Kayu


JENIS KETUMPATAN KESESUAIAN
Kayu Keras Berat 800 – 1100 kg/m³ Pembinaan Berat
Kayu Keras Sederhana 700 – 800 kg/m³ Pembinaan Sederhana Berat
Kayu Keras Ringan 400 – 700 kg/m³ Pembinaan Ringan

2.2 Sifat-Sifat Fizikal Kayu

Berdasarkan kepada fakta bahawa kayu adalah suatu bahan yang berubah-
ubah, maka kekuatannya bergantung kepada banyak faktor yang akan
mempengaruhinya secara bersendirian ataupun secara bersesama dan akan
memberikan kesan kepada kekuatan dan kebolehkerjaan kayu. Di antara sifat-sifat
fizikal yang amat mempengaruhi sifat-sifat kayu adalah seperti yang dibincangkan di
bawah.

2.2.1 Kandungan Lembapan

Kandungan lembapan ditakrifkan sebagai nisbah berat air dalam kayu


terhadap berat kering dan dinyatakan dalam unit peratusan seperti formula di bawah :

Berat Kayu Ketika Lembap


Kandungan Lembapan = x 100%
Berat Kayu Ketika Kering
10

Menurut Engku garis pemisah untuk keadaan lembap dan keadaan kering
ialah pada kandungan lembapan 19% dan tahap ini dinamakan sebagai takat serat
tepu. [7]. Rajah 2.1 menunjukkan bahawa dibawah takat serat tepu, kekuatan kayu
meningkat dengan berkurangnya kandungan lembapan manakala di atas takat serat
tepu pula, kekuatan kayu tidak berubah [2].

Takat serat tepu

120
100
Kekuatan (%)

80
60
40
20
0
0 20 40 60 80 100
Kandungan Lembapan (%)

Rajah 2.1: Hubungan diantara kekuatan dan kandungan lembapan

2.2.2 Pengecutan Dan Pengembangan

Dimensi kayu adalah stabil apabila kandungan lembapannya lebih besar


daripada takat serat tepu. Dimensi kayu akan berubah apabila ia menerima atau
kehilangan lembapan di bawah takat ini. Ianya akan mengecut apabila ia kehilangan
lembapan daripada dinding sel dan mengembang apabila lembapan di dalam dinding
sel bertambah. Pengembangan dan pengecutan akan menyebabkan ledingan, rekahan
dan bukaan pada lantai jalur. Oleh sebab itu, adalah penting fenomena ini difahami
dan bila ianya akan memberi kesan kepada penggunaan kayu [13].
11

Kayu adalah bersifat anisotropik dan ianya akan mengecut lebih pada arah
tangen iaitu separuh daripada pengecutan dalam arah radial dan hanya sedikit
pengecutan berlaku dalam arah ira. Kesan daripada gabungan pengecutan radial dan
tangen akan menyebabkan berlakunya ubahbentuk kepada anggota kayu kerana
terdapat perbezaan dalam arah pengecutan dan lengkung cincin tahunan. Rajah 2.2
menunjukkan jenis-jenis ubahbentuk utama akibat daripada kesan ini [13].

Rajah 2.2: Kesan ubahbentuk akibat pengecutan

2.2.3 Ketumpatan

Ketumpatan adalah penanda utama terbaik dalam penentuan ciri-ciri kayu dan
merupakan faktor utama dalam menentukan kekuatan kayu. Graviti tentu atau
ketumpatan bandingan adalah ukuran bagi kayu padu yang paling penting.
Ketumpatan ditakrifkan sebagai nisbah diantara berat kayu kering kepada berat
isipadu air yang sama. Oleh kerana isipadu air berubah dengan kandungan lembapan,
maka graviti tentu kayu dinyatakan pada kandungan lembapan tertentu. Graviti tentu
12

asas bagi kayu komersil adalah diantara 0.29 hingga 0.81 dan kebanyakannya berada
diantara 0.35 dan 0.60.

2.2.4 Kecerunan Ira

Ira merupakan jalur-jalur tisu selulos mengikut arah tertentu pada permukaan
kayu. Terdapat beberapa jenis ira iaitu ira lurus, ira serong, ira pusar, ira gelombang
dan sebagainya. Ira wujud secara semulajadi atau terbentuk ketika
prosespemotongan. Ira dianggap sebagai suatu kecacatan kerana mempengaruhi
kekuatan kayu. Semakin cerun ira kayu maka semakin rendah kekuatan kayu [15].
Ini disebabkan kekuatan kayu pada arah selari dengan ira adalah 10 kali ganda lebih
daripada kekuatan kayu pada arah serenjang dengan ira.

Jadual 2.3 memberikan nilai kecerunan ira maksimum berdasarkan gred kayu
seperti yang disarankan oleh MS 544.

Jadual 2.3: Kecerunan ira maksimum [Table C2, MS 544:Part 2:2001]


Gred Kecerunan ira maksimum
Terpilih 1 dalam 16
Tertentu 1 dalam 10.7
Umum 1 dalam 8
13

2.2.5 Kecacatan Kayu

i. Kecacatan Semulajadi
Kecacatan ini terjadi semasa proses tumbesaran. Contoh-contoh kecacatan
semulajadi ditunjukkan dalam Rajah 2.3. Ini termasuklah :

 Retakan dan rekahan : Ianya mungkin terjadi pada bahagian-bahagian


tertentu pokok dan mungkin menjadi tanda awal kepada berlakunya
pereputan.

 Buku : Ianya adalah sifat yang biasa terjadi pada struktur kayu. Buku
adalah bahagian cabang pokok yang tumbuh melalui batang pokok
semasa proses tumbesaran.

 Kecacatan ira : Ira kayu adalah merujuk kepada arah susunan selulos
di dalam struktur kayu. Kecacatan ira boleh berlaku dalam bentuk ira
berpintal, ira bersilang, ira rata dan ira berpusar yang mana ianya akan
menimbulkan masalah herotan apabila digunakan.

 Reput akibat kulat : Ianya boleh terjadi kepada kayu balak yang telah
matang dan juga kepada kayu produk hasil kayu. Adalah lebih elok
kayu-kayu ini tidak digunakan dalam pembinaan.

 Ketebalan cincin tahunan : Ianya adalah kritikal dan berkaitan dengan


kekuatan iaitu cincin tahunan yang lebar akan mengurangkan
ketumpatan kayu.
14

Rajah 2.3: Jenis-jenis kecacatan semulajadi yang terjadi pada kayu[1].

ii. Kecacatan Kimia


Kecacatan ini mungkin terjadi apabila kayu digunakan pada tempat yang
tidak sesuai atau bila digabungkan dengan bahan lain. Kayu seperti oak dan
western red cedar mengandungi asid tanik dan bahan kimia lain yang boleh
menghakis bahan besi keluli. Getah dan damar kayu boleh mengurangkan
sifat kebolehkerjaan kayu dan menganggu dalam kerja-kerja pemerekatan.

iii. Kecacatan Semasa Mengilang


Kecacatan ini disebabkan oleh teknik yang tidak betul semasa memesin kayu
atau supaya dapat mengaut keuntungan dengan menggunakan semua
bahagian pokok untuk dijadikan produk kayu termasuk kepingan yang kecil.
Kewujudan wane adalah salah satu contoh kecacatan semasa mengilang.

iv. Kecacatan Semasa Pengeringan


Kecacatan semasa pengeringan berkait rapat dengan pergerakan di dalam
struktur kayu yang diakibatkan oleh perubahan kandungan lembapan.
Pengeringan yang berlebihan atau yang tidak sekata, dedahan kepada hujan
dan panas, dan kaedah penyusunan yang tidak betul semasa proses
pengeringan boleh mengakibatkan kecacatan dan ubahbentuk kepada kayu.
15

Kecacatan ini mempunyai kesan terhadap kekuatan struktur dan juga terhadap
pemasangan, kestabilan, ketahanlasakan dan hasil kemasan.

2.3 Kayu Sebagai Anggota Struktur

Setiap bahan binaan untuk anggota struktur mempunyai kemampuan dan


sifat-sifat mekanikalnya ynag membolehkan ia menampung beban luar yang
bertindak terhadapnya. Kelakuan dan cirri-ciri ini juga terdapat pada kayu dan
kemampuannya adalah berlainan dengan bahan binaan yang lain. Kebolehan kayu
untuk menampung daya luaran yang cuba mengubah ukuran atau bentuknya
menunjukkan keberkesanannya sebagai anggota struktur. Sifat-sifat mekanikal yang
diberi penekanan adalah seperti kekuatan tegangan, kekuatan mampatan, kekuatan
ricihan, kekuatan lenturan, lekahan, rintangan terhadap hentaman, modulus elastik,
getaran dan kekerasan [2].

Kayu merupakan bahan binaan yang semulajadi dan kekuatan mekanikalnya


tidak dapat ditentukan dengan tepat. Ia bergantung kepada jenis sepsis dan pada
bahagian mana kayu dihasilkan daripada pokok. Selain itu sifat-sifat mekanikal kayu
dipengaruhi oleh kandungan lembapan, ketumpatan kayu, faktor tempoh
pembebanan dan faktor kecacatan.

2.3.1 Kekuatan Tegasan

Kekuatan tegangan ialah sifat rintangan terhadap daya tegangan yang


menarik struktur kayu tersebut. Terdapat dua jenis kekuatan tegangan yang utama
iaitu kekuatan tegangan selari dengan ira dan tegak kepada ira. Kekuatan tegangan
16

selari dengan ira adalah jauh lebih tinggi daripada kekuatan tegangan tegak kepada
ira iaitu sehingga mencapai 40 kali ganda pada keadaan kering udara[1]. Kekuatan
tegangan ini bergantung kepada kekuatan serat, panjang dan tentu arahnya.
Lazimnya, hasil ujian dari makmal-makmal penyelidikan kayu, didapati bahawa
kekuatan tegangan kayu adalah lebih tinggi daripada kekuatan lenturnya.

a) Tegasan Tegangan

2.3.2 Kekuatan Mampatan

Kekuatan mampatan adalah sifat rintangan terhadap daya mampatan yang


menekan kayu itu. Ia diperhatikan dalam arah selari dan arah tegak kepada ira.
Kekuatan ini dinyatakan dalam bentuk tegasan dan kekuatan mampatan selari dengan
ira untuk kayu lampung adalah lebih kurang 1/3 daripada hingga ½ kekuatan
tegangan selari dengan iranya. Untuk kayu keras, dua jenis kekuatan ini adalah
hampir-hampir sama nilainya. Kekuatan mampatan tegak kepada ira adalah antara
10% hingga 30% daripada kekuatan mampatan maksimum selari dengan ira dan
mempunyai kaitan rapat dengan kekerasan kayu tersebut[3].

b) Tegasan Mampatan
17

2.3.3 Kekuatan Ricihan

Kekuatan ricihan ialah sifat rintangan kayu iaitu terhadap daya yang cuba
menggelangsarkan sebahagian daripada atas bahagian yang lain dan daya ini
dinamakan daya ricih. Terdapat empat jenis ricihan yang boleh berlaku pada kayu
iaitu ricihan selari dengan ira, ricih berserenjang dengan ira, ricihan serong dan
ricihan gelek[2]. Di antara semua jenis ricihan tersebut, ricihan selari adalah yang
paling penting dan perlu diberi perhatian. Ricihan tegak kepada ira dan ricihan
serong hanya berlaku kepada anggota kayu yang ditegaskan berlebihan dan jarang
diperhatikan kelakuannya. Ricihan serong berlaku pada suatu satah lebih kurang 45º
daripada satah memanjang manakala ricihan gelek adalah disebabkan oleh beban
yang melintangi kayu, di mana ricihan terjadi pada satah-satah yang selari dan
bersudut tegak dengan iranya. Jenis ricihan ini biasanya berlaku dalam bahan kayu
yang dibuat daripada papan lapis.

c) Tegasan Ricih

2.3.4 Kekuatan Lenturan

Kekuatan lenturan ialah ukuran kekuatan bahan yang ditentukan melalui ujian
lenturan static. Kerja melentur adalah jumlah kerja yang dilakukan untuk melentur
anggota struktur sehingga ke peringkat tertentu. Daripada ujian lenturan, nilai-
nilaiyang dikira adalah tegasan lentur pada beban maksimum atau modulus patah,
modulus kekenyalan dan kerja melentur. Modulus patah ialah tegasan yang terbentuk
18

pada tepi kayu ketika ia gagal atau patah dan dikira dengan anggapan bahawa teori
lenturan mudah berlaku.

d) Tegasan Lentur

2.3.5 Kekerasan Kayu

Terdapat dua pengertian kayu dalam menyentuh perkara kekerasan kayu ini
iaitu dari pandangan umum dan dari segi kejuruteraan. Dari segi umum kekerasan
kayu difahami sebagai senang atau susahnya untuk menggergaji dan diketam kayu
tersebut. Dari segi kejuruteraan pula kekerasan diertikan sebagai rintangan kepada
daya yang cuba melekukkannya. Kekerasan juga diertikan sebagai ketahanan
terhadap hausan dan ini bergantung kepada ketumpatan, kekukuhan dan lekitan sel-
sel kayu. Sifat-sifat ini sesuai untuk kegunaan lantai, kepingan kemasan lantai dan
pengalas.

2.4 Penggunaan Kayu Sebagai Anggota Struktur

Penggunaan kayu sebagai anggota struktur pada masa kini telah dihadkan di
atas sebab fungsi penggunaannya telah diganti oleh bahan pembinaan lain seperti
konkrit bertetulang dan kekuli. Penggunaanya lebih tertumpu kepada kegunaan
sementara seperti acuan, penyokong dan sekatan. Selain itu, penggunaan kayu juga
19

diaplikasikan untuk anggota kekuda, bumbung, tiang, rasuk, rangka pintu dan
tingkap bagi bangunan kayu kekal seperti rumah tradisional yang mempunyai nilai
estetika kemelayuan.

Anggota struktur kayu boleh didapati dalam bentuk kayu bergergaji dan kayu
lapis berperekat. Terdapat pengubahsuaian pada bentuk kayu asal untuk
meningkatkan keberkesanannya seperti penghasilan kayu lapis berperekat Berbagai-
bagai kelebihan yang wujud dari pengubahsuaian ini, di antaranya ialah menjadikan
sifat-sifat kayu lebih sempurna, kemas, menambahkan kekuatan, mudah dikerjakan
dan tahan kepada serangan serangga atau kebakaran.

2.5 Pengelasan Kayu

Kayu secara umumnya dikelaskan kepada dua kumpulan atau kategori besar
yang utama iaitu kayu keras dan kayu lembut[5]. Pengelasan ini dibuat berdasarkan
pengalaman dan pengetahuan orang-orang terdahulu yang terlibat secara langsung
dalam bidang kayu kayan. Terdapat juga kayu lembut yang lebih keras daripada jenis
kayu keras dan begitu juga sebaliknya.

Malaysia kaya dengan sumber hutan yang terdiri daripada pelbagai spesis
kayu dan kebanyakkannya adalah kayu keras. Pihak yang terlibat dalam pengelasan
spesis kayu ini adalah Jabatan Perhutanan Malaysia. Melalui pemerhatian dan kajian
jabatan ini, kayu keras dapat dikelaskan kepada tiga kumpulan terbesar berdasarkan
ketumpatan iaitu kayu keras berat, kayu keras sederhana dan kayu keras ringan [10].
20

2.5.1 Penggredan Kumpulan Kayu

Kayu adalah bahan binaan ynag semulajadi dan kekuatan kayu adalah
berdasarkan struktur dalaman kayu tersebut. Kepelbagaian wujud dalam menafsir
kekuatan kayu dan ini merumitkan pilihan penggunaannya dalam binaan struktur.
Terdapat berbagai-bagai faktor yang mempengaruhi kekuatan kayu seperti
kandungan lembapan, bentuk ira, kaedah pemotongan dan tempoh pembebanan.
Sebagai langkah memperkemaskan penggunaan kayu, maka Forest Research Institute
Malaysia telah menggredkan kayu kepada tiga gred berdasarkan tegasannya masing-
masing. Gred-gred tersebut adalah gred terpilih, gred tertentu dan gred umum di
mana penggredan ini adalah bertujuan untuk kerja rekabentuk struktur kayu. Gred
terpilih digunakan untuk kegunaan khas di mana struktur memerlukan kekuatan kayu
yang maksimum seperti pada kekuda yang terlalu panjang dan struktur menara [10].
Gred tertentu adalah untuk rekabentuk struktur kegunaan biasa dan gred umum
adalah untuk rekabentuk struktur pada kerangka kayu yang kurang penting. Panduan
ini dapat memudahkan jurutera untuk menentukan kayu jenis apa yang lebih sesuai
untuk sesuatu pembinaan.

Terdapat beberapa istilah untuk memperkatakan mengenai tegasan. Di


antaranya ialah tegasan asas dan tegasan rekabentuk di mana tegasan asas adalah
kemampuan tanggungan kayu dengan selamat manakala tegasan rekabentuk diambil
80% daripada tegasan asas untuk kayu bergred terpilih dan 63% untuk gred umum
[5]. Bagi memudahkan pemilihan kayu dan menepati pasaran kayu maka spesis kayu
pada dahulunya dikelaskan kepada empat kumpulan berdasarkan MS 544 (1978).
Kaedah pengelasan dan penggredan kayu telah diubahsuai oleh piawaian baru iaitu
MS 544 (2001) yang berteraskan berat dan ketumpatan kayu. Kayu dikelaskan
kepada tujuh kumpulan iaitu SG1, SG2, SG3, SG4, SG5, SG6 dan SG7 [9]. Di
samping itu kayu juga dikelaskan kepada kumpulan kayu yang memerlukan
pengawetan dan kumpulan kayu yang tidak memerlukan pengawetan atau rawatan
seperti dalam jadual 2.4. Ia menjadi rujukan terkini kepada jurutera untuk
menentukan jenis kayu yang akan digunakan, selamat, ekonomi dan mudah didapati
di pasaran tempatan.
21

Jadual 2.4 : Pengelasan Spesis Kayu Mengikut Kumpulan [9]

SG 1 SG 2 SG 3 SG 4 SG 5 SG 6 SG 7

A) Ketahanan Semulajadi
Balau Belian Bekak Giam Teak
Bitis Mata Delek Malabera Tembusu
Chenga Ulat Keranji Merbau
l Kekatong Resak
Penaga
B) Memerlukan Rawatan
Dedaru Agoho Berangan Babai Bayur Ara
Kempas Balau,Re Dedali Bintangor Damar Batai
Merbatu d Derum Gerutu Jelutong Geronggang
Mertas Kelat Kapur Kedondong Jenitri Laran
Kulim Kasai Keledang Jongkong Pelajau
Pauh Keruntum Keruing Kasah Pulai
Penyau Meransi Ketapang Machang Sesendok
Perah Meranti Kungkur Medang Terentang
Petaling Bakau Melunak Meranti,
Ranggu Merawan Meranti, Light Red
Durian Merpauh Dark Red Meranti,
Tualang Nyalin Meranti, Yellow
Perupok White Mersawa
Punah Nyatoh Terap
Rengas Petai
Simpoh Sengkuang
Sepetir
22

Jadual 2.5 : Pengelasan Spesis Kayu Mengikut Jenis Kayu Keras Dan Kayu Lembut
[10]
Kumpulan Nama Dagangan Ketumpatan Pada Graviti Tentu
19% Kandungan
Lembapan
(kg/m³)
Balau 1000 0.84
Balau Merah 910 0.65
Bitis 1100 0.98
Chengal 980 0.82
Kayu Keras Berat Giam 1000 0.81
Keranji 1000 0.79
Merbau 830 0.69
Resak 980 0.82
Tembusu 800 0.75
Kapur 780 0.69
Keledang 850 0.51
Kempas 910 0.74
Keruing 830 0.64
Kulim 870 0.71
Kayu Keras
Mengkulang 800 0.55
Sederhana
Ranggu 800 0.67
Punah 750 0.67
Rengas 870 0.65
Simpoh 760 0.63
Tualang 850 0.76
Durian 710 0.39
Jelutong 480 0.38
Machang 580 0.61
Meranti Bakau 700 0.51
Meranti Merah Tua 730 0.47
Meranti Merah 560 0.41
Kayu Keras Ringan Muda 680 0.48
Meranti Kuning 700 0.51
Meranti Putih 750 0.59
Nyatoh 480 0.35
Pulai 700 0.59
Sepetir 450 0.32
Terentang
23

2.6 Spesis Kayu Untuk Penghasilan Glulam

Kayu lapis berperekat adalah terdiri daripada gabungan lima atau lebih
lapisan kayu melalui proses rekahan antara satu sama lain [4]. Pemilihan jenis kayu
sebelum proses rekahan ini perlulah diteliti dan diberi perhatian sewajarnya supaya
gabungan tersebut dapat menghasilkan kekuatan dan keupayaan ciri yang
dikehendaki.

Pemilihan kayu haruslah diteliti dari jenis spesis yang mempunyai kualiti atau
kritiria yang terbaik. Sifat rekahan kayu adalah ciri-ciri semulajadi yang paling
utama diperhatikan semasa membuat pemilihan kayu. Faktor-faktor lain adalah
seperti faktor pengeringan kayu, kandungan lembapan, gred kayu, ketumpatan dan
kecacatan. Pada kebiasaannya, kayu lembut adalah mudah dilekatkan berbanding
dengan kayu keras. Sifat ketumpatan kayu mempengaruhi sifat-sifat lekatan dan
pengecutan akibat perubahan kandungan lembapan adalah tidak sama bagi semua
jenis kayu. Oleh itu penghasilan kayu glulam lebih baik jika kepingan-kepingan kayu
dari jenis yang sama dilekatkan berbanding dengan rekahan dari jenis kayu yang
berbeza.

2.6.1 Kayu Meranti

Kayu Meranti disusun dalam sepsis Shorea dan Parashorea yang dikelaskan
melalui nama dagangan [16]. Spesis ini dinamakan Meranti di Malaysia tetapi
dikenali sebagai Gerutu apabila ia dieksport. Meranti merupakan jenis sepsis yang
pelbagai dan banyak di antara spesis tersebut sukar dan jarang diperolehi. Terdapat
juga spesis yang tumbuh hanya di altitud yang tinggi dan ini menyukarkan
pemperolehan kayu dari spesis tersebut. Kayu Meranti yang digunakan dalam
24

struktur binaan adalah daripada spesis-spesis yang mudah diperolehi. Jadual 2.6
menunjukkan jenis spesis kumpulan Shorea
Jadual 2.6 : Jenis Spesis Kumpulan Shorea;[16]
Meranti Kuning
Sorea Faguetiana
Shorea Longisperma
Shorea Multiflora

2.6.2 Sifat-sifat Umum Kayu Meranti

Kayu meranti mudah dikenali dengan warna kekuningan. Berat purata bagi
Meranti Kuning adalah lebih kurang 710 kg/m³ pada kandungan lembapan 19%.

Gegelang pertumbuhan kayu ini tidak jelas kelihatan. Saiz salur kayu
mempunyai julat saiz sederhana hingga sederhana besar dan berbentuk bujur telur.
Bilangannya berubah dari sangat kurang sehingga sederhana banyak dan biasanya ia
bertabur sama rata dengan kecenderungan diatur secara pepenjuru dan tunggal.
Sebahagiannya bertumbuh dalam arah jejari secara berpasangan atau secara
berkelompok. Salur kayu dapat dilihat dengan jelas dari pandangan mata kasar.

Empulur adalah berubah dari halus ke sederhana luas. Ia adalah berbeza di


permukaan hujung di mana keadaannya dapat dikenali seperti garis pendek berwarna
gelap pada permukaan tangen. Ia juga boleh dilihat pada permukaan jejari kayu.
Selain itu parenkima (parenchyma) kayu selalunya tidak boleh dilihat dengan mata
kasar kerana ia tidak mempunyai perbezaan warna yang jelas dengan warna latar
belakang serambut kayu.
25

2.6.3 Kecacatan

Kecacatan yang sering berlaku pada spesis kayu ini adalah kerapuhan (brittle
heart). Kebanyakkan spesis kayu Meranti menghadapi kecacatan ini di bahagian
berdekatan dengan empulur. Seranggan yang terlibat adalah dikenali sebagai “shot-
hole borers” iaitu dari jenis kumbang Ambrosia, Kebiasaanya kecacatan dan
serangan serangga ini lebih mudah berlaku pada kayu Meranti kuning. Kesan dari
serangan serangga ini adalah wujudnya lubang pada kayu dengan keadaan yang
berselerak. Masalah serangan serangga ini dapat diatasi melalui proses pengeringan
kayu dan kekuatan mekanikal kayu tidak dipengaruhi secara terus akibat dari
kecacatan ini.

2.6.4 Kebolehkerjaan

Secara praktikal dan amalan lazimnya, kayu Meranti Kuning dapat digergaji
dengan mudah, diketam dan mudah dibentuk. Permukaan yang rata boleh dihasilkan
dengan menggunakan mata pisau pengetam yang tajam. Kesan pudar (dulling) yang
ketara pada mata pisau juga jarang ditemui.

2.6.5 Proses Pengeringan

Proses Pengeringan untuk kayu Meranti Kuning dapat dilakukan dengan


menggunakan proses pengeringan udara atau proses penggunaan ketuhar. Pengecutan
26

atau ubahbentuk dalam proses pengeringan kayu Meranti ini hanya menunjukkan
perubahan perbezaan yang kecil. Ia mempunyai nilai purata peratus pengecutan
semasa basah sehingga kering-udara dengan 2%-3.5% pada arah jejari dan 6%-7%
pada arah tangen. Ini menunjukkan jenis kayu ini dapat mengekalakn bentuk asal
yang tidak ketara perubahannya jika proses pengeringan kayu dilakukan dengan
berkesan dan teratur.

2.6.6 Kelasakan Kayu

Secara keseluruhannya kayu Meranti Kuning mempunyai kelasakkan


semulajadi yang baik. Ia dapat merintangi serangan funggi dan berada dalam tempoh
khidmat yang panjang. Kayu Merantu Kuning selalunya mempunyai tempoh khidmat
di antara 3-4 tahun. Ancaman utama pada jenis kayu Meranti Kuning ini adalah
ancaman serangan anai-anai di mana kayu Meranti tidak dapat merintangi serangan
ini secara semulajadi. Oleh itu proses pengawetan perlu dilakukan dengan baik
sebelum kayu ini digunakan sebagai bahan binaan.

2.6.7 Ciri-ciri Kekuatan Mekanikal Kayu Meranti

Kekuatan mekanikal kayu dapat diketahui melalui ujian mekanikal yang


dilakukan terhadapnya. Terdapat piawai nilai kekuatan mekanikal yang diambil
daripada piawai MS 544 (2001) terhadap spesis kayu Meranti dan juga kepada
beberapa spesis kayu yang lain. Nilai-nilai piawai tersebut terbahagi kepada gred
pilihan, tertentu dan umum seperti di jadual 2.8.
27
27

Jadual 2.7 Kekuatan Mekanikal Kayu Meranti Berbanding Dengan Kayu Berlainan Spesis [10]
Spesis Lenturan selari Tegangan selari Mampatan selari Mampatan tegak Ricih selari Modulus
dengan ira dengan ira dengan ira kepada ira dengan ira kekenyalan
(N/mm2) (N/mm2) (N/mm2) (N/mm2) (N/mm2) minimum
Sel Std Com Sel Std Com Sel Std Com Sel Std Com Sel Std Com (N/mm2)
Mempening 16.50 13.00 10.30 9.90 7.80 6.20 14.20 11.20 8.90 2.88 2.71 2.54 2.24 1.74 1.40 10600
Mempisang 13.00 10.20 8.10 7.80 6.10 4.90 10.20 8.10 6.40 1.06 1.00 0.94 1.49 1.16 0.93 7300
Mengkulang 15.50 12.20 9.70 9.30 7.30 5.80 11.30 8.90 7.10 1.72 1.62 1.52 1.86 1.45 1.17 6500
Meransi 21.20 16.70 13.20 12.70 10.00 7.90 17.00 13.30 10.60 3.36 3.16 2.96 2.53 1.96 1.58 1000
Meranti Bakau 16.10 12.70 10.00 9.70 7.60 6.00 12.40 9.80 7.70 1.55 1.46 1.37 1.63 1.27 1.02 11000
Meranti, Dark Red 14.10 11.10 8.80 8.50 6.70 5.30 11.40 9.00 7.10 0.95 0.90 0.84 1.50 1.16 0.94 9000
Meranti, Light Red 10.80 8.50 6.70 6.50 5.10 4.00 9.60 7.60 6.00 0.93 0.88 0.82 1.05 0.82 0.66 6900
Meranti, White 14.80 11.70 9.20 8.90 7.00 5.50 13.40 10.60 8.40 1.09 1.02 0.96 1.21 0.95 0.76 6100
Meranti, Yellow 11.70 9.20 7.30 7.00 5.50 4.40 10.00 7.90 6.20 1.32 1.24 1.16 1.07 0.83 0.67 7900
Merawan 22.90 18.00 14.30 13.70 10.80 8.60 20.30 16.00 12.70 2.31 2.18 2.04 1.74 1.35 1.09 10600
Merbatu 24.20 19.00 15.10 14.50 11.40 9.10 18.80 14.80 11.70 2.97 2.80 2.62 2.32 1.80 1.45 12900
Merbau 21.10 16.60 13.20 12.70 10.00 7.90 15.70 12.30 9.80 2.74 2.58 2.42 2.35 1.83 1.47 8600
Merpauh 15.70 12.40 9.80 9.40 7.40 5.90 14.40 11.30 9.00 2.00 1.88 1.76 2.13 1.66 1.33 9600
Mersawa 12.60 10.00 7.90 7.60 6.00 4.70 10.20 8.00 6.40 1.92 1.81 1.69 1.55 1.21 0.97 4900
Mertas 24.80 19.50 15.50 14.90 11.70 9.30 20.10 15.90 12.50 2.97 2.80 2.62 2.38 1.85 1.49 12500
Nyalin 18.20 14.40 11.40 10.90 8.60 6.80 15.00 11.80 9.40 3.00 2.82 2.65 2.66 2.07 1.66 8600
Nyatoh 13.70 10.80 8.60 8.20 6.50 5.20 11.80 9.30 7.40 1.69 1.59 1.49 1.73 1.35 1.08 8200
Keruing 12.30 9.70 7.70 7.40 5.80 4.60 8.00 6.40 1.97 1.67 1.58 1.48 1.36 1.06 0.85 6400
28

2.7 Penghasilan Kayu Lapis Berperekat

Penghasilannya pada masa kini telah berjaya menjimatkan penggunaan kayu


lebihan dan bermutu tinggi jika dibandingkan dengan papan lapis. Proses
pembuatannya dengan cara melekatkan lapisan kayu pada arah yang selari dengan ira
di sepanjang paksi yang panjang bagi setiap kayu. Konsep yang digunakan bagi
penghasilan struktur rasuk glulam adalah dengan memastikan kedudukan susunan
lapisan yang kuat dan tidak cacat di bahagian atas dan bawah. Manakala kayu yang
mempunyai kekuatan rendah diletakkan dibahagian tengah keratan rasuk. Penentuan
ini berdasarkan kepada keadaan fizikal kayu dan kandungan lembapan. Tujuan
disusun sebegini adalah untuk mempertingkatkan lagi kekuatan struktur kayu dengan
mengekalkan mutu sedi ada serta boleh menjadikan struktur glulam lebih kuat dan
lasak berbanding kayu asal.

Ketebalan struktur glulam yang biasa digunakan di United Kimdom dan


Scandinavia ialah 45mm manakala di Eropah pula setebal 32mm. Ketebalan ini
sebenarnya bergantung kepada bekalan kayu dan bentuk struktur yang hendak dibina.

2.8 Pertimbangan Rekabentuk Struktur Glulam

Pengumpulan data reka bentuk diasakan kepada dua piawaian asas iaitu MS
544 : 2001 dan BS 5268 : Part 2 : 1991. Kaedah reka bentuk struktur kayu glulam
masih lagi berasaskan kepada teori had anjal yang dikenali sebagai kaedah tegasan
izin, tidak seperti reka bentuk konkrit bertetulang, keluli dan konkrit pra-tegasan
yang menggunakan kaedah keadaan had struktur kayu glulam direka bentuk sebagai
anggota lentur, anggota mampatan dan anggota tegangan dalam menanggung beban.

Praktis MS 544 : Part 3 : 2001 dalam reka bentuk struktur glulam adalah
dirujuk kepada bilangan lapisan kepingan, gred kayu dan kaedah susunan perlapisan.
29

Praktis penggunaan data ini adalah berbeza jika dibandingkan dengan reka bentuk
struktur kayu padu.

2.8.1 Pemilihan Spesis Kayu

Kaedah pembinaan kayu struktur glulam adalah dirujuk kepada perlapisan


kayu. Kayu bergred tinggi disusun pada bahagian yang mengalami tegasan yang
tinggi manakala kayu bergred rendah disusun pada bahagian yang mengalami
tegasan yang rendah. Rajah 2.4 menunjukkan rajah agihan tegasan rasuk pada takat
kegagalan. Bagi anggota kepingan struktur kayu glulam yang disusun mendatar
menggunakan gred kayu campuran : MS 544 : Part 2 : 2001 menghadkan gred kayu
kekuatan tinggi hendaklah diletakkan pada jarak tidak kurang dari 25% ukur dalam
rasuk dari permukaan atas dan bawah rasuk.

a Mampatan

d Paksi Sentroid

Tegangan

(a) (b)

Rajah 2.4 (a) Keratan rasuk dan (b) Agihan tegasan rasuk ketika
gagal.
30

Kayu yang digunakan dalam pembuatan kayu glulam dipilih dari spesis kayu
keras yang dapat memberikan rekahan yang terbaik pada masa kayu dilekat. Ini
membantu kayu glulam yang dihasilkan mempunyai keupayaan kekuatan setanding
dengan kayu padu, berupaya membentuk struktur lengkung, kelasakan dalam
keadaan cuaca dan penggunaan yang berbeza dan mudah dalam kerja-kerja
memotong.

2.8.2 Tegasan Gred Kayu

Tegasan gred diperolehi dari tegasan asas yang dikurangkan dengan suatu
nisbah kekuatan untuk sifat kekuatan mengikut gred dan had jenis kecacatan kayu
Engku mentaksirkan kayu yang diperolehi dari kilang tidak mungkin tidak
mempunyai kecacatan yang boleh mengurangkan kekuatan[7]. Untuk itu nisbah
kekuatan untuk gred tegasan ditaksirkan mengikut jadual 2.8. Hubungan tegasan
gred dengan tegasan asas ialah :-

Tegasan gred = Tegasan asas  Nisbah kekuatan

Jadual 2.8 : Nisbah kekuatan untuk gred tegasan


Nisbah Kekuatan Untuk Sifat Kekuatan
Lentur, tegangan Mampatan Ricih selari
Gred selari dengan ira serenjang dengan ira
dan mampatan dengan ira
selari dengan ira
Terpilih 80% 85% 72%
Tertentu 63% 80% 56%
Umum 50% 75% 45%

2.8.3 Tempoh Pembebanan


31

Tempoh pembebanan adalah tempoh yang dapat ditanggung oleh kayu


dengan jumlah beban yang diperlukan sehingga struktur gagal. Secara teorinya,
jumlah beban yang diperlukan untuk menggagalkan rasuk kayu pada beban jangka
panjang adalah dua pertiga (2/3) daripada yang diperlukan jika dikenakan beban
jangka pendek. Ini menunjukkan kekuatan kayu berkurangan dengan bertambahnya
tempoh pembebanan.

Terdapat empat tempoh pembebanan yang disenaraikan dalam MS 544 dan


BS 5268 yang boleh diambilkira dalam mereka bentuk struktur kayu iaitu jangka
pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Beban jangka pendek ditaktifkan
sebagai beban yang ditanggung oleh struktur meliputi beban mati dan beban kenaan
kekal manakala beban jangka sederhana ialah beban yang meliputi beban mati dan
beban sementara. Tempoh beban jangka panjang pula meliputi beban mati, beban
kenaan dan beban angin.

2.8.4 Tegasan Izin[2]

Tegasan izin ditakrifkan sebagai tegasan yang boleh ditanggung dengan


selamat oleh sesuatu komponen struktur dibawah keadaan khidmat dan bebanan
tertentu. Tegasan izin ditentukan dengan faktor-faktor ubahsuai dengan cara
berikut :-

Tegasan izin = Tegasan gred  Faktor-faktor ubah suai

2.8.5 Faktor Ubahsuai


32

Faktor ubahsuai ialah faktor yang menjangkakan perubahan tegasan kayu


selepas kayu dibina. Faktor ubahsuai adalah berbeza-beza mengikut keadaan
rekabentuk, masa, kualiti pembinaan dan sebagainya. Faktor ubahsuai sangat penting
dalam rekabentuk berdasarkan teori anjal bagi menyesuaikan teori unggul dengan
keadaan sebenar. Tegasan gred didarabkan dengan faktor ubahsuai bagi
mendapatkan tegasan izin. Tegasan izin dibandingkan dengan tegasan sebenar bagi
menentukan keupayaan anggota terhadap kegagalan tertentu.

2.8.5.1 Tempoh Beban, K1

Tegasan gred yang diberikan di dalam Jadual 1, 2 dan 4 MS 544:Part 2:2001


adalah untuk bebanan tempoh jangka masa panjang. Jadual 2.9 di bawah
memberikan nilai faktor ubahsuai, K1 untuk berbagai kes bebanan.

Jadual 2.9: Faktor ubahsuai K1 untuk tempoh pembebanan


[Table 5, MS 544:Part 2:2001]
Tempoh Beban Nilai K1
Jangka Panjang (cth. Beban mati + Beban kenaan kekal) 1.00
Jangka Sederhana (cth. Beban mati + Beban kenaan sementara) 1.25
Jangka Pendek (cth. Beban mati + Beban kenaan + Beban angin) 1.50
Jangka Sangat Pendek (cth. Beban mati + Beban kenaan + Beban 1.75
angin)

2.8.5.2 Sistem Kongsi Beban, K2


33

Menurut MS 544 fasal 10, sistem kongsi beban ditakrifkan sebagai suatu
sistem yang terdiri daripada empat atau lebih anggota seperti gulung-gulung, gelegar
atau kekuda yang bertindak menanggung beban bersama-sama dan anggota-anggota
ini terletak pada jarak luang tidak lebih daripada 610mm diantara satu sama lain dan
terdapat peruntukan agihan beban dalam arah sisi yang cukup seperti oleh gulung-
gulung, papan dinding dan sebagainya. Kesemua tegasan gred bagi sistem yang
memenuhi syarat di atas boleh ditambah sebanyak 10% atau dengan kata lain faktor
ubahsuai, K2 bagi sistem di atas adalah sama dengan 1.10.

2.8.5.3 Panjang Dan Kedudukan Galas, K3

Menurut MS 544 fasal 11.2, bagi galas pada ira sisi kayu, tegasan izin untuk
mampatan serenjang dengan ira bergantung kepada panjang dan kedudukan galas ini.
Bagi galas yang kurang daripada 150mm dan terletak 75mm atau lebih dari hujung
anggota, seperti dalam Rajah 2.5, tegasan gred mampatan serenjang dengan ira boleh
ditinggikan oleh faktor ubahsuai K3 yang diberi dalam Jadual 2.10. Faktor ubahsuai
K3 bagi galas yang terletak dihujung anggota yang panjangnya sebarangan serta bagi
galas yang terletak pada mana-mana kedudukan yang panjangnya lebih daripada
150mm ialah 1.0.

75mm or Bearing less


more than 150mm

Rajah 2.5: Kedudukan galas hujung


Jadual 2.10: Faktor ubahsuai K3 untuk tegasan galas
34

[Table 6, MS 544:Part 2:2001]


Panjang
galas 10 15 25 40 50 75 100  150
(mm)
Nilai K3 1.74 1.67 1.53 1.33 1.20 1.14 1.10 1.00

2.8.5.4 Takikan Di Hujung Anggota, K4

Menurut MS 544 fasal 11.4, takikan yang dipotong tepat pada hujung anggota
lentur akan menyebabkan tumpuan tegasan dan perlu diambilkira dalam kiraan
kekuatan ricih dengan menggunakan ukur dalam berkesan, he dan tegasan izin sama
dengan tegasan gred didarabkan dengan faktor ubahsuai K4 berdasarkan kes-kes
berikut :

i. Bagi rasuk yang ditakik pada sisi atas seperti dalam Rajah 2.6.

h( h e−a )+ah e
K 4=
h2
e bagi a  he
K4 = 1.0 bagi a > he

ii. Bagi rasuk yang ditakik pada sisi bawah seperti dalam Rajah 2.7.
he
K 4=
h
dimana,
h = ukurdalam rasuk (mm)
a = seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.6.

Ukurdalam berkesan, he mestilah tidak kurang daripada 0.6h.


35

Rajah 2.6: Rasuk ditakik pada sisi atas

Rajah 2.7: Rasuk ditakik pada sisi bawah

2.8.5.5 Faktor Bentuk, K5

Tegasan gred yang diberi dalam MS 544 adalah untuk kes anggota yang
mempunyai keratan yang berbentuk segiempat tepat padu dan beban yang dikenakan
adalah selari dengan salah satu paksi utamanya. Untuk keratan bulat padu dan
keratan segiempat tepat padu dengan beban bertindak selari dengan pepenjuru,
tegasan gred hendaklah didarabkan dengan faktor K5 seperti dalam Rajah 2.8 di
bawah.
36

K5 = 1.0 K5 = 1.18 K5 = 1.41

Rajah 2.8: Faktor bentuk, K5

2.8.5.6 Ukur Dalam Rasuk, K6

Tegasan gred bagi anggota lentur yang diberi dalam Jadual 1,2 dan 4 MS 544
adalah untuk anggota yang mempunyai ukur dalam sehingga 300mm sahaja. Bagi
ukur dalam rasuk yang melebihi 300mm, tegasan gred untuk anggota lentur
hendaklah didarabkan dengan faktor ubahsuai K6 iaitu

( h2 + 92300 )
K 6=0 .81
( h2 +56800 )

dengan
h = ukur dalam rasuk dalam mm.
bagi kedua-dua rasuk kayu padu dan kayu lapis berperekat. Persamaan K6 boleh
digambarkan seperti dalam Rajah 2.9 di bawah.
37

1.00
0.98
0.96
0.94
0.92
Faktor K6

0.90
0.88
0.86
0.84
0.82
0.80
0 100 200 300 400 500 600 700 800 900 1000
Ukur Dalam, h (mm)

Rajah 2.9: Graf Faktor Ubahsuai Ukur Dalam, K6

2.9 Pertimbangan Dalam Pembuatan Kayu Lapis Berperekat

Dalam memperkatakan mengenai pembuatan kayu berperekat maka terdapat


beberapa faktor atau pertimbangan yang perlu diperhatikan dan diawasi. Faktor-
faktor ini menyumbangkan kesan-kesan kepada kekuatan kayu tersebut di akhir
pembuatannya di mana ia akan digunakan sebagai anggota struktur pada binaan.
Oleh itu adalah wajar untuk mengenalpasti apãkah faktor-faktor yang memberi kesan
besar kepada sifat kekuatan kayu tersebut terutamanya semasa proses pembuatannya.
38

2.9.1 Faktor-Faktor Penting Dalam Penyediaan Struktur Glulam

Selain daripada teknik-teknik pemprosesan kilang atau secara manual dalam


menyediakan struktur glulam, terdapat beberapa faktor yang perlu dilihat sebelum
proses pembuatan glulam dijalankan ini untuk memastikan struktur yang terhasil
adalah bertepatan dan bersesuaian dengan fungsi kegunaannya kelak. Faktor-faktor
tersebut adalah pemilihan spesis kayu, dimensi lapisan kayu, kandungan lembapan
kayu, sifat mekanikal dan pengawetan atau pemulihan kayu.

2.9.2 Pemilihan Spesis Kayu

Pemilihan spesis kayu yang akan dijadikan struktur glulam adalah bergantung
kepada keupayaan dan tujuan kegunaan struktur itu sendiri. Bagi tujuan kegunaan
untuk struktur yang menerima bebanan yang besar maka spesis kayu yang perlu
digunakan haruslah mempunyai kekuatan ciri yang besar. Pemilihan spesis kayu
adalah berdasarkan dua aspek penting iaitu pemilihan kayu yang paling bersesuaian
dengan persekitaran dan juga pemilihan untuk mendapatkan gred kayu yang paling
sesuai. Dan segi prestasi teknikal kayu, ciri-ciri seperti ketahanan, kekuatan,
ketegaran dan kelikatan, ketelapan dan kebolehkerjaan perlu diambil kira kerana
pada sesetengah keadaan tidak semua ciri-ciri tersebut penting untuk satu tujuan
kegunaan.

Dan sudut pemilihan spesis kayu untuk penyediaan struktur glulam, faktor--
faktor yang telah dinyatakan di atas perlu diberi perhatian sewajarnya. Selain itu,
sifatkebolehlekatan jenis kayu yang dipilih juga perlu diteliti bersama. Kayu lembut
adalah mudah dilekatkan berbanding dengan kayu keras . Secara arnnya, kayukayu
yang mempunyai graviti tentu yang tinggi adalah lebih sukar dilekatkan. Faktor yang
paling mempengaruhi sifat rekahan adalah faktor ciri-ciri semulajadi dan fizikal
spesis kayu dan juga faktor sampingan seperti pengeringan dan pengawetan kayu.
39

Faktor semulajadi adalah seperti struktur kayu, buku dan juga kandungan kimia.
Faktor fizikal pula adalah seperti ketumpatan kayu, kandungan lembapan,
pengembangan dan pengecutan kayu, bentuk ira selepas pemotongan dan ketebalan
lapisan kayu.

2.9.3 Dimensi Lapisan Kayu

Ketebalan setiap lapisan kayu yang akan membentuk sruktur glulam akan
mempengaruhi kekuatan glulam tersebut. Kekuatan disini merujuk kepada kekuatan
rekahan antara lapisan kayu. Keseimbangan kandungan lembapan adalah penting
untuk hasil rekahan yang baik. Kayu akan berubah dimensinya apabila dipengaruhi
oleh perubahan kandungan lembapan atau dikenali sebagai proses pengembangan
dan pengecutan . Lapisan kayu yang lebih nipis akan mencapai keseimbangan
kandungan lembapan yang lebih cepat berbanding dengan lapisan kayu yang tebal.
Kesan ke atas rekahan akan berlaku dalam jangka masa yang panjang dan apabila
kesimbangan lembapan berlaku pada lapisan kayu yang tebal, perubahan dimensi
lapisan akan mempengaruhi kekuatan rekahan yang sedia ada.

2.9.4 Sifat Mekanikal Kayu

Sifat mekanikal kayu adalah kebolehan atas sifat semulajadinya untuk


rnenanggung segala beban luar yang dikenakan ke atasnya. Kebolehan tersebut
adalah merujuk kepada keupayaan kayu untuk merintangi daya luaran yang
dikenakan yang cuba untuk menukar ukuran ataupun mengubah bentuknya.
Kesesuaian penggunaan kayu sebagai bahan binaan bergantung kepada kekuatan
jenis kayu yang akan digunakan. Sifat-sifat mekanikal kayu yang penting adalah
40

kekuatan tegangan, kekuatan mampatan, kekuatan ricih, kekuatan lenturan, lekahan


dan rintangan terhadap hentaman dan kekerasan. Berikut adalah jadual perbandingan
gred tegasan untuk kumpulan kekuatan kayu kandungan lembapan tidak melebihi
19% [2].

Jadual 2.11 : Perbandingan Gred Tegasan Kumpulan Kayu Dengan Kandungan


Lembapan Kurang Dari 19% [2]
Gred Lentura Teganga Mampata Mampata Ricih Modulus
n selari n selari n selari n tegak selari kekenyala
dengan dengan dengan ira kepada ira dengan n purata
ira ira ira minimum

(N/mm² (N/mm²) (N/mm²) (N/mm²) (N/mm²) (N/mm²)


)
SG 1
Terpilih 33.60 20.20 28.50 3.97 2.94 18800
Tertentu 26.50 15.90 22.50 3.74 2.28 14000
Umum 21.00 12.60 17.80 3.50 1.84
SG 2
Terpilih 23.30 14.00 23.40 3.25 2.51 16800
Tertentu 18.30 11.00 18.50 3.05 1.95 12600
Umum 14.60 8.80 14.70 2.86 1.57
SG 3
Terpilih 20.20 12.10 17.80 2.22 2.07 14300
Tertentu 15.90 9.50 14.10 2.09 1.61 10300
Umum 12.60 7.60 11.10 1.96 1.30
SG 4
Terpilih 16.80 10.10 14.10 1.75 1.58 11000
Tertentu 13.20 7.90 11.10 1.65 1.23 7600
Umum 10.50 6.30 8.80 1.54 0.99
SG 5
Terpilih 12.10 7.30 10.80 1.21 1.37 9100
Tertentu 9.50 5.70 8.50 1.14 1.07 6300
Umum 7.50 4.50 6.70 1.06 0.86
SG 6
Terpilih 11.30 6.80 8.80 1.09 1.11 7300
Tertentu 8.90 5.30 6.90 1.02 0.86 5200
Umum 7.10 4.30 5.50 0.96 0.69
SG 7
Terpilih 8.20 4.90 6.90 0.65 0.98 6600
Tertentu 6.50 3.90 5.40 0.62 0.76 3400
Umum 5.10 3.10 4.30 0.58 0.61
41

2.10 Perekat Kayu Lapis

Keberkesanan dalam proses rekahan kayu glulam banyak bergantung kepada


proses rekahan itu sendiri. Oleh itu kesilapan dan kekurangan pengawasan dari segi
pemasangannya dan jenis perekat akan menyebabkan kegagalan dalam mencapai
tahap rekatan yang maksima. Terdapat beberapa factor yang perlu difahami sebelum
kerja-kerja rekahan pada lapisan kayu glulam dilakukan iaitu penyediaan perekat dan
kumpulan-kumpulan perekat.

2.10.1 Penyediaan Perekat

Kaedah penyediaan hendaklah mengikut spesifikasi oleh pembuat dan


pengeluar perekat iaitu dari segi kadar campuran komponen dan had masa perekat
mula mengeras. Sebarang kegagalan dalam mematuhi dan mengikut aturan
penggunaan akan menyebabkan perekat tidak berada di dalam keadaan yang sebenar
dan kemampuannya untuk merekat tidak mencapai tahap pengeluarnya.

Perekat yang hendak digunakan perlulah dalam keadaan cecair sepenuhnya


supaya ia dapat membasahi permukaan bahan dan melekatkan permukaan-
permukaan kayu yang terlibat. Ia juga perlu memberi kekuatan lekatan yang
mencukupi dan ketahanan yang lama supaya anggota-anggota berperekat tersebut
dapat berfungsi sebagaimana yang direkabentuk. Pelekat yang disediakan perlu
mempunyai tempoh khidmat yang sama atau lebih lama daripada tempoh khidmat
struktur lapisan kayu. Ia penting untuk tujuan penggunaan pada struktur kekal
sesuatu binaan.

2.10.2 Kumpulan-Kumpulan Perekat


42

Sebagai asas pemilihan perekat adalah penting untuk mengetahui kumpulan-


kumpulan perekat yang biasa digunakan. Perekat yang biasa digunakan untuk
kegunaan bukan struktur seperti perkakas rumah adalah daripada campuran
Polyvinyl Acetate, Urea Formaldehyde dan Polvhloroprane. Perekat jenis ini hanya
sesuai digunakan untuk kegunaan dalaman seperti di dalam rumah dan pejabat.
Kelemahan perekat jenis ini ialah ia sangat mudah dipengaruhi oleh kelembapan
udara, dedahan matahari, hujan, kitaran suhu dan kesan cuaca yang berlebihan [12].
Untuk kegunaan struktur binaan maka ia jelas tidak dapat digunakan kerana struktur
binaan memerlukan ketahanan dan kelasakkan yang tinggi.

Untuk penggunaan pada struktur binaan dan pada struktur glulam khususnya,
perekat yang boleh digunakan terdiri daripada empat kumpulan perekat yang biasa
digunakan. Empat kumpulan pelekat ini pula mempunyai ciri-ciri yang membezakan
mereka diantara satu sama lain. Ciri-ciri tersebut adalah mengikut rintangan perekat
terhadap faktor kerosakan semulajadi dan bukan semulajadi. Bagi kebanyakkan
penggunaan struktur binaan, kumpulan perekat rintangan cuaca dan didihan (WBP)
sering digunakan. Jadual 2.11 menunjukkan kumpulan-kumpulan perekat yang biasa
digunakan.

Jadual 2.12 : Kumpulan Perekat Dan Penggunaannya


43

Kumpulan Jenis Perekat Penggunaan


WBP – Weather and 1) Resorcinol Sambungan yang
Boil Proof Formaldehyde didedahkan kepada
2) Phenol Formaldehyde matahari dan lautan
(Perekat Dedahan Luaran)
BP – Boil Proof 1) Melamine Kegunaan pada keadaan
Formaldehyde dalaman yang lembap.
2) Melamine Urea Tempoh khidmat yang
Formaldehyde terhad jika terdedah
sepenuhnya.
MR – Moisture 1) Urea Formaldehyde Kegunaan pada keadaan
Resistance dengan nisbah UF yang lembap
tertentu
INT – Interior Use 1) Urea Formaldehyde Perekat jenis pendedahan
Only 2) Casein dalaman.
3) Polivinyl Acetate
4) Perekat Binatang

2.11 Ciri-ciri Penting Struktur Kayu Glulam

Terdapat beberapa ciri-ciri penting pada struktur glulam jika hendak


dibandingkan dengan penggunaan kayu padu sebagai bahan struktur. Berikut adalah
beberapa ciri penting apabila glulam digunakan sebagai bahan srtruktur binaan .

 Memberi kawalan tambahan pada kekuatan struktur iaitu menyusun kayu


yang berbeza kualiti pada anggota struktur yang dibina.
44

 Membolehkan susunan kayu yang istimewa iaitu menempatkan kayu yang


paling kuat di kawasan tegasan paling besar iaitu pada permukaan atas dan
bawah anggota struktur atau pada kawasan momen lentur yang kritikal.

 Pesongan anggota dapat dikurangkan dengan meletakkan kayu bermodulus


paling besar sejauh mungkin dan paksi neutral anggota struktur.

 Susunan kayu dalam bentuk lapisan meningkatkan kekuatan sebanyak 10%


-20 % bergantung jenis kayu yang ditempatkan di tempat yang kritikal.

 Menghindarkan kehilangan kekuatan struktur akibat kecacatan semulajadi


atau kecacatan semasa memproses kayu.

 Kayu tidak perlu diketam atau digergaji untuk mengelakkan pembaziran


akibat bentuk kayu yang tidak seragam (buku kayu).

2.12 Kebaikan Dan Kelemahan Anggota Struktur Glulam

Untuk setiap bahan binaan yang digunakan sebagai anggota struktur, ia pasti
mempunyai kebaikan dan kelemahan dalam penggunannya. Ciri-ciri inilah yang
menjadi kriteria pemilihan bahan dalam pembinaan. Setiap bahan binaan adalah unik
dan berbeza dan segi sifat luaran dan sifat dalaman di antara satu sama lain. Glulam
sebagai anggota struktur juga mempunyai kebaikan dan kelemahan yang tersendini.
Aspek-aspek ini perlu diberi perhatian sewajarnya supaya menepati tujuan
rekabentuk yang dicadangkan.
45

2.12.1 Kebaikan

Kayu glulam merupakan sejenis struktur kayu yang istimewa dan mempunyai
pelbagai kebaikan. mi mendorong penggunaannya sama seperti penggunaan bahan
binaan lain seperti penggunaan bahan binaan lain sebagai anggota struktur.

 Anggota-anggota struktur seperti rasuk dan tiang boleh dibina dalam bentuk
keratan yang lebih besar dibandingkan dengan saiz kayu balak yang dipotong
di kilang.

 Kayu jenis ini boleh dibentuk kepada bentuk lurus iaitu tiang, rasuk dan
kepada bentuk melengkung seperti gerbang.

 Penghasilan kayu jenis glulam ini dihadkan ketebalannya sehingga 50mm


dimana ia akan mudah kering tanpa proses penggredan semula ini akan
mempengaruhi kekuatan struktur kayu glulam berbanding dengan kayu padu.

 Pengagihan gred tegasan kayu boleh dilakukan dimana komponen-komponen


kayu gred rendah ditempatkan pada bahagian yang rendah keperluan
tegasannya dan begitu juga sebaliknya. ini dapat memaksimakan kecekapan
penggunaan kayu yang sedia ada.

 Kayu yang bersaiz kecil, pendek dan bergred dapat digunakan untuk
menghasilkan anggota struktur yang bersaiz besar dan rentang yang panjang.

 Rintangan api untuk kayu jenis ini lebih tinggi berbanding konkrit atau keluli
dimana keratan rentas struktur ini adalah tidak mudah terbakar serta tahan
lesapan haba yang rendah.

 Struktur kayu glulam adalah lebih ringan dan keluli atau konkrit. Ia juga
memudahkan pemasangan, mernerlukan peralatan yang kecil dan
menjimatkan kos.
46

 Komponen struktur kayu lapis selalunya nipis, maka ia boleh dikeringkan


secara relau dengan kesan kecacatan yang boleh diminimumkan. Selain dan
rupa bentuk yang kemas, bahan ini adalah lebih selamat kerana kecacatan
telah diminimumkan.

 Secara semulajadi pula, struktur ini adalah bebas dan kesan pengaratan
sepertimana yang berlaku pada struktur konkrit atau keluli.

2.12.2 Kelemahan

Selain dan kebaikannya, masih ada kelemahan pada struktur kayu berperekat
ini. Di antaranya adalah seperti berikut.

 Faktor perubahan kelembapan mempengaruhi kekuatan kayu dan pelekat.


Kebolehikatan antara kayu dan pelekat dipengaruhi oleh kandungan
kelembapan.

 Pembaziran semasa proses penghasilan bahan juga sering berlaku iaitu


semasa proses mendapatkan ukuran, bentuk dan ketebalan. ini merujuk
kepada proses pengetaman kayu.

 Kos pembuatan kayu berpelekat ini adalah lebih tinggi berbanding dengan
kayu padu disamping ia memerlukan penyeliaan rapi untuk kawalan mutu di
setiap tahap pemprosesan

 Penghasilan struktur kayu berpelekat memerlukan pengendalian kilang yang


teliti dan memerlukan kelengkapan makmal dan peralatan yang canggih. ini
memerlukan tenaga pengawasan dan kepakaran yang sukar didapati di dalam
negara kita.
47

 Kelemahan yang sering berlaku adalah berkaitan pelekat dimana


pemprosesan kayu mi memerlukan jumlah perekat yang banyak dan kos
untuk perekat ini agak tinggi. Masalah penyimpanan pelekat juga berlaku
dimana pelekat haruslah disimpan dalam keadaan baik untuk menjamin mutu
yang ditetapkan.

 Kecacatan semulajadi kayu seperti buku, pecah, rekah, cangkiran, belitan,


lenturan dan lentikan menyebabkan pembuatan kayu lapis menjadi sukar.

2.13 Kelakuan Rasuk Kayu Glulam Secara Mengufuk.

Rasuk kayu glulam biasanya diperbuat daripada bahan yang mengandungi


buku kayu atau ‘knot’. Ini adalah kerana mana-mana keratan rasuk akan konsistan
pada bahagian kayu dan bahagian buku kayu.

Rajah 2.10 : Rasuk kayu lapis berperekat yang diagihkan secara mengufuk
48

Secara analisis teori, satu teori yang mudah untuk lenturan akan digunakan,
dengan menganggapkan bahawa satu bahagian satah akan tetap tinggal pada satu
satah. Dalam kayu berlapis berperekat Modulus Elastik untuk kayu (Ew) adalah
berbeza dari buku kayu (Ek). Langkah pertama adalah untuk mencari paksi neutral.

Terikan pada ketinggian y adalah diberikan dari teori lenturan iaitu e = y/R,
dimana R adalah jejari bagi bulatan untuk paksi neutral. Dengan ini tegasan di dalam
buku kayu dan kayu adalah k = Eke dan w = Ewe.

Jumlah daya dalam jalur ( p ) adalah :-

p =  b dy +  dy
k k w

= (Ek bk + Ew bw) ydy/R

Jumlah daya pada bahagian ( P ) adalah penambahan dari daya ada jalur tersebut.

P = ∫ (Ek bk + Ew bw) ydy/R

Dalam kes ini, jika rasuk tidak dikenakan apa-apa daya ke atasnya iaitu P = 0
persamaannya adalah seperti berikut :-

∫ (Ek bk + Ew bw) ydy/R = 0 (1)

Jika kita ukur ketinggian jalur tersebut dari bahagian bawah, jadi Z = y + y,
bersamaan dengan persamaan (1) dan menjadi seperti berikut :-

∫ (Ek bk + Ew bw)(z – y )dz = 0

 Ek bk  Ew bw 
Di mana, y =  Ek bk  Ew bw 
49

(Jika Ew = Ek, maka persamaan ini berkurangan menjadi persamaan biasa iaitu y

= ∫zdz / ∫dz untuk mencari gravity pada bahagian tengah).

Di mana bilangan pelapisan (n) adalah besar, kita boleh membuat andaian
dan anggapan untuk tegasan itu samada dalam keadaan mampatan ataupun tegangan.
Jika luas keratan rentas untuk buku kayu dalam ith pelapisan ialah Aki dan untuk kayu
pula ialah Awi. Untuk kedudukan paksi neutral adalah seperti berikut :-

i n

 (E k Aki  Ew Awi )Zi


y i 1
i n

 (E
i 1
k Aki  Ew Awi )

i=n E E A
 (E A [ w – ( w – 1) ki ]
k gi E E A
i=1 k k gi
=
i=n E E A
 (E A [ w – ( w – 1) ki ]
k gi E E A
i=1 k k gi

di mana luas keratan rentas kasar untuk pelapisan (Agi) ialah Agi = Aki + Awi

Moment rintangan (M) adalah moment yang diambil dari atas paksi neutral, N.A.

i n i n
   pi yi   [E k bki  Ewbwi ] yi2 dy / R
i 1 i 1

 [ Ek I k  Ew I w ] / R

di mana Ik dan Iw adalah luas moment kedua dari jumlah bahagian buku kayu dan
kayu. Persamaan Ik diberi seperti berikut : -

i=n
Ik = Σ ( Ik + Akyi² ). Persamaan ini juga bersamaan dengan Iw.
i=1

Jika kegagalan keratan berlaku dalam buku kayu pada ketinggian yk, persamaan
tegasan k menjadi seperti berikut :
50

k
  [ Ek I k  Ew I w ]
Ek yk

 E  E I  
 I g  w –  w –1 k  k
 Ek  Ek I g  yk

Di mana Ig = Ik + Iw

Jika tidak terdapat buku kayu pada keratan tersebut, maka persamaan moment
rintangan adalah

w
  Ig
yw

bila kegagalan berlaku dalam kayu, pada ketinggian yw pada satu tegasan w.

Nisbah kekuatan pada keratan buku kayu, kepada bahagian yang sama hanya pada
kayu ialah  , di mana

Ek  I k   k Ew yw
  1 – 1 –  
Ew  I g  Ek yk  w

  E  I 
  1 – 1 – k  k 
  Ew  I g  (2)

k  1
 w 
kerana Ek  k Ew w R

Dengan itu, kita boleh melihat nisbah kekuatan pada bahagian  bergantung pada

Ik / I g Ik / Ig
momen kedua buku kayu pada luas nisbah , di mana ia bergantung pada

Ak / Ag
dan nisbah luas buku kayu pada pelapisan tunggal. Bila menggunakan
51

Ik / I g
persamaan (2), kita mesti mengetahui untuk bikin rasuk dari gred yang khusus

atau gred gabungan.

2.14 Rekabentuk Rasuk Kayu Glulam Melengkung

Anggota struktur biasanya berbentuk separa lengkung. Beban mati dan beban
kenaan yang dialami oleh anggota struktur akan mengalami pesongan yang
dibenarkan kepada 0.003L. Pesongan riceh hendaklah juga digabungan dengan
pesongan lentur dalam pertimbangan rekabentuk. Bagi anggota struktur yang
mempunyai keratan rentas yang seragam dan segiempat sebagaimana rajah 2.11
nisbah lengkung r, berbanding dengan tebal kepingan lapisan kayu glulam t,
hendaklah lebih besar daripada 125 untuk kayu lembut. Manakala nisbah r/t bagi
kayu keras hendaklah lebih besar daripada 100. Sekiranya nilai r/t kurang daripada
240, tegasan lentur, tegengen dan mampatan selari dengan ira hendaklah didarabkan
dengan faktor ubahsuai K24 yang diperolehi dari persamaan berikut :-

K24 = 0.76 + 0.001 (r / t) ≤ 1.0 (1)

Jika rmean / h ≤ 15, tegasan lentur pada serat ƒm diwujudkan oleh momen M pada
keadaan berikut :-

Untuk permukaan cekung (concave) :

ƒm = [ 6M / bh² ] x K25 (2)

jika rmean ≤ 10

K25 = 1 + [ 0.5h / rmean ] (3)


52

Atau, jika 10 < [ rmean / h ] ≤ 15

K25 = 1.15 - [ 0.01rmean / h ] (4)

rmean = r + 0.5h (5)

Untuk permukaan cembung (convex) :

ƒm = 6M / bh² (i)

Tegasan radial ƒr disebabkan oleh momen hendaklah diperolehi dari persamaan


berikut :

ƒr = 3M / 2bhrmean (ii)

Jika nilai momen M bertambah, ƒr , rmean akan berlaku tegangan serengang dengan ira
dan tidak boleh melebihi 1/3 daripada tegasan riceh selari dengan ira yang
dibenarkan. Manakala jika momen M berkurangan ƒr , rmean akan berlaku mampatan
serenjang dengan ira dan tidak boleh melebihi 1.33 kali tegasan gred mampatan
serenjang dengan ira bagi spesis yang dipilih.
53

Keratan rentas A-A Tegasan lentur, m Tegasan jejarian, r

Rajah 2.11: Rajah menunjukkan tegasan yang diaggihkan untuk rasuk kayu glulam
yang membentuk lengkung[1].

You might also like