You are on page 1of 107

Tamar Jalis: Siri Bercakap Dengan Jin Jilid 6

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 6) - Cetakan Keempat


(1997)

85. Katak ganjil


86.Lidah Keluar
87.Tongkat Bertukar Kepala Ular
88.Mayat Berdiri
89.Cawan Bergerak Sendiri
90.Ilmu Pukau Kucing
91.Cahaya Di Lantai
92.Bomoh Tua Bawa Bencana
93.Masih Dalam Ujian
94.Penjaga Ayam Hutan
95.Dikunjung Gadis Waktu Malam
96.Harimau Disangka Kucing
SIRI 85: Katak Ganjil
“BIARKAN mereka datang,” kata bomoh dalam keadaan tidak sedar, saya merenung menerusi
tingkap dan pintu yang terbuka sendiri.

“Beri jalan,” suara bomoh lembut. Saya terasa papan rumah seperti dipijak orang. Angin malam
kian kuat terus masuk ke rumah. Beberapa helai daun mempelam melayang ke rumah.

Datuk tidak melakukan sesuatu. Ia melihat apa yang terjadi dengan perasaan tenang tetapi penuh
persediaan kewaspadaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak baik. Guru silat
bangun lalu berdiri tidak jauh dari arah rusuk kanan bomoh tua. Saya pula mengisut perlahan-
lahan menuju ke tepi dinding.

Berusaha mahu menjarakkan diri dengan datuk, guru silat dan bomoh tua. Andainya, bomoh tua
kemasukan roh datuk nenek dan tidak sedarkan diri, mengamuk atau membaling tempat bara api
saya boleh mengelakkan diri dengan terjun menerusi pintu yang terbuka.

Bomoh tua yang bercakap seorang diri itu, memperlahankan suaranya, sesekali ia menumbuk
lantai, suaranya seperti orang yang kena cekik. Lagi sekali bomoh tua itu rebah atas lantai.

Suasana dalam rumah menjadi sunyi. Bomoh tua terus bangun. Gosok kelopak matanya berkali-
kali, macam orang baru bangun tidur. Renung kiri, kanan dengan sinar mata yang garang.

“Eh, kamu kenapa datang dekat aku, tengok sekarang datuk nenek aku dah lari, kamu tolak dia,
sekarang dia dah merajuk,” bomoh terus marah-marah dengan guru silat. Saya tergamam, tidak
ada sesiapa pun yang berdiri dekatnya, sebelum guru silat menghampirinya.

“Saya tak nampak apa-apa,” mulut celupar saya bertanya. “Kamu tahu, biji mata kamu semuanya
tak nampak dia, kecuali aku, batin aku dengan batin roh datuk nenek aku sudah bersatu,”
kemarahan bomoh tua meluap-luap. Tidak terduga oleh saya perkara tersebut boleh jadi begitu.

Supaya keadaan, tidak menjadi kacau-bilau, datuk segera minta maaf. Nasib baik bomoh tua
mahu memaafkannya. Saya segera terfikir kenapa banyak sangat upacara yang mesti dijalankan
untuk mengubati orang yang sedang sakit.

Apakah bomoh tua itu tidak terfikir cara yang dilakukannya itu menambahkan beban orang yang
memang sudah sakit itu. Saya jadi bosan dengan keadaan yang sedang saya hadapi.

Saya juga terfikir, perkara itu sahaja dilakukan untuk melambat-lambatkan tugasnya. Bila sudah
larut malam baru kerja itu dijalankan dengan sempurna. Ini satu taktik, kata hati saya. Bomoh
itu, menjalankan upacaranya kembali. Kali ini isteri si sakit duduk di depannya.

“Akulah panglima raja Melayu,” suara bomoh berubah, parau dan garang. Isteri si sakit tunduk.

“Siapa nama panglima?” Soal isteri si sakit.


“Datuk Maharajalela, panglima Perak yang datang untuk menyempurnakan hajat anak cucu.”

“Terima kasih kerana panglima sudi datang ke rumah kami.”

“Hum...aku faham, aku dahaga dan lapar.”

“Tunggu, panglima.”

Isteri si sakit pun meletakkan setalam hidangan di depan bomoh tua yang menjelma menjadi
Datuk Maharajalela. Saya segera rapat pada datuk yang duduk tidak jauh dari bomoh yang sudah
berada di zaman lampau itu.

Saya lihat dalam talam itu ada dua butir telur ayam, sebutir sudah direbus dan sebutir tidak. Ada
dua cawan, satu berisi kopi, satu berisi air biasa. Ada dua kepal pulut, satu berwarna kuning dan
satu berwarna putih.

Asap kemenyan terus menguasai ruang rumah. Dalam berbisik guru silat memberitahu saya,
barang-barang ini memang menjadi syarat setiap kali bomoh tua itu menjalankan tugasnya. Dan
barang-barang itu sentiasa berubah, mengikut malam bomoh tua itu datang.

Isteri si sakit tahu, kalau bomoh tua datang malam Selasa, persediaannya cuma dua biji pisang.
Satu masak dan satu tidak. Malam Jumaat, persediaannya seperti yang saya lihat sekarang.

Biasanya, setelah selesai menjalankan upacara tersebut, bomoh tua akan memberitahu pada
orang yang diubatinya siapa pula yang akan mendampinginya pada malam berikut dan apa
kegemaran orang yang mendampinginya itu mesti disediakan.

Semua makanan yang dihidangkan itu dimakan oleh bomoh tua yang sudah diresapi roh
panglima itu. Semuanya dimakan separuh saja. Tekak saja menjadi loya bila melihat bomoh tua
itu makan. Air liurnya meleleh, macam orang kena sawan babi. Sesiapa pun tidak sudi makan
sisa makanan yang
ditinggalkannya itu.

Membazir dan jadi habuan ayam. Itupun kalau ayam tersebut sudi. Fikir saya. Datuk terus
termenung sambil mengerutkan dahinya. Bomoh tua itu selesai makan.

“Apa hajat cucu,” bomoh tua bersuara.

“Suami saya sakit, sudah ramai panglima yang datang tapi sakitnya tak kurang juga, sekarang
saya minta tolong pada Pahlawan Perak.”

“Hummmmmmm.,” bomoh tua itu tunduk, “Sakit suami kau kena buatan orang, dua tiga hari
lagi sembuhlah dia, beri aku kemenyan dan daun kunyit.”

Isteri si sakit serahkan barang yang dikehendaki. Bomoh tua membelek-belek barang tersebut
dan diserahkan pada isteri si sakit.
“Kemenyan tu usap ke muka tujuh senja, daun kunyit potong kecil dan diberikan ia makan pada
setiap pagi, dan faham cakap aku.”

“Faham.”

“Ada apa-apa lagi yang nak minta.”

“Tak ada apa-apa, kalau tak kurang saya panggil panglima lagi.”

“Boleh, lain kali aku nak datang dengan Tok Janggut dari Kelantan, sediakan makanannya, ayam
percik sama nasi dagang. Aku nak balik.”

Bomoh tua itu jatuh ke lantai kembali. Kemudian bangun dan tersenyum, seolah-olah tidak ada
sesuatu yang dilakukan di depan kami. Ia bersalam dengan kami.

Bomoh tua itu bertanya pada isteri si sakit apa yang terjadi. Isteri si sakit pun menceritakan apa
yang terjadi. Bomoh tua pun anggukkan kepala. Senyumnya bertambah lebar merenung ke arah
kami.

“Kamu dah banyak kali tengok aku mengubat orang, tapi aku rasa pelik kenapa malam ini baru
kamu nak tolong aku?” Bomoh tua ajukan pertanyaan pada datuk.

“Saya nak belajar,” jawab datuk.

“Hisss kamu, dah tua-tua nak belajar, hati dah tumpul otak tak boleh terima pelajaran lagi, aku
belajar sejak kecil tahu.”

“Saya faham,” kata datuk menahan rasa malu yang amat sangat. Bomoh tua tersenyum. Pintu
dan tingkap yang terbuka tertutup rapat kembali. Saya tidak sedar, waktu bila tingkap dan pintu
rapat.

“Boleh saya sentuh tubuh si sakit,” datuk minta izin dari bomoh tua. Ia anggukkan kepala.
Senyumnya tidak juga berakhir di kelopak bibir. Saya tahu, senyum itu tidak jujur. Senyum
menyindir. Datuk rapat pada si sakit. Pergelangan tangan si sakit di rabanya berkali-kali. Datuk
minta segelas air sejuk pada isteri si sakit.

Segelas air sejuk berada dalam tangan datuk. Mulut datuk bergerak lancar. Datuk serahkan gelas
berisi air itu pada si sakit. Datuk suruh si sakit minum air tersebut. Baru sekali teguk saja, si sakit
itu terus tersedak, air di mulut bersembur dan terkena muka bomoh tua.

“Ini semua kerja syaitan, si sakit disihir orang,” datuk renung muka bomoh tua. Saya lihat bomoh
tua tersengih sambil mengesat kesan air di mukanya.

“Tidak ada harapan nak baik,” ujar bomoh tua.


“Jangan cakap macam tu, kalau Allah izinkan semuanya elok, kalau janjinya sudah sampai kita
tak boleh buat apa-apa,” suara datuk merendah. Bomoh tua gelengkan kepala.

“Kalau kamu dah pandai sangat, kamu ubat sendiri. Aku tak mahu campur,” bomoh tua
meledakkan kemarahannya.

“Jangan begitu sama sama kita berusaha menolong orang yang sakit,” datuk memujuk. Tetapi,
pujukan itu tidak berjaya melembutkan hatinya.

“Minta maaf, kalau saya katakan yang kita boleh berusaha, marilah sama kita menolongnya,”
rayu datuk.

“Tidak kamu uruskan aku nak tengok sejauh mana kamu sanggup”, bomoh tua itu seolah-olah
mencabar datuk. Saya lihat datuk termenung panjang. Macam ada sesuatu yang difikirkannya.

“Minta maaf, menurut petua datuk nenek saya orang yang sakit ini disihir dengan menggunakan
anak kucing hitam. Kemudian akan disusuli dengan menggunakan burung but-but. Orang yang
mengambil upah membuat kerja ini bukan sebarang orang,” datuk mengeluarkan apa yang ia
tahu, mengikut petua denyut nadi dan gerak darah dalam urat saraf. Bomoh tua menjuihkan
bibirnya ke depan. Datuk tidak terhenti setakat itu saja. Ia terus melanjutkan kata-katanya:

“Kerja pertama dah berjalan, hasilnya perut si sakit bengkak, dalam dua tiga minggu lagi kerja
kedua akan dijalankan, kalau kita tak sekat kerja kedua ini, hanya Allah yang dapat menentukan
hidup mati si sakit,” ujar datuk. Suaranya kali ini bertambah keras penuh dengan keyakinan.
Bomoh tua kerutkan dahi.

“Macam mana caranya, orang tu buat kerja,” tiba-tiba saja bomoh tua soal datuk. Mahu menguji
sejauh mana kebolehan dan kemampuan datuk.

“Perut anak kucing hitam itu dibelah, isi perut anak kucing itu dibalutkan dengan kain putih dan
dimasukkan ke dalam perutnya semula lalu ditanam sekitar kawasan rumah, bila terlangkah pada
orang yang ditujukan, sebulan kemudian perut orang itu buncit, bila kain dalam perut anak
kucing reput, orang yang kena tuju tu, tamat riwayat,” jelas datuk.

Guru silat menggaru pangkal dagunya berkali-kali. Wajahnya nampak resah. Ekor mata saya
masih tertumpu ke arah bomoh tua yang menjentik-jentik lantai dengan jarinya. Isteri si sakit
termenung sedangkan si sakit yang terbaring mengerdipkan kelopak matanya berkali-kali.

“Bagaimana dengan adik ipar saya?” Mendadak saja guru silat bertanya. Bomoh tua berdehem
panjang, bagaikan memberitahu yang pertanyaan itu harus ditujukan pada dirinya, bukan pada
datuk. Perbuatan guru silat itu menjatuhkan mariabat dirinya.

“Adik ipar awak baru dikenakan peringkat awal, saya yakin kain pembalut perut anak kucing
hitam tu belum hancur lagi, kita masih boleh berusaha.”

“Kalau sudah sampai peringkat kedua bagaimana?” Desak guru silat. Datuk lagakan gigi atas
dengan gigi bawah berkali-kali.

“Peringkat kedua, perut burung but-but dibelah, semua isi perutnya dikeluarkan, dimasukkan
kembali bersama tanah biasa lalu dijahit, ini cukup merbahaya, bila perut burung but-but hancur,
perut adik ipar awak juga pecah.”

“Dahsyat, bagaimana kita nak mengatasinya,” cemas sekali guru silat bersuara.

“Kita mohon pertolongan pada Allah,” jawab datuk menenangkan perasaan guru silat. Lagi,
sekali saya merenung ke bomoh tua yang sikapnya agak berubah dari tadi. Tidak
memperlihatkan sikap marah-marah dan sombong.

“Bagaimana kalau semua kerja ni awak ambil,” terdengar suara bomoh tua. Datuk segera
mendekatinya. Perlahan-lahan datuk genggam tangannya erat-erat.

“Marilah kita bekerjasama untuk menolong orang yang sakit,” kata datuk. Bomoh tua
gelengkanan kepala seraya berkata:

“Awak uruskan cara awak, saya cara saya, kita tengok siapa handal.”

“Bukan itu niat saya.”

“Sudahlahhhh...,” bomoh tua terus bangun. Meninggalkan rumah adik ipar guru silat. Hilang
dalam kepekatan malam yang garang.

Saya terus mengerutkan dahi melihat sikap bomoh tua yang di luar dugaan. Guru silat merenung
wajah datuk dan datuk membalas senyuman tersebut dengan segaris senyum. Tetapi, rasa cemas
dan bimbang tergambar di wajah isteri si sakit.

“Agaknya, dia dah tak mahu nak mengubat aku,” tanya si sakit (adik ipar guru silat) dengan nada
kehampaan. Guru silat menarik nafas panjang.

Datuk meraba dagunya berkali-kali. Isteri si sakit merenung lantai.

Di luar, terdengar sayup-sayup suara pungguk. Desiran angin yang melanggar dedaun jelas
kedengaran. Sesekali terdengar lolongan anjing yang panjang. Saya melagakan gigi atas dengan
gigi bawah beberapa kali.

“Bersabarlah,” kata datuk sambil memandang muka guru silat dan si sakit. Isteri si sakit menarik
nafas kelegaan. Sepasang mata hitamnya merauti paras saya.

“Berapa lama saya harus bersabar, tak tahan rasanya saya menderita begini,” tiba-tiba saja si
sakit bersuara.

“Bersabarlah, saya cuba berusaha. Saya rasa, saya dapat tahu siapa yang membuatnya, beri saya
masa tiga hari dan dengan izin Allah, saya berjaya,” datuk memberikan pengakuan.
Kata-kata yang datuk hamburkan itu membuat guru silat tersenyum lagi. Si sakit cuba tersenyum
dan isterinya anggukkan kepala. Di wajahnya terpamer seribu harapan pada datuk.

“Saya cuma berusaha dan yang menentukan semuanya adalah Allah, kita mohon pertolongan
pada Allah. Niat kita baik, setiap kerja yang balk diberkati Allah,” datuk menambah.

“Saya faham, kita cuma berusaha yang menentukan semuanya adalah kuasa Allah,” sahut guru
silat. Datuk anggukkan kepala.

Saya terus menggosok mata dua tiga kali. Terasa amat mengantuk sekali. Guru silat terus
menguap panjang.

“Bagaimana, kita balik dulu,” guru silat bersuara sambil melunjurkan kaki kanannya. Kemudian,
ia terus memicit pangkal pahanya berkali-kali. Deru angin malam di luar bertambah kuat.

“Terpulang, kalau nak balik pun elok juga,” balas datuk.

“Kalau begitu, biarlah kami balik dulu,” guru silat memberitahu isteri si sakit. Isteri si sakit pun
anggukkan kepala.

Guru silat segera bangun melangkah tenang menuju ke pintu dengan diikuti oleh datuk dan saya.
Sebaik saja saya berdiri di halaman rumah terdengar bunyi kucing mengiau panjang. Dengan
pertolongan cahaya lampu, saya cuba mencari kucing yang mengiau. Tidak nampak bayang
kucing dan hati saya mula berdebar.

“Kenapa tercegat, macam patung,” guru silat menepuk bahu kiri saya dua kali. Datuk terus
merenung ke arah saya. Guru silat melihat langit yang hitam.

“Macam nak hujan, tak ada sebiji bintang pun di langit,” guru silat seperti merungut. Datuk
dongak ke langit.

“Langit gelap belum tentu nak hujan,” balas datuk sambil memulakan langkah pulang.

Baru dua puluh tapak melangkah, guru silat mematikan lampu picitnya. Perbuatannya itu
menimbulkan keraguan dalam diri saya. Cepat-cepat saya memegang bahagian tepi baju datuk.

“Kenapa?” datuk bersuara.

“Saya macam terdengar benda terbang atas kepala” suara guru silat cemas.

“Angin,” kata saya.

“Bukan angin, macam ada benda lain,” sahut guru silat lalu menyerahkan lampu picit pada
datuk.
BURUNG

Angin malam terus bertiup sesekali kilat memancarkan cahayanya dituruti dengan bunyi guruh.
Datuk menyuluh ke kiri dan ke kanan. Saya terdengar bunyi benda terbang macam burung
mengelilingi kepala saya berkali-kali.

“Burung keliling kepala saya tuk."

Datuk pun menyuluh ke arah kepala saya. Datuk terkejut melihat seekor burung berpusing-
pusing atas kepala saya sambil mengeluarkan bunyi yang tidak pernah saya dengar. Guru silat
segera mendekati saya dan bersedia untuk menangkap burung yang tidak diketahui jenisnya.

“Aduh burung cakar mata saya" jerit guru silat. Datuk suluh muka guru silat. Saya terkejut
melihat pipi guru silat berdarah. Datuk kesat darah di pipi guru silat dengaa sapu tangan. Burung
yang tidak diketahui jenisnya itu terus melakukan serangan pada guru silat. Tetapi, kali ini guru
silat sudah bersedia untuk menepis serangan burung tersebut dengan tangannya.

“Jangan tahan dengan tangan, nanti lengan kamu dicakarnya, cari kayu,” datuk mengeluarkan
arahan. Guru Silat segera mencapai dahan kayu dan bersedia untuk memukul burung aneh yang
mahu menyerangnya. Buat beberapa saat, suasana menjadi tenang. Burung aneh, tidak
melakukan sebarang serangan.

“Jalan, jangan tunggu, burung tu tak datang lagi,” suara datuk meninggi. Saya dan guru silat
segera mematuhinya. Berjalan malam dalam keadaan cemas memang tidak menyeronokkan,
setiap benda yang didengar membuat bulu roma berdiri. Dua tiga kali langkah saya terhenti
akibat diganggu oleh bunyi ranting kering yang patah akibat dirempuh angin.

Dalam keadaan yang tidak begitu selesa, saya terasa pipi kanan ditampar oleh kepak burung dan
dituruti dengan cakaran kilat. Saya mula terasa pipi pedih dan berdarah:

“Burung tu, serang saya tuk.”

“Padamkan lampu, agaknya dia tak boleh tengok cahaya,” kata guru silat. Datuk segera
memadamkan lampu picit. Atas arahan datuk, kami berbuat demikian.

“Kita berjalan semula, agaknya burung tu tak ganggu kita lagi,” suara guru silat tertahan-tahan.
Agaknya, ia sudah tidak sanggup lagi duduk bertinggung. Tidak ada bantahan dari datuk tetapi,
datuk mengingatkan kami yang ia akan menyalakan lampu picit di tangan bila difikirkan perlu.
Teryata perjalanan kami lancar sekali.

Sebaik saja sampai di kaki rumah tempat saya dan datuk menginap, secara mendadak saja seekor
burung puyuh hinggap di anak tangga ketiga, sambil mengembang-ngembangkan kepaknya.
Sesekali membuka mulutnya macam minta makan. Guru silat menerpa ke arah burung puyuh
tersebut untuk menangkapnya.

“Jangan,” datuk melarang.


“Kenapa? Bukankah dia nak datang menyerah diri.”

“Belum tentu burung puyuh tu betul betul burung puyuh barangkali benda lain yang
menyerupainya”

“Ah ,” guru silat seperta mengeluh. Matanya merenung ke arah datuk dengan seribu tanda tanya.
Datuk hanya menjawab dengan sebuah senyuman.

Burung puyuh terus meniti di anak tangga sambil melebarkan kedua belah kepaknya. Sesekali,
berbunyi bertalu-talu. Suara burung puyuh itu ternyata berjaya memikat hati guru silat yang
selama ini dikenali sebagai peminat burung puyuh. Matanya, tidak berkedip melihat telatah
burung puyuh malam di anak tangga.

“Suaranya bagus, boleh jadi pemikat, gerak jalannya boleh jadi jaguh sabung puyuh,” guru silat
seperti meratap kehebatan si puyuh malam yang dilihatnya.

“Aku tahu, aku juga pernah jadi peminat puyuh tapi, puyuh yang kita tengok ini, belum tentu
puyuh betul,” datuk menahan keinginan yang bersarang dalam dada si guru silat.

Si guru silat yang mempunyai berpuluh-puluh anak murid itu kecewa dengan sikap datuk. Cepat-
cepat datuk mengeluarkan kain ikat kepala berwarna merah dari dalam saku bajunya. Kain itu
dikibaskannya ke arah burung puyuh malam tiga kali berturut-turut. Burung puyuh itu bersuara
nyaring dan melawan kibasan kain ikat kepala datuk.

“Kau lihat sendiri,” kata datuk setelah burung puyuh itu hilang dengan serta-merta bila datuk
mahu menyerkupnya dengan kain ikat kepala. Guru silat kedutkan dahi sambil menarik nafas
panjang. Matanya merenung ke kiri dan ke kanan terasa sedikit rasa cemas dan bimbang.

“Sudah, mari kita naik,” datuk terus menarik tangan guru silat. Saya mengikutnya dari belakang.
Bila pintu rumah dibuka, lagi sekali kami dikejutkan dengan kehadiran burung puyuh malam di
tengah rumah. Saya lihat mata burung puyuh itu memandang tepat ke arah saya semacam ada
cahaya
kemerah-merahan di biji matanya. Saya jadi cemas.

“Jangan diganggu biarkan di situ,” datuk mengingatkan saya dan guru silat. Serentak saya
bersama guru silat anggukkan kepala. Saya terkejut bila burung puyuh malam itu menerkam ke
arah kaki guru silat, tanpa mempedulikan ingatan datuk, guru silat terus menangkap burung
puyuh tersebut.

“Biar kita tangkap dan pelihara, apa yang terjadi kita tanggung sendiri,” guru silat renung muka
datuk.

“Terpulanglah pada kamu tapi, lagi sekali aku ingatkan, berhati-hatilah dengan burung itu.”

“Saya faham.”
Guru silat terus membawa burung puyuh ke ruang dapur. Dimasukkan ke dalam raga buluh dan
ditutup dengan papan. Diletakkan atas para dapur. Datuk hanya menggeleng-gelengkan kepala
takjub dengan keberanian guru silat yang sanggup menanggung apa saja kesusahan.

“Kita yakin, burung itu burung puyuh biasa,” bisik guru silat menyakinkan datuk. Tanpa
mengucapkan sesuatu datuk tersenyum sambil meraba-raba misainya. Datuk mengambil air
sembahyang dan terus membaca Quran. Guru silat duduk bersila di tengah ruang rumah.

KATAK

Di luar hujan mula turun dengan selebat-lehatnya bersama dengan bunyi halilintar dan petir.
Saya yang kedinginan terus membungkus tubuh dengan kain pelekat. Bunyi jam tua yang
tergantung di tiang seri rumah jelas kedengaran. Saya renung ke arah jam tua. Sudah pukul dua
pagi.

“Ribut di luar,” kata guru silat.

“Ya, saya terdengar bunyi dahan patah,” kata saya.

“Jarang ribut kuat macam ni, saya bim...,” guru silat tdak dapat meneruskan kata-katanya
diganggu oleh halilintar yang amat kuat. Telinga saya jadi berdesing.

Saya segera bangun. Datuk dekat guru silat. Gegaran dan halilintar dan petir membuat semua
tingkap rumah terbuka. Tempias air hujan masuk mencurah-curah dalam rumah. Semua tikar
basah tetapi, datuk tetap meneruskan pembacaan ayat-ayat suci dengan khusyuk sekali. Cahaya
kilat terus menyambar ke dalam, membuat saya jadi resah tidak menentu.

“Burung puyuhku,” guru silat segera bangun dan saya bagaikan ditolak sesuatu kuasa
mengikutnya ke ruang dapur. Guru silat membuka penutup raga perlahan-lahan. Saya yang
menggigil kesejukan terus menjenguk ke raga.

“Ya, Allah,” guru silat bersuara, mukanya pucat.

“Kenapa?”

“Kau lihat sendiri Tamar.”

“Tak mahu, masa penutup dibuka tadi, saya dah perasan yang burung itu, bertukar menjadi
katak.”

“Ajaib,” guru silat mengeluh.

Dan memang diduga sama sekali, di tengah suasana hujan yang menggila bersama petir dan
halilintar, katak yang berada daiam raga terus melompat keluar. Bentuknya agak menakutkan,
sepasang biji matanya tersembul, memancarkan cahaya kemerahan bercampur kebiru-biruan.
Di bawah bahagian mulutnya, terdapat warna hijau bercampur putih, kelihatan lembik dan
bergerak tanpa berhenti. Mulutnya luas dan tapak kakinya macam tapak kaki itik serta berkuku
panjang dan tajam. Kulit seluruh badannya lembik seolah-olah dagingnya berada di luar. Dari
celah pelipat kakinya keluar air kental, tidak ubah macam air liur.

Siri 86: Lidahnya Keluar

KATAK aneh terus membesarkan badannya. Sama besarnya dengan raga rotan di sisinya.
Suaranya garang dan menakutkan sesekali suaranya kedengaran seperti suara budak yang
berumur enam bulan menangis. Melihat keadaan yang tidak pernah saya lihat itu membuat saya
ketakutan dan terus meninggalkan guru silat sendirian.

Saya terus memeluk tubuh datuk yang sedang membaca Quran. Entah apa malangnya diri saya.
Datuk terus menolak hingga saya tersungkur di sisinya. Tanpa menghiraukan kesakitan yang
saya tanggung, datuk terus membaca Quran tanpa mempedulikan tempias hujan yang sudah
membasahi
sebahagian dari bajunya.

“Tolong, tolong katak serang aku.”

Suara guru silat bertempik dalam suasana gemuruh hujan dan angin malam yang amat hebat.
Datuk merenung ke wajah saya sambil menutup Quran.

“Mari ikut aku, tengok apa yang jadi,” datuk terus bangun dan melangkah menuju ke ruang
dapur. Tanpa banyak cakap saya menurut saja.

“Ya Allah, apa dah jadi,” kata saya dengan kedua belah kepala lutut menggigil. Biji mata saya
terbeliak merenung ke arah guru silat yang terlentang di lantai. Mukanya terdapat kesan-kesan
air kental yang berbuih. Selalunya air seperti itu hanya terdapat dari mulut katak. Guru silat
menggolek ke kiri dan ke kanan macam orang kesakitan.

“Jangan pegang dia,” datuk melarang bila saya mahu menjamah bahu kiri guru silat. Saya terlihat
bahagian depan baju guru silat terkoyak dan ada kesan kena cakar tapi, anehnya, bahagian yang
kena cakar itu tidak mengeluarkan darah. Daging dan tulang dada guru silat jelas kelihatan.

“Kita mesti tolong dia tuk.”

“Biarkan di situ, dia sebenarnya tidak apa-apa, curna penglihatan kita saja yang nampak dirinya
teruk.”

“Tapi, ini bukan main-main tuk.”


“Eb, Tamar kamu faham cakap aku tak?” Datuk terus memekik dan darah saya tersirap. Rupanya
tindakan saya memanaskan darah datuk yang dingin di malam yang gemuruh dengan hujan, petir
dan halilintar.

“Mana raga burungnya Tamar?” Tanya datuk.

“Itu,” jari telunjuk saya tertuju ke arah raga buluh di tepi tiang seri. Datuk terus menuju ke situ
sambil menarik lengan kanan saya.

“Kau tengok, apa yang ada di dalam Tamar.”

Saya jenguk ke dalam raga. Apa yang menakjubkan hati dan perasaan saya bila terlihat burung
puyuh duduk di tengah raga buluh dabm keadaan kesejukan. Matanya merenung lembut pada
saya seolah-olah minta dikasihani.

“Apa yang kamu nampak di dalamnya Tamar?”

“Burung puyuh, tuk”

“Jadi, kau tak nampak katak? Bukan begitu Tamar.”

“Ya, tuk,” saya anggukkan kepala.

Saya mula merenung ke setiap sudut dapur, mencari katak aneh yang tidak diundang. Usaha saya
tidak berhasil tetapi, saya masih dapat melihat kesan air liur katak yang melekat di lantai. Apa
yang telah saya alami bersama guru silat sebentar tadi, saya ceritakan pada datuk.

Panas juga hati saya melihat sikap datuk. Dia seperti tidak kisah dengan apa yang saya katakan.
Datuk seolah-olah menganggap apa yang saya sampaikan padanya satu cerita dongeng yang
tidak wujud. Datuk lagi sekali mendekati raga rotan yang berisi burung puyuh. Kali ini, dia
bertindak di luar apa yang saya fikirkan.

Datuk terus menangkap burung puyuh. Diangkat tinggi-tinggi melepasi kepalanya. Kemudian
disusupnya ke celah kangkang sebanyak tiga kali berturut. Akhirnya,kepala burung puyuh
diludah lima kali berturut-turut. Datuk terus mendekati tingkap. Berdiri di situ dalam rimbasan
tempias hujan yang menggila, lampu dalam rumah terus padam.

Kilat terus mencabar dengan hebatnya. Dari pancaran cahaya kilat itu, saya dapat melihat wajah
datuk yang serius, rambutnya agak mengerbang disentuh angin malam menggila. Bersama
pancaran kilat dan tempias hujan serta hembusan angin, datuk mencampakkan burung puyuh
keluar. Sebaik sahaja burung puyuh itu terlepas dari tangannya terdengar bunyi petir yang amat
kuat, dituruti dengan bunyi suara orang ketawa dan menangis memanjang.

“Mana katak sial, biar aku lanyak sampai mampus,” guru silat terus bangun. Calar di wajah dan
dadanya terus hilang. Bajunya yang koyak dibabagian dada sudah bercantum kembali. Lampu
yang padam menyala semula.
“Bersabar, jangan turutkan perasaan,” datuk menenangkan perasaan guru silat. Saya menghela
nafas panjang. Datuk mengajak guru silat duduk di ruang tengah rumah.

“Duduk di sini, kita ikhtiar untuk menyelesaikan semuanya,” tambah datuk. Guru silat terus
anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang dikatakan oleh datuk.

Hujan lebat, petir dan halilintar mula berkurangan tetapi rasa dingin tetap menguasai diri saya.
Datuk memperkemaskan silanya. Datuk menyuruh saya merapatkan semua tingkap yang terbuka.
Perintahnya, saya patuhi dengan perasaan cemas dan takut.

Megah juga rasa hati, bila semua daun tingkap berhasil saya rapatkan dengan baiknya. Saya terus
mendekati datuk dan guru silat. Bersila macam mereka.

“Belum pernah saya mengalami perkara macam ini,” ujar guru silat. Matanya liar merenung ke
kiri dan ke kanan.

“Ini juga satu pengalaman dalaxn hidup kamu.”

“Saya faham. Apa yang patut kita buat."

“Tak ada apa yang patut kita buat sekarang kita tidur dan lupakan semua yang terjadi.”

“Haaaaaaaa,” mulut guru silat terlopong dengan rasa cemas. Datuk tersenyum panjang.

Keadaan yang agak tenang itu berkocak kembali, diganggu oleh tendangan yang kuat. Bomoh
tua terpacak di ambang pintu. Tidak terdapat kesan air hujan di pakaiannya meskipun hujan
turun dengan lebat. Kedatangan bomoh tua yang tidak diduga itu mencemaskan perasaan kami.

“Ada apa hal datang waktu begini?” Soal datuk.

“Mencari burung puyuh saya yang hilang.” jawabnya.

“Burung puyuh?” Ulang guru silat dan bersedia untuk menyambung kata-katanya kembali tetapi,
tidak diteruskan kerana datuk mengenyitkan mata ke arahnya dua kali berturut-turut.

“Kami tak nampak burung tu di sini,” datuk memberikan jawapan. Terbayang keraguan dan
kesangsian di wajah bomoh tua. Tanpa mengucapkan sesuatu bomoh tua terus meninggalkan
kami sambil menjeling ke arah daun pintu yang terkopak. Tugas membaiki pintu yang terkopak
dilakukan oleh guru silat.

“Pelik juga saya memikirkan apa yang terjadi,” rungut guru silat. Datuk tidak memberikan
sebarang pendapat berhubung dengan rungutan yang diluahkan oleh guru silat. Datuk terus
menyandarkan badannya ke dinding sambil mengedutkan dahi. Hujan dan petir terus berhenti
sama sekali. Kokok ayam mula terdengar sayup-sayup. Saya terus merebahkan badan dan
kelopak mata terasa amat berat.
Bila saja mahu terlelap, saya terdengar suara guru silat dalam keadaan yang cemas. Kelopak
mata segera saya buka lebar-lebar. Datuk saya lihat mash tersandar di dinding dengan kedua
belah kelopak matanya tertutup rapat. Saya renung ke arah guru silat.

Tanpa mengucapkan sesuatu, guru silat meluruskan telunjuknya pada benda yang tergantung di
tulang bumbung rumah. Apa yang saya lihat ialah sekujur tubuh manusia tergantung di situ
dengan tali terjerut di lehernya. Saya lihat kaki orang yang tergantung itu bergerak-gerak, macam
berjalan di awang-awangan. Bila saya renung ke mukanya, darah saya tersirap badan saya
menggeletar.

Saya segera memejamkan mata, tidak sanggup saya melihat lidahnya yang terjelir keluar dengan
sepasang biji matanya tersembul, bahagian mata hitamnya bagaikan mahu tercabut dan terbuai-
buai sedangkan bahagian mata putihnya seperti melekat pada kedua belah pipinya. Sepasang
tangannya bergerak ke kanan dan ke kiri.

Dalam keadaan yang serba tidak kena itu, saya terdengar bunyi benda jatuh, bila saya buka
kelopak mata dan melihat ke arah benda yang jatuh itu, saya terlihat orang yang tergantung
sudah berada di lantai. Bangun perlahan-lahan seperti menerkam ke arah guru silat. Dan guru
silat yang selama ini saya kagumi kehandalannya mengatur langkah dan buah silat ternyata tidak
sanggup menentang makhluk yang menuju ke arahnya.

Guru silat terus cabut dan melanggar dinding rumah, dinding rumah terkopak dan guru silat
tercampak ke tanah bersama jeritan yang memanjang di malam yang sudah mendekati waktu
subuh. Anehnya, bila guru silat jatuh ke tanah, manusia yang terjatuh di lantai terus hilang. Saya
sudah tidak terdaya mahu bergerak, saya cuba menjerit tetapi suara saya tidak keluar.

Dalam keadaan yang berhempas-pulas untuk mendekati datuk itu, saya lihat datuk terjaga sambil
mengucap beberapa kali.

“Aku tertidur dan mimpi yang bukan-bukan,” kata datuk lalu menggesel-gesel kelopak matanya.
Renung kiri, renung kanan mencari guru silat.

“Mana dia guru silat Tamar?”

“Terjun ke tanah ikut dinding.”

“Kenapa ikut dinding, bukankah pintu ada,” datuk segera merenung ke arah dinding yang
terlopong. Saya hampir mahu ketawa melihat telatah datuk yang agak terkejut dengan peristiwa
tersebut.

Terdengar suara guru silat mengeluh di tanah. Datuk dan saya segera mendapatkan guru silat
yang menggeliat menahan kesakitan. Waktu saya dan datuk menghampiri guru silat, terdengar
azan subuh. Langit subuh kelihatan cerah dan bersih.

“Kau luka?” Tanya datuk.


“Tak ada, cuma pangkal paha saya yang sakit.”

“Kenapa kamu pecahkan dinding?”

“Entah,” guru silat menjawab pendek dan terus membongkok dan meluruskan badannya
beberapakali hingga mulutnya mengeluarkan sendawa yang panjang macam orang kekenyangan.
Saya ketawa dengan telatahnya.

Dengan terjengkut-jengkut guru silat melangkah mengikut datuk menuju ke perigi mengambil air
sembahyang. Setelah sembahyang subuh, datuk terus mandi embun dan guru silat membuka
beberapa langkah bunga silat dengan tujuan untuk menguatkan tubuhnya.

WARUNG

Lebih kurang pukul tujuh pagi, kami bertiga menuju ke sebuah warung untuk sarapan. Datuk
hanya minum kopi pekat dan sepotong pulut udang. Beberapa orang pelanggan yang datang ke
warung menegur guru silat. Salah seorang lelaki menegurnya berbadan tegap. Berjambang tanpa
misai.

“Dah banyak malam kau dudak di rumah lama, pesaka orang tua kamu, wah kamu memang
berani,” ujar lelaki itu sambil menepuk bahunya. Guru silat ketawa kecil.

“Rumah orang tua sendiri, apa yang ditakutkan,” guru silat membalas cakap kawannya. Datuk
dan saya berpandangan saya merasakan macam ada sesuatu rahsia yang tersembunyi di rumah
yang kami duduk. Muka kawan guru silat saya renung.

“Kalau sampai tiga orang duduk di situ, tak hairanlah kalau kami tak mengalami apa-apa
kejadian buruk,” tambah guru silat dengan nada suara separuh meninggi. Ekor matanya
menjeling lembut ke arah saya dan datuk. Saya meraba pinggir bibir yang mulai dirayapi tunggul
misai sulung.

Sambil meraba itu, saya membayangkan bila misai saya tumbuh dengan suburnya, akan saya
bentuk menjadi misai yang menarik macam misai seniman P Ramlee yang berbentuk huruf M.
Bila saya tersenyum, misai saya akan mengembang cantik. Pasti, ada orang yang memuji dan
mengagumi misai milik saya itu. Saya senyum sendirian melayani angan-angan yang bermain
dalam tempurung kepala.

“Kau hati-hatilah, rumah lama memang ada penunggu. Lebih-lebih lagi kalau rumah tu ada
orang mati berdarah,” sambung kawan guru silat dan membunuh angan-angan yang berlegar-
legar dalam kepala saya. Hati saya bertambah yakin pasti ada sesuatu yang luar biasa berlaku di
rumah tersebut tetapi, guru silat sengaja tidak mahu menceritakan pada saya dan datuk.

Perbuatannya itu membuat saya kurang percaya dan yakin atas kebaikan yang diperlihatkannya
pada saya dan datuk. Siapa tahu, guru silat yang kelihatan baik itu sebenarnya berniat kurang
baik terhadap saya dan datuk. Mungkin ia mengundang saya dan datuk datang ke kampungnya
untuk mengubat adik iparnya hanya sebagai alasan untuk memperdayakan kami.

“Aku nak tengok berapa lama kamu boleh duduk di rumah orang tua kamu,” kawan guru silat
ketawa kecil.

“Dengan izin Allah, aku boleh duduk beberapa lama yang aku suka,” balas guru silat sambil
merenung muka datuk.

“Cakap dia betul, kalau diizinkan Allah tidak ada yang ganggu kami,” cara mengejut datuk
meningkah cakap guru silat. Saya lihat wajah kawan guru silat segera berubah.

Mungkin perubahan itu terjadi, kerana ia tidak menduga datuk yang sejak tadi membatu mahu
ikut campur dalam percakapan di warung. Kawan-kawan si guru silat menanti wajah datuk
sejenak, macam mencari sesuatu di wajah datuk.

“Mungkin, pak cik betul, mungkin tidak, kadang-kadang manusia selalu bercakap macam pak
cik untuk menutup kelemahan diri sendiri, cuba berlagak berani dalam takut.” dengan tenang
kawan guru silat meluahkan kata-kata yang saya kira agak keterlaluan untuk seorang tua seperti
datuk.

Kagum juga saya melihat telatah datuk, tidak memperlihatkan rasa marah. Malah dengan sopan
bahu kawan guru silat itu ditepuknya berkali-kali. Guru silat terus meughirup kopi dengan tenang
tanpa mahu merenung ke arah pelanggan yang masuk ke warung kopi.

Entah mengapa, guru silat bertindak demikian. Kebanyakan pelanggan yang datang menegurnya
dengan hormat tetapi tidak dijawabnya. Sesekali guru silat itu melepaskan keluhan kecil dengan
wajah yang tidak damai.

“Semua orang di sini kenal saya, maklumlah kampung halaman sendiri,” guru silat seperti
mengeluh dan kata-katanya itu sampai ke telinga kawannya.

“Itu kenyataan,” sahut kawannya. Guru silat mengedutkan keningnya. Muka kawannya ditatap
lagi dengan sinai mata yang garang. Kawannya terus menghulurkan tangan sambil berkata:

“Maafkan aku kalau apa yang aku katakan tadi menyinggung perasaan kamu, aku tahu kamu tak
suka kisah lama diungkit-ungkit kembali.”

“Ya, tapi aku tak terdaya menutup mulut orang.”

“Kau hadapilah semuanya dengan tenang, aku nak balik.”

“Nanti sebelah petang kalau ada masa aku datang ke rumah kamu,” kawannya terus menepuk
bahunya dua kali berturut-turut. Dan kawannya meninggalkan warung.

Guru silat melihat dengan tenang ke arah motosikal yang terletak di tepi jalan. Guru silat
melambaikan tangan ketika kawannya memandu motosikal ke arah pekan Bukit Mertajam. Bila
motor kawannya hilang dari pandangan, guru silat segera merenung ke arah datuk.

“Macam mana, kalan kita balik,” guru silat mengajukan pertanyaan pada datuk. Saya segera
minum sisa air kopi dalam cawan.

“Ya, kita balik” sahut datuk.

“Pak Achin, tolong kira berapa semuanya,” teriak guru silat pada pemilik warung. Pemilik
warung segera menghampirinya.

“Seringgit lima kupang semuanya,” kata pemilik warung.

Guru silat keluarkan wang dan saku. Dengan senyum pemilik warung menerima wang tersebut.
Mereka berjabat tangan sejenak.

“Jangan lupa esok datang lagi minum di sini.”

“lnsya-Allah, kalau panjang umur kami datang,” datuk menjawab. Pemilik warung tersengih
sambil merenung ke muka guru silat.

“Apa rumah lama tu dah tak buat kacau lagi?” Pemilik warung mengajukan pertanyaan. Muka
guru silat yang tadi dihiasi dengan senyum segera bertukar menjadi resah dan cemas.

“Tak ada perkara lain yang Pak Achin nak tanya?”

“Bukan apa-apa, cuma nak tahu aje.”

“Entah, saya tak tahu,” suara guru silat keras. Pemilik warung tercengang.

Guru silat segera menarik tangan datuk keluar dari warung. Saya terpaksa mengikut. Lebih
kurang sepuluh rantai meninggalkan waning, datuk segera menyoal guru silat.

“Apa rahsia yang ada di rumah kamu?”

“Hum,” guru silat berhenti melangkah.

“Tak ada apa-apa,” katanya selamba.

“Mustahil, kalau tak ada apa-apa tentu orang tak menyebutnya, usahlah merahsiakan semuanya
dari aku.” tambah datuk lagi. Guru silat merenung ke arah kiri jalan raya agak sepi dengan
sebarang kenderaan.

“Bapa saudara saya...,” guru silat berhenti bercakap, “Kenapa dengan bapa saudara kamu?”

“Gantung diri di rumah tu.” guru silat membuka rahsia.


“Puncanya?” Datuk mendesak.

“Saya sendiri, tak tahu.”

Hati saya terasa lapang. Guru silat sudah menyelesaikan keraguan yang menyelubungi diri saya.
Tetapi perasaan seram tetap menguasai hati kecil saya membuat saya enggan melangkah pulang
ke rumah arwah orang tua guru silat. Datuk terus menggosok pangkal telinga kanannya sambil
mengedutkan dahi.

“Jangan berhenti, terus jalan,” kata datuk bila melihat guru silat mahu memberhentikan
langkahnya. Saya terus meraba pangkal kening yang mula ditumbuhi peluh-peluh halus.
Matahari terus bersinar garang. Langit cerah dengan gumpal awan yang putih bersih.

“Saya tak suka mengingati semua yang terjadi tetapi, orang lain yang memaksa saya untuk
mengingati semua kisah pahit itu.” sepasang kelopak mata guru silat bergerak lemah. Air
mukanya membayangkan rasa kesal yang amat pahit.

“Sudahlah, usah fikirkan semuanya itu,” datuk terus memujuknya.

“Saya cuba melupakannya tetapi, bila ada peristiwa macam ini, hati saya terasa sakit.”

“Sabarlah,” tingkah datuk. Setelah itu perjalanan jadi rancak. Tidak ada perkara yang mahu
diperkatakan. Masing-masing melayani perasaan yang bersarang di tempurung kepala.

“Kita tak usah balik ke rumah,” satu cadangan yang tidak diduga datang dari guru silat.
Mengejutkan hati dan perasaan saya serta datuk.

“Habis kita nak ke mana?” Soal saya tanpa sabar.

“Ke rumah adik saya,” jawab guru silat secepat kilat.

“Bagus juga, kalau begitu aku setuju,” balas datuk.

Kami pun berbelok ke kanan menuju ke rumah adik guru silat. Sebaik saja, sampai dekat pokok
ara besar. Bomoh tua muncul di depan kami. Wajahnya nampak cemas tetapi dipaksanya
tersenyum. Muka kami ditentangnya sejenak. Direnung ke atas, ke bawah berkali-kali, bagaikan
meragui diri kami.

“Nak kemana?” Bomoh tua bertanya sambil melipat lengan baju kanannya separas siku. Hujung
seliparnya menekan rerumput hijau di gigi jalan.

“Kamu dipanggil untuk mengubatnya?” Bomoh tua mengajukan pertanyaan. Biji matanya
menatap tubuh datuk dan atas ke bawah, dan bawah ke atas macam mencari sesuatu di tubuh
datuk yang terpaku di depannya.

“Kami tak dipanggil. Sebagai abang saya mesti menengok adik ipar saya,” jelas guru silat.
“Bukankah adik ipar awak dalam jagaan saya.”

“Ya saya tahu,” guru silat angguk kepala.

“Kau tahu pantang-larangnya?”

“Apa pantang-larangnya?” Guru silat seperti terkejut.

“Kamu tak boleh tengok adik ipar waktu matahari belum condong.”

“Hum...,” guru silat seakan-akan mengeluh dan terus merenung muka datuk dan saya.

Dari kerutan di dahi datuk, saya dapat menduga rasa hairan dan terkejut bersarang dalam
dadanya. Saya kira belum pernah datuk menemui dukun dan bomoh yang ada pantang-larang
untuk melihat orang sakit. Datuk menentang biji mata bornoh tua dengan tepat.

“Tengok saudara sendiri pun tak boleh,” datuk mengecilkan mata kanan. Guru silat terus
termenung, terkejut dengan pantang-larang yang tidak pernah difikirkannya selama ini.

“Berubat dengan saya, ikut syarat saya,” suara bomoh tua bertambah keras. Datuk terus
mendekati guru silat. Mereka berbisik sejenak. Bomob tua kelihatañ resah.

“Biarlah, saya langgar syarat, saya nak tengok adik ipar saya,” ternyata kata-kata yang diucapkan
oleh guru silat it menimbulkan semacam kemarahan pada bomoh tua. Mukanya jadi merah dan
nafasnya tercungap-cungap, bila melihat datuk dan guru silat meneruskan perjalanan.

“Eh, nanti dulu,” jerit bomoh tua.

Laungannya tidak diperhiraukan. Kami terus melangkah dalam panas yang kian terik. Angin
ketika itu, tidak terasa bertiup. Badan saya terus berpeluh.

“Eh nanti dulu,” pekik bomoh tua lagi.

Laungannya tidak kami pedulikan. Kami terus melangkah.

“Padah buruknya, adik ipar kamu yang terima,” kata-kata itu membuat guru silat berhenti
melangkah lalu menoleh belakang merenung bomoh tua yang sedang membuka sepasang
tangannya dengan lebar, macam burung membuka sayap.

“Jangan pedulikan, teruskan hajat kita,” bisik datuk pada guru silat.

“Tapi, saya bimbang.”

“Jangan bimbang, dia manusia biasa macam kita,” datuk memberikan semangat dan memaksa
guru silat meneruskan langkah yang terhenti. Guru silat menurut saja arahan datuk.
Dua tiga kali saya mengesat peluh yang mercik di dahi begitu juga dengan datuk yang tidak
putus-putus melurut rambut di pangkal telinga kanannya dengan tapak tangan kiri. Suara bomoh
tua sudah tidak kedengaran lagi dan kami merasakan perjalanan terasa aman dan damai. Tidak
ada gangguan dari sesiapa.

Saya merasa bertuah dalam cuaca yang terik itu, terasa hembusan angin menyentuh kulit muka.
Rambut yang terjuntai atas dahi terbuai-buai. Kami memasuki sebuah lorong kecil yang di kiri
kanannya ditumbuhi dengan pepohon senduduk yang merimbun. Dari kanan lorong saya
terdengar bunyi sesuatu yang bergerak aras dedaun kening. Bila di renung tidak ada sesuatu yang
dapat saya lihat.

“Aduh,” jerit guru silat serentak dengan itu saya lihat guru silat terjatuh atas tanah. Saya jadi
cemas tetapi, datuk bertindak cepat membangunkan guru silat serta memberi rawatan mengejut
padanya.

Saya menjeling ke kanan sepasang kaki yang dibalut dengan seluar kelabu tegak kaku di depan
saya. Dan bahagian atas lutut terdapat kain pelekat dua warna, putih dan biru dalam bentuk kotak
kecil. Warna putih dalam kotak dikelilingj oleh garis-garis biru halus. Keadaan kain itu, seperti
orang mengikat kain samping.

“Aku terpaksa bertindak untuk menjaga nama baik dan pantang-larang aku,” cepat-cepat saya
dongakkan kepala. Mata saya dengan mata bomoh tua bertembung. Dengan tenang bomoh tua
mengapit rokok daun ke bibir. Perlahan-lahan ia mengalih pandangan matanya pada guru silat.

“Kau jangan tunjuk pandai di sini,” bomoh tua seperti mengherdik datuk yang dalam keadaan
terpinga-pinga.

“Apa salah dia tuk bomoh?” Tanya guru silat. Malang sungguh nasib guru silat, pertanyaan
ikhlas dijawab dengan buah silat dari kanan tetapi, guru silat yang sudah bersedia terus
membuang dan menepis buah silat dari bomoh tua. Tindakan itu memanaskan lagi hati bomoh
tua yang memang sudah panas.

Mungkin, ia merasai dirinya tercabar. Bomoh tua terus membalas dengan pukulan buah silat
yang kencang. Satu pergaduhan di bawah pancaran matahari pagi terjadi di depan mata saya dan
datuk. Dua manusia yang memang handal dalam bidang mempertahankan diri bertarunng dengan
hebat seolah-olah pertarungan itu tidak akan berhenti selagi salah seorang daripada yang
bertarung itu rebah atau tewas.

“Ah,” jerit bomoh tua, serentak dengan itu rumput di kiri kanan lorong terus layu, macam
terkena bahang api yang amat kuat. Guru silat masih dalam bentuk kekuda pertahanan silat yang
cukup kejap. Siku kanannya rapat ke dada dengan genggaman penumbuk harimau jantan,
manakala tangan kanannya ke depan dengan telapak tangan terkembang, macam ekor ikan
menolak arus air.
Siri 87: Tongkat Berukir Kepala Ular

DARI ilmu yang saya perolehi ternyata guru silat mempergunakan rentak dan buah silat
mendinding diri sambil mencari tempat yang baik untuk melepaskan satu pukulan, biasanya
pukulan begitu hanya akan digunakan bila keadaan sudah terdesak.

“Hai...,” pekik bomoh tua. Sekujur tubuhnya hilang dari pandangan saya. Bomoh tua muncul di
belakang datuk dan saya. Wajahnya mula berpeluh.

Tanpa menoleh ke arah bomoh tua, datuk terus bersuara dengan lantang:

“Sudahlah, buat apa kita bergaduh sama sendiri, tak ada untungnya, rugi bangsa sendiri.”

“Ini urusan aku.”

“Ini nasihat, terpulanglah pada awak sama ada nak percaya atau tidak,” balas datuk lalu
berpaling ke arah bomoh tua. Aneh bomoh tua sudah tidak berada di situ lagi.

Dalam beberapa detik saja bomoh tua munculkan diri di sebelah kanan guru silat. Kemudian
terus hilang dan tempat yang ditinggalkannya kelihatan asap nipis mengembang atas permukaan
rumput kiri kanan jalan. Datuk terus mendekati guru silat.

“Mari kita ke rumah adik ipar awak,” datuk tarik tangan guru silat. Kami meneruskan perjalanan
ke rumah adik ipar guru silat. Bila kami sampai di halaman rumah, seekor katak puru melompat
di depan kami dua tiga kali dan terus menghilang di bawah dedaun kering. Bomoh tua muncul di
anak tangga pertama dan terus memijak anak tangga dan masuk ke rumah tanpa memanggil
nama tuan rumah.

Kehadiran bomob tua yang mendadak itu, tidak diperhiraukan oleh datuk. Setelah memberi
salam pada tuan rumah dan menerima jawapan kami dijemput ke dalam rumah.

“Mana bomoh tadi,” tanya guru silat dan adik iparnya yang terbaring tercengang. Renung kiri,
renung kanan. Isterinya yang berada di sisinya berhenti menyuapkan nasi bubur ke mulutnya.

“Tak ada sesiapa yang datang,” ujar isteri si sakit pada abangnya si guru silat. Saya memandang
ke arah datuk penuh, tanda tanya. Datuk bagaikan tahu dengan apa yang bergoak dalam dada
segera memberi jawapan.

“Cuma sangkaan kita saja dia datang.”

“Tapi, kita nampak dia naik ke rumah,” kata guru silat.


“Itu hanya pandangan mata kita saja, maklumlah kita berpanas, pandangan kita juga boleh jadi
bermacam-macam.”

“Hum...,” keluh guru silat dan terus duduk.

“Selepas kami balik, macam mana keadaannya,” datuk ajukan pertanyaan pada isteri si sakit.

“Tak boleh tidur, badan saya terasa bisa-bisa dan mahu marah tak tentu fasal,” si sakit
menjawab.

“Saya juga tak boleh tidur, setiap kali mahu tidur saya rasa macam ada orang berjalan dalam
rumah,” celah isteri Si sakit. Menurutnya, ia terpaksa berjaga hingga siang, kecuali waktu
menjelang pagi baru terlelap.

Keterangan yang disampaikan oleh isteri si sakit membuat datuk dan guru silat termenung
panjang. Bahang panas dari luar terasa amat perit di seluruh tubuh. Isteri si sakit bangun dan
terus menuju ke dapur. Datang kembali membawa tiga cawan kopi bersama sepiring kuih.

“Begini saja, lupakan semuanya, mari kita berikhtiar ikut petua dan cara tradisional,” datuk
menawarkan diri.

“Apa yang perlu saya buat” Tanya isteri Si sakit. Datuk termenung sejenak. Kedutkan dahi
sambil meraba pangkal dagunya berkali-kali. Guru silat juga termenung.

“Saya ingat kita cuba buat ubat mengeluarkan panas dari badannya, sediakan pucuk pisang yang
belum kembang dan mempulur batang pisang, satu baldi air dari kaki bukit” datuk mengeluarkan
arahan.

“Lain-lain tak ada?” Tanya guru silat.

“Tak ada, cuma itu saja petua yang saya tahu.”

“Bila nak di mulakan?” Guru silat bertanya lagi.

“Lepas waktu Asar.”

“Kalau begitu, saya sediakan barang yang dihajati,” itu janji isteri Si sakit. Datuk anggukkan
kepala tanda setuju.

Setelah memberikan syarat serta pesan, datukpun mengajak kami pulang dan berjanji pada isteri
si sakit akan datang selepas waktu Asar. Perjalanan kali ini terasa tenang dan aman tidak ada
sebarang gangguan yang tidak diingini.

Sebaik saja sampai di rumah pesaka, saya terus duduk berehat di bahagian anjung rumah, melihat
dedaun kelapa yang bergerak lembut disentuh angin. Datuk kembali membaca Quran. Guru silat
pula berkeadaan agak luar biasa. Seluruh bilik yang ada dalam rumah diperiksa.
Semua barang dalam bilik yang tidak digunakan terus dikeluarkan diletakkan di ruang tengah.
Antara barang yang menarik minat saya ialah sebatang tongkat yang kepalanya diukir seperti
ular berkepala dua.

“Cantik,” kata saya.

“Ya,” jawab guru silat, “tapi tongkat ini jarang digunakan oleh ayah saya,” tambah guru silat
sambil membelek-belek bahagian hujung tongkat yang dibuat dari kayu keras dan tahan lama.

“Kalau tak digunakan, buat apa disimpan?” Saya terus merisik rahsia. Guru silat menggigit
hujung kuku ibu jari kanan sambil tersenyum ke arah saya. Pada hemat saya orang yang
membuat tongkat tersebut memang seorang yang teliti dan rajin. Bukanlah satu perkara mudah
untuk mencari kayu keras yang berurat cantik.

Kemudian kayu itu dibentuk menjadi batang tongkat yang menarik, berkepalakan ukuran ular
kepala dua. Di bahagian hujung dilekatkan dengan timah warna kuning. Di bahagian badan
tongkat diukir dengan awan larat, lalu disapu dengan sejenis cecair untuk mengilatkannya.

“Sebenarnya, tongkat ni tongkat pesaka diwarisi oleh orang tua saya dari nenek,” ada sedikit
kebanggaan dalan nada suara guru silat ketika menceritakan riwayat tongkat di depannya itu.

“Kalau begitu, sudah banyak keturunan yang menyimpannya?” Tanya saya.

“Kira-kiranya begitulah, kalau tak silap saya umurnya dah lebih dari tiga ratus tahun.”

“Hebat, kalau dah begitu, kenapa tak disimpan di tempat yang baik dan boleh dijadikan bahan
sejarah keturunan tuk guru,” saya meluahkan pendapat yang ikhlas. Guru silat termenung,
kemudian Ia mengeluh kecil macam ada sesuatu yang terbuku dalam kalbunya.

“Satu pendapat yang baik, says juga pernah terfikir macam tu, tapi...,” guru silat tidak
meneruskan kata-katanya.

“Kenapa?” Saya terus mendesak.

“Tak ada waris yang mahu menyimpannya, kata mereka, tongkat ni keras ada pembawanya,
kalau tak tahan orang yang menyimpannya, boleh jatuh sakit.”

“Huh...,” saya tersentak dengan keterangan itu.

Saya termenung, memikirkan kata-kata yang diluahkan oleh guru silat itu. Apakah dia bercakap
benar atau sekadar mahu memperolok-olokkan saya. Guru silat segera mengambil sehelai kain
dan terus menggosok batang tongkat. Badan tongkat nampak bersinar dan urat-urat kayu yang
berselirat kelihatan terserlah.

“Sekarang, saya nak campakkan tongkat ni ke dalam sungai,” guru silat raba kepala tongkat dan
terus berdiri. Saya terus menggigit lidah.

“Tak ada faedahnya menyimpan tongkat ni, buat menyusahkan hati kaum keluarga saja,” tambah
guru silat dan terus sandarkan tongkat ke dinding. Ia mula mengemaskan barang-barang yang
berselerak. Dimasukkan ke dalam peti kayu hitam dan terus ditempatkan di sudut ruang.

“Opppp” guru silat terus melompat dan buka silat. Ia terkejut besar kerana tongkat yang
disandarkan tepi dinding jatuh sendiri. Datuk tersenyum berdepan dengan peristiwa yang amat
melucukan itu. Guru sila matikan langkah silat dan ia turut senyun dan akhirnya ketawa kecil.

“Terkejut” katanya pada datuk menutup kelemahan diri sendiri.

“Hum,” datuk anggukkan kepala.

“Saya nak ajak Tamar buang tongkat ke sungai,” guru silat minta kebenaran dari datuk. Saya
lihat datuk kedutkan kening kemudian sepasang matanya tertumpu ke arah saya sejenak, lepas itu
datuk renung tongkat atas lantai berkali-kali.

“Macam mana boleh tak?” Guru silat minta kepastian.

“Boleh,” jawab datuk.

“Huh...,” batin saya bersorak riang.

“Apa kau tak sayang dengan tongkat lama tu,” soal datuk dengan tenang pada guru silat.
Perlahan-lahan guru silat gelengkan kepala sambil bersuara:

“Tidak, tak ada faedahnya disimpan menyusahkan keturunan.”

“Kalau dah begitu keputusannya, terpulanglah pada kamu aku tak masuk campur,” ungkap datuk
tenang.

“Mari,” guru silat tarik tangan saya. Tanpa buang masa saya terus bangun ikut langkah guru silat.

IKAN

Setelah melalui kawasan yang ditumbuhi dengan pokok dengan pepohon senduduk, kami sampai
ke tebing sungai yang airnya mengalir jernih. Anak-anak ikan bagaikan berlari-lari di celah-celah
bebatu yang tertegun menahan arus air sungai yang deras dan dalam itu.

“Di situ tempat kamu, bukan di rumah,” suara guru silat agak keras dan terus mengangkat
tongkat berkepala ular separas dada. Tongkat itu terus dicampakkannya ke dalam sungai.
Tongkat tenggelam timbul lalu melanggar bebatu besar. Akhirnya hilang dari penglihatan saya
dan guru silat.

“Biar dihanyutkan air sungai hingga ke laut Selat Melaka,” guru silat bersuara penuh kepuasan.
Ia tersenyum dan mencekak pinggang di tepi tebing sambil kaki kanannya memijak seketul batu
yang berada di tepi tebing.

“Ini sebagai permulaan,” bisik guru silat pada saya ketika melintasi sebatang parit kecil yang
mengalirkan air ke sawah.

“Lepas tu nak buat apa pula?”

“Semua yang ada dalam peti hitam nak aku buangkan ke laut.”

“Bukankah itu barang-barang lama yang berharga.”

“Pada orang lain mungkin berharga, pada aku tak ada nilainya,” suara guru silat meninggi sambil
menyapu peluh di dahi dengan jari kelingkingnya. Saya tidak kuasa membantah cakapnya.
Ternyata sikap saya itu menyenangkan hatinya. Guru silat terus bersiul-siul kecil.

“Semuanya dah selesai?” sambut datuk di kaki tangga dengan segaris senyum terpamer di bibir.
Saya anggukkan kepala tetapi, guru silat terus mengedutkan dahi luasnya sepasang kening
lebatnya turut bergerak macam ada sesuatu yang difikirkannya. Guru silat berhenti di kepala
tangga menatap wajah datuk sejenak.

“Sudah,” katanya pendek.

“Baguslah, aku harap kamu tak menyesali perbuatan yang kamu buat ni,” sanggah datuk.

“Tidak,” satu ketegasan terungkap dari mulut guru silat. Penuh ketenangan dan yakin dengan apa
yang dilakukannya itu memang kena pada tempatnya. Tanpa banyak cakap guru silat terus naik
ke rumah dan duduk di ruang tengah lalu menyandarkan badan ke dinding. Saya juga turut
berbuat demikian.

Setelah menunaikan sembahyang Asar, kami bertiga segera bersiap untuk pergi ke rumah si
sakit. Tidak ada persediaan tertentu yang datuk lakukan. Saya menarik nafas dalam-dalam, bila
terlihat di tangan datuk ada besi kecil sepanjang dua inci.

“Dari mana dapat besi itu,” secara spontan guru silat mengajukan pertanyaan. Matanya tertumpu
pada besi di tangan kanan datuk. Perlahan-lahan datuk menatap besi tersebut, beberapa saat
kemudian datuk menjelaskan, besi tersebut ditemuinya di bawah tangga. Ia tertarik lantas
mengambilnya.

“Besi itu juga nak dibawa ke sana?” Guru silat minta kepastian.

“Rasanya, memang ada niat nak membawanya,” jawab datuk.

“Menyusahkan saja.”

“Kadang-kadang besi buruk macam ni ada juga gunanya.”


“Terpulanglah pada awak,” nada suara guru silat agak kecewa.

“Mari kita pergi,” ajak datuk. Saya dan guru silat segera memenuhinya.

MATAHARI

Kerana pancaran matahari tidak begitu keras, perjalanan ke rumah si sakit terasa seronok dan
tenang. Datuk dan guru silat jalan bersaingan, saya mengekor dari belakang. Tidak ada perkara
penting dan menarik yang dibualkan sepanjang perjalanan. Guru silat lebih suka menceritakan
tentang sawah padi, tentang zaman kanak-kanaknya waktu di kampung.

Kadang-kadang datuk dan guru silat ketawa, bila berdepan dengan kisah-kisah yang lucu. Saya
cuma tumpang senyum dari belakang tetapi, mata saya tetap liar merenung ke arah pepohon ke
kiri kanan jalan. Seronok rasa hati melihat beburung melompat di ranting dan dahan kayu. Angin
petang yang bertiup lembut menghantarkan sebuah kesegaran di tubuh.

“Apa pendapat awak tentang bomoh tua tu?” Terdengar pertanyaan dari guru silat. Datuk tidak
menjawab pentanyaan tersebut tetapi, datuk memperlahankan langkahnya, matanya renung kiri
kanan, macam mencari sesuatu.

“Bagaimana pendapat awak tentang bomoh tua tu?” Ulang guru silat minta sebuah kepastian
yang jitu. Datuk tetap kelihatan tenang. Langkahnya kembali bertenaga dan penuh semangat. la
seolah-olah merasakan pertanyaan itu tidak wajar dijawab. Satu pentanyaan yang sengaja diada-
adakan untuk mengisi masa.

“Bagaimana?” Untuk kali ketiga guru silat minta kepastian.

“Tak ada apa-apa, dia hanya manusia biasa,” jawab datuk dalam nada suara yang merendah.

“Tapi, saya rasa dia tu lain macam aje, mahu cari musuh dengan kita.”

“Itu pendapat kamu, sudahlah. Pedulikan tentang dirinya, banyak hal lain yang nak kita
fikirkan,” datuk terus tepuk belakang guru silat.

Rupanya tepukan datuk itu mematikan hasrat hati guru silat untuk memperkatakan tentang diri
bomoh tua. Saya kira guru silat puas hati. Saya berharap, selepas ini tidak ada pertanyaan yang
ada berhubung-kait dengan bomoh tua itu akan dibangkitkan oleh guru silat. Sesungguhnya saya
sudah muak dan bosan dengan pertanyaan seperti itu. Ternyata harapan saya terkabul. Mereka
tidak lagi memperkatakan perkara yang tidak saya senangi itu.

“Saya ingatkan tadi tak datang,” riang benar suara isteri Si sakit menyambut kami di muka pintu.
Datuk tidak menjawab cuma tersenyum sambil meraba besi kecil yang berada dalam saku
bajunya.

“Kalau dah janji tu, hujan ribut pun kami datang,” secara mendadak guru silat bersuara yang
diakhiri dengan ketawa kecil. Saya dan datuk berpandangan lalu tersenyum. Kami pun naik ke
rumah Si sakit.

Semua barang-barang yang dipesan oleh datuk sudah berada di ruang tengah rumah. Diisi dalam
talam tembaga. Datuk dan guru silat terus duduk bersimpuh depan dulang tembaga. Isteri Si sakit
terus ke dapur untuk membuat kopi. Saya sandarkan badan ke dinding sambil merenung ke arah
dedaun di depan rumah yang melintuk-liuk disentuh angin petang.

Hembusan angin terasa menyentuh wajah saya. Datuk dengan tenang menggosok pucuk pisang
dengan belakang tangan kirinya sebanyak tiga kali. Selepas itu ia menjentik mempulur batang
pisang dengan ibu jari kaki kanan tiga kali berturut-turut. Kelopak bibirnya kelihatan bergerak
perlahan-lahan.

“Bawa barang-barang ni ke tempat si sakit,” ujar datuk. Saya dan guru silat segera membawa
pucuk pisang dan mempulurnya dekat si sakit. Beberapa saat kemudian, isteri Si sakit datang lalu
meletakkan air kopi di tempat kami mula-mula duduk tadi. Datuk menyuruh isteri si sakit
membentangkan tikar mengkuang di tengah ruang rumah. Perintah datuk dipatuhi.

“Bukakan, pucuk pisang tu, letakkan atas tikar, kemudian letakkan si sakit atas pucuk pisang
itu,” mata datuk tajam merenung muka guru silat. Saya lihat guru silat mengangguk.

Tidak lama kemudian, isteri si sakit dan guru silat mengangkat si sakit dan terus diletakkan atas
pucuk pisang. Datuk pula meletakkan mempulur batang pisang atas dada Si sakit, diatur
memanjang hingga ke pergelangan kaki si sakit.

Si sakit tidak membantah, merelakan dirinya diperlakukan apa saja, asalkan sakitnya sembuh.
Sepuluh minit sudah berlalu, si sakit kelihatan resah.
Mukanya berkerut, hujung hidungnya kelihatan merah macam udang kena bakar. Dari lubang
hidungnya keluar air jernih. Perut buncit nampak berombak. Kulit perutnya juga jadi merah.

“Tunggu di sini, jangan ke mana-mana,” kata datuk lalu turun ke halaman rumah. Datuk berlari
ke sebelah kanan rumah masuk dalam semak samun. Datuk keluar dari semak samun dengan
sedahan daun gelenggang di tangan. Datuk naik ke rumah dan letak daun gelenggang atas perut
Si sakit.

“Kenapa tak cakap awal-awal, kalau cakap tadi, saya boleh cari dan sediakan,” isteri si sakit
bersuara dalam nada kesal. Sepasang matanya, merenung sayu ke wajah datuk yang begitu minta
dengan kata-kata yang diluahkannya.

“Kalau cakap tadi tentu tak susah,” isteri si sakit berusaha menarik perhatian datuk. Kali ini
perlahan-lahan datuk angkat muka lalu menentang wajah isteri si sakit. Datuk menarik nafas
panjang-panjang.

“Bukan niat nak tunjuk pandai atau nak sakitkan hati tuan rumah, memang begitu caranya,” nada
suara datuk lemah, terbayang rasa kesal dalam kerdipan matanya. Isteri si sakit termenung
panjang. Guru silat segera mendekati isteri si sakit dan membisikkan sesuatu ke telinga isteri si
sakit segera anggukkan kepala.

Pucuk pisang yang hijau segera kelihatan beransur kecut dan bertukar menjadi hitam, begitu juga
dengan mempulur batang pisang. Apa yang menakjubkan saya getah yang terdapat pada
mempulur tersebut tidak meleleh atau mengenai badan Si sakit, malah getah pisang itu terus
beku dan menjadi seketul. Si sakit terus menggeliat ke kiri dan ke kanan. Dia terus berdengkur
dan wajahnya berkerut bagaikan menahan rasa sakit yang amat sangat. Saya pandang muka
datuk dan guru silat.

Kulit perut si sakit yang bengkak kelihatan bertambah merah macam buah tomato yang cukup
masak. Saya jadi takut melihatnya. Pucuk pisang kelihatan seperti terbakar. Mempulur batang
pisang yang ada atas badan si sakit terus menjadi hitam macam kayu arang dan kelihatan
berasap.

Saya tidak sanggup merenung perut si sakit, kulit perutnya bertambah tegang dan merah. Urat-
urat perutnya juga kelihatan mengeras dan menegang. Saya berdoa, semoga perut si sakit tidak
akan meletup. Saya memejamkan mata.

Tiba-tiba saya terdengar si sakit bertempik, serentak dengan itu mempulur pisang yang berada di
atas tubuhnya berterbangan lalu mengenai dinding rumah. Datuk segera menerkam ke arahnya
dan mengambil daun gelenggang yang jatuh di sisinya.

Tiga helai daun gelenggang datuk aturkan sebaris atas dahi si sakit. Perlahan-lahan datuk tepuk
dahi si sakit lima kali berturut-turut. Si sakit terus batuk bertalu-talu. Saya lihat kulit tubuhnya
yang tadi merah menyala mula beransur pulih dan akhirnya kemerahan yang terdapat di
tubuhnya terus ghaib.

“Air,” minta Si sakit.

“Berikan air, campurkan dengan air limau dan halia, sebelum diberikan padanya, serahkan pada
saya dulu,” itu permintaan datuk.

“Baik.” Isteri Si Sakit segera bangun.

“Bagaimana, ada harapan panasnya keluar dari badan,” tiba-tiba saja guru silat bertanya pada
datuk.

Datuk gosok batang hidungnya berkali-kali sambil menarik nafas. Saya terus merenung keluar
dan sesekali menjeling ke arah si sakit yang terkapar menyerahkan dirinya pada keadaan.

Isteri si sakit datang lalu menyerahkan gelas yang berisi air pada datuk. Datuk meletakkan
punggung gelas itu atas telapak tangan kirinya kira-kira dua minit. Kemudian saya terdengar
datuk membaca surah Al-Fatihah tiga kali berturut-turut.

“Berikan padanya,” datuk serahkan gelas itu pada isteri si sakit, kemudian isteri si sakit terus
membantu suaminya meneguk air dalam gelas. Saya lihat suaminya terus minum penuh nafsu.
Seluruh badannya kelihatan seperti berasap. Datuk segera mendekati si sakit lantas memicit
pergelangan kaki Si sakit. Si sakit mengeluh menahan kesakitan.

“Bawa dia ke tempat asalnya,” kata datuk sambil mengangkat tubuh si sakit dengan dibantu oleh
guru silat dan isteri si skit. Saya segera mengambil pucuk pisang yang hangus itu dan dibuang
melalui tingkap, begitu juga dengan mempulur batang pisang. Dalam beberapa saat saja keadaan
rumah itu kembali bersih.

“Cuba petua saya ni, mudah-mudahan bengkak perutnya boleh hilang.”

“Cuba ambil daun gelenggang tua dan rebus, airnya diminum tiga kali sehari, kemudian daun
yang direbus itu disapukan pada perutnya yang bengkak dan buncit, dengan izin Allah bengkak
perutnya akan sembuh, cubalah. Ini ikhiar kita,” datuk memberikan panduan.

Cepat kilat guru silat renung ke arah saya. Kami berbalas senyum. Ibu jari tangan segera saya
tegakkan. Guru silat anggukkan kepala. Di wajahnya terbayang kepuasan yang amat sangat
kerana datuk sudi berikhtiar dan berusaha untuk mengubati si sakit.

“Lagi ada apa-apa yang mesti saya buat,” tanya isteri si sakit. Datuk gelengkan kepala sambil
meraba-raba pangkal dagunya berkali-kali. Mata datuk tertumpu ke arah si sakit yang kelihatan
tenang.

“Apa yang awak pesan, saya patuh,” itu janji isteri Si sakit.

“Buatlah itu dulu, saya masih berusaha,” janji datuk yang amat menyenangkan buat si sakit dan
isterinya.

CONDONG

Matahari petang kian condong. Kicau burung terdengar riang. Beberapa ekor burung gagak liar
berbunyi sambil hinggap di dahan mempelam dan cempaka.
Hembusan angin terasa amat lemah sekali. Saya lihat jam lama yang tersangkut di dinding
rumah. Sudah hampir pukul enam setengah petang. Rasa bosan mula bersarang dalam dada saya.
Mahu rasanya mengajak datuk pulang.

“Minum, air kopi dah sejuk,” guru silat mewakili isteri si sakit menjemput kami. Datuk cuma
menghirup dua kali saja kopi panas yang sudah beransur sejuk itu. Datuk mintak diri dan isteri si
sakit mengizinkannya dengan iringan senyum.

“Malam ni datang lagi?” Tanya isteri si sakit.

“Saya tak tahu nak kata apa, kena tanya dia,” guru silat menuding jari telunjuknya ke arah datuk
yang berdiri di kaki tangga.

“Kalau tak ada apa-apa, lepas Isyak kami datang,” kata datuk lalu melangkah.
Baru tiga langkah datuk melangkah, dia segera kedutkan kening sambil meraba besi kecil dalam
sakunya. Langkahnya terhenti, guru silat dan saya agak terkejut dan ragu dengan tindakan
mengejut dari datuk itu.

Lebih mengejutkan lagi, bila datuk berpatah balik ke kaki tangga. Berhenti di situ, datuk
keluarkan besi kecil dari sakunya. Datuk keliling rumah tiga kali berturut-turut, langkah pertama
dimulainya dengan kaki kanan, menuju ke arah matahari naik.

Bila semuanya sudah selesai. Datuk terus menuju ke pohon rambai yang jaraknya lebih kurang
tiga puluh kaki dari sudut sebelah kiri rumah. Datuk berdiri dekat perdu rambai. Dengan tenang
datuk duduk membongkok lalu menggali tanah di situ dengan besi kecil yang dibawanya.

Saya dan guru silat segera berlari menghampirinya, tanpa menghiraukan kami, datuk terus
menggali tanah di pangkai perdu rambai. Mukanya kelihatan merah dengan peluh-peluh halus
meruap di kiri kanan pipinya.

“Apa yang dicari?” Tercungap-cungap guru silat menyoal.

“Hum...,” keluh datuk dan terus mengorek.

“Boleh saya tolong.”

“Tak payah, tunggu saja di sini, tengok dan perhati apa yang aku buat, bila aku minta tolong
kamu tolong.”

“Saya faham,” guru silat mengalah.

“Hum...,” nada suara datuk terkulum. Ia terus menggali tanah di pangkal perdu rambai sedalam
yang boleh.

“Lihat,” suara datuk separuh meninggi.

Datuk segera menatang satu bungkusan sebesar penumbuk. Saya dan guru silat berpandangan.
Tidak berani mahu mengajukan sebarang pertanyaan pada datuk. Dengan hati-hati datuk
letakkan bungkusan itu atas tanah. Sukar untuk mempastikan warna kain pembalut bungkusan
tersebut akibat dilekati tanah yang tebal.

Siri 88: Mayat Berdiri


KERANA kau waris terdekat pada si sakit, kau berhak mengambilnya dan berhak membuat
keputusan,” datuk jeling ke arah guru silat. Muka guru silat terus jadi pucat. Dia seperti mahu
mengelak dari menyentuh bungkusan tersebut.

“Tak payah,” katanya.


“Mana boleh cakap macam tu, awak ada hak, ambillah.”

“Eh, saya tak mahu, nanti bala datang pada saya.”

“Ambillah, tak mengapa.”

“Saya tak mahu,” guru silat undur tiga tapak ke belakang. Datuk jadi serba-salah.

“Kalau kau mahu aku berikhtiar menyembuhkan orang yang sakit, kau harus mendengar cakap
aku,” nada suara datuk mula keras. Guru silat melangkah tiga tapak ke depan. Berdiri di sisi
datuk.

“Macam mana? Kau setuju nak ambil bungkusan ni, kalau kau tak mahu biar aku tanam semula,”
datuk minta satu kepastian yang muktamad. Kelopak mata guru silat terkebil-kebil. Dia masih
buntu untuk membuat satu keputusan yang tegas. Dalam keadaan yang tidak menentu itu, datuk
terus bersuara:

“Bagaimana? Mahu atau tidak.”

“Mahu,” jawab guru silat.

“Bagus,” datuk tersenyum.

“Boleh saya ambil sekarang?”

“Nanti dulu.”

“Hum, ah...,” guru silat bagaikan mengeluh.

Datuk terus mengambil sehelai daun rambai kering. Daun rambai itu diramasnya hngga hancur.
Guru silat terpegun melihat gerak-geri datuk. Saya dongakkan kepala melihat putik rambai yang
berjuntaian di dahan dan nampak terbuai-buai dirempuh angin.

“Ke mari,” datuk panggil guru silat.

“Kenapa?”

“Marilah, jangan banyak cakap.”

Guru silat segera menghampiri datuk. Saya agak terkejut, bila datuk terus menyambar tangan kiri
guru silat lalu dipulas kebelakang, anehnya guru silat tidak bertindak. Menyerahkan diri pada
keadaan seperti kena pukau.

Dalam keadaan diri guru silat berada antara sedar dengan tidak itu, datuk segera mengepal tanah
lalu digaulkan dengan daun rambai yang sudah diramasnya itu. Kedua belah telapak tangan guru
silat segera dilumurkannya dengan tanah dan daun rambai.
“Sekarang, kau ambillah bungkusan itu.”

Guru silat segera mendekati pangkal pokok rambai. Direnungnya bungkusan yang kelihatan
seketul itu. Guru silat masib ragu-ragu untuk bertindak selanjutnya.

“Ambillah, jangan tangguh lagi,” perintah datuk.

“Saya takut.”

“Jangan takut, ambillah.”

“Tak ada bala yang dalang.”

“Tak ada, jangan buang masa lagi,” datuk mula marah. Direnungnya muka guru silat dengan
renungan yang tajam.

Tanpa membuang masa lagi, guru silat terus ambil bungkusan tersebut. Datuk suruh guru silat
letakkan bungkusan sebesar penumbuk itu atas daun rambai kering. Semuanya dipatuhi oleh
guru silat dengan tenang dan teratur sekali.

“Sekarang kamu langkah bungkusan itu dua kali,” itu arahan datuk yang dipatuhi oleh guru silat.
Datuk tersenyum dan terus menghampiri guru silat. Datuk membisikkan sesuatu ke telinga guru
silat. Saya lihat guru silat tersenyum dan anggukkan kepala beberapa kali. Guru silat terus duduk
mencangkung menghadapi bungkusan sebesar penumbuk.

Saya segera mendekati. Kain pembalut bungkusan itu ternyata berwarna hitam pekat dan diikat
dengan tali guni yang juga dilumur dengan warna hitam. Tanah yang melekat pada bungkusan
itu nampak lembap dan berair.

“Buka,” kata datuk.

Guru silat terus membukanya, saya terlihat kain berwarna kuning.

“Buka lagi, biasanya ada tiga lapis kain dan tiga warna,” lanjut datuk dengan penuh keyakinan.

Guru silat terus membukanya. Kain kuning terbentang atas daun kering. Saya renung kain putih
yang membalut bungkusan itu. Saya kira kain putih itu adalah kain lapisan yang terakhir. Guru
silat buka kain putih, saya terlihat kain warna biru dan bau hapak mula menusuk lubang hidung
dan saya renung muka datuk. Dia kelihatan tersengih dan menyuruh guru silat membuka kain
warna biru.

Bila kain warna biru dibuka dari ikatannya, darah gemuruh mula menguasai urat saraf saya. Dua
tiga kali saya pejam celikkan kelopak mata. Saya terlihat bulu burung tersusun. Kepala burung
dibalut dengan kain merah. Badan burung yang sudah dicabut bulunya kelihatan kering. Di
bahagian paha burung yang sudab dicabut bulunya kelihatan kering. Di bahagian paha burung
yang sudah kering itu terdapat beberapa bilah jarum di samping kulit limau nipis yang sudah
kering.

“Ke tepi,” kata datuk.

Guru silat dan saya ke tepi memberi ruang untuk datuk bertinggung sambil melihat badan
burung. Datuk ambil sebatang ranting. Badan burung ditolaknya hingga badan burung tersebut
terlentang dengan kedua belah kakinya menghala ke dada langit. Saya terlihat pada bahagian
burung itu, terdapat kesan jahitan.

“Perut burung ni dibelah kemudian dijahit semula,” kata datuk sambil menekan perut burung itu.
Bau hapak kian terasa. Setiap kali datuk tekan hujung ranting, kelihatan air keluar dari celah
jahitan. Datuk menyuruh saya mencari pucuk keladi rimba. Saya tidak dapat memenuhi
permintaan datuk itu, mana mungkin mencari daun keladi rimba di tengah kampung.

“Tak apa, kau pergi ambil mengkuang di bawah rumah,” ujar datuk sambil menunjuk ke arah
sesikat mengkuang dibawah rumah Si sakit. Saya segera ke situ. Datang kembali pada datuk
dengan sehelai mengkuang berduri. Datuk ambil daun mengkuang. Tanpa minta pertolongan dari
saya dan guru silat datuk terus ambil bangkai burung terus diletakkan atas daun mengkuang.

Bila daun mengkuang itu dilipatkan untuk dijadikan pembalut pada badan burung tersebut, saya
lihat dun mengkuang menikam kulit burung ketika itu juga kami terdengar jeritan si sakit dari
arah rumahnya. Suaranya lantang bagaikan menahan kesakitan yang amat sangat. Datuk tidak
memperhiraukan jeritan itu.

Datuk terus membalut badan burung dengan daun mengkuang, dilipat jadi tiga segi macam kuih
koci. Setelah itu datuk tindih dengan besi yang dibawanya. Suara jeritan si sakit terus sambung-
menyambung. Datuk terus menutup bungkusan itu dengan daun-daun kering. Kemudian datuk
bakar. Suara jeritan si sakit terus berkurangan. Tidak sampai sepuluh minit bulu dan badan
burung terus menjadi abu.

Apa yang menghairankan saya, kain yang jadi pembalut badan burung tidak dibakar oleh datuk.
Dilipat tiga segi dan dibalut dengan daun rambai muda. Datuk isi dalam saku seluarnya. Lubang
yang dikorek oleh datuk segera ditimbus kembali, tanpa meninggalkan sebarang kesan, memang
sukar untuk dijejaki oleh orang lain.

Datuk terus mengajak kami pulang. Tindakan datuk itu menimbulkan keraguan dalam diri guru
silat. Pada sangkaan guru silat, tentulah datuk pergi ke rumah si sakit, bertanya khabar kenapa si
sakit menjerit.

“Tak pergi ke rumah si sakit?” Guru silat memberanikan diri bertanya.

“Tak payah.”

“Kenapa?”
“Usah banyak tanya, mari kita balik,” kata-kata terakhir itu mematikan semangat guru silat untuk
bertanya selanjutnya.

Waktu kami melintasi halaman rumah, isteri Si sakit sudahpun berdiri di muka pintu sambil
melaung-laung nama guru silat dan datuk berkali-kali.

“Singgahlah dulu, tengok perangai suami saya yang lain macam ni” suara isteri si sakit lantang.

“Minta maaf, kami dah lambat,” sahut guru silat.

“Singgah sekejap aje, tengok muka suami saya yang hitam sebelah dan suka menjilat-jilat
lantai.”

“Sabar, lepas senja, hitam di mukanya hilang dan dia berhenti menjilat lantai.” balas datuk tanpa
memperlihatkan langkahnya.

Jawapan dari datuk itu amat menghampakan hati isteri si sakit. Dia tidak terdaya untuk
melanjutkan kata-kata, hanya kelihatan kecil saja yang terungkap dari kedua belah kelopak
bibirnya. Saya hanya tunduk merenung rerumput di tepi jalanan dalam warna hari yang beransur
samar-samar itu. Di hujung langit sudah kelihatan warna kemerah-merahan.

Beburung kelihatan terbang sekawan demi sekawan pulang ke sarang. Bunyi gemersik angin
yang menyentuh dedaun di hujung ranting jelas kedengaran. Sesekali terdengar pekik gagak
yang pulang senjakala. Saya terus melangkah tanpa mahu merenung ke kiri dan ke kanan. Saya
tahu pemandangan sekitar saya memang tidak menarik, penuh dengan pepohon yang tidak dapat
memberikan sebarang keindahan.

Saya dapat mengesan yang perangai datuk berkeadaan lain macam. Kelihatan seperti keresahan
yang tidak menentu. Macam ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Wajahnya,
membayangkan rasa tidak aman yang memanjang. Bila datuk berada dalam keadaan demikian,
saya rasa jalan paling selamat yang wajar saya pilih ialah membisu seribu bahasa dan patuhi
dengan apa yang diperintahnya.

Kami terus melangkah dalam cuaca yang beransur gelap. Agas dan nyamuk terasa menyerang
pipi dan batang hidung. Langkah kaki sering saja terhenti akibat tersepakkan akar dan tunggul
kayu di tepi jalan. Kicau burung tidak kedengaran lagi.

“Ah sial, tak ada tempat lain kamu nak cari makan,” saya merungut lalu menampar pipi sebelah
kiri. Aduh! Kepala sakitnya, nyamuk tak mati, pipi sendiri yang terasa pedih. Hati saya terus
membara dan marah tidak tentu arah. Bagi melepaskan geram, saya sepak sepotong kayu di tepi
jalan dengan sekuat hati. Guru silat segera menoleh ke arah saya.

“Kenapa?” Tanyanya perlahan.

“Jemu,” sahut saya perlahan.


“Kejap lagi kita sampai,” guru silat cuba menenangkan perasaan saya. Ketika itu juga, datuk
berhenti me1angkah. Sepasang matanya merenung tajam ke arah saya, memancarkan rasa marah.

“Ada apa Tamar?”

“Tak ada apa-apa tuk.”

“Aku dengar kamu macam merungut, cakap apa yang kamu tak puas hati.”

“Tak ada apa-apa tuk.”

“Hum,” suara datuk parau dan terus berhenti merenung wajah saya. Apa yang dialami sebentar
tadi, bagaikan mengingati diri saya supaya hati-hati. Jangan mengeluh tidak tentu fasal.
Perbuatan begitu boleh mengganggu diri datuk.

“Oh uuuuuuuuppppppppppp.”

Guru silat segera melompat. Langkah saya dan datuk terus kaku. Mata kami tertumpu ke dada
jalan, seekor katak puru merayap dengan tenang ke gigi jalan, kemudian menghilangkan diri
dalam rimbunan rerumput di situ. Saya melihat datuk tersenyum. Hatinya terusik dengan telatah
guru silat yang mudah terperanjat. Datuk segera menghampiri guru silat.

“Orang macam awak ni, sebaik-baiknya jangan mudah terkejut dan melatah. Cubalah kawal
perasaan,” datuk memberikan nasihat. Guru silat terus menarik nafas dalam-dalam. Ekor
matanya masih menjeling ke arah saya.

“Saya cuba mengatasinya.”

“Cubalah, pendekar kalau mudah melompat dan terkejut tak baik nanti pihak lawan tahu sejauh
mana kekuatan kita.”

“Saya faham,” suara guru silat lemah.

Datuk terus melagakan gigi atas dengan gigi bawah dua tiga kali. Saya berhenti melangkah dan
terus menggeliat dua tiga kali. Pangkal belikat dan pangkal paha mula terasa sakit. Guru silat
segera menghampiri saya.

“Tak jauh lagi, tak usah berhenti, jalan saja,” bisiknya ke telinga saya.

“Paha saya sakit.”

“Tak apa, kejap lagi sampailah,” guru silat terus menarik tangan saya. Datuk menjeling tajam ke
arah saya. Tidak ada pilihan lain untuk saya, melainkan meneruskan perjalanan.

Saya merenung tajam ke depan. Nampak berbalam bentuk rumah peninggalan arwah orang tua
guru silat. Hati saya riang, pada hemat saya, lebih kurang lima minit lagi sampailah ke rumah
tersebut dengan syarat tidak berhenti di mana-mana.

“Ha, langkah panjang-panjang biar cepat sampai,” usik guru silat.

“Langkah pendek pun sampai, dah dekat,” balas saya sambil tersenyum. Guru silat ketawa kecil
sampai menepuk bahu kanan datuk dua tiga kali. Datuk segera merenung ke arahnya.

“Kenapa?” Tanya datuk.

“Tak ada apa-apa.”

“Kalau tak ada apa-apa, buat apa ditepuk?” Datuk seperti kesal tetapi, guru silat terus tersenyum
lebar.

“Aku rasa malam ni, semuanya selesai,” cetus datuk ketika memasuki halaman rumah pesaka.
Saya menelan air liur dan tertanya-tanya dalam hati maksud dari kata-kala yang diluahkan oleh
datuk.

“Apa yang awak cakapkan tadi,” guru silat menyoal lalu merempuh saya yang berdiri tidak jauh
dari datuk. Saya terdorong ke sebelah kiri. Marah juga rasa hati melihat sikap guru silat yang
main langgar tanpa memikirkan tentang orang lain.

“Maafkan aku Tamar, aku tak sengaja terlanggaran kamu.”

“Tak apa,” balas saya dengan sedikit rasa kesal dalam hati. Guru silat terus mendekati datuk
yang sudah hampir dengan kaki tangga. Muka datuk direnungnya.

“Apa yang awak katakan tadi? Saya tak dapat dengar jelas,” nada suara guru silat merendah.
Datuk menarik nafas panjang. Matanya masih tertumpu ke wajah guru silat.

“Malam ni, semuanya selesai,” datuk senyum.

“Maksud awak.”

“Dengan izin Allah yang kuasa, orang yang sakit beransur sihat dan orang yang berbuat jahat
akan menerima padahnya,” cukup tenang datuk melafazkan kata-kala itu.

“Awak bergurau?” Guru silat minta kepastian.

“Saya tak bergurau, dengan izin Allah semuanya berjaya.”

“Ha...” mulut guru silat terlopong.

“Dengan izin Allah,” ulang datuk. Guru silat segera mengatupkan mulutnya kembali, Wajahnya
seperti orang dungu.
Geli rasa hati melihat telatahnya. Saya mengharapkan guru silat mengeluarkan berbagai-bagai
pertanyaan. Apa yang saya harapkan tak menjadi kenyataan. Guru silat terus termenung. Bila
guru silat tidak mahu bertanya, ertinya saya tidak ada peluang untuk menerima cerita dari datuk.

Guru silat terus duduk di anak tangga bongsu. Merenung ke arah pepohon di kiri kanan halaman
yang kaku dalam suasana kelam yang kian mencengkam.

“Biar kita ke telaga dulu, mandi dan ambil air sembahyang,” datuk terus melangkah. Lagi sekali
guru silat tergamam dan terkejut dengan apa yang datuk lakukan. Kenapa datuk tidak mahu
menggunakan air paip seperti selalu? Kenapa mesti menggunakan air perigi? Timbul pertanyaan
dalam diri saya. Cepat-cepat saya renung muka guru silat.

“Kenapa datuk kamu Tamar? Lain macam saja hari ini.”

“Entah, saya tak tahu sebabnya.”

“Pelik juga air paip ada, kenapa air telaga yang dicari.”

“Biarkan, datuk saya dengan caranya.”

“Ah, pelik, banyak perkara pelik yang dibuatnya,” keluh guru silat sambil merenung wajah saya
sejenak. Kami berbalas senyum.

“Biar saya pergi ke bilik air dulu,” kata saya pada guru silat yang masih termenung panjang.
Agaknya, ia masih memikirkan tentang tindak-tanduk datuk yang dianggapnya agak luar biasa.

“Pergilah Tamar.”

“Baiklah.”

PULAS

Saya pun terus menuju ke bilik air yang terletak di bahagian belakang rumah. Saya pulas kepala
paip dan terus basuh muka. Dari basuh muka ada baik mandi terus, fikir saya dan terus membuka
baju dan seluar. Beberapa saat kemudian seluruh badan saya dibasahi dengan air paip. Badan
terasa segar dan bertenaga.

Sebaik sahaja saya keluar dari bilik air, guru silat pula masuk. Datuk masih lagi berada di perigi.
Saya terus duduk di anak tangga bongsu, merenung hari yang kain gelap. Tidak lama lagi saya
kira, suara azan pasti berkumandang menguasai seluruh kampung.

Saya tents mengelamun dan menyusun rancangan dalam kepala, saya bercadang petang esok,
saya mahu minta izin dan datuk untuk ikut kawan-kawan ke Kuala Juru, melihat perahu nelayan.

Lamunan saya terganggu oleh suara guru silat di kamar mandi. Saya tidak tahu kenapa nada
suara guru silat meninggi. Mungkin ada sesuatu yang kurang menyenangkan hatinya, fikir saya
sendirian sambil memanjangkan leher meninjau ke arah bilik air. Tiba-tiba secara mendadak
guru silat keluar dari bilik air. Berlari ke arah saya dengan wajah yang cemas.

“Kenapa?”

“Aku macam ternampak mayat orang berdiri dekat pintu bilik air, bila aku pandang lagi sekali,
mayat itu hilang.”

“Ah, pandangan mata saja tu, maklumlah kita letih,” saya mententeramkan perasaan guru silat.

Ternyata perasaan guru silat tidak tenteram dengan kata-kata yang saya luahkan. Rasa takut
masih dapat dikesan di wajahnya. Saya terus mengajak guru silat naik ke rumah. Sebaik saja,
saya duduk di bangku usang, datuk pun sampai dengan wajah yang amat tenang.

“Kita jemaah di surau?” Datuk ajukan pertanyaan pada guru silat. Saya lihat guru silat
mengerutkan dahi, buah halkumnya nampak bergerak bila ia menelan air liur.

“Saya nak sembahyang di rumah,” jawab guru silat.

“Kalau begitu, biar aku dengan Tamar ke surau, kau sembahyang seorang di rumah.”

“Eh, begini saja, biar saya dan Tamar sembahyang di rumah, awak seorang saja pergi ke surau.”

“Tak apa, saya ikut cakap awak,” jawapan datuk itu ternyata amat menggembirakan hati guru
silat.

Datuk tukar pakaian. Tanpa mengucapkan sesuatu ia terus meninggalkan saya dan guru silat.
Sebaik saja datuk sampai dekat pohon jati, suara Azan terus berkumandang. Datuk
mempercepatkan langkahnya.

Saya dan guru silat sembahyang di rumah. Setelah selesai sembahyang, saya disuruh oleb guru
silat ke dapur untuk memasak air panas. Hasrat guru silat itu tidak saya bantah, setelah
menyalakan api dan meletakkan cerek atas tungku. Saya kembali duduk di sisi guru silat.

“Malam ni, kita makan di rumah, aku masak lauk dan nasi,” kata-kata yang amat menyenangkan
dari guru silat. Saya segera terfikir, lauk apa yang mahu dimasaknya? Ikan bilis, ikan goreng?
Semuanya bahan-bahan ini tidak ada dalam simpanan guru silat.

“Ikan tak ada, sayur tak ada, nak masak apa?” Tanya saya, guru silat menggigit bibir sambil
memperkemaskan silanya.

“Ada Tamar.”

“Ada di mana?”

“Ada saya beli semalam, saya simpan dalam almari, saya beli ikan kurau kering, kita buat masak
lemak, biar pecah perut kita malam ni. Dah kenyang makan baru kita pergi ke rumah si sakit.
Kau setuju Tamar.”

“Setuju,” jawab saya cepat dan tegas.

“Bagus,” guru silat tegakkan ibu jari kanannya.

“Sekarang, kamu pergi basuh beras dan letakkan periuk nasi atas tungku,” satu arahan terkeluar
secara spontan dari kedua belah kelopak bibir guru silat. Kali ini, saya agak keberatan untuk
mematuhi perintahnya itu. Masak nasi kerja leceh. Guru silat bagaikan tahu apa yang ada dalam
hati saya.

“Kau tak suka masak nasi, Tamar?”

“Ya, kerja leceh.”

“Tak apa, kau buat kopi sudahlah, masak nasi dan lauk biar saya buat. Kau setuju bukan?”

“Setuju,” suara saya riang dan terus bangun menuju ke ruang dapur untuk membuang kopi.

Baru lima langkah, saya melangkah guru silat segera mendekati saya. Cepat-cepat Ia menarik
tangan saya. Perbuatannya itu amat mencemaskan hati saya.

“Kenapa?”

“Kau tengok tu,” guru silat meluruskan jari telunjuknya ke arah dinding. Saya kerutkan dahi.
Dua tiga kali kelopak mata saya pejam celikkan. Saya yakin, apa yang saya lihat di depan mata
bukannya hanya sekadar tersilap pandang, saya yakin, saya sedang melihat sesuatu yang benar.
Dada saya jadi berdebar.

“Kau nampak Tamar?”

“Nampak.”

“Kau sendiri tengok aku membuangnya ke dalam sungai, siang tadi.”

“Ya, pelik macam mana tongkat yang dah dibuang ada dalam rumah semula. Siapa yang
membawanya?”

“Itulah yang memeningkan kepala aku sekarang,” guru silat seperti mengeluh. Ia terus menarik
tangan saya mendekati tongkat yang tersandar di dinding. Saya hanya menurut saja tetapi, saya
rasa gementar dan cemas tetap berada dalam hati.

“Cuba kan tengok Tamar.”

Saya terus membongkok dan menatap tongkat tersebut. Memang itulah tongkat yang
dicampakkannya ke dalam sungai. Anehnya, macam mana boleh berada di rumah kembali.

“Cuba kau pegang Tamar.”

“Tak mahu, pak gurulah pegang.”

“Cubalah Tamar.”

“Minta maaf, pak guru,” ujar saya dengan nada suara yang lembut bersama wajah yang minta
dikasihi. Guru silat terus mengambil kain pelekat yang berada tidak jauh darinya.

Kain pekekat dicampakkan oleh guru silat ke arah tongkat tersebut. Kain pelekat terus melekat di
kepala tongkat dan terus memberat ke kanan. Tongkat itu terus jatuh berdentum. Bunyinya
cukup kuat tidak padan dengan bentuk dan berat tongkat.

“Kau berani pegang Tamar?”

“Minta maaf pak guru.”

“Kalau kau tak berani biar aku pegang tapi, kau mesti tunggu di situ.”'

“Baik pak guru.”

Guru silat terus mendekati tongkat yang berbalut dengan kain pelekat. Dalam jangkaan saya,
sudah pasti guru silat terus memegang tongkat yang berada dalam kain itu. Jangkaan saya salah.
Guru silat terus menyentap kain pelekat dengan sekuat hati hingga kain pelekat terpisah dengan
tongkat.

Tongkat pun tergolek di tepi dinding kepalanya yang berbentuk dua kepala ular itu mengarah
pada saya dan guru silat. Saya tiba-tiba merasa seram.

“Saya rasa tak ada apa-apa pak guru, cuba pegang,” saya terus mengajukan cadangan. Guru silat
menggigit bibir. Ia masih bimbang dan ragu untuk melakukan dengan apa yang saya katakan.
Guru silat menggenggam penumbuk. Matanya tertumpu ke wajah saya. Perlahan-lahan guru silat
mendekati tongkat tersebut.

“Cubalah pak guru.”

“Ya, aku cuba, kalau syaitan kita binasa.”

“Nanti dulu.”

“Kenapa Tamar.”

“Cuba pak guru baca beberapa ayat dan Quran...,” kata saya mengingatkan guru silat. Saya jadi
hampa dan agak kecewa kerana saranan saya tidak diterima oleh guru silat.
“Tak payah,” katanya pendek.

Saya tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang mampu saya buat ialah melihat dengan sepasang
mata tindak-tanduk guru silat yang kian ghairah untuk memegang tongkat.

Guru silat terus menyambar tongkat tersebut. Dalam sekelip mata saja tongkat aneh itu sudah
berada dalam tangan guru silat. Saya lihat wajahnya cukup riang.

“Memang benar, tongkat ini tongkat pesaka,” suara guru silat penuh keriangan. Ia terus menarik
tangan saya untuk menjamah badan tongkat. Saya menolak, cepat-cepat saya menarik tangan
saya yang dipegangnya.

89. Cawan Bergerak Sendiri

“KENAPA Tamar?”

“Saya tak mahu pak guru.”

“Kamu takut, kalau tongkat ni bukan tongkat sebenar, tongkat palsu.”

“Hum...” saya tertunduk merenung lantai.

Guru silat terus menggosok-gosok batang tongkat dengan secebis kain kuning. Saya hanya
tersenyum merenung ke arah guru silat. Saya terus ke dapur membuat air kopi. Datang ke ruang
tengah dengan dua cawan kopi yang masih panas.

Guru silat senang hati melihat dua cawan kopi yang berasap di depannya. Ia terus letak tongkat
atas lantai. Dengan tenang guru silat menghirup kopi.
Bila guru silat berpusing ke kanan. Cawan kopi yalig dipegangnya terlepas dari tangan. Jatuh
atas lantai. Air kopi melimpah dan serpihan tembikar cawan berserakan. Telinga saya mula
diasak oleh bunyi deru angin yang amat kencang di luar. Muka guru silat terus menjadi pucat.

“Kenapa pak guru?”

“Tongkat tadi dah hilang, kau lihat sendiri.”

“Ya,” ungkap saya cemas sambil merenung ke arah lantai yang beberapa saat tadi terdapat
sebatang tongkat berada di situ.

Saya jadi menggelabah, selera untuk minum kopi terus mati.

Badan terus terasa dingin, desiran angin bertambah hebat bunyinya di luar. Saya mula terlihat
dedaun tingkap yang rapat seakan-akan bergerak-gerak seperti ada sesuatu yang menekannya
dari luar.
“Aku rasa ada sesuatu yang tak kena di rumah ni. Sekarang kau tengok sendiri Tamar. Bukankah
sudah aku katakan tongkat pesaka itu memang berpuaka.”

“Ya,” saya mengangguk dengan nasa gementar.

“Sepatutnya tadi, aku bakar saja tongkat sial itu,” sebaik guru silat berkata demikian, terasa
seluruh rumah bergegar dan bergoyang. Cawan kopi jatuh dan air kopi terus melimpah di lantai.
Saya dan guru silat terpaksa berpaut pada dinding.

Anehnya, gegaran itu cuma berlaku beberapa minit saja. Bila keadaan kembali tenang, saya pun
terdengar suara Azan berkumandang. Bunyi deru angin yang hebat terus menyepi. Guru silat
yang tersandar di dinding meluruskan kedua belah kakinya. Sepasang matanya merenung tajam
ke arah lelangit rumah.

“Aku pening Tamar.” Sebaik saja guru silat mengakhiri kata-katanya, Ia terus terkulai di situ.
Saya jadi cemas, tidak tahu apa yang harus saya lakukan untuk mengatasi keadaan yang agak
gawat itu. Entah macam mana, saya merasai badan saya melayang-layang.

Tiba-tiba saya terasa ada sesuatu yang menghentak pangkal bahu sebelah kanan. Pandangan saya
jadi berpinar-pinar. Sayup-sayup terdengar gema besi berlaga sama sendiri yang amat
memekakkan.

Seluruh sendi saya terasa lemah. Saya tidak terdaya berdiri. Badan terasa melayang-layang.
Ketika itu juga saya terasa berada di satu tanah yang lapang. Saya melihat bermacam-macam
jenis binatang dari yang berkaki empat hingga berkaki dua dan termasuk dari jenis yang melata
atas bumi.

Di hujung tanah lapang, saya melihat api yang cukup besar. Bahangnya terasa menyentuh kulit
tubuh. Badan saya berpeluh dan api yang marak itu kian mendekati saya.

Cara yang paling baik dan terselamat dari hangus dimamah api ialah berlari ke mana-mana
dengan sekuat hati. Saya pun berlari arah ke utara dengan sekuat hati. Tidak saya duga api yang
marak itu terus memburu saya. Apa yang terdaya saya lakukan ialah berlari dan terus berlari
hingga sampai ke kawasan pinggir gunung. Sebaik saja sampai di situ, seorang lelaki berbadan
besar dengan rambut hitam lebat menutup kedua belah sayap bahunya, ketawa ke arah saya.

Lelaki berbadan besar itu mengambil seketul batu besar di kaki gunung. Batu itu dilemparkannya
ke arah saya. Tidak ada kesempatan untnk saya menyelamatkan diri. Saya terpaksa menyerahkan
diri pada keadaan. Batu itu terus menghempap badan saya.

Kesakitan yang dirasai membuat saya menjerit dengan sekuat hati. Mungkin kerana saya
menjerit terlalu kuat membuat lelaki berbadan tegap itu menjadi marah. Mulut saya terus
ditendangnya dengan sekuat hati.

QURAN
Sayup-sayup saya terdengar suara orang membaca Quran. Makin lama, makin jelas kedengaran.
Saya amati pembacaan tersebut. Ternyata suara yang saya dengar itu sedang membaca ayat al-
Kursi. Saya cuba mengikutinya dengan perlahan-lahan dalam hati.

Saya bagaikan digerakkan oleh tenaga ghaib untuk mengucap dua kalimah syahadat. Sebaik saja
saya selesai mengucap, kelopak mata saya terus terbuka. Apa yang saya lihat wajah datuk yang
sedang membaca ayat al-Kursi. Saya renung ke kanan, saya lihat di depan guru silat terletak satu
baldi air. Di tepi baidi tersusun dua tiga biji buah limau nipis dan sehelai kain hitam. Guru silat
terkapar di situ dengan mulut yang terbuka.

“Bangun Tamar.”

“Bila tuk balik dari surau?”

“Dah lama. Kamu berdua dirasuk syaitan. Waktu aku sampai tadi aku tengok kamu berlari dalam
rumah. Si guru silat berenang atas lantai.”

“Ha...,” saya terkejut mendengar penjelasan dari datuk. Saya cuba mengingati apa yang telah
berlaku.

Lagi sekali saya merenung ke arah guru silat. Perlahan-lahan saya kedutkan dahi, bila melihat
kiri kanan bibirnya meleleh dengan air liur. Badan guru silat menggeletik macam ikan kena
penukul. Datuk mengepal tangan kiri dan terus didekatkan ke hujung hidung. Mulutnya kelihatan
bergerak-gerak macam membaca sesuatu.

“Huuuuppppp...,” pekik datuk lalu membuka buku limanya, kelima-lima jari kirinya terkembang
dan mengarah kepada guru silat. Datuk terus menepuk lantai tiga kali berturut-turut.

Serentak dengan itu, guru silat terus melompat sambil melepaskan buah silat yang cukup
kencang ke dinding. Kakinya terus menendang baldi air. Guru silat terus bersilat dengan semahu-
mahunya. Gerakan dan tendangannya cukup pantas.

Datuk terus membongkok dan merangkak perlahan-lahan mengambil buah limau yang masih
belum menjadi mangsa kaki guru silat. Dua kali datuk menepis tendangan guru silat yang hampir
mengenai rusuk kirinya.

Datuk berjaya mencekup sebiji limau. Cepat-cepat datuk membalingkan ke arah saya. Dengan
kepandaian tersendiri saya menyambut buah limau tersebut dengan penuh bergaya. Datuk
memberi isyarat yang Ia memerlukan dua biji lagi limau nipis.

Saya lihat kedua-dua biji buah limau yang dikehendaki itu berada di hujung kaki guru silat,
Bukan mudah untuk mendapatkannya. Silap langkah, bukan buah limau yang dapat tetapi,
penendang dari guru silat yang boleh menghilangkan gigi dan membengkakkan pipi. Paling
malang, kalau buah himau yang dikehendaki dipijak oleh guru silat yang sudah diresapi syaltan.
Perlahan-lahan datuk mengisut ke arah kaki guru silat. Tiba-tiba guru silat bertempik dan
melompat lalu melepaskan satu tendangan yang kencang ke arah datuk.

Secepat kilat datuk menyambar telapak kaki guru silat lalu memusingkannya dengan sekuat hati,
ditolak ke belakang hingga guru silat jatuh terlentang. Ketika itu, datuk terus sambar buah limau.
Dicampakkan pada saya bagaikan penjaga pintu gol yang handal saya menyambut buah limau
tersebut.

“Ah..."

Guru silat terus menyerang datuk. Macam tadi juga, datuk tetap bertahan dan mengelak.
Memang bukan tujuan datuk mahu beradu kuat dengan guru silat. Matlamat utama datuk
mengambil sebiji lagi buah limau nipis supaya jumlahnya menjadi tiga biji dalam tangan saya.

Memang sukar untuk datuk mengambil buah limau yang terakhir ini. Guru silat bagaikan tahu
apa yang diingini oleh datuk. Ekor matanya, tetap merenung ke arah buah limau tersebut.

Hati saya berdebar bila guru silat mengangkat kaki kanannya untuk memijak buah limau. Saya
berdoa supaya cita-citanya tidak dilaksanakannya. Doa saya diperkenankan oleh Allah. Guru
silat menjauhkan kakinya beberapa inci dari buah limau.

Dengan hujung ibu jari kanannya ia mencuit buah limau. Buah limau itu bergolek ke arah tiang
seri. Datuk tersenyum. Kerjanya menjadi mudah, saya kira, beberapa saat lagi limau yang sebiji
itu pasti berada dalam tangan saya.

Datuk merendahkan badannya. Perlahan-lahan datuk golekkan badannya menuju arah buah
limau. Malang sungguh nasib datuk, kali ini guru silat terus bertindak macam orang gila.

Dengan sebatang kayu di tangan, guru silat terus menikam ke arah datuk bertubi-tubi.

Mujurlah, datuk bergolek ligat macam gasing. Tikaman yang dilakukan oleh guru silat tidak
kena badan datuk. Guru silat terus marah, ia cuba melepaskan tendangan yang bertalu-talu ke
arah datuk.

Semuanya dapat ditepis oleh datuk dengan aman dan tenang. Dalam suasana yang berdentum-
dentum dengan bunyi telapak kaki di lantai serta ditingkah dengan bunyi tepisan tangan dan kaki
dari datuk menjadikan dengan guru silat.

Suara datuk dan guru silat saling tingkah-meningkah. Saya terlupa dengan keadaan di luar,
terlupa pada malam, terlupa pada bunyi cengkerik dan katak. Antara terhibur dan cemas saya
menyaksikan peristiwa datuk dengan guru silat.

“Wahhhhhh...”

Datuk menjerit dengan kuatnya. Saya lihat datuk berjaya menyambar tangan guru silat dan terus
dipulas ke belakang sambil menekan ke kanan. Guru silat berusaha melepaskannya tetapi tidak
terdaya. Pegangan datuk cukup kuat dan kejap.

Dengan lembut dan perlahan-lahan datuk menekan tangan guru silat ke bawah hingga badan
guru silat melengkung dan akhirnya tersembab di lantai. Datuk segera mengambil buah limau di
1antai dan terus diserahkan pada saya.

“Basuh limau itu Tamar.”

Saya terus ke dapur dan membasuh buah limau. Datang kembali mendekati datuk. Guru silat
tertiarap di lantai dengan kedua belah kaki dan tangannya terkedang. Bunyi nafasnya cukup kuat,
macam nafas kerbau.

“Tamar.”

“Ya, ada apa tuk.”

“Kau belah dua semua limau tu, perah airnya dalam cawan. Campurkan dengan garam dan cabai.
Lepas itu kau diangkan dekat api.”

“Baik tuk.”

“Buat sekarang jua.”

Saya segera mematuhi saranan yang datuk luahkan. Saya terus ke dapur. Menyediakan barang-
barang yang dikehendakinya. Sepeninggalan saya ke dapur, saya tidak tahu apa yang datuk
lakukan terhadap guru silat.

Satu perkara yang pasti bila saya datang ke ruang tengah kembali, saya lihat guru silat sudah
berubah kedudukan. Kalau tadi ia tertiarap, kini ia terlentang mengandah ke tulang bumbung
dengan sepasang kaki dan tangan rapat ke tubuh.

SILAT

Datuk terus merenung wajah guru silat. Kelopak mata guru silat dibukanya perlahan-lahan.
Telinga kiri guru silat dihembusnya bertalu-talu. Badan saya mula terasa sejuk dan suara
pungguk merayu bulan sayup-sayup kedengaran. Desiran angin mula tçrdengar.

“Ambilkan aku pisau Tamar.”

“Pisau tak ada, di mana saya nak cari tuk.”

“Ambil dalam beg kecilku. Bawah kain pelekat ada pisau belati cap kuda terbang. Pergi ambil
sekarang.”

“Baiklah,”jawab saya lemah. Saya segera pergi ke beg kecil datuk yang terletak di sudut dinding.
Saya punggah isinya hingga bertabur atas lantai. Akhirnya, saya jumpa dengan pisau belati yang
dimaksudkan oleh datuk. Saya segera menyerahkan padanya.

Datuk keluarkan pisau belati dari sarungnya. Ditatapnya mata pisau itu dengan teliti. Datuk
tegakkan badan dengan sepasang matanya tertumpu ke dinding. Saya hanya melibat gerak-geri
datuk dengan hati-bati.Datuk terus menimang-nimang mata pisau belati di telapak tangan.

“Ke mari Tamar.”

Saya segera mendekati datuk.

“Tekan kedua belah kakinya.”

“Baik tuk,” saya terus menekan kedua belah kaki guru silat. Datuk angkat pisau belati tinggi-
tinggi. Kemudian, badan pisau belati dilarikan pada buah betis guru silat.

“Tamar.”

“Ya tuk.”

“Aku mahu meluahkan kaki guru silat ini. Bila darahnya keluar kau terus taruh air limau di
tempat lukanya. Bila dia menjerit kau tutup mulutnya dengan kain pelekat,” datuk mengeluarkan
arahan. Datuk pun mengambil kain pelekat di atas lantai. Kain pelekat itu dilangkah dua kali.

“Nah kain pelekat ni, letak dekat kepala lutut kamu. Ingat, apa yang aku pesan Tamar.”

“Ingat tuk.”

“Kamu mesti tenang dan jangan takut.”

“Baik tuk.”

“Huhhhhhh..,” datuk menatap wajah saya sejenak. Bahu kanan saya ditepuknya tiga kali
berturut-turut. Datuk melakukan semuanya itu untuk memperteguhkan dan menguatkan
semangat saya.

Saya terkejut besar bila datuk membenamkan hujung belati ke buah betis guru silat. Saya lihat
darah pekat meleleh di kulit betis dan menitik atas lantai. Saya bagaikan terpukau melihat
semuanya itu. Saya lupa dengan pesan datuk.

“Hei apa lagi?” sergah datuk.

“Apa? Apa benda,” saya seperti orang bangun tidur, tidak tahu apa yang mesti saya lakukan.
Muka datuk kelihatan merah padam. Saya mencampakkan pisau belati yang ada kesan darah ke
dinding. Pisau belati terpancak di situ.

“Bodoh,” pekik datuk sambil merampas air limau dalam cawan. Tidak memadai dengan itu,
datuk terus menolak saya hingga terjatuh. Saya terus membatu, tidak berani membantah.
Semuanya kerana kelalaian dan kesalahan saya.

“Tak boleh harap,” kutuk datuk.

“Maafkan saya tuk, saya tak sengaja.”

“Hummmmmmmmmm...”

Datuk terus menuangkan air limau ke atas buah betis guru silat yang sudah dilukakan oleh datuk.
Saya lihat seluruh badan guru silat bergerak ke kiri dan ke kanan.

Sepasang kakinya juga bergerak ke kiri ke kanan. Guru silat mengeruh macam lembu kena
sembelih. Saya sudah bersedia dengan kain pelekat. Kalau ia menjerit, sudab pasti kain pelekat
menutup mukanya.

Lama juga saya menanti. Guru silat tidak menjerit tidak mengeluh. Dia membuka kelopak
matanya perlahan-lahan. Merenung lelangit rumah. Datuk terus mengesat kesan darah di kaki.
Air limau tidak lagi dituangkan pada tempat yang luka.

“Tamar?” Guru silat bersuara.

“Cuba mengucap pak guru.”

“Ashadu..” guru silat terus mengucap dengan tenang.

“Bagaimana pak guru,” saya menyoalnya kembali. Guru silat termenung macam ada sesuatu
yang difikirkannya. Datuk terus mendiamkan diri.

“Datuk kamu tak balik lagi Tamar?”

“Dah balik,” sahut datuk lalu mendekati guru silat. Mereka berpandangan. Datuk memicit bahu
kanan guru silat beberapa kali. Macam digerakkan oleh sesuatu, saya terus bangun mengambil
cawan dan pisau belati.

Semua barang-barang itu saya letakkan di tempat di bahagian dapur.

Saya datang semula mendapatkan datuk dan guru silat. Kali ini guru silat sudah pun duduk. Ia
bagaikan tidak terasa apa-apa yang terjadi pada kakinya.

“Saya baru berjumpa dengan orang besar, saya berlawan dengannya. Dia kalah tetapi dia berjanji
nak mencari saya,” guru silat membuka rahsia dirinya. Datuk tersenyum.

“Kau sebenarnya tak ke mana-mana, kau pengsan,” datuk menjelaskan keadaan sebenar.

“Ya, saya ingat apa yang jadi patda saya dan Tamar, mana tongkat tadi, Tamar, agaknya dah
hilang terus,” guru silat ajukan pertanyaan pada saya. Cepat-cepat saya mengangkat kedua belah
sayap bahu sambil menggelengkan kepala.

“Kalau ikut langkah dan petua, kamu berdua dirasuk syaitan, ingatan dan fikiran kamu
dipisahkan dari pancaindera kamu, kalau tidak ditolong, kamu boleh jadi lari ke hutan, masuk
gunung atau gua,” terang datuk.

“Semuanya kerana tongkat sial,” sahut guru silat.

“Bukan kerana tongkat, kamu lalai, kamu lupa kuasa Allah, kamu tidak mengingatinya pada
setiap saat,” sanggah datuk. Guru silat terdiam.

Datuk terus menarik balutan di kaki guru silat. Bila balut itu terbuka, saya tidak dapat melihat
kesan luka atau parut. Kaki guru silat tetap berkeadaan seperti biasa. Cuma sesekali guru silat
terasa sakit bila melipatkan kakinya.

Datuk segera menepuk bahagian kaki yang dikatakan sakit tu, dua kali tepuk, guru silat terus
menyatakan tidak terasa sebarang sakit.

“Tak usah banyak cerita lagi, bersiap sekarang juga kita pergi rumah si sakit,” datuk keluarkan
arahan. Matanya masih merenung ke setiap sudut ruang rumah.

“Dah jauh malam begini, tuk nak pergi juga?” Sanggah saya.

“Dah pukul sebelas malam,” guru silat menyokong pendapat saya.

“Tak usah banyak cakap, kalau terlalu banyak cakap satu kerja pun tak jadi, ingat, manusia
dipegang pada janji, kerbau dipegang pada tali,” tekanan suara agak keras dan meninggi. Kedua-
dua biji matanya dibeliakkan ke arah guru silat dan saya.

Dengan rasa kesal saya segera tukar seluar dan baju. Saya tidak tahu apa perasaan guru silat
ketika itu. Dari gerak-geri dan riak wajahnya ternyata ia tidak menyimpan rasa kecewa atau
hampa. Guru silat tetap mematuhi perintah datuk.

“Kita belum makan lagi tuk.”

“Tak usah gaduh fasal makan, kalau rezeki kita ada, kite makan di mana-mana, kalau tak ada.
kita minum kopi saja,” datuk menyelesaikan masalah yang menghantui diri saya.

“Tak usah bimbang Tamar, bila semuanya sudah selesai kita balik nanti, aku masak nasi untuk
kamu,” itu janji dari guru silat yang cukup menggembirakan.

LANGKAH

Sebelum membuka langkah menuju ke rumah si sakit,datuk mengambil masa sejenak untuk
membaca surah Yasin. Selesai baca Yasin datuk balut kepala dengan kain merah. Pakai seluar
hitam dan baju hitam tetapi, tidak memakai samping hitam seperti kebiasaannya.

Kali ini datuk mengenakan kain samping berwarna kuning. Cara ikatnya juga tidak seperti selalu.
Ikatannya lebih banyak ke kanan.

“Tongkat tadi Tamar,” jerit guru silat.

Sepasang mata saya tertuju ke arah tongkat yang di dinding. Kepalanya yang terukir bentuk dua
kepala ular nampak berkilau-kilau. Datuk juga merenung ke arah tongkat tersebut. Datuk tidak
memperlihatkan rasa terkejut. Ia cuma tersenyum.

“Inilah tongkat yang berpuaka itu,” guru silat beritahu pada datuk. Saya lihat datuk tersenyum.
Datuk menyuruh saya membuka tingkap sebelah kanan dengan seluas-luasnya. Cakap datuk saya
patuhi.

Bila tingkap terdedah, apa yang saya lihat ialah kegelapan yang pekat. Pepohon kelihatan kaku
tetapi, di lantai masih ada bintang mengerdip. Tiba-tiba saja saya terasa seram. Bulu tengkuk
saya meremang dengan tiba-tiba.

Datuk membuka kain ikat kepalanya. Dengan hati-hati kain itu dililitkan ke hujung jari
kelingking. Dan jari kelingking itu diarahkannya pada tongkat yang tersandar di tepi dinding.
Ketika itu terasa angin masuk dengan deras ke dalam rumah melalui jendela yang terdedah.

Beberapa helal daun kering dan reranting kecil yang dibawa angin bertaburan atas lantai. Suara
orang ketawa terdengar sayup-sayup ditingkah dengan bunyi lolongan anjing yang memanjang.
Suara jampuk dan burung hantu bersahut- sahutan.

Tidak memadai dengan reranting dan daun kering, angin yang bergerak kencang itu membawa
pasir dan tanah merah serta serpihan batu nisan. Semuanya bertabur di atas lantai. Saya lihat baju
dan seluar datuk bergerak-gerak ikut rentak angin yang bertiup.

Guru silat macam ditolak sesuatu. Ia terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan macam orang
mabuk. Datuk tidak peduli apa yang berlaku dalam rumah. Ia berdiri lurus. Jari kelingkingnya
yang berbalut itu digerakkannya ke kanan dan ke kiri, membentuk sebuah bulatan di udara.
Matanya tidak berkerdip merenung ke arah tongkat di dinding.

Urat-urat di mata datuk kelihatan merah dan seakan-akan timbul. Makin lama saya merenung
mata datuk, saya seperti melihat bebunga api yang membara dalam kolam matanya. Wajah datuk
kelihatan serius. Misainya kelihatan seakan-akan bergerak ke kanan. Datuk angkat jari
kelingking hala ke barat daya. Tongkat di tepi dinding terus bergerak, terangkat antara lantai dan
letangit rumah.

Muka datuk kelihatan berpeluh. Datuk terdorong ke belakang macam ada sesuatu yang
menumbuk dadanya dengan kencang. Datuk melawan hingga ia kembali berdiri tegak. Mulut
datuk kelihatan bergerak-gerak. Dengan kekuatan yang ada di tubuhnya datuk macam
melemparkan sesuatu ke arah tingkap yang terdedah. Ketika itu juga saya melihat tongkat
tersebut melayang sambil mengeluarkan cahaya.

Tongkat itu meluru keluar. Datuk masih tidak berganjak dari tempat ia berdiri. Biji mata guru
silat terbeliak melihat peristiwa yang memang tidak pernah diduganya.

Saya terkejut bila terjadi ledakan kecil di tempat tongkat aneh itu berdiri sebentar tadi. Bila
ledakan itu berhenti kelihatan asap hitam berkepul lalu menguasai ruang rumah.

Datuk terus menepuk tangan tiga kali berturut-turut. Tepuk pertama asap yang tebal beransur
kurang. Tepuk kedua asap bentambah nipis dan tepuk ketiga asap yang ada terus hilang dan guru
silat yang tadi kelihatan lemah mula bertenaga. Mukanya, jadi merah dan bersedia menghadapi
apa saja.

“Kita diuji lagi, semuanya ada hubungan dengan si sakit,” kata datuk tenang sambil membuka
lilitan kain di jari kelingking.

Kain itu terus dililitnya ke kepala. Datuk sapu mukanya dengan telapak tangan kiri berturut-
turut.

“Apa kita akan diuji lagi?” Guru silat minta kepastian.

“Tak tahu, tak berani nak cakap, kalau ada ujian yang datang kita tentang.”

“Kalau kita kalah apa macam?”

“Segala-galanya kita serahkan pada Allah,” suara datuk merendah. Saya dan guru silat
berpandangan

90.ILMU PUKAU KUCING

Atas perintah datuk, tingkap yang terdedah saya rapatkan. Guru silat, saya lihat terus menggeliat.
Dedaun dan pepasir yang bertaburan atas lantai segera disapunya. Datuk nampak tenang tetapi,
dahinya berkerut.

Bila rumah sudah bersih, datuk segera ambil tiga biji bantal. Saya hanya melihat datuk menyusun
tiga bantal itu selari di ruang rumah dan letakkan bersetentangan dengan tulang bumbung. Saya
tidak tahu kenapa datuk berbuat demikian? Kerja datuk itu, macam kerja orang bodoh.

Kebuntuan dalam kepala saya segera berakhir, bila guru silat mengajukan pertanyaan pada
datuk:

“Kenapa bantal diletakkan macam tu?”

“Petua orang tua-tua.”


“Petua apa?”

“Petua menghalang syaitan dari menumpang tidur.”

“Banyak sangat guna petua. Kenapa tak gunakan ayat-ayat Quran untuk halau syaitan.”

“Kita berusaha mencari sesuatu yang baik. Kalau apa yang kita buat tidak bercanggah dengan
hukum agama, apa salahnya kita gunakan. Kita gunakan kedua-duanya untuk kebaikan, ini lebih
baik dan berkesan.”

“Betul juga cakap awak tu, kita mencari sesuatu yang baik,” suara guru silat lembut. Datuk
anggukkan kepala beberapa kali. Saya segera menggaru pipi kanan.

“Sekarang, awak dah tahu rahsianya,” datuk terus menepuk belakang guru silat beberapa kali
sambil ketawa. Saya cuma tersenyum melihat keramahan dan kemesraan yang terjalin.

“Saya dah faham, saya mahu belajar dari awak lagi,” sahut guru silat bila ketawa datuk berhenti.

“Boleh, asalkan awak sabar.”

“Lebih dari sabar mahu saya buat, apa yang awak cakap semuanya nak saya patuhi.”

“Ini sudah cukup baik,” senyum datuk kian melebar.

“Saya tetap baik untuk selama-lamanya,” tingkah guru silat.

Lagi sekali datuk dan guru silat berbalas tampar-menampar bahu. Mereka ketawa dan melangkah
serentak menuju ke ambang pintu. Wajah keduanya, kelihatan tenang dan penuh keyakinan. Saya
mengikuti dari belakang. Tugas merapatkan daun pintu dan menguncikannya adalah
tanggungjawab saya. Senang rasa hati saya bila tugas itu dapat saya laksanakan dengan
sempurna.
“Berhati-hati sebelum memulakan langkah,” ujar datuk sebaik saja sampai di anak tangga
terakhir. Sepasang matanya menatap wajah saya dan guru silat, penuh kelembutan. Saya
anggukkan kepala tetapi, guru silat mempamerkan gigi dan gusi pada datuk.

“Tamar.”

“Ya, tuk.”

“Mulakan melangkah dengan kaki kanan sambil membaca Bismillah, serahkan semuanya pada
Allah.”

“Saya faham tuk.”

“Kamu ni, bila aku ingatkan, jawabnya faham. Bila disuruh buat kamu selalu terlupa.”

Saya segera menundukkan muka. Sindiran datuk cukup tajam tetapi saya tidak terdaya untuk
menafikan kebenaran dari kata-katanya itu. Guru silat merenung ke arah saya sambil
melemparkan senyum. Saya bertambah malu. Kulit muka terasa tebal.

“Orang muda memang selalu lupa,” secara mendadak guru silat bersuara. Mungkin guru silat
mahu memberikan kekuatan semangat pada saya.

“Perangai buruk macam tu, mesti dibuang,” balas datuk.

“Betul juga cakap awak,” sahut guru silat, lalu menghulurkan kaki kanannya memijak tanah.
Kami pun meninggalkan kawasan rumah pusakan peninggalan orang tua guru silat.
Perjalanan menuju ke rumah si sakit di malam yang kian larut itu, membekalkan rasa bimbang
dan cemas dalam hati saya. Dengan pertolongan Allah yang Maha Besar dan Maha Kuasa, kami
tidak menghadapi sebarang masalah. Tidak ada perkara yang tak diingini terjadi. Cuma sesekali,
kami diganggu oleh bunyi suara harimau di kaki langit.

Suara ngauman harimau itu tidak mendatangkan rasa takut atau cemas. Datuk sudah pun
memberikan kata-kata semangat. Kata datuk, harimau yang mengaum tidak akan menangkap
manusia. Harimau juga tidak akan menyerang manusia, bila manusia berjalan tiga sederet waktu
malam.

Sebagai manusia, saya tidak dapat menerima bulat-bulat cerita yang datuk tuturkan. Hati kecil
saya terus berdetik cemas, bila terdengar bunyi dahan yang bergeselan sama sendiri. Suara dari
geselan itu, adakalanya memanjang dan adakalanya pula pendek macam orang mengeluh. Bunyi
geselan dahan itu terus ditingkah oleh suara monyet malam yang dikejutkan oleh sesuatu.

Suasana malam terasa amat menyeramkan. Kalau berjalan seorang diri, sudah pasti saya tidak
sanggup melakukannya. Saya tidak tahu, kenapa datuk kali ini tidak mahu bercakap banyak.
Kalau guru silat bertanya sesuatu, datuk seperti keberatan untuk menjawabnya. Datuk lebih
kerap beristighfar, bila kaki atau tubuhnya terlanggar sesuatu. Perjalan di larut malam itu
berakhir di rumah si sakit.

PATUH

Beberapa kaki mahu sampai ke kaki tangga rumah si sakit, datuk menyuruh kami membaca
surah Al-Ikhlas tiga kali berturut-turut. Perintah itu kami patuhi.

“Biar aku yang ketuk pintu,” datuk renung muka guru silat.

“Silakan,” sahut guru silat.


Datuk terus ketuk pintu rumah si sakit, tiga kali berturut-turut. Isteri si sakit buka pintu dan
mempersilakan kami masuk. Sebaik saja kami duduk berdepan dengan si sakit yang kelihatan
tenang dan aman itu, secara tidak diduga bomoh tua pun sampai. Tanpa memberi salam, ia terus
berdiri di ambang pintu. Wajahnya kelihatan masam dan bengis.

Saya menarik nafas sambil menjeling ke arahnya. Tidak ada kata-kata yang terungkap dari mulut
bomoh tua. Hati saya menjadi cemas dan bimbang. Saya berdoa semoga tidak akan tercetus
sebarang pertengkaran atau perkelahian.

“Apa khabar, sila duduk,” suara datuk lembut.

“Tak payah,” jawab bomoh tua lalu memusingkan badan ke kanan. Isteri si sakit merenung muka
guru silat.

“Maafkan kami, kalau kami tersilap,” guru silat bersuara.

“Saya juga macam tu,” sahut isteri si sakit.

“Tak payah,” cukup keras suara bomoh tua. Datuk segera memusingkan tubuhnya, memberikan
belakang pada kami yang berada dalam rumah. Datuk tunduk merenung lantai, terkejut dengan
sikap bomoh tua.

Perlahan-lahan bomoh tua melangkah, menuju ke muka pintu. Daun pintu sebelah kanannya
ditumbuk dengan sekuat hati. Perbuatannya itu menimbulkan rasa marah pada guru silat.

“Biadap, kurang ajar,” kutuk guru silat dan bersedia untuk menerkam ke arah bomoh tua yang
sedang menekan kiri kanan belikatnya dengan sepasang tangan.
“Biar saya ajar dia,” guru silat minta izin dari datuk.

“Jangan, musuh jangan dicari.”

“Saya tahu tapi, si tua kutuk ni dah melampau.”

“Sabar dulu.”

“Hati saya tak boleh sabar lagi.”

“Kau mengucap dan kemudian bacalah Surah Al-Ikhlas, semoga Allah akan memberi kesabaran
pada kamu.”

Guru silat menarik nafas panjang. Saya lihat mulutnya berkumat kamit dan saya yakin, guru silat
tersebut mematuhi apa yang diperintah oleh datuk. Semua biji mata yang berada dalam rumah
tertumpu ke arah bomoh tua yang sedang memijak anak tangga. Dalam beberapa saat saja bomoh
tua hilang ditelan kegelapan malam.

Semua yang ada dalam rumah berpandangan sama sendiri. Masing-masing mahu mendengar apa
yang mahu dikatakan oleh datuk. Dalam keadaan yang agak kurang tenteram itu, saya melihat
satu bungkusan melayang dari luar masuk ke rumah. Bungkusan itu tersadai atas lantai.

“Siapa pula yang baling kita dengan daun keladi,” isteri si sakit bersuara. Wajahnya nampak
cemas dan bersedia untuk mengambil bungkusan dari daun keladi untuk dicampak kembali
keluar rumah.

“Jangan sentuh,” pekik datuk.


“Kenapa?” Sanggah guru silat.

“Tunggu dulu,” jawab datuk tenang.

Tiba-tiba kami terhidu bau najis manusia. Saya yakin bau itu datangnya dari bungkusan daun
keladi yang ada di depan kami.

“Awak ada tercium bau busuk?” soal datuk.

“Ya,” sahut isteri si sakit.

“Bau najis tu datang dari bungkusan daun keladi, kalau ada sesiapa yang sentuh daun keladi itu,
mungkin seluruh badannya berbau busuk sampai mati,” datuk memberi penjelasan.

Saya kedutkan dahi, tidak sanggup rasanya menghadapi dugaan seperti ini. Kenapa datuk harus
melalui pekerjaan yang sukat dan menyulitkan ini? Timbul pertanyaan dalam kepala saya.
Semuanya ini berpunca dari bomoh tua sial, kutuk batin saya sambil menggigit bibir.

“Ambilkan saya segenggam beras dan segelas air,” datuk renung muka isteri si sakit. Tanpa
bersuara, isteri si sakit terus bangun ambil segenggam beras dan secawan air lalu menyerahkan
pada datuk. Datuk rendamkan beras dalam cawan beberapa minit sambil telapak tangannya
menutup permukaan cawan.

“Ada apa-apa masalah, agaknya kamu susah nak bernafas?” tanpa bertangguh-tangguh guru silat
mengajukan pertanyaan. Si sakit tersenyum sambil bersuara lembut.
“Tak ada apa-apa.”

“Hum,” guru silat seperti mengeluh sambil merenung ke arah saya dan datuk.

Isteri si sakit segera bangun menuju ke daput. Gegendang telinga saya menangkap bunyi sudu
berlaga dengan cawan. Saya senyum sendirian. Isteri si sakit sedang membancuh kopi. Sebentar
lagi tekak kami pasti basah dan rasa mengantuk pasti tidak terasa lagi. Ramalan saya memang
tepat, isteri si sakit meletakkan kopi dan kuih di depan kami.

“Minumlah buat hilang mengantuk,” katanya penuh sopan.

“Terima kasih,” ucap saya setelah isteri si sakit meletakkan cawan kopi di depan saya.

“Agaknya, ada rancangan malam ni?” Guru silat renung muka datuk.

“Tengok keadaan,” pendek saja jawapan dari datuk.

“Dah jauh malam ni,” si sakit seperti merungut.

“Ya, dah dekat pukul satu,” sahut saya.

“Patutlah terasa sejuk,” tingkah guru silat.

Di luar desiran angin malam yang melanggar dedaun melahirkan suara dalam nada yang
gemersik. Suara burung hantu dan kokok ayam bersama bunyi cengkerik berpadu menghiasi
suasana malam yang kian tua. Bagi mengurankan rasa sejuk, saya terus menghirup air kopi dan
menjamah goreng keledek yang masih panas.

“Kadang-kadang saya jadi bingung dengna perangai bomoh tua tu,” si sakit membuka rahsia.
Badannya kelihatan berpeluh. Buncit di perutnya kelihatan menurun dan urat-urat hijau yang
timbul di permukaan perutnya turut berkurangan.

“Apa benda yang kau bingungkan?” celah datuk.

“Bomoh tua tu suka marah-marah tak tentu fasal. Baik pagi, petang dan malam, bila datang terus
marah-marah,” si sakit membuka rahsia.

“Pelik juga memikirkan perangainya,” guru silat bagaikan mengeluh.

“Siang tadi, ada dia datang?” datuk mencungkil rahsia.

“Ada, petang tadi dia datang dan marahkan kami, ikut sedap mulutnya. Pedih hati kami yang
mendengarnya,” rahsia yang dicari sudah pun terbongkar.

Isteri si sakit terus anggukkan kepala, mengiakan apa yang diucapkan oleh suaminya. Air kopi terus saya
hirup. Guru silat perlahan-lahan meraba pangkal hidungnya. Datuk masih merenung ke arah si sakit yang
tidak dapat bergerak dengan bebas. Bunyi dedaun yang berlaga sama sendiri, akibat dirempuh angin
malam jelas kedengaran.

SBDJ (Jilid 06) Siri 91: Cahaya Di Lantai


Saya tergamam mendengar arahan yang bertalu-talu dari datuk dalam keadaan cemas itu.

“Saya panas, badan saya berbahang,” sahut guru silat sambil mengangkat tikar mengkuang separas
kepalanya.

“Teruskan, baca surah Al-Ikhlas sebanyak yang boleh,” datuk memberi arahan.
“Baiklah.”

Bunyi dengung tidak juga berkurangan, seluruh ruang rumah mula terang-benderang dengan cahaya
merah dan hijau. Percikan cahaya itu terkena badan terasa pedih dan sakit.

Kepala saya mula terasa pening tetapi, mata saya masih dapat melihat kecekapan guru silat
membungkus badan si sakit dengan tikar lalu digolekkan ke tepi dinding. Benda bulat yang bercahaya itu
terus mengecil dan akhirnya hilang. Telinga saya terasa macam pekak.

Bila datuk yakin keadaan beransur aman dan tenang, ia mula melangkah menuju ke arah guru silat yang
sedang membuka tikar mengkuang untuk mengeluarkan si sakit yang berada di dalamnya.

Sayang, baru tiga tapak datuk melangkah kelihatan satu sinaran cahaya muncul cara tiba-tiba di tengah
bumbung rumah. Cahaya itu jatuh berdentum atas lantai. Rumah terasa bergegar dan akibat dari
gegaran itu, saya terdorong ke kanan. Mulut saya berlaga dengan papan dinding. Bibir saya pecah dan
berdarah.

“Kepala manusia,” jerit saya macam kena histeria bila melihat kepala tanpa badan terlekap atas lantai,
betul-betul di tempat cahaya dari bumbung jatuh. Bahagian lehernya terlekap atas papan dengan darah
merah melimpah di permukaan lantai. Badan saya terus menggeletar.

Saya renung ke arah isteri si sakit yang terkulai di tepi dinding. Wajahnya pucat. Dadanya nampak
berombak membuang dan menarik naFas cemas. Ia kelihatan bagaikan tidak bermaya. Guru silat
terdiam, begitu juga dengan si sakit terus diam dalam gulungan tikar mengkuang.

Dalam keadaan yang takut dan cemas itu, saya terus merenung ke arah kepala tanpa badan di atas
lantai. Wajahnya amat menakutkan. Kulitnya kelihatan kasar dan penuh parut bekas jerawat.
Rambutnya panjang dan lebat menutup sebAhagian dari permukaan mukanya. Dahinya dililit dengan
kulit ular sawa.

Paling menakutkan bila melihat hidung yang besar dan dempak itu bergerak setiap kali menarik dan
melepaskan nafas, tidak ubah macam perut katak yang bernafas. Mata kirinya terpelohong seolah-olah
macam ada kepala ular tedung terjengkul di situ. Biji mata sebelah kanannya tersebul sebesar telur
ayam. Ia bagaikan tersengih ke arah saya mempamerkan giginya yang bersiung di sebelah kiri.

Kepala itu bergerak ke arah saya dengan menyemburkan air liur kental berwarna kekuningan macam
nanah. Saya bagaikan kena pukau tidak terdaya menggerakkan badan.

“Tuk, tolong saya,” saya menjerit.

“Kamu jangan bergerak Tamar,” sahut datuk.

“Saya ikut cakap datuk, saya takut tuk.”

“Duduk diam-diam di situ.”


Saya pun mengeraskan badan. Kepala itu terus bergerak dengan darah yang berlimpah-limpah. Sesekali
saya terpandang kepala ular tersembul dari mata kirinya. Tanpa disedari seluar yang saya pakai terus
basah. Bau busuk dari kepala tanpa badan mendekati saya membuat saya mahu muntah.

“Hupppp,” jerut datuk lalu menerkam ke arah kepala tersebut sambil melepaskan satu sepakan
kencang. Kepala atas lantai melayang ke udara macam bola. Berlegar-legar di udara serentak dengan Itu
terdengar bunyi suara orang bersorak dan menangis.

Angin dan ribut kedengaran menggila di luar rumah. Terdengar bunyi dahan dan pokok tumbang
dirempuh angin yang amat kuat. Bunyi suara harimau, gajah dan kerbau serta lembu kedengaran
menguasai ruang rumah. Saya tidak tahu dari mana suara tersebut datang.

Kepala yang berlegar-legar di awang-awangan itu, terus bergerak dari sudut ke sudut ruang. Darah
bercucuran menitik atas lantai dari bahagian bawah kepala iaitu di bahagian leher yang terpotong.
Darah segar itu terus mengembang di lantai. Guru silat terpaksa menutup kepala dan badan isteri si sakit
dnegan kain untuk mengelakkan dari terkena titik-titik darah dari kepala tanpa badan yang terbang.

Datuk terus meniarap dan menggerakkan badannya seperti ular menuju ke arah guru silat. Gerakan
badan datuk tidak dapat berjalan lancar seperti yang diharapkan. Kepala tanpa badan yang terapung-
apung di awang-awangan itu terus berlegar-legar mengikut gerakan badan datuk. Apa yang
menakjubkan darah yang menitik tidak menimpa tubuh datuk. Darah itu bagaikan ditolak kuasa ghaib
menuju ke dinding.

“Kita lawan, biar saya pukul kepala tu dengan kayu,” guru silat mengemukakan pertanyaan. Tiada
jawapan dari datuk. Suara orang bersorak dan menangis bertambah hebat dan kuat.

“Jangan bertindak,” jawab datuk. Serentak dengan itu saya lihat datuk terus bangun.

Kepala terbang menuju ke arah datuk. Berhenti betul-betul di depan muka datuk atau dengan kata lain
mereka bertentang wajah. Saya mengerutkan dahi, bila terlihat ular keluar dari mata sebelah kiri kepala
tanpa badan. Lidah ular yang bercabang itu hampir saja mahu menjamah muka datuk tetapi, datuk
segera bertindak dengan menjatuhkan badannya ke lantai.

Paling menakjubkan bila saya melihat kepala tersebut ikut sama jatuh atas lantai. Dari mulutnya
bersemburan air liur.

Bagi mengelakkan air liur itu mengenai mata dan muka, cepat-cepat datuk menekupkan mukanya ke
lantai sambil memusingkan badannya secepat yang boleh. Serentak dengan itu, kaki datuk memberi satu
pukulan libas yang amat kencang pada kepala tersebut.

Tendangan yang cepat dan kuat dari kaki datuk menyebabkan kepala itu melayang ke kanan lalu
melanggar dinding. Dua keping papan dinding terlucut dari pakunya. Serentak dengan itu, saya
terdengar suara orang menjerit kesakitan. Datuk segera bangun dan menerkam ke arah dinding yang
terkopak.

Isteri si sakit terus diangkat oleh guru silat, dibawa ke bilik di bahagian bawah rumah. Manakala si sakit
masih berada dalam bungkusan tikar mengkuang. Suasana malam terasa gamat dengan berbagai0bagai
bunyi yang tidak pernah saya dengar. Lantai terasa terumbang-ambing dan bumbung bagaikan
bergoyang.

“Ke mana kepala sial tu Tamar? Hilang begitu saja,” pekik datuk sambil mencari kepala ganjil yang tidak
diundang itu. saya gelengkan kepala dan merasa hairan dengan kepala ganjil yang ghaib dengan tiba-
tiba. Datuk merenung melalui lubang dinding yang terkopak. Apa yang datuk lihat hanya kegelapan
malam yang sedang bermaharajalela.

“Ke mari Tamar.”

Saya terus mendekati datuk dan sama-sama merenung keluar. Saya terlihat seperti ada seketul bara api
yang sedang marak di permukaan tanah. Bara api itu kelihatan sekejap mengecil dan sekejap
mengembang macam ada manusia yang meniupnya.

“Kau tahu apa benda tu Tamar?”

“Itulah mata syaitan.”

“Mata syaitan,” saya terkejut.

“Ya,” jawab datuk lalu mengambil papan dinding yang jatuh di lantai untuk dipasang ke tempatnya
kembali.

Sebaik saja datuk mengangkat papan dinding separas lutut, seketul cahaya meluru masuk ikut lubang
lalu terkana papan dinding yang dipegang oleh datuk. Papan itu terlepas dari tangan datuk dan datuk
terjatuh tetapi, datuk berusaha untuk bangun. Usaha datuk berhasil. Benda bulat yang bercahaya
sebesar buah mempelam itu berpusing ligat atas lantai.

Benda bulat berhenti berpusing dan terus hilang diganti dengan kepala aneh. Bentuk dan keadaannya
tetap macam tadi. Datuk renung kepala itu dengan renungan tajam. Semua pancaindera datuk
teRtumpu ke situ dan saya kira renungan itu adalah renungan makrifat penuh kebatinan. Datuk
menggunakan apa yang ada pada dirinya untuk menegakkan kebenaran.

“Mahu menguji aku?” Datuk bersuara keras.

Wajahnya nampak berkerut. Renungan datuk yang tajam itu ditentang oleh sepasang mata dari kepala
aneh. Mata kanan kepala yang tersembul terus mengecil menjadi macam mata manusia biasa. Begitu
juga dengan mata sebelah kiri yang tadi sering mengeluarkan kepala ular tedung, juga bertukar menjadi
mata manusia biasa.

Datuk terus duduk bersila di lantai. Sepasang tangannya diletakkan atas kedua belah kepala lutut.
Matanya tidak berkedip menentang sepasang mata dari kepala aneh. Semua urat-urat di lengan dan
tangan datuk kelihatan timbul dan tegang begitu juga dengan urat di leher dan muka. Peluh-peluh halus
mula meruap di dahi dan pipi.

Tiba-tiba datuk terlentang, macam kena tendangan yang kuat. Kedua belah tangannya terkapar dengan
jejarinya terbuka dan bengkok. Seluruh badan datuk menggeletar dan tersentak-sentak seperti terkena
kejutan letrik. Kepala aneh terus terlompat-lompat. Mulutnya mula tersengih mempamerkan gigi
besarnya. Suara angin dari luar begitu keras dan kuat masuk ke dalam perut rumah. Saya menggeletar
dan rasa takut mula menguasai diri.

Datuk cuba bangun tapi tidak berdaya, dalam keadaan yang samar-samar saya melihat sepasang kaki
yang berbulu tebal memijak bahagian dada datuk membuat datuk sukar bernafas. Datuk terus berjuang
cuba menggerakkan badannya ke kanan dan ke kiri. Saya cuba menjerit tetapi, suara saya tidak keluar.
Saya terdengar jeritan si sakit memanjang dan meninggi.

Dengan sepenuh tenaga datuk menghentakkan siku kanannya ke lantai sambil memusingkan badannya
ke kanan. Tangan kirinya melepaskan penumbuk ke kaki berbulu. Sebaik saja tumbukan itu terkena pada
sasarannya, kaki yang berbulu itu terus ghaib. Jeritan si sakit terus bergema. Datuk tumbuk lantai lagi
sekali. Kali ini jeritan si sakit terus mati.

Datuk terus bangun. Berdiri gagah dengan kedua belah kakinya terkangkang. Kedua belah tangannya
diluruskan ke depan. Datuk tarik nafas panjang sambil membengkokkan kaki kanannya. Badannya terus
direndahkan. Datuk hulurkan kaki kanan ke arah dinding.

“Hupppppppp,” suara datuk keras dan saya lihat datuk melompat hingga kepalanya tersentuh tulang
bumbung. Datuk bagaikan berada di awangan beberapa saat.

Ketika berada di awang-awangan itu, datuk kembangkan sepuluh jari tangan dan jari kakinya. Bila semua
jari tangan dan kaki terkembang datuk segera membengkokkan badannya. Tubuh datuk yang seketul itu
kelihatan berpusing beberapa kali sebelum menyentuh lantai.

Semua gerakan yang datuk lakukan, saya perhatikan dengan teliti. Datuk duduk bersila di lantai kembali.
Kepala aneh terus bergolek dari sudut ke sudut ruang rumah. Lidahnya yang terjelir mengeluarkan darah
kental bukannya air liur. Darah kental itu melekat di lantai. Saya mula terhidu bau hanyir.

Sedang saya mengesan dari arah mana bau hanyir itu datang, saya dikejutkan oleh bunyi kaki Orang
berlari dalam rumah. Saya segera angkat kepala dan saya terlihat isteri si sakit berdiri di depan saya,
seluruh badannya dibaluti dengan kekabu. Susah untuk saya melihat biji mata dan wajahnya.

Saya menelan air liur bila melihat isteri si sakit, mengoyakkan bantal panjang yang dibawanya. Semua
kekabu itu berterbangan lalu mengenai muka dan badan datuk. Saya lihat, datuk tidak berusaha
menepis kekabu yang melekat di hidungnya. Dibiarkannya kekabu itu berada di situ.

Isteri si sakit terus merapati datuk sambil melepaskan beberapa tendangan yang kencang. Datuk
mengelak ke kiri dan ke kanan. Kerana tendangannya tidak mengenai tubuh datuk, isteri si sakit jadi
marah. Dia berusaha melepaskan tendangan yang bertalu-talu. Datuk bertindak, kaki kanan iseri si sakit
datuk tangkap dan pusing ke kiri dengan sekuat hati.

Tubuh isteri si sakit jatuh atas lantai. Serentak dengan itu, terdengar suara jeritan dari isteri si sakit.
Guru silat segera mendekatinya untuk memberi bantuan.

“Duduk, jangan dekat dia,” suara datuk keras tanpa merenung ke arah guru silat.

“Dia sakit,” sahut guru silat.


“Jangan bantah cakap aku,” sergah datuk. Guru silat patuh dengan cakap datuk.

Datuk terus memulas kaki isteri si sakit dengan sekuat hati hingga perempuan malang itu terkencing dan
terus diam. Terkulai di lantai, tidak sedarkan diri. Kepala aneh segera mendekati isteri si sakit untuk
menjilat dahi wanita yang terkapar.

Belum pun sempat lidah yang panjang dan berwarna merah garang menyentuh dahi isteri si sakit, datuk
segera menepuk lantai dengan tangan kanan. Dia terus melompat dan menerkam ke arah kepala aneh.
Bagaikan kilat datuk menarik telinga kiri kepala aneh itu.

“Tuk, mulutnya gigit lengan tuk,” jerit saya bila melihat mulut dari kepala aneh itu menggigit lengan
datuk. Guru silat segera bangun dan mendekati datuk untuk menolong. Baru tiga langkah guru silat
melangkah, satu tamparan kencang mengenai pangkal lehernya.

Guru silat tersembam dan tidak berdaya bangun. Saya mencapai sepotong kayu untuk membantu, saya
juga menerima satu tendangan di rusuk kiri. Pandangan saya berpinar. Lantai rumah terasa bergoyang
dan saya terhuyung-hayang lalu jatuh.

Saya cuma dapat melihat lelehan darah di lengan kanan datuk. Gigi tajam dari mulut kepala aneh terus
terbenam dalam lengan daging datuk. Muka datuk berkerut menahan rasa sakit. Datuk hentak kepala
aneh ke dinding dengan harapan gigitan di lengan akan dilepaskan. Usaha datuk itu tidak berhasil, malah
lidah dari mulut kepala aneh itu mula membelit leher datuk. Saya lihat datuk sukar bernafas. Datuk terus
terhuyung-hayang dan akhirnya datuk jatuh atas lantai.

Datuk terus bergolek atas lantai. Datuk berusaha menghentak kepala aneh pada tiang seri beberapa kali.
Gigitan di lengan tidak juga terlepas, begitu juga dengan belitan lidah di leher datuk. Muka datuk
berpeluh dan pucat. Batang lehernya terus dilumur darah dari kepala aneh itu. dengan sekuat tenaga
datuk hayunkan kepala aneh itu ke tiang seri hingga gigitan di lengan datuk terlepas. Belitan lidah di
leher juga terbuka.

Datuk segera mengambil bantal panjang yang koyak dan terus menyerkup kepala aneh. Kepala aneh itu
terus menggelupur dalam bantal panjang. Kekabu berhamburan dan berterbangan. Datuk memegang
hujung bantal itu dengan sekuat hati.

“Tamar, mari tolong aku.”

Saya segera menghampiri datuk, saya diarahkan datuk untuk memotong lengan baju kirinya separa siku.
Perintahnya saya patuhi lengan baju yang sudah dipotong itu segera saya apitkan ke celah ketiak.
Kemudian saya serahkan pada datuk.

“Sudah kamu ikut petua yang aku berikan.”

“Sudah tuk.”

“Sekarang kamu pergi dekat guru silat, bisikkan surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, kemudian bacakan
surah Al-Kursi sekali.”

“Baik tuk.”
Saya segera mendekati guru silat. Apa yang dipesan oleh datuk segera saya tunaikan. Saya berhasil, guru
silat boleh bangun. Tanpa menerima perintah dari datuk, saya ajak guru silat mendekati isteri si sakit.
Apa yang saya lakukan pada guru silat, itu jugalah yang saya lakukan pada isteri si sakit. Saya tidak tahu,
kenapa semuanya itu saya lakukan. Saya seperti didesak oleh suara hati saya untuk berbuat demikian.

Kepala aneh yang sudah datuk sumbatkan dalam bantal panjang itu terus bergerak-gerak, berusaha
mahu keluar dari dalam bantal tersebut. Datuk terus mengikat hujung bantal panjang dengan kain
lengan baju kiri. Datuk gantungkan kepala aneh yang berada dalam bantal panjang ke paku di tiang seri.
Bantal itu terus bergerak ke kiri dan ke kanan diiringi dengan bunyi deru angin yang amat kuat. Datuk
segera mendekati kami.

“Bawa perempuan ni ke dapur dan mandikan dengan air. Bila dah selesai dimandikan, kunci dalam
biliknya,” datuk keluarkan arahan. Deru angin yang kuat terus ditingkah dengan bunyi petir dan hujan
lebat. Dalam keadaan yang haru-biru itu, semua perintah datuk dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kami mendekati datuk lagi untuk mendengar arahan selanjutnya.

TERKEJUT

Saya dan guru silat terkejut, bila melihat datuk mengoyakkan gulung tikar yang membalut tubuh si sakit.
Saya mengucap panjang, tubuh si sakit dah dipenuhi dengan bulu macam bulu di badan orang utan.
Wajah si sakit juga berubah seperti muka beruk jantan mempamerkan sepasang taring yang cukup
tajam. Si sakit cuba bangun untuk menyerang datuk.

“Jangan apa-apakan dia, dia tak boleh melakukan apa-apa pada kita,” kata datuk pada guru silat yang
cuba mahu menutup si sakit dengan tikar mengkuang. Tujuan guru silat berbuat demikian untuk
menghalang si sakit yang berubah rupa itu dari menyerang datuk. Cakap datuk memang betul, si sakit
cuma terdaya duduk saja. Setelah itu ia jatuh terlentang kembali.

Cara mendadak saja kami alihkan pandangan pada bantal panjang yang tersangkut di tiang seri. Bentuk
dan keadaan bantal sudah berubah, jadi lebih panjang. Bahagian atas dan bawah terikat, macam mayat
yang sudah dikafankan terbuai-buai diterpa angin yang berputar dalam ruang rumah.

“Haaaaaa,” saya terkejut sambil membeliakkan biji mata.

Ada tangan terjulur bersama kuku yang panjang dari dalam bantal tersebut. Saya juga melihat
sebahagian dari kain tersebut diresapi dengan darah. Terdengar suara orang menangis dan mengilai
dalam deru hujan dan angin yang amat keras.

“Macam mana boleh jadi begitu, bantal panjang bertukar jadi kain kafan dan ada mayat pula di
dalamnya? Mayat siapa pula!”

“Tak usah banyak cakap, kita tengok saja,” jawab datuk pada rungutan guru silat. Saya renung muka
guru silat yang kehampaan.

Datuk terus termenung panjang. Mulutnya nampak bergerak-gerak macam membaca sesuatu. Apa yang
dibacanya, saya sendiri pun tidak tahu.
“Bantal itu tetap bantal, cuma pandangan mata kita saja ditipu oleh iblis,” datuk bersuara lembut. Dia
terus bergerak tiga langkah ke belakang. Berhenti.

Bergerak ke kanan tiga langkah. Berhenti. Bergerak ke kiri tiga langkah. Berhenti. Datuk tarik nafas
dalam dan matanya tidak berkedip merenung ke arah bantal panjang yang nampak seperti kain kafan.

Tiba-tiba yang ditenung oleh datuk terlucut dari tempatnya. Jatuh berdentum atas lantai. Rumah terasa
bergoyang. Benda ganjil itu terus bergolek, keadaannya juga sungguh luar biasa. Ada waktunya kelihatan
menipis, ada masanya membulat, ada ketikanya memanjang. Sepasang mata datuk terus menyorok ke
arah benda ganjil itu, tidak kira ke mana benda itu bergolek.

Saya lihat bantal panjang yang tadi bersarungkan kain warna merah muda sudah bertukar dengan kain
biru muda. Tangan dan kuku yang terjulur tetap seperti tadi, malah kukunya yang tadi nampak berwarna
putih pucat sudah bertukar menjadi kemerah-merahan. Urat-urat di belakang tangannya mula timbul
seperti akar yang timbul di permukaan bumi.

Datuk masih berdiri. Sepasang kakinya bagaikan terpaku di lantai. Perlahan-lahan datuk angkat kaki
kanannya agak tinggi dari biasa kemudian menghentakkan ke lantai. Benda yang bergolek terus
terangkat seperti ditarik sesuatu hingga ke paras palang pintu.

Sebelum benda ganjil itu jatuh, datuk segera mengambil tikar lalu digulungkannya dengan cepat sekali.
Tikar mengkuang yang sudah digulung itu segera ditegakkan, ditempat yang diduga benda ganjil itu akan
jatuh.

Bila tikar sudah ditegakkan di tempat yang datuk fikirkan sesuai, datuk segera berlari mendekati kami.
Wajahnya kemerah-merahan dan penuh dengan peluh. Saya lihat peluh tersebut menuju ke hujung
dagu lalu jatuh atas dada datuk.

“Sekarang bersedia,” kata datuk lalu merenung muka saya dan guru silat. Saya menggigit bibir, saya
mencari tujuan sebenar kata-kata yang datuk ucapkan itu. Dan saya kira guru silat juga tidak dapat
menangkap maksud dari kata-kata yang datuk hamburkan itu.

“Sedia apa?” tanya guru silat.

“Bukankah sudah aku cakapkan tadi,” jawab datuk.

“Awak tak beri apa-apa arahan pun.”

“Betulkah saya tak beri arahan?”

“Betul tuk,” balas saya dan guru silat anggukkan kepala. Datuk terus gosok pangkal hidungnya beberapa
kali. Sinar matanya lembut tertumpu ke wajah saya.

Datuk senyum dan saya sudah ‘arif benar dengan perangai datuk. Bila dia senyum begitu, ertinya secara
tidak langsung datuk mengakui kesilapan yang dilakukannya secara tidak sengaja.
“Kita mesti cepat bertindak, mari kita baca ayat Al-Kursi sebelum benda itu jatuh atas tikar yang saya
tegakkan tadi,” ujar datuk. Saya dan guru silat segera anggukkan kepala. Dan kami segera berdiri di sisi
datuk.

Kami pun membaca ayat suci yang dikatakan oleh datuk dalam hati dengan teliti dan sebutan yang
betul. Sebaik saja pembacaan kami berakhir, benda ganjil tadi terus jatuh atas tikar mengkuang yang
ditegakkan, kami terdengar bunyi petir yang amat kuat di luar rumah.

Tikar mengkuang yang ditegakkan terus rebah dengan sendirinya. Terdapat api kecil di sekeliling tikar
yang rebah itu. api itu terus marak, macam disiram petrol.

Ternyata, api itu marak hanya untuk beberapa minit saja. Kemudian api itu terus padam. Tidak jauh dari
tikar tersebut terdapat bantal panjang dalam keadaan yang elok, tidak ada yang koyak. Keadaannya
tetap seperti asal.

Bunyi angin yang menguasai ruang rumah terus hilang. Dekat tiang seri dapat tempurung kelapa jantan
yang dibaluti sabut nipis. Tempurung kelapa jantan itu tergolek di situ. Tiba-tiba anak telinga saya
menangkap suara aZan memecah subuh yang bening. Keadaan dalam rumah jadi tenteram.

“Kau pergi buka bilik orang yang kau kunci tadi,” datuk keluarkan arahan pada guru silat. Saya lihat guru
silat keberatan untuk memenuhi permintaan datuk.

“Kenapa diam, pergilah buka,” sergah datuk.

“Tapi.”

“Tak ada tapi, dia tak akan menjerit atau mencekik kamu, syaitan yang menguasainya sudah lari,” kata
datuk. Guru silat segera pergi ke tempat yang diarahkan. Datuk dan saya segera mendekati si sakit.
Datuk tepuk dahi si sakit tiga kali. Tanpa diduga, si sakit terus bangun.

“Apa macam,” itu yang diucapkan oleh si sakit pada datuk.

“Kau bagaimana pula?”

“Saya rasa badan saya segar, macam tak ada sesuatu yang saya tanggung,” jawab si sakit dengan
senyum. Dia terus bangun. Berjalan dalam ruang rumah. Bila dia mahu keluar datuk segera memegang
bahunya.

“Kenapa?”

“Kau belum boleh pijak bumi selagi matahari belum terbit. Kalau badan kau dah sihat, pergilah mandi.
Kita sembahyang subuh kemudian kau buatlah sembahyang syukur pada Allah yang menghilangkan
penyakit yang kamu tanggung selama ini.”

“Baik,” jawab si sakit dan terus menuju ke bilik mandi.


Saya menggigit bibir, lelaki yang setiap kali malam saya lihat terlantar dengan perut buncit dan bila
mahu bangun terpaksa menggunakan bantuan tali, kini sudah boleh bergerak ke mana saja. Melihat
gerak-gerinya, lelaki itu bagaikan tidak pernah mengalami sebarang sakit.

SBDJ (Jilid 06) Siri 92: Bomoh Tua Bawa Bencana


Kuku di ibu jari saya gigit dan sepasang mata merauti wajah datuk. Cara mengejut dan tidak diduga,
datuk terus menepuk bahu kanan saya.

“Pergi ambil air sembahyang, Tamar.”

“Sejuk tuk.”

“Pergilah, jangan banyak cakap,” suara datuk meninggi. Saya terus merenung ke arah bilik air. Saya
terdengar banyak air berjatuhan di lantai. Saya senyum.

Ada orang di bilik air tuk, terpaksa tunggu dia keluar,” suara saya tersangkut-sangkut.

“Siapa?”

“Si sakit tadi tuk.”

“Hum.. aku lupa, kalau begitu kau pergi mandi di telaga.”

“Saya takut tuk.”

“Ha kamu,” datuk beliakkan biji mata sambil menggaru pipi kanannya beberapa kali. Saya tahu datuk
mula marah.

Tetapi, saya merasa bertuah dan beruntung kemarahan yang mula berbunga di hati datuk segera
menurun kerana kehadiran guru silat dan isteri si sakit di sisi datuk. Senyum pun terkembang di bibir
datuk. Tidak lama kemudian si sakit yang berada di bilik mandi pun datang. Matanya tidak berkedip
merenung wajah isterinya. Dan isterinya terus menatap sekujur tubuh suaminya.

“Bengkak perut dah hilang dan kau boleh berjalan, boleh mandi sendiri,” si isteri bersuara. Wajahnya
dibalut keriangan yang amat panjang. Si isteri segera mahu mendekati si suami. Tanpa rasa segan si
isteri angkat tangan kanan menyentuh pipi suaminya.

“Jangan sentuh dia,” datuk bersuara keras. Semua biji mata tertumpu ke arah datuk. Semuaya merasa
hairan dan kurang senang dengan sikap datuk.

“Dia suami saya.”

“Saya tahu, tapi bersabarlah untuk beberapa jam. Bila kita dah selesai sembahyang Subuh dan bumi
sudah cerah disinar matahari, kamu boleh buat apa yang kamu suka,” kata datuk.

“Kenapa tak boleh buat sekarang?”


“Ini cara dan petua kalau awak mahu ikut, kalau tak mahu ikut pun tak apa tetapi, kalau petua dan
syarat orang tua-tua dilanggar ada masanya boleh membawa padah,” satu ingatan yang bersahaja dari
datuk. Isteri si sakit menggigit bibir dan menelan air liur. Sedia mematuhi perintah datuk.

“Kita sembahyang Subuh di sini?” tanya guru silat.

“Ya, di mana lagi? Kalau bukan di sini?” Balas datuk.

“Imamnya?”

“Saya kata datuk. Guru silat tersenyum dan tanpa banyak bicara dia segera menuju ke bilik air
mengambil air sembahyang.

DOA

Sebaik saja selesai menunaikan Fardhu Subuh, kami semua membaca doa. Selesai baca doa, isteri si sakit
terus ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.

Guru silat turun ke halaman rumah lalu melakukan senaman kecil untuk menggerakkan darah dan
menegangkan urat. Datuk terus membaca beberapa ayat suci. Si sakit yang baru sembuh masih duduk
bersimpuh di sisi datuk. Saya kira tentu ada sesuatu yang mahu diajukannya pada datuk.

Sangkaan saya tidak salah, sebaik saja datuk berhenti membaca ayat-ayat suci, lelaki bermata cengkung
itu menghampiri datuk.

“Berapa lama saya tak boleh bersama isteri saya?”

“Sekejap lagi bolehlah, kau pergi berdiri dekat tingkap dan lihat matahari. Bila matahari sudah terbit,
kenakan seluruh tubuh kamu dengan sinar matahari, lepas tu kamu bolehlah bersama.”

“Terima kasih, saya ingatkan sampai berbulan-bulan.”

“Tidak,” datuk tersenyum.

Datuk mengajak saya turun ke halaman rumah. Cakapnya saya turuti. Saya dan datuk melakukan
senaman harimau menangkap musuh dan beberapa senaman lain hingga badan saya berpeluh dalam
dingin pagi. Selesai menjalani senaman datuk mengajak saya berjalan keliling kampung sambil
membasahkan kulit dengan air embun.

Saya membantah ajakan datuk itu. Tidak sanggup rAsanya dalam cuaca pagi yang samar-samar dan
dingin itu menyentuh air embun di hujung daun untuk disapukan ke kulit tubuh. Protes saya
menimbulkan rasa kurang senang dalam hati datuk. Kerana tidak mahu ketegangan yang terjadi itu
berlanjutan, saya segera mengalah. Datuk gembira. Bila kami mahu memulakan langkah, guru silat terus
bersuara.

“Nak ke mana tu?”


“Mandi embun.”

“Jangan lama-lama, nanti ada masalah di rumah saya tak tahu nak mengatasinya.”

“Belum matahari keluar kami balik,” jawapan itu amat menyenangkan diri guru silat. Senyumannya terus
terukir di bibir dan dia meneruskan latihan silatnya.

Berjalan dalam suasana dingin begini tidak boleh lambat-lambat. Langkah mesti dipercepatkan, biar
semua sendi bergerak lancar lalu melahirkan peluh yang boleh menghilangkan rasa sejuk dan dingin.
Sedang saya dan datuk asyik menghulurkan jejari pada air embun di hujung daun, kami terdengar bunyi
orang memijak sesuatu dari hutan kecil di sebelah kanan. Langkah datuk dan saya segera berhenti.

“Ada binatang buas tuk.”

“Pada hemat aku, itu bukannya bunyi langkah binatang.”

“Kalau bukan binatang langkah apa tuk?”

Datuk terus membisu lalu membongkok kepala lutut kanannya ditemukan dengan permukaan bumi.
Manakala lutut kirinya tetap tegak menentang dada langit. Kelima-lima jari kirinya dikembangkan dan
terus diletakkan di atas tanah. Hidungnya dihalakan ke arah angin datang. Hidung datuk nampak
kembang kempis menghidu sesuatu.

“Manusia Tamar,” mata datuk bersinar merenung ke arah hutan kecil.

Dahinya berkedut tetapi wajahnya tetap tenang serta bersedia menghadapI sebarang kemungkinan.
Barangkali, ada orang kampung yang menggunakan hutan kecil itu sebagai jalan pintas untuk pergi ke
suatu tempat, fikir saya dalam hati.

“Manusia dari mana tuk?” saya menyoal kembali.

“Entah, pedulikan, mari kita pergi,” datuk segera menarik tangan saya. Kami meneruskan perjalanan
yang terhenti.

Tidak beberapa jauh melangkah, datuk berhenti kembali. Macam ada sesuatu yang tidak
menyenangkannya. Dan saya sendiri pun merasakan ada sesuatu yang mengikuti segala gerak dan
langkah kami. Dalam saat-saat tertentu, benda yang serasa ada itu bagaikan wujud di depan saya dan
datuk tetapi, sukar untuk dilihat apatah lagi untuk dirasa dan dipegang.

RESAH

Keadaan yang dihadapi membuat saya resah dan gelisah. Saya segera memujuk datuk supaya pulang ke
rumah adik guru silat. Datuk gelengkan kepala sambil tumit kaki kirinya menghentak-hentak tanah
beberapa kali. Tanpa diduga, datuk terus membengkokkan badan dan kedua belah tangannya menepuk
bumi tiga kali berturut-turut.

“Kerja kamu dah selesai,” saya segera merenung ke kiri.


Saya lihat bomoh tua berdiri di situ. Matanya tidak berkedip merenung ke arah saya. Aneh sekali kenapa
dia tidak mahu memandang wajah datuk? Apakah ini cuma satu helah darinya untuk memperdayakan
datuk? Bermacam-macam pertanyaan bermain dalam kepala saya.

“Aku hanya menyelesaikan kerja kamu yang belum selesai,” balas datuk sambil membelakanginya.

Saya kira, cara datuk itu amat merbahaya. Kenapa dia memberi belakang pada bomoh tua, kenapa datuk
tidak mahu menentang muka bomoh tua?

“Tapi kamu tidak pernah minta iZin dari aku,” saya terdengar suara bomoh tua. Apa yang bermain dalam
kepala saya terus hilang.

“Ya, niat saya ikhlas untuk menolong,” suara datuk rendah.

“Cara kamu menyakitkan hati aku.”

“Apa! Kerana aku menolong hamba Allah yang sakit. Boleh membuat kamu marah, aku tak faham
dengan cara kamu.”

“Ya, aku nak beRi kamu faham sekarang.”

“Terangkan.”

“Kamu sepatutnya jangan campur dalam hal ini. Kerja aku dengan orang yang minta tolong belum
selesai.”

“Kamu terima upAh untuk menjahanamkan orang lain.”

“Kerana si sakit itu memang jahat.”

“Kalau kamu dah tahu dia jahat, kenapa kamu ubati dia?”

“Aku mahu mempermainkan orang yang mengupah aku dan orang yang sakit.”

“Kamu memang iblis,” pekik datuk.

Bomoh tua itu hilang dari pandangan saya. Datuk tergamam bila bomoh tua muncul di depannya dan
mengajak beradu tenaga.

“Itu bukan cara aku. Dalam hidup aku, menjual dan membeli bukan cara aku. Kita hamba Allah dan umat
Nabi Muhammad S.A.W kita disuruh berbaik-baik,” jawab datuk dengan nada suara yang rendah.

“Agaknya kamu takut, ilmu kamu tidak sebanyak mana,” bomoh tua seperti mengejek datuk.

“Tak usahlah kita nak tunjuk handal. Kita lupakan semuanya. Kalau saya tersalah, maafkan saya,” datuk
hulurkan tangan pada bomoh tua. Cepat-cepat bomoh tua menepis huluran tangan datuk sambil
membuka langkah untuk menyerang datuk.
“Kalau benar awak Handal, jawab pertanyaan saya. Kalau semua jawapan awak betul, saya ikut awak,”
datuk memberi cadangan.

“Kamu mempermainkan aku.”

“Aku ikhlas, aku tak mahu bermusuh dengan sesiapa pun.”

“BohOng,” suara bomoh tua meninggi. Dia terus menyerang datuk dengan sebatang kayu.

Datuk tidak bergerak dari tempatnya, menanti serangan bomoh tua dengan tenang. Datuk hanya
mengangkat ibu jari kanannya dan kayu di tangan bomoh tua terpelanting dengan sendirinya. Bomoh
tua jatuh terlentang macam ada sesuatu yang menolaknya.

Bomoh tua cuba bangun dan datuk cepat-cepat memusingkan ibu jari kanannya menunjuk ke bumi,
bomoh tua tidak terdaya bangun. Bila datuk menegakkan ibu jarinya, bomoh tua dapat bangun dan
berdiri berdepan dengan datuk, bersedia untuk melepaskan penumbuk pada datuk.

Lagi sekali datuk meluruskan ibu jarinya ke bawah. Bomoh tua jatuh terlentang terkapar-kapar.

“Cuma itu saja yang ada pada aku, bangunlah,” kata datuk tenang sambil memeluk tubuh. Bomoh tua
tidak mahu bangun. Dia duduk bersila di tanah. JarI kelingkingnya terus menguis-nguis tanah.

“Apa yang mahu kamu tanyakan pada aku?”

“Aku cuma nak menyatakan rasa kesal, kerana kamu seperti orang yang beragama tetapi membuat kerja
terkutuk.”

“Sudahlah, cakap perkara apa yang mahu kamu tanyakan padaku.”

“Kamu beragama Islam?” datuk memulakan pertanyaan.

“Ya, aku percayakan Allah, Quran dan hari kiamat serta malaikatnya,” jawab bomoh tua penuh
keyakinan.

Matahari mula memunculkan diri di kaki langit. Saya terus menyanDarkan badan pada sebatang pokok
yang berdaun lebat.

“Sebagai orang Islam aku cuma nak tanya tiga perkara. Harap kamu dapat memberikan jawapannya.”

“Silakan, apa perkara yang nak kamu tanya sila kemukakan. Fasal agama, adat, ilmu dunia, ilmu akhirat,
silakan,” bomoh tua terus ketawa kecil.

Jari kelengkengnya tidak berhenti menguis tanah. Tidak memperlihatkan sebarang rasa kebimbangan.
Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Datuk raba telinga kemudian terus duduk bertinggung.
Muka bomoh tua direnung dengan tepat tanpa berkedip. Kali ini bomoh tua menentang wajah datuk.

“Silakan, aku menanti,” bomoh tua seperti mendesak.


“Sebagai orang Islam, aku mahu tahu dari mana kamu datang?” datuk menyambut cabaran dari bomoh
tua.

“Apa, ini saja soalannya?”

“Ini soalan pertama, dua soalan lagi akan menyusul kemudian,” terang datuk dengan tenang.

“Aku mahu kamu terus mengemukakan tiga soalan sekali. Aku tak mahu satu-satu, cara itu
melambatkan.”

“Baiklah, kalau itu kemahuan kamu. Soalan pertama aku mahu tahu dari mana kamu datang,” datuk
berhenti bercakap dia. Dia menahan air lir sambil batuk kecil.

“Apa kamu buat dan ke mana kamu nak pergi?” datuk menambah soalannya.

Bomoh tua kerutkan dahi sambil melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya dua tiga kali.

“Dah habis soalan kamu.”

“Dah habis,” jawab datuk tegas.

Bomoh tua menggigit kuku di ibu jari kanannya. Matanya merenung ke kiri dan ke kanan. Sesekali dia
garu telinga yang tidak gatal. Saya kira bomoh tua masih mencari jawapannya. Saya juga berfikir, apakah
jawapan yang tepat pada soalan yang datuk kemukakan. Saya kira, inilah kali pertama datuk
mengemukakan soalan yang sedemikian. Agak aneh dan luar biasa sekali pada tanggapan saya.

“Soalan yang mudah, anak cucu aku sendiri boleh jawab. Kamu tahu yang tak pergi sekolah pun dah
tahu jawapannya, ha.. ha…,” bomoh tua ketawa berdekah-dekah.

“Jawab sekarang, usah ketawa,” suara datuk meninggi.

“Dari Allah aku datang, aku dilahirkan untuk membuat amalan dan akhirnya aku pergi pada-Nya juga.
Apa kau sudah puas hati sekarang.”

“Kurang puas hati.”

“Sebabnya?” bomoh tua beliakkan biji mata. Cepat-cepat dia berdiri dan terus mencekak pinggang.

Misai tebalnya dipulas beberapa kali, macam lanun dalam drama purbakala yang mahu memperkosa
gadis jelita dalam bilik tidur.

“Jawapan kamu masih ada kurang. Membayangkan kamu kurang pengetahuan,” suara datuk lembut.

“Kurang ajar. Cakap apA yang kurang, kalau kamu tak cakap buruk padahnya.”

“Baiklah. Jawapan pertama begini: dari setitik mani kedua orang tua, kita dijadikan oleh Allah dan
dikeluarkan dari rahim ibu. Tidak kira orang itu keturunan baik-baik atau tidak, sama ada berkulit hitam
atau putih semuanya keluar dari lubang yang satu,” datuk berhenti bercakap. Dia menarik nafas dalam-
dalam.

“Jawapan yang kedua pula?” bomoh tua juihkan bibir ke bawah. Datuk segera gosok pangkal hidung.
Perbuatan datuk itu menimbulkan keresahan dalam diri bomoh tua.

“Jawapan kedua apa dia? Cepat cakap. Aku tak ada masa nak dengar temberang kamu.”

“Baiklah sekarang aku…..,” datuk berhenti bersuara.

“Eh, cakaplah. Jangan berdalih lagi.” Bomoh tua mula marah.

“Sekarang kau sudah tahu dari mana asal-usul kita, kau tahu kenapa kita dijadikan? Apa yang patut kita
buat,” datuk berhenti lagi.

“Eh, aku mahu jawapan dari soalan kedua,” kali ini suara bomoh tua meninggi. Matanya mula menahan
marah. Datuk masih bertenang.

“Aku baru memulakan jawapan untuk soalan kedua. Sekarang aku sambung kembali. Allah mencipta
manusia dan jin semata-mata untuk mengabdikan diri pada-Nya. Jadi kita semua hamba Allah harus ikut
perintah-Nya. Tidak boleh membesarkan diri, tak boleh minta disanjung atau dipuja kerana kita ini
hamba Allah,” datuk menggaru pangkal pipi sebelah kanannya. Bomoh tua terus merenung bumi. Sinar
matahari mula memancar lembut menjamah bumi dan dedaun.

“Jawapan yang ketiga pula apa dia?” Desak bomoh tua.

“Kamu sudah tahu asal kita, tahu apa yang mesti kita buat waktu berada di dunia. Dan akhir sekali ke
mana kita akan pergi,” datuk senyum panjang.

“Akhirnya kita mati,” mendadak bomoh tua mencelah.

“Jawapan yang kurang tepat,” sanggah datuk.

“Habis,” apa yang tepat?”

“Kita akan kembali pada yang menciptanya. Segala apa yang kita buat di dunia diperhitung. Perbuatan
jahat dibalas jahat, perbuatan yang baik menerima yang baik. Masa menghitung segala kebaikan dan
kejahatan kita tidak dibeZakan sama ada orang itu keturunan diraja atau hamba, semua duduk bersama.
Hanya di dunia saja manusia mencipta perbezaan. Kau faham sekarang.”

“Sudahlah. Kamu nak jual temberang, kamu khianat kerja aku,” cara mengejut bomoh tua naik darah.

Melihat keadaan yang tidak begitu aman, datuk segera menjeling serta melakukan serangan. Belum pun
sempat datuk menemui tempat yang dihajati, bomoh tua melepaskan penumbuk sulung ke arah bahu
kiri datuk. Nasib datuk dapat mengelak. Bomoh tua terdorong ke depan lalu tersandar di pohon halban
liar.
Datuk segera mengangkatnya. Rupa-rupanya bomoh tua tidak mahu menjalikan persahabatan dengan
datuk. Sebaik saja dia dapat berdiri, tanpa membuang masa dia terus melepaskan satu penumbuk lagi.
Datuk tidak terdaya mengelakkannya. Penumbuk yang agak kencang itu terkena pangkal telinga datuk.
Saya lihat datuk terhuyung-hayang macam orang mabuk. Bomoh tua menerpa ke arah datuk untuk
melepaskan serangan.

Kasihan. Atur langkah bomoh tua tersilap. Walaupun datuk terhuyung-hayang tetapi dia tidak kurang
tenaga dan akal. Tendangan bomoh tua disambutnya dengan satu tepisan yang kencang. Bomoh tua
jatuh terkangkang atas tanah.

“Bunuh saja tuk. Bila dah mati mayatnya kita buangkan ke sungai,” secara tidak disengajakan kata-kata
itu terungkap dari mulut saya. Bomoh tua yang kesakitan renung muka saya.

“Kamu jangan biadab Tamar,” sergah datuk.

“Saya tak sengaja tuk.”

“Jaga mulut, jangan celupar sangat.”

“Maafkan saya tuk.”

“Sudahlah, bukan keturunan kita jadi pembunuh. Sikap kita berbaik dengan semua orang.”

Bomoh tua bangun, hulur tangan pada datuk. Dengan wajah yang tenang dan damai datuk menyambut
huluran tangan itu.

“Kita sesama hamba Allah. Buat apa kita bermusuhan,” suara bomoh tua merendah.

“Saya sependapat dengan awak.”

“Kalau awak dah sependapat dengan saya, awak kenalah menghormati saya dan menunaikan
permintaan saya.”

“Apakah ini satu syarat?” tanya datuk sambil menatap biji mata bomoh tua. Saya lihat bomoh tua
seperti terkejut mendengar pertanyaan dari datuk. Bomoh tua menggaru hujung kening kanannya.

“Terpulanglah pada kamu sendiri. Kalau kamu memikirkan itu sebagai syarat, dia akan menjadi syarat.
Kalau kamu fikirkan itu bukan syarat, dia tidak jadi syarat,” penjelasan dari bomoh tua berbelit-belit dan
berteka-teki serta mempunyai maksud yang tertentu.

Datuk kerutkan dahi. Dia perlu berhati-hati membalas kata-kata bomoh tua. Silap jawab diri akan
terperangkap.

“Saya tidak menganggap itu syarat tetapi apa yang awak minta pada saya itu juga yang saya minta pada
awak,” balas datuk.

“Ha, awak bijak.”


“Baiklah, apa yang awak mahu dari saya,” tanya datuk.

“Mudah saja, saya minta awak jangan ganggu saya. Ini cara saya cari makan. Saya tahu, awak bukan
sebarang orang. Saya tersilap duga. Saya fikir awak macam orang-orang lain yang pernah saya duga.
Lagipun awak tidak memperlihatkan kebolehan atau rasa sombong. Inilah yang membuat saya
terperangkap,” bomoh tua seperti merayu.

“Saya tak faham,” datuk berdalih.

“Sebenarnya saya mendamping benda-benda halus yang ada kaitannya dengan angin, tanah. Benda-
benda halus inilah yang banyak membantu saya. Jika ada orang datang minta ubat, benda-benda halus
ini memberitahu saya apa penyakit yang dihadapi oleh orang itu.

“Oh begitu, barulah saya tahu. Lepas itu apa yang kamu buat?” soal datuk.

“Saya terus memberitahu pada orang yang datang di mana sakitnya, apa puncanya hingga mereka
percaya pada saya. Saya kenakan bayaran yang mahal. Saya juga ambil upah membuat orang, kemudian
mengubat orang yang kena buatan itu. Benda-benda halus inilah yang membantu saya,” begitu jujur
bomoh tua menerangkan kedudukan yang sebenar. Saya hanya anggukkan kepala. Datuk lebih banyak
termenung setiap kali menerima penjelasan dari bomoh tua.

“Salah seorang yang kamu kenakan, orang yang aku tolong?” tanya datuk.

“Ya.”

“Kenapa kamu lakukan perkara tu.”

“Aku sebenarnya dendam padanya dan selalu bertelagah dengan aku tentang hal-hal agama, suka
membantah.”

“Aku fikir kerana kamu mahu mencampurkan perkara karut-marut dalam hal agama. Umpamanya suruh
orang percaya pada keramat, memuja kubur, membayar niat di keramat. Bukan begitu?

“Ya, memang begitu janji aku dengan makhlus halus.”

“Lagi apa janji kamu dengan makhluk-makhluk halus tu?”

“Berusaha mengurangkan akidah agama pada orang kampung. Makhluk-makhluk halus itu pula
berusaha menarik perhatian atau mengabui mata orang kampung supaya memuja dan mengagumi
kebolehan aku. Orang-orang di sini kebanyakannya buta agama.”

Saya mula merenung ke arah matahari yang kian meninggi. Rasa benci dan menyampah pada bomoh tua
mula bertandang dalam dada saya. Datuk terus meramas sepuluh jari di tangan yang terasa lenguh dan
sakit-sakit.

“Macam mana kamu gunakan buatan pada orang yang aku tolong? Datuk bertanya lagi.

Bomoh tua terdiam sejenak. Dia kelihatan keberatan mahu menceritakan kisah sebenar pada datuk.
“Bagaimana kamu membuatnya?” ulang datuk.

“Satu hari ada orang mengadu dirinya sakit. Aku katakan kena buatan orang. Dan orang yang
membuatnya adalah orang yang kamu lindungi itu. cara kebetulan mereka pernah bertengkar satu masa
dulu. Apalagi, aku jalankan jarum,” bomoh tua menelan air liur.

Keningnya bergerak dua tiga kali menahan sinar matahari yang terik.

“Aku suruh orang itu membalas dendam. Dia setuju aku. Aku pun jalankan tugas. Bila orang yang
didendam sakit, aku pergi mengubatinya,” sambung bomoh tua itu lagi.

“Ilmu kamu tak sebanyak mana. Tapi kamu berlagak macam orang pandai kemudian memperdayakan
orang kampung. Kamu pengkhianat,” datuk bersuara dengan keras.

Muka bomoh tua ditentangnya. Saya segera mendekati datuk.

“Kita dah bersahabat. Kau tak boleh marah,” tingkah bomoh tua.

“Ya. Aku tak akan melakukan apa-apa pada kamu. Kejahatan kamu adalah urusan kamu dengan Allah.
Tetapi selagi aku masih hidup aku akan melindungi orang-orang lain dari kejahatan kamu.” Suara datuk
merendah.

“Jangan khianati aku kawan.”

“Hum, datuk juihkan bibir. Kemudian datuk tarik tangan saya. Kami tinggalkan bomoh tua di situ, di
bawah sinar matahari yang kian mengembang.

SBDJ (Jilid 06) Siri 93: Masih Dalam Ujian

Hujan turun mencurah-curah. Dentuman petir memekakkan telinga dan mengecutkan tali perut.
Tempias hujan terus menerpa ke kamar, lalu jatuh atas halaman akhbar yang tersedai di dada
meja. Rasa dingin terasa menggigit kulit tubuh. Tingkap segera saya rapatkan.

Bunyi deru hujan amat jelas kedengaran. Dalam saat-saat tertentu saya tersentak oleh bunyi petir,
diikuti dengan cahaya kilat yang tajam menyelinap menerangi ruang kamar. Bagi menghilangkan
kebekuan itu saya terus membaca berita yang termuat dalam akhbar.

Sejak pulang dari kampung halaman guru silat, saya dan datuk menghabiskan masa ke kebun
getah ata pisang, pada sebelah pagi. Pada sebelah petangnya pula, pergi ke sawah. Kalau tidak
turun ke sawah kami pergi memburu ayam hutan atau melihat jerat di pinggir belukar.

Satu hal yang membanggakan datuk ialah, kerana saya sudahpun menamatkan ilmu persilatan
dengan guru silat. Sudah diadakan ujian dan menutup gelanggang tetapi, datuk tetap mengatakan
apa yang saya tuntut itu masih belum cukup. Mesti diperlengkapkan dengan pengalaman dan
ujian-ujian yang tidak diduga.
Di samping itu, datuk tetap menyuruh saya menambahkan ilmu mempertahankan diri sebanyak
yang terdaya oleh saya.

“Kau harus belajar lagi, jangan sampai terpesong dari ajaran Islam. Kau harus mendalami ilmu
agama kamu,” secara mendadak sahaja saya teringat cakap datuk. Saya senyum sendirian. Bunyi
deru hujan mula beransur reda.

Sudah hampir enam bulan saya meninggalkan kampung halaman guru silat. Tidak ada berita
tentang bomoh tua yang disampaikan oleh adik guru silat kepada datuk. Apakah bomoh tua itu
sudah bertaubat atau kian mengganas? Apakah adik guru silat tidak pernah menulis surat pada
abangnya? Timbul pertanyaan dalam diri saya.

Saya membuat keputusan sendiri. Besok atau lusa saya akan menemui guru silat untuk
bertanyakan perkara tersebut. Kalau guru silat enggan bercerita, saya sendiri akan menulis surat
pada beberapa orang kawan di kampung halaman guru silat.

“Bagaimana kalau aku sendiri pergi ke sana, menyiasat keadaan yang sebenar? Tidak mungkin.
Kalau datuk tahu aku pergi sendirian ke sana, teruk aku kena penamparnya,” bisik hati kecil
saya.

Saya senyum sendirian teringatkan tingkah laku bomoh tua di hari meninggalkan kampung
halaman guru silat. Bomoh tua itu menahan perjalanan kami yang mahu pergi ke perhentian bas.
Dia mengingatkan datuk tentang hasratnya untuk bersahabat dengan datuk, ingin belajar sesuatu
dari datuk.

Ternyata hati datuk tidak dapat dilembutkannya. Datuk menyuruh dia bertaubat dulu serta
kembali ke jalan yang betul.

Pada mulanya, saya begitu menyesali sikap datuk yang tidak mahu bertolak ansur itu. saya kesal
kerana datuk begitu angkuh dengan orang yang mahu menjalinkan persahabatan dengannya.
Rasa kesal saya itu berakhir bila saya menerima penjelasan dari guru silat.

“Tuk kamu tak angkuh Tamar. Dia tahu bomoh tua tu tak ikhlas, bomoh tu mahu
memperdayakan dirinya,” satu penjelasan dari guru silat. Tapi, saya kurang yakin dengan
penjelasan itu. guru silat segera melanjutkannya.

“Kau sendiri tahu, datuk kau bersikap lembut. Dia suruh bomoh tua itu bertaubat. Bila bomoh itu
mengetahui dan bersedia mahu bertaubat tentu dia mahu bersahabat. Datuk kau terlalu berhati-
hati,” sambung guru silat ketika berada dalam bas, waktu kami pulang dulu.

Akhirnya saya percaya dengan apa yang diluahkan guru silat tersebut. Sebabnya bukan apa-apa.
Saya mahu mendapat keterangan yang tepat dari datuk. Kata datuk, dia memang menghargai
hasrat bomoh tua itu. tetapi, dia tidak yakin apa yang dikatanya itu ikhlas dan jujur. Buktinya,
waktu kamu mahu naik bas, bomoh tua itu cuba menggunakan ilmu hitamnya dengan
memasukkan segenggam pasir ke dalam beg kain yang saya galas.
Pasir tersebut bila berada dalam beg dalam jangka waktu lebih kurang tiga jam akan bertukar
menjadi habuk yang cukup halus macam habuk rokok. Melekat pada pakaian. Bila pakaian itu
dipakai, seluruh tubuh menjadi bengkak dan gatal.

Bila terlalu kerap digaru, kulit akan tercalar lalu berair. Dan air itu akan mengeluarkan bau yang
busuk. Tidak ada ubat yang boleh menghilangkan penyakit tersebut kecuali dengan cara
tradisional iaitu menggunakan pasir yang sudah digoreng dengan hampas tebu. Hanya orang-
orang yang tahu sahaja yang boleh melakukannya.

Bukan senang mencari orang yang tahu cara perubatan tradisional itu. kalau tidak menemui
orang yang tahu, alamat si sakit akan menderita sampai mati. Mujurlah datuk sempat bertindak.
Kalau lambat bertindak, padahnya akan ditanggung sampai mati. Cara datuk mengesan
perbuatan bomoh tua itu juga amat menarik.

Bila datuk terpandangkan bomoh tua menaruh pasir ke dalam beg yang saya galas, datuk segera
mengoyakkan bahagian bucu beg. Semua pasir di dalamnya terus jatuh di permukaan jalan raya,
menjadi debu. Melihat tindakan datuk itu, bomoh tua berasa malu lalu meninggalkan kami tanpa
mengucapkan sesuatu.

Walaupun begitu datuk masih yakin bomoh tua itu akan membalas dendam. Bila masanya
bomoh tua mahu bertindak tidak ada sesiapa pun yang tahu. Walaupun begitu, datuk tetap
berjaga-jaga dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Datuk serahkan segala-galanya
pada Allah yang maha kuasa.

“Assalamualaikum.”

Saya tersentak dari lamunan.

“Waalaikumsalam, naiklah.”

Terdengar suara datuk menjawab. Perasaan saya bagaikan digaru-garu mahu mengetahui suara
siapakah yang memberi salam. Rasa-rasanya saya pernah mendengar suara itu. Di mana dan bila,
saya kurang pasti. Saya terus mengamati dengan teliti suara orang yang bercakap dengan datuk
itu.

“Ah, dia datang.”

Saya melonjak kegembiraan dan terus bangun. Buku jendela, titik hujan sudah berhenti luruh
dari dada langit. Saya keluar dari kamar lalu menuju ke ruang tengah. Senyum tetap terukir di
bibir dan hati terus dikocak kegembiraan.

“Kamu dari mana Tamar?” Tanya guru silat.

“Apa lagi, buat tahi mata lebih-lebih lagi waktu hujang begini,” tingkah datuk. Saya terus duduk
dekat guru silat.
“Saya tak tidur tuk!”

“Kalau kau tak tidur, kau buat apa dalam bilik?”

“Saya membaca tuk.”

“Kau baca apa?”

“Baca suratkhabar.”

“Hummmmm aku ingatkan baca kitab,” datuk juihkan bibir sambil menarik naFas panjang. Guru
silat terus senyum. Belakang saya ditepuknya dua tiga kali berturut-turut.

Saya merenung ke arah jam dinding. Sudah petang. Secara mendadak saya teringat hari itu
adalah hari Khamis. Bila matahari terbenam di kaki langit, saya akan berada dalam suasana
malam Jumaat. Ada beberapa aturan yang mesti saya patuhi. Peraturan itu amat membosankan
tetapi apakan daya saya terpaksa mematuhinya.

Biasanya setelah menunaikan fardhu Maghrib, datuk berwirid panjang. Lepas itu membaca surah
al-Waqiah atau surah al-Mulk atau surah at-Taubat. Jika tidak membaca salah satu surah itu, dia
akan membaca surah Yaasin. Pokoknya, dari waktu Maghrib hingga sampai waktu Isyak mesti
diisi dengan kegiatan yang mendatangkan faedah. Kegiatan itu ditamatkan setelah menunaikan
sembahyang Isyak.

Memang menjadi kebiasaan saya, setelah selesai menunaikan fardhu isyak saya menyusur tepi
dinding perlahan-lahan kemudian menyelinap masuk ke kamar lalu mematikan diri. Saya tidak
mahu melibatkan diri dengan datuk untuk membaca Quran.

“Eh, apa yang kamu menungkan, Tamar?”

Nenek sergah saya. Cepat-cepat saya renung ke arAh datuk dan guru silat. Mereka juga saya
lihat mengelamun tetapi anehnya kenapa nenek tidak menegur mereka.

“Jangan fikir apa-apa. Minum kopi panas ni,” tambah nenek lalu meletakkan cawan kopi di
depan saya, di depan datuk dan guru silat. Asap nipis merayap di permukaan cawan.

“Kopi bujang aje ke?” usik datuk.

“Ada kawannya. Tunggulah dulu.”

Nenek terus menuju ke dapur. Datang kembali bersama mangkuk bubur kacang. Bau daun
pandan yang ditaruh dalam mangkuk bubur membuat selesa saya terbuka luas.

“Memang bagus ni,” kata guru silat.


“Silakan,” pelawa datuk.

“Ya, sila. Jangan malu,” tingkah nenek.

“Jangan bimbang, fasal makan saya memang tak tolak punya,” guru silat berjenaka disambut
dengan ketawa. Nenek kembali ke ruan dapur. Saya memang mengharapkan kedatangan guru
silat pada petang itu akan membawa cerita yang baru dan segar untuk saya.

Kopi dalam cawan sudah habis, bubur dalam mangkuk juga sudah selesai. Cerita yang saya
harapkan dari guru silat tidak juga muncul. Dia dan datuk asyIk bercerita tentang harga getah,
asyik bercerita tentang babi hutan dan monyet yang menyerang tanaman di kebun. Cerita yang
membosankan. Tetapi, saya masih bertahan di ruang tamu. Masih mengharapkan cerita dari guru
silat.

LUNTUR

Dalam cita-cita yang meluap-luap itu tiba-tiba semangat jadi luntur untuk duduk berdepan
dengan guru silat dan datuk. Tidak ada gunanya menjadi kucing yang menunggu ikan
dipanggang. Saya segera angkat punggung. Meraut bilah buluh di pelantar untuk membuat bubu
lebih baik dari duduk di depan wajah manusia ini, bentak batin saya. Saya segera mencari pisau
raut dan mengeluarkan bilah buluh dari tempatnya.

Sebaik sahaja saya bersila di pelantar, saya terdengar suara datuk mengajukan pertanyaan pada
guru silat.

“Apa kau tak dapat berita dari adik kamu?”

“Ada, pagi tadi saya terima surat darinya.”

“Apa cerita? Soal datuk lagi. Guru silat saya lihat menarik nafas dalam-dalam. Dia termenung
sejenak. Saya terus memasang telinga. Dan mengharapkan kata-kata yang terhambur dari guru
silat akan mengembirakan hati saya.

Cepatlah, aku nak dengar cerita daRi kampung halaman kamu guru silat, suara batin saya
melonjak-lonjak. Saya jeling ke arah guru silat dan datuk. Mereka kelihatan tenang dan
bersahaja. Mungkin tidak ada sesuatu cerita yang menarik, sebab itulah agaknya guru silat tak
mahu cerita apa-apa pada datuk, saya cuba mendamaikan perasaan yang bergelora dalam dada.

“Saya bersyukur pada Allah.”

“Sebabnya?” datuk menyoal.

“Bomoh tua tu…,” gosok batang hidungnya dua tiga kali. Saya keresahan menanti kata
selanjutnya dari guru silat.
“Kenapa dengan bomOh tua tu? Dia dah bertaubat?” suara datuk agak keras, mungkin tanda
protes kerana guru silat lambat sangat menyambung kata-kata yang terputus.

“Bukan bertaubat.”

“Kalau bukan bertaubat, dia dah mati agaknya,” datuk buat ramalan.

“Dia tak mati.”

“Habis dia buat apa?”

“Pindah ke tempat lain,” guru silat telan air liur.

“Ke mana?” datuk tidak sabar lagi.

“Ke Langkawi.”

“Langkawi,” mulut datuk separuh terbuka. Guru silat tunduk menatapi permukaan lantai. Batang
tubuh bomoh tua segera terpamer dalam tempurung kepala saya. Ketika itu juga saya bagaikan
terdengar-dengar suaranya di gegendang telinga saya.

SBDJ (Jilid 06) Siri 94: Penjaga Ayam Hutan

Saya terus menyandarkan tubuh pada sebatang pokok. Saya pejamkan sepasang mata hingga rasa
marah hilang dari sanubari. Kemudian perlahan-lahan kelopak mata saya buka lebar-lebar.
Ketika itu perasaan saya sungguh aman dan tenteram. Dada saya terasa lapang. Saya meneruskan
perjalanan.

Jerat pertama saya tengok, tak mengena apa-apa tetapi kesan laluan ayam hutan memang
terdapat di situ. Agaknya ayam hutan tahu, di sana ada jerat untuknya. Saya terFikir dan
kemudian tersenyum panjang. Jarak jerat antara satu sama lain tidak menentu. Ada yang
jaraknya sepuluh kaki, ada yang dua puluh kaki. Sebab jaraknya tidak sama kerana mengikut
laluan binatang yang dihajati.

Waktu saya pergi ke jerat yang ketiga, letaknya tidak jauh dari kolam kecil. Saya terlihat laluan
pelanduk, saya amati sekelilingnya, memang tidak salah lagi. Di situ terdapat kesan tapak
kakinya. Mungkin pelanduk tersebut pergi ke kolam kecil untuk minum. Saya ikut kesan tapak
kaki itu hingga sampai ke jerat. Aneh, saya dapati jerat itu bingkas dan ada bekas tapak kaki
pelanduk di situ.

Ini mesti pelanduk yang kena jerat ni diambil orang. Siapa yang melakukan semuanya ini? Pasti
orang yang sudah lama mengintip gerak-geri datuk. Manusia suka membuat kerja mudah, rungut
hati saya. Jerat yang sudah bingkas itu saya pasang kembali. Saya berdiri di situ mengingati
sesuatu. Kata datuk jerat yang dipasangnya berjumlah lima jerat semuanya. Ertinya masih ada
dua jerat lagi yang mesti saya lihat.

Kedudukan kedua-dua jerat ini agAk jauh ke dalam bahagian kaki bukit. Pesan datuk, saya mesti
melihat kelima-lima jerat itu. Kalau tak mahu kelima-limanya sekali, mesti lihat tiga. Pokoknya
saya mesti membuat kerja yang ganjil. Saya tidak boleh melihat dua atau empat jerat kerana itu
perbuatan genap, saya mesti meninggalkan jumlah ganjil.

Tiba-tiba saya merasakan, memang wajar melihat semua jerat itu. Siapa tahu, jerat empat dan
lima sudah mengena. Bila sudah mengena, saya tidak pulang dengan tangan kosong. Saya kira
datuk dan nenek tentu gembira melihat saya pulang ke rumah dengan ayam di tangan. Selain dari
itu, saya mahu menerima pujian dari datuk tentang ketabahan hati saya. Biar dia kagum dengan
apa yang saya lakukan.

“Ya, aku mesti tengok semua jerat.”

Itulah keputusan muktamad yang saya ambil dalam masa sekelip mata sahaja. Apa yang terjadi,
keputusan yang diambil mesti dilaksanakan. Saya pun melangkah perlahan menuju ke jerat yang
keempat. Letaknya di bawah pokok yang rendang. Datuk sengaja memilih tempat tersebut untuk
menahan jerat.

Mungkin tempat tersebut dipilih kerana kedudukan kawasan tanahnya yang agak cerah, tidak
ditumbuhi rerumput yang tebal. Ada dahan sebesar paha manusia melintang arah ke parit kecil.
Pada hemat saya, di ranting besar itu jadi tumpuan ayam hutan berdiri sambil mengepakkan
badan terutama ayam jantan. Amat suka berkokok di tempat yang agak tinggi.

“Memang pandai datuk memilih tempat.”

Saya memuji datuk dalam hati. Saya terus melangkah. Hari sudah beransur agak gelap. Tetapi
langit masih kelihatan cerah walaupun matahari tidak bersinar. Saya sampai ke jerat yang
keempat. Kali ini saya melihat kawasan di situ cukup bersih seperti baru lepas disapu. Tanah di
situ kelihatan seperti baru sahaja dikais-kais oleh ayam. Saya garu kepala dua tiga kali, terasa
suasana seperti itu amat ganjil sekali.

Rasanya tidak mungkin ayam hutan mampu mengubah dedaun dan reranting yang terdapat di
situ. Lebih menakjubkan jerat yang tidak mengena atau bingkas tetap macam biasa. Batang jerat
kelihatan bergerak macam baru disentuh oleh tangan manusia. Hati saya mula berdebar.

Saya renung kiri dan kanan. Bersedia untuk memulakan langkah seribu. Bulu roma terus tegak
berdiri. Mesti ada sesuatu yang tidak kena terjadi di sini. Mungkin harimau, mungkin beruang,
mungkin kucing hutan berguling-guling di sini. Macam-macam yang timbul dalam hati saya
bersama rasa takut yang amat sangat.

Tiba-tiba saya lihat pepohon kecil di kanan bergerak, macam dilanggar sesuatu. Dedaun kering
bergerak seperti dipijak sesuatu. Beberapa ekor cengkerik dan katak keluar dari bawah dedaun
kering macam ada sesuatu yang memburunya. Dalam keadaan yang serba membingungkan itu,
saya terlihat seekor ayam hutan jantan menerpa ke arah jerat dan terus sarungkan kakinya ke
dalam jerat.

Dalam beberapa detik sahaja jerat tersebut bingkas. Dan ayam jantan hutan tergantung di udara
menggelepar sambil berbunyi. Melihat ayam kena jerat, rasa takut hilang dari hati saya. Semua
perkara yang saya kira ganjil dan aneh hilang dari ingatan saya. Hati saya bersorak kegembiraan
melihat ayam hutan di depan mata.

Saya mendekati jerat lalu membongkok untuk merendahkan kayu jerat. Bila tali jerat berada
dalam tangan, kepala ayam jantan itu saya urut berkalI-kali. Ayam itu tetap menggelepar sambil
berbunyi nyaring.

Simpul jerat di kaki ayam berhasil saya buka. Kali ini kaki ayam tersebut saya ikat dengan tali
guni, lalu saya masukkan ke dalam karung yang dibuat dari mengkuang.

Di bucu karung ditebuk lubang kecil untuk udara, memudahkan ayam bernafas. Hujung karung
saya ikat dengan tali lalu saya sandangkan ke bahu. Saya memulakan langkah untuk pergi ke
jerat yang kelima. Kedudukannya, betul-betul berada di lereng bukit tidak jauh dari pohon
bertam. Memang saya mengharapkan jerat yang kelima akan mengena. Kalau tak dapat ayam
hutan dapat napuh atau pelanduk pun sudah memadai, sebuah harapan berbunga dalam hati
saya.

Langkah kian rancak, cuaca yang sudah beransur samar-samar tidak menjadi masalah. Kalau
cuaca terus jadi gelap saya tidak sudah hati. Kawasan sekitar kaki bukit itu sudah sebati dengan
diri saya. Tidak dinafikan saya boleh mengingati kedudukan pelbagai jenis pohon besar di situ.
Saya juga tahu di mana letaknya parit atau danau kecil. Kalau saya dicampakkan ke kawasan
tersebut pukul dua pagi, saya masih dapat mencari jalan pulang.

“Hai, apa khabar? Seorang aje.”

Saya menoleh ke kanan. Mulut saya bagaikan terkunci untuk menjawab.

“Banyak jerat awak yang mengena, berapa ekor awak dapat ayam?”

Saya menjadi bertambah menggelabah.

“Kenapa tak jawab apa yang saya tanya, awak takut?”

Saya tarik nafas panjang. Renung ke langit, renung kiri kanan. Dada saya terus berdebar.
Sesungguhnya, saya tidak tahu dari mana perempuan muda itu muncul. Saya amati wajahnya
yang sedang senyum. Orangnya memang menarik. Tetapi, sayang saya tidak kenal dengannya.
Ternyata perempuan ini bukannya anak watan kampung saya.

Sebagai orang muda, dalam rasa takut dan darah gemuruh itu, keinginan untuk memikat hati
perempuan muda di depan mula bercambah dalam diri. Saya amati dirinya. Baru memasuki usia
dua puluhan. Berkulit putih merah. Hidung mancung. Saya terpikat dengan sepasang matanya
yang lembut tetapi kelihatan sayu. Mukanya bujur sirih. Aduh! Senyumannya tidak berhenti
menari di bibir nipisnya.

“Kenapa tak sembelih ayam tu di sini? Awak tak bawa pisau?”

perempuan yang berambut ikal berbulu kening tebal merapati saya. Darah gemuruh saya terhenti
dari bergerak dalam urat saraf. Keinginan mengenali perempuan itu lebih dekat terus berkocak
dalam rongga dada.

“Saya tak bawa pisau menyembelih.”

“Awak mahu pisau? Kalau mahu nanti saya ambil di rumah.”

“Tak payahlah.”

“Macam mana kalau saya minta sikit daging ayam?”

“Boleh, apa salahnya.”

“Sepatutnya saya tak payah minta sebab ayam yang kena jeRat awak itu saya yang punya.”

“Ha…haa..?” mulut saya terlopong.

Perempuan itu tetap senyum. Hati saya berkata, mungkin perempuan ini mahu bergurau. Ayam
hutan mana ada tuannya. Sesiapa pun boleh menjerat atau menembaknya. Dengan rasa jijik saya
renung wajah perempuan itu. dia bagaikan tahu yang diri saya tidak mempercayai apa yang
diucapkannya.

“Setiap benda di dunia ini ada tuannya, ada penjaganya. Tetapi manusia selalu melupakan
semuanya itu.”

“Kamu mengarut dan merepek.”

“Kalau kamu tak percaya tak mengapa, tetapi saya mahu mengambil hak saya kembali.”

Saya segera mengedutkan kening. Karung mengkuang yang saya sandang terasa bergerak-gerak.
Ayam di dalamnya menggelepar. Karung mengkuang terasa amat berat macam ada batu pejal di
dalamnya. Bahu saya bagaikan mahu patah dibuatnya. Saya terpaksa meletakkan karung
mengkuang atas tanah. Perempuan itu tetap berdiri di depan saya tanpa mengucapkan sesuatu.
Sepasang anak matanya melihat gerak geri saya dengan teliti.

Paling mengejutkan saya, tali guni yang saya ikat di hujung karung mengkuang terbuka dengan
sendiri. Ayam yang ada di dalamnya keluar dengan mudah lalu berkokok bertalu-talu sambil
menggoyangkan ekornya. Paling menyakitkan hati, bila ayam itu menghalakan muncungnya ke
arah saya dan terus berkokok sambil menjungkitkan ekornya tinggi-tinggi. Kalau diturutkan kata
hati mahu rasanya membalingkan seketul kayu pada kaki ayam itu. biar kakinya patah.
“Suhh..,” pekik saya.

“Jangan halau dia,” suara perempuan itu cukup lembut.

“Kurang ajar punya ayam.”

“Jangan cakap macam tu. Itu ayam saya, marii..,” saya lihat bapak ayam hutan terus meluru ke
arahnya. Terbang dan hinggap di bahu sebelah kanannya. Ayam itu berkokok lagi. Saya terpukau
dengan suasana yang saya anggap aneh tetapi melucukan.

“Terima kasih kerana kamu sudah memulangkan hak saya.”

“Tapi ayam tu tak bertuan.”

“Itu pendapat kamu. Hakikat sebenar memang bukan begitu. Terima kasih.”

Perempuan itu segera memusingkan badannya membelakangi saya. Ayam jantan yang berbalung
merah tetapi berdiri di bahu. Satu perkara yang pasti, waktu perempuan itu menentang wajah
saya, suasana sekitar terasa cerah. Bila dia membelakangi saya, suasana bertukar menjadi samar-
samar.

“Eh, nama saya Tamar.”

Perempuan itu segera tOleh ke arah saya kembali.

“Nama awak siapa?”

Perempuan itu menarik nafas dalam-dalam.

“Cakaplah siapa nama awak?”

“Nanti kita jumpa lain kali. Masa tu saya cakap nama saya.”

“Cakap sekarang,” kata saya lalu mengejar ke arahnya. Dalam sekelip mata sahaja perempuan itu
ghaib tetapi ayam miliknya masih dapat saya lihat duduk di ranting dan terus berkokok bertalu-
talu. Beberapa detik kemudian ayam jantan itu pun ghaib.

“Syaitan mempermainkan aku,” kata saya dalam nada suara yang agak tinggi.

Saya pusing ke kanan. Memulakan langkah pertama, mencari jalan pulang. Saya terdengar
bermacam-macam suara,ada suara kokok ayam. Saya sedar, bila hati dikuasai rasa takut
bermacam-macam yang didengar padahal perkara itu tidak wujud sama sekali. Cuma perasaan
kita sahaja yang merasakan begitu.
Makin kuat saya menetapkan dalam hati apa yang saya dengar itu adalah perasaan, makin kuat
suara-suara yang tidak saya ingini datang dalam gegendang telinga saya. Saya terus lari dengan
semahu-mahunya melanggar apa sahaja. Parit lebar saya lompat kerana saya menyangka parit itu
kecil. Akibatnya saya terhumban dalam parit. Habis pakaian saya basah kuyup. Keluar dari parit
saya terus lari lintang pukang.

Dalam cuaca yang mula samar-samar itu, saya terus berlari dan berlari hingga sampai di
bahagian dapur rumah. Bila saya jengukkan muka di pintu dapur, nenek terus menjerit dengan
sekuat hatinya. Seluruh kampung dikuasai oleh suara nenek. Datuk yang berada kira-kira tiga
rantai dari rumah segera menerpa ke bahagian dapur.

“Kenapa muka kamu penuh dengan lumpur, pakaian basah kuyup. Kenapa Tamar?” soal datuk.

“Sayaaa…” saya tidak dapat meneruskan kata-kata, mata saya terasa pedih dan hidung saya
bagaikan tersumbat dan saya terus bersin dengan sekuat hati. Beberapa orang jiran tetangga
segera datang ke rumah. Mereka ketawa melihat keadaan saya.

“Saya jatuh parit tuk.”

“Kamu kena kejar harimau?”

“Tidak.”

“Habis kamu kena kejar jembalang?”

“Bukan dikejar jembalang, saya diburu hantu.”

“Hantu?” biji mata datuk terbeliak.

Bila keadaan sudah kembali tenang. Saya ceritakan pada datuk, pada nenek dan jiran-jiran yang
datang apa yang saya alami. Kebanyakan dari mereka tidak percaya dengan apa yang saya
ceritakan. Nenek secara terang-terangan mengatakan saya mengigau siang. Perbuatan mereka itu
membuat saya jadi marah dan tidak mahu meneruskan cerita selanjutnya. Tetapi, datuk cuba
melahirkan simpatinya pada saya.

“Itu perkara biasa, dalam dunia ni selain dari manusia terdapat makhluk lain. Kau tak usah takut.
Barangkali makhluk itu mahu bersahabat dengan kamu,” kata datuk.

“Satu pengalaman yang menakutkan tuk.”

“Tak mengapa, petang esok kau pergi lagi. Kalau kau jumpa dengannya kau ajak dia datang ke
rumah.”

“Mengarut, tuk mengarut. Agaknya tuk tahu yang saya akan berjumpa dengan benda macam tu.
Kerana tu tuk suruh pergi seorang diri.”
Aku tak tahu Tamar. Tapi dulu aku pernah mengalami perkara semacam tu, itu semuanya syaitan
yang cuba nak mengusik kamu.”

“Hum…” saya mengeluh dan tunduk merenung tanah.

Nenek tersenyum. Datuk menyuruh jiran-jiran yang datang pulang ke rumah masing-masing.

Perlahan-lahan saya angkat muka. Sepasang mata saya terpaku ke wajah datuk. Kegelisahan
segera bersarang dalam dada. Kurang senang rasa hati melihat senyuman datuk yang saya rasa
bagaikan menyindir diri saya.

“Tuk tak percaya dengan apa yang saya cakapkan ni?”

“Sudahlah, pergilah kamu mandi.”

Saya kerutkan dahi. Dengan langkah yang longlai saya menuju ke perigi. Setiap kali air perigi
menyentuh kulit tubuh, apa yang saya alami segera terbayang dalam kepala.

Sesungguhnya, apa yang telah saya alami itu adalah satu pengalaman yang tidak pernah saya
duga akan terjadi dalam hidup saya. Selesai mandi saya segera pulang ke rumah. Sebelum
memijak anak tangga, dua tiga kali saya pusing ke belakang. Saya takut dan bimbang macam ada
sesuatu dekat saya.

“Cepat naik, jangan pandang kiri kanan lagi. Jangan fikirkan perkara yang dahulu,” terdengar
suara datuk. Saya segera angkat muka. Datuk berdiri di serambi.

Hari sudah beransur gelap. Suara burung kuang sayup-sayup kedengaran di pinggir bukit kota.
Saya menarik nafas. Kecantikan paras perempuan yang saya temui bermain-main dalam
tempurung kepala.

“Eh, kami ni. Naik cepatlah.”

Tanpa tangguh-tangguh lagi saya pijak anak tangga. Berhenti bila sampai anak tangga kelima.
Renung ke halaman yang sudah dikuasai cuaca senja.

“Kita jemaah di masjid, Tamar.”

“Kenapa kita tak sembahyang di rumah tuk?”

“Agama Islam menggalakkan pengikutnya sembahyang berjemaah di masjid atau surau. Sekali-
sekala bolehlah kita bersembahyang jemaah di rumah. Kalau dah terlalu kerap berjemaah di
rumah, tak elok jadinya.”

“Saya malas nak pergi tuk.”


“Ah, jangan banyak karenah, ikut cakap aku,” bentak datuk keras. Saya tidak ada pilihan lain
lagi. Cakap datuk harus dipatuhi.

Saya masuk ke rumah menukarkan pakaian. Amat selesa rasanya memakai selua dan baju
Melayu warna kuning tanah liat. Datuk senyum panjang. Saya tahu kenapa datuk senyum begitu.
Bukan apa-apa kerana letak songkok saya melintang. Letak songkok segera saya betulkan. Tanpa
banyak soal jawab saya terus mengekori datuk ke masjid.

Sepanjang jalan saya lebih banyak mengelamun. Sesekali kelihatan datuk meraba pangkal telinga
sebelah kanannya. Ada masanya datuk batuk kecil. Saya tidak tahu, apakah batuk itu memang
benar-benar terjadi atau batuk yang sengaja dibuat-buat.

Selesai menunaikan solat maghrib, saya dan datuk seperti orang-orang kampung yang lain terus
mengikuti tafsiran hadis. Apa yang diungkapkan oleh guru agama tersebut semuanya tidak
masuk dalam kepala saya. Fikiran saya masih memikirkan apa yang telah saya alami petang tadi.
Ada masanya, saya rasakan peristiwa itu harus berulang dalam hidup saya. Satu ketika yang lain
saya berdoa supaya peristiwa itu jangan berulang dalam hidup ini

“Kalau mahu dinisbahkan tentang banyaknya makhluk Allah di dunia ini, lebih kurang begini.
Para malaikat 90 peratus, para jin 9 peratus dan manusia cuma satu peratus saja. Kalau kita boleh
melihat para Malaikat dan para Jin, kita jadi takut dan tidak boleh bergerak,” tutur guru agama.
Semua biji mata dalam masjid terbeliak, tidak jadi mengantuk.

“Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Kaya kerana itu para Malaikat dan para Jin tidak dapat
kita lihat dengan mata kasar. Kalau Allah menghendaki seseorang itu melihat para Malaikat dan
para Jin, perkara itu tetap akan terjadi,” tambah guru agama. Saya terus gosok pangkal hidung
beberapa kali. Datuk tumpukan seluruh perhatiannya pada guru agama yang tertonggok di ruang
tengah masjid dengan para jemaah mengelilinginya.

“Makhluk jin juga ada yang baik dan ada yang jahat. Kalaulah ditakdirkan kita dapat melihat Jin,
agak sukar untuk kita menentukan yang mana baik dan yang mana jahat,” lanjut guru agama itu.
pelajaran tafsir itu berlanjutan hingga menjelang waktu Isyak.

Saya kira setelah selesai solat Isyak, wajah guru agama tidak akan saya lihat. Begitulah juga
dengan suaranya tidak akan saya dengar. Perkiraan saya itu meleset sama sekali. Tidak saya duga
datuk mengundang guru agama itu datang ke rumah. Banyak perkara yang datuk tanya pada guru
agama itu. semuanya berkaitan dengan hukum agama.

“Kalau pelajaran tafsiran hadis ni dapat diadakan setiap minggu alangkah baiknya,” datuk
bersuara.

“Saya faham, ramai para jemaah berpendapat macam awak. Mereka mahu pelajaran tafsiran ini
diadakan pada setiap minggu.”

“Soalnya, bila diadakan dua minggu sekali, perkara yang dipelajari hampir mahu lupa disambung
pelajaran yang baru.”
“Ya, ya saya faham. Kalau boleh saya mahu datang tiap-tiap minggu di sini. Boleh jumpa awak
selalu dan boleh makan dan tidur di sini. Tapi apa boleh buat semua jadual sudah disusun.”

“Tak bolehkah dirombak?”

“Tunggu tahun depan.”

“Hum…,” datuk seperti mengeluh. Guru agama tersenyum.

CAKAP

Dan malam itu datuk terus bercakap-cakap dengan guru agama. Datuk terus membaca Al-Quran
di bahagian surah al-waqiah. Guru agama terus membuat tafsirannya dan menghuraikannya
dengan teliti. Datuk terus mendengar huraian terjemahan itu. dalam waktu tertentu datuk
mencatatkan ke dalam buku kecil.

Guru agama itu juga menasihatkan datuk, kalau ada masa supaya membaca surah al-waqiah pada
setiap malam, terutama setelah menunaikan sembahyang Subuh. Menurut guru agama itu, surah
tersebut surah yang baik. Lebih-lebih lagi kalau kita sudah memahami tafsirannya. Sesekali saya
terdengar datuk dan guru agama berdebat panjang. Perdebatan mereka segera terhenti bila
mereka dapat membuat sesuatu kesimpulan.

Saya sandarkan badan ke dinding bilik. Jari-jemari saya terus melukis sesuatu di kertas. Entah
mengapa sejak akhir-akhir ini, saya begitu minat pada lukisan. Saya mahu abadikan apa yang
saya lihat ke kertas untuk dinikmati oleh orang lain. Sambil melukis saya terus pasang telinga.
Mengikuti dengan teliti apa yang dibualkan oleh datuk dengan guru agama.

Ada perkara yang menarik dan ada perkara yang tidak menarik jadi topik bualan datuk dengan
guru agama. Bila perkara menarik diperkatakan, saya terus jelingkan biji mata dan mengikutinya
dengan penuh minat. Kalau perkara yang membosankan saya terus rasa mengantuk. Ketika itu
saya terdengar suara kedua-duanya sayup-sayup dan akhirnya menghilang. Dalam saat begitu,
saya terus tersengguk-sengguk.

Bila mereka bincang tentang alam ghaib, mata saya terbeliak besar. Minat saya untuk
mengikutinya bertambah ghairah. Saya tahan mata dari mengantuk. Saya bersenam memanaskan
badan. Sayang seribu kali sayang, perkara alam ghaib hanya disentuh sambil lalu sahaja. Perkara
begini amat saya kesalkan. Apakan daya, saya tidak ada kuasa untuk menyuruh datuk dan guru
agama memperkatakan perkara yang amat saya minati. Dalam keadaan demikian, saya terus
terlelap.

Jan 29, '10 7:15 PM


SBDJ (Jilid 06) Siri 95: Di Kunjungi Gadis Waktu Malam
by Tamar for group komunitisbdj
Macam dikejutkan sesuatu, saya terus terjaga. Saya lihat jam tua ditangan. Sudah pukul dua pagi. Badan
terasa dingin. Saya segera beredar ke katil. Sebaik sahaja saya rebahkan badan di katil, perempuan yang
saya temui di kaki bukit berdiri di hujung katil. Pamerkan senyum seiring dengan renungan dari sepasang
mata yang tajam. Saya tergamam, tidak tahu apa yang harus saya lakukan.
"Ubah tempat tidur?"

Saya terus membisu.

"Udah kamu tanya pada orang-orang di sini tentang diri aku?"

Saya gelengkan kepala.

"Cuba tanya nenek kamu, tentang anak Haji Rashid yang bernama Siha. Dia tentu dapat memberikan
jawapan yang tepat."

Saya kerutkan dahi, masih belum dapat mengucapkan sesuatu. Dada saya cemas dan sekujur tubuh
berpeluh di malam yang begitu dingin. Saya renung kiri kanan, atas dan bawah. Suara datuk dan guru
agama masih kedengaran. Mereka tidak lagi berbincang masalah agama, tetapi mereka membaca
Quran. Saya cuba menyebut nama datuk, malangnya suara saya bagaikan tersekat di kerongkong.
"Kamu takut dengan aku? Kamu nak panggil datuk kamu?"
Saya anggukkan kepala.
"Datuk kami juga kenalkan aku, sampaikan salam aku padanya."
"Eh, kenapa kau tak jumpa dengannya sendiri, bukankah kamu berada di rumahnya?", cara mendadak
sahaja saya bersuara. Saya runung mukanya. Kali ini, saya merasakan diri saya seperti memperolehi
kekuatan tenaga yang tersendiri. Saya cuba bangun.
"Aku segan", katanya sepontan. Perempuan yang menamakan dirinya Siha terus duduk di bibir katil. Jari-
jemarinya menekan permukaan tilam. Saya resah.
"Biar aku beritahu tuk yang kamu ada di sini"
"Tak payahlah, aku datang cuma nak tengok kamu saha"
"Sebenarnya aku tak suka kamu datang ke sini lagi"
"Baiklah, kalau kamu tak suka, biar aku balik dulu", sebaik sahaja perempuan itu mengakhiri kata-
katanya dia terus ghaib dari pandangan saya. Saya terus mengucap beberapa kali.
Saya segera merasa telinga dan bibir. Saya menarik nafas panjang. Saya tidak berkhayal dan juga tidak
bermimpi. Saya berada di alam nyata. aneh, kenapa perkara yang tidak masuk di akal itu terjaddi di
depan saya. Kalau diceritakan pada orang lain pasti jadi bahan ketawa. Dahi segera saya kedutkan.
Badan saya mula menggigil.
Saya cuba berdiri di lantai, ketika itu saya terasa badan terlalu ringan dan sepasang kaki yang bagaikan
tidak mampu mengimbangi berat badan. Saya terlayah ke kiri dan ke kanan. Saya rebah ke lantai. Datuk
dan guru agama segera mendekti saya. Apa yang saya dengar hanya bunyi kokok ayam hutan bertalu-
talu memekakkan telinga. Saya juga terlihat rimbunan hutan tebal. Saya bagaikan berada di dalam hutan
yang amat besar.
Saya melihat ular sawa, harimau dan gajah. Semuanya menerkam ke arah saya. Apa yang terdaya saya
lakukanialah menjerit sekuat hati dan cuba melarikan diri dari berdepan dengan semua binatang
tersebut. Dalam keadaan yang berhempas pulas itu, saya terasa ada telapak tangan menyentuh dai saya.
Daun telinga saya seperti dihembus sesuatu dan diikuti dengan suara lembut mengucapkan kalimat dari
Surah Al-Fatihah dan Surah An-Nas berkali-kali. Harimau, gajah, ular dan hutan tebal yan wujud didepan
saya terus ghaib. Diganti denan lautan yang bergelombang lembut. Lubang telinga saya terus disumbat
ayat-ayat suci yang biasa saya dengar malah pernah saya ucapkan. Maki jelas kalimat-kalimat suci itu
masuk ke telinga saya. Makin samar-samar gelombang air laut di depan mata dan akhirnya terus ghaib.
Saya mula melihat tubuh datuk, nenek dan guru agama. Semua menghadap ke arah saya denan wajah
yang tenang. Mulut guru agama terus membaca ayat-ayat suci. Dari gerak mulutnya saya yakin, guru
agama itu masih membaca Ayatul Kursi dengan penuh khusyuk.
"Bangun anakku", guru agama tepuk bahu kanan saya. "Kau sebenarnya tidak apa-apa", sambungnya
dengan tenang. Senyum terus terpamer di kelopak bibirnya. Saya segera menggosok pangkal hidung
beberapa kali. Nenek segera mendekati saya, badan saya dipicitnya penuh kemesraan. Datuk tidak
berkata apa-apa. Matanya tidak berkedip merenung wajah saya.
"Masa kamu tak sedar tadi, apa yang kamu nampak?", soal guru agama.
"Bila saya tak sedar, bila?", saya menyoal guru agama kembali. Datuk menarik nafas panjang. Dia terus
mendekati saya.
"Apa yang kamu nampak tadi?", tanyanya.
"Saya nampak...", saya tidak dapat meneruskan kata-kata. Saya cuba mengingati sesuatu.
"Kamu nampak binatang, kamu nampak laut?", tiba-tiba datuk bersuara. Saya segera anggukkan kepala.
Datuk renung muka guru agama. Cepat-cepat guru agama melagakan gigi atas dengan gigi bawah
beberapa kali.
"Lupakan apa yang kamu ingat", ujar guru agama penuh sopan. Saya segera mengangguk. Nenek saya
lihat menarik nafas lega.
"Tidurlah, kau tak apa-apa, tidurlah", datuk seperti memujuk.
"Tidur cu”, sahut nenek.
Saya pun merebahkan badan atas katil. Datuk dan guru agama segera meninggalkan saya tetapi nenek
masih setia menungggu saya di hujung katil. Mata saya masih tertumpu kepada lelangit rumah.
Saya berpusing ke kiri, berpusing ke kanan. Perasaan terasa tidak tenteram sekali. Nenek mengikuti
gerak-geri saya dengan teliti. Sesekali dia meletakkan telapak tangan kanannya ke dahi merasa suhu
badan saya. Kalau panas sudah pasti saya demam.
"Kamu tak demam Tamar. Hawa badan kamu macam biasa"
"Memang saya tak demam nek"
"Tapi kamu aku tengok resah tak tentu pasal"
"Hum..."
Saya menelentangkan badan. Nenek menyelimutkan sepasang kaki saya dengan gebar. Mungkin kerana
rasa mengantuk yang amat sangat, nenek terus merebahkan badannya di lantai. Tidak sampai sepuluh
minit nenek terus berdengkur. Saya terdengar suara perempuan memanggil nama saya dihalaman
rumah. Saya segera membuka tingkap. Saya lihat perempuan yang baru mengunjungi saya sebentar tadi
berdiri di tengah halaman sambil tersenyum ke arah saya. Kali ini dia memakai buju kebaya dan kain
putih bersih. Rambutnya terhurai atas sepasang sayap bahu. Tangan kanannya melambai-Iambai ke arah
saya.
Tingkap segera saya rapatkan. Mungkin ketika daun tingkap itu bercantum telah mengeluarkan bunyi
yang mcnyebabkan nenek terjaga dari tidur. Dia terkejut melihat saya meninggalkan katil.
"Kenapa Tamar?"
Pertanyaan nenek tidak saya jawab. Cepat-cepat saya melangkah dan terus duduk di bibir katil. Sikap
membisu saya menimbulkan rasa tidak puas di hati nenek. Dia segera mahu mendapatkan datuk yang
berada di ruang tengah rumah. Sebelum nenek melangkah hasratnya itu saya halang.
SAYU
Saya bersyukur pada Allah. Nenek masih mahu mematuhi permintaan saya. Dia duduk di bibir katil
merenung sayu ke wajah saya. Saya terus didakap keresahan yang memanjang.

"Kenapa kamu bangun Tamar?"

"Sengaja bangun, nek .. Tak ada apa-apa nek"


"Dengan aku kamu nak berbohong?"

Nada suara nenek merendah. Mengandungi rasa hampa dan kecewa yang amat sangat. Saya rasa
bersalah kerana memperlakukan demikian pada nenek.

"Nek kenal tak dengan Siha, anak Haji Rashid?" "Kenapa dengan dia Tamar?"

"Masa saya pergi ke kaki bukit menengok jerat, saya jumpa dengannya. Dia kata ayam hutan di kaki
bukit kepunyaannya."

"Baa...", mulut nenek terlopong macam orang terkejut besar. Dia renung kiri kanan. Nenek segera
meraba pangkal leher dan terus termenung panjang.

"Agaknya kamu ni mimpi Tamar?"

"Tidak nek, tadi dia datang dan kirim salam pada nenek dan datuk."

"Eh, kamu jangan bergurau Tamar"

"Saya tak bergurau nek. Kenapa nek?", saya minta satu kepastian darinya. Nenek terus gelengkan kepala
beberapa kali. Saya bertambah takjub. Kedinginan dinihari kian kuat menguasai kulit tubuh.

"Kenapa dengan perempuan tu nek, saya tak pernah dengar nama Haji Rashid dan anaknya, Siha"
"Kedua-dua manusia tu berada di kampung ni sebelum kamu dilahirkan. Aku kenal baik dengan kedua-
duanya. Haji Rashid tu kawan datuk kau. Anaknya, si Siha memang terkenal dengan kecantikannya."
.

"Begitu," saya segera memotong kata-kala nenek. Saya lihat nenek tersenyum. Nenek dapat membaca
rahsia hati saya yang memang minat dengan cerita yang diluahkannya itu.

"Masa zaman Jepun, Haji Rashid di tangkap kerana menentang tentera Jepun. Dia dipancung hingga
mati, mayatnya dibawa ke Pulau Pinang. Sampai sekarang tidak ada sesiapa yang tahu di mana
kuburnya", nenek memulakan cerita di malam yang kian mendekati siang. Saya segera melompat dari
katil lalu duduk di sisi nenek.
"Anak perempuannya bagaimana nek?" Tanpa sabar-sabar saya terus menyoal nenek yang kelihatan
terpinga-pinga. Perlahan-Iahan nenek membetulkan silanya. Renung kiri kanan, macam ada sesuatu
yang dibimbangkannya.

"Apa dah jadi pada Siha, bila ayahnya mati?", saya mendesak. Nenek menggigit bibir. Dia keberatan
untuk menerangkan tentang Siha. Kenapa? Apakah Siha sudah meningalkan sumpahnya? Apakah cerita
diri Siha memang jadi rahsia? Macam-macam persoalan dan pertanyaan timbul dalam tempurung
kepala saya. Muka nenek saya tatap.

"Panjang dan sedih ceritanya," nenek memulakan. Silanya diperkemaskannya. Kedinginan terus
menggigit kulit tubuh. Suasana dinihari terasa amat sunyi. Saya tumpukan seluruh perhatian pada
nenek. Saya berdoa, semoga nenek tidak akan memberhentikan cerita tentang Siha, anak gadis Haji
Rashid separu jalan.
"Sayang, gadis yang baik tu jadi korban”

"Korban siapa nek?"

"Korban nafsu tentera Jepun. Dua bulan sesudah ayahnya hilang, ibunya pula meninggal dunia. Dia
marah pada Jepun, dia berpendapat semua kecelakaan yang terjaddi tu, berpunca dari Jepun."

"Jadi apa yang dilakukannya nek?"

"Dia terus menyerang pondok kawalan tentera Jepun di kepala simpang dengan pelepah kabung yang
sudah ditajamkan, senjata tu dipanggil selegi kabung”

“Berapa orang yang dibunuhnya nek?”

“Tiga orang.”

“Hebat orang perempuan bunuh tiga orang askar Jepun.”

“Bukan sebarang perempuan, dia tu pendekar. Alang-alang lelaki jangan cuba nak rapat”, nenek terus
senyum panjang.

Sebaik sahaja nenek selesai bercerita terdengar tapak kaki orang memijak dedaun kering diluar rumah.
Saya renung muka nenek. Tidak lama setela itu terdengar suara perempuan batuk. Bulu roma saya mula
tegak. Badan saya terus menggeletar bila terdengar bunyi suara orang perempuan berbisik sesuatu di
luar rumah. Saya cuba mengamati buah butir perkara yang dibisikkan. Semuanya tidak jelas dan sukar
dimengertikan.

“Jangan pedulikan semuanya itu”, datuk urut ibu jari kaki kanannya berkali. Nenek kelihatan tenang.
Mala terus bangun menuju kearah pintu. Saya kira nenek mahu membuka pintu. Perkiraan saya itu tidak
tepat. Nenek hanya berdiri disitu buat beberapa ketika. Kembali mendekati saya.

“Entah macam mana, Siha dapat diberkas oleh tentera Jepun. Tujuh oran tentera Jepun
menangkapnya”, sambung nenek.

“Kemudian dia dibunuh?”, tanya saya.

“Tidak”

“Dia diperkosa tentera Jepun sampai mati?”

“Juga tidak”

“Habis, apa yang jadi padanya, nek?”

“Dia berjaya melepaskan diri dan terjun ke dalam sungai dan terus hilang sehingga sekarang”

“Ke mana agaknya dia menghilang, nek?”


“Entah”, nenek menggelengkan kepala.

Tetapi, nenek berpendapat sebagai makhluk, Siha pasti mati. Kalau masi hidup tentu dia kembali ke
kampung halamannya. Lebih-lebih lagi bila dia mengetahui keadaan negaranya yang sudah bebas dari
penjajahan Jepun dan Inggeris.

“Masa Jepun menyerah pada orang putih, ada orang melihat Siha berdiri di tepi tebing sungai waktu
senja, kemudian ada orang melihat Siha bermain-main di halaman rumahnya waktu terang bulan. Bila
ada orang-orang kampung menyebut namanya, dia akan datang dekat orang yang menyebutnya.”

“Berapa lama masa dia datang tu nek?”

“Sekejap aje, lepas tu dia hilang entah kemana. Masa darurat dulu ada orang ternampak dengannya.
Kemudian orang-orang kampung baca Yasin beramai-ramai. Dia terus hilang, sekarang dia datang balik.
Anehnya, dia mencari kamu", nenek menamatkan ceritanya. Dan saya tidak mahu bertanya tentang Siha
pada nenek lagi.

Saya kembali atas katil semula. Nenek masih duduk sambil berdiri lutut. Perlahan-Iahan saya rebahkan
badan atas katil untuk beberapa detik sahaja. Saya bangun kembali.
"Apa yang kita dengar tadi nek, bole jadi suara Siha?", saya tatap wajah nenek.

"Dia sudah tak ada, jangan fikirkan tentang dirinya. Kau tidur, jangan fikirkan perkara yang bukan-bukan.
Kalau dia datang biar aku selesaikan," jawab nenek. Saya menarik nafas panjang-panjang. Rebahkan
badan atas katil, kembali merenung lelangit rumah. Saya baca beberapa ayat Quran untuk mencari
ketenangan dan akhirnya saya terlelap.

Bila kelopak mata saya buka, nenek sudah tiada di sisi. Rasa marah dan geram mula bersarang dalam
dada. Kenapa saya ditinggalkan sendirian. Ini sudah keterlaluan? Di mana letaknya rasa kasih sayangnya
pada saya? Dalam keadaan yang serba tidak kena itu, terdengar suara azan Subuh sayup-sayup
menyentuh gegendang telinga.

Saya segera bangun lalu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Keluar dari bilik air, saya lihat
nenek berdiri dekat pintu dapur. Dia merenung ke arah saya dengan senyum.

"Cepat, datuk dan kawannya menanti di kaki tangga"

"Hum, saya fikirkan tadi nak sembahyang di rumah"

"Sudahlah, jangan banyak cerita. Pergi siap"

Saya terus masuk bilik. Pakai kain sarung dan baju kemeja putih. Songkok hitam saya letak melintang
dikepala. Melangkah keluar menuju ke pintu.

"Apa yang kamu tanya, apa yang kamu rasakan, semuanya sudah nenek sampaikan pada datuk kamu",
kata nenek sebaik sahaja saya melintas di depannya.

"Kenapa nenek cerita dengan datuk?"


"Itu cara yang baik, barangkali dia lebih banyak tahu perkara begitu dari aku”
“Tapi, saya tak suka, nek”

“Suka atau tidak, perkara tu dah terjadi”

Saya diam dan terus menggabungkan diri dengan datuk dan guru agama yang menanti di kaki tangga.
Kami meredah kabus pagi yang bangkit dari permukaan tanah kampung. Langkah terus dipercepatkan.
Sampai di masjid terus tunaukan sembahyang fardu dengan berimam tuan guru. Lepas itu diadakan
kuliah Subuh. Kali ini memperkatakan tentang ilmu Tauhid.

Selesai mengikuti kuliah Subuh, semua paras jemaah bersarapan pagi diluar kawasan ruang
sembahyang. Seorang penduduk yang baik bati menyediakan makanan dan minuman untuk sarapan.
Satu hal yang membanggakan diri saya, orang kampung yang baik hati itu tidak pernah memberitahu
pada para jemaah yang dia menyediakan sarapan pagi setiap kali kuliah Subuh diadakan. Hanya tuk siak
dan bilal sahaja yang tahu.
Saya tidak tahu, siapakah manusia dermawan di kampung tumpah darah saya itu. Memang sukar untuk
mengesaninya. Siak dan bilal tetap bersikap tutup mulut. Bagi mereka memberitahu nama penderma
pada orang lain adalah perbuatan tidak amanah dan bersubahat menggalakkan amalan riak serta takbur
dalam masyarakat Islam.

Bagi orang-orang kampung mereka menderma dengan rasa ikhlas pada saudara seagama dan sebangsa.
Bukankah meringankan beban saudara seagama itu memang dituntut oleh Allah. Tetapi, bila
pertolongan itu jadi bualan atau dihebohkan, perbuatan begitu memang tidak baik dan tidak digalakkan
oleh Allah dan boleh mengurangkan pahala dari amalan yang kita lakukan. Orang-orang kampung rata-
ratanya mendapat pendidikan dari sekolah atap di zaman penjajah begitu patuh dengan ajaran agama.
Mereka tidak buat apa yang ditegah.

Mereka lakukan apa yang disuruh oleh Allah dengan rendah hati dan penuh kejujuran. Mereka bercakap
benar. Menjaga amanah yang diberikan. Jika ada orang hulurkan wang derma untuk surau atau masjid,
wang itu tetap digunakan untuk masjid, tidak hilan di tangan atau menjadi hak orang lain. Orang yang
menderma pula tidak minta resit atau sebarang tanda yang mereka telah menderma.

Prinsip mereka mudah sahaja. Tuas mereka hulurkan derma dengan iklas. Tugas orang yang menerima
derma mesti menjalankan kewajipan dengan betul hingga derma itu dapat dimanfaat seperti yang
diingini. Kalau tukang kumpul derma menggelapkan wang derma tersebut, itu adalah urusan dirinya
dengan Allah.

Oran yang menderma tak perlu mengheboh-hebohkan perkara tersebut. Tidak perlua menceritakan
keburukan pengutip derma pada oran. Perbuatan membuka pekung seseorang pada orang lain adalah
perbuatan yan ditegah oleh Allah.

Orang yang wajar bertindak iala ahli jawatankuasa masjid atau surau. Mereka boleh bermuafakat
dengan orang yang melakukan kesilapan. Minta orang yang terlibat membetulkan kesilapan yang dibuat.
Kalau orang yang terlibat tidak mahu, perkara tersebut dibawa ke pengetahuan pihak yang berkuasa.

Biasanya, orang yang melakukan kesilapan akan insaf dan terus membetulkan kesilapan yang dibuat.
Bila perbuatannya dibetulkan, dia akan bertindak meninggalkan kampllng pindah ke tempat baru. Malu
merenung muka penduduk kampung. Kalau tidak pindah, dia akan mengadakan majlis pertemuan
dengan orang-orang kampung dalam masjid.
Dalam majIis pertemuan itu, pak imam akan bertindak sebagai kepala. Menerangkan pada orang
kampung apa yang terjadi. Kemudian orang yang melakukan perbuatan salah itu segera bangun secara
terbuka tentang perkara yang dilakukannya. Bila orang-orang kampung memberi jawapan yang mereka
memaafkan perbuatannya itu, orang tersebut akan menemui setiap orang kampung. Majlis minta maaf
itu akan diakhiri dengan pembacaan doa.

Orang-orang kampung diingatkan jangan mengungkit·ungkitkan perkara tersebut oleh pak imam.
Biasanya, bila sudah diingati begitu, tidak ada seorang pun yang berani menyebut·nyebut perkara yang
lalu. Di kampung, imam dihormati dan buah fIkirannya dikagumi. Biasanya, orang yang jadi imam orang
yang sudah berumur, luas pengetahuan agamanya.

"Tamar, apa yang kamu ingat?"

Saya segera garu pangkal leher. Renung ke kanan, menatap wajah kawan yang menegur saya. Dia
ketawa kecil. Renung hidangan di depan. Nasi lemak dan air kopi masih seperti tadi, tidak berubah
tempat.

"Sejak duduk tadi, aku tengok kamu menung aje, tengok orang dah selesai makan, barang makanan kau
tak jamah", tambah kawan itu.

"Aku memikirkan sesuatu"

"Apa yang kau fikirkan?"

"Tentang orang yang menyediakan sarapan pagi ni"

"ltu bukan urusan kita. Itu urusan penderma dengan Allah. Urusan kita ialah makan apa yang ada di
depan kita"

"Betul juga cakap kamu", balas saya. Kami ketawa dan saya pula menjamah sarapan pagi.
Selesai sahaja bersarapan, saya terus mendekati datuk dan guru agama yang menanti saya di halaman
masjid. Para jemaah seorang demi seorang pulang ke rumah masing-masing di bawah keramahan sinar
matahari pagi.

"Datuk kamu dah ceritakan pada aku, apa yang kamu alami," guru agama itu renung muka saya dengan
senyum. Saya tidak memberikan sebarang jawapan. Saya kira kisah itu tidak wajar diceritakan pada
manusia seperti guru agama. Boleh mengganggu tugasnya.

"Perkara seperti itu tidak mustahil, apa yang mesti kamu fikirkan ialah betapa Maha Kuasa Allah. Boleh
mengadakan sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan," lanjut guru agama itu lagi.

Saya renung muka datuk. lngin mendengar pendapat darinya. Datuk terus membisu. Dalam saat-saat
demikian, saya kira tidak ada gunanya mengenangi apa yang telah terjadi. Saya mahu segera pulang ke
rumah.
"Syaitan tak akan berhenti dari menguji keimanan manusia. Bila dunia dah kiamat, dah hancur baru
syaitan berhenti menyesatkan manusia," terdengar suara datuk seperti orang merungut.

Guru agama yang berdiri tidak jauh darinya dapat mengikuti dengan teliti apa yang diucapkan oleh
datuk.

"Ini sudah jadi perkara biasa. Kita harus mengawal diri supaya jangan terpengaruh, terutama mengawal
keinginan dan nafsu", sahut guru agama sambil meraba-raba pangkal dagunya dua tiga kali.

"Barangkali ini ujian untuk manusia"

"Perkara ini, bukannya barangkali, tetapi memang benar dihadapkan pada manusia untuk menguji
sejauh mana kemampuan akal fikiran manusia digunakan dengan sebaik mungkin".

"Ya, itulah kebesaran Allah", ucap datuk setelah mendengar kata-kata yang dihamburkan oleh guru
agama.

Guru agama terus mendekati saya. Bahu saya ditepuknya dua tiga kali. Matanya menatap seluruh wajah.
Dia senyum.

"Bila kamu diberikan kekayaan, kau jangan lupa kekayaan itu bukan milik kamu"

"Sebab?", saya bertanya.

"Kekayaan itu milik Allah, kau cuma diberikan amanat, untuk menjaga dan menggunakannya. Di akhirat
nanti, cara kita menggunakan dan memanfaatkan kekayaan akan disoal”.

"Oh", mulut saya terlopong.

"Kekayaan yang ada itu, pada bila-bila masa saja boleh diambil oleh Allah dengan berbagai-bagai cara
seperti dicuri orang, terbakar dan macam-macam lagi."

"Begitu", saya anggukkan kepala.

Senyum guru agama bertambah lebar. Datuk tetap memperhatikan dengan teliti segala tindak-tanduk
guru agama pada saya. Sesekali saya lihat datuk senyum.

"Eloklah diberikan nasihat padanya", suara datuk meninggi.

"Bukan nasihat, kami bercerita," jawab guru agama.

"Bercerita?", saya terkejut.

Datuk terus ketawa. Saya tidak tahu apa yang menggelikan perasaannya hingga datuk ketawa begitu.

"Saya bercerita, terpulanglah pada kamu untuk gunakan akal fikiran, apakah perkara yang saya ceritakan
itu memang benar atau tidak? Kalau benar atau betul kau ikut, kalau salah kamu buang", lanjut guru
agama.
"Cucu saya tu, tak faham bercakap macam tu, dia tak faham bahasa kiasan", sahut datuk.

''Tak apa, suatu hari nanti dia akan faham", sanggah guru agama. Datuk anggukkan kepala. Setuju
dengan pendapat guru agama tersebut.

Panas pagi mula beransur keras, langit nampak cerah dengan gumpalan awan putih bersih. Guru agama
segera mendekati datuk. Hulurkan tangan. Buat beberapa saat tangan mereka bergoncangan.

"Saya balik dulu", lembut suara guru agama.

"Selamat jalan. Kalau ada umur kita jumpa lagi".

"Saya juga berharap macam tu. Jaga cucu awak baik-baik".

"Insya-Allah", jawab datuk.

Kami pun berpisah dengan guru agama tersebut. Kata datuk, rumah guru agama agak jauh. Kira-kira lima
puluh batu dan terpaksa naik bas.

"Berapa dia dapat duit mengajar tuk?"

"Hum...", datuk seperti tersentak. Langkahnya terus dimatikan matanya merenung langit dan awan.

"Kenapa kamu tanya macam tu Tamar?"

"Setahu saya, bila seseorang itu dipanggil guru dia dapat gaji macam guru sekolah, ada kereta dan
rumah tapi guru ini naik bas pula?"

Datuk menggaru kulit pipinya yang tidak gatal. Perjalanan yang terhenti diteruskan kembali.

Jan 30, '10 8:11 AM


SBDJ (Jilid 06) Siri 96: Harimau Disangkakan Kucing
by Tamar for group komunitisbdj
Sudah hampir lima rantai berjalan. Datuk tidak juga menuturkan sesuatu. Saya masih sabar menanti
jawapan darinya. Tetapi, lama-kelamaan rasa sabar itu segera bertukar menjadi rasa cemas dan takut.
Mungkin datuk tersinggung atau mungkian dia marah dengan pertanyaan-pertanyaan yan saya ajukan
kepadanya. Tak mengapa, apa pun yang akan terjadi terpaksa saya hadapi. Sesunguhnya, saya ingin
mengetahui sesuatu dengan jelas dan tepat. Saya kira apa yang saya lakukan itu meman wajar, fikir saya
sendirian.
"Imam beri dia duit, yang dikumpul dari derma para jemaah", tanpa diduga datuk bersuara.
Melenyapkan kebimbangan yang bersarang dalam dada saya.
"Berapa dia dapat tuk?"
"Itu aku tak tahu, biasanya tak banyak"
"Tak banyak tu berapa tuk?", saya terus mendesak.
"Kamu ni, suka sangat bertanya. Kamu tahu, dia cuma ambil dit tambang dia datang dan balik, kemudian
dia ambil tiga empat ringgit untuk beli beras".
"Kalau macam tu, sampai bila-bila pun dia tak senang".
"Dia bukan nak cari kesenangan, dia mahu menyebarkan ilmu agama pada umat Islam, itu
sumbangannya. Kamu harus tahu setiap kita yang hidup ini, bila mati akan disoal apa sumbangan kita
pada agama dan manusia".
"Hum... Kalau macam itu sampai bila pun dia tak akan senan".
"Eh kamu", datuk terus menengking saya.
Saay terdiam, sesungguhnya saya terkejut dengan perubahan sikap datuk dari ramah bertukar menjadi
bengis dan marah-marah.
"Aku tak mahu kamu tanya tentang guru tu, dia tidak mengharapkan wang ringgit dari hasil usahanya",
kata datuk dan saya mula mengetahui punca datuk menengking saya.
"Dia mengajar dengan ikhals, dia tidak mengharapkan wang ringgit", kata datuk lagi, mengulangi apa
yang telah diucapkannya.
"Begitu, tapi ada orang mengajar agama kerana wang".
"Itu bukan mengajar namanya, Tamar".
"Kalau bukan mengajar, nak sebut apa tuk?"
"Jangan kamu tak tahu, itu namanya gunakan agama untuk cari duit, itu perbuatan tak ikhlas, faham.
Jangan tanya-tanya hal itu lagi".
"Baiklah tuk".
Perjalanan seterusnya terasa sunyi. Cuma kicau burung yang terdengar. Saya mengambil sikap mengunci
mulut dan berazam tidak akan menyoal datuk hinga sampai ke kaki tangga. Tanpa diduga, datuk
bersuara.
"Kamu balik dulu, aku ada hal".
"Tuk nak kena mana?"
"Aku nak pergi ke kaki bukit, nak tengok jerat yang kamu tinggalkan petang semalam".
"Baik tuk balik dulu, lepas tu kita pergi bersama".
"Tak payah, beritahu pada nenek kamu aku ke sana".
"Jangannnnnn...", jerit datuk. Mukanya nampak merah. Saya segera mempercepatkan langkah ke
rumah.
Dalam asyik melangkah itu, saya terpandangkan sepasang anak kucing bermain-main di tepi jalan.
Timbul keinginan untuk menangkapnya. Saya terus mendekati dan sepasang anak kucing itu melompat
ke dalam semak. Saya terus memburu. Rupa sepasang anak kucing itu sungguh menarik, berbeza dengan
anak kucing peliharaan. Bulunya memikat dengan jalur yang besar dan terang.
Makin saya kejar, makin manja sepasang anak kucing itu melompat-lompat di hadapan. Seolah-olah
mcncabar saya supaya menangkapnya. Keghairahan saya kian menjadi untuk memiliki dan memelihara
sepasang anak kucing tersebut. Kerana asyik memburunya, dua tiga kali saya terjatuh. Akibatnya kain
yang saya pakai terus koyak, begitu juga dengan baju. Songkok yang dipakai, tidak lagi berada di kepala.
Sudah hilang, entah di mana jatuhnya, saya sendiri tidak tahu. Pedulikan dengan songkok.
Tiba-tiba saya dapati diri saya sudah berada jauh dalam hutan. Saya tidak mahu sorot kembali, walau
apa pun yang terjadi, sepasang anak kucing itu mesti saya tangkap. Badan saya mula berpeluh dalam
sinar matahari pagi yang kian keras. Dalam keadaan yang tercungap-cungap itu, hutan tebal saya redah.

BERHENTI
Sepasang anak kucing itu berhenti dari berlari, masuk ke kawasan yang ditumbuhi dengan pepokok kecil.
Tidak jauh dari pepokok kecil itu terdapat sepohon pokok yang amat besar. Akar-akar berjuntaian di
dahan, kerana daunnya terlalu lebat, sinar matahari tidak sampai ke kawasan tanah di bahagian pangkal
pokok. Walaupun begitu, keadaan sekitar kawasan bawah pokok kelihatan bersih.
Dalam sekelip mata sahaja sepasang anak kucing hilang di pangkal pokok besar. Saya kira, anak-anak
kucing itu pasti menyembunyikan diri dalam lubang yang terdapat di perdu pokok. Saya melangkah
dengan perlahan-lahan, saya berusaha supaya ranting dan daun kering yang dipijak tidak mengeluarkan
bunyi yang akan mengejutkan anak-anak kucing tersebut.
Hidung saya mula terhidu bau yang kurang menyenangkan. Saya yakin bau itu adalah bau binatang.
Tetapi, saya tidak dapat mempastikan apakah bau itu dari binatang yang merbahaya atau sebaliknya.
Kerana mahu menangkap anak-anak kucing, bau tersebut tidak saya perhiraukan, saya terus berjalan
membongkok menyusup di bawah akar-akar yang berjuntaian.
Secara mendadak sahaja hati saya berdebar, kaki saya tidak berdaya melangkah, perkara yang tidak
pernah terlintas dalam otak, kini wujud di depan mata. Badan saya berpeluh.
Ya Allah, selamatkan aku dari kecelakaan dan bencana ini. Sesungguhnya, kerana gagal mengawal nafsu
dan keinginan membuat aku jadi susah. Mencari celaka sendiri. Tolonglah, suara batin saya terus
meraung. Badan terus menggigil. Perlahan-lahan saya rendahkan badan lalu duduk dibalik pokok besar.
Saya kumpulkan tenaga untuk memulakan langkah seribu. Ternyata saya tidak berupaya berbuat
demikian. Saya rasa, maut sudah hampir benar dengan saya. Dalam keadaan terdesak saya teringatkan
surah Al-Fil. Kata datuk, kalau surah itu dibaca dalam keadaan diri kita terdesak, boleh menguatkan jiwa,
berani mengadap sesuatu dengan cekal.
Dengan terketar-ketar saya menyebut surah al-Fil yang bermula dengan: Alam tarakai fafa 'ala Rabukka
bi asha bil fil... ayat itu saya ulang berkali-kali. Rasa gementar pun hilang. Saya serahkan diri saya pada
Allah. Kalau janji saya mahu mati di pangkal pokok besar ini, tetap saya terima. Kalau saya terselamat
saya bersyukur pada Allah kerana usia dilanjutkan lagi.
Perlahan-lahan saya bangun dan merenung ke arah tanah yang agak lapang. Saya perhatikan sepasang
anak harimau (yang pada awalnya saya sangka anak kucing) bermain-main dengan ibunya. Ekor ibunya
bergerak-gerak. Sesekali menampar dan menggigit badan anaknya yang nakal. Entah macam mana, ibu
harimau itu terpandang ke arah saya. Ia segera bangun dan membuka mulut, memperlihatkan gigi dan
lidahnya.
Semuanya, terpaksa saya hadapi dengan tenang. Hati saya tidak pernah penat membaca Surah Al-Fil.
Satu saat mata saya dengan mata harimau bertentangan. Perlahan-lahan harimau merendahkan badan.
Berguling-guling di bumi bermesra dengan sepasang anaknya yang comel.
Saya segera meletakkan telapak tangan ke bibir. Saya terkejut melihat perangai harimau beranak dua
itu. Tidak mempedulikan kehadiran saya. Ternyata harimau itu tidak mahu menjadikan diri saya sebagai
musuh utamanya. Saya harus menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin. Ketika itu juga,
saya teringat kata orang tua-tua yang berbunyi "Musuh jangan dicari. Tuah jangan ditolak". Berpegang
pada kata-kata tersebut, saya segera berundur setapak demi setapak.
Setelah dihitung, lebih dari dua puluh tapak saya undur ke belakang dan yakin harimau tidak akan
mengikuti saya. Cepat-cepat saya memusingkan tubuh (membelakangi harimau) lalu memulakan
langkah seribu. Saya terus memecut dengan sekuat hati, bagaikan tidak cukup bumi. Sambil berlari, saya
merenung ke belakang. Saya bimbang, kalau harimau beranak dua menyusuri jejak langkah saya.
SELEKOH
Sampai di satu selekoh kecil yang kerap digunakan oleh orang-orang kampung sebagai jalan pintas pergi
ke hutan mencari rotan, saya toleh ke belakang. Dalam perhitungan saya, itulah renungan terakhir untuk
harimau dan anak-anaknya. Beberapa langkah dari selekoh kecil itu adalah kawasan perkampungan yang
subur dengan pepohon pisang dan perdu tebu.
“Aduh”
Saya terasa bahu sebelah kanan terlanggar sesuatu yang lembut dan badan saya ikut jatuh bersama
benda yang saya langgar itu. Apa yang saya lihat ialah kepulan awan putih. Saya tidak terdaya mahu
merenung ke kiri dan kekanan. Bila saya gerakkan anggota tubuh terasa sakit. Dalam keadaan yang agak
cemas itu, saya terasa benda yang saya langgar bergerak lemah. Serentak dengan itu saya terdengar
desir nafas.
Apakah desir nafas itu dari manusia? Atau dari ular sawa? Timbul pertanyaan dalam diri. Kata orang,
hembusan nafas ular sawa yang tertindih, tidak jauh bezanya dengan hembusan nafas manusia. Saya
jadi panik dan saya kira saya jatuh atas lingkaran badan ular sawa. Saya tidak berani menggerakkan
badan dan saya pasrah pada Allah.
Saya segera membayangkan, sebentar lagi ular sawa yang tertindih itu akan membelit tubuh saya lalu
menjerutnya dengan sekuat hati. Segala tulang-temulang saya remuk. Badan menjadi lembik dan ular
menelan saya perlahan-lahan. Benda yang saya tindih terasa bergerak dan sepasang tangan memeluk
tubuh saya erat-erat. Saya cuba meronta-ronta. Sehelai daun tebu jatuh atas pipi kiri. Saya mula terasa
miang.
“Babi kamu Tamar, lari tak tengok orang,” terdengar rungutan.
Serentak dengan itu badan saya di angkat dan ditolak ke kanan dengan kuat. Saya jatuh atas dedaun
tebu kering. Saya terpaksa bangun perlahan-lahan diperdu tebu.
"Kamu tak ada otak”, sambung Mazlan lalu mencabut golok perak di pinggang. Saya lihat mukanya
bercalar terkena tebu muda. Bajunya koyak, kain ikat kepalanya terlucut.
"Kalau orang lain, aku tikam kamu dengan golok ini sampai terburai isi perut. Kamu tengok botol kopi
aku pecah, nasi bekal aku habis bertabur atas tanah", lanjut Mazlan yang kerja sehari-hariannya mencari
rotan. Saya terdiam.
Saya lihat air kopinya yang meresap ke bumi, saya lihat bekalnya bertaburan. Timbul rasa belas dalam
hati.
"Kamu bayar semua ini?”, Mazlan mula mengugut.
"Aku tak sengaja”.
"Tak sengaja, kepala bapak kamu".
“Maafkan aku Mazlan, aku tak sengaja"
“Bodoh, sial", kutuk Mazlan.
“Cakap jangan sebarang, silap cakap buruk padahnya", rasa marah mula meruap dalam dada saya.
Terasa malu dan hilang harga diri bila disebut bodoh dan sial. Mazlan yang lebih besar bentuk tubuhnya
itu saya renung.
“Ada mata, tak tahu nak guna, lari membabi buta inilah akibatnya. Ada otak tak tahu guna”, Mazlan
membakar perasaan saya dengan kata-kata yang amat menyakitkan.
“Kamu juga tak tahu gunakan mata, kalau kamu gunakan mata tentu kamu boleh mengelak bila aku
datang", saya meningkah. Kata-kata itu menaikkan kemarahan Mazlan seratus-peratus. Matanya tidak
berkedip merenung muka saya. Mazlan menerpa ke arah saya sambil mengangkat goloknya tinggi-tinggi.
Bila dia menjatuhkan goloknya ke arah bahu kanan saya, Cepat-cepat saya mengelak dan melepaskan
buah silat lalu menendang tangan yang memegang golok. Mazlan terdorong ke kiri. Mata goloknya yang
tajam sempat merebahkan lima batang tebu dalam sekelip mata.
Andainya saya tidak sempat mengelak, bukanlah satu perkara yang mustahil tali perut saya bertabur
atas bumi. Mazlan yang marah itu terus bangun serta-merta. Dia membuka langkah silat. Saya
tergamam. Bukanlah mudah untuk menentang kawan seperguruan. Masing-masing tahu kelemahan dan
kelebihan rentak serta langkah masing-masing. Siapa silap membaca langkah dan lambat bertindak,
orang itu pasti tewas.
“Jaga kamu Tamar”
Mazlan terus menyerang. Saya mengelak lagi sambil menyusun langkah di balik batang tebu. Mazlan
bertambah marah. Dia tahu saya cuba menjadikan batang-batang tebu yang tumbuh itu sebagai perisai.
Dia terpaksa merebahkan batang-batang tebu terlebih dahulu, sebelum menghunuskan mata goloknya
ke tubuh saya. Mazlan terus bertindak macam orang gila. Semua batang tebu yang saya jadikan perisai
habis rebah ke bumi. Saya terdesak.
“Hei, kamu tahu, aku langgar kamu tadi kerana harimau kejar aku”, saya menjerit. Langkah silat dan
gerak tangan Mazlan yang pantas bergerak, terhenti serta-merta.
“Apa Tamar?”
“Aku dikejar harimau, fasal tu aku lari”
“Tamar", suara Mazlan lemah. Golok di tangannya terlepas.
“Harimau, aku dikejar harimau",saya bersuara dengan keras dan berpusing ke kanan lalu lari.
“Tamar, nanti dulu”, pekik Mazlan. Saya berhenti berlari dan menoleh ke arahnya.
“Aku tak boleh tunggu kamu, Mazlan. Aku takut”
“Tunggulah, aku maafkan kamu. Jangan tinggalkan aku”, suara Mazlan bertambah lantang. Rasa belas
timbul dalam hati. Ingin sekali saya memenuhi permintaannya. Bagaimana? Bila sudah berdekatan dia
bertindak lain pula, mana tahu dia terus menyerang. Mungkin saya menemui ajal di hujung goloknya
atau cedera parah. Cakapnya, bukan boleh dipercayai. Hati manusia selalu berubah. Sebelum sesuatu
yang buruk terjadi. Ada baiknya, saya melupakan tentang dirinya. Pergi jahanam dengan Mazlan. Saya
membuat keputusan nekad.
“Maafkan aku Mazlan, aku tidak boleh menolong kamu", jerit saya lalu membuka langkah semula.
Melihat saya tidak mahu menunggunya, Mazlan segera renung kiri dan kanan dengan wajah yang amat
cemas. Beberapa detik kemudian, Mazlan terus membuka langkah seribu. Saya lari arah ke rumah datuk
dan Mazlan lari ke rumahnya. Dia terus berteriak sepanjang masa berlari.
"Tolong, harimau, harimau masuk kampung", teriaknya bertali-tali. Berjaya menarik perhatian para
penduduk kampung. Mereka keluar beramai-ramai ke halaman rumah dengan rasa terkejut dan hairan.
Beberapa orang dari mereka yang turun ke sawah dan ke kebun pagi itu terpaksa membatalkan
rancangan mereka. Anehnya, tidak sampai setengah jam kemudian, keadaan kampung jadi haru-biru.
Bermacam-macam cerita yang menakutkan mula timbul.
MENGADU
"Dah dua orang di baham harimau keramat", kata seorang penduduk yang datang mengadu pada datuk.
Saya yang kepenatan terus duduk di kerusi kayu dekat tiang seri di bawah rumah. Datuk pula yang
kebetulan baru sahaja pulang dari melihat jerat di kaki bukit termenung sejenak. Wajah penduduk
kampung yang singgah di kaki tangga direnungnya.
“Jadi kamu ni nak ke mana?”, tanya datuk.
“Nak ikut orang-orang kampung menghalau harimau keramat dan nak ambil mayat orang yang
dibahamnya", terang penduduk tersebut. Saya melagakan gigi atas dengan gigi bawah dua tiga kali. Baru
setengah jam saya meninggalkan pinggir hutan bermacam-macam cerita terjadi.
“Siapa yang kena baham harimau tu?”
“Zaharin, anak Alang Usman"
“Mana kamu tahu?", soal datuk bersungguh-sungguh. Rasa penat yang menguasai diri saya beransur
kurang. Saya lihat beberapa orang kampung membawa kayu dan parang berlari ke arah pinggir hutan.
Datuk jadi cemas melihat keadaan tersebut.
“Aku baru balik dari kaki bukit, aku tak nampak apa-apa", datuk menarik nafas sambil menggaru pangkal
dagunya.
“Itu saya tak tahu, orang-orang kampung semuanya dah bersiap sedia nak halau harimau”
“Dari mana kamu tahu semuanya ini?", datuk mula mencungkil rahsia.
“Si Ramli beritahu. Dia dapat cerita dari Suhaimi dan Suhaimi pula dapat tahu dari Syamsuri dan
Syamsuri dapat cerita dari siapa saya tak tahu", orang itu menelan air liur. Di mukanya terbayang
keresahan. Tidak suka dirinya disoal begitu.
“Kalau awak nak ikut mari, saya nak bantu orang kampung, kemudian nak cari mayat si Zaharin", orang
itu memberi kata putus lalu melangkah meninggalkan datuk. Dua tiga kali datuk gosok pangkal hidung.
Dia jadi serba salah. Hati menyuruh pergi, sedangkan fikirannya menyuruh dia bersabar.
Setelah ditilik dan ditimbang dengan teliti, datuk membuat keputusan untuk mengikut kata hatinya.
Datuk segera mengikut langkah lelaki itu. Dua kali saya memanggil nama datuk. Sayang, seribu kali
sayang, panggilan saya tidak dapat ditangkap oleh gegendang telinga datuk. Dia memburu lelaki itu.
Mereka bersatu dan melangkah seiring sebaik sahaja sampai dekat pokok tualang yang mati pucuk. Rasa
sesal mula bertandang dalam hati. Kerana penat berlari saya tidak dapat menerangkan keadaan sebenar
pada datuk.
Apa yang perlu dilakukan sekarang? Perkara yang wajar dibuat, ikut datuk dan lelaki itu. Terangkan
keadaan sebenar pada mereka. Itu keputusan yang saya ambil. Tanpa berlengah-lengah lagi saya terus
mengejar datuk. Bukan mudah mahu mendekati mereka. Mereka sudah terlalu jauh. Saya terus berlari.
Saya berazam, bila datuk menoleh ke belakang, saya akan melambaikan tangan ke arahnya.
Apa yang saya harapkan itu tidak menjadi kenyataan. Datuk dan lelaki itu sampai ke pinggir hutan (di
tempat saya melanggar Mazlan hingga jatuh). Bila saya sampai ke tempat tersebut, datuk dan lelaki itu
sudah meninjau ke arah lain. Melihat batang-batang tebu yang bcrsepah. Badan saya berpeluh, saya
lihat ramai orang-orang kampung di situ. Beberapa orang dari mereka memikul senapang kampung
berlaras satu dan dua. Sebahagiannya membawa kayu dan parang panjang. Keadaan di situ memang
kelihatan sibuk.
Semua yang hadir bercakap besar. Masing-masing mahu membantai harimau jahanam sampai mampus.
Beberapa orang pemuda membawa buluh kuning yang sudah ditajamkan.
“Kamu hidup lagi, tadi dia orang kata kamu dibaham harimau, badan kamu dah dibawa harimau ke
dalam hutan", kata Shahril lalu melihat tubuh saya atas bawah. Dia bagaikan tidak percaya yang dirinya
sedang berdepan dengan kawan sekampung yang pernah main gasing dan guli. Malah pernah
bertumbuk kerana kalah main congkak.
“Dari mana kamu dengar cerita ni, Sha?”
“Jaafar, dia dapat cerita dari Mazlan", Shahril terus memerhatikan pakaian saya yang terdapat kesan
tanah dan koyak. Dia melihat lengan kanan saya luka dan bercalar. Wajahnya jadi cemas.
“Kau berjaya selamatkan diri dari harimau, kau gunakan ilmu silat menentang harimau, kau memang
handal", jerit Shahril hingga menarik perhatian orang-orang lain. Dalam beberapa detik sahaja saya terus
dikerumuni oleh orang-orang kampung. Saya jadi resah. Terasa seram sejuk, bila bercupak-cupak biji
mata orang kampung tertumpu ke arah saya.
Dari raut muka dan gerak-geri beberapa orang dari mereka secara terang-terangan mengagumi
kehebatan saya. Mulut Shahril yang tidak terkawal itu terus memuji-muji diri saya. Dalam keadaan yang
serba tidak kena itu, saya lihat datuk dan kawannya berdiri tidak jauh dari depan saya.
“Mana satu yang betul, tadi orang ini mengatakan Zaharin anak Alang Usman yang dibaham harimau.
Sekarang dah lain pula orangnya",datuk melangkah setapak, memisahkan dirinya dari kumpulan orang
ramai. Jari telunjuknya masih mengarah kepada lelaki di sebelahnya.
“Siapa di antara kita yang berbohong. Perkara mati jangan dibuat main-main, boleh menyusahkan orang
yang hidup, terutama keluarga yang terbabit", sambung datuk lagi. Semua wajah orang kampung
ditatapnya satu-persatu.
“Kamu Sha", jari telunjuk datuk menghala ke arah Shahril,"Jumpa Jaafar di mana?”, lanjut datuk lagi.
“Dekat kedai, dia dapat cerita dari Mazlan", jawab Shahril dengan tenang dan penuh keyakinan. Orang
kampung berpandangan sama sendiri. Mereka masih tertanya sesama sendiri, macam mana cerita
seperti ini boleh tersebar dengan luasnya.
“Itu dia Zaharin", kata salah seorang dari kumpulan orang kampung. Semua biji mata tertumpu arah
selatan. Zaharin berjalan dengan tenang keluar dari rerumpun pokok kecil sambil membuka kain ikat
kepalanya. Dia mendekati kumpulan orang kampung.
“Kenapa berkumpul? Ada apa-apa masalah?”, tanyanya.
“Kami dapat tahu kamu dibaham harimau", jawab rakan datuk.
“Dibaham harimau? Siapa yang beritahu?”, Zaharin kehairanan.
“Mazlan", jawab datuk.
“Hiss...ini dah mengarut, memang kami berdua nak ke hutan mencari rotan. Saya masuk ke hutan dulu
dan berjanji dengannya bertemu di tempat biasa”, Zaharin berhenti bercakap. Sepasang matanya
merenung tepat ke wajah saya. Dia menarik nafas dan melepaskannya dengan perlahan-lahan. Hati
orang-orang kampung terus berdebar, menanti cerita darinya.
“Saya tunggu-tunggu, dia tak datang. Saya keluar ni nak cari dia", terang Zaharin dengan wajah kesal. Dia
sendiri terasa aneh, macam mana cerita dirinya dibaham harimau boleh timbul.
“Kita ni sebenarnya, salah faham. Bila dah salah faham kita pula tak mahu mencari macam mana punca
salah faham tu boleh timbul", datuk bersuara dengan rasa kecewa. Tanpa disangka-sangka sepasang
mata datuk tertumpu ke arah saya.
“Kamu ni, apa kena calar-balar? Pakaian koyak-rabak apa fasal? Apa tadi kamu tak terus pulang ke
rumah", saya tergamam dengan pertanyaan yang tidak diduga sama sekali keluar dari mulut datuk. Saya
renung ke arah Shahril minta simpati dan bantuan darinya.
“Kamu mesti selesaikan perkara ini, terangkan pada kami kedudukan sebenar. Macam mana kamu
dengan Zaharin disebut-sebut sudah dibaham harimau?", terdengar suara dari arah belakang. Saya
renung ke arah datuk. Dia nampak serius. Tunduk merenung bumi.
“Ceritakan, kami nak tahu siapa yang bawa cerita palsu ini?", terdengar lagi suara dari arah belakang.
“Ya, kami nak tahu", sahut dari sebelah kiri. Saya jadi serba salah.
“Begini mulanya, sa...”, saya tidak terdaya meneruskan kata-kata. Diganggu oleh bunyi sorakan yang
kuat dari arah pangkal kampung. Saya segera menoleh ke arah tersebut. Apa yang saya lihat amat
mengejutkan. Mazlan dipegang oleh beberapa orang lelaki dan dibawa ke arah kami. Mazlan meronta-
ronta dan cuba menendang ke kiri dan ke kanan. Usahanya itu tidak mendatang apa-apa hasil. Orang-
orang kampung yang memegangnya bukan orang lain tetapi dari keluarganya sendiri.
“Sekarang terangkan pada kami macam mana perkara ini boleh terjadi", Usman, Abang Mazlan yang
paling tua bersuara. Mazlan merenung ke arah saya.
“Kau terangkan Tamar", katanya.
“Aku, Mazlan?”
“Ya, siapa lagi kalau bukan kamu”
“Hum", kata saya lalu renung muka datuk Perlahan-lahan datuk anggukkan kepala suruh tunaikan
permintaan Mazlan. Semua orang kampung yang berada di situ tatap muka saya kembali.
"Tadi balik dari masjid saya nampak anak harimau. Saya ikut sampai dalam hutan dan tengok ibunya.
Kemudian saya lari kerana takut. Masa lari tu saya terlanggarkan Mazlan", dengan tenang saya mulakan
cerita. Semua orang kampung terdiam. Masing-masing pasang telinga mahu dengar cerita dari saya.
Tangan Mazlan tidak lagi dipegang oleh keluarganya. Dia dilepaskan. Miang daun tebu jelas kelihatan
lekat di pipi dan baju Mazlan. Lengan dan pipinya calar balar. Ada kesan luka
dipangkal kening kirinya.
"Bila saya langar Mazlan, dia terus marah dan nak tikam saya dengan golok", saya sambung kembali
cerita yang terputus.
“Lepas tu apa yang terjadi?, soal Abang Mazlan.
"Kami bergaduh. Masa bergaduh tu saya beritahu Mazlan ada harimau kejar saya. Mazlan terkejut. Masa
Mazlan tergamam tu saya tinggalkan dia"
"Kamu lari ke mana?", datuk ajukan pertanyaan.
“Saya lari ke rumah, Mazlan saya tak tahu ke mana dia pergi"
“Habis siapa yang beritahu orang kampung tentang harimau yang mengganas?", lelaki di sisi datuk
menyoal. Saya terdiam dan terfikir bahawa soalan yang diajukan ada kena-mengena dengan diri Mazlan.
Ada baiknya Mazlan menjawab pertanyaan tersebut.
“Saya yang beritahu, saya menjerit sepanjang masa saya berlari. Saya beritahu, harimau, harimau",
Mazlan menyelesaikan kebuntuan yang bersarang dalam hati saya.
“Habis, macam mana boleh timbul aku yang kena baham harimau?”, mendadak sahaja Zaharin menyoal.
Saya lihat Mazlan menarik nafas lemah.
“Masa lari tu, saya jumpa Jaafar dia tanya kamu, aku kata kamu di hutan. Itu saja", dengan penerangan
Mazlan itu kesilapan kian terserlah. Dan tanpa diduga, Jaafar yang ada dalam kumpulan orang kampung
tampil ke depan.
“Cakap Mazlan tu betul. Apa yang saya dengar saya beritahu orang kampung, saya cuma menambah
sikit cerita tu dengan menyebut mungkin Tamar mati dibaham harimau, begitu juga dengan Zaharin
yang ikut Mazlan ke hutan. Entah macam mana cerita itu boleh berubah begitu jauh", Jaafar bersuara
dengan rasa penuh kesal.
Orang-orang kampung segera gelengkan kepala. Beberapa orang dari mereka segera mencampakkan
kayu yang mereka bawa ke dalam hutan. Manakala yang memikul senapang terus mengeluh dengan
penuh rasa kesal.
“Semuanya terjadi kerana tidak ada usul periksa, terlalu cepat bertindak ikut perasaan. Apa salahnya
bila dah dengar khabar ada yang kena baham harimau pergi tanya keluarganya dulu sebelum beritahu
orang lain", lelaki di sisi datuk melepaskan kehampaan. Dia wajahnya terbayang rasa kecewa yang amat
sangat. Mungkin dia merasa dirinya bersalah kerana menyampaikan berita yang tidak tepat kepada
datuk dan kemudian mengheret datuk ke mari.
“Tak apalah, jadilah semuanya ini satu pengalaman dan pengajaran. Di masa-masa akan datang jangan
diulangi", ujar datuk dalam nada suara yang lembut. Dengan penuh hormat datuk menggesa orang-
orang kampung yang berkumpul itu supaya bersurai. Permintaan datuk diperkenankan.
MARAH
Kerana marah dileter oleh datuk agak lama, saya mengambil keputusan memprotes perbuatannya itu.
Saya mengelakkan diri dari memandang wajahnya serta tidak mahu bertutur walau sepatah pun
perkataan dengannya.
Sejak lepas makan tengah hari, saya terus meninggalkan rumah. Menghabiskan masa dengan kawan-
kawan bermain catur di bawah pokok cempedak dekat surau. Jemu main catur, kami main gasing atau
godam. Kawan-kawan bagaikan bersimpati dengan saya. Tidak seorang pun yang mahu bertanya
berhubung dengan peristiwa pagi tadi. Mereka melupakan terus bagaikan peristiwa itu tidak pernah
terjadi.
“Tamar, aku nak cari kerja, kau nak ikut?”, Najib anak anggota polis yang baru bersara membisikkan ke
telinga saya.
Saya tergamam sebentar. Otak saya ligat berfikir, apakah cadangan Najib itu wajar saya terima atau saya
tolak.
“Kerja apa kau nak minta?”
“Aku nak minta polis, aku dapat tahu tak lama lagi polis nak cari orang baru. Aku nak minta kerja tu di
Alor Setar"
“Kenapa nak pergi ke sana. Alor Setar tu jauh Jib"
“Di sana peluang aku cerah”
"Peluang kau cerah di sana?”, saya bertanya hairan. Sukar untuk menerima alasan yang dikemukakan
oleh Najib. Mungkin dia mahu bergurau dengan saya. Mungkin kerana Najib tidak mahu rancangannya
diketahui oleh kawan-kawan yang lain dia segera menarik tangan saya menuju ke warung Wak Dollah.
Kami duduk di bangku yang agak tersorok dari pandangan orang ramai. Najib minta dua cawan kopi
sambil memberitahu saya:
“Kamu jangan bimbang Tamar, hari ini aku belanja kamu. Tapi, kamu mesti ingat, aku cuma belanja
minum saja. Kalau kamu makan kuih, sendiri bayar”
"Aku tahu, kamu bukannya ada duit sangat”
“Kamu bijak", jawab Najib bérjenaka. Serentak kami ketawa. Beberapa detik kemudian air kopi yang
dipesan diletakkan oleh Wak Dollah atas meja depan kami.
“Sebab aku nak ke Alor Setar kerana harapan aku nak dapat kerja cukup cerah", Najib membuka rahsia.
Memang saya tahu, kedua orang tua Najib berasal dari Alor Setar. Datang ke kampung kelahiran saya
sejak Najib dilahirkan. Kedua orang tuanya mahu memperjudikan nasib di rantau orang. Mereka
membeli tanah sawah. Ternyata usaha kedua orang tua Najib berhasil. Dari sekeping tanah, mereka
berjaya membeli berpuluh keping tanah sawah dan jadi orang yang agak kaya dan ternama di kampung
saya.
“Bapa saudara aku jadi OCPD di Alor Setar, dia boleh tolong rekemenkan aku. Kalau kamu mahu, dia
boleh tolong", satu cadangan dan harapan yang amat baik dari Najib. Soalnya, apakah datuk bersedia
mengizinkan saya pergi ke Alor Setar mengikut Najib.
“Apa macam nak ikut tak?", tanya Najib.
“Kena tanya datuk aku dulu”
“Kalau dia tak izinkan, macam mana?”
“Aku tak pergilah”
“Tapi, kamu nak jadi polis, bukan begitu”
“Tentu", saya anggukkan kepala.
Najib terus menghirup air kopi. Otak saya terus bekerja untuk mencari jalan bagaimana mahu memujuk
datuk. Kalau permintaan saya tidak diperkenankan apakah yang wajar saya lakukan.
“Kalau datuk kamu tak kasi, kamu lari saja dari rumah ikut aku", Najib memecahkan kebuntuan yang
bersarang dalam kepala saya.
“Itu satu cadangan yang baik tapi, sulit untuk aku kerjakan Najib”
“Tak sulit, kau bukan lari untuk selama-lamanya, lari sehari dua untuk cari kerja. Sama ada dapat kerja
atau tidak kau balik juga ke rumah"
“Betul juga cakap kamu Najib", kata saya riang.
Susulan dari keriangan itu, cepat-cepat telapak tangan Najib saya sambar. Buat seketika tangan kami
bergoncangan. Mata berpandangan penuh sejuta makna.
“Jadi", kataku.
“Berjaya", sahut Najib. Senyum kami pun bertambah lebar. Serentak kami menghirup kopi dalam cawan
hingga habis.
“Bila kita mulakan?”, saya menyoal tanpa sabar.
“Aku tulis surat dulu pada bapa saudara aku, bila pemilihan itu mahu diadakan, bila dapat jawapan kita
terus pergi"
“Kau jangan main dan tipu aku"
“Tidak, aku berjanji", jawab Najib. Lagi sekali telapak tangan kami bercantum dan bergoncang. Warung
Wak Dollah kami tinggalkan. Saya mula membayangkan betapa hebatnya saya memakai pakaian
seragam polis dengan kayu cota di pinggang. Bertindak cergas menangkap orang jahat.
Saya senyum sendirian.

You might also like