You are on page 1of 7

KPD 5046

KAEDAH PENGAJARAN

KRITIKAN JURNAL
MOHAMMAD FAIZ BIN IBRAHIM
L20101005807

DPLI 2010 PJK (UPSI)


KENDIRI
• Menurut Habibah dan Noran Fauziah (2002) Konsep kendiri boleh ditakrifkan sebagai
penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang
dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif.Untuk membina konsep kendiri
seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain.Konsep kendiri seseorang
meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui derianya dan juga
perasaan tentang kebolehannya yang meliputi keyakinan dan harga dirinya. Menurut
Azizi dan Fawziah (2003) manusia mempunyai suatu gambaran atau pandangan
tentang diri sendiri,Gambaran inilah disebut konsep kendiri atau imej kendiri. Ia
merangkumi gambaran tentang rupa paras,kesihatan fizikal, kebolahan,kelemahan
dan tingkah laku kita.Konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang
ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama
ada secara positif atau negatif.Ia berkait rapat dengan perasaan kita terhadap
kebolehan kita, perkara yang berlaku pada diri kita dan perkara yang akan berlaku
pada diri kita.
LATARBELAKANG KAJIAN
• Tajuk kajian utama ialah “Konsep Kendiri Dan Pencapaian Akademik Golongan Remaja:
Melihat Sejauhmana Gaya Kepimpinan Ibu Bapa Sebagai Moderator oleh Ishak Mad Shah.
(2004). Bertujuan melihat sejauhmana gaya kepimpinan ibu bapa menjadi moderator kepada
hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik remaja
• Subjek kajiannya terdiri daripada 687 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 dipilih secara rawak
sekitar sekolah menengah kebangsaan di Johor Bharu.
• Kaedah kajian soal selidik Tennessee Self Concept Scale ( TSCL) dan Indeks Topologi Amalan
Didikan Baumrind (ITADB).
• Pengkaji ingin melihat sejauhmana konsep kendiri sebagai pemboleh ubah bebas memberi
kesan kepada pencapaian akademik sebagai pemboleh ubah terikatnya tertakluk kepada
gaya kepimpinan ibu bapa yang menjadi pemboleh ubah moderatornya.

Rujukan Kajian 1
• Konsep Kendiri Pelajar: Kajian di Sekolah Menengah Sekitar Bandaraya Kuching, Sarawak
oleh Mohd Najib bin Abdul Ghafar (UTM) dan Hj Salehudin bin Hj Sabar ( Institut Perguruan
Batu Lintang IPBT).
• Mengetahui 8 konsep kendiri pelajar (fizikal,peribadi, Identiti, keluarga, sosial, kepuasan diri,
akhlak dan tingkah laku ) dan perbezaan konsep kendiri mereka berdasarkan data demografi
( jantina, bangsa, lokasi tempat tinggal, pekerjaan bapa dan bilangan adik-beradik).
• Sampel kajiannya daripada 239 orang pelajar tingkatan 4 sekolah menengah di sekitar
Bandaraya Kuching, Sarawak.
• Soal Selidik Konsep Kendiri Tennessee (TSCL).
RK 2-Hubungan Antara Konsep Kendiri ,Motivasi dan Gaya Keibubapaan Dengan
Pencapaian Pelajar oleh Prof. Madya Dr. Azizi Hj Yahaya bersama Yusof Boon
dan Kamaliah Noourdin ( Fakulti Pendidikan UTM Skudai Johor ).
• Mengetahui hubungan antara gaya keibubapaan, motivasi dan konsep kendiri
akademik dengan pencapaian pelajar dalam pembelajaran.
• Mengenalpasti gaya keibubapaan ibu bapa pelajar yang sering mereka amalkan
juga untuk mengenalpasti jenis motivasi yang dominan di kalangan pelajar sama
ada motivasi instrinsik atau ekstrinsik yang lebih mempengaruhi pencapaian
pelajar dan mengetahui tahap konsep kendiri akademik di kalangan pelajar.
• Sampel kajiannya terdiri daripada 216 pelajar tingkatan 4 di 3 buah sekolah
menengah daerah Johor Bharu.

RK 3-Hubungan di Antara Konsep Kendiri Dengan Kemahiran Komunikasi Terhadap


Pencapaian Akademik Pelajar Di Sekolah Menengah Di Johor Bharu oleh
Prof.Madya Dr. Aziz Hj. Yahaya bersama Sharifuddin Ismail, Amir Hamzah Abdul
dan Halimah Ma’alip.
• Melihat hubungan antara konsep kendiri dengan kemahiran komunikasi
interpersonal terhadap pencapaian akademik pelajar.
• Kajian terdiri daripada 320 pelajar dari lapan buah sekolah menengah di daerah
Johor Bharu yang dipilih secara rawak.
• TSCL dan Interpersonal Communication Skills Interventory ICSV.
HASIL KAJIAN
Kajian Utama: Keputusan kajian yang diperolehi menunjukkan gaya kepimpinan
authoritarian dan autoritatif ibu bapa didapati hanya bertindak sebagai pengamal
secara signifikan kepada hubungan antara konsep kendiri dan pencapaian akademik
golongan remaja.
• Hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik golongan remaja
didapati bersyarat kepada gaya kepimpinan permisif ibu bapa telah membantu
mereka dalam membina kendiri yang positif.

Rujukan 1: menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan berdasarkan jantina


kecuali dua kendiri iaitu kendiri keluarga dan kendiri akhlak.
• Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan berdasarkan bangsa kecuali kendiri
keluarga.
• Pengalaman hidup dalam keluarga yang ramai telah membantu mereka dalam
membina kendiri yang positif.

Rujukan 2:majoriti pelajar mempunyai tahap konsep kendiri akademik yang tinggi dan
gaya keibubapaan yang sering diamalkan ialah authoritative.
• Majoriti responden mempunyai konsep kendiri akademik yang tinggi iaitu sebanyak
69.0 peratus. Ini bermakna majoriti responden berpandangan positif tentang
kemampuan mereka dalam bidang akademik. Hanya 31.0 peratus mempunyai
konsep kendiri akademik yang rendah atau memandang kemampuan akademiknya
secara negatif
Rujukan 3: Terdapat hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan
kemahiran komunikasi interpersonal tetapi tidak menunjukkan terdapat hubungan
yang signifikan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik.
• Pencapaian akademik mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemahiran
komunikasi interpersonal.
• Menyatakan bahawa konsep kendiri tidak mempunyai perkaitan dengan
pencapaian akademik.

Rumusan
• Untuk menghasilkan remaja yang mempunyai pencapaian yang tinggi dalam
akademik, ibu bapa haruslah mengamalkan gaya kepimpinan permisif iaitu gaya
kepimpinan ibu bapa yang menekankan amalan didikan berbentuk lebih menerima
dan menyetujui desakan naluri,keinginan dan perbuatan remaja dan lebih
menggalakkan remaja menggunakan kemampuan diri sebagai sumber untuk
mencapai sesuatu yang diingini, akan memberi sokongan dan dorongan kepada
remaja untuk melahirkan keinginan mereka yang selama ini dipendam oleh
persepsi mereka yang negative terhadap diri sendiri.
• Membincangkan tentang konsep kendiri dan kepentingannya dalam meningkatkan
prestasi serta pencapaian akademik yang meliputi perkaitan perhubungan dengan
gaya kepimpinan ibu bapa sebagai moderator, gaya keibubapaan, kemahiran
komunikasi interpersonal dan pelbagai kendiri yang berkaitan kekeluargaan.
• Kendiri=‘Kenali Dan Kendali Diri’
Cadangan
• Konsep kendiri pelajar berada pada tahap sederhana dan masih boleh dididik dan
dibentuk ke arah kendiri yang lebih positif.
• Semua pihak yang terlibat proses pembinaan konsep kendiri para pelajar tidak
perlulah menyalahkan mana-mana pihak terhadap isu dan masalah pelajar pada
hari ini tetapi,mereka perlulah berganding bahu dan bekerjasama dengan lebih
erat bagi mengatasi masalah tersebut.
• Faktor keluarga, persekitaran dan pendidikan mempunyai pengaruh yang sangat
signifikan ke atas proses pembinaan konsep kendiri para pelajar. Pihak kerajaan
perlu memperbanyakkan lagi kursus-kursus yang berkaitan kekeluargaan sama ada
jangka panjang atau jangka pendek bagi meningkatkan lagi kesedaran, peranan
dan kemahiran keibubapaan.
• Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) aktif merancang program yang dapat
menarik minat golongan ibu bapa untuk melibatkan diri seperti kursus dan
seminar motivasi untuk ibu bapa, gotong royong, hari keluarga dan sebagainya.
• KPM perlu lebih perihatin terhadap pelaksanaan sistem pendidikan di
sekolah.Pelajar kita hari ini sedang menghadapi delima atau konflik tentang apa
yang mereka perolehi di dalam bilik darjah dengan apa yang berlaku di
persekitaran mereka.
• Semua pihak , kerajaan atau swasta perlu lebih perihatin dan cakna terhadap
setiap program dan aktiviti yang dianjurkan utk pelajar.

You might also like