You are on page 1of 16

ELAUN LEBIH

MASA

Unit Emolumen
Jabatan Bendahari
BILA BAYARAN BOLEH DIBAYAR
 Apabila seseorang pegawai
dikehendaki bekerja lebih daripada
masa bekerja biasa yang disyaratkan
baginya, atau dipanggil bertugas
dalam masa kecemasan maka ia
boleh diberi bayaran lebih masa
mengikut kadar-kadar yang
ditetapkan dan jenis tugas yang
dijalankan.
(Perintah Am Bab G)
TAKRIF KERJA
 KERJA SIANG
• Sebarang giliran bertugas tambahan
yang dikerjakan di antara jam 6 pagi
hingga 10 malam
 KERJA MALAM
• Sebarang giliran bertugas tambahan
yang dikerjakan di antara jam 10
malam hingga 6 pagi

(Perintah Am Bab G)
 KERJA KECEMASAN
• Sebarang tugas yang diisytiharkan oleh
Ketua Jabatan sebagai tugas kecemasan
yang memerlukan tenaga pekerja yang
lebih daripada biasa

(Perintah Am Bab G)
TUNTUTAN ELAUN LEBIH MASA
 Semua anggota dalam Kumpulan
Sokongan layak dibayar Elaun Lebih
Masa.
 Corak kerja lebih masa meliputi
semua jenis tugas seperti
perkhidmatan kaunter,
pemerosesan, penyeliaan dan
pengawasan.

(Pek Perkhidmatan Bil 9 Tahun 1991)


SYARAT BAYARAN
 Pembayaran Elaun Lebih Masa hanya
boleh dipertimbangkan sekiranya kerja
yang dimaksudkan memenuhi salah satu
daripada syarat-syarat berikut:
• Kerja-kerja kecemasan
• Kerja mustahak yang tidak boleh ditangguhkan
kepada hari berikutnya oleh sebab
penangguhan itu boleh memudaratkan
perkhidmatan
• Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh
anggota melebihi daripada bidang tugas
biasanya; dan
• Kerja-kerja yang perlu diteruskan di dalam
jangkaan masa yang terhad.
(Pek Perkhidmatan Bil 9 Tahun 1991)
KADAR BAYARAN
 Bayaran sejam bagi seseorang staf
adalah diperolehi dengan membahagi
gaji tahunannya dengan faktor 313 x
8.
 Kadar-kadar bayaran bagi kerja-
kerja adalah dikira dengan mendarab
bayaran sejam dengan gandaan
bayaran.
 (Gaji Pokok x 12) / (313 x 8) x k x
jam
(Perintah Am Bab G)
KADAR GANDAAN BAYARAN
HARI K MASA
Hari Bekerja Biasa 1 1/8 6 pagi – 10 malam
1 1/4 10 malam – 6 pagi
Hari Rehat Biasa 1 1/4 6 pagi – 10 malam
1 1/2 10 malam – 6 pagi
Hari Kelepasan 1 3/4 6 pagi – 10 malam
2 10 malam – 6 pagi
(Perintah Am Bab G)
PERATURAN BAYARAN
 Tuntutan ELM hendaklah dibuat dengan
menggunakan Borang Tuntutan Elaun
Lebih Masa dan diluluskan oleh Ketua
Pusat Tanggungjawab.
 Pusat Tanggungjawab menghantar Borang
Tuntutan kepada Unit Emolumen untuk
tindakan bayaran.
 Bagi tuntutan melebihi 1/3 daripada gaji
pokok staf, Ketua PTJ perlu memberi
penjelasan kepada Naib Canselor.
 Semua tuntutan ELM adalah tertakluk
kepada Perintah Am Bab G dan pindaan-
pindaan berkaitannya.
PERATURAN BLM
 Kerja-kerja lebih masa, sama ada ia dijalankan di
dalam kawasan Ibu Pejabat atau di luar kawasan
Ibu Pejabat boleh dibayar BLM kepada seseorang
pegawai yang berkelayakan
 Seseorang pegawai yang layak menuntut BLM
dan diarah menjalankan kerja-kerja lebih masa di
luar kawasan Ibu Pejabat layak menuntut BLM
dan juga elaun-elaun bertugas rasmi di luar
pejabat (seperti Elaun Makan, Elaun Harian dsb)
 Bagi seseorang pegawai selain Pemandu, masa
dalam perjalanan boleh dikira sebagai kerja lebih
masa jika tempoh bertugas di luar waktu pejabat
itu kurang 24 jam. Jika tempoh tersebut melebihi
24 jam maka seseorang pegawai tersebut adalah
tidak layak dibayar BLM bagi masa perjalanan
tersebut.
(Surat Pek JPA (S)63/31(SV12)
SYARAT MELEBIHI 1/3
 Setiap tuntutan yang melebihi 1/3 gaji bulanan
hendaklah disahkan oleh Ketua Pusat
Tanggungjawab.
 Ketua PTJ hendaklah membuat perakuan bahawa
setiap kakitangan di dalam kumpulan yang sama
telah diberi peluang untuk menjalankan tugas
yang memerlukan tuntutan 1/3 gaji bulanan atau
lebih.
 Ketua PTJ adalah diminta memastikan bahawa
kerja-kerja lebihmasa sangat diperlukan dan
tidak dapat dielakkan sebelum kebenaran diberi
untuk menjalankan kerja itu.

(Memo Bendahari 18/11/83)


BLM BAGI PENGAWAL
KESELAMATAN
 Tuntutan BLM layak apabila diarah oleh
Ketua PTJ menjalankan kerja lebih masa.
 Tuntutan hendaklah TIDAK melebihi 1/3
daripada sebulan gaji.
 BLM yang melebihi had bayaran ini hanya
boleh diluluskan apabila telah memenuhi
syarat-syarat yang ditetapkan.
 Ketua PTJ adalah bertanggungjawab
menentukan bahawa BLM hanya dibayar
bagi kerja-kerja lebihmasa yang perlu dan
mustahak sahaja.
(Surat Pek Perkhidmatan 8/1989)
ELM BAGI PEMANDU KHAS
 Pemandu Khas kepada Pegawai
Tingkatan Tertinggi C dan ke atas
dibenarkan menuntut ELM sekiranya
diarah menjalankan tugas-tugas di
luar waktu bekerja biasa.
 Tuntutan disahkan oleh pegawainya.
 Tuntutan melebihi 1/3 daripada gaji
bulanan hendaklah disahkan oleh
pegawainya.
(Surat Pek Perkhidmatan 3/1990)
PERUNTUKAN
ELAUN LEBIH MASA
 Perintah Am Bab G
 Perintah Am 40, Bab C
 Surat Pekeliling Perkhidmatan 2/1968
 Surat Pekeliling Perkhidmatan 16/1975
 Pekeliling Perkhidmatan 2/1977
 Surat Pekeliling Perkhidmatan 21/1977
 Surat Pekeliling Perkhidmatan 24/1977
 Surat Pekeliling Perkhidmatan 25/1977
 Surat Pek. Perkhidmatan 1/1980
 Surat JPA 256/9/23 Bhg 1/Klt 2(36) (1.4.1986)
 Surat JPA 256/9/23 Bhg 1/Klt 2(36) (1.10.1986)
 Surat Pekeliling Perkhidmatan 8/1989
 Surat Pekeliling Perkhidmatan 3/1990
 Pekeliling Perkhidmatan 9/1991
 Surat JPA (S)63/31(SV12) (15.11.2001)
ADA SOALAN
TERIMA KASIH

You might also like