You are on page 1of 8

UHP 3092 : ETIKA PROFESIONAL

- TAJUK -

PEMBERIAN KERJA / PROJEK SECARA LANTIKKAN


TERUS YANG TIDAK MENGIKUT PROSEDUR DAN
GARIS PANDUAN YANG TELAH DITETAPKAN

1
UHP 3092 : ETIKA PROFESIONAL

ISU ETIKA - PEMBERIAN KERJA / PROJEK SECARA LANTIKKAN TERUS


YANG TIDAK MENGIKUT PROSEDUR DAN GARIS PANDUAN YANG
TELAH DI TETAPKAN

FAKTA KES :

Ketua Jabatan / Agensi samada dari Sektor Kerajaan ataupun Swasta


adalah dilantik dikalangan mereka yang Profesional. Bagi Jabatan Teknikal
kebiasaanya ianya di ketuai oleh seorang Jurutera Profesional Bertauliah(Ir.).
Sejak kebelakangan ini timbul berbagai isu etika yang melibatkan jawatan ini,
sama ada daripada pihak Swasta mahupun didalam Agensi kerajaan. Sebagai
contoh isu-isu yang mendapat liputan meluas media tempatan adalah seperti
keretakkan Tiang Jambatan ‘Middle Ring Road 2’(MRR2), Kelulusan
Pembangunan Di Tanah Tinggi atau Cerun Bukit, Pembuangan Sisa Toksik
Secara Haram, Tanah Mendap, Projek Perumahan Terbengkalai dan berbagai-
bagai lagi isu etika yang melibatkan jawatan Jurutera ini.

Isu etika yang ingin di ketengahkan disini adalah melibatkan perolehan


kontrak, iaitu pemberian projek / kerja secara lantikkan terus yang tidak
mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan. Perkara ini sering
berlaku samada di sektor swasta mahupun kerajaan. Bagi sektor kerajaan
perkara seperti ini amat terdedah untuk berlaku jika tiada tindakan pencegahan
diambil dengan segera. Di antara isu-isu etika yang sering berlaku adalah :

i. Pemberian Projek / kerja pada kontraktor yang sama.

ii. Pemberian projek / kerja pada rakan kenalan(kroni).

iii. Berlaku perbuatan rasuah, apabila kontraktor akan memberi


ganjaran untuk mendapatkan kontrak.

iv. Kerja yang melebihi RM 20,000 akan dipecah-pecahkan mengikut


kategori agar tidak melebihi RM 20,000 dan boleh dilaksanakan
secara rundingan terus.

v. Tidak melakukan pemantauan dengan berkesan, kerana telah


diberi ganjaran(rasuah).

vi. Tidak memberi sesuatu kerja / projek pada kontraktor yang layak
dan berwibawa.

2
UHP 3092 : ETIKA PROFESIONAL

HURAIAN ISU ETIKA:

Setiap Jabatan / Agensi kerajaan akan mempunyai peruntukkan setiap


tahun samada projek pembangunan ataupun penyelenggaraan. Bagi projek
pembangunan nilai projek kebiasaanya berskala besar dan perolehan kontrak
dijalankan dengan beberapa kaedah seperti kaedah tender terbuka, reka &
bina, rundingan terus dan beberapa kaedah lagi. Bagi projek pembangunan
yang berskala besar, kebiasaannya perolehan kontrak akan lebih sistematik
kerana melibatkan peruntukkan yang besar. Biasanya projek seperti ini akan di
Audit samada audit dalaman ataupun audit daripada pihak luar berbanding
dengan projek / kerja penyelenggaraan yang berskala kecil.

Bagi kerja-kerja penyelenggaraan isu etika yang sering timbul adalah


disebabkan pemberian projek / kerja secara lantikkan terus yang tidak
mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan. Berbanding
dengan projek pembangunan, projek penyelenggaraan kebanyakannya
melibatkan amaun projek yang berskala kecil dimana perolehan kerja akan
diberikan secara lantikkan terus sahaja. Kebiasaanya nilai projek / kerja seperti
ini tidak melebihi RM 20,000 bagi setiap projek / kerja yang dijalankan. Ketua
jabatan / agensi yang mengeluarkan kontrak secara lantikkan terus ini akan
mempunyai kuasa untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjalankan kerja
sekiranya layak.

Didalam kebanyakkan projek / kerja yang di keluarkan memang berlaku


isu etika didalam proses pemberian projek secara lantikkan terus ini. Ianya
sering berlaku samada didalam sektor kerajaan ataupun swasta. Majoriti kerja-
kerja seperti ini akan dijalankan oleh kontraktor kelas ‘F’ sahaja. Disebabkan
jumlah kontraktor kelas ‘F’ yang ramai berbanding kerja yang dikeluarkan,
persaingan sengit untuk mendapatkan projek / kerja seperti ini akan berlaku.
Disebabkan persaingan yang tinggi, maka timbul berbagai-bagai isu etika
didalam perolehan kerja secara lantikkan terus ini.

3
UHP 3092 : ETIKA PROFESIONAL

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG BERLAKUNYA ISU ETIKA:

Isu etika berkaitan pemberian projek / kerja secara lantikkan terus ini
melibatkan banyak faktor, samada daripada individu itu ataupun daripada
sistem perolehan kontrak itu sendiri. Faktor-faktor penyumbang ini hendaklah
dikawal dan diatasi agar perkara tersebut tidak berlarutan. Diantara faktor-
faktor penyumbang yang meyebabkan perkara ini berlaku adalah seperti
berikut :-

i. Tiada kesedaran etika dikalangan pegawai lama kerajaan.

ii. Kurang rasa tanggungjawab terhadap tugas dan jabatan /agensi


berkenaan.

iii. Mengambil jalan mudah kerana mungkin prosedur asal yang terlalu
susah untuk dilaksanakan atau diikuti.

iv. Tiada tindakan tatatertib diambil selama ini oleh jabatan / agensi
berkenaan kerana melibatkan pegawai kanan sahaja.

v. Tekanan dan gaya hidup yang tinggi sekarang yang mungkin


menyebabkan berlaku genjala rasuah dikalangan pegawai.

vi. Tiada pengauditan dibuat dalam perolehan kontrak secara panggilan


terus ini kerana nilai projek yang kecil iaitu kurang daripada RM
20,000.00

vii. Pegawai berkenaan tidak menyedari bahawa tindakan tersebut


menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan kontraktor lain.

viii. Tiada kursus kesedaran ataupun etika kerja dijalankan di jabatan/


agensi berkenaan.

ix. Mengambil kesempatan kerana kerja tersebut terpaksa dilakukan


segera atas dasar kerja kecemasan.

x. Kerja yang dijalankan terpaksa dibuat segera keranan kecemasan


untuk kegunaan orang awam seperti jambatan rosak, bumbung
rosak disebabkan ribut, pokok tumbang dan lain-lain lagi.

4
UHP 3092 : ETIKA PROFESIONAL

IMPLIKASI KES :

Perbuatan tidak beretika seperti ini akan memberi implikasi samada secara
langsung ataupun tidak langsung bukan sahaja kepada organisasi tetapi juga
kepada masyarakat serta pekerja itu sendiri. Diantara implikasi-implikasi yang
timbul daripada pemberian projek / kerja secara lantikkan terus yang tidak
mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan ini adalah seperti
berikut :-

i. Hilang kepercayaan daripada masyarakat terhadap organisasi.

ii. Hilang rasa hormat kakitangan bawahan terhadap pegawai kanan


yang mempunyai kuasa untuk melantik kontraktor secara lantikkan
terus.

iii. Projek akan menimbulkan banyak masalah seperti kerja yang


dihasilkan tidak mengikut speksfikasi.

iv. Kerja yang telah siap dijalankan banyak mengalami kerosakan


(defects).

v. Berlaku genjala rasuah dikalangan pegawai kanan yang mempunyai


kuasa untuk melantik kontraktor secara terus.

vi. Hilang rasa tanggungjawab pegawai yang melantik kontraktor secara


terus ini terhadap organisasi.

vii. Timbul rasa tidak puas hati dikalangan kontraktor lain yang tidak
diberi peluang untuk menjalankan projek.

viii. Kualiti kerja akan menurun kerana kos projek telah menjadi kecil
disebabkan pemberian ganjaran(rasuah) kepada pegawai yang
melantik.

5
UHP 3092 : ETIKA PROFESIONAL

KAEDAH UNTUK MENGATASI :

Bagi mengatasi masalah ini daripada terus berlaku semua pihak termasuk
individu itu sendiri hendaklah memberi kerjasama dan lebih bertanggungjawab.
Pihak jabatan / agensi yang berkenaan juga perlu memainkan peranannya bagi
mengelakkan masalah ini daripada berlarutan. Masalah ini boleh diperbaiki
dengan melihat semula sistem perolehan kontrak secara panggilan terus ini,
dengan meneliti aspek-aspek berkaitan agar masalah etika dikalangan
pegawai kanan ini dapat diatasi. Diantara langkah-langkah yang boleh
dijalankan adalah seperti berikut :

i. Menubuhkan jawatankuasa pemilihan kontraktor untuk Projek / kerja


secara panggilan terus ini agar kuasa melantik tidak disalahgunakan
oleh pegawai-pegawai tertentu.

ii. Pemberian kerja hendaklah diberi secara giliran ataupun melalui undi
supaya tidak timbul rasa tidak puas hati dikalangan kontraktor lain.

iii. Pasukan Audit juga hendaklah mengaudit kerja-kerja secara


panggilan terus ini agar pelaksanaannya dapat dipantau dari semasa
ke semasa.

iv. Pihak jabatan/agensi itu sendiri hendaklah mempunyai pelan


integritinya sendiri agar genjala rasuah dikalangan pegawai teknikal
ini dapat diatasi.

v. Kesedaran nilai-nilai etika dikalangan pegawai kanan perlu


diterapkan melalui kursus-kursus dan seminar-seminar berkaitan
yang dijalankan daripada semasa ke semasa.

vi. Mengambil tindakan tatatertib kepada pegawai-pegawai yang


didapati melanggar kod etika yang telah ditetapkan jabatan/agensi
berkenaan.

vii. Meneliti semula prosedur jabatan/agensi berkaitan berkenaan


perolehan kontrak secara lantikkan terus ini agar ianya lebih mudah
untuk diikuti.

viii. Menyediakan senarai kontraktor yang berkelayakan untuk


melaksanakan kerja-kerja segera jika berlaku kecemasan dan
pemberian kerja dijalankan secara giliran.

6
UHP 3092 : ETIKA PROFESIONAL

LANGKAH YANG SEPATUTNYA :

Isu etika berkaitan pemberian projek / kerja ini secara lantikkan terus boleh
dielakkan jika seorang pegawai atau jabatan tersebut mengikut prosedur &
garis panduan yang telah ditetapkan. Sistem pemberian juga hendaklah diteliti
semula agar tidak menimbulkan syak wasangka daripada pihak luar. Diantara
langkah-langkah yang boleh diambil oleh pegawai tersebut dan jabatan /
agensi berkenaan bagi mengelakkan isu tidak beretika ini timbul adalah seperti
berikut :-

i. Pegawai berkenaan seharusnya mengikut prosedur dan garis


panduan yang telah ditetapkan untuk melantik kontraktor secara
lantikkan terus ini bagi mengelakkan berlaku pandangan serong
masyarakat dan kakitangan bawahan.

ii. Pihak jabatan / agensi hendaklah menubuhkan jawatankuasa


pemilihan kerja secara lantikkan terus kerana bagi mengelakkan
penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai tertentu.

iii. Pegawai berkenaan hendaklah memberi kerja secara lantikkan terus


ini kepada kontraktor yang layak secara giliran ataupun melalui kerja
undi agar tidak timbul perasaan tidak puas hati di kalangan
kontraktor lain.

iv. Pegawai berkenaan haruslah lebih bertanggungjawab terhadap


jabatan / agensi dengan tidak mengambil rakan taulan(kroni) bagi
menjalankan kerja secara lantikkan terus ini dengan itu genjala
rasuah dapat dihindarkan.

v. Pegawai berkenaan seharusnya tidak mengambil kesempatan diatas


kerja segera(kecemasan) yang perlu dilakukan dengan tidak
mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

vi. Pihak jabatan / agensi berkenaan hendaklah mengkaji sistem


pemberiaan kerja secara lantikkan terus ini supaya pelaksanaan
lebih mudah untuk dijalankan.

vii. Pegawai berkenaan haruslah bersikap lebih profesional dengan


mengutamakan kepentingan Jabatan / agensi terlebih dahulu dalam
melaksanakan tugas yang telah diberikan.

viii. Pegawai berkenaan seharusnya lebih amanah dengan tidak


menyalahgunakan kuasa melantik yang telah diberikan kepadanya.

7
UHP 3092 : ETIKA PROFESIONAL

You might also like