Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Islam Tidak Tertegak Dengan Kata

Islam Tidak Tertegak Dengan Kata

Ratings: (0)|Views: 24 |Likes:
Published by Abu Bakar Daud
Islam Tidak Tertegak Dengan Kata-Kata

Oleh: Muhammad Ahmad Rasyid Masyarakat di setiap darsawarsa adalah reflaksi kepada keperibadian kumpulan yang memimpin manusia dalam period tersebut, melebihi reflaksi undang-undang yang digubal untuk menyusun kehidupan dalam aspek-aspek politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Fenomena ini disebabkan oleh dua perkara: 1. Kefahaman, akhlak, dan tabiat memberi kesan-kesan spritual yang lebih mendalam daripada arahan yang dipaksa agar dilaksananakan melalui kekuat
Islam Tidak Tertegak Dengan Kata-Kata

Oleh: Muhammad Ahmad Rasyid Masyarakat di setiap darsawarsa adalah reflaksi kepada keperibadian kumpulan yang memimpin manusia dalam period tersebut, melebihi reflaksi undang-undang yang digubal untuk menyusun kehidupan dalam aspek-aspek politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Fenomena ini disebabkan oleh dua perkara: 1. Kefahaman, akhlak, dan tabiat memberi kesan-kesan spritual yang lebih mendalam daripada arahan yang dipaksa agar dilaksananakan melalui kekuat

More info:

Published by: Abu Bakar Daud on Aug 07, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/30/2010

pdf

text

original

 
http://www.geocities.com/bahantarbiyyah
Islam Tidak Tertegak Dengan Kata-Kata
Oleh: Muhammad Ahmad RasyidMasyarakat di setiap darsawarsa adalah reflaksi kepada keperibadian kumpulanyang memimpin manusia dalam period tersebut, melebihi reflaksi undang-undang yangdigubal untuk menyusun kehidupan dalam aspek-aspek politik, ekonomi dankemasyarakatan.Fenomena ini disebabkan oleh dua perkara:1. Kefahaman, akhlak, dan tabiat memberi kesan-kesan spritual yang lebih mendalamdaripada arahan yang dipaksa agar dilaksananakan melalui kekuatan seperti penguatkuasaan undang-undang. Ia juga menanamkan pengertian tauladan yang tidak  boleh digarap oleh kekuasaan.2. Falsafah, kesusasteraan, dailog dan hujah fuqaha’ mengetuk pasak akal, perasaan danroh, lalu meninggalkannya dalam pendirian menerima atau menolak. Ketegasan yangkaku tidak pernah berupaya untuk menakluk hati, dan juga tidak ada tempat untuk rasakasih dan cita.Dari sini dapat diketahui bahawa seutuh-utuh undang-undang atau syariat ialahundang-undang atau syariat yang disokong dibelakangnya oleh kepercayaan pemimpinyang melaksanakannya. Kerana helah, putar belit atau pencabulan adalah pendekatanyang digunakan oleh pemimpin ketika mana ia tidak mendapat sokongan.Oleh kerana itu tidak berlaku, Islam tanpa muslimin atau iman tanpa mukminin.Kehidupan Islam tidak akan terbina oleh nas syarak semata-mata, tetapi tiang-tiang Islamditegakkan oleh kepimpinan daripada kalangan orang-orang yang beriman yangmempunyai kesan yang sepadu, dari kalangan tokoh pengurusan, politikus, ekonomis,industri, fuqaha’, hakim-hakim, sasterawan dan intelektual. Yang mengetuai mereka ialahseorang lelaki yang mengumpul semua kelebihan dan memiliki kepekaan yang syumul.Tidak ada peluang bagi undang-undang Islam untuk melakukan perubahan, tanpa adamemiliki hati yang tersengat dan menganggap perlaksanaan undang-undang Islam satuibadat.Kefahaman ini bukanlah suatu yang baru. Tetapi ia adalah konsep lama yang telahdiperjelaskan oleh para fuqaha’ salaf. Kerana mereka memahami bahawa para wali Allahyang menolong dan membantu agama-Nya terdapat di kalangan seluruh golongan umatMuhammad (s.a.w.), selagi mereka tidak tergolong daripada kalangan orang yangmelakukan bid’ah dan kefasikan yang nyata. Jadi mereka terdapat di kalangan ahli al-Quran dan ahli ilmu. Mereka terdapat di kalangan ahli jihad dan peperangan. Mereka juga terdapat dari kalangan para peniaga, ahli pertukangan dan peladang.
 Imam Ahmad Merasa Pelik 
Ketika Imam Ahmad bin Hanbal melihat dengan pandangan hatinya, beliaumelihat berlaku penyisihan kepada orang yang thiqah (adil) sedangkan golongan yangtidak disenangi, ditabalkan. Memberi kedudukan kepada ahli bid’ah dan penyerahantugas kepada orang yang tidak layak, beliau berkata: “Pada hari ini, jika kamu melihatsesuatu yang lurus betul, maka kamu hendaklah merasa hairan dan takjub kepadanya.”
 
http://www.geocities.com/bahantarbiyyah
Kehairanan ini ada rasional kebenarannya . Apabila hawa nafsu telah mengatasiiman dalam recommendation yang dilakukan terhadap seseorang untuk satu satu jawatansehingga seseorang dipuji; “alangkah berakalnya dia” , “alangkah pintarnya dia” dan“alangkah penyabarnya dia” , sedangkan di dalam hatinya tiada keimanan sekali punsebesar biji sawi. Sehingga terjadi orang-orang zalim dilantik memegang kementeriandan berada di pusat kuasa, serta orang-orang jahil memimpin dan mengetuai majlis-majlisilmu. Sehingga para ahli sejarah bersepakat bahawa punca segala fenomena kelemahanumat Islam adalah pada kecacatan sifat para perlaksana.
 Iktibar Daripada Tragedi
Tragedi keruntuhan Daulah Abbasiyyah tidak berlaku melainkan sebagai natijahsemulajadi daripada keadaan penyelewengan yang telah mencapai kemuncaknya. Tiadasiapa yang dapat memberikan peringatan dan amaran sebagaimana peringatan danamaran yang telah diberikan oleh tragedi tersebut. Walaupun demikian, tragedi tersebuttetap menutup pintu hati orang-orang yang terselamat daripada keganasan Tatar untuk mengambil iktibar, seperti muslimin di Syam dan di Mesir. Oleh sebab itulah Syam danMesir menyaksikan berbagai-bagai jenis kelemahan dan kekurangan yang amatmemeritkan.Ibnu al-Qayyim telah mengucapkan satu ungkapan yang bersejarah. Iamenggambarkan keadaan yang berlaku pada masa itu. Beliau menyimpulkan bahawa punca kebatilan yang dilakukan golongan batil adalah kerana tipu daya syaitan yangmerupakan musuh manusia dan selaras dengan analisis Islam terhadap pertarungan yang berlaku di antara kebaikan dan keburukan, serta bersesuaian dengan akidah Islam.
 Pertembungan Islam Dan Jahiliah
Beliau menyebut bagaimana syaitan menemui satu kumpulan pengikutnya. “Lalusyaitan itu membentuk daripada mereka satu kumpulan (hizb) yang menyokongnya dan berwala’kan kepadanya dengan membelakangi Tuhan mereka yang sebenar (Allah).Mereka telah menjadi musuh kepada Tuhan mereka yang sebenar bersama dengansyaitan yang memangpun sudah menjadi musuh kepada Tuhannya. Mereka menyerukepada kemurkaan-Nya. Mencacat cederakan rububiyyah, uluhiyyah dan keesaan-Nya.Mereka mencela dan mendustakan-Nya. Mereka memfitnah dan menyusahkan para wali- Nya dengan berbagai-bagai jenis kesusahan. Mereka berusaha untuk menghapuskan parawali-Nya daripada kewujudan ini. Mereka juga berusaha keras untuk mendirikan satunegara buat mereka.”Apa yang menarik di dalam petikan di atas ialah beberapa perkataan dan istilahyang digunakan oleh Ibn al-Qayyim, seolah-olah beliau menyifatkan tabiat pertarunganyang sedang berlaku di antara gerakan-gerakan Islam dengan kem jahiliyyah. Beliaumenyebut perkataan kumpulan (hizb), fitnah, kesusahan, penghapusan dan penegakannegara batil. Perkataan-perkataan ini menawan keprihatinan anda, agar anda memberikan perhatian atau tertarik kepada persamaan bentuk peperangan dan pertarungan yangsedang anda hadapi, sebagaimana yang telah dihadapi oleh generasi Ibn al-Qayyim dansebagaimana yang telah dialami oleh kumpulan yang bersama dengan Imam Ahmad ibnuHanbal (r.a.)

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->