You are on page 1of 4

1.

Definisi morfologi
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim
et.al 2008), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
perkataan dari segi struktur, bentuk dan pergolongan
kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi
ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang
bermakna.
Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk
tunggal
atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan.
Pegolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan
fungsinya.Perkataan- perkataan yang mempunyai keserupaan
yang demikian digolongkan ke dalam golongan kata yang sama.
Kesimpulannya morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang
mengkaji struktur,
bentuk dan pegolongan kata dalam bahasa Melayu.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1995), mendefinisikan
bahawa
Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji
tentang
perkataan dan cara-cara pembentukannya.
Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob
(1993),mendefinisikan
morfologi sebagai kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau
bentuk kat kata.Juga menjelaskan morfologi sebagai bidang ilmu
bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok belok
struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata
terhadap golongan dan erti kata.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), mendefinisikan morfologi
sebagai
kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa yang melibatkan
infleksi (pengimbuhan), terbitan dan pemajmukan.
. Pergolongan kata
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,golongan kata dalam bahasa
Melayu terbahagi kepada empat, iaitu :
a. Kata nama
b. Kata kerja
c. Kata adjektif
d. Kata tugas
a. Golongan Kata Nama
Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh
menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini
menamakan orang,haiwan, tempat, benda atau konsep.
Za’aba (1965) memberikan definisi nama sebagai semua
perkataan yang menyebut benda atau orang dan
sebagainya.Definisi Za’aba diperkemaskan lagi oleh Abdullah
Hassan (2003) yang memberikan definisi kata nama sebagai kata
yang menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan
nama perkara.
Golongan kata nama dapat dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan
ciri-ciri semantik perkataannya iaitu :
i.Kata nama khas
ii.Kata nama am
iii.Kata ganti nama
Kata Nama Khas
Nik Safiah karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah
kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama
orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa,
pangkat dan seumpamanya.Huruf besar digunakan pada huruf
pertama kata nama khas apabila digunakan dalam penulisan.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama khas ialah
kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan
ejaannya berpangkalkan huruf besar.

HBML2103 PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA


MELAYU
Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu :
i.
kata nama khas hidup
ii.
kata nama khas tak hidup
Kata nama khas hidup dapat dibagikan kepada dua iaitu
i.
Kata nama khas hidup manusia
ii.
Kata nama khas hidup bukan manusia.
Contoh kata nama khas adalah seperti berikut :

Contoh kata nama khas adalah seperti berikut :


Nama Khas Hidup
Nama khas Tak hidup
Manusia
Bukan manusia
Muhammad
Sang Bedal
Pasir Gudang
Datuk Sri Shaharudin
Si Tompok
Gunung Mulu
Datin Sri Normah
Bobo
Proton Waja
Tun Perak
Hibiscus rosasinensis
(Bunga raya)
Bank Simpanan
Nasional
Tun Fatimah
Hibiscus sabdariffal
(roselle)
Jalan P.Ramle

You might also like