You are on page 1of 11

PENGHAYATAN KEAGAMAAN DIKALANGAN PELAJAR UMK

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN 2

PERNYATAAN MASALAH 3

OBJEKTIF KAJIAN 4

DEFINISI 4

BATASAN KAJIAN 4

KAEDAH KAJIAN 4

SOROTAN LITERATURE 4

HASIL KAJIAN 5-9

1. PENGENALAN
2. PUNCA KURANGNYA PENGHAYATAN KEAGAMAAN
3. KEBURUKAN KURANGNYA PENGHAYATAN KEAGAMAAN
4. JANTINA
5. STATISTIK – SOALAN KAJI SELIDIK
6. CADANGAN

KESIMPULAN 10

BIBLIOGRAFI 10

LAMPIRAN

1
PENGENALAN

Penghayatan agama adalah penghayatan akidah dan ibadat adalah khusus bagi orang Islam.
Orang bukan Islam tidak dituntut menghayati ajaran-ajaran khusus ini. Namun, Islam tidak
melarang jika mereka mahu mengamalkannya. Bagaimanapun, penghayatan Islam bukan
menjadi hak orang Islam saja, tetapi menjadi hak orang bukan Islam berdasarkan kepada ayat
di atas dan ayat-ayat lain serta beberapa hadis Rasulullah. Berdasarkan kata-kata ulama
modenis Islam Mesir terkenal, Syeikh Muhammad Abduh (1849-1905) tentang penghayatan
orang bukan Islam terhadap ajaran Islam itu. Muhammad Abduh menyimpulkan penghayatan
Islam orang bukan Islam dalam kata-katanya yang berbunyi: ``Aku melihat Islam tanpa orang
Islam di Barat dan aku melihat orang Islam tanpa Islam di Timur.'' Mesej yang ingin
disampaikan oleh Muhammad Abduh dalam kesimpulannya itu ialah tamadun yang dibina di
Barat kini adalah tepat dengan Islam jika diukur dari sudut penghayatan Islam dan bukan
diukur dengan penghayatan agama.

Malah dalam kesimpulan berkenaan beliau juga mahu menyampaikan mesej bahawa tamadun
itu juga yang pernah dibina oleh umat Islam pada masa lalu. Pada waktu yang sama beliau
menganggap penghayatan Islam orang Islam zamannya iaitu pada abad 19 dulu sebagai
penghayatan tanpa Islam. Apa yang digambarkan oleh Muhammad Abduh pada dua abad lalu
masih relevan dengan suasana umat Islam pada zaman ini. Ini kerana suasana orang Islam
tanpa Islam dalam erti kata penghayatan Islam yang menyeluruh dan bukan penghayatan
agama saja masih berleluasa dalam semua masyarakat Islam kini termasuk di negara ini.
Sebagai hasilnya lahirlah orang Islam yang tidak seimbang (asl-sawi) antara dunia dan akhirat
dalam semua bidang kehidupan. Itulah yang menyebabkan kita melihat kadangkala orang
Islam tertentu terlalu keduniaan sehingga mahu bersembahyang lima waktu pun tidak sempat
kerana terlalu sibuk urusan keduniaannya. Sebaliknya kita juga kerap bersua dengan orang
tertentu yang terlalu ghairah kepada keakhiratan sehingga hubungan dengan orang lain tidak
dipedulikan. Ini sudah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya kerana Allah dan
Rasul-Nya menuntut supaya kita menjadi orang Islam yang seimbang antara dunia dan
akhirat. Sebagai contoh Allah menuntut supaya kita tidak melupakan habuan di dunia (al-
Qasas: 77) dan melarang kita melampau dalam agama (an-Nisa': 171/al-Maidah: 77).

2
PERNYATAAN MASALAH

Di Saat ini generasi muda khususnya remaja, telah diasuh dan didedahkan dengan berbagai
disiplin ilmu. Hal ini tidak lain adalah persiapan memberikan tugas pembangungan pada
masa yang akan datang, masa penyerahan tanggungjawab dari generasi tua kepada generasi
muda. Sudah banyak generasi muda yang menyedari peranan dan tanggungjawabnya terhadap
negara di masa yang akan datang. Tetapi, dibalik semua itu ada sebahagian generasi muda
yang kurang menyedari tanggungjawabnya sebagai generasi penerus bangsa.

Disatu pihak remaja berusaha berlumba-lumba dan bersaing dalam menimba ilmu, tetapi
dipihak yang lain remaja berusaha menghancurkan nilai-nilai moralnya sebagai manusia.
Keadaan ini sangat membimbangkan semua pihak termasuk keluarga, masyarakat, dan badan-
badan tertentu. Memang tingkah laku mereka hanyalah merupakan masalah kenakalan remaja,
tetapi tindakan atau perlakuan ini jika dibiarkan lama-kelamaan menuju suatu tindakan
bahaya yang sangat membimbangkan.

Ini tidak termasuk remaja yang berdampingan dengan arak dan najis dadah. Ini semua adalah
gambaran bagi masa depan negara dan bangsa kelak. Adakah kriteria ini yang kita inginkan
sebagai pemimpin masa depan negara? Semakin ramai remaja kita yang membuka aurat,
menjolok mata dengan alasan kononnya mengikut arus kemodenan, mereka ‘seronok’ berdua-
duaan dengan berkelakuan yang menjengkelkan di khalayak ramai. Adakah mereka ini yang
diharapkan sebagai contoh umat yang terbaik? Dan ini semua adalah berpunca dari kurangnya
malahan mungkin tiada langsung penghayatan keagamaan dalam diri individu tersebut.
Masalah meninggalkan solat sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.

3
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penghayatan keagamaan di kalangan pelajar. Kajian
ini dilakukan keatas pelajar Universiti Malaysia Kelantan dan mengukur tahap penghayatan
agama mereka, adakah sealir dengan kehidupan dan pengajian mereka di universiti.

Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengkaji mengapa terjadi perkara sedemikian dan
apakah cara terbaik untuk mengatasinya.

DEFINISI

Penghayatan agama adalah penghayatan akidah dan ibadat adalah khusus bagi orang Islam.
Orang bukan Islam tidak dituntut menghayati ajaran-ajaran khusus ini.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya dilakukan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Kelantan sahaja.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang dilakukan adalah dengan cara membuat soalan kaji selidik dan diedarkan
kepada para pelajar.

SOROTAN LITERATURE

Menurut Syeikh Mahmud Syaltut (1966) mencirikan orang yang menghayati agama
berdasarkan tiga prinsip. Pertama, beriman dengan hidayah dan syariat Allah sebagai lanjutan
dari beriman kepada Allah SWT. Ia menatijahkan seseorang yang meyakini keadilan Islam
(melalui peraturan syarak) dan rela dengannya. Kedua, melaksanakan peraturan syarak
dengan mengkhususkan ubudiyyat hanya kepada Allah SWT. Ketiga, sedar dan yakin tentang
pengawasan Allah SWT terhadap dirinya.

Zainab al-Ghazali al-Jubaili (tokoh gerakan Islam Mesir) berkata; Islam mesti dihayati
sebagai din (agama) dan daulah (kerajaan), tabiat dan usul akidah. Ini bererti seseorang yang
terbatas kepada amalan agama secara individu sahaja tanpa usaha menegakkan Islam dalam
seluruh aspek kehidupan, belum mencapai tahap penghayatan (agama) yang paling tinggi dan
belum sempurna pengakuan (syahadah) sebagai seorang Islam.

4
Menurut Mustafa Masyhur, berdosa pandangan bahawa amalan Islam setakat ilmu, ibadah,
zikir dan berbuat baik sahaja, tanpa berusaha menunaikan tanggungjawab ini. Namun, dalam
konteks dakwah individu pula; Masyhur mengambil pendekatan berbeza. Tahap penghayatan
paling tinggi bagi muslim biasa harus dimulai dengan memahami Islam dengan fahaman yang
tepat dan menyeluruh sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW, kemudian bergerak
dan beramal, serta mempertingkatkan kerohanian sehingga mencapai tahap para amilin dan
solihin yang tidak menjadikan kehendak, pilihan dan tindakan menurut hawa nafsu dan
syahwat mereka.

HASIL KAJIAN

1. PENGENALAN

Penghayatan keagamaan merupakan adalah penghayatan akidah dan ibadat adalah khusus
bagi orang Islam. Satu kajian telah dilakukan dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia
Kelantan(UMK) untuk mengenalpasti peratus penghayatan islam bagi pelajar UMK. Cara
kami mengkaji peratusan yang benar-benar menghayati islam dalam diri masing-masing
dengan mengeluarkan borang kaji selidik dan di edarkan kepada setiap orang pelajar UMK.
Kajian ini juga di lakukan khusus untuk subjek Pengantar Antropologi Dan Sosiologi (CFT
1043). Borang kaji selidik telah di edarkan sebanyak 23 helai.

2. PUNCA KURANGNYA PENGHAYATAN KEAGAMAAN.


 Kurangnya aktiviti keagamaan agama islam dalam kalangan pelajar UMK. Aktiviti
yang dianjurkan adalah terlalu sedikit, malahan pula dengan jadual kelas yang padat
dan bertembung dengan waktu belajar, pelajar tidak dapat menghadiri dan mengikuti
program tersebut. Dapat dilihat disini, universiti ini hanya memberatkan program
yang berkaitan perniagaan sahaja dan program yang berkaitan keagamaan adalah
terlalu sedikit. Tambahan pula program yang dianjurkan hanya diketahui oleh orang-
orang tertentu sahaja. Seperti program ini hanya untuk golongan tertentu sahaja. Ini
berdasarkan kepada luahan yang didengar di kalangan sesetengah pelajar.

5
 Kurang dorongan daripada orang atasan untuk aktiviti keagamaan. Orang atasan yang
sentiasa sibuk dengan kerja tanpa mempedulikan pelajar bawahannya menyebabkan
pelajar merasa tersisih dan kebanyakan mereka menyimpang dari landasan agama.
Sememangnya kehidupan di universiti adalah secara berdikari, tetapi kita perlu ingat
bahawa setiap anak memerlukan kasih sayang daripada bapanya dan begitu jugalah
pelajar yang memerlukan pemerhatian daripada pihak atasan.
 Kebanyakan pelajar banyak terdedah dengan aktiviti sosial. Aktiviti social yang
dimaksudkan adalah seperti aktiviti kesukanan. Memang aktiviti ini baik untuk
menaikkan nama universiti tetapi haruslah berpada-pada tanpa mengabaikn aktiviti
untuk akhirat.
 Terlalu asyik dengan program yang bersifat duniawi. Program yang banyak dilihat
adalah berbentuk keduniaan berbanding program yang berkaitan dengan keakhiratan.

 Kemewahan dan kebendaan mengatasi segalanya. Kemewahan dan kebendaan ekoran


daripada kekayaan yang dinikmati hasil daripada usaha-usaha pembangunan ekonomi
telah sikit demi sikit mula menghakis dan mencemari pemikiran, nilai dan budaya
pelajar kita. Akhirnya, ketahanan diri pelajar lentur dan pupus mengakibatkan
sebahagian daripada mereka terjebak dalam kancah kemaksiatan dan berbagai bagai
gejala yang kita sentiasa mendengar dan membaca dari media elektronik dan cetak.
 Terpengaruh dengan ajakan rakan untuk membuat maksiat atau yang melanggar
hukum agama. Sememangnya di setiap tempat akan ada golongan tertentu yang
mengarahkan kearah keburukan. Dalam satu tandang pisang bukan semuanya baik
dan begitu jugalah manusia. Mereka inilah yang mempengaruhi golongan baik untuk
melakukan kemaksiatan.
 Pengaruh media elektronik dan media cetak yang menonjolkan ‘budaya hawa nafsu’
dikatakan di antara punca keruntuhan akhlak. Banyak bahan yang disiarkan sama ada
dari filem Barat, drama tempatan, iklan-iklan perniagaan sebagainya memaparkan
adegan-adegan yang tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam. Media memberikan cermin
diri kepada remaja mengenai gaya hidup yang jauh beza dan janggalnya dengan cara
hidup timur kita. Dan pelajar kita tidak terlepas dari masalah tersebut.

6
3. KEBURUKAN KURANGNYA PENGHAYATAN KEAGAMAAN
 Pelajar akan terpesong jauh dari akidah sebenar agama.
 Mudah terjerumus dalam lembah kemaksiatan.
 Pelajar akan lebih mementingkan dunia semata-mata.
 Tidak akan ada pelapis kepimpinan yang mengikut acuan agama.
 Pelajar akan mudah diresapi oleh ajaran yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar.

4. JANTINA

Berdasarkan kepada hasil soal selidik yang dibuat keatas pelajar UMK menunjukkan majoriti
yang bermasalah dalam penghayatan keagamaan adalah golongan lelaki. Ini dapat dilihat
melalui soalan soal selidik yang dibuat iaitu:

1. Berapa kali pelajar ke musalla / masjid dalam masa sehari


2. Berapa kali pelajar menunaikan solat berjemaah di bilik
3. Berapa kerap pelajar terlewat untuk solat subuh
4. Berapa kerap pelajar membaca Al-Quran sepanjang berada di UMK
5. Berapa kalikah pelajar meninggalkan solat dalam masa 1 hari

6. STATISTIK

BORANG KAJI SELIDIK

Kami telah menjalankan penyelidikan dengan boring soal selidik terhadap pelajar UMK.
Dalam penyelidikan ini sebanyak 23 orang pelajar UMK telah selamat kami soal selidik.
Bilangan jantina ialah 18 perempuan dan 5 Lelaki.

Setelah di teliti kami telah membuat rumusan dengan wujudnya beberapa keputusan yang
telah timbul hasil daripada temu bual ini.

7
Soalan Kaji Selidik

Bulat yang berkenaan.

1. Berapa kali anda ke musalla/masjid dalam masa sehari.

Di dalam satu hari,melalui responden yang telah kami soal selidik di dapati hasilnya
cukup mengejutkan kerana daripada 23 orang, hanya 1 orang sahaja yang berusaha
ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah sekurang kurangnya 1 kali.

2. Berapa kali anda menunaikan solat berjemaah di bilik?

Melalui soal selidik yang di jalankan melalui skala 1-5, di dapati skala tertinggi bagi
soalan ini ialah berada pada tahap ke 3 . Majoriti pelajar tidak menunaikan solat
berjemaah di dalam bilik. Kami menjangkakan mereka hanya menunai solat seorang
diri.

3. Berapa kerap anda terlewat untuk solat subuh?

Melalui soal selidik yang di jalankan melalui skala 1-5, di dapati skala tertinggi bagi
soalan ini ialah berada pada tahap ke 5. Keputusan ini sungguh mengejutkan kerana
di dapati majority daripada responden kerap terlewat untuk bangun menunaikan solat
subuh.

Apakah punca yang menyebabkan berlakunya perkara seperti itu? Hal ini telah
menunjukan penghayatan agama dalam kalangan pelajar UMK masih lagi berada
pada tahap yang rendah.

4. Berapa kerap anda membaca al-quran sepanjang berada di UMK?

Melalui soal selidik yang di jalankan melalui skala 1-5, di dapati skala tertinggi bagi
soalan ini ialah berada pada tahap ke 5. Skala ini menunjukan suatu yang
menceriakan kerana hampir 98% daripada responden membaca al quran setiap hari
walaupun 1 kali.

8
Ini menunjukan masih ramai pelajar UMK masih menitikberatkan hal keagamaa
untuk di jadikan pedoman.

Berapa kali anda meninggalkan solat dalam masa 1 hari?

Melalui soal selidik yang di jalankan melalui skala 1-5, di dapati skala tertinggi bagi
soalan ini ialah berada pada tahap ke 2. Setelah di selidik,hanya 1 responden
meninggalkan solat 2 kali dalam masa 1 hari dan 2 responden meninggalkan solat 1
kali.

Selebihnya mereka tidak meninggalkan solat dan menunjukan penghayatan agama


masih lagi kukuh dalam diri mereka.
5. Pada pendapat anda,apakah cara untuk memupuk minat pelajar UMK yang beragama
islam terhadap bidang agama.? Rujuk lampiran

7. CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH KURANG PENGHAYATAN


KEAGAMAAN
 Mengadakan subjek keagamaan dalam subjek universiti yang wajib di ikuti oleh
pelajar muslim.
 Mengadakan program yang berkaitan dengan agama islam.
 Mengadakan forum keagamaan yang bersifat lebih mesra pelajar.
 Sentiasa mengadakan tazkirah pada setiap pagi dan petang.
 Mengadakan dakwah dari bilik ke bilik.
 Mewajibkan solat berjemaah dalam kalangan pelajar muslim.
 Memperbanyakkan poster dan iklan untuk menarik minat para pelajar.
 Menyediakan satu ruang untuk memberi pelajar berbincang tentang permasalahan
agama.
 Pelajar perlu meningkatkan kefahaman al-Quran dari masa ke semasa.

9
KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang dibuat, dapat disimpulkan bahawa penghayatan keagamaan harus
ada di dalam diri setiap pelajar untuk menjaga atau melindung diri daripada terjerumus ke
dalam lembah kemaksiatan atau yang melanggar larangan yang di larang dalam islam. Bagi
pelajar UMK masalah penghayatan yang ada di dalam diri setiap pelajar bukan kosong tetapi
kebanyakan pelajar sudah ada hal keagamaan yang asas yang patut ada di dalam diri setiap
orang mukmin atau muslimah islam.

BIBLIOGRAFI

http://burhanuddin63.blogspot.com/2008/12/pengertian-penghayatan-agama.html

http://www.scribd.com/doc/29277529/Moral-dan-Agama-Remaja

http://otodidakilmu.blogspot.com/2007/12/penghayatan-keagamaan-populer.html

10
11

You might also like