You are on page 1of 2

Tugasan 1

Harga Diri Dapat Membawa Kesejahteraan Hidup Kepada Individu

Harga diri merujuk kepada penilaian subjektif seseorang tentang dirinya


sebagai positif atau negatif. Jika anda berfikir anda adalah seorang yang bijak,
rajin, gembira, yakin,  berkebolehan dan boleh berinteraksi dengan orang lain
tanpa apa-apa hambatan, anda boleh disifatkan sebagai seorang yang
mempunyai imej diri yang sihat atau positif, iaitu, anda  adalah seorang insan
yang mempunyai harga diri yang tinggi.

Pengamalan nilai harga diri adalah amat penting bagi membawa kesejahteraan
hidup kepada individu. Nilai ini bermaksud keupayaan dan keyakinan diri agar
mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

Di samping itu, mempunyai harga diri adalah penting supaya individu tersebut
akan dipandang mulia dan tidak dicemuh oleh masyarakat setempat. Seseorang
individu yang tidak mempunyai harga diri tidak akan mempunyai masa depan
yang cerah kerana individu tersebut tidak mempunyai integriti diri untuk
memjayakan hala tujunya.

Sekiranya individu tersebut tidak menjaga harga dirinya, berkemungkinan


besar maruah dirinya akan tercemar sehingga menjejaskan nama baik keluarga.
Misalnya, seseorang gadis perempuan yang menjadi seorang pelacur akan
dipandang serong oleh masyarakat bahkan maruah keluarganya juga akan
menghadapi tamparan yang besar kerana sering dipersendakan oleh orang lain.

Hal ini secara tidak langsung turut menjejaskan imej baik negara. Pelancong-
pelancong daripada negara lain tidak akan berasa senang hati sekiranya mereka
melihat gejala-gejala yang tidak baik seperti pengambilan dadah, kegiatan
sumbang mahram dan pelacuran berlaku.

Selain itu, individu juga harus mengamalkan nilai berhemah tinggi ketika
berinteraksi dengan orang lain. Definisi nilai ini ialah beradab sopan dan berbudi
pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

Mempunyai sifat berhemah tinggi akan menyebabkan seseorang itu disenangi


oleh orang lain. Orang tersebut akan dipandang mulia kerana mempunyai
pertuturan dan perlakuan yang lembut dan bersopan santun.

Antara cara-cara untuk menunjukkan nilai berhemah tinggi ialah mengucapkan


terima kasih, meminta maaf ketika melakukan kesilapan dan bertatasusila dalam
melakukan sesuatu perkara.
232

You might also like