You are on page 1of 130

NOTA

FASILITATOR
PROSTAR
SEKOLAH
NOTA FASILITATOR: REMAJA BERKETERAMPILAN SIHAT
i
SKOP 1 : MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

KELEMUMUR

Definasi

 Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara
berlebihan
 Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari

 Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap
11 hari

 Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh menyebabkan
bertambahnya pembentukan kelemumur

Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada pembentukan kelemumur

 Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna


 Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap

 Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul

 Pengeluaran minyak yang berlebihan

 Perubahan hormon

 Tekanan perasaan

 Daya imuniti yang rendah

Tanda-tanda kelemumur

 Kulit kepala gatal dan menggelupas


 Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut,
bahu

 Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada pakaian

Cara merawat kelemumur

Gunakan syampu anti kelemumur.

Contoh syampu anti kelemumur dan fungsinya ialah:

ii
 Syampu berkandungan zinc pyrithione berfungsi untuk mengurangkan kulat dan
kelemumur
 Syampu yang mengandungi tar untuk memperlahankan pertumbuhan sel

 Syampu berkandungan salicylic membantu menghapuskan kelemumur

 Syampu berkandungan selenium sulphide membantu mengurangkan pertumbuhan sel


dan kulat

 Syampu berkandungan ketoconazole membantu mengurangkan berbagai jenis kulat

Cara mencegah kelemumur

 Syampu rambut anda dengan kerap sekiranya kulit kepala anda berminyak
 Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur,
gel dan mousse rambut:

APA PENYEBAB KULIT MENGELUPAS?

Keadaan Ciri-ciri
 Gatal
Kulit kering
 Kelupasan kulit yang kecil dan kurang berminyak
 Kulit kemerahan dan berminyak
Seborrheic
dermatitis  Kelupasan kulit berwarna putih atau kekuningan

 Melibatkan kawasan yang banyak kelenjar minyak


seperti bulu kening, belakang telinga, hidung dan
pangkal peha
 Kelupasan kulit yang tebal, bersisik dan berkilat
Psoriasis
 Tidak menjejaskan pertumbuhan rambut

 Kawasan yang sering terlibat adalah kulit kepala,


lutut, siku dan bahagian badan
 Kulit kepala kemerahan, gatal dan bersisik
Contact
dermatitis  Disebabkan oleh alahan kepada produk penjagaan
rambut yang tertentu

iii
JERAWAT (AKNE)

Definasi

Akne juga dikenali sebagai jerawat.

Kejadian akne

Akne terjadi apabila:

 Liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada
bahan kosmetik atau tar
 Terdapat peningkatan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak (sebaceous gland).
Keadaan ini bergantung kepada hormon serta ditentukan oleh gen seseorang

 Terdapat jangkitan bakteria pada dukta liang roma (disebabkan oleh bakteria
Propionebacterium acnes)

AKNE DAN MAKANAN

Ini merupakan satu mitos.

Akne tidak disebabkan oleh makanan berminyak seperti kacang atau coklat. Ia juga bukan
disebabkan oleh resdung.

RUPA AKNE

Terdapat beberapa jenis akne iaitu :

 Bintik putih atau bintik hitam (comedones )


 Bonjol merah yang bernanah atau tidak

 Bintil (nodul) dan pembentukan cista (berair) yang


mungkin mengakibatkan parut
iv
Perkara yang menyebabkan akne semakin teruk

Antara perkara yang boleh mengakibatkan akne semakin teruk adalah:

 Perubahan hormon pada remaja perempuan semasa datang haid


 Alat solek yang berasaskan minyak

 Gel rambut

 Memicit jerawat

 Tekanan hidup

 Mengandung

 Ubat seperti streroid, phenytoin (Dilantin) atau Lithium

Kejadian akne

Akne boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

 Biasanya ia menjadi bertambah teruk di kalangan remaja, terutama remaja lelaki


 Kita boleh mendapat akne pada bila-bila masa atau usia walaupun melebihi 50 tahun

 Jika ibu bapa anda mempunyai masalah akne, berkemungkinan besar anda juga boleh
mendapatnya.

Cara mencegah akne

Akne yang ringan boleh dirawat dengan ubat yang boleh dibeli dari farmasi. Pada lazimnya
adalah memadai untuk menggunakan ubat seperti:

 Benzoyl peroxide 2.5%, 5%, 10% krim/gel pada waktu malam atau 2 kali sehari
 2% - 6% Sulfur dalam losen calamine

Rawatan

Jika akne bertambah teruk, anda perlu berjumpa dengan doktor. Doktor akan memberi pelbagai
jenis krim seperti Retinoids, Azelaic Acid atau antibiotik (Clindamycin).

Untuk akne yang sederhana.

 Seseorang itu perlu makan antibiotik selama 4 hingga 6 bulan


 Pil perancang keluarga yang tertentu juga berkesan bagi remaja perempuan tetapi bukan
untuk remaja lelaki
v
Bagi akne yang teruk (nodulocystic acne), anda perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk
mendapatkan rawatan Isotretinoin (Roaccutane). Preskripsi bagi ubat ini hanya boleh diberi
oleh Pakar Perunding Kulit (Dermatologist):

 Isotretinoin mempunyai kesan sampingan yang teruk seperti kecacatan kelahiran. Remaja
perempuan tidak boleh mengandung semasa mengambil Isotretinoin dan sehingga
sekurang-kurangnya sebulan selepas berhenti mengambil ubat tersebut .
 Mereka juga perlu dipantau untuk kesan-kesan sampingan Isoteretinoin yang lain

KESAN / AKIBAT AKNE

Akne yang ringan sembuh dengan meninggalkan kesan gelap (pigment ) yang akan hilang.
Pada lazimnya ia tidak akan meninggalkan parut kecuali akne tersebut dicungkil atau dipicit.

Akne yang teruk dan nodulocystic akan meninggalkan parut yang cetek di bahagian
permukaan dan/atau parut yang dalam di kulit.

Terdapat golongan yang cenderung terhadap pembentukan keloid (parut tebal).

RAWATAN BAGI PARUT AKNE

Selepas beberapa bulan, biasanya parut akan hilang sedikit demi sedikit.

Beberapa kaedah boleh digunakan untuk merawat parut seperti:

 Bagi parut yang cetek, bahan kimia seperti glycolic atau asid trikloroasetik digunakan
untuk menggelupaskan permukaan kulit
 Teknik laser resurfacing

 Bagi parut yang besar, boleh menggunakan suntikan collagen atau implan matrik gelatin

 Pembedahan pembetulan (Surgical repair )

 Penggunaan kosmetik bagi menutup parut

Mengawal kejadian akne

Anda boleh menghindari atau mengawal akne melalui:

vi
 Mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan pencuci muka yang
lembut
 Mengelak daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak. Pilih kosmetik yang
non-comedogenis

 Mengamalkan pemakanan yang sihat. Makanan boleh memberi kesan kepada kulit anda.
Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan

 Lebihkan minum air kosong

 Bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit

 Mengurangkan tekanan dan mengamalkan teknik relaksasi

TOMPOK PUTIH PADA KULIT ( PANAU , KURAP )

SEBAB KEJADIAN TOMPOK PUTIH PADA KULIT SESEORANG

Tompok putih pada kulit merupakan masalah biasa di kalangan remaja. Ia boleh terjadi
disebabkan pelbagai faktor.

Antara sebab berlakunya tompok putih pada kulit ialah:

 Pityriasis alba :
o Punca penyakit ini masih tidak dapat dikesan

o Biasanya boleh dilihat di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai kulit
yang kering

 Panau (Pityriasis versicolor ):

o Sebabnya tidak diketahui

o Jangkitan di bahagian permukaan kulit disebabkan oleh pertumbuhan kulat


pityrosporum orbicular secara berlebihan

o Biasanya terjadi di kalangan remaja yang berpeluh terlalu banyak

o Jangkitan ini mudah berulang semula

Terdapat sebab-sebab lain berlakunya tompok putih. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih
lanjut, sila dapatkan nasihat daripada doktor.

vii
RUPA MASALAH KULIT YANG DIHADAPI

Pityriasis alba :

 Tompok-tompok biasanya dilihat di bahagian muka terutamanya di pipi


 Ia juga boleh dilihat di bahagian leher, anggota atas dan bahagian badan

 Kulit bersisik kecil dan sukar untuk dikikiskan

Pityriasis versicolor :

 Tompok-tompok biasanya dilihat bahagian atas belakang badan dan dada


 Ia juga boleh berlaku pada keseluruhan badan

 Tompok-tompok boleh berubah warna samada bewarna hitam atau merah. Kadang kala
bercantum menjadi tompok yang lebih besar

 Tompok-tompok ini juga boleh terasa gatal

RAWATAN

Pityriasis alba

 Biasanya tiada rawatan diberikan kerana tompok-tompok ini, ia akan hilang dengan
sendirinya
 Gunakan pelembap

 Doktor mungkin akan memberikan anda krim steroid untuk disapukan pada tompok-tompok
tersebut

Pityriasis versicolor :

 Guna syampu berkandungan selenium sulfida pada seluruh badan dan bilas selepas 30
minit, lakukan setiap hari selama seminggu
 Anda juga boleh menggunakan syampu ketoconazole selama 5 minit, sekali sehari untuk 5
hari berturut-turut

 Doktor akan memberi anda ubat anti fungus (anti kulat) jika keadaan bertambah teruk

viii
CARA MENGELAKKAN MASALAH BERULANG

Pityriasis versicolor :

 Anda boleh menggunakan syampu selenium sulfida atau syampu ketonazole seminggu
sekali untuk menghalang tompok dari muncul semula

KUDIS BUTA

Definasi

 Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit disebabkan oleh sejenis
hama.
 Hama adalah sejenis makhluk seperti serangga yang membentuk laluan/terowong di bawah
lapisan luar kulit. Hama bertelur di bawah kulit dan menghisap darah dari mangsanya.

 Kudis buta dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit ke kulit.

 Semua orang tanpa mengira peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini.

 Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan
menyebabkan ruam.

RAWATAN

 Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas.
 Masukkan perkara yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup dan simpan
selama sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.

 Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.

 Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta harus
dirawat pada masa yang sama.

 Rawatan kudis buta termasuklah menyapu krim pembunuh serangga atau losyen seperti :

o Permethrin

o Losyen Malathion

o Gamma benzene hexachloride (or lindane)

ix
o Benzyl Benzoate lotion (EBB)

PERHATIAN KHUSUS
 Kegatalan
o Pesakit telah pulih dari jangkitan selepas rawatan selesai walaupun rasa gatal-gatal
mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu

o Rawatan untuk kegatalan mungkin diperlukan. Sapuan steroid boleh mengurangkan


kegatalan dan keradangan.

PENCEGAHAN

 Pengenalpastian dan rawatan segera penyakit ini sangat penting untuk mengawalnya
daripada merebak.
 Pesakit yang dijangkiti sepatutnya dikecualikan dari ke sekolah sehingga selesai rawatan.

 Kudis buta boleh berjangkit semula, jadi adalah sangat penting untuk mengikut segala
arahan rawatan dan membersihkan bahan yang tercemar dengan penyakit tersebut.

BAU BADAN

Definasi

 Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca
yang menyebabkan badan berbau
 Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih dan kari

Kecenderungan untuk mendapat bau badan

 Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah bau badan


 Walau bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan
berbanding remaja perempuan

Tanda-tanda individu mendapat bau badan

 Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh


 Bau badan hilang selepas mandi

Cara mengatasi bau badan

x
 Gunakan sabun anti bakteria
 Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)

Cara individu boleh mengurangkan bau badan

Di antara petua untuk mengurangkan bau badan:

 Kerapkan mandi

 Selalu menukar pakaian

 Memakai pakaian yang bersih

 Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi


seperti kapas dan sutera

 Mencukur bulu ketiak

 Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan


kari

BAGAIMANA UNTUK MENGEKALKAN KULIT YANG SIHAT DAN CANTIK

Struktur Kulit

Kulit terbentuk daripada 3 lapisan.

 Lapisan pertama dipanggil epidermis yang terbentuk daripada keratin yang keras
 Lapisan ke dua dipanggil dermis

o Ia mengandungi collagen, fibroblast dan elastic fibers

o Ia dipenuhi dengan hujung saraf dan salur darah, dan ini menyuburkan epidermis

o Ia mengandungi kelenjar minyak ( sebaceous glands) dan kelenjar peluh. Kelenjar


minyak menghasilkan sebum iaitu sejenis bahan yang berminyak

 Lapisan ketiga (terdalam) terdiri daripada sel-sel lemak yang merupakan tisu di bawah kulit
subcutaneous tissues

xi
Fungsi Kulit

Kulit berfungsi sebagai penghalang untuk mempertahankan:

 Kemasukan bahan berbahaya dan mikro organisma


 Melindungi organ dalaman daripada kecederaan

 Mengawal suhu badan melalui perpeluhan

Perubahan pada kulit semasa akil baligh

Perubahan kulit secara fisiologi berlaku semasa remaja:

 Hormon merangsang kelenjar minyak untuk menjadi aktif

o Ini menyebabkan penghasilan sebum bertambah terutama bagi remaja lelaki

o Hasilnya, muka dan rambut menjadi amat berminyak dan muka berjerawat

 Kelenjar peluh (apocrine glands) mula dikeluarkan semasa akil baligh. Kelenjar ini terletak di
ketiak dan kawasan kemaluan

 Peluh daripada kelenjar ini akan bergabung dengan bakteria di bahagian permukaan kulit
dan menghasilkan bau badan.

Definasi kulit yang sihat dan cantik

 Kulit yang cantik dan menjadi idaman ialah kulit yang:


o Licin, tegang, anjal dan kemerah-merahan

o Bebas daripada jerawat atau kulit merekah

 Kulit muka yang normal adalah antara lingkungan kulit kering ke kulit berminyak.

Nilai pH Normal Kulit

xii
Nilai pH yang normal ialah 4.2 hingga 5.6. Nilai pH

 Dikekalkan melalui pengeluaran sebum dan perpeluhan


 Berperanan mengekalkan bahagian kulit luar dari merekah

 Menyekat pertumbuhan bacteria.

Penjagaan Kulit

Langkah-langkah untuk menjaga kulit ialah:

 Membersihkan kulit dengan


o Mandi 1 ke 2 kali sehari, lebih lagi sekiranya anda berpeluh dengan banyak

o Sabun tidak memudaratkan tetapi penggunaan secara berlebihan boleh


menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum

o Penggunaan air panas boleh menyebabkan kulit kering

o Guna sabun/pencuci yang lembut (mild) jika anda mempunyai kulit kering

o Bagi kulit sensitif, elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan


pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit

 Gunakan pelembap selepas mandi

o Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit

o Minyak bayi (baby oil) boleh digunakan untuk kulit yang kering

o Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembap

 Gunakan toner bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia
akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya

 Gunakan bahan pelembap mata di sekeliling kelopak mata. Ia boleh mengurangkan


keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif

 Salin dan pakai pakaian bersih sekerap mungkin

 Lindungi kulit daripada cahaya matahari

o Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim
pelindung matahari bila perlu

o Pelindung matahari perlu disapu semula selepas 2 hingga 3 jam selepas


berenang
xiii
 Bersenam

o Bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ


termasuk kulit. Ia juga mengekalkan kesihatan kulit

 Amalkan memakan makanan

o Seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral

o Sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin

 Tidak merokok
o Bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan
kulit cepat berkedut

o Boleh menyebabkan kanser

 Banyakkan meminum air kosong bagi menambah kelembapan kulit

KEBERSIHAN KUKU

Kuku merupakan anggota badan yang kecil tetapi memainkan peranan untuk melindungi jari.
Kuku juga berupaya menunjukkan keadaan kesihatan individu. Kesihatan kuku dapat dijaga
dengan mengamalkan perkara-perkara berikut:

 Jangan abaikan kesihatan kuku anda. Untuk mengelakkan kerosakkan kuku. Jangan
gunakan kuku sebagai alat untuk mengutip, mencungkil atau mengenalpasti benda.
 Jangan menggigit kuku. Tabiat ini akan merosakkan lapisan bawah kuku. Luka kecil
berdekatan kuku juga berkemungkinan akan menyebabkan bakteria atau fungi untuk
masuk dan menyebabkan jangkitan (paronychia). Disebabkan pertumbuhan kuku yang
perlahan, kuku yang tercedera akan mengekalkan tanda-tanda kecederaan untuk
beberapa bulan.

 Lindungi kuku anda, pakai sarung tangan getah bila menggunakan sabun dan air dalam
tempoh yang lama atau bila menggunakan sebarang bahan kimia.

 Buat penjagaan kuku secara rutin. Potong kuku dan selalu bersihkan bahagian bawah
kuku. Gunakan pengetip kuku yang tajam untuk memotong kuku. Pastikan kuku
pendek, berbentuk segiempat dan sedikit membulat di hujungnya.

 Sentiasa lembabkan kuku. Kuku perlu dilembabkan seperti kulit. Sapu losyen ke atas
kuku semasa memakai losyen tangan.

xiv
(Sumber : Mayoclinic.com)

KEBERSIHAN DAN PENJAGAAN ORAL

MEMBERUS GIGI

K EPERLUAN MEMBERUS GIGI

Amalan memberus gigi secara teratur dan berkesan adalah langkah pertama untuk
mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Kesihatan mulut yang baik menyumbang kepada
penambahbaikan kesihatan dan peningkatan kualiti hidup.

K EBAIKAN MEMBERUS GIGI

Amalan memberus gigi sehingga bersih dan secara teratur membantu :

 bersihkan sisa makanan dan plak gigi.


 cegah kerosakan gigi (karies gigi), penyakit gusi (penyakit periodontal) dan nafas
berbau (halitosis).

Berus gigi

Berus gigi perlu ditukar:

 apabila bulu berusnya mula kembang atau haus.


 selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk.

 selepas 3 bulan penggunaannya.

Kekerapan Memberus gigi

Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari terutamanya selepas makan dan malam
sebelum tidur. Berus selama 2-3 minit.

CARA MEMILIH BERUS GIGI YANG BAIK

Pilihlah berus gigi yang mempunyai ciri-ciri berikut :

xv
1. saiz yang sesuai dengan mulut.
2. pemegang yang selesa dan teguh.

3. bulu berus yang lembut dan hujungnya membulat.

CARA TERBAIK UNTUK MEMBERUS GIGI

Langkah-langkah berikut dapat membantu anda mengamalkan teknik memberus gigi yang
berkesan :

1. Pada permukaan luar dan dalam, letakkan berus pada kecondongan 45 darjah dan mulakan
memberus dari gusi ke gigi.

 Pada permukaan mengunyah, pegang berus gigi mendatar dan berus ke luar dan ke dalam.

 Pada bahagian dalam gigi hadapan, tegakkan berus gigi dan berus perlahan-lahan ke dalam
dan ke luar dengan menggunakan hujung berus.

xvi
 

 Di celah-celah gigi / kawasan interdental, gunakan berus gigi kecil (berus interdental)
dengan gerakan ke luar dan ke dalam.

 Pegang berus gigi mendatar dan berus lidah dengan menolak berus ke hadapan dan ke
belakang.

PETUA-PETUA LAIN
 Pastikan memberus gigi dengan teliti terutama di pinggir gusi dan di celah-celah gigi.
 Jangan berkongsi berus gigi.

 Gunakan ubat gigi berfluorida.

 Simpan berus gigi berasingan (tidak bersentuhan dengan berus gigi lain) untuk
mengelakkan daripada jangkitan penyakit melalui bulu berus.

PENGGUNAAN FLOS

Menggunakan flos dapat membantu menjaga kebersihan gigi. Ia dapat mengeluarkan sisa
makanan dan plak gigi yang melekat di antara gigi yang tidak boleh dibersihkan ketika
memberus gigi.

KEPENTINGAN FLOS

Menggunakan flos dapat membantu menjaga kebersihan gigi. Ia dapat mengeluarkan sisa
makanan dan plak gigi yang melekat di antara gigi yang tidak boleh dibersihkan ketika
memberus gigi.

JENIS-JENIS FLOS GIGI


Ada beberapa jenis flos gigi :

1. Flos berlilin atau tanpa lilin.


2. Flos berperisa atau tanpa perisa.

3. Pita gigi.

4. Super flos.

xvii
Kesemua jenis flos yang dinyatakan di atas berkesan untuk membersihkan gigi jika anda
menggunakan flos dengan teknik yang betul.

KEKERAPAN MENGGUNAKAN FLOS

Biasakan amalan menggunakan flos sekurang-kurangnya sekali sehari terutama sebelum tidur.

CARA MENGGUNAKAN FLOS


Ikut langkah-langkah berikut :

2. Lilitkan sepanjang 18 inci flos di jari hantu


dan pegang bahagian 1 inci dengan
tegang.
3. Arahkan flos dengan lembut di celah gigi
anda.Gerakkan ke atas dan ke bawah
beberapa kali dan lengkokkan keliling gigi
dan tepi garisan gusi.

4. Gunakan flos untuk membersih gigi


belakang yang akhir.

5. Buka flos yang bersih dari lilitan jari dan


teruskan membersih gigi.

BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN FLOS UNTUK MEREKA YANG KURANG UPAYA ?

Gunakan flos dengan pemegang untuk memudahkan dan membantu mereka yang kurang
upaya.

APAKAH YANG PERLU DIBERI PERHATIAN KETIKA MENGGUNAKAN FLOS ?


3. Anda mesti menggunakan cara pergerakan yang betul. Teknik yang salah akan
menyebabkan kecederaan pada gusi.

xviii
4. Anda mungkin mengalami kesakitan atau pendarahan di bahagian gusi ketika mula
menggunakan flos. Jika pendarahan masih berlaku selepas seminggu menggunakan flos,
berjumpalah dengan doktor pergigian.

SKOP 2 : MENJAGA KESELAMATAN DAN MENCEGAH

KECEDERAAN

HAK

APA ITU HAK?

Sebagai seorang remaja anda perlu tahu tentang hak anda!

Anda mempunyai hak untuk tidak didiskriminasikan (dibeza-bezakan). Hak perlindungan dan
mendapat tumpuan tanpa mengambil kira:

4. Bangsa, warna kulit, jantina, bahasa


5. Agama, fahaman politik atau pendapat yang berlainan

6. Warganegara, etnik atau asal-usul sosial

7. Harta benda, kecacatan, keturunan atau lain-lain status

Anda harus diberikan bimbingan yang bersesuaian dalam menggunakan hak anda. Ibubapa
atau penjaga anda bertanggung jawab memberikan bimbingan yang sewajarnya di dalam
menggunakan hak anda.

Anda mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dengan bebas. Pendapat anda juga patut
dihormati.

xix
Anda mempunyai hak untuk mendapat bantuan perundangan seperti di bawah artikel 4
Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Anda diberikan kebebasan dan hak awam.

Anda mempunyai hak perlindungan daripada segala bentuk keganasan, penderaan, kecuaian
dan eksploitasi di bawah Akta Kanak-kanak 2001.

Ingat!

Ketahui dan hargai hak anda. Ia mendatangkan sifat bertanggungjawab.

APAKAH SEBENARNYA AKTA KANAK-KANAK?

Akta kanak-kanak 2001:

 Akta ini menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan penjagaan, perlindungan


dan pemulihan kanak-kanak
 Dikuatkuasakan di Malaysia sejak Ogos 2002

 Menetapkan seseorang yang di bawah umur 18 tahun sebagai 'kanak-kanak'

Perlindungan di bawah Akta Kanak-Kanak

 Sekiranya anda telah dicederakan atau berisiko untuk dicederakan secara fizikal, emosi
atau didera secara seksual oleh ibu bapa,penjaga atau ahli keluarga anda
 Sekiranya anda didera atau dicederakan (seperti di atas) yang mana ibu bapa atau ahli
keluarga anda gagal untuk melindungi atau tidak mahu melindungi anda daripada
penderaan atau kecederaan tersebut

 Sekiranya ibu bapa atau penjaga anda tidak layak, tidak mampu atau cuai dalam
mengawal dan memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap anda

 Sekiranya ibu bapa atau penjaga anda mengabaikan atau tidak sanggup untuk
menyediakan tempat berlindung, pakaian, makanan atau asuhan yang cukup

 Sekiranya anda telah ditinggalkan atau tiada ibu bapa atau penjaga

 Sekiranya ibu bapa atau penjaga anda enggan membenarkan pemeriksaan perubatan,
ujian perubatan atau rawatan yang anda perlukan untuk menjaga kesihatan anda

 Sekiranya anda berkelakuan yang boleh mencederakan diri anda mahupun orang lain
tetapi ibubapa atau penjaga anda tidak mampu atau tidak sanggup mengambil tindakan
yang sepatutnya

xx
 Sekiranya anda dipergunakan untuk meminta sedekah atau aktiviti haram contohnya
perjudian di mana ia boleh merosakkan kesihatan dan kebajikan anda

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DIJALAN RAYA

 Pergi kesekolah lebih awal supaya tidak tergopoh-gapah


 Berjalan dilorong pejalan kaki, jika ada

 Jika tiada lorong untuk pejalan kaki, hendaklah berjalan ditepi jalan dan menghadapi lalu
lintas yang datang dari hadapan (berjalan disebelah kanan jalan)

 Jangan bermain-main diatas jalanraya atau dilorong pejalan kaki

 Lihat kekiri dan kekanan sebelum melintas jalanraya dan pastikan tiada kenderaan lalu
lalang disitu

 Melintas dengan cepat tetapi jangan berlari

 Jalan melintas jalan secara sambil lewa, jalan terus jangan menyerong

 Jangan melintas dihadapan atau dibelakang kenderaan yang sedang berhenti, pandangan
akan terlindung.

TATATERTIB SEMASA MENAIKI BAS

 Jangan sesekali naik atau turun semasa bas sedang bergerak.


 Tunggu hingga bas betul-betul berhenti, sebelum naik atau turun.

 Hendaklah berbaris untuk menaiki bas

 Duduk atau berdiri diam-diam semasa didalam bas

 Jika anda turun daripada bas dan hendak melintas jalan, biarkan bas berjalan baru melintas.

 Menunggu ditempat perhentian bas yang disediakan.

xxi
KAEDAH-KAEDAH YANG HARUS DIIKUTI BAGI PENUNGGANG BASIKAL

 Tentukan yang basikal anda dalam keadaan baik - khususnya brek, tayar, lampu-lampu dan
"real reflector" sebelum menunggangnya.
 Tunggang dengan cermat mengikut tepi jalan disebelah kiri.

 Jangan bertolak, belok ke kanan atau kiri atau berhenti tanpa menoleh kebelakang dahulu.
Beri isyarat jelas apa yang kamu hendak buat dan buat isyarat awal-awal lagi.

 Jangan menunggang lebih dari dua basikal sejajar. Tunggang dalam satu baris diatas jalan
raya yang sibuk atau sempit.

 Diatas jalan-jalan yang sibuk, jika hendak pusing kekanan, lebih selamat berhenti dahulu
dibahagian kiri dan tunggu, jika ada terluang dari lalu lintas dari kedua-dua arah baru
melintas.

 Berhati-hati jika cuaca tidak baik dan jalan-jalan raya licin.

 Ketika menunggang hendaklah sentiasa pegang "Handle" dan kaki berada diatas pengayuh.

 Jangan berpegang pada kenderaan lain atau penunggang basikal lain.

 Jangan menunggang rapat dibelakang kenderaan lain

 Jangan menunggang simpang-siur atau meliok-liok, mendaki bukit atau berbelok dengan
mengejut.

 Jangan bawa apa-apa yang boleh menggangu imbangan badan anda (Bungkusan, buku-
buku dan lain-lain) hendaklah diletak baik-baik dan diikat ketat-ketat pada "carriers". Jauhi
dari membawa penumpang.

 Bila melalui dekat kereta yang berhenti awasi penumpang-penumpang yang membuka pintu
kereta itu. Jauh sedikit dari kereta seperti itu bila lalu dekatnya.

 Jangan menunggang waktu malam tanpa lampu - kamu mesti ada lampu putih didepan dan
lampu mereah dibelakang.

 Dimana ada jalan tempat basikal lalu ditepi jalan, ikutilah jalan itu

PANDUAN KEPADA PENUNGGANG DAN PEMBONCENG MOTOSIKAL

 Kanak-kanak mesti memakai topi keledar yang dikhaskan untuk kanak-kanak dengan betul.
 Memakai dan mengikat topi keledar dengan betul.
 Memakai pakaian yang cerah.
 Tidak melanggar lampu isyarat merah.

xxii
 Meningkatkan kebolehlihatan (visibility) dengan menggunakan bahan pelekat pemantul
cahaya VEM (Visibility Enhancement Material) / memakai vest pemantul cahaya.
 Tidak menunggang atau membonceng secara berbahaya.
 Tidak membawa lebih dari seorang pembonceng.
 Bahaya menggunakan telefon bimbit semasa di jalan raya..

PANDUAN KEPADA PEMANDU KENDERAAN UNTUK MENGELAKKAN KEMALANGAN

Sebagai pengguna jalanraya, khasnya pemandu-pemandu, anda mestilah:-

 Pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik dan selamat


 Mengetahui undang-undang dan peraturan-peraturan lalulintas.

 Mematuhi isyarat-isyarat dan papan tanda lalulintas dijalanraya

 Jangan memandu dalam keadaan mabuk, pening, mengantuk atau letih.

 Jangan memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Hendaklah sentiasa bersabar dan


bersopan-santun.

 Jangan sekali-kali menuruni bukit tanpa gear iaitu "free gear".

 Jangan sekali-kali berlumba-lumba diatas jalanraya.

 Jangan sekali-kali makan, minum, merokok, bergurau-gurau atau berbual-bual semasa


memandu.

 Sentiasa memikirkan tentang adanya halangan-halangan disekeliling jalanraya iaitu


sesuatu keadaan yang menyebabkan sipemandu mengubah kederasan dan haluan.

 Sentiasa beringat kemungkinan pengguna-pengguna jalanraya yang lain tidak mematuhi


undang-undang, maka ia hendaklah sentiasa bersedia menghadapi tindakan liar.

 Memberi kesempatan dari segi masa dan jarak kepada pengguna-pengguna jalanraya
yang lain untuk membetulkan kesilapan mereka bagi mengelakkan pelanggaran.

 Memerhati gerak geri yang dapat diagak keatas lalulintas dan pejalan kaki yang boleh
menimbulkan halangan.

 Membiasakan diri untuk melatih mengawal kereta dan memeriksanya untuk


mengurangkan peluang daripada terlibat dalam kemalangan.

 Sentiasa mengamalkan cogankata "Biar lambat asal selamat" dan "Pandu cermat jiwa
selamat"

xxiii
(Sumber : Jabatan Keselamatan Jalan Raya, 2008)

KECEDERAAN SEMASA BERSUKAN

Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan. Kecederaan semasa bersukan adalah
pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Walau bagaimanapun
kecederaan adalah biasa semasa bersukan.

Kecederaan yang biasa berlaku semasa bersukan


• Pertembungan di antara satu sama lain
• Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan
• Jatuh
• Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan

Jenis-jenis kecederaan semasa bersukan


 Luka-luka
 Hentakan
 Terkehel/tergeliat
 Ketegangan
 Terseliuh
 Patah tulang

Jenis kecederaan yang jarang berlaku semasa bersukan


 Kapsul sendi koyak
 Konklusi otak akibat hantukkan
 Kecederaan dalam abdomen
 Patah/terseliuh pada tulang dan sendi – sendi

Perbezaan di antara terseliuh dan ketegangan


Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen, manakala ketegangan merujuk
kepada ketegangan di otot. Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan.

Tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan


 Sakit - di tempat yang cedera
 Bengkak - di tempat yang cedera
 Lebam - kebiruan di tempat kecederaan
 Kecacatan struktur - contoh : kecacatan di tempat kecederaan ( seperti terseliuh dan
patah)
 Kecederaan fungsi - contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti
biasa. (seperti patah,beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi)
 Sakit kepala - dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan
 Pening - terjadi semasa kecederaan otak
xxiv
 Loya dan muntah - biasa berlaku berikutan kecederaan otak

Adalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya mendapat
kecederaan semasa bersukan.

Cara untuk mencegah kecederaan semasa bersukan

Langkah-langkah yang penting ialah:


 Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz dan berpadanan dengan jenis sukan
seperti topi keledar untuk menunggang, meluncur atau menggunakan papan luncur
 Gunakan alat pelindung yang lengkap semasa pertandingan dan latihan. Digalakkan
menggunakan alat pelindung mata (goggle) ketika di padang atau gelanggang. Alat
pelindung mulut juga perlu digunakan untuk melindungi mulut, gigi, lidah semasa
aktiviti sukan seperti hoki, bola keranjang dan sukan tinju
 Guna alat pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti sukan
meluncur skateboard atau in-line skate
 Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan tersadung dan terjatuh
 Pastikan latihan memanaskan badan yang mencukupi sebelum aktiviti sukan
 Amalkan latihan menyejukkan badan selepas aktiviti sukan

 Elakkan diri dari bersukan sekiranya anda baru pulih dari kecederaan atau selesema
 Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, di mana ia boleh melindungi anda dari
kecederaan
 Jangan membengkokkan lutut anda lebih dari separuh semasa latihan lutut

 Jangan memusingkan lutut anda semasa bersukan

 Semasa jatuh dari posisi melompat pastikan lutut anda bengkok semasa mendarat

 Jangan melakukan aktiviti yang berlebihan

 Berlari di atas permukaan lembut dan rata.

(Sumber : Infosihat, KKM (2008) )

PENCEGAHAN KEMALANGAN DAN KECEDERAAN DI SEKOLAH

Aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian di sekolah oleh pihak sekolah

1. Memastikan keselamatan struktur fizikal sekolah


2. Memastikan keselamatan sewaktu kelas
3. Memastikan keselamatan sewaktu kelas yang menjalankan amali dan ketukangan
( sains, pertanian, teknik, vokasional, dsbnya)
4. memastikan keselamatan kemudahan sukan dan ko-kurikulum
xxv
5. memastikan keselamatan trafik di kawasan sekolah
6. memastikan keselamatan kebakaran sentiasa dijaga
7. memastikan keselamatan sewaktu membuat lawatan memastikan kebersihan makanan
dan

MEMASTIKAN KESELAMATAN STRUKTUR FIZIKAL SEKOLAH

a. Keadaan premis hendaklah selamat digunakan dan didiami oleh semua pihak.
b. Keadaan fizikal hendaklah sentiasa diselenggarakan dengan baik
c. Segala kerosakan perlu dibaiki segera
d. Langkah-langkah yang munasabah perlu diambil bagi mengelakkan kemalangan dan
kecederaan kepada murid
e. Sekolah mematuhi The Registration of Schools Ordinance, 1950. Schools General
Regulations.

MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU KELAS

1) Mengikut undang-undang common law, guru dikehendaki membuat penyeliaan yang


munasabah ke atas muridnya sewaktu kelas berjalan

MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU KELAS YANG MENJALANKAN AMALI DAN


KETUKANGAN
1. Peraturan bertulis perlu diedarkan kepada setiap murid dan diterangkan dengan jelas.
2. Peraturan perlu dipamerkan.
3. Kelas amali hanya boleh dikendalikan oleh guru-guru terlatih sahaja
4. Pengetua dengan bantuan Ketua Panitia harus menapis rancangan kerja bagi kerja
amali Pekeliling Ikhtisas 1/1974 perlu difahami dan dipatuhi
5. Semasa amali guru mesti menyelia dan mengawasi aktiviti murid dengan rapi.

MEMASTIKAN KESELAMATAN KEMUDAHAN SUKAN DAN KEGIATAN KO-KURIKULUM

 Pastikan segala kemudahan sukan dan permainan dalam keadaan sempurna dan selamat.
 Pastikan alat dan kemudahan yang baik dan sempurna sahaja digunakan
 Murid perlu diajar menggunakan alat dengan betul
 Peraturan dan arahan tentang langkah keselamatan perlu dimaklumkan
 Penjagaan rapi semasa aktiviti berjalan

xxvi
(Sumber : Aspek Keselamatan di Sekolah,Scribd)

Teknik-teknik CPR – Heimlich Manouver

Langkah 1: Pastikan samada mangsa Langkah 2: Lakukan tekanan


boleh bercakap atau batuk. Jika tidak, abdomen (Heimlich maneuver) secara
teruskan dengan langkah seterusnya. berterusan sehingga objek yang
terlekat dapat dikeluarkan.

Langkah 3: Tekanan pada dada boleh


digunakan untuk orang yang
berbadan gemuk atau orang yang
sarat mengandung.
Ingatan : Jika orang dewasa atau kanak-kanak tidak menunjukkan tindakbalas. Lakukan CPR.
Jika anda lihat ada objek di bahagian kerongkong atau mulut, keluarkan segera.

xxvii
Teknik CPR – lemas

Langkah 1: Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa sehingga giginya hampir
bersentuhan. Lihat dan dengar untuk mengesan pernafasan mangsa.

Langkah 2: Jika mangsa tidak bernafas, picit hidung dan lakukan pernafasan mulut ke mulut.
Lakukan sebanyak 2 kali. Periksa semula jika mangsa sudah bernafas. Jika
tidak, teruskan dengan langkah 3 dan 4.

Langkah 3 & 4: Letakkan tangan anda di tengah dada mangsa, Letakkan satu tangan
diatas tangan yang lain. Tekan sebanyak 30 kali. Lakukan pernafasan mulut ke
mulut sebanyak 2 kali dan diikuti dengan 30 tekanan pada dada sehingga
bantuan tiba atau sehingga mangsa mula bergerak.

Nota : Jika anda tidak yakin untuk melakukan CPR. Dapatkan bantuan profesional segera.

xxviii
BANTUAN KECEMASAN UNTUK PATAH TULANG

 Dapatkan bantuan orang dewasa terlebih dahulu (guru atau orang lain).
 Tanya mangsa samada dia memerlukan bantuan anda.
 Tanya mangsa mengenai bahagian badan yang sakit.
 Pastikan mangsa selesa dengan meletakkan bahagian yang sakit/cedera ke atas benda
yang lembut seperti kain, baju atau barangan lain yang ada pada anda.
 Jika bahagian kaki yang cedera, letakkan kain/baju di celah kaki dan dibawah lutut untuk
memberi keselesaan dan menyebabkan mangsa tidak dapat bergerak. Jika mangsa merasa
sakit semasa proses ini, jangan ubah kedudukan kakinya.
 Sentiasa memberitahu mangsa mengenai prosedur yang anda jalankan ke atasnya.
 Dapatkan bantuan.
 Jika anda tidak pernah mengikuti kursus pertolongan cemas, jangan cuba untuk membalut
atau menggerakkan tangan dan kaki mangsa.
 Tunggu hingga bantuan tiba.

BANTUAN UNTUK CALAR

a) Bersihkan kawasan yang tercalar dengan air dan sabun.


b) Cuba keluarkan semua kotoran atau benda-benda yang terlekat pada bahagian yang
tercalar.
c) Letakkan antiseptik pada bahagian calar untuk membasmi kuman.
d) Lekatkan pembalut luka pada bahagian yang tercalar.

BANTUAN UNTUK LUKA

 Bersihkan bahagian yang terluka dengan air dan sabun atau dengan air yang dicampur
disinfektan.
 Jika luka yang dialami tidak dalam, balut dengan pembalut luka.
 Jika luka yang dialami agak dalam, dapatkan bantuan doktor. Luka tersebut mungkin perlu
dijahit.
 Jika luka tersebut pada bahagian muka atau kepala, dapatkan bantuan doktor kerana luka
tersebut akan meninggalkan kesan parut setelah sembuh.

* Jika luka tersebut menyebabkan pendarahan yang banyak, ikut arahan berikut:

 Kawal pendarahan. Anda boleh mengawal pendarahan dengan cuba meninggikan bahagian
yang terluka (tinggi dari bahagian jantung) dan tekan bahagian luka dengan kain yang
bersih atau jari jika tidak terdapat sebarang bahan yang boleh digunakan untuk tujuan ini.

xxix
 Bersihkan luka. Jika proses ini menyebabkan pendarahan semula, anda perlu berhenti dan
tekan semula pada bahagian luka tersebut.
 Balut luka dengan pembalut atau kain yang bersih dan steril (jika boleh didapati).
Tinggikan bahagian tangan atau kaki yang terluka.
 Dapatkan bantuan. Jika luka tersebut amat dalam, cuba dapatkan bantuan guru atau orang
dewasa yang dipercayai untuk ke klinik atau hospital yang berdekatan.

Peringatan : Sesetengah penyakit seperti HIV, Hepatitis B atau C dapat berjangkit melalui
darah. Oleh itu, pastikan anda tidak menyentuh darah secara langsung atau tanpa sebarang
perlindungan. Jika boleh, dapatkan orang yang mengalami pendarahan tersebut untuk
membersihkan dan membalut lukanya sendiri. Jika tidak, gunakan beg plastik untuk
menyarungkan tangan anda (jika tiada sarung tangan) untuk anda mengendalikan luka dan
sebagainya.

BANTUAN UNTUK HIDUNG BERDARAH

(1) (2)

 Duduk dan bongkokkan badan sedikit ke hadapan.


 Pastikan kepala di atas aras jantung. Bongkokkan sedikit badan supaya darah akan
ke hidung bukannya ke dalam kerongkong anda.(Gambar 1)
 Picit hidung pada bahagian yang lembut selama 10 minit. (Gambar 2)
 Bersihkan darah pada hidung dengan tisu.
 Walaupun anda rasa hidung anda tersumbat, cuba untuk tidak menghembus hidung
sekurang-kurangnya selama 30 minit.
 Jika pendarahan masih tidak berhenti, terus memicit hidung selama 10 minit lagi.
 Dapatkan bantuan jika pendarahan hidung masih tidak berhenti dalam masa 20
minit.

xxx
SKOP 3 :KESIHATAN PERSEKITARAN

Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes.
Dianggarkan terdapat lebih 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun.

Jenis nyamuk yang membawa virus denggi

Nyamuk adalah sejenis serangga kecil dan terdapat kira-kira 2 ribu spesis nyamuk. Nyamuk
betina adalah nyamuk yang menghisap darah manusia. Nyamuk jantan tidak menghisap darah
dan hanya meminum cairan dari tumbuh-tumbuhan. Nyamuk yang membawa virus denggi
adalah nyamuk dari spesis Aedes Aegypti atau Aedes albopictus.

BAGAIMANA NYAMUK MENGHISAP DARAH DAN KENAPA?

Nyamuk betina menggunakan tiub penghisap yang panjang (proboscis) untuk menusuk ke
dalam kulit manusia. Serangga ini mengeluarkan air liur (saliva) yang bertindak sebagai
antikoagulan untuk menghalang pembekuan darah. Nyamuk betina menghisap darah dan
menggunakan darah tersebut untuk menghasilkan telur. Satu hisapan atau hidangan dapat
menghasilkan sebanyak 250 biji telur dan nyamuk ini akan bertelur dalam air jernih yang
bertakung.

KITARAN HIDUP NYAMUK AEDES

xxxi
Telur yang dihasilkan akan menjadi jentik-jentik dalam masa 2 hari hingga beberapa bulan.
Walaubagaimanapun telur tersebut dapat hidup di dalam air sehingga beberapa tahun jika
persekitarannya tidak sesuai untuk perkembangannya. Selepas 4 hingga 10 hari, jentik-jentik
akan berubah menjadi pupa dan terapung di permukaan air dan nyamuk dewasa akan terbang
keluar dari pupa ini. Nyamuk Aedes hanya mengambil masa 7 hari sahaja untuk menjadi
nyamuk dewasa dalam keadaan biasa.

Simptom demam denggi

PESAKIT AKAN MENGALAMI TANDA-TANDA DAN GEJALA SELEPAS 5-6 HARI GIGITAN NYAMUK SEPERTI:
1. Demam panas (kuat dan mengejut)
2. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot, sendi dan biji mata.

3. Pendarahan di bawah kulit dan pada hidung serta gusi.

Gejala lain

4. Sakit kepala
5. Sakit perut

6. Hilang selera makan

7. Loya dan muntah-muntah

8. Ruam merah di kulit.

KOMPLIKASI JIKA TIDAK MENDAPAT RAWATAN

Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh
membawa maut.

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:

1. Mudah lebam
2. Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi

3. Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Rawatan

xxxii
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan
menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit
akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan
dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

PENCEGAHAN

APAKAH PERLU SAYA LAKUKAN UNTUK MENCEGAH DEMAM DENGGI?

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :

1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk


a. Membuang bekas yang boleh menakung air

b. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup

c. Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-


kurangnya seminggu sekali

d. Pastikan saliran atap sentiasa mengalir

e. Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik

2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk

3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk


seperti

a. Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup

b. Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan


nyamuk

c. Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang
sewaktu keluar rumah

d. Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan


tertutup .

(Sumber:www.myhealth.gov.my)

Peranan murid sebagai agen perubahan

1. Peranan murid di sekolah


 Mengetahui dan memahami bahaya nyamuk Aedes dan Demam Denggi.
 Membantu menjaga kebersihan kawasan sekolah.

xxxiii
 Memaklumkan kepada guru sekiranya melihat / mengetahui ada tempat-tempat
pembiakan Aedes.
 Mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan
sekolah.
 Memaklumkan kepada guru jika diri atau rakan-rakan demam.

\
2. Peranan murid di rumah.
 Memberikan penerangan kepada keluarga berkaitan bahaya nyamuk Aedes dan
demam denggi dan langkah-langkah pencegahannya.
 Membersihkan kawasan rumah bersama keluarga setiap minggu.
 Membuat pemeriksaan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan
diluar rumah. Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes dengan
membersihkan dan membubuh ubat jentik-jentik.
 Elakkan berada di luar pada masa nyamuk Aedes aktif menggigit iaitu pada awal
pagi (5-8pagi) dan lewat petang (5-7 ptg), memakai baju berlengan panjang dan
seluar panjang jika perlu berada di luar rumah.

3. Peranan murid dalam masyarakat


 Memaklumkan kepada jiran dan masyarakat setempat tentang bahaya nyamuk
Aedes dan demam denggi.
 Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong,
pameran dan sebagainya.
 Melakukan aktiviti-aktiviti pencegahan pembiakan nyamuk Aedes seperti
menanam semua jenis bekas terbuang yang boleh menakung air dan membubuh
ubat jentik-jentik ke dalam bekas-bekas air simpanan dan sebagainya.
 Memaklumkan kepada masyarakat untuk mendapatkan rawatan di klinik atau
hospital jika ada tanda-tanda demam.

(Sumber: Panduan Pengurusan pendidikan pencegahan denggi di sekolah,


Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006)

xxxiv
SKOP 4 :MAKAN SECARA SIHAT DAN SELAMAT

PEMAKANAN SIHAT UNTUK REMAJA

Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat
menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik.

Piramid Makanan Malaysia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat.

Kuantiti makanan yang seharusnya diambil

Anda perlulah mengambil makanan mengikut sajian makanan yang telah disarankan oleh
Piramid Makanan Malaysia.

xxxv
Setiap individu mempunyai saiz sajian yang berbeza-beza mengikut tahap aktiviti fizikal masing-
masing. Contohnya, seorang atlit atau seseorang yang aktif dalam sukan memerlukan saiz
sajian makanan yang lebih besar berbanding mereka yang kurang aktif.

Keperluan kalori

Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) boleh digunakan sebagai panduan dalam
mendapatkan jumlah kalori harian yang diperlukan oleh seseorang.

Kegagalan dalam mematuhi panduan tersebut boleh mengakibatkan berlakunya masalah


kekurangan berat badan, berlebihan berat badan dan kegemukan / obesiti.

Rancanglah Menu harian anda dengan baik bagi memastikan makanan yang anda ambil itu
dapat memenuhi keperluan kalori harian anda.

Makanan snek

Pengambilan makanan snek juga turut membekalkan nutrien dan tenaga kepada kita. Namun,
pengambilan makanan snek perlulah hanya dijadikan sebagai makanan tambahan kepada menu
utama dan bukannya sebagai pengganti kepada menu utama tersebut.

Piramid Makanan Malaysia turut menyarankan jenis-jenis makanan snek yang boleh diambil
oleh kita.

Makanan segera

Makanan segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian anda. Namun,
makanan segera kebiasaannya adalah tinggi dalam :

 Kalori.
 Lemak.

 Kolesterol.

 Natrium.

 Protein.

Makanan segera juga mempunyai kandungan gentian dan vitamin yang rendah.

Hadkan pengambilan makanan segera sehingga 1 hingga 2 kali sebulan serta makan dan
pilihlah makanan segera dengan bijak.

xxxvi
Kepentingan pemakanan sihat

Pemakanan sihat adalah penting untuk :

 Menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal.


 Sentiasa cergas.

 Mengekalkan tahap kesihatan yang baik.

 Membekalkan tenaga dan nutrisi untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal harian.

 Membekalkan tenaga bagi lelaki (apabila mereka mencapai akil baligh) untuk
pertumbuhan otot.

Keperluan tenaga

Tenaga diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti :

 Pembinaan otot tubuh.


 Mengekalkan suhu badan.

 Memastikan sistem dalaman tubuh berfungsi.

 Melakukan aktiviti-aktiviti harian.

Keperluan harian pemakanan anda

 Keperluan harian anda adalah bergantung kepada :


o Saiz fizikal.

o Kadar pertumbuhan.

o Tahap aktiviti.

o Jantina.

 Secara amnya, badan anda memerlukan :

o Tenaga (yang diperolehi daripada makanan terutamanya daripada


makronutrien).

o Makronutrien: Karbohidrat, Protein, Lemak.

xxxvii
o Mikronutrien:

- Vitamins Vitamin A, B, C, D, E, K.

- Mineral - Kalsium, Besi, Iodin, Zink, Folat, Selenium.

 Secara amnya, keperluan kalori bagi kebanyakan remaja sihat adalah tinggi. RNI boleh
digunakan sebagai garis panduan bagi menentukan keperluan tenaga dan juga lain-lain
nutrien.
 Anda bolehlah merujuk kepada Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005 (RNI
Malaysia 2005) untuk menentukan keperluan tenaga dan lain-lain nutrien. Keperluan
tenaga dan nutrien bagi remaja yang mengandung dan remaja yang menyusukan
anaknya juga boleh diperolehi.

 Anda haruslah mengambil makanan yang seimbang berdasarkan kepada Piramid


makanan bagi memastikan makanan yang diambil tersebut dapat membekalkan
kesemua nutrient yang diperlukan oleh anda.

 Pilihlah diet yang sihat bagi mengoptimumkan pertumbuhan selain dapat membina
keyakinan diri anda yang tinggi!

Penilaian status pemakanan anda

Status pemakanan ditentukan melalui keseimbangan makanan yang diambil dan tenaga
yang digunakan.

Anda boleh mengukur IJT dengan merujuk jadual IJT berlebihan berat badan atau
kegemukan bagi umur 9-18 tahun mengikut umur.

Jadual Indeks Jisim Tubuh Remaja

IJT merupakan kaedah yang baik untuk menilai status pemakanan anda.
Untuk prestasi yang optimum, IJT sepatutnya berada antara persentil ke 5
hingga ke 85. Rujuk jadual di bawah untuk mengetahui IJT yang sesuai untuk
umur anda.

BMI yang sesuai untuk


BMI yang sesuai untuk
Umur (tahun) remaja perempuan
remaja lelaki (kg/m2)
(kg/m2)
10 15-19 14-20
11 15-21 15-21

xxxviii
12 16-21 15-22
13 16-22 16-23
14 17-23 17-25
15 17-24 17-24
16 18-24 18-26
17 18-25 18-25
18 19-26 18-24

Nota:
Anda boleh mengira IJT mengunakan formula berikut:
  IJT =                     Berat (kg)
                       Tinggi (m) xTinggi (m)

  Contoh: Jika anda adalah seorang remaja perempuan yang berumur 17 tahun,
mempunyai berat badan 60 kg dan tinggi 1.7 m, IJT anda adalah 20. Jadi anda
mempunyai IJT yang normal (antara 18 – 25 kg/m2).

KESELAMATAN MAKANAN

Mencegah keracunan makanan

Bagaimana mencegah keracunan makan

1. Percayakan deria anda. 3 langkah kenali makanan rosak atau basi.


i. Lihat – rupa (berlendir), warna berlainan dari biasa, lihat tarikh luput dan
bentuk (makanan dalam tin).
ii. Bau – berbau tidak enak dan kurang menyenangkan.
iii. Rasa – mempunyai rasa yang pelik dan basi.

Peringatan : Jangan makan. Jika makanan berkeadaan seperti yang dinyatakan.

2. Pilihlah makanan
i. Yang masih panas dan segar.
ii. Yang tidak terdedah (tidak dihinggapi lalat atau serangga)
iii. Tidak berlendir.
iv. Tidak berubah warna.
v. Tidak berasa masam.
vi. Makanan yang dibungkus dengan bahan yang bersih.
xxxix
vii. Makanan yang diambil dengan peralatan yang bersih.

3. Cuci tangan dengan sabun dan air yang bersih.


i. Sebelum memegang makanan.
ii. Selepas ke tandas.
iii. Selepas bermain.
iv. Selepas memegang kotoran atau bahan tercemar.

Tujuh langkah mencuci tangan

Terdapat tujuh langkah yang perlu diikuti untuk membasuh tangan dengan betul:

 Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih yang mencukupi

 Gosok tapak tangan

 Gosok setiap jari dan celah-celah jari

 Gosok kuku pada tapak tangan


xl
 Gosok belakang tangan

 Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna

 Keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau dengan udara kering.

xli
Ciri-ciri tempat makan yang bersih

 Tidak terlalu hampir dengan jalanraya dan laluan yang sibuk


 Jauh dari tempat ternakan haiwan, parit atau tangki septik

 Ada keperluan asas seperti air yang bersih untuk membasuh, elektrik, tempat
membuang sampah yang betul dan tandas yang bersih

 Menyediakan tempat untuk membasuh tangan dan sabun

 Menggunakan gelas dan pinggan yang bersih dan tidak pecah atau retak

 Elakkan gerai jalanan yang tidak bersih

 Tempat penyediaan makanan yang selamat dan bersih

 Bebas dari haiwan seperti kucing, anjing, tikus, lalat, serangga, burung dan pepijat

 Utamakan premis yang mempunyai pengesahan dari pihak berkuasa tempatan sebagai
bersih dan selamat

 Pengendali makanan memakai pakaian yang betul dan bersih.

 Pengendali makanan memakai penutup kepala

 Pengendali makanan mengutamakan kebersihan diri (kuku yang bersih dan pendek),
tidak merokok, meludah, batuk ke arah makanan, tidak menggunakan tangan untuk
menyentuh makanan, menggunakan tuala yang bersih, tidak menjilat dan menggunakan
jari untuk merasa

 Tidak menyediakan makanan berhampiran dengan tandas atau longkang.

 Pengendali makanan menggunakan tuala yang berbeza untuk mengeringkan tangan,


mengelap meja dan peralatan

(Sumber : Bahagian Keselamatan dan Kualiti makanan)

xlii
SKOP 5: KECERGASAN FIZIKAL

Senaman dan kecergasan

Definasi kecergasan:

Kecergasan adalah satu keadaan di mana fizikal seseorang itu membolehkan ia melakukan
aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti-aktiviti
riadah dan masih mempunyai tenaga yang mencukupi ketika waktu kecemasan. Kecergasan
boleh ditingkatkan dengan senaman yang bersesuaian. Jumlah komponen kecergasan fizikal
boleh dikenali/ketahui dengan 11 komponen. 5 daripadanya komponen berkaitan dengan
kesihatan dan 6 lagi komponen berkaitan dengan kemahiran.

Komponen kecergasan:

Ketahanan sistem Ia adalah keupayaan jantung untuk mengekalkan tahap kecekapan


ketajantung yang berterusan untuk jangkamasa yang lama untuk aktiviti yang
(Kecergasan
xliii
Aerobik) memerlukan banyak tenaga seperti joging, berlari atau berenang.

Komposisi badan Ianya merujuk kepada jumlah struktur utama anggota tubuh badan:
otot, tulang dan lemak.

Kekuatan otot Ianya adalah tahap kekuatan otot untuk menampung sesuatu aksi
tertentu.

Ketahanan otot Merujuk kepada keupayaan kumpulan otot untuk terus berfungsi ke
tahap waktu yang ditentukan (stamina otot).

Fleksibiliti Keupayaan untuk melentur dan bergerak dengan lembut dan berupaya
untuk melakukan pergerakkan lingkungan penuh.

Enam komponen lain:

 Ketangkasan/ kelincahan
 Keseimbangan

 Kelajuan

 Masa reaksi

 Koordinasi

 Kepantasan/kecepatan

Komponen yang utama dalam kecergasan fizikal ialah ketahanan sistem jantung dan
komposisi badan.

Definasi senaman

xliv
Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau rekreasi yang menyeronokkan dirancang dan
diulang-ulang, dilakukan untuk meningkatkan status kesihatan dan tahap kecergasan. Ia
dilakukan dengan melibatkan satu antara lima komponan yang dinyatakan di atas. Ahli sukan
boleh membina/membentuk enam komponen yang lain.

JENIS SENAMAN YANG PERLU UNTUK MEMBENTUK KOMPONEN KECERGASAN

 Untuk membentuk sistem jantung dan tahap ketahanan otot seseorang itu perlu
melakukan senaman aerobik
 Untuk meningkatkan kekuatan otot, latihan kekuatan atau latihan mengangkat berat
perlu dilakukan

 Untuk meningkatkan fleksibiliti, senaman regangan perlu diamalkan.Yoga juga adalah


satu aktiviti yang baik untuk meningkatkan fleksibiliti

 Komposisi badan juga akan bertambah baik dengan senaman aerobik

 Untuk meningkatkan kemahiran yang melibatkan komponen, senaman khas yang


dirancang adalah perlu. Senaman ini adalah senaman khas di mana melibatkan latihan
sukan di bawah pengawasan jurulatih

Senaman aerobik adalah aktiviti yang dilakukan secara berterusan sekurang-kurangnya selama
20 minit sehingga mencapai degupan jantung tidak kurang dari 120 denyutan seminit. Semasa
aktiviti ini dijalankan, seseorang itu perlu mengelakkan dari mengalami kesusahan bernafas.
Walaubagaimanapun pertambahan denyutan jantung adalah sesuatu yang dijangka. Denyutan
jantung akan terus meningkat tetapi tidak lebih dari 175 denyutan seminit. Untuk orang yang
baru memulakan latihan, mungkin mencapai sehingga 125 denyutan seminit.

xlv
Senaman latihan tenaga adalah
senaman yang dilakukan secara
melawan rintangan seperti tekan
tubi, angkat dagu (bersenggayut),
separa menyangkung
(menyangkung sepenuhnya tidak
digalakkan), duduk tegak (sit ups).

Latihan dengan beban seperti dumb


bells- dan peralatan-peralatan
gimnasium lain juga membantu
pembentukan otot. Semakin besar
otot itu semakin kuat otot itu.

Senaman regangan sangat


digalakkan selepas setiap aktiviti
fizikal. Otot-otot tertentu atau
kumpulan otot akan diregangkan
perlahan-lahan.

Sedikit rasa kurang selesa atau ketegangan akan terasa tetapi tidak sehingga menyakitkan.
Regangan dilakukan secara statik tidak kurang dari 15 saat (15-30). Elakkan pergerakan
lonjakan semasa regangan dan elakkan dari menahan nafas.

RUTIN SENAMAN
1. Mulakan dengan senaman untuk memanaskan badan, seperti:
o Berlari anak atau joging selama 5 hingga 10 minit

o Berenang 2 hingga 3 pusingan mengikut cara keselesaan masing-masing

o Berbasikal untuk 5 hingga 10 minit dengan kelajuan rendah

Semua ini bergantung kepada aktiviti yang dipilih.

Walaubagaimanapun lakukan aktiviti beberapa minit pertama dengan selesa.

2. Ini patut diikuti dengan regangan dengan menggunakan otot tertentu


3. Pada bahagian ketiga lakukan aktiviti rutin senaman aerobik selama 30 hingga 40 minit

xlvi
4. Selepas peringkat aerobik, lakukan aktiviti pergerakkan perlahan untuk menurunkan
denyutan jantung

5. Sesetengah senaman latihan kekuatan dilakukan untuk meningkatkan kekuatan otot

6. Pusingan ini ditamatkan dengan senaman regangan untuk semua kumpulan otot-otot
utama.

Untuk mencapai tahap senaman yang unggul, perlu diingatkan prinsip FITT (kecergasan) dan
senaman yang berkala perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

PRINSIP FITT (KECERGASAN)

F - Frequency ialah kekerapan melakukan senaman.

- Intensity ialah kekuatan sesuatu senaman ditentukan dengan pengiraan kadar denyutan
I
jantung anda.

- Time ialah peruntukan masa untuk senaman aerobik (tidak kurang 20 minit untuk lebih
T
berkesan).

- Type ialah jenis senaman yang penting. Beberapa jenis aerobik yang berbeza adalah
T
digalakkan.
1. Tekan tubi dilakukan untuk
menguatkan otot dada dan
otot bahu. Untuk orang
yang baru mulakan latihan
tekan tubi lakukan dalam
kedudukan bertentangan
dinding atau kedudukan
yang diubah suai seperti
semasa berehat atau
dengan menggunakan lutut

xlvii
2. Semasa aktivtii separa
menyangkung, pembukaan
antara kedua belah kaki
diluaskan seberapa yang
boleh akan menguatkan
otot lutut dan memejalkan
otot punggung anda

3. Mengangkat kaki
kebelakang dalam
kedudukan melutut atau
baring terlentang, akan
memejalkan punggung dan
anggota bawah bahagian
belakang

xlviii
4. Duduk tegak (sit ups)
untuk menguatkan otot
perut

5. Mengangkat kaki pada


kedudukan mengiring akan
menguatkan paha anda

6. Senaman dengan beban


(dumb bells) boleh
digunakan untuk membina
otot bisep

xlix
Senaman diatas dicadangkan dilakukan secara berpusingan. Setiap senaman atau pergerakan
itu dikenali sebagai satu ulangan. Setiap pusingan mengandungi 5 hingga 10 ulangan untuk
setiap pergerakan. Jumlah ulangan dan pusingan yang anda lakukan bergantung kepada
keupayaan diri anda.

Anda boleh meningkatkan pusingan atau jumlah ulangan setiap set bukan dalam masa satu hari
tetapi dalam masa seminggu.

Sesuaikan tubuh badan anda untuk membina kekuatan secara semula jadi.

JENIS AKTIVITI YANG BOLEH DI PILIH UNTUK MENINGKATKAN KECERGASAN

Anda boleh memilih aktiviti seperti:

 Joging
 Permainan seperti futsal, bola sepak, hoki dan badminton

 Berjalan kaki

 Memanjat tembok

 Mengambil bahagian dalam acara larian

 Berbasikal

Aktiviti fizikal hendaklah dilakukan secara berkala.

Adalah perlu memulakan aktiviti secara perlahan, dengan intensiti dan frekuensi rendah
seterusnya ditingkatkan secara perlahan-lahan mengikut keselesaan.

(Sumber:www.myhealth.gov.my)

l
MODUL 2: KESIHATAN SEKSUAL & REPRODUKTIF

MENGENALI PERUBAHAN DIRI

Hormon bertanggungjawab terhadap perubahan tubuh semasa remaja.

Berikut adalah perubahan fizikal yang dialami:

Lelaki Perempuan

Tumbesaran badan  Bermula pada umur  Bermula pada umur 10 - 11


12-13 tahun tahun
Tubuh kita membesar
dan ia berlaku dengan  Memuncak pada  Memuncak pada umur 12 atau
pantas umur 14 tahun 13 tahun

 Berhenti membesar  Berhenti membesar pada umur


pada umur 18 tahun 17 atau 18 tahun

 Purata ketinggian  Purata halaju ketinggian adalah


adalah 10.5 9 sentimeter setahun
sentimeter setahun
 Purata ketinggian yang dicapai
 Purata ketinggian adalah 25 sentimeter
yang dicapai adalah
28 sentimeter  Dipengaruhi oleh hormon
perempuan iaitu estrogen
 Dipengaruhi oleh
hormon lelaki iaitu
androgen

Perubahan bentuk  Bahu berotot dan  Bentuk payudara, paha dan


badan sasa punggung semakin
membesar dan menonjol
 Peningkatan
stamina dan
kekuatan

li
Pertumbuhan bulu  Ketiak  Ketiak
badan
 Kawasan kemaluan  Kawasan kemaluan
 Misai dan janggut

Lain-lain  Kulit semakin kasar  Kulit semakin lembut dan


dan berminyak berminyak

 Jerawat mungkin  Jerawat mungkin tumbuh


tumbuh

lii
PERUBAHAN AKIL BALIGH

Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda berubah dari
seorang kanak-kanak ke seorang dewasa.

Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'.

Ia disebabkan bahan kimia di dalam badan yang dipanggil hormon.

Untuk lelaki :

 Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan zakar ( penis ) dan buah zakar
(testis )
 Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut
serta suara yang lebih garau

 Bulu ketiak serta di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda akil baligh

Untuk perempuan :

 Ciri-ciri seks primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari
 Manakala ciri-ciri seks sekunder pula melibatkan perubahan payudara serta
punggung membesar

 Bulu dari ketiak dan di bahagian kemaluan juga merupakan tanda-tanda


akil baligh

Permulaan akil baligh

Akil baligh bermula antara umur 9 - 16 tahun bagi lelaki dan perempuan.

Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat.

Kemungkinan sebab-sebab akil baligh awal adalah :

 Nutrisi yang lebih baik


 Stres

 Bahan kimia di dalam makanan

Adakah akil baligh awal satu kebaikan atau sebaliknya?

Ia bukanlah buruk mahupun baik. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Mereka yang mengalami
kematangan seksual yang awal serta bergaul dengan rakan

liii
yang lebih matang, mungkin terdedah kepada gejala-gejala sosial seperti
merokok, mengandung dan lumba haram.

Peringkat akil baligh

Perkembangan ciri seksual sekunder dibahagikan kepada 5 Peringkat yang dikenali sebagai
Peringkat Tanner .

Tahap Tanner :

 Lelaki - Zakar (penis ) dan kerandut buah zakar (skrotum )


 Lelaki - Bulu kemaluan

 Perempuan - Payudara

 Perempuan - Bulu kemaluan

liv
Lelaki - Zakar (penis) dan kerandut buah zakar (skrotum)

lv
Lelaki - Bulu kemaluan

lvi
Perempuan - Payudara

lvii
Perempuan - Bulu kemaluan

lviii
Akil baligh yang tidak normal

Dikatakan tidak normal seandainya akil baligh bermula terlalu awal mahupun terlalu lewat jika
dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lain.

SISTEM REPRODUKTIF

Sistem reproduktif adalah sistem organ yang berfungsi untuk pembiakan atau reproduksi.
Organ utama dalam sistem reproduktif manusia adalah zakar (penis), vulva, testikel (kerandut
zakar) dan ovari.

Reproduktif Wanita Reproduktif Lelaki

Organ seks

Organ seksual terdiri daripada payu dara dan kemaluan.

 Kemaluan lelaki - penis, buah zakar


 Kemaluan wanita - vagina, labia minora (bibir dalam) dan labia majora (bibir luar),
klitoris

Kesihatan seksual

Kesihatan seksual bukan sahaja meliputi perhubungan seksual. Ia merupakan satu konsep
yang meluas, melibatkan fizikal, mental, emosi dan sosial seseorang.

Ia melibatkan:

 Badan yang sihat


 Minda yang sihat dan cerdas

 Emosi yang sihat

 Komuniti yang sihat

lix
Kesihatan seksual yang sihat meningkatkan:

 Personaliti
 Komunikasi

 Perhubungan dengan orang lain

 Perancangan keluarga

 Keadaan sihat sejahtera

Perasaan seksual

 Kenaikan nafsu syahwat melibatkan satu atau lebih peringkat tindak balas seksual
 Biasanya ia melibatkan perasaan tertarik terhadap pihak yang lain

 Ia mungkin diikuti dengan fantasi aktiviti seksual

 Ini adalah normal, tetapi jika ia mendatangkan keresahan, minta bantuan dari pihak
profesional. Contohnya kaunselor, ahli psikologi, doktor. Lihat kesedaran kendiri

Hubungan seks

Seks bermaksud melakukan aktiviti seks.

Aktiviti seks merangkumi rangsangan perasaan seksual dengan cara berikut:

 Sentuhan - contohnya membelai, berpeluk


 Rangsangan pada organ kemaluan - contohnya menyentuh kemaluan

 Rangsangan oral - contohnya ciuman

 Pergerakan badan - contohnya tarian secara seksi

 Pertuturan - contohnya kata-kata yang menggoda secara bersemuka atau melalui


telefon

 Persetubuhan - bermaksud memasukkan penis ke dalam:

o Vagina

o Dubur

o Oral

 Seks yang lazimnya, merujuk kepada persetubuhan vagina di mana penis dimasukkan
ke dalam vagina
lx
Konsep umum mengenai seks

 Ia merupakan desakan reproduktif yang semula jadi (untuk memulakan satu keluarga).
 Tarikan asas terhadap pasangan yang berlainan yang merupakan sebahagian hubungan
intim.

 Perasaan peribadi - tarikan seksual yang biasanya dikongsi di antara pasangan yang
telah berkahwin.

 Kebanyakan orang tidak selesa untuk membincangkan perkara ini di khalayak ramai.

 Semua agama yang utama di Malaysia tidak membenarkan seks sebelum berkahwin
kerana ia menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab seseorang individu.

Proses ereksi, ejakulasi, kehamilan dan kelahiran

1. Proses ereksi
 Bila ada rangsangan seksual
 Jantung akan berdegup kencang
 Darah akan dialirkan dan memenuhi ke ”corpus cavernosum” pada zakar
 zakar menjadi keras
2. Proses ejakulasi
 Sperma dihasilkan di testis (buah zakar)
 Disimpan di epipidemis (kantung air mani)
 Bila mencapai ”puncak”,air mani akan masuk ke ureter dalam zakar dan dipancutkan
keluar
3. Proses kehamilan
 Ovum yang dihasilkan di ovari akan masuk ke tuba fallopia.
 Sperma yang berada didalam vagina akan berenang kedalam rahim dan bertemu
dengan ovum dalam tuba dan terjadi persenyawaan.
 Ovum yang telah bersenyawa akan bergerak ke rahim dan akan ditanam pada dinding
rahim dan akan berkembang menjadi janin.
4. Proses kelahiran
 Setelah janin cukup 40 minggu, rahim akan mula mengalami kontraksi yang kuat secara
ritmik dan pada masa ini ibu akan merasa sakit.
 Akibatnya pintu rahim akan terbuka dan ketuban akan pecah.
 Bayi akan keluar melalui vagina dan diikuti oleh uri.

lxi
MODUL 3 : TINGKAHLAKU BERISIKO
Apa itu AIDS?

AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan adalah satu
penyakit yang serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus).

Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV telah merosakkan sistem pertahanan
tubuh badan. Apabila sistem pertahanan badan tidak berfungsi, bakteria dan virus-virus lain
boleh menjangkiti tubuh badan, menjadikan individu tersebut sakit teruk.

Bagaimana anda dijangkiti HIV?

Anda boleh dijangkiti HIV jika anda terdedah/tersentuh dengan bendalir badan individu yang
HIV positif.

Bendalir badan yang boleh menyebarkan virus ini adalah :

 Darah
 Cecair faraj

 Air mani

 Susu ibu

Bendalir yang dijangkiti ini boleh meresap ke tubuh badan seseorang semasa :

 Mengadakan hubungan seks dengan individu yang HIV positif


 Berkongsi jarum dan/atau alat suntikan dengan individu yang HIV positif ( contohnya:
bertatu, bertindik/menebuk bahagian badan atau pengambilan dadah secara suntikan)

 Terdedah kepada darah seseorang yang HIV positif

 Ibu hamil yang HIV positif akan merebakkan virus kepada kandungannya semasa hamil,
semasa kelahiran dan semasa penyusuan susu ibu

Anda TIDAK akan mendapat HIV melalui :


lxii
 Bersalam
 Berpeluk

 Bersin ataupun batuk

 Gigitan nyamuk atau lain-lain serangga

 Berenang

 Berkongsi perkakas untuk makan

Siapa yang berisiko untuk untuk mendapat HIV?

Jika anda :

 Mempunyai ramai pasangan seksual


 Penagih dadah secara suntikan

 Pelacur

 Homoseksual

 Kakitangan perubatan

Bagaimana HIV bertindak ke atas tubuh badan?

HIV merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil ' CD4 helper lymphocyte' (Sel
CD4).

Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain,
memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh

HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk
menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk
melawan jangkitan lain.

Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga
mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma.

AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.

Bagaimana anda mengetahui yang anda HIV positif?

lxiii
Tanda-tanda jangkitan HIV dan AIDS mungkin tidak timbul untuk beberapa tahun dan anda
mungkin tidak mengetahui yang anda telah mendapat penyakit ini. Walaubagaimanapun anda
masih boleh meyebarkan virus HIV kepada orang lain pada peringkat ini.

Jangkamasa tanda-tanda ini timbul bergantung kepada individu

Apabila Sistem Pertahanan Tubuh


dilumpuhkan oleh Penyakit AIDS/HIV,
tanda-tandanya termasuk :

 Terlalu lemah dan lesu


 Penurunan berat badan yang
mendadak

 Demam panas yang kerap

 Peluh malam

 Kelenjar limfa membengkak

 Ruam kulit dan ulser pada


permukaan mukosa. Contoh :
lapisan dalam mulut

 Cirit-birit yang kronik

 Batuk kronik Bintik-bintik putih pada mulut dan kerongkong

 Hilang ingatan

 Jangkitan teruk yang tidak


dapat dirawat

Bagaimana anda mencegah HIV?

Pada masa ini tiada vaksin yang berkesan.

Walau bagaimanapun jangkitan HIV dapat dicegah melalui :

 Cara yang paling baik adalah dengan mengelakkan diri dari hubungan seks.
 Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalin hubungan seks adalah salah di sisi
undang-undang kecuali anda telah berkahwin.

o Undang-undang Malaysia menyatakan bahawa perhubungan seks dengan remaja


perempuan yang berumur 16 tahun dan ke bawah, samada dengan persetujuan
atau tidak, akan mengakibatkan lelaki berkenaan disabitkan kesalahan merogol.

 Jika anda aktif melakukan hubungan seks, amalkan hubungan seks yang selamat.
lxiv
o Setia pada seorang pasangan. Elakkan daripada bertukar-tukar pasangan.

o Gunakan kondom. Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan


dalam pencegahan HIV, tetapi ianya mampu mengurangkan risiko jangkitan.

o Elakkan dari pengambilan alkohol atau dadah di mana ia akan menjejaskan


pertimbangan anda.

 Menggunakan jarum yang bersih dan basmikuman.

Jika anda juga mengidap jangkitan seksual (STIs) pada masa yang sama, anda berisiko tinggi
untuk mendapat jangkitan HIV semasa melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.

Bagaimana jangkitan HIV dikesan?

Jumpa doktor untuk ujian darah. Keputusan ujian darah akan mengambil masa beberapa hari.

Keputusan anda adalah sulit. Anda juga boleh mendapatkan sesi kaunseling untuk maklumat
lanjut mengenai jangkitan HIV dan pencegahannya.

Bolehkah ia dirawat?

Pada masa ini jangkitan HIV tidak dapat dipulih sepenuhnya.

Kombinasi ubatan antivirus dan ubatan yang meningkatkan pertahanan tubuh badan digunakan
untuk mengawal jangkitan, bagi terus hidup sihat dan memanjangkan usia pengidap HIV.

3) LUMBA HARAM (REMPIT)

Lumba haram adalah satu bentuk perlumbaan bermotor yang diadakan di atas jalan raya
awam tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa. Lumba haram sering diadakan di kawasan
bandar, luar bandar ataupun di kawasan perindustrian tanpa mengira keadaan trafik, tetapi
biasanya diadakan pada waktu tengah malam.

Kegiatan lumba haram adalah salah di sisi undang-undang jalan raya kerana membahayakan
nyawa pengguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri.

Di Malaysia, menonton perlumbaan haram juga merupakan satu kesalahan kerana akan
menggalakkan pelumba haram untuk terus berlumba tanpa menghiraukan keselamatan
pengguna jalan raya yang lain.

lxv
4) MAT REMPIT

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan
haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala
sosial remaja di Malaysia sekarang.

Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara
berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-
tengah kota pada malam hujung minggu.

Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan, pergaduhan,
laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak
memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang
tidak mempunyai lesen sah, membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi.

Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di
Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di
Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.

5) MINAH REMPIT

Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita
Mat Rempit.

6) VANDALISME

Vandalisme atau Laku musnah merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta
benda awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalisme berasal daripada nama
sebuah puak di Eropah, Vandal, yang telah membinasakan kota Rome pada tahun 445.

Pada lazimnya, laku musnah ditanggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan
tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang
tidak puas hati terhadap kondisi mayarakat.

7) BULI

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk
menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang
lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.

lxvi
Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh
membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan
kepada orang lain.

8) MEROKOK

Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda?

Mempunyai kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang


Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ
dalam tubuh badan kita

Otak - Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan


oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan
sepenuhnya

Telinga - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh


menyebabkan pekak

Mata - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya


penglihatan

Mulut - Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah


dan tekak

- Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut

- Gigi menjadi kuning

Hidung - Mengurangkan deria bau


lxvii
Kulit - Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut

Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga


untuk bersukan

Apakah kesan-kesan jangka panjang?

 Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)


 Penyakit Jantung
 Angin Ahmar / Strok
 Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
 Penyakit mulut dan gusi
 Ulser (perut, peptic)
 Osteoporosis
 Kemandulan (tidak boleh hamil)
 Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
 Mati pucuk

Selain membahayakan kesihatan diri, apakah keburukan merokok yang lain?

Merokok juga boleh mencemarkan persekitaran

 Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti


mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk
 Menyebabkan pencemaran udara
 Perokok pasif (Menyedut/menghidu asap rokok dari orang lain yang merokok), juga
boleh menyebabkan penyakit lelah di kalangan kanak-kanak
 Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran

Mengapa remaja merokok?

Terdapat banyak sebab remaja merokok dan ianya diklasifikasikan mengikut :

Peribadi :

 Ingin tahu atau ingin mencuba


 Ingin membuktikan dirinya sudah matang untuk merokok
 Merasa rendah diri
lxviii
 Mempercayai mitos merokok
 Memberontak
Sosial :

 Tekanan rakan sebaya


 Dicabar oleh kawan-kawan supaya merokok
 Mencontohi ibu bapa /penjaga atau saudara mara yang merokok
 Mencontohi idola popular yang juga perokok

Persekitaran :

 Pengaruh media (contoh : iklan)


 Mudah diperolehi
 Boleh dibeli

Mitos dan kebenaran mengenai merokok

Mitos Kebenaran/kenyataan

 Merokok tidaklah  Kebanyakan pakar kesihatan bersetuju bahawa


membahayakan seperti merokok adalah salah satu penyebab kematian
mana yang didakwa dan ketidakupayaan yang serius di Malaysia.
sesetengah orang 

 Berhenti merokok adalah  Ramai yang gagal untuk berhenti merokok


mudah walaupun setengah dari perokok telah cuba
berhenti sekurang-kurangnya sekali.

 Saya tidak perlu bimbang  Merokok adalah sesuatu yang memberi kesan
tentang akibat buruk kepada anda sekarang.
merokok sehingga apabila  Ianya memberikan kesan fizikal kepada anda
saya tua. dengan :
o Mengurangkan keupayaan anda dalam
menjalankan aktiviti-aktiviti berat
o Meningkatkan paras karbon monoksida
di dalam badan anda
o Mengubah warna gigi dan jari anda dan
mengurangkan deria rasa anda
o Menyebabkan anda barbau asap rokok
o Membelanjakan wang sebanyak RM500
setahun jika anda merokok 40 batang
lxix
seminggu
 Merokok menjadikan saya  Remaja yang tidak merokok didapati lebih
dewasa. matang.
 Merokok membolehkan saya  Remaja yang tidak merokok akan mendapat
mendapat kawan lebih ramai kawan kerana sebahagian besarnya
kebanyakan remaja tidak merokok.
 Merokok memberikan saya  Ramai remaja yang merokok lebih mudah
inspirasi terlibat dalam kegiatan negatif yang berbahaya
dan menyalahi undang-undang
 Merokok nampak macho dan  Merokok menjadi semakin kurang diterima
bergaya masyarakat. Tempat awam adalah kawasan
larangan merokok. dan telah dilarang di
kebanyakan tempat awam di Malaysia.
Merokok juga menggalakkan penuaan.
 Cerut lebih selamat dari  Cerut tidak mempunyai penapis dan
rokok meningkatkan kesan kesihatan yang negatif
walaupun ia tidak disedut sehingga ke dalam
paru-paru.
 Tembakau yang tidak  Tembakau yang tidak dibakar ialah semua jenis
dibakar adalah lebih selamat tembakau yang di kunyah, dihidu atau dihisap.
Ia meningkatkan risiko mendapat barah mulut
dan tekak.

Mengapa tembakau dan merokok menjadi isu utama?

 Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-


undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari
penghisapnya
 Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun
 Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah
Apakah jenis-jenis bahan merokok dari tembakau?

Merokok boleh dalam bentuk berikut :

 Rokok
 Cerut
 Tembakau paip
 Seesha

Adakah terdapat data mengenai kesan merokok di Malaysia?

lxx
 Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok
 Lebih kurang 20% remaja adalah perokok
 85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok
 Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah
berkaitan dengan merokok

Apakah yang menyebabkan ketagihan rokok?

 Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan
kokain
 Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan

Mengapa merokok merbahaya?

Merokok merbahaya kerana :

 Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah
dan penyakit jantung
 Boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah

Bagaimana merokok itu membahayakan?

 Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun
 Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah

Adakah kesan buruk merokok hanya tertumpu kepada perokok atau juga orang
lain?

 Ya, orang lain boleh menjadi perokok pasif secara tidak langsung jika :

 Terhidu asap yang keluar dari perokok. Kesan yang tidak diingini adalah sama iaitu
penyakit lelah, penyakit jantung dsb.

Apakah bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok?

Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :

 Tar (bahan untuk membuat jalan raya)

lxxi
 Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
 Napthylamine (ubat gegat)
 Arsenik (racun anai-anai)
 Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
 Kadmium (terdapat dalam bateri)
 DDT (Ubat nyamuk)
 Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
 Butane (gas yang boleh membunuh)
 Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
 Hydrogen cyanide (racun)
 Toluene (bahan pelarut)
 Carbon Monoxide (gas beracun)

Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?

 Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda


 Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
 Barah payudara: lebih 11 kali ganda
 Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
 Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
 Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
 Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
 Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
 Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
 Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda

Adakah perokok pasif kurang bahaya?

Tidak, ianya lebih merbahaya kerana :

 Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok
pasif mengandungi :
o 2 kali ganda nikotin
o 3 kali ganda tar
o 5 kali ganda karbon monoksida
o 50 kali ganda bahan kimia merbahaya

Adakah undang-undang dan peraturan berkaitan merokok?

Ya, adalah menjadi kesalahan jenayah bagi remaja untuk merokok, membeli rokok atau
lxxii
memiliki bahan yang dihasilkan dari tembakau.

Merokok adalah dilarang di tempat-tempat awam seperti berikut :

 Sekolah
 Hospital dan klinik
 Bangunan-bangunan kerajaan
 Lif
 Kapalterbang

Bila merokok dianggap sebagai ketagihan?

 Seseorang mengalami rasa tidak selesa dan ketagih untuk merokok apabila tidak
merokok
 Di antara tanda-tanda ketagihan adalah :

o Tanda fizikal :
 Gelisah
 Menggeletar
 Degupan jantung lebih laju
 Pernafasan cetek / tidak dalam

o Corak pemikiran :
 Gian untuk menghisap rokok
 Berasa risau, gelisah dan bimbang
 Tidak boleh menumpukan perhatian

o Corak Emosi :
 Mudah marah
 Mudah runsing
 Rasa bimbang
 Gelisah

o Pola kelakuan :
 Kehadiran ke sekolah merosot dan kurang disiplin
 Tercicir dari sekolah
 Perubahan sikap dan tingkah laku
lxxiii
 Terlibat dalam kegiatan jenayah seperti mencuri untuk membiayai tabiat merokok

Apakah baiknya berhenti merokok?

 Pernafasan bertambah baik


 Stamina meningkat
 Lebih sihat
 Lebih diterima oleh masyarakat
 Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan
 Melindungi orang lain dari bahaya merokok
 Menjimatkan wang
 Melindungi persekitaran

Mengapa susah untuk berhenti?

 Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan


 Kesan merokok yang menyeronokkan (contoh : merasa lebih segar dan tidak
mengantuk) adalah kesan serta merta tetapi tidak lama (lebih segar , degupan jantung
bertambah)
 Merasa letih dan murung apabila tidak merokok
 Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain
 Mengatasi gian dan keinginan merokok

Bagaimana cara berhenti merokok?

 Menyedari anda mepunyai masalah.


 Membuat keputusan.
 Menetapkan tarikh berhenti merokok.
 Elakkan pengaruh untuk merokok.
 Minta bantuan dari rakan anda.
 Cari aktiviti yang lebih baik untuk dilakukan.
 Rancang hari hari tidak merokok anda.
 Bina keyakinan diri.
 Buat peringatan bertulis mengingatkan anda untuk berhenti merokok / diari
berhenti merokok.
 Direktori berhenti merokok (Klinik kerajaan www.infosihat.gov.my, Laman web Malaysia

lxxiv
- www.notobacco.org).

Petua mengatasi keinginan merokok.

 Tarik nafas panjang


 Minum air
 Membuat kerja lain
 Mengunyah sesuatu (seperti gula getah)
 Mandi
 Basuh tangan
 Senaman ringan ( contoh : regangan)
 Sembahyang / meditasi

11) Penyalahgunaan Dadah

Apakah penyalahgunaan dadah?

Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau
penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan
gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.

Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang
akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian " Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang
melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan
seharian.

Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun:

 Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat


 Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah
 Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya

Apakah penagihan dadah?

Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.

Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan bahan tersebut. Contohnya:

lxxv
 Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
 Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan
 Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang
lebih lama

Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.

Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari
pengedar, membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli
dadah.

Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan
wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah dalam
apa cara sekali pun.

Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling.

Apakah istilah-istilah yang perlu diketahui?

Dadah Psiko aktif

Mempunyai kesan terhadap tingkah laku dan kesedaran

Contohnya; valium, ganja.

Dadah bukan Psiko aktif

Tidak memberi kesan terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan.

Pergantungan

 Keinginan fisiologi dan psiko logikal pada dadah untuk mendapatkan keseronokan dan
mengelakkan rasa ketagih
 Dalam pergantungan fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuan tertumpu
kepada dadah setiap masa
 Dalam pergantungan fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau akan
mewujudkan keinginan yang melampau kepada dadah tersebut
 Gian pula akan mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan penagih perlu
mengambil dadah kembali bagi mengelakkan perasaan negatif tersebut

lxxvi
Gejala Penarikan

Satu sindrom fizikal dan psiko logikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadah
dengan mendadak.

Lali

Memerlukan jumlah dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan psiko logikal yang sama.

Kenapa mereka mengambil dadah?

 Ingin mencuba
 Terikut-ikut
 Amalan budaya
 Suasana semasa. Contohnya; perang / kelab malam
 Tekanan / cabaran dalam kumpulan
 Bagi tujuan merawat
 Meningkatkan kawalan diri dan prestasi

Apakah jenis-jenis dadah yang kerap disalahgunakan?

a) Opium / candu

 Morfin, Heroin - euphoria, painkiller


o Melahirkan rasa euforia dan penahan sakit
o Euforia, ubat tahan sakit

b) Perangsang

 Kokain, Amfetamina -
o Euforia, berkeyakinan

lxxvii
c) Penenang

 Anxiolytics / Anti-anxiety drugs - Benzodiazepines


o Benzodiazepines

d) Halusimogen - Psikedelik (Warna-warna terang dan berkilauan)

 Kanabis / Marijuana / Hashish / Ganja / Weed


 LSD - lysergic asid diethylamide, asid

e) Nikotin / Tembakau

 Terangsang dalam dos yang kecil

f) Alkohol - agen kemurungan

 Terangsang pada dos yang rendah tetapi terencat bila mengambil dos yang berlebihan

g) Hidu (Inhalants / Solvent)

 Menghidu gam atau petrol

h) Lain -lain

 daun ketum

Tanda dan gejala

Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah?

 Resah, gelisah
 Prestasi kerja atau akademik yang merosot
 Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja
 Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian
 Perubahan emosi secara tiba-tiba

 Bercakap merepek
 Mengabaikan penampilan diri
 Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah
 Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik tidur
dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain
 Kelihatan letih, penat dan mamai

lxxviii
Komplikasi

Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan:

 Kebersihan dan kesihatan diri


 Kesihatan mental
 Prestasi pelajaran
 Hubungan sosial
 Status kewangan

Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan:

 Penggunaan pelbagai jenis dadah


 Aktiviti jenayah
 Kaum keluarga
 Masalah perubatan
 Masalah psikiatri
 Kanak-kanak dan remaja (umur kurang 18 tahun)

Rawatan

Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah
sukar disembuhkan. Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan.

Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK).

Rawatan termasuk:

Detoksifikasi

 Menghilangkan kesan dadah di dalam badan

Terapi kelakuan

 Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan

Kaunseling

lxxix
 Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih

Terapi penggantian dadah

 Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan


 Methadone - Ketagihan ubat penenang
 Nikotin - Ketagihan rokok

Pencegahan

Apakah yang boleh mempengaruhi permulaan atau penyudah tabiat penyalahgunaan


dadah?

 Kesungguhan pada aktiviti yang lain


 Status sosioekonomi
 Pengaruh rakan sebaya
 Pengaruh ibu bapa
 Budaya dan etnik
 Nilai hidup yang sederhana
 Motivasi untuk berjaya / takut pada kegagalan
 Pengasingan sosial
Apakah yang membantu seseorang itu berhenti menagih dadah?

 Percaya diri sendiri


 Berkemahiran menyesuaikan diri
 Berkemampuan bangkit dari kegagalan
 Berkeupayaan mengasah kekuatan diri
 Menghargai kesihatan
 Membina minat dan aktiviti yang baru
 Matang dalam fikiran
 Sokongan berterusan daripada keluarga

Seseorang itu perlu mendapatkan:

 Latihan menjadi afektif


 Sokongan masyarakat
 Pembangunan kerohanian diri

lxxx
Pemulihan

Melibatkan prosedur rawatan seperti:

 Terapi dadah gantian


 Pengurusan tingkah laku
 Kaunseling
 Mencegah dari kembali menagih (relapse prevention)
 Latihan menjadi asertif
 Sokongan masyarakat
 Pengisian dan perlembagaan rohani

Penjagaan berterusan adalah satu komponen yang penting dalam proses pemulihan dari
ketagihan dadah.

Ia memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan masyarakat.

Sokongan sosial termasuk:

 Pembangunan kemahiran
 Penempatan pekerjaan
 Pusat bantuan setempat

Kumpulan sokongan

Pusat pemulihan:

 Agensi Anti Dadah Kebangsaan


 PEMADAM
 PENGASIH

Pakar sakit jiwa

 Pakar kaunseling penagihan dadah


 Pakar psikologi
 Ibubapa
 Guru sekolah

lxxxi
Apa itu dadah?

 Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan.


 Sebagai contoh antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor.
 Sesetengah dadah psychoactive mengubah emosi dan status minda anda. Dadah/bahan
tersebut termasuk :
o Alkohol dan tembakau
o Ubat tidur
o Ganja
o Gam
o Ekstasi
o LSD
o Heroin

Bila seseorang itu di anggap menyalahgunakan dadah?

Menyalahgunakan dadah bermaksud menggunakan dadah bukan atas tujuan perubatan.

Apakah yang dimaksudkan dengan ketagihan dadah?

Ketagihan ialah satu keadaan bila seseorang bergantung kepada dadah untuk membolehkannya
melakukan aktiviti harian dan mengelakkan dari mengalami kegianan.

Apakah itu gian?

Gian adalah gejala yang dialami oleh penagih dadah kerana tindakbalas samada mengurangkan
keperluan dadah dari kebiasaan atau ingin berhenti terus dari mengambil dadah. Ini berlaku
kerana toleran sudah berlaku. Gejala ini termasuk berkeinginan yang melampau untuk
mengambil dadah.

Apakah itu toleran?

Toleran berlaku apabila seseorang individu perlu menambah dos/kuantiti dadah yang biasa
diambil bagi mendapat kesan yang sama Keadaan ini juga dikenali sebagai penggantungan
fizikal.

Apakah itu pergantungan?

Kegagalan untuk berfungsi apabila tidak mengambil dadah. Ini termasuk penggantungan fizikal,
lxxxii
psikologikal dan kegagalan menangani tabiat harian.

Dadah yang disalahgunakan.

Apakah jenis dadah yang biasa disalahgunakan?

 Kumpulan Narkotik :
o Candu/Opium
o Morfin/Morphine
o Heroin
o Kodein/Codeine
 Perangsang/Stimulants or 'speeds' :
o Ekstasi
o Amfitamin/Amphetamin
o Kokain
 Hallucinogens :
o LSD
o PCP atau "angel dust"
 Inhalants :
o Aerosol
o Gam
 Marijuana / Cannabis :
o Grass
o Ganja
o Hashish

Bagaimana mengesyaki seseorang itu penagih dadah?

Penagih dadah :

 Gagal melaksanakan tanggungjawab di rumah dan di sekolah.


 Meneruskan tabiat mengambil dadah walaupun mengetahui kesan buruk dan masalah
yang timbul dari penyalahgunaan dadah kepada diri sendiri dan orang lain.

Apakah tanda - tanda yang biasa diperkatakan bahawa seseorang itu penagih
dadah?

Penagih dadah boleh :

 Ponteng sekolah
 Disiplin menurun
lxxxiii
 Tercicir dari persekolahan
 Mengasingkan diri dari murid lain
 Selalu mengasingkan diri di tempat yang terpencil (bilik stor, tingkat bawah bangunan
dsb)
 Menunjukkan perubahan sikap dan kelakuan
 Penampilan wajah yang tidak terurus dan tahap kesihatan menurun
 Hilang selera makan
 Berat badan menurun

Penagih dadah juga boleh menunjukkan tanda-tanda berikut :

 Mata merah
 Bekas suntikan di lengan
 Suka berhutang
 Mencuri barang yang mudah dijual

Mengapa penagih dadah perlu rawatan?

Penagih dadah perlu dibantu untuk berhadapan dengan :

 Simptom-simptom yang tidak selesa dan juga boleh membawa maut akibat gian yang
keterlaluan
 Masalah sosial yang timbul disebabkan penagihan dadah

Apakah jenis rawatan yang boleh diperolehi?

Bantuan profesional adalah diperlukan dalam bidang :

 Kaunselling
 Detoksifikasi
 Pemulihan

Sokongan masyarakat dan keluarga sangat penting untuk membantu penagih membebaskan
diri dari cengkaman dadah.

Bagaimana dan di mana bantuan boleh diperolehi bagi mereka yang sudah terlibat
dengan penagihan dadah?

 Berbincang dengan :
o Ibu bapa

lxxxiv
o Guru kaunseling
o Guru
o Kawan/sahabat yang dipercayai
o Kaunseling /pembimbing rakan sebaya (PRS)
o Doktor
 Kumpulan penyokong
 Pegawai Kebajikan Masyarakat
 Pegawai pemulihan (Agensi Dadah Kebangsaan)

Bagaimana seseorang itu mencegah dari menagih dadah?

1. Lengkapkan diri dengan pengetahuan dan maklumat yang betul:


 Mengetahui bahaya dadah
 Mengetahui mitos mengenai dadah
2. Peka dengan persekitaran anda.
 Ahli Keluarga/ peraturan rumah
o Memahami peradaban di rumah seperti tidak meniru perlakuan orang
yang lebih tua
 Peraturan sekolah
i. Pilih kawan yang betul
ii. Hubungan dengan ahli komuniti
iii. Jauhkan diri dari kawasan yang berisiko
iv. Mengetahui di mana ada kemudahan yang boleh dimanafaatkan
 Acara masyarakat (kelab/perhimpunan sosial) :
i. Berwaspada selalu
3. Belajar bagaimana untuk berkata "TIDAK".
4. Ketegasan

Apakah itu ekstasi?

Ekstasi

 Adalah dadah sintetik yang diharamkan


 Mempunyai kesan yang sama seperti dadah perangsang dan dadah yang
mengkhayalkan
 Kerap digunakan di kelab malam dan disko yang beroperasi sepanjang malam
 Ia juga dikenali sebagai - "club drug", "love drug" dan "dance drug"
 Ia boleh menyebabkan ketagihan

lxxxv
Bagaimana ekstasi menjejaskan tubuh anda?

1. Kesan jangka pendek yang positif :


 Perasaan gembira yang amat sangat
 Mudah bergaul
 Bertambah tenaga
 Rasa selesa dan rapat dengan orang lain
 Amat seronok dengan muzik

2. Kesan jangka pendek yang negatif :


 Loya
 Seram-sejuk
 Berpeluh
 Peningkatan suhu badan, degupan jantung dan tekanan darah
 Mengetap gigi tanpa disedari
 Kejang otot

3. Kesan jangka panjang yang negatif :


 Merasa cemas
 Keadaan paranoia
 Kekurangan air
 Kemurungan
 Kegagalan jantung atau buah pinggang
 Hilang ingatan

Adakah ekstasi merbahaya?

Ekstasi merbahaya kerana ia boleh menyebabkan :

 Ketagihan
 Masalah mental seperti kemurungan dan khayalan
 Kerosakan pada otak dan saraf
 Kerosakan pada organ-organ penting seperti jantung, hati dan buah pinggang
 Kecederaan akibat keganasan atau kemalangan
 Masalah merokok dan minum arak
 Kematian

lxxxvi
Ia juga boleh menyebabkan seseorang :

 Terdedah kepada seks yang tidak selamat dan tidak diingini


 Ditahan polis kerana melanggar undang-undang akibat penggunaan dadah yang
diharamkan
[Atas]

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya terlibat dengan ekstasi?

 Dapatkan bantuan dan sokongan dari ibubapa, guru, kaunselor, pembimbing rakan
sebaya atau doktor
 Anda hendaklah tegas dengan pendirian anda dan katakan "tidak" kepada gejala ini
 Untuk maklumat lanjut, link kepada : modul penyalahgunaan dadah dan ketegasan atau
laman web yang berkaitan

12) Adakah anda tahu apa itu alkohol?

 Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika
bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan "mood"
 Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum
 Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi
dan wiski

Adakah anda tahu kesannya terhadap badan?

 Ia memperlahankan fungsi sistem saraf pusat


 Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang

Apakah faktor-faktor risiko bagi seseorang untuk minum berlebihan?

Faktor persekitaran contohnya :


 Mudah didapati
 Tidak mahal
 Pengiklanan yang menarik di media
Faktor Sosial :
 Pengaruh rakan sebaya
 Latarbelakang keluarga
 Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal
 Budaya
Faktor Biologi :
lxxxvii
 Keturunan
 Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)

Mitos dan realiti tentang kegunaan alkohol

Mitos Realiti

 Penggunaan alkohol membuat  Remaja yang tidak mengambil alkohol


seseorang individu berasa seperti adalah lebih matang dan dapat berfikir
dewasa. secara rasional. Mereka juga kurang
bermasalah.

 Alkohol memudahkan mereka  Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh


mendapat ramai kawan dan lebih dipercayai dan merupakan kawan
diterima sebagai sebahagian dari yang sentiasa mengambil berat.
kumpulan tersebut. Perhubungan antara kawan juga lebih sihat
tanpa penggunaan alkohol.

 Alkohol membuatkan seseorang itu  Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana


nampak "cool" dan berjaya. ini jelas tidak "cool" dan juga merbahaya.  
 Alkohol menghilangkan rasa bosan  Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila
dan memberi keseronokan. seseorang itu mengambil bahagian dalam
aktiviti sihat dan tidak mabuk. Kegembiraan
di bawah pengaruh alkohol tidak bertahan
lama dan mudah dilupakan.  
 Adalah lebih baik mengambil  Remaja juga mempunyai tanggungjawab
alkohol semasa remaja supaya yang penting. Malahan, Alkohol boleh
anda boleh berhenti mengakibatkan ketagihan hingga ke
mengambilnya semasa dewasa peringkat dewasa. Memulakan aktiviti sihat
ketika anda mempunyai lebih pada usia yang muda menjadikan seseorang
tanggungjawab. itu lebih baik dan sihat apabila dewasa
kelak.
 Alkohol dapat membantu  Menghilangkan masalah melalui
melepaskan anda dari penggunaan alkohol merupakan
permasalahan dalam hidup. penyelesaian jangka pendek sahaja.
Menggunakan alkohol sebagai cara untuk
menangani masalah adalah tidak benar.
Penggunaannya akan menimbulkan lebih
banyak masalah dalam jangka pendek dan
panjang.
Apakah kesan-kesan pengambilan alkohol ?

Kesan pengambilan alkohol merangkumi berbagai aspek kehidupan seseorang. Implikasi sosial
lxxxviii
termasuk :

 Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran


 Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik
 Kelakuan Delinkuen/salah laku
 Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alkohol

Kesan fizikal alkohol adalah:

 Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang, pertuturan yang tidak betul
atau jelas, bingung dan bercelaru).
 Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukar
bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian).

Gangguan kesihatan termasuk:

 Kerosakan otak yang kekal


 Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)
 Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)
 Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)
 Kanser usus
 Penurunan naluri seks dan mati pucuk
 Keguguran spontan
 Bayi yang tidak normal
 Anaemia (kandungan darah rendah)

Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya :

 Perubahan personaliti
 Kemurungan
 Bunuh diri
 Kelakuan agresif

Adakah terdapat sebarang risiko tidak langsung terhadap kesihatan?

Ya, seseorang yang ketagihan alkohol lebih cenderung untuk :


lxxxix
 Terlibat dalam gejala seks yang tidak selamat (berisiko tinggi mendapat HIV/AIDS).
 Menunjukkan perilaku yang ganas.
 Menderita akibat kecederaan contohnya akibat kemalangan jalanraya.

Apakah itu ketagihan alkohol?

Penyalahgunaan alkohol menyebabkan seseorang terlalu bergantung kepadanya sepanjang


masa.

Bilakah seseorang itu disyaki mengalami ketagihan alkohol?

 Keinginan yang teruk atau gian untuk minum alkohol


 Gagal untuk berhenti dari terus minum
 Gejala fizikal ( berketar, berpeluh dan loya)
 Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum
 Meneruskan tabiat minum walaupun mengalami banyak masalah yang diakibatkan oleh
alkohol

Bagaimana anda boleh menghindari dari alkohol?

Anda sepatutnya :

 Mengamalkan gaya hidup sihat


 Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi
 Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol
 Isikan masa sepenuhnya - Ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program
senaman atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti
PROSTAR dan Rakan Muda
 Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja
 Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab
malam, disko dan sebagainya.
 Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yang
tertera di atas (Lihat Penyelesaian masalah)

Apakah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai masalah alkohol?

 Dapatkan pertolongan secepat mungkin

xc
 Berbincang dengan orang dewasa yang boleh dipercayai (ibubapa, doktor, kaunselor
sekolah dan sebagainya) atau seseorang yang boleh memberi sokongan

Apakah isu yang bakal dihadapi dari ibu bapa yang ketagihan arak?

 Remaja yang membesar dengan ibu bapa yang ketagihan arak biasanya mempunyai
masalah perhubungan dalam keluarga dan berkemungkinan menghadapi masalah di luar
keluarga

 Ibu bapa yang ketagihan arak akan kurang bijak dalam menghadapi masalah dan akan
meminum arak sebagai jalan penyelesaian bagi setiap masalah mereka. (Sebagai
contoh, masalah rumah tangga, kewangan, kesihatan dan tekanan kerja)

 Remaja yang mempunyai ibu bapa yang ketagihan arak mempunyai risiko menjadi
seorang yang ketagih arak juga

Apakah akibatnya pada remaja yang mempunyai ibu bapa yang ketagihan arak?

Beliau berkemungkinan :

 Kurang meluangkan masa bersama keluarga

 Mengalami konflik disebabkan salah faham

 Terlibat dalam penderaan fizikal dan lisan

 Mengalami tekanan dan kegelisahan

 Mengalami masalah kewangan

 Tidak dapat menjalin hubungan yang baik

 Diri sendiri menjadi ketagihan arak dan dadah

 Keliru dengan peranannya di rumah

 Berasa bersalah di atas sikap ibu bapanya yang ketagihan arak

 Menyimpan rasa marah pada ibu bapanya

 Memiliki rasa rendah diri

 Menjadi tidak berupaya


xci
 Mudah berasa jengkel

Bagaimana seorang remaja menghadapi ibu bapanya yang ketagihan arak?

 Prihatin terhadap masalah ketagihan arak ibu bapa akan memberi kesan kepada anda

 Memahami bahawa ketagihan arak ibu bapa anda bukan disebabkan oleh anda

 Mencari sokongan daripada rakan-rakan, kaunselor sekolah, guru dan sesiapa sahaja
yang anda percayai dan boleh berkongsi masalah

 Mencari bantuan daripada orang lain bukanlah bermaksud anda membelakangkan ibu
bapa dan tidak menyayangi mereka lagi

 Mencari tempat perlindungan yang lebih selamat

 Seandainya anda mendapati rumah anda tidak selamat untuk didiami, mintalah bantuan
daripada pihak berkuasa seperti polis mahupun Jabatan Kebajikan

Bagaimana remaja mengelakkan diri sendiri daripada menjadi ketagih arak?

 Belajar menangani masalah tanpa menjadikan alkohol sebagai jalan penyelesaian seperti
mana yang dilakukan oleh ibu bapa anda

 Memperbaiki kemahiran komunikasi agar masalah antara keluarga dan rakan-rakan


dapat diselesaikan dengan lebih mudah

13) Apakah itu "gengsterisme"?

"Gengsterisme" ialah kelakuan yang memusnahkan/merosakkan yang dilakukan secara


berkumpulan.

xcii
Apakah jenis aktiviti yang selalunya melibatkan 'gengster'?

'Gengster' sering:

 Mempamerkan tingkah laku yang agresif


 Merompak
 Menyeluk poket
 Terlibat dalam lumba haram
 Mencuri kereta
 Mengedar dadah
 Minum arak
 Terlibat dalam seks rambang
 Mengugut peniaga-peniaga kecil untuk memberi wang perlindungan bagi menjamin
keselamatan mereka

Apakah punca seseorang itu menjadi 'gengster'?

Beberapa faktor yang menyebabkan seseorang menjadi 'gengster' adalah:

 Latar belakang keluarga yang serba kekurangan


 Pengaruh rakan sebaya
 Pengaruh media
 Personaliti diri
 "Esteem" kendiri yang rendah

Adakah kita boleh mengenal pasti jika seseorang itu akan cenderung dalam aktiviti
'gengster'?

Kebarangkalian besar seseorang itu cenderung ke arah Gengsterisme jika seseorang itu:

 Mudah marah disebabkan pertelingkahan kecil


 Suka merosakkan harta benda
 Sering pulang lewat dari sekolah
 Sering keluar di waktu malam
 Melepak
 Sering tidur di waktu siang
 Mempunyai prestasi yang rendah di sekolah
 Mempunyai rekod akademik yang kurang memuaskan
 Menghadapi masalah disiplin
 Mempunyai rekod kehadiran sekolah yang buruk/ponteng
xciii
 Menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab seperti melanggar undang-undang
 Bergaduh menggunakan senjata tajam
 Merokok

Apakah yang akan terjadi kepada remaja yang menjadi seorang 'gengster'?

Beliau akan:

 Dikenakan tindakan disiplin


 Mendapat laporan buruk daripada pihak sekolah
 Dibuang sekolah
 Tidak mempunyai ramai kawan dan hanya dihormati oleh ahli kumpulan gengsternya
sahaja
 Sentiasa takut akan ditangkap oleh pihak berkuasa

Bolehkah saya keluar dari situasi ini setelah terlibat dalam Gengsterisme?

Ya, anda boleh.

Anda seharusnya:

 Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sihat seperti bersukan dan bermain muzik
 Menanam minat dalam beberapa hobi seperti membaca, bermain badminton dan lain-
lain
 Salurkan rasa marah anda pada sesuatu yang berfaedah seperti:
o Kelab Tinju, Tekwando, menyanyi dan bersukan
 Katakan "tidak" pada sikap yang negatif
Seandainya masalah 'gengster' anda sudah menjadi terlalu serius:

 Dapatkan nasihat dan bimbingan dari ahli keluarga anda yang rapat
 Dapatkan bantuan kaunselor atau pakar psikologi

Sesi kaunseling (individu atau kelompok dan pembimbing rakan sebaya) adalah aspek penting
dalam rawatan.

14) HUBUNGAN SEKS SEBELUM BERKAHWIN

Kelakuan seks remaja bermula pada umur yang berbeza berdasarkan nilai-nilai budaya dan
sosial mereka. Kajian di tempat yang berlainan di dunia menunjukkan seks sebelum kahwin
biasanya tidak dirancang.

Remaja yang berisiko

xciv
 Mereka yang terlibat dalam penggunaan arak dan dadah
 Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa

 Kurang berminat dengan sekolah

 Sejarah penderaan fizikal atau seksual

 Kurang pengawasan ibu bapa

Kesannya

 Dari aspek perubatan:


o Kehamilan yang tidak diingini

o Pengguguran anak yang tidak selamat

o Pembuangan bayi

o Jangkitan seksual

 Dari aspek psikologi dan sosial:

o Masalah perhubungan. Lihat

o Mengalami gangguan emosi

o Tiada keharmonian keluarga dan sosial

o Implikasi undang-undang

Cara untuk mengelakkannya

 Elakkan melakukan hubungan seks


o Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri. Jangan biarkan orang lain
memaksa anda.

o Aanda boleh melindungi kesihatan dan emosi anda dengan mengatakan "Tidak,
bukan sekarang". Anda masih boleh berkata "tidak" walaupun pernah
berkata "ya" sebelum ini.

o Pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda tidak akan


meminta seks sebelum kahwin

o Ingat : badan anda adalah tanggungjawab anda untuk menjaganya dengan baik.

 Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah.

xcv
 Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman, aktiviti
budaya atau kerja-kerja sukarela.

 Semua agama utama dan budaya kita, seks luar nikah adalah dilarang. Anda mengambil
tindakan yang bijak jika anda taat kepada ajaran agama.

KEHAMILAN REMAJA

 Kebanyakan kehamilan remaja berpunca dari seks sebelum kahwin, sumbang


mahram, rogol dan penderaan seksual.

 Remaja - remaja ini menghadapi pelbagai cabaran kerana mereka belum


bersedia untuk menjaga bayi mereka.

 Mereka sedang berada di alam persekolahan dan masih mengalami proses


tumbesaran dan kematangan.

 Mereka perlu berhadapan dengan akibat kehamilan semasa remaja iaitu dari
aspek :

o Perubatan

o Psikologi

o Sosial
Tanda-tanda kehamilan

Perhatikan tanda-tanda ini :

 Tidak datang haid


 Pendarahan vagina yang luar biasa

 Loya / muntah

 Payudara terasa sakit atau membesar

 Letih / pening

 Perut semakin membesar

 Jangkitan saluran air kencing

 Perubahan berat badan

Memastikan kehamilan

xcvi
Anda boleh membeli alat pengesan kehamilan dari farmasi dan membuat ujian air kencing
sendiri :

 Urine Pregnancy Test

ATAU

Jumpa doktor anda untuk mengesahkan kehamilan anda melalui :

 Ujian air kencing


 Ultrasound abdomen

Akibat buruk

Terdapat banyak akibat buruk kehamilan remaja dari aspek berikut :

1. Perubatan :
 Proses bersalin yang sukar dan lama disebabkan tulang punggung yang kecil.
 Tekanan darah tinggi semasa mengandung yang sering berlaku semasa kehamilan
pertama. Ia boleh menyebabkan komplikasi yang lain seperti pendarahan dan sawan.
 Pengguguran anak yang tidak selamat.
 Bayi yang mempunyai berat lahir yang rendah.
 Kadar kematian ibu dan anak yang lebih tinggi.

2. Psikologi dan sosial :


 Murung dan hilang keyakinan diri.
 Masalah perhubungan dan emosi.
 Pandangan serong masyarakat terhadap ibu yang tidak berkahwin dan anaknya .
 Pendidikan terjejas(tercicir).
 Kurang peluang pekerjaan.
 Pembuangan bayi.

Perkara yang perlu dilakukan jika hamil

 Untuk remaja yang belum berkahwin, dapatkan bantuan atau nasihat :


o Ibu bapa

o Guru

xcvii
o Kaunselor

o Doktor dan kakitangan kesihatan yang lain

o Pegawai Kebajikan Masyarakat

 Jangan bahayakan diri anda dengan menyembunyikan kehamilan anda atau


menggugurkan anak secara haram.

 Jumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan untuk pemeriksaan dan
penjagaan semasa mengandung. Pemeriksaan awal penting untuk mengawasi kesihatan
ibu dan bayi.

Mengelakkan kehamilan

 Anda boleh mengelakkan kehamilan dengan 2 cara :


o Menghindarkan dari melakukan perhubungan seks

o Menggunakan cara-cara pencegahan kehamilan

 Hindarkan dari melakukan perhubungan seks.

o Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri. Jangan biarkan orang lain
memaksa anda untuk melakukan hubungan seks.

o Ada banyak sebab yang baik untuk anda mengatakan "Tidak, belum lagi." Salah satu
sebab ialah untuk melindungi kesihatan dan perasaan anda. Anda sentiasa boleh
berkata "tidak" walaupun anda pernah berkata "ya" sebelum ini.

o Jangan mengambil dadah atau minum alkohol kerana ini boleh mengakibatkan anda
hilang pertimbangan

o Pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda tidak akan


meminta seks sebelum kahwin.

o Ingat : diri anda adalah tanggungjawab anda untuk menjaganya dengan baik.

o Medical Institute of Sexual Health menyatakan :

 Satu-satunya cara penyelesaian adalah dengan menundakan


perhubungan seks

 "Hanya dengan menundakan aktiviti seks sehingga selepas berkahwin


dengan pasangan yang tidak dijangkiti, remaja dapat mengelakkan
dari dijangkiti dengan penyakit kelamin dan kehamilan 100%.
Menundakan perhubungan seks sehingga selepas berkahwin adalah

xcviii
nasihat perubatan yang paling baik yang boleh diberikan kepada
pemuda/pemudi di zaman ini".

 Cara yang paling baik untuk mencegah kehamilan adalah


"Simpankan Seks untuk Perkahwinan" (Save Sex for Marriage).

 Cara ini telah dibuktikan secara saintifik dan menurut kehendak


agama dan budaya.

 Jika anda sudah melakukan hubungan seks sebelum kahwin,


pastikan anda mengetahui kesan dan akibatnya :

 Jika anda berumur kurang dari 16 tahun ,perhubungan kelamin


adalah salah disisi undang-undang kecuali jika anda telah berkahwin .

 Undang-undang negara ini menyatakan bagi pasangan lelaki yang


mengadakan perhubungan seks dengan perempuan berumur di
bawah 16 tahun walaupun dengan izinnya, boleh didakwa sebagai
merogol.

 Kehamilan boleh di elakkan jika anda menggunakan kaedah perancang


keluarga:-

o Menggunakan kondom dapat mengurangkan risiko kehamilan. Walaubagaimana pun


kondom tidak mencegah kehamilan 100%

o Sila dapatkan nasihat dan bantuan dari doktor atau kakitangan kesihatan.

o Remaja yang sudah berkahwin tetapi tidak bersedia untuk menimang anak dan
berkeluarga digalakkan menggunakan alat atau pil perancang keluarga.

Bantuan boleh didapati dari:

Selain mendapatkan penjagaan semasa mengandung dan bantuan dari doktor atau klinik
kesihatan, anda perlu berbincang mengenai masalah anda dengan :

 Ibu bapa
 Kaunselor sekolah

 Guru sekolah

 Pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan

Soalan- soalan yang sering ditanya


xcix
1. Pada umur berapakah seorang perempuan boleh hamil?
o Seorang perempuan boleh hamil sebaik sahaja dia mula datang haid.

o Haid adalah tanda seorang perempuan mula subur.

o Purata umur seseorang perempuan akil baligh (mula datang haid) ialah antara 9
hingga 16 tahun.

2. Bolehkah anda hamil setelah anda melakukan hubungan seks buat kali
pertama?

o Ya.

o Adalah penting untuk untuk menghindarkan perhubungan seks sama sekali bagi
mencegah kehamilan.

3. Adakah ia perkara yang normal dan sihat jika tidak melakukan seks sebelum
berkahwin?

o Ya, ia adalah cara yang terbaik untuk kekal sihat secara fizikal dan emosi.

o Malah agama dan budaya melarang seks sebelum kahwin.

PEMBUANGAN BAYI
Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai
remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak,
akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.

Sebab pembuangan bayi

Bayi dibuang kerana:

 Kehamilan yang tidak diingini


 Perhubungan seks rambang dan luar nikah

Kesan pembuangan bayi

Kesan dari sudut perubatan:

c
 Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak
sempurna

 Kesihatan ibu yang terjejas akibat:

 Kehilangan darah

 Jangkitan kuman

 Kecederaan sewaktu bersalin

Kesan dari sudut psikologi dan sosial:

 Murung

 Hilang keyakinan diri

 Rasa bersalah

 Resah atau gelisah

 Masalah emosi dan hubungan interpersonal

 Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi.

 Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.

Pembuangan bayi dapat dielakkan jika:

Elakkan kehamilan jika anda belum:

 Berkahwin

 Bersedia membesarkan anak

 Bersedia membina keluarga.

Semua agama utama di Malaysia melarang

 Seks sebelum kahwin

o Elakkan seks sebelum kahwin

ci
o Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri

o Lindungi kesihatan dan emosi anda tanpa seks sebelum kahwin

o Belajar berkata "Tidak, belum lagi". Anda sentiasa boleh berkata "Tidak"
walaupun pernah berkata "Ya" sebelum ini. Lihat ketegasan

o Jika pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda, dia tidak
akan meminta seks sebelum kahwin

 Taat kepada ajaran agama

Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh remaja

 Ingat: badan anda adalah tanggungjawab anda. Jagalah badan anda dengan baik

 Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah

 Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti
kebudayaan dan kerja-kerja sukarela

 Jika anda sudah melakukan hubungan seks sebelum kahwin:

 Fikirkanlah kesan dan akibatnya dengan teliti dan mendalam

 Dapatkan bantuan jika anda hamil

 Anda boleh mengatur supaya bayi anda dijadikan anak angkat

 Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan

 Terdapat berbagai agensi yang boleh membantu anda

 Pastikan anda tahu mengenai implikasi undang-undang pembuangan dan


pembunuhan bayi

Dapatkan bantuan jika hamil:

 Ibu bapa sekiranya anda boleh berbincang dengan mereka

 Kaunselor sekolah

 Guru sekolah

 Doktor dan anggota kesihatan di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan

cii
 Pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan

Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi

Di bawah Akta Kanak-kanak 2001(Child Act) - Akta 611:

 Seksyen 17 - Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga

 Seksyen 46 - Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak
mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang
dibenarkan di bawah kuasa mahkamah

Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code :

Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun

PENGGUGURAN

Pengguguran atau pembuangan embrio atau janin dari rahim disebabkan oleh kematiannya
atau menyebabkan kematiannya.

Jenis-jenis Keguguran

1. Keguguran spontan - Keguguran disebabkan faktor semula jadi seperti berikut:

 Replika kromosom yang tidak normal

 Faktor alam sekitar

 Trauma pada kandungan yang tidak dapat dielakkan

2. Keguguran Perubatan (terapeutik) - Keguguran dilakukan atas sebab-sebab perubatan


seperti berikut:

 Bagi menyelamatkan nyawa ibu

 Bagi mengekalkan tahap kesihatan fizikal dan mental ibu

 Bagi menghalang kelahiran janin yang dikesan mempunyai kecacatan yang teruk

3. Keguguran secara paksaan - Keguguran yang sengaja dilakukan, selalunya atas


kehendak sendiri disebabkan:

 Melewatkan kehamilan atau tidak mahu mengandung lagi

ciii
 Tidak mahu mengganggu kerja atau pelajaran

 Mengelakkan masalah kewangan dan perhubungan

 Kehamilan yang tidak dirancang atau diingini kerana tidak menggunakan kontraseptif

Cara-cara pengguguran secara paksa dilakukan:

1. Pengguguran perubatan (Medikal )

 Juga dikenali sebagai pengguguran kimia

 Bahan yang biasa digunakan adalah mifepristone dan prostaglandins, biasanya


dilakukan di peringkat awal kehamilan

2. Pengguguran pembedahan (Surgikal )

 Penyedutan dengan vakum (dilakukan secara manual atau elektronik - menggunakan


mesin elektronik) - bagi usia kandungan kurang dari dua belas minggu (rujuk rajah 1)

 Dilatasi dan pengkuretan (D&C) - bagi usia kandungan 15-24 minggu (rujuk rajah 2)

 Dilatasi dan penarikan keseluruhan bayi - bagi usia kandungan melebihi dua puluh empat
minggu (rujuk rajah 3)

civ
cv
Komplikasi pengguguran secara paksaan

 Pangkal rahim terkoyak


 Tertembus rahim

 Pendarahan teruk

 Jangkitan pada organ pembiakan

 Kemandulan

 Kematian - disebabkan oleh komplikasi bius, pendarahan yang teruk atau jangkitan yang
tidak terkawal

Isu berkaitan dengan pengguguran secara paksaan

Pengguguran secara paksaan telah menimbulkan banyak perbahasan dan perhatian di kalangan
masyarakat yang melibatkan aspek:

 Etika
 Akhlak

cvi
 Falsafah

 Biologi

 Agama

 Undang-undang

Pendapat masyarakat terhadap pengguguran secara paksaan dibahagikan kepada dua


kumpulan utama:

 Kumpulan yang memilih keguguran - Menyokong pengguguran kerana ia memberi


kebebasan kepada wanita membuat keputusan mereka sendiri mengenai hal-hal
reproduktif
 Kumpulan menentang keguguran - Menentang pengguguran dan menganggap
pengguguran adalah zalim dan membunuh janin yang berhak untuk hidup

PERINGATAN

REMAJA YANG HENDAK MENGGUGURKAN KANDUNGAN DINASIHATKAN UNTUK TERLEBIH DAHULU MENDAPAT
KHIDMAT NASIHAT DARIPADA ORANG DEWASA YANG BOLEH DIPERCAYAI ATAU ANGGOTA KESIHATAN YANG
TERLATIH.

Pengguguran adalah HARAM di Malaysia kecuali atas sebab-sebab perubatan. Setiap individu
mesti sedar, pengguguran tanpa sebab perubatan adalah satu kesalahan di bawah undang-
undang Malaysia (Kanun Jenayah / Penal Code).

(Sumber: www.myhealth.com.my)

cvii
MODUL 4 : REMAJA MINDA SIHAT
PEMIKIRAN POSITIF

PENGENALAN

Berfikir secara positif adalah satu kemampuan individu untuk melihat dari sudut kebaikan dalam
sebarang situasi walaupun secara umumnya situasi tersebut adalah negatif. Dengan berfikir
secara positif, individu akan dapat mengawal situasi untuk mencapai matlamat yang positif.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir sesi ini, fasilitator boleh:

i. Memahami konsep pemikiran positif


ii. Menyenaraikan beberapa faedah pemikiran positif
iii. Mengetahui beberapa langkah-langkah amalan pemikiran positif

DEFINISI PEMIKIRAN POSITIF

Pemikiran positif adalah satu kebolehan individu untuk melihat kebaikan dalam mana-mana
situasi walaupun situasi tersebut nampaknya negatif.

FAEDAH PEMIKIRAN POSITIF

i. Individu akan berupaya mengawal situasi dan bukan sebaliknya. Ini membolehkan
individu menangani situasi untuk mencapai hasil positif.
ii. Pemikiran positif berkait rapat dengan harga diri.
iii. Berfikiran positif dan menjauhi fikiran negatif pada amnya adalah strategi daya tindak
yang baik dalam menangani tekanan dengan lebih berkesan.

AKTIVITI

i. Fasilitator memberikan suatu senario kepada klien untuk di bincangkan.


ii. Fasilitator akan menganalisa senario bersama-sama klien
iii. Fasilitator menerangkan langkah-langkah berfikiran secara positif

Langkah-langkah membantu berfikir secara positif

Langkah 1 : Mengenalpasti situasi

Langkah 2 : Menilai kewujudan pemikiran negatif

cviii
Langkah 3 : Menilai sama ada pemikiran negatif tersebut sahih/wajar, serta
mempunyai fakta yang kukuh

Langkah 4 : Gantikan pemikiran negatif dengan pemikiran yang lebih munasabah

PENYELESAIAN MASALAH

PENGENALAN

Setiap individu tidak dapat lari daripada menghadapi masalah. Dengan itu, bagaimana individu
menyelesaikan masalah adalah sangat penting. Sekiranya individu tersebut belajar
menyelesaikan masalah secara berkesan, dia boleh menukarkan kelemahan kepada kekuatan
yang boleh menjadi aset kepada individu tersebut. Pendekatan menyelesaikan masalah secara
berkesan dapat membantu memiliki jawapan yang tepat. Individu yang mempunyai kemahiran
penyelesaian masalah yang baik mampu menghadapi masalah yang menjadi beban kepadanya.
Kemahiran daya tindak sering digunakan bersama dengan membuat keputusan. Membuat
penyelesaian masalah adalah sebahagian daripada proses kemahiran penyelesaian masalah.
Bagi menyelesaikan masalah, adalah perlu memutuskan apa yang perlu dilakukan dan
kemudian melakukannya.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir sesi ini, fasilitator boleh:

i. Nyatakan apa itu penyelesaian masalah


ii. Senaraikan kebaikan penyelesaian masalah yang baik
iii. Membincangkan langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah

DEFINISI PENYELESAIAN MASALAH

Penyelesaian masalah adalah satu proses yang akan menyebabkan perubahan yang dilakukan
ke atas sesuatu keadaan akan terhasil seperti yang sepatutnya atau sebagaimana dikehendaki.

i. Kebaikan kemahiran penyelesaian masalah yang baik.


a) Meningkat kebolehan untuk meningkatkan fokus masalah sebenar (kenalpasti
dan beri keutamaan)
b) Mengurangkan stres
c) Berupaya menyelesaikan masalah dengan lebih baik
d) Mengurangkan pembaziran sumber seperti masa, tenaga manusia dan kewangan
ii. Langkah-langkah penyelesaian masalah menggunakan kaedah IDEAL.
I - (Identify) kenalpasti masalah (apakah yang menyebabkan masalah). Tanya diri
anda atau
orang lain.
a) Apa sebenarnya yang berlaku?
b) Siapakah yang terlibat?

cix
c) Apakah punca masalah tersebut?
d) Bilakah berlaku?
e) Dimanakah berlaku?

D - (Describe options) huraikan pilihan-pilihan yang mungkin boleh menyelesaikan


masalah

E - (Evaluate consequences of each options) buat penilaian akibat daripada pilihan


tersebut (timbang keburukan dan kebaikannya)

A - (Act) bertindak berdasarkan pilihan yang terbaik

L - (Learn belajar daripada tindakan yang di ambil sama ada hasil tindakan tersebut
berjaya menyelesaikan masalah atau sebaliknya. Iktiraf segala usaha yang telah di
lakukan termasuk usaha diri sendiri.

TIPS UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK

I. Mengambilkira kesan setiap keputusan terhadap mereka yang terlibat . sebaiknya


libatkan setiap orang yang berkaitan dari peringkat perbincangan sebelum keputusan di
buat.
II. Adalah berfaedah untuk menulis proses membuat keputusan di atas kertas dan buat
catitan tentang cadangan-cadangan dengan mengambilkira butiran penting. Di samping
mudah untuk melihat maklumat sebelum membuat sesuatu keputusan, ini juga boleh
dijadikan rujukan pada masa-masa akan dating.
III. Tulis kebaikan dan keburukan bagi setiap pilihan. Ini dapat membantu untuk
menjelaskan lagi pemikiran.
IV. Membuat keputusan dengan memilih salah satu daripada beberapa pilihan yang ada.
Proses ini melibatkan pemilihan sesuatu yang terbaik daripada beberapa pilihan yang
baik.
V. Percaya kepada diri sendiri dalam membuat keputusan dan perlu faham bahawa
keputusan yang di ambil bukan 100% tepat. Selalunya membuat keputusan yang
kurang tepat adalah lebih baik daripada tidak membuat keputusan langsung.
VI. Bila keputusan telah dibuat, jangan ragu-ragu. Berwaspada akan kesanya dan
tumpukan perhatian kepada langkah-langkah seterusnya.
VII. Elakkan daripada membuat keputusan secara tergesa-gesa atau gopoh. Tangguhkan
dahulu membuat keputusan jika tidak mempunyai maklumat lengkap tentang sesuatu
perkara itu.

PROSES PENGENDALIAN

i. Fasilitator member senario kepada klien


ii. Fasilitator perlu mencatatkan tindakbalas daripada klien dan mencatatkan di carta selak
atau papan putih

cx
iii. Fasilitator melatih klien menggunakan pendekatan IDEAL untuk mempertingkatkan
kemahiran penyelesaian masalah.

AKTIVITI

Untuk membimbing klien menjalankan penyelesaian masalah menggunakan pendekatan IDEAL.

i. I - Identify (kenal pasti masalah)


Isteri berasa letih dan kecewa kerana perlu mengendalikan kerja-kerja rumah seorang
diri. Anak-anak masih kecil dan memerlukan banyak perhatian.
ii. D - Desribe (Huraikan pilihan yang ada)
a) Menambah pendapatan
Suami boleh bekerja lebih masa untuk menambah pendapatan
b) Suami membantu kerja-kerja rumah
c) Hantar anak-anak ke kampung
iii. E - Eveluate ( Buat penilaian bagi setiap pilihan: Kelebihan dan kelemahan)
a) Menambah pendapatan
- Suami bekerja lebih masa untuk menampung pendapatan
- Pendapatan yang lebih baik menampung pembayaran gaji seorang pembantu
rumah
- Isteri tidak akan terlalu letih dan kecewa
- Suami akan sering tiada di rumah
- Masa suami bersama dengan keluarga akan berkurangan
- Suami akan keletihan kerana kerja lebih masa
b) Suami membantu membuat kerja-kerja rumah
- Takut di label queen controlled
- Isteri tidak akan terlalu kecewa
- Suami akan menghargai kerja-kerja rumah yang di lakukan oleh isteri
- Mengeratkan perhubungan (saling bantu membantu)
c) Hantar anak-anak ke kampung
- Tidak dapat bersama anak-anak selalu
- Ketinggalan dalam melihat anak-anak membesar
- Datuk dan nenek terlalu tua
- Tidak dapat membantu anak-anak dalam kerja sekolah
iv. A - Act (bertindak berdasarkan pilihan yang paling baik)
Pilih keputusan kedua (b)
Sebab-sebab memilih adalah dengan sedikit bantuan daripada suami (menolong kerja
rumah, isteri akan rasa kurang letih dan lebih ceria) dan anak-anak. Perhubungan akan
bertambah erat kerana suami turut sama dalam urusan rumahtangga.
v. L -Learn (belajar dan semak semula)
Menyedari bahawa terdapat banyak pilihan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Pilihan yang terbaik adalah yang paling praktikal.

cxi
RUMUSAN AKTIVITI OLEH FASILITATOR

i. Sebelum mengambil sebarang langkah untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam


keluarga, anda perlu berbincang di antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat
yang perlu dan pilihan-pilihan penyelesaian masalah tersebut.
ii. Sebaik-baiknya penyelesaian yang di pilih perlu mendapat persetujuan bersama.

Apabila kita menganggap bahawa sesuatu situasi boleh berubah, kita gunakan Daya Tindak
Bertumpukan Permasalahan (contoh: teknik IDEAL). Manakala jika kita menganggap sesuatu
situasi tidak boleh berubah, kita gunakan Daya Tindak Bertumpukan Emosi.

i. Daya Tindak Bertumpukan Permasalahan


Jika kita menganggap sesuatu situasi boleh berubah:-

a) I : Kenalpasti masalah (identify)


b) D : Huraikan pilihan yang ada (Describe)
c) E : Nilaikan akibat setiap pilihan (kelebihan dan kelemahan) (Evaluate)
d) A : Bertindak berdasarkan pilihan yang paling baik (Act)
e) L : Belajar dan semak semula (Learn)
ii. Daya tindak Bertumpukan Emosi
Jika kita menganggap sesuatu situasi tidak boleh berubah :-

a) Terima hakikat situasi tersebut


b) Mentafsirkan situasi tersebut dari sudut lain
c) Berfikir secara rasional dan positif
d) Mengendalikan emosi dengan positif (contoh: berkongsi perasaan dengan orang
yang di percayai dan berdoa).
e) Bersenam
f) Melakukan teknik relaksasi

ALAT BANTU MENGAJAR

i. Lembaran senario

ii. Panduan kemahiran daya tindak

cxii
KOMUNIKASI INTERPERSONAL

PENGENALAN
Satu proses berkongsi maklumat, pandangan dan perasaan sama ada melalui lisan atau bukan
lisan dapat mempengaruhi penerimaan idea dan perubahan tingkah laku yang positif kepada
penerima. Proses ini melibatkan penyampai dan penerima (pendengar).

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir sesi ini, fasilitator boleh:-
i. Mengetahui kepentingan komunikasi interpersonal yang berkesan
ii. Meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal yang berkesan

FAEDAH KOMUNIKASI INTERPERSONAL

i. Mudah memahami satu sama lain


- Dengan kemahiran berkomunikasi dapat melahirkan kepercayaan dan
keyakinan orang lain.
ii. Mudah menjaga hubungan harmonis
- Dapat memperkukuhkan hubungan yang telah sedia terjalin
iii. Mudah meluah/berkongsi perasaan(gembira/sedih)
- Dapat mengurangkan stres
iv. Mudah mendapatkan bantuan
- Kepercayaan yang wujud dapat membantu dalam menyelesaikan masalah
v. Mudah menjalinkan persahabatan/perhubungan baru
- Mendapat sahabat baru

PANDUAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL


i. Teknik berkomunikasi interpersonal yang berkesan
a) Gunakan nama pendengar
 Pendengar lebih suka jika namanya digunakan semasa berinteraksi
 Sentiasa peka terhadap penerima di hadapan kita dan menunjukkan
kesediaan dan member kerjasama.
 Mewujudkan suasana positif
 Cuba menarik perhatian pendengar
 Sentiasa insaf di atas tanggungjawab kita
b) Pilih perkataan yang sesuai
 Mengelak penggunaan perkataan yang kasar
 Pilih perkataan dan ayat yang sesuai
c) Nada suara

cxiii
 Satu ayat yang sama boleh membawa maksud berbeza apabila nada
suara berubah
 Perhatikan orang yang sedang mendengar dan sesuaikan nada suara
 Menggunakan perkataan yang tepat, ringkas serta intonasi suara yang
lembut tetapi jelas.
d) Bahasa badan
a) Cuba tonjolkan kemesraan, sifat terbuka, mudah menerima atau minat melalui
gaya badan atau mimik muka yang sesuai.

ii. Teknik kemahiran menyoal


a) Gunakan lebih banyak soalan terbuka – soalan terbuka adalah jenis soalan yang
memerlukan penjelasan seperti ; “ Bagaimana perasaan anda?” dan bukannya;
“Adakah anda rasa sedih?”
b) Gunakan soalan terbuka untuk menjelaskan sesuatu situasi seperti; “Macam
mana, adakah ini adil bagi diri anda?”
c) Gunakan bahasa yang mudah, nada suara yang bersesuaian serta ungkapan-
ungkapan apabila menanya isu-isu sensitif.

Elakkan daripada:
a) Menggunakan soalan tertutup terlalu kerap (gunakannya hanya untuk
menyemak fakta)
b) Menanya soalan-soalan yang memalukan atau menyinggung perasaan

iii. Menjadi pendengar yang baik


a) Member tumpuan kepada apa yang dikatakan oleh penyampai
b) Melihat dari sudut pandangan penyampai
c) Mengenal perasaan penyampai

iv. Membaiki kemahiran mendengar


a) Bertentang mata
b) Menyebut nama
c) Condongkan badan sedikit ke arah orang yang sedang bercakap
d) Elakkan semua halangan fizikal
e) Pamerkan gerak badan dan mimik muka yang sesuai
f) Beri tindak balas tanda faham (contoh: mengangguk, “Ya, saya faham”)
g) Beri galakan
h) Nyatakan semula perasaan dengan sumber
i) Hubungkaitkan perasaan dengan sumber
j) Nyatakan semula mesej yang hendak di sampaikan dalam perkataan anda sendiri
(restating)
k) Diam apabila perlu

cxiv
Elakkan daripada:-
a) Mempamerkan sebarang tingkah laku yang menganggu perhatian daripada
orang yang sedang bercakap (memandang ke tempat lain sambil mendengar)
b) Memotong cakap
c) Menukar tajuk
d) Mengkritik
e) Membuat keputusan awal
f) Memberikan gelaran kepada orang yang sedang bercakap
g) Terlalu mendesak
h) Member arahan
i) Menyamakan dengan klien lain
j) Memonopoli sesi perbualan
k) Membuat andaian

v. Kemahiran menjawab
a) Pilih perkataan yang sesuai dan membawa maksud positif
b) Sentiasa bertentang semasa menjawab soalan
c) Gunakan perkataan-perkataan yang mudah di fahami
d) Jujurlah dalam member jawapan. Jika tidak pasti beritahu bahawa anda tidak
pasti tentang perkara itu dan akan memastikannya dahulu sebelum member
jawapan

Elakkan daripada:
a) Menjawab dengan kasar dan mendadak
b) Membuat janji yang anda sendiri pasti tidak dapat tunaikan

Aktiviti 1

Objektif

Selepas mengikuti aktiviti ini, klien akan dapat mengetahui bagaimana untuk menjalinkan
hubungan dengan orang lain.

i. Bagaimana anda bertemu dengan orang lain dan menjalin hubungan apabila anda
berada di tempat baru?
ii. Anda akan berbual dengan siapa sekiranya anda tidak mempunyai rakan lagi?
iii. Buat perbincangan dengan klien
iv. Buat catatan maklumbalas yang di beri oleh klien
v. Buat rumusan ke atas perbincangan dan cadangan oleh klien

Tips:
cxv
i. Pergi ke arah mereka dan perkenalkan diri kepada rakan sekerja atau jiran anda yang
baru
ii. Sentiasa menunjukkan sifat yang baik dan peramah
iii. Mulakan dengan ucapan: salam/hai/hello atau selamat pagi/ petang.
iv. Hulurkan tangan. Memperkenalkan diri. Beritahu mereka dari mana anda datang
v. Tanyakan nama jika mereka tidak memberitahu dulu
vi. Minta kebenaran untuk bersama mereka
vii. Sekiranya anda tidak faham, mintalah penjelasan
viii. Beri penghargaan/ucap terima kasih kepada mereka

Atau

Aktiviti 2

Objektif

Selepas mengikut aktiviti ini, para peserta akan dapat mengetahui bagaimana untuk
berkomunikasi secara berkesan dan menjalin hubungan.

Arahan:

i. Bentuk aktiviti main peranan atau perbincangan


ii. Minta klien menunjukkan bagaimana menggunakan kemahiran berkomunikasi yang baik
yang akan membolehkan anda berikteraksi dengan orang lain dan rakan dengan baik
iii. Minta klien menyenaraikan beberapa kemahiran lain yang di perlukan untuk menjalinkan
lebih ramai lagi hubungan dengan orang lain.
iv. Minta peserta lain memerhati kekuatan atau kekurangan komunikasi tersebut
v. Fasilitator membuat rumusan/penutup

Tips:

i. Beri senyuman
- menolong anda untuk relaks
- Menolong anda mudah di dekati
ii. Menjadi pendengar yang baik
iii. Menunjukkan minat tentang apa yang di perkatakan oleh orang lain
iv. Mempunyai eye contact
v. Tunjukkan komunikasi tanpa lisan seperti anggukkan kepala, katakana “ya” atau
“uhmmm…”
vi. Galakkan mereka untuk berkongsi dan bercakap, tanyakan soalan yang berkaitan seperti
: Di mana, apa, siapa atau bila.
vii. Kenal pasti dan fahami perasan rakan anda
cxvi
viii. Cuba tidak mengganggu apabila orang lain bercakap
ix. Bercakap dalam nada suara yang menarik
x. Jangan meninggikan suara

KAEDAH PENGAJARAN

i. Khidmat nasihat individu


ii. Khidmat nasihat berkumpulan
iii. Sesi perbincangan

ALAT BANTU MENGAJAR

i. Lembaran kerja senario


ii. Panduan kemahiran komunikasi interpersonal berkesan

TEGAS DIRI

Keupayaan untuk meluahkan perasaan, keperluan dan buah fikiran secara jelas, jujur dan
berterus terang. Pada masa yang sama berupaya menghormati keperluan dan perasaan orang
lain.

i. Sikap tegas diri juga bermaksud berupaya untuk mengawal diri dan
bertanggungjawab kepada diri sendiri
ii. Boleh membuat keputusan dalam apa jua situasi
iii. Sedia mendengar dan memahami perasaan, keperluan dan kedudukan orang
lain.

OBEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir sesi ini, fasilitator boleh:-

i. Memahami konsep tegas diri


ii. Member gambaran individu yang tegas diri
iii. Menyenaraikan faedah latihan tegas diri
iv. Membuat latihan untuk menilai tahap perlakuan tegas diri klien
v. Menyenaraikan langkah-langkah untuk meningkatkan lagi sikap tegas diri

DEFINISI TEGAS DIRI (ASERTIF)

Sikap asertif bermakna individu boleh menyatakan perasaan keperluan dan pandangan secara
jujur, jelas dan terbuka tanpa menimbulkan perasaan tersinggung kepada orang lain.
cxvii
CIRI-CIRI INDIVIDU YANG TEGAS DIRI (ASERTIF)
Individu yang tegas diri:
i. Dapat menyatakan pendapat
ii. Faham akan hak mereka untuk bersuara
iii. Berterus terang jujur dan berhemah
iv. Menghormati perasaan orang lain, tidak cuba menakutkan orang lain

FAEDAH BERSIKAP TEGAS DIRI (ASERTIF)

i. Member peluang untuk menyuarakan hak tanpa melanggar hak orang lain
ii. Meningkatkan kesejahteraan diri
iii. Meningkatkan harga diri dan keyakinan dalam diri
iv. Mengelakkan orang lain daripada mengambil kesempatan ke atas diri anda
v. Individu yang asertif dapat meluahkan buah fikiran dengan tepat, jelas dan berkesan
vi. Boleh menyatakan TIDAK tanpa rasa bersalah
vii. Berasa selesa dengan diri sendiri
viii. Meningkatkan perhubungan yang baik dengan orang lain
ix. Melahirkan perasaan tidak bersetuju tanpa rasa marah
x. Boleh meminta pertolongan apabila memerlukannya
xi. Dihormati oleh orang lain

LANGKAH UNTUK MENUNJUKKAN SIKAP ASERTIF

i. Perjelaskan situasi dan bagaimana situasi tersebut mengganggu perasaan anda


ii. Nyatakan perasaan anda secara jelas, jujur dan terbuka
iii. Nyatakan apa yang dikehendaki/diperlukan

MODUL 5: REMAJA BIJAK BERKOMUNIKASI


Pengenalan

cxviii
Komunikasi merupakan satu proses memindah idea dari sumber kepada penerima. Tujuannya
untuk memberi kesan kepada penerima supaya dapat mengubah tingkahlaku-tingkahlaku
berkaitan dengan kesihatannya. Justeru itu, pengetahuan asas berkaitan komunikasi serta
kemahiran berkesan dalam komunikasi amat penting kepada pendidikan rakan sebaya supaya
penyebaran maklumat akan lebih berkesan dan lebih bermakna. Modul ini memberi penekanan
kepada asas komunikasi serta idea-idea yang boleh diaplikasikan bagi menjelaskan pelbagai
kaedah komunikasi dalam penyampaian mesej-mesej gaya hidup sihat kepada rakan sebaya.

Topik Utama

 Skop 1: Aspek-Aspek Penting Dalam Komunikasi.


 Skop 2 : Peringkat Halangan Dan Cara Mengatasinya.
 Skop 3 : Kaedah Penyampaian Maklumat.
 Skop 4 : Aktiviti-Aktiviti Pengukuhan Komunikasi.

SKOP 1: ASPEK-ASPEK PENTING DALAM KOMUNIKASI

Komunikasi berfungsi untuk memberi, menerima, menghibur dan bertukar-tukar maklumat.


Melalui komunikasi rakan sebaya dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh mempengaruhi
cara pemikiran serta kepercayaan tentang gaya hidup sihat di samping menyuarakan perasaan,
pendapat, pandangan dan tanggapan terhadapnya. Dengan komunikasi juga diharapkan dapat
mengurangkan kegelisahan remaja serta merapatkan persahabatan antara mereka.

Objektif Pembelajaran

Di akhir sesi ini peserta dapat;

 Memahami tujuan komunikasi dalam pendidikan rakan sebaya


 Menyatakan aspek-aspek penting dalam komunkasi
 Berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sebaya
 Menggunakan kaedah-kaedah komunikasi dalam menyampaikan maklumat kepada
rakan sebaya.

i. Jenis komunikasi

o Lisan /Verbal (penyampaian mesej melalui pertuturan dan tulisan)


o Bukan Lisan/ Non-verbal (pernyataan mesej melalui gerak geri, keadaan air
muka, sikap dan apa jua perlakuan)
cxix
o Massa
o Individu / Interpersonal
o Awam

a) Komunikasi Lisan
Komunikasi yang disampaikan melalui tulisan yang boleh dibaca dan
pertuturan yang boleh difahami

b) Komunikasi Bukan Lisan


Komunikasi menerusi elemen elemen Memek muka, Pergerakan
anggota badan, Renungan mata,Paralinguistik (Nada suara) ,
Sebutan perkataan (laju/perlahan)

c) Komunikasi Individu
Proses perkongsiaan maklumat antara 2 orang individu, secara tidak
terancang melalui pertentangan mata menerusi perkongsian maklumat
secara lisan dan bukan lisan

d) Komunikasi Massa
Proses komunikasi melalui penggunaan media massa seperti TV, Radio, Majalah
dan surat khabar . Jarak penyampai maklumat berjauhan daripada penerima
maklumat. Merupakan proses satu hala sahaja

e) Komunikasi Awam
Proses penyampaian maklumat kepada kumpulan yang melebihi 1 orang,
sebagai contoh penyampaian ceramah, syarahan pidato dan sebagainya. Proses
ini jugadalah komunikasi sehala dimana penyamapaian hanya belaku dari pihak
pengucap sahaja. Biasanya berlaku secara formal manakal interaksi pendengar
dan pengucap adalah rendah

ii. Proses komunikasi

Penerangan Awal Sumber Saluran Penerima

cxx
Maklumbalas

a) Penerangan Awal
Penerangan berkenaan topik untuk penyampaian maklumat. Sebagai
contoh pembuka bicara.

b) Sumber
Pengucap /penyampai maklumat / Penceramah yang
menyampaikan maklumat berkenaan topik yang telah diterangkan

c) Saluran
Saluran yang digunakan untuk meyampaikan maklumat.

d) Penerima
Individu atau kumpulan yang disasarkan sebagi penerima maklumat yang ingin
disampaikan.

e) Gangguan
Halangan ataupun rintangan yang menghalang proses penyampaian maklumat
berlaku dengan sempurna. Sebagai contoh kebisingin, bau yang tidak
menyenangkan, kumpulan sasar tidak memberi tumpuan dan sebagainya.

f) Maklumbalas
Respon atau tindakbalas kumpulan sasar semasa dan selepas menerima sesuatu
maklmuat yang disampaiakan tidak kira melalui apa jua medium atau saluran

SKOP 2: MENGENALPASTI DAN MENGATASI HALANGAN


KOMUNIKASI

Pendahuluan

cxxi
Halangan luar (external) dan halangan dalam menjadi masalah utama untuk mencapai
komunikasi berkesan. Ia boleh berlaku di semua peringkat dalam proses komunikasi. Kepekaan
mengenalpasti halangan dan keupayaan mengurangkannya membolehkan komunikasi
berlangsung dengan jaya dan berkesan.

Objektif pembelajaran

Di akhir sesi peserta dapat;

 Mengenalpasti halangan-halangan semasa komunikasi.


 Mengetahui cara-cara mengatasinya.

Halangan komunikasi

Merupakan halangan atau rintangan yang mengganggu penyampaian sebarang maklumat.


Ianya memberi kesan kepada penerimaan maklumat dan mesej yang disampaikan mungkit
berbeza dari kehendak matlamat sebenar

Jenis Halangan

a. Halangan Luaran

 Fizikal

Halangan seperti bunyi yang kuat

 Semantik

Perbezaan bahasa yang tidak diketahui

 Teknikal

Kerosakan perlatan, ketiadaan bekalan eletrik

b. Halangan dalaman

 Fisiologi

Tumpuan dari dalam diri sendiri

 Psikologi

Percanggahan Pendapat

Peringkat Halangan Dan Cara Mengatasinya:

Peringkat
cxxii
Halangan Halangan-Halangan Cara Mengatasinya

 Bahasa sukar difahami  Penggunaan bahasa yang


 Gaya kurang menarik senang dan mudah difahami
 Penggunaan alat pandang serta berilustrasi.
dengar kurang berkesan  Memerhatikan reaksi
 Jarak komunikasi yang jauh penerima mengubahsuai
 Perbezaan fisiologi ( umur, gaya persembahan yang
jantina, kesempurnaan anggota banyakkan penggunaan alat
dan lain-lain) pandang dengar.
SUMBER  Sifat agresif atau pasif  Pertingkatkan kemahiran
 Komunikasi berbentuk sehala. dan gunakan alat pandang
dengar yang anda mahir.
 Buat tinjauan awal.
Sesuaikan topik dan mesej
dengan keupayaan
khalayak.
 Buat tinjauan awal.
Sesuaikan kaedah
komunikasi dengan jarak.
 Peka dengan reaksi yang
ditunjukkan dan beri
maklumbalas kawalan.
 Tingkatkan kenyakinan,
kawal diri dan hormati
orang lain
 Dorong kepada komunikasi
dua hala.

 Kacau gangguan  Minimakan dengan


 Hilang tumpuan kerana persekitaran mendapat tempat yang
yang tidak selesa (sejuk/panas) sesuai.
 Susunatur duduk tidak  Ubah susunatur mengikut
menyenangkan kesesuaian kaedah yang
 Gangguan mekanikal alat pandang hendak digunakan.
dengar  Buat tinjauan awal. Cari
MESEJ
 Proses komunikasi terlalu lama alternatif lain atau jangan
cxxiii
gunakan langsung.
 Rancang penggunaan masa
yang saksama.

 Bahasa yang sukar difahami


 Topik kurang menarik/tidak sesuai  Beri/dapat maklumbalas
 Perbezaan fisiologi (kecacatan) tentang kebolehfahaman
 Bersikap dogmatik bahasa yang digunakan.
PENERIMA  Perbezaan tanggapan dan nilai  Beri/dapatkan maklumbalas
serta respon secara jujur.

 Perbezaan tanggapan dan nilai  Gunakan kaedah


 Perbezaan tahap pendidikan dan berkumpulan seperti ’group
pengetahuan dynamic’
PENERIMA  Perbezaan sosiobudaya  Rapatkan jurang melalui
 Gangguan psikologi dan fizikal komunikasi dua hala.
 Analisis pendengar/hlayak
 Wujudkan keseimbangan
pendapat
 Gunakan budibicara.

SKOP 3: KAEDAH PENYAMPAIAN MAKLUMAT

Penerimaan ke atas pengetahuan, sikap, nilai dan amalan baru ditentukan oleh keupayaan
sumber untuk mempengaruhi penerima. Kemahiran berkomunikasi dan pemilihan kaedah
komunikasi yang sesuai dapat membantu meningkatkan kekesanan penerima. Melalui
pendekatan secara individu dan berkumpulan, pelbagai kaedah komunikasi boleh digunakan
oleh pendidik rakan sebaya dalam melaksanakan aktiviti PROSTAR.

Pemilihan Kaedah Komunikasi

cxxiv
Pemilihan kaedah komunikasi yang sesuai ditentukan oleh beberapa kriteria

 Bilangan peserta atau rakan sebaya yang terlibat dengan aktiviti

 Sumber yang ada seperti bahan, alat pandang dengar, tenaga manusia dan sebagainya.

 Ciri-ciri sasaran termasuk tahap pengetahuan dan fisiologi.

 Objektif perubahan yang diingini sama ada setakat penambahan pengetahuan atau
sikap mahupun tingkahlaku.

 Persekitaran tempat dan sosio budaya

 Kombinasi kaedah.

KAEDAH-KAEDAH DALAM KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Interaksi Perseorangan (Nasihat Individu, Temubual dll)

Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat, menyebar makluma, menyampaikan


nasihat dan mendapatkan kerjasama. Ianya memerlukan kemahiran dalam menyoal,
mendengar, memerhati, mendorong, membuat penjelasan dan kemesraan.

Pemujukan

Komunikasi yang bertujuan mempengaruhi dan memujuk seseorang supaya menganggap atau
mempercayai sesuatu dari sudut tanggapan kita. Ianya boleh dilakukan dengan :

o Menggunakan fakta yang sahih, benar dan pernah terjadi.


o Menggunakan logik dan rasional (munasabah pada akal)

o Menyatakan faedah

o Menyentuh perasaan dan emosi

o Menggunakan unsur-unsur yang membimbang/menakutkan

o Menghidupkan rasa senang, jenaka, bersahaja tetapi dipercayai

KAEDAH-KAEDAH DALAM KOMUNIKASI KUMPULAN

cxxv
Perbincangan Kumpulan Kecil

Aktiviti yang bertujuan menggalakkan rakan sebaya dalam berfikir, berkongsi maklumat dan
pengalaman serta meningkatkan kefahaman dan kemesraan antara satu sama lain. Berfokus
kepada sesuatu isu dengan menitikberatkan amalan demokrasi dalam pelaksanaanya. Saiz
kumpulan antara 8-10 orang.

 Di setiap peringkat, penjelasan setiap isu yang dibincangkan dan buat kesimpulan ke
atasnya. Buat prioriti ke atas isu-isu penting yang telah dibincangkan dan diakhiri
dengan penghargaan.
 ulangi keseluruhan proses yang sama dengan memilih fasilitator dan pencatat dari
kalangan ahli.

Proses

o Bentuk kumpulan dengan ahli dan fasilitator berada dalam satu bulatan dan
lantik seorang pencatat.
o Pengenalan –fasilitator dan peserta memperkenalkan diri. Fasilitator
memperkenalkan tajuk atau tujuan perbincangan dan rasional pemilihannya.

o Perbincangan- Fasilitator mengemukakan secara terbuka pernyataan atau


persoalan dan minta ahli kumpulan respon ke atasnya. Ulangi dan ubahsuai
soalan serta tujukan kepada ahli jika perlu.

o Galakkan semua peserta mengambil bahagian dengan menghidupkan


perbincangan dengan mengajukan soalan-soalan memikat. Awasi monopoli
perbincangan oleh ahli tertentu sahaja. Fasilitator perlu neutral. Bersahaja dan
informal. Pencatat juga perlu maklum dengan tugasnya.

Perbincangan Sindikit

Aktiviti yang bertujuan mengerakkan peserta supaya mempelajari sesuatu secara aktif di dalam
kumpulan. Ahli kumpulan digalakkan berkongsi pendapat dan perasaan di samping meninjau
apa yang telah dipelajari oleh orang lain, mengingatinya serta memberi maklumbalas. Dengan
cara ini kemahiran berkomunikasi dapat dipertingkatkan diikuti oleh pembentukan sikap yang
positif.

Proses

 Bentuk beberapa kumpulan dengan setiap satunya tidak lebih dari 6 ahli.
 Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua dan pencatit seterusnya membincangkan
topik/isu berkaitan cara hidup sihat secara mendalam dengan diawasi/bantu oleh fasilitator.

cxxvi
 Satukan semula kumpulan sindikit di dalam kumpulan induk dan bincangkan maklumbalas
dari setiap kumpulan.

Sumbang Saran (brainstroming)

Aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan ide dari kumpulan bagi menyelesaikan sesuatu
masalah atau pengubahsuaian sesuatu perkara. Penilaian dan maklumbalas ke atas ide adalah
dibataskan.

Proses

o Bentuk beberapa kumpulan dengan keahlian antara 8-10 orang.


o Atur kedudukan ahli dalam satu bulatan serta lantik seorang fasilitator dan
pencatat. Catatan perlu dibuat di papan tulis,

o Fasilitator mengemukakan soalan dan meminta setiap ahli memberi satu


pendapat secara bergilir pada setiap pusingan.

o Catatkan semua ide.

o Ulangi pusingan sehingga peserta-peserta tiada lagi ide hendak


disumbangkan.

o Di peringkat ini fasilitator dan pencatat boleh menambah ide mereka ke


dalam senarai ide yang terkumpul.

Peringatan

o Semua ide perlu dicatatkan


o Ahli dilarang mempersendakan ide orang lain

o Ahli dibenarkan mengembangkan ide yang dikemukan oleh ahli terdahulu

o Ide seharusnya bernas dan ringkas.

Cerakin semua ide mengikut keutamaan dengan mengasingkan ide-ide yang tidak rasional.
Kumpulkan ide yang hampir serupa dalam satu kumpulan. Ide-ide boleh dikategorikan kepada
yang boleh dilaksanakan, perlu kajian mendalam atau untuk kegunaan masa akan datang.
Penilaian ide oleh mereka yang lebih mahir adalah digalakkan.

Debat

cxxvii
Aktiviti yang bertujuan untuk membolehkan peserta mendapatkan maklumat, menyusun dan
menghuraikannya di depan khalayak serta melatih peserta menjadi seorang perucap yang baik.

Proses

o Sediakan peralatan termasuk mikrofon, pembesar suara, jam dan loceng. Meja dan
kerusi pendebat di atur bertentangan dengan pengerusi dan Penjaga Masa di antara
keduanya.
o Bahagikan peserta kepada dua kumpulan dengan ahli bertindak selaku pihak
pencadang dan pembangkang.

o Setiap peserta diberi masa 5 minit untuk berhujah. Selepas semua berhujah ketua
kumpulan diberi masa 5 minit menggulung perdebatan didahului oleh pihak
pembangkang. Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali setiap kali peserta
memasuki minit keempat hujahnya dan dua kali apabila masa tamat.

o Pemerhati diberi peluang membuat ulasan ke atas tajuk selepas perbahasan selesai.

o Pemarkahan berasaskan isi kandungan, ketetapan tajuk, kelancaran, gaya dan


penampilan bahan sokongan. (sila lihat lampiran ML 4.1)

o Topik-topik berkaitan dengan isu-isu sosial dan AIDS adalah digalakkan.

Perbincangan Panel

Aktiviti yang bertujuan untuk menambah kefahaman terhadap sesuatu perkara. Ia meliputi
penjelasan dan perbincangan terhadap sesuatu topik.

Proses

o Pilih sekurang-kurangnya 4 ahli panel dan seorang pengerusi


o Kenalpasti tempat yang sesuai menyusun atur tataletk ahli panel, pengerusi dan
audien.

o Pengerusi memperkenalkan topik atau isu secara ringkas dan meminta panel
pertama memberi pandangan. Pengerusi membuat ulasan ringkas seterusnya
meminta panel kedua memberikan pendapat. Ulangi proses sehingga panel terakhir.
cxxviii
o Pengerusi menggulung sesi dengan membuat rumusan ke atas isu-isu penting yang
telah dicapai/bincangkan dan menutup perbincangan.

o Topik-topik seperti Pengasingan Kes HIV, Pendedahan Status HIV, Diskriminasi Ke


atas Pesakit AIDS, Pembawa HIV dan Kehidupan Berkeluarga.

Main Peranan (Role Play)

Aktiviti yang bertujuan memberi pengalaman baru kepada peserta berkaitan sesuatu peranan
yang belum pernah dialami terdahulu. Ia melibatkan emosi, penghayatan dan disiplin serta
tindakbalas terhadap watak lain tanpa bantuan skrip. Melaluinya peserta dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi serta memahami tingkahlaku orang lain.

Proses

 Atur kedudukan pentas dan audien.


 Pilih senario dan watak yang berkait dengan wabak AIDS.

 Berikan dengan mengikut keperluan watak. Beri masa 5 minit untuk pelakon
menyesuaikan diri dan mendapat ’mood’. Audien perlu dimaklumkan mengenai senario
ini serta perkara yang perlu diperhatikan.

 Biarkan lakonan berlangsung sehingga penghayatan dapat ditunjukkan.

 Perbincangan dan penilaian. Minta pelakon menyatakan perasaaan dan pendapat


mereka berkaitan dengan sesi yang dilalui. Audien juga digalakkan memberi pendapat
terhadap mesej dan lakonan. Umpamanya:

o Adakah pelakon berubah peranan dan mengapa boleh berlaku?

o Adakah pelakon saling memahami antara satu sama lain?

o Kesan lakonan?

 Perasaan watak sebelum, semasa dan selepas sesi.

AKTIVITI YANG BERTUJUAN UNTUK MEMBERI PENGALAMAN KEPADA PESERTA


BAGAIMANA MERANGSANG PERBINCANGAN, BERFIKIR DAN MENINGKATKAN
PENGETAHUAN.

 Sediakan soalan-soalan kuiz yang berkaitan dengan AIDS.


 Lantik seorang Pengerusi dan pencatat markah bagi mengendalikan kuiz. Bentuk dua
kumpulan peserta.
cxxix
 Pengerusi mengajukan soalan berselang-seli kepada semua peserta dari dua kumpulan.
Soalan mesti dijawab dalam tempoh 30 saat dengan 3 markah untuk jawapan tepat.
Jika gagal peluang diberi kepada ahli lain dalam kumpulan lain dengan 2 markah jika
jawapan tepat. Sekiranya gagal soalan dikemukan kepada kumpulan lain dengan 1
markah jika jawapan betul.

KAEDAH PENGUCAPAN AWAM

Aktiviti yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran atau menambah pengetahuan. Ia juga
berupaya meningkatkan keterampilan diri, kemahiran interaksi depan khalayak serta
menyampaikan maklumat dengan berkesan.

Objektif Pembelajaan

 Memahami proses penyediaan pengucapan awam


 mempraktis teknik berucap.

cxxx

You might also like