Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Katakan Tidak Pada Rasuah

Katakan Tidak Pada Rasuah

Ratings: (0)|Views: 13|Likes:
Say no to bribe.
Say no to bribe.

More info:

Published by: Norliza Fenix Ismail on Dec 24, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/23/2013

pdf

text

original

 
Katakan 'Tidak Pada Rasuah'
Source: Pelita Brunei (22/12/2010)
PERBUATAN
rasuah adalah jenayah terkutuk yang bukan sahaja merupakan satu kesalahanbesar di sisi undang-undang dunia, malah dilarang keras dan dihitung di dalam Islam sebagaiamalan dosa besar kerana membabitkan unsur kezaliman dan penindasan serta mengambil hak orang lain secara salah sesuai dengan firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarahayat 188, tafsirnya:
"Dan janganlah kamu makan harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang bathil dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim supaya kamudapat mengambil sebahagian daripada harta orang dengan cara berbuat dosa, pada hal kamumengetahui salahnya."
 Amalan rasuah juga disebut dalam hadits Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yangdiriwayatkan oleh Ibnu Majah dari 'Abdullah bin 'Amru yang bermaksud:
"Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: "Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah."
 Mereka yang terlibat dengan perbuatan rasuah itu selain daripada mendapat laknat AllahSubhanahu Wata'ala dan Rasul-Nya, mereka juga akan menerima azab yang pedih di akhiratkelak, sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ath-Thabrani yangbermaksud:
"Dari Ibnu 'Umar Radiallahuanhuma katanya, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:"Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka."
 Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan betapa Islam melarang keras perbuatan rasuah dan orangyang melakukan rasuah bukan sahaja dilaknati Allah Subhanahu Wata'ala tetapi juga akan masuk neraka.Gejala rasuah sudah lama wujud sejak zaman dahulu lagi dan amalan ini masih lagi berleluasadan menulari kehidupan masyarakat antarabangsa tidak kira di negara kaya mahupun miskin,negara Islam atau sebaliknya. Tiada negara boleh mendakwa dirinya bebas daripada jenayahrasuah, cuma kadar rasuah itu sahaja yang berbeza sama ada besar ataupun kecil. Pendek kata,amalan rasuah berlaku di mana-mana dan kepada sesiapa sahaja dengan tidak memilih tempat,waktu dan peringkat manusia.Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri pernah ditawarkan perempuan cantik, jawatantinggi dan harta kekayaan, oleh kaum Musyrikin Quraisy dengan harapan agar Rasulullahberhenti dari berdakwah ke jalan Allah. Bagaimanapun Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallamtidak tergoda dengan tawaran rasuah itu dan tidak berganjak seinci pun dengan komitmenBaginda meskipun mereka meminta bapa saudara Rasulullah, Abu Talib untuk memujuk Baginda namun Rasulullah tetap masih dengan pendiriannya dan bersabda:

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->