You are on page 1of 7

CARA-CARA MENGATASI GEJALA BULI DALAM

KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

Kes buli semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini khususnya di kalangan pelajar
sekolah menengah. Kes buli ini sebenarnya bukan lagi perkara baru dalam kalangan
pelajar.Malah sejak berpuluh-puluh tahun dahulu, kes buli memang wujud dan kini ia semakin
serius sehingga mengakibatkan kematian.
Pada minggu lepas, sahabat saya telah meminta saya untuk menkaji dan
menyumbang idea tentang masalah-masalah buli yang berlaku di negara kita. Saya telah
bekerjasama dengan kawan saya untuk menyumbang tenaga dalam menyiapkan tugas itu. Saya
juga telah meluangkan masa pergi ke perpustakaan awam yang berhampiran untuk mencari
maklumat yang berkaitan dengan kes buli.
Kebelakangan ini, satu kes buli telah meragut nyawa seorang pelajar tingkatan 4
di Ampang, Negeri Sembilan .Kes ini melibatkan 14 orang pelajar senior yang telah membelasah
teruk seorang pelajar junior akibat sedikit salah faham. Kecederaan serius yang dialami pelajar ini
di bahagian kepala dan organ dalaman mengakibatkan pelajar itu menemui maut. Jika mereka
bertolak-ansur, sudah tentu kejadian ini tidak menjadi isu yang serius.
Sehubungan dengan itu, kes buli ini tidak harus dibirakan beaker umbi di
sekolah-sekolah. Pengetua dan para guru seharusnya sentiasa peka dan rajin memantau sebarang
kes yang telah berlaku di sekolah-sekolah mereka. Cara ini dapat mengawal keadaan manakala
para pelajar pula seharusnya lebih berani untuk melaporkan sebarng kes buli yang
diketahui.Mereka perlu bersikap lebih berani dan jujur menyampaikan maklumat-maklumat
berkenaan kes buli ini agar pelakuannya dapat ditangkap dan dikenakan tindakan sewajarnya.
Tindakan membiarkan pelaku bertindak sewenang-wenangnya ke atas mangsa
akan mengakibatkan pelaku bertambah berani. Sekiranya masalah ini tidak dibendung maka tidak
mustahil akan lebih ramai lagi pelajar yang akan menjadi mangsa. Apa yang menjadi masalahnya,
para pelajar yang menjadi mangsa, takut untuk melaporkan guru atau pihak berkenaan. Mereka
bimbang akan dibuli lebih teruk lagi jika melaporkan kejadian yang berlaku.
Natijahnya,‘pembuli-pembuli’ ini semakin berani dan akhirnya kejadian buli semakin berleluasa.
Maka, sudah tiba maranya Kementerian Pendidikan untuk berkejasama dalam
mencari jalan penyelesaian yang baik. Kerajaan haruslah bertanggungjawab dalam mengubah
undang-undang baru tentang salah laku pelajar atau penguatkuasaan undang-undang sedia ada
bagi memastikan kes buli ini tidak menjadi satu’penyakit’ di setiap sekolah. Pemimpin negara
sendiri haruslah turun padang untuk memimpin semua remaja ke jalan yang betul .
Sikap sambil lewa dan memandang enteng maslah ini akan memburukakan lagi
keadaan. Pihak sekolah digesa lebih peka dengan keadaan yang berlaku di sekeliling mereka
manakala para ibu bapa harus lebih prihatin terhadap tingkah laku dan perkembangan anak-anak
mereka.
Selepas dikaji dengan teliti mengenai kegiatan buli dalam kalngan remaja,saya
baru insaf bahawa kegiatan buli tidak mendatangkan apa-apa kebaikan malah menjejaskan imej
diri, keluarga, bangsa dan negara. Daripada maklumat yang saya perolehi, barulah saya sedar
bahawa masalah buli ini memerlukan kerjasama semua pihak untuk dibendung.Iktibar yang saya
peroleh ialah setiap anggota masyarakat harus mengamalkan nilai bertanggungjawab serta harga
diri. Nilai rasional dan nilai kesederhanaan juga harulah disemai dalam sanubari pelajar agar
gejala buli ini dapat dihindari. Selepas ini, saya akan berubah sikap dan menasihati rakan-rakan
saya yang lain agar dapat memupuk kesedaran dalam diri mereka. Konklusinya,semua pihak
haruslah mengembleng tenaga agar gejala ini dapat diselesiakan selama-lamanya.
DADAH PEMBINASA ANAK WATAN NEGARA

Manusia merupakan ciptaan tuhan yang paling unik. Namun, mengapakah masih
terdapat gejala negatif di dunia ini ?Sepatutnya setiap individuu haruslah menghargai
pemberian serta anugerah Tuhan yang tidak ternilai ini. Saya telah menyumbang tenaga
bersama-sama dengan rakan-rakan saya yang lain untuk mencari maklumat mengenai
gejala najis dadah. Saya turut menyumbang idea serta mencari maklumat-maklumat
mengenai gejala social ini daripada surat khabar ,media massa ,dan lain-lain lagi. Saya
telah meluangkan masa selama seminggu untuk mencari maklumat-maklumat ini. Hasil
daripada kerjasama rakan-rakan, informasi mengenai gejala negative ini dapat
deperolehi .
Selain itu, saya juga rajin pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan-bahan yang
berkaitan, Bagi diri saya, saya rasa bahawa setiap bertanggungjawab mendidik dan
mengasuh anak-anak mereka sendiri untuk menjadi seorang yang berguna pada masa
hadapan. Bak kata perkata”remaja harapan bangsa,pemudi tiang negara” tetapi adakah
remaja yang terjebak dalam gejala itu boleh dikatakan sebagai harapan bangsa ?Sudah
tentu tidak .Segelintir remaja bertindak sedemikian kerana kurang didikan agama.
Mereka sepatutnya mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan agar tidak terjebak
dalam gejala social ini. Bukan itu sahaja , malah pemimpin haruslah turun padang untuk
memimpin semua pelajar ke arah yang betul .
Di samping itu, gejala social ini juga berlaku kerana pengaruh rakan sebaya.Ini
adalah kerana para remaja tidak dapat membezakan perkara yang baik dengan buruk
kerana masih berada di tahap perkembangan hidup. Oleh sebab itu, pemilihan rakan
sebaya amat penting bagi menjamin personality seseorang. Selaras dengan itu,
masyarakat haruslah mengamalkan nilai sabar dan bertoleransi terhadap individu-
individu ini agar mereka tidak berasa tersisih. Selain itu, ibu bapa yang tidak memberi
tumpuan terhadap pergaulan anak-anak juga merupakan salah satu factor berlakunya
gejala ketagihan dadah. Mereka idak mengehadkan pergaulan bebas anak-anak mereka ,
sehinggalah terjadi gejala yang tidak bermoral ini.
Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah prihatin terhadap kelakuan serta pergaulan
anak-anak mereka serta bijak mengawal keadaan zamn remaja merupakan masa remaja
mudah memberontak. Bukan itu sahaja, kempen-kempen kesedaran haruslah dijalankan
untuk menerapkan nilai-nilai murni, seperti bertanggungjawab, hargi diri,
kesederhanaan,serta berhemah tinggi supaya gejala-gejala negatif ini dapat dihindarkan.
Saya berasa insaf selepas membaca kesan-kesan dan punca-punca ketagihan
dadah kepada remaja. Iktibar yang saya peroleh ialah kita haruslah menghargai nyawa
ciptaan Tuhan dan bertanggungjawab atas setiap tindakan yang diambil. Justeru ,saya
akan berubah sikap dan cuba untuk memupuk kesedaran dalam diri,rakan-rakan, serta
remaja yang lain akan keseriusan gejala negatif ini.
Kesimpulannya, langkah-langkah yang effsien haruslah diambil bagi
membendung masalah ini daripada terus menular kerana generasi hari ini merupakan
Negara pada masa hadapan.
PUNCA-PUNCA PENINGKATAN GEJALA PEMBUANGAN BAYI
DALAM KALANGAN MASYARAKAT…
Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan
teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari ,terdapat
kes-kes pembuangan bayi yang telah dilaporkan. Antara tajuk-tajuk berita yang kita dengar di
dada-dada akhbar ialah bayi yang dijumpai di dalam tandas,tepi longkang, dan lain-lain tempat
tanpa ada sebarang perikemanusiaan.
Dalam mencari maklumt mengenai gejala pembuangan bayi yang semakin serius ini, saya
dan rakan-rakan saya yang lain telah menyumbang tenaga dalam mendapatkan maklumat
daripada surat khabar, media massa dan lain-lain lagi. Saya juga menyumbang idea tentang cara-
cara mengurangkan kes pembuangan bayi dalam kalangan masyarakat. Saya telah meluangkan
masa selama seminggu untuk mencari maklumat-maklumat ini. Hasil daripada kerjasama guru-
guru dan rakan-rakan saya dapat memperoleh informasi mengenai kemelut ini. Selain itu, saya
juga rajin ke perpustakaan untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan isu ini.
Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya
anak luar nikah . Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan keji mereka yang sanggup membuang
membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru .Hal ini turut berlaku
kerana mereka tidah sanggup diejek oleh masyarakat setempat. Oleh itu, ibu bapa perlulah
bertanggungjawab dalam mendidik dan mengasuh anak-anak agar mereka dapat menjadi seorang
manusia yang berguna pada masa akan datang.
Terdapat juga ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja .Pada
pandangan mereka inilah pencetus berlakunya perbuangan bayi kerana pergaulan bebas .Lebih-
lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai
sampah masyarakat. Sebagai masyarakat ,kita sepatutnya bekerjasama dalam memimpin dan
memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Cara ini sudah tentu dapat mengawal keadaan
sebegini daripada terus berleluasa. Justeru, masyarakat haruslah mengamalkan nilai sabar dan
bertoleransi terhadap individu agar mereka tidak berasa tersisih .Masyarakat juga haruslah lebih
prihatin dan peka terhadap kes pembuangan bayi ini agar masalah ini dapat dibendung dengan
segera. Selain itu ,kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan
perzinaan sesuka hati.Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agama. Selepas
itu, masing-maing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan sehingga sanggup
membuang anak yang tidak berdosa.
Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak
mereka. Masalah pembuangan bayi ini dapat ditangkis sekiranya wujub kesedaran dan
rasa tanggungjawab dalam masyarakat dengan mengambil tahu serta membanteras dan
seterusnya mewujubkan masyarakat yang bersifat penyayang.
Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa saya berasa insaf setelah melihat dan
mendapat tahu tentang isu pembuangan bayi daripada hasil pengumpulan bahan saya.
Iktibar yang saya perolehi daripada gejala ini ialah kita haruslah menghargai setiap
ciptaan Tuhan dan haruslah bertanggungjawab atas tindakan yang diambil sendiri.Justeru,
saya akan berubah sikap dan cuba untuk memupuk kesedaran dalam diri dan rakan-rakan
serta remaja yang lain agar dapat melahirkan generasa yang beraklak pada masa akan
datang. Akhir kata, setiap individu haruslah mengamalkan nilai kesederhanaan dan tidak
menghina ciptaan Tuhan supaya dapat mewujubkan masyarakat yang penyayang serta
harmoni.
PUNCA-PUNCA TABIAT MEROKOK DAN CARA –CARA UNTUK
MENGATASINYA

Merokok merupakan sejenis tabiat yang telah lama sebati dalam masyarakat
dunia. Walaubagaimanapun tabiat merokok kini semakin menjadi-jadi terutamanya
dalam kalangan remaja yang masih bersekolah . Tabiat merokok ini sukar dibendung
terutamanya bagi seseorang yang telah lama menjadi perokok. Untuk mengetahui dengan
lebih lanjut ,saya telah menyumbang tenaga bersama-sama rakan –rakan saya yang lain
untuk mencari maklumat mengenai gejala merokok ini.
Saya telah meluangkan masa selama seminggu untuk mencari maklumat-
maklumat mengenai gejala merokok .Saya tutut menyumbang idea serta mencari
maklumat mengenai tabiat merokok ini melalui surat khabar,media massa ,dan lain-lain
lagi. Hasil daripada kerjasama rakan-rakan, informasi mengenai gejala negatif ini dapat
diperoleh. Selain itu, saya juga rajin pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan-bahan
yang berkaitan dengan gejala ini. Setelah dikaji dengan teliti, saya berpendapat bahawa
ibu bapa hendaklah bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak mereka sejak
kecil lagi sebelum nasi menjadi bubur.
Pelbagai sebab dikenal pasti sebagai punca berlakunya tabiat merokok dalam
kalangan masyarakat hari ini .Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya terutamanya
golongan remaja, pengaruh media yang menjadikan iklan sebagai daya tarikan untuk
merokok, perasaan ingin mencuba dan sebagai alas an untuk mengurangkan tekanan
akbat masalah yang dihadapi. Ringkasnya, sebagai seornag insane yang
bertanggungjawab ,kita hendaklah menghargai dan menjaga nyawa yang telah
dianugerahkan oleh Tuhan dengan sempurna.
Menyedai hakikat ini, beberapa langkah perlu diambil.Antara cadangan yang
ingin dikemukakan ialah mewujubkan Klinik Berhenti Merokok secara meluas,
mengadakan ceramah dan penerangan tentang keburukan tabiat merokok agar dapat
mengawal keadaan yang semakin menjadi serius .Selain itu, kerajaan juga hendaklah
bekerjasama dalam menguatkuasa undang-undang larangan merokok.,mengenakan cukai
ke atas rokok sekali gus menaikkan harganya dan tidak membenarkan kanak-kanak di
bawah umur 12 tahun membeli rokok. Sesungguh niat untuk berhenti merokok berserta
tekad dan azam yang kuat mampu untuk menghindari seseorang perokok daripada terus
menjadikan rokok sebagai teman seumur hidup .
Undang-undang yang diubah seperti mewujudkan kawasan larangan merokok
sebenarnya tidak memadai. Pihk berwajib seperti polis hendaklah rajin bertindak
menyaman atau menangkap mereka yang didapati melanggar peraturan merokok semasa
berada di tempat-tempat yang tidak dibenarkan.
Dalam pada itu, kerajaan dengan kuasa yang ada perlu menaikkan cukai dan
harga semua jenis rokok di pasaran. Walaupun langkah yang dicadangkan itu tidak
mampu menbendung gejala ini, tetapi ia diharapkan dapat mengurangkan jumlah perokok
dan kadar pertambahan perokok yang dikatakan agak membimbangkan. Pemimpin
negara haruslah prihatin dengan situasi yang serius ini . Mereka harus memimpin semua
remaja ke arah yang betul. Selaras dengan itu ,masyarakat haruslah mengamalkan nilai
sabar dan bertoleransi terhadap individu-individu yang menghidap penyakit kanser agar
mereka tidak berasa tersisih.
Selepas membaca laporan akhbar mengenai kegiatan merokok dalam kalangan
remaja , saya baru insaf bahawa keburukan yang akan dialami oleh seseorang akibat
gejala negatif ini. Saya juga sedar bahawa gejala merokok bukan sahaja membahayakan
diri sendiri teteapi juga orang lain. Ringkasnya, setiap orang haruslah bersikap
kesederhanaan dalam melakukan sesuatu perkara dan tidak melanggar undang-
undang .Iktibar yang saya perolehi ialah kita hendaklah sentiasa menyayangi diri dan
keluarga agar dapat menjalani kehidupan yang sihat dan berkualiti sepanjang hayat.

KESAN PEMBANGUNAN KEPADA ALAM SEKITAR

Pencemaran alam sekitar yang melanda dunia pada hari ini menjadi isu yang hangat
yang deperkatakan oleh setiap orang. Isu ini ialah masalah segajat yang tidak akan selesai kerana
berkaitan dengan kepesatan pertubuhan ekonami yang dialami oleh sesebuah negara. Pelbagai
projek harus dijalankan untuk mencapai status Negara maju. Walaupun pada hakikatnya alam
sekitar dan keselesaian penduduk terpaksa terkorban.
Atas rasa kesedaran dan tanggungjawab , saya telah menyumbang tenaga untuk
mencari maklumat mengenai pencemaran alam sekitar yang berlaku di negara kita.Saya juga
menyumbang idea dan sedar bahawa masalah ini perlu dibendung dengan segera keranna ia
menganggu kesejahteraan sejagat. Oleh itu, saya telah meluangkan masa selama seminggu untuk
mencari maklumat mengenai alam sekitar .Daripada maklumat yang diperoleh pencemaran boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu pencemaran udara ,air, dan bunyi.
Sebagai makluk ciptaan Tuhan, kita bertanggungjawab menjaga alam sekitar daripada
tercemar. Nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar hendaklah diamalkan. Namun
kebelakangan ini,kepesatan pembangunan ini perindustrian telah menyebabkan banyak kilang
didirikan di tepi-tepi sungai . Banyak sungai tercemar akibat pembuangan sisa-sisa toksik dan
kimia dari kilang terutamanya di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya,Pulau Pinang, dan Johor
Bahru. Sisa –sisa ini amat berbahaya kepada pelbagai jenis kehidupan aquatik.Secara tidak
langsung ,masalah ini akan menjejeaskan pendapatan para nelayan .
Berbekalkan semangat kegigihan dan kerajinan , saya berjaya mengumpul maklumat
mengenai pencemaran alam sekitar. Saya dapati bahawa kepesatan perindustrian di sesuatu
kawasan boleh menggalakkan penghijrahan pendudukan yang pesat . Taraf ekonomi penduduk di
kawasan ini membolehkan mereka memiliki kereta sendiri yang akhirnya menjurus kepada
pencemaran udara.
Pencemaran udara menjadi punca kepada penitisan lapisan ozon. Maka , tidak hairanlah
jika suhu di bandar utama menjadi semakin panas .Oleh yang demikian, semua pihak harus
bekerjasama untuk menbendung masalah ini. Para pemimpin juga harus turun padang dan
memimpin serta berusaha untuk membanteras aktiviti yang menyebabkan pencemaran alam
sekitar.
Kepesatan pembangunan dan pertambahan pemilikan kenderaan di kawasan bandar
menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Bunyi yang dihasilkan sama ada daripada
kenderaan ,jentera-jentera atau mesin-mesin di kilang dan tapak pembinaan boleh menjejaskan
pendengaran seseorang. Justeru itu, semua pihak haruslah bertoleransi agar tidak menganggu
ketenteraman orang lain .Sejajar dengan itu kita perlula prihatin dan peka terhadap isu-isu yang
berkaitan dengan alam sekitar.Usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat
membantu mengurangkan masalah pencemaran .
Setelah menjalankan penyelidikan ini, saya baru insaf bahawa sikap sambil lewa terhadap
masalah pencemaran alam sekitar mendatangkan natijah yang buruk kepada semua orang.
Daripada kajian yang dilakukan , saya sedar bahawa sikap manusia yang rakus mengejar
kemajuan menjadi penyebab utama kepada masalah pencemaran sejagat ini.
Oleh yang demikian, kita haruslah menggembling tenaga dalam mengawal keadaan alam
sekitar sebelum nasi menjadi bubur.Dengan ini, saya akan sentiasa berusaha untuk berubah sikap
serta menyerahkan kepada masyarakat di sekililing saya tentang kepentingan menjaga alam
sekitar. Iktibar yang saya peroleh daripada kajian ini ialah nilai bertanggungjawab dan
kesederhanaan harus dijadikan pegangan hidup setiap insan dalam menjaga alam yang
dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Esa.

PITA VIDEO CETAK ROMPAK BANYAK


MENDATANGKAN PENGARUH NEGATIF KEPADA
GOLONGAN REMAJA…

Dewasa kini, ramai di kalangan remaja kita yang terpengaruh dengan budaya pita
cetak rompak yang begitu laris di pasaran sekarang. Jika kita lihat sekarang , remaja-remaja di
bangku sekolah dan belum bekerja sudah mampu untuk memiliki pelbagai jenis pita video kerana
ia dijual begitu murah sekali.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah menyumbang tenaga bersama-
sama rakan-rakan saya yang lain untuk mencari maklumat mengenai gejala cetak rompak ini.
Saya telah meluangkan masa selama seminggu untuk mencari maklumat-maklumat yang
berkaitan dengan gejala cetak rompak. Saya turut menyumbang idea serta mendapatkan
maklumat mengenai gejala cetak rompak ini melalui surat khabar dan media massa. Hasil
daripada kerjasama rakan-rakan, informasi mengenai gejala negative ini dapat diperoleh. Selain
iu, saya juga rajin pergi ke perpustakan untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan gejala
ini.
Sesungguhnya, gejala pita video cetak rompak telah banyak mendatangkan
pengaruh negative kepada golongan remaja sekarang. Salah satu daripadanya ialah pelajar-pelajar
akan mengabaikan pelajaran mereka dan ramai yang terkandas dalam pelajaran. Oleh itu, ibu
bapa hendaklah bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak mereka agar mereka tidak
terjerumus dalam gejala negative ini. Ibu bapa juga hendaklah bertolak-ansur dengan anak-anak
supaya dapat membawa mereka semula ke jalan yang betul.
Remaja-remaja juga menjadi boros dan menghabiskan wang mereka intuk
membeli atau menyewa pita video. Wang saku tang diberikan oleh ibu bapa mereka untuk
perbelanjaan keperluan sekolah tidak digunakan sebaik mungkin, malahan, menghabiskannya
untuk perkara yang tidak berfaedah . Ringkasnya, remaja harus prihatin terhadap perbelanjaan
mereka dan sentiasa berjimat-cermat dalam perbelanjaan seharian.
Kerajaan juga haruslah lebih tegas dalam pengharaman pita video cetak rompak.
Kerajaan juga hendaklah melakukan operasi secara besar-besaran untuk membasmi kes-kes cetak
rompak di samping melakukan kempen seperti’cetak rompak zero’ supaya dapat mengawal
keadaan yang semakin serius.Jika gejala pita video sudah disapu bersih, maka masalah remaja
yang terlalu gemar menonton pita video dapat dikurangkan.
Pihak sekolah juga perlu sentiasa melakukan pemeriksaan mengejut ke atas
pelajar iaitu memeriksa beg para pelajar kerana dikhuatiri mereka membawa pita video ke
sekolah. Kerajaan juga hendaklah mengambil tindakan yang bijak dalam memimpin remaja ke
jalan yang betul kerana remaja hari ini merupakan tonggak negara pada masa depan.
Kesimpulannya, saya berasa insaf setelah mengetahui kesan-kesan negatif
kepada seseorang individu jika terjebak dalam gejala cetak rompak ini. Iktibar yang saya peroleh
ialah sebagai seorang yang amanah, kita tidak seharusnya mengambil hak orang lain. Kita juga
hendaklah bersikap kesederhanaan atas perkara atau tindakan yang hendak diambil. Justeru , saya
akan berubah sikap dan cuba untuk memupuk kesedaran dalam diri, rakan-rakan serta remaja
yang lain tentang kesan-kesan cetak rompak supaya dapat menghasilkan remaja-remaja yang
bermutu, berkarisma dan produktif dalam pembentukan sesebuah negara maju.

USAHA-USAHA KERAJAAN DALAM MENANGANI


GEJALA RASUAH
Sejak kebelakangan ini, gejala rasuah semakin menular di negara kita. Bagi
membendung fenomena ini, Badan Pencegahan Rasuah (BPR) telah mengambil beberapa
langkah. Antaranya ialah kempen ‘Amanah, Bersih dan Cekap’. Kempen sebegini sudah
tentu dapat mendedahkan implikasi rasuah terhadap negara.
Antara rasa kesedaran dan tanggungjawab, saya telah menyumbang tenaga
untuk mencari maklumat mengenai gejala rasuah yang berlaku di negara kita. Saya juga
menyumbang idea dan sedar bahawa masalah ini perlu dibendung dengan segera kerana
gejala negaif ini hanya mencemarkan imej negara kita sendiri. Oleh itu, saya telah
meluangkan masa selama seminggu untuk mencari maklumat mengenai gejala rasuah.
Hasil daripada kerjasama rakan-rakan , informasi mengenai gejala rasuah ini dapat
diperoleh.
Setiap individu haruslah bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu
tugas yang diberikan dengan amanah dan jujur. Namun, kebelakangan ini, gejala rasuah
semakin meningkat selaras dengan kepesatan pembangunan di negara kita. Ringkasnya,
setiap pemimpin haruslah memimpin anak buah mereka dengan penuh dedikasi agar
mereka bebas daripada sebarang gejala rasuah.
Di samping itu, kerajaan juga hendaklah rajin memberikan pendedahan
tentang kesan rasuah kepada masyarakat dari awal lagi. Hal ini secara tidak langsung
dapat mengawal keadaan gejala rasuah yang menular di negara kita.Ringkasnya jika
terdapat kerjasama yang kolaboratif serta toleransi yang baik antara satu sama lain,
nescaya enigma ini mampu disingkirkan dari sanubari masyarakat Malaysia. Oleh yang
demikian, masyarakat haruslah prihatin terhadap rasuah yang semakin berleluasa agar
dapat melahirkan masyarakay yang jujur dan amanah.
Konklusinya, saya berasa insaf setelah mengetahui tentang keburukan yang
akan dialami oleh seseorang jika erjebak dalam gejala rasuah.Iktibar yang saya peroleh
ialah kita haruslah mengamalkan nilai amanah dan tidak tamak akan harta orang lain.
Kita juga haruslah mengamalkan sikap kesederhanaan dan tidak mengejar aspek duniawi
yang akan meranapkan masa depan kita. Justeru,saya bertekad untuk berubah sikap ke
arah yang lebih positif serta berusaha untuk memupik kesedaran dalam diri orang lain
demi melahirkan masyarakat yang berkomgkalikung memerangi rasuah.

You might also like