You are on page 1of 2

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Office Of Director General Of Educatian Malaysia


PARAS 7 BBLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Center Tel : 03-2586900
50604 KUALA LUMPUR Fex: 03-2535150

KPPM/7
23 November 1998
Semua Pengarah Pendidikan Negeri

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

TARAF KECERGASAN MURID-MURID SEKOLAH

Ahli-ahli sukan negeri kini telahpun membuktikan kemampuan mereka untuk mencapai kejayaan di arena
antarabangsa. Di samping itu, Negara telah mencipta nama sebagai penganjur yang berjaya dan berpotensi
untuk mengelolakan banyak lagi acara diperingkat antarabangsa, sama ada di peringkai wilayah mahupun
di peringkat dunia. Selarat dengan perkembangan tersebut, siaran ini dikeluarkan dengan tujuan
menegaskan kepentingan menyediakan murid-murid untuk dapat menyertai dan memberi saingan dalam
acara-acara yang dianjurkan oleh Negara, terutamanya dalam bidang sukan.

2. Sekolah-sekolah hendaklah merancang dan melaksanakan aktiviti yang dapat meningkatkan tahap
kesihatan dan kecergasan fizikal murid. Aktiviti-aktiviti yang boleh melibatkan murid seperti sukantara dan
merentas desa hendaklah dilaksanakan secara terancang dan teratur untuk menyemai dan menyuburkan
semangat persaingan yang tinggi. Sekolah-sekolah juga hendaklah menentukan supaya semua murid
dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti tersebut.

3. Sehubungan dengan iti, sekolah-sekolah adalah diperingatkan supaya mematuhi kehendak Surat
Pekeliling Iktisas Bil.3/1979, BIl.2/1988 dan Bil25/1998 yang menegaskan bahawa Pendidikan Jasmani
adalah mata pelajaran wajib dan waktu yang diperuntukkan baginya tidak boleh digunakan bagi mengajar
mata pelajaran lain. Bagi sekolah menengah, Ujian Daya Tenaga Asas hendaklah juga dijalankan dua kali
setahun.

Sila maklumkan kandungan siaran ini kepada semua sekolah di negeri YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan
Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

tt

DATO DR.ABDUL SHUKOR ABDULLAH


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
s.k. 1. YB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia

2. YB Dato’Haji Mohd Kalid Yunus


Timbalan Menteri Pendidikan

3. YB Datuk Dr.Fong Chan Onn


Timbalan Menteri Pendidikan

4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

8. Ketua Nazir Sekolah

9. Pegawai Perhubungan Awam

You might also like