You are on page 1of 1

Contoh membina ayat dalam perenggan PENDAHULUAN

Isu : Kepentingan Semangat Kejiranan di Bandar

Ayat 1 Penyataan soalan Semangat kejiranan bermaksud semangat bersatu padu yang
perlu dipupuk dalam sesebuah masyarakat seperti amalan
   (atau) takrif/ bekerjasama, bertimbang rasa, tolong-menolong dan
definisi menghormati jiran.
 
(atau) penegasan (atau)
(atau) umum
  Dewasa ini, persoalan tentang kelonggaran semangat
kejiranan dalam masyarakat semakin hangat diperkatakan.

Ayat 2 Isu semasa (atau) Berdasarkan situasi semasa, kita sedar bahawa masyarakat di
umum bandar sudah tidak mementingkan semangat kejiranan lagi.
 
   (atau)

Masyarakat di bandar khususnya menganggap isu


 
kelonggaran semangat kejiranan merupakan perkara yang
remeh dan hanya membebankan dan mengongkong
kehidupan mereka.

Ayat 3 Isu semasa Oleh itu, mereka bersikap individualistik dan tidak mahu
bergaul dengan jiran mereka.
   
(atau)
   
Masing-masing membawa haluan sendiri kerana kononnya
mereka `tidak mahu menjaga tepi kain orang’.
   
Ayat 4 Pertanyaan * Mungkinkah hal ini berlaku kerana arus kemodenan yang
begitu pesat?/ Persoalannya, mengapakah masalah ini
    menjadi semakin kritikal?/Masalahnya, mengapakah sikap
negatif ini semakin menebal dalam jiwa masyarakat,
khususnya di bandar-bandar?
  

Ayat 5 Pendapat tokoh Dalam hal ini, kerajaan sedar akan perkembangan yang
berlaku dan telah mengambil langkah untuk menanganinya.
  (atau) pendapat Kempen kejiranan dengan slogan `Jiran Sepakat Membawa
kerajaan Berkat’ dilancarkan bagi mengatasi masalah menentingkan
diri sendiri yang wujud di kalangan warga kota ini.
 
(atau) pendapat
umum  
 
(atau) peribahasa
 
 
(atau) slogan

Ayat 6 Pendirian Sebagai anggota masyarakat, kempen yang dilancarkan oleh


kerajaan itu perlu dijayakan dengan bersungguh-sungguh
(atau) nyatakan kerana manfaatnya yang cukup besar.
gambaran isi

You might also like