Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
10Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Penggunan Bahasa Kiasan Dalam Al-Quran Dalam Berdakwah

Penggunan Bahasa Kiasan Dalam Al-Quran Dalam Berdakwah

Ratings:

4.5

(2)
|Views: 7,554|Likes:
Published by sapora

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: sapora on Aug 08, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

12/13/2012

pdf

text

original

 
Penggunaan Bahasa Kiasan Al-Quran Sebagai Kaedah BerdakwahDalamMenangani Masalah Gejala Sosial RemajaSapora Sipon (PhD)Fakulti Kepimpinan dan PengurusanUniversiti Sains Islam Malaysia
Abstrak 
 Al-Quran adalah satu mukjizat. Oleh itu, terdapat keperluan untuk menggunakannya untuk tujuan baik.Sumber dari al-Quran seperti bahasanya yang indahboleh digunakan untuk tujuan berdakwah dandiaplikasi dalam sesi kaunseling
.
Dewasa ini, penglibatan remaja dalam masalah gejala sosialseperti kes jenayah cukup membimbangkan danmemerlukan perhatian serius serta tindakan proaktif daripada semua pihak termasuk kerajaan, sekolah danibu bapa. Usaha yang berterusan perlu dilakukandalam membantu menangani penglibatan remajadalam masalah gejala sosial ini. Penulis, melaluiartikel ini cuba membincangkan penggunaan bahasakiasan yang terdapat di dalam al-Quran sepertimetafora, fatamorgana, perumpamaan dan personifikasi sebagai salah satu medium berdakwahkepada remaja yang bermasalah. Penggunaan bahasakiasan juga boleh digunakan sebagai salah satuteknik dalam sesi kaunseling. Dalam usahamemantapkan penulisan mengenai penggunaanbahasa kiasan dalam usaha berdakwah dan jugasemasa sesi kaunseling, penulis turut memberikancontoh-contoh ayat-ayat al-Quran.
Pengenalan
Penglibatan remaja dalam masalah gejala sosial seperti kes jenayah cukupmembimbangkan dan memerlukan perhatian serius serta tindakan proaktif daripada semua pihak termasuk kerajaan, sekolah dan ibu bapa.Dilaporkan seramai 1,836 pelajar ditangkap oleh polis dalam tempoh Januari hingga Ogos 2005 kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Chia Kwang Chyeberkata 1,516 daripada mereka adalah pelajar Melayu, diikuti 132 pelajarIndia,119 pelajar Cina dan bakinya adalah pelajar daripada bangsa lain.Kesan kepada masalah gejala sosial dikalangan remaja adalah besar.Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof Datuk Hamdan Adnan, berkata peningkatan jenayah remaja bolehmencetuskan aliran negatif dalam masyarakat. Ia bukan setakat soal jenayah, banyak isu berkaitan perlu diambil kira termasuk soal pemulihanremaja selepas ditangkap. Selain daripada penglibatan remaja dalam
1
 
penyalahgunaan dadah, jenayah, seks boleh menyumbang kepadamasalah kesihatan dan kematian pada umur muda. Kesemua ini jikatidak dikawal akan menjadi satu kebiasaan yang akan membawakemudaratan kepada bangsa.Dalam membincangkan masalah tingkah laku bermasalah, golonganyang banyak terlibat dengan gejala sosial adalah dari kalangan remajaMelayu. Contohnya menurut perangkaan Kementerian Kesihatan, sehingga Jun 2002 seramai 47,630 rakyat negara ini dijangkiti HIV di mana 70%terdiri daripada kaum Melayu diikuti oleh Cina (15%) manakala selebihnyaIndia dan kaum lain. Dari segi jantina, jumlah penagihan dadah di Kedahdari Januari hingga September 2005, kaum lelaki jauh mengatasi kaumwanita iaitu ratio 2264 lelaki dan 13 wanita.Usaha perlu dilakukan dalam usaha menangani penglibatanremaja dalam menangani masalah gejala sosial. Pihak-pihak yang terlibatseperti kerajaan, ibu bapa, guru, badan-badan bukan kerajaan telah,sedang dan akan melaksanakan perlbagai usaha dalam mengurangkan jumlah remaja yang terlibat dalam gejala sosial. Usaha-usaha murni di atasdipuji dan perlu berterusan. Penulis melalui artikel ini cuba melihatbagaimana remaja yang terlibat dengan gejala sosial boleh dibantumelalui penggunaan bahasa kiasan yang terdapat dalam al-Quran.
Keindahan Al-Quran Dan Penggunaan Unsur Sastera
Al Quran merupakan sebuah kitab suci bagi umat Islam, yangdisampaikan Allah SWT kepada Rasulullah dengan perantaraan malaikat Jibril. Kitab ini merupakan petunjuk dan aturan hidup yang palingsempurna yang bertujuan untuk membimbing manusia ke arahkebahagiaan dan kebaikan. Ayat-ayat dalam Kitab Al Quran ternyata indahdan menggunakan bahasa Arab dan susunan kalimat-kalimatnyamengandungi nilai sastera yang sangat sempurna. Keindahan Al Quranterbukti lagi apabila ia mengandungi kalimat-kalimat yang sangat halusdan berbagai gaya bahasa kesusasteraan. Contoh gaya bahasa yangterdapat dalam al-Quran ialah seperti majaz, metafora, perumpamaan,atau penyerupaan. Dalam Al Quran juga terdapat ayat-ayat yang berpolaatau berirama, yang jumlahnya lebih dari 100 ayat. Namun demikian, AlQuran memiliki perbedaan besar dengan syair dan merupakan sebuahkarya yang tidak ada duanya.Keindahan Al-Quran yang berjaya menarik perhatian para bijakpandai antaranya ialah susunan kata-katanya yang berirama. Susunankata-kata Al Quran sedemikian indah dan cantik. Para sasterawan Arabsejak zaman ketika Al Quran diwahyukan sampai hari ini, mengakuibahawa bahasa yang dipakai Al Quran berada di luar dari kemampuanmanusia. Hanya Allah SWT yang mampu menyusun kalimat-kalimatyang sedemikian indah. Sebahagian besar ayat Al Quran memilikikesamaan nada pada bahagian akhirnya. Pola ini dalam puisi atau syairdisebut sebagai
wazan
atau
rima
. Ayat-ayat Al Quran menggunakan jalinan rima yang menarik hati dan menyentuh jiwa sehinggamenyebabkan seorang cendikiawan Inggeris, Karbulad ketikamenceritakan pengalamannya saat pertama kali mendengarkan bacaanAl Quran, mengatakan, “
Saya masih terjaga ketika di suatu pagi dini hari,saya mendengar suara yang sangat indah dan menawan hati. Suara itu
2
 
adalah suara ayat-ayat Al Quran yang indah dan penuh hakikat. Bersamasuara itu, saya tenggelam dalam alam hakikat. Saya memejamkan matadan menghanyutkan diri dalam suara Ilahiah dan memasrahkan dirikepadanya.” 
Penulis berpendapat bahasa kiasan dalam al-Quran perlu dimanfaatdalam usaha berdakwah dan boleh diaplikasi dalam sesi kaunseling.Bahasa kiasan boleh dijadikan sebagai medium berdakwah melaluipenggunaan metafora, hiperbola, fatamorgana, perumpamaan,personifikasi, hiperbola, imageri dan ilustrasi.
 
 Tujuan penggunaan bahasakiasan adalah pelbagai. Di antaranya, bahasa kiasan sering digunakansebagai usaha penceritaan tentang kebesaran Allah swt (Al-Quran; SurahAn-Nur 24:25, Al-Quran; Surah Al-Hasyr 59:21) dan tentang kekufuranorang-orang kafir (Al-Quran; Surah Al-Jumu’ah 62:5).Pandangan penulis bahawa penggunaan bahasa kiasan bolehdijadikan sebagai satu medium berdakwah adalah memandangkanbahawa bahasa al-Quran adalah sangat indah seperti mana kata-kata IbnQayyim al-Jawziyya, (1909) “
The Quran is so wonderfully arranged and somarvellously composed, and so exalted is its literary excellence that isbeyond what any mere creature could attain.
Sayyid Qutb turutmemperakui keindahan bahasa al-Quran yang menjelaskan banyakmenggunakan ilustrasi, imageri, metafora di mana ia menambahkankeindahan kepada bahasa itu.Hasanuddin Ahmad (2006) menjelaskan bahawa Abu BakrMuhammed-al-Baqillani (d.403/1013) telah mengenal pasti tidak kurangdari 34 jenis bahasa kiasan dalam
Ijaz Al-Quran
. Namun artikel ini
 
hanyamengambil beberapa contoh penggunaan bahasa kiasan iaitu metafora,perumpamaan, fatamorgana, personifikasi dan hiperbola sebagai salahsatu medium dalam usaha berdakwah kepada remaja-remaja bermasalah.Elsayed M.H Omran (1988) mengatakan selain daripada Abu BakrMuhammed al-Baqillani, tokok-tokoh lain yang banyak menulis mengenaikeindahan bahasa al-Quran dalam penulisan mereka ialah Abu JafarMuhammad b Jariri al-Tabari dalam
Tafsir al-Quran
, Mahmud b. Umar al-Zamakhashari di dalam
 Al-kashshaf 
, Nasr al-Din al-Baidawi di dalam
Tafsir 
dan Al-Baqillani di dalam
I’jaz al-Quran
Ayat Muhkamat Dan Mutasyaabihaat.
Dalam menerangkan penggunaan bahasa kiasan sebagai mediumberdakwah, penulis merasakan adalah perlu untuk menerangkan terlebihdahulu apa yang dimaksudkan dengan ayat
muhkamat 
dan
mutasyaabihaat.
Ayat al-Quran terdiri daripada ayat muhkamat dan ayatmutasyaabihaat seperti mana firmannya dalam surah Ali-Imran ayat 7 yangbermaksud “
Dia lah yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitabsuci Al-Quran. sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-aya
"Muhkamaat 
" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelasmaksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran.dan Yang lain lagi ialah ayat-ayat "
Mutasyaabihaat"
(yang samar-samar,tidak terang maksudnya). oleh sebab itu (timbullah faham Yang berlainanmenurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang Yang adaDalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu
3

Activity (10)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Marlenny Arista liked this
Aliyah Khairani liked this
Izuddin Muhammed liked this
fidzayu liked this
hidayu liked this
Rapustin Dafina liked this
abuaiman786 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->