You are on page 1of 34

1

BAB II

KEMUNCULAN PAKATAN PEMBANGKANG DI SEMENANJUNG MALAYSIA


1957-1969

2.1 Pengenalan

Perkembangan politik di Tanah Melayu di sekitar 1950 merupakan sesuatu yang cukup
menarik dan ia menampakkan kematangan politik yang menuju ke arah kemerdekaan.
Tempoh itu dilihat sebagai ‘titik peralihan’ dalam usaha mewujudkan integrasi politik di
kalangan pemimpin yang mewakili masyarakat pelbagai kaum. Selain pembentukan parti
Perikatan, parti-parti pembangkang turut bekerjasama untuk menyaingi kekuasaannya.
Percubaan pertama muncul dengan kelahiran parti Socialist Front yang menggabungkan
Parti Buruh dan Parti Rakyat. Ia kemudiannya diikuti dengan kerjasama Democratic Action
Party ( DAP ) dan Parti Gerakan Malaysia ( PGRM ) yang didominasi oleh kaum bukan
Melayu.

2.2 Ambang Permuafakatan Politik di Malaysia

Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu telah pun bermula seawal tahun
1949 menerusi penubuhan Community Liaison Committee ( CLC ) atau Jawatankuasa
Hubungan antara kaum. Ia terbentuk selepas satu pertemuan di kalangan pemimpin Melayu
dan Cina yang telah berlangsung pada Januari 1949 di Pulau Pinang. 1 Pada peringkat awal
Jawatankuasa Hubungan antara kaum hanya diwakili oleh orang Melayu dan Cina, ia terdiri
daripada 5 wakil orang Melayu dan 4 wakil Cina. Namun begitu, menjelang Ogos 1949,
CLC turut dianggotai oleh kaum yang lain termasuklah India, Ceylon, Serani dan Eropah.

1
Gordon P. Means, Malaysian Politics, hlm. 123.
2

2.2.1 Kerjasama Ke Arah Perpaduan Kaum

United Malays National Organization ( UMNO ) dan Malayan Chinese Association (MCA )
telah mengorak langkah pertama dengan membentuk pakatan UMNO-MCA menjelang
pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada 16 Februari 1952. Di mana Pengerusi
MCA Selangor, Kolonel H.S. Lee dan Pengerusi Pilihan Raya Bahagian UMNO Kuala
Lumpur, Dato Yahya Razak telah sepakat untuk bekerjasama dalam pilihan raya tersebut.
Kerjasama itu mencapai kejayaan besar di Kuala Lumpur dan mendorong kepada kerjasama
yang seterusnya dalam pilihan raya perbandaran yang lain. Di mana sepanjang tahun 1952-
1953, kerjasama UMNO-MCA telah memenangi 94 daripada 124 kerusi yang
dipertandingkan.2 Kejayaan yang memberangsangkan itu telah membawa kepada kerjasama
UMNO-MCA di peringkat pusat sehingga melahirkan Perikatan UMNO-MCA pada tahun
1954. Menjelang Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, parti Perikatan telah
diperkukuhkan lagi dengan peryertaan parti Malayan Indian Congress ( MIC ).

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 telah diadakan pada 27 Julai
1955 dan ia telah menampakkan penguasaan sepenuhnya kuasa politik Melayu. Di mana
seramai 1,280,000 yang mendaftar, 84.2% atau 1,078,000 terdiri daripada pengundi
Melayu. Manakala pengundi Cina pula hanyalah seramai 143,000 orang yang merangkumi
11.2% daripada jumlah pengundi. Bakinya 3.9% atau 50,000 pengundi terdiri daripada
pengundi India dan selebihnya 0.7% atau 9,000 terdiri daripada pengundi bangsa lain-lain.3

Menurut Ting Chew Peh ( 1976 ), senario itu jelas menunjukkan ketidak
seimbangan dalam perwakilan pengundi bukan Melayu. Ini jelas daripada nisbah pengundi
yang berdaftar yang menyaksikan orang Melayu menguasai 50 buah kawasan manakala
pengundi Cina hanya mampu mencapai majotriti di 2 kawasan. Nasib masyarakat India
lebih malang lagi apabila pengundinya yang hanya kira-kira 50,000 orang sahaja gagal
menguasai sebarang kawasan. Lantaran itu, pilihan raya 1955 dianggap tidak
mencerminkan scenario politik sebenar Tanah Melayu.

2
Mohd. Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, Di Ambang permuafakatan Politik Malaya 1951-1955,
hlm. 24.
3
K.J Ratnam, Political Parties and Pressure Groups, di dalam Malaysia: A Survey, Wang Gungwu
( ed. ), hlm. 401.
3

Parti Perikatan menghadapi tentangan daripada beberapa buah parti pembangkang


yang terdiri daripada Parti Negara, Parti Buruh, Parti Islam Se-Malaya ( PMIP ), People’s
Progressive Party ( PPP ), Liga Melayu Perak ( PML ) dan Parti Kebangsaan Perak ( NAP ).
Parti Negara pimpinan Dato, Onn dilihat sebagai pencabar utama Parti Perikatan dan telah
meletakan seramai 30 calon dan ia diikuti oleh People’s Progressive Party dan Parti Islam
Se-Malaya yang masing-masing meletakkan 18 dan 11 calon. Manakala parti-parti yang
lain hanya meletakan bilangan calon yang kecil sahaja.4 Parti Perikatan yang bertanding di
ke semua 52 kerusi telah memperuntukkan 35 kerusi untuk calon UMNO dan
memperuntukkan 15 kerusi kepada calon MCA dan 2 lagi kepada calon MIC.

Parti Perikatan mencapai kejayaan yang di luar dugaan apabila memenangi 51


daripada 52 kerusi dengan meraih 81.7 % undi. Satu lagi kerusi dimenangi oleh Parti Islam
Se-Malaya di Krian, Perak apabila Haji Ahmad b. Haji Hussain memperolehi 8,685 undi
untuk menewaskan calon UMNO, Haji Sulaiman b. Haji Ahmad yang mendapat 8,235
undi.5 Kemenangan Parti Perikatan dikaitkan dengan sikap tolak ansur parti-parti yang
bertanding dalam pembahagian kerusi pilihan raya di samping kesanggupan setiap kaum
untuk berkongsi kuasa dalam politik negara. Di samping itu, is turut didorong oleh
kebijaksanaan para pemimpin dalam kompoenen Perikatan berunding untuk mencari
penyelesaian masalah dan kesepakatan dalam menolak pengaruh paeti Komunis Malaya
(PKM )

Kejayaan cemerlang Parti Perikatan jelas menunjukkan sokongan padu rakyat


terhadapnya dan seterusnya memberi mandat kepada Parti Perikatan untuk membawa misi
kemerdekaan Tanah Melayu ke London pada 1956. Rombongan kemerdekaan ke London
telah diwakili empat wakil parti Perikatan yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman dan
diiringi oleh Dato Abdul Razak, Dr Ismail dan Kolonel H S Lee. Selain itu, ia turut disertai
empat wakil raja-raja Melayu yang terdiri daripada Dato Panglima Bukit Gantang, Abdul
Aziz bin Haji Abdul Majib, Dato Wan Idris dan Dato Nik Kamil.6

4
Parti Kebangsaan Perak meletakan 9 , Parti Buruh hanya menamakan 4 calon dan Liga Melayu
Perak meletakan 2 calon.
5
6
Constitutional commission: letter from Sir D Macgillivary to A M Mackintosh on the views of
Tunku Abdul Rahman, 5 Januarry 1956 in CO 1030/132, no. 3.
4

Anggota rombongan kemerdekaan ini telah diiringi oleh T H Tan Setiausaha Perikatan dan
Abdul Kadir Samsuddin selaku Setiausaha Majlis Raja Melayu.7 Rombongan kemerdekaan
telah kembali ke Tanah Melayu pada 20 Februari 1956 dan telah disambut meriah di
Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka.

2.2.2 Kemunculan Barisan Nasional : Konsep dan Perkembangan

Istilah Barisan Nasional atau National Front muncul buat kali pertama dalam tahun 1972.
Dalam ucapan sempena hari Kebangsaan pada Ogos 1972, Tun Abdul Razak menegaskan
bahawa : “ Expect for a small group, there is the possibility of a national front among
8
political parties to work together in facing national problems.” Barisan Nasional telah
didaftarkan pada 1 Jun 1974 dan ia merupakan penstrukturan semula parti Perikatan selepas
Pilihan Raya Umum 1969. Rusuhan kaum sejurus pilihan raya 1969 telah membawa kepada
proses pengabungan parti-parti politik atas kesedaran perlunya wujud kerjasama yang lebih
mantap di kalangan parti-parti politik yang bersifat komunal. Justeru itu, Barisan Nasional
yang terbentuk kira-kira 80 hari sebelum pilihan raya umum 1974 telah menggabungkan
sembilan buah parti politik yang bergerak cergas di Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak.9

Proses pembentukan Barisan Nasional bermula dengan kejayaan membentuk


kerajaan campuran pertama di Sarawak. Perikatan Sarawak yang terdiri daripada Parti
Bumiputra, Parti Pesaka dan Sarawak Chinese Association ( SCA ) telah bekerjasama
dengan Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP ) untuk membentuk kerajaan campuran di
Sarawak pada 7 Julai 1970.10 Ini membolehkan Barisan Nasional menguasai 36 daripada 48
kerusi undangan negeri Sarawak. Parti Bumiputra dan SCA menguasai 15 kerusi, Parti
Pesaka pula menguasai 9 kerusi manakala bakinya dimiliki oleh SUPP. Kejayaan ini
membolehkan Perikatan Sarawak membentuk sebuah kerajaan negeri yang kukuh di
Sarawak dan gagal disaingi oleh Parti Kebangsaan Sarawak ( SNAP ) yang hanya
mempunyai 12 kerusi sahaja.

7
Ibid.
8
Ibid, hlm. 75.
9
Barisan Nasional merupakan gabungan sembilan buah parti iaitu UMNO, MCA, MIC, PPP,
Gerakan, SUPP, PAS, Perikatan Sabah dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu.
10
Diane K. Mauzy, Barisan Nasional: Coalition Government In Malaysia, hlm. 48.
5

Pergolakan dalaman Parti Gerakan yang memegang tampuk pemerintahan di Pulau


Pinang telah membawa kepada perubahan iklim politik di Semenanjung Malaysia.
Perpecahan dalam Gerakan telah membawa kepada kelahiran sebuah parti baru, Parti
Keadilan Masyarakat Malaysia ( Pekemas ) yang telah ditubuhkan pada 24 Disember
1971.11 Menurut Dr. Lim Chong Eu, Ketua Menteri Pulau Pinang dua aspek utama yang
diberi penekanan utama semasa pembentukan kerajaan campuran di Pulau Pinang.12
Pertama ialah demi mengekalkan kestabilan perpaduan serta keselamatan negara. Di
samping itu, ia juga bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik demi
kemajuan sosio ekonomi penduduk Pulau Pinang.

Kerjasama Gerakan dengan Perikatan telah diikuti dengan persefahaman di antara


Perikatan dengan PPP di Perak. Langkah PPP turut menyertai Perikatan dikaitkan dengan
krisis kepimpinan parti itu terutamanya selepas kematian Dr. Sennivasagam. Kegagalan
membentuk kerajaan di Perak jelas mengecewakan ramai pemimpin serta penyokong parti
itu. Justeru itu, langkah bekerjasama dengan Perikatan dilihat sebagai strategi PPP untuk
meneruskan kesinambungannya dalam politik negara. Ia telah membawa kepada
terbentuknya kerajaan campuran di Perak pada 28 April 1972.

Pembentukan kerajaan campuran terakhir sebelum lahirnya Barisan Nasional telah


berlaku di Kelantan. PAS telah bersetuju dengan cadangan UMNO untuk membentuk
sebuah kerajaan campuran di Kelantan pada penghujung tahun 1972. Usaha ke arah itu
dianggap sebagai langkah memperkukuhkan kedudukan ‘barganing politik’ bumiputera di
samping memperatkan hubungan silaturahim di kalangan umat Islam. Ia seterusnya
membolehkan UMNO-PAS bekerjasama menumpukan usaha ke arah memperbaiki taraf
hidup orang Melayu di samping memperkukuhkan perpaduan nasional.13

Usaha penyatuan parti-parti politik di dalam Barisan Nasional dilihat sebagai satu
langkah proaktif dalam usaha menstabilkan politik tanah air. Di mana menerusi
pembentukan Barisan Nasional, ia berjaya mengurangkan politiking yang berlandaskan
perkauman.

11
Pekemas telah menyertai pilihan raya 1974 dan berjaya memenangi sebuah kerusi parlimen
menerusi, presidennya Dr. Tan Chee Koon.
12
Mingguan Malaysia, 20 Februari 1972.
13
Alias Mohamed, PAS Platform: Development and Change 1951-1986, Gateway Publishing House
Sdn Bhd, Selangor, 1994, hlm. 121.
6

Walaupun pada dasarnya politik perkauman masih berlaku namun begitu, ia bergerak dalam
lingkungan Barisan Nasional dan dapat diselesaikan secara perundingan di kalangan
anggotanya.

2.3 Pembentukan Pakatan Pembangkang Dalam Politik Malaysia

Kerancakan politik negara selepas kemerdekaan telah menampakkan kemunculan


kerjasama di kalangan parti pembangkang di Semenanjung Malaysia. Pakatan itu telah
bermula seawal tahun 1957 lagi. Kesedaran tentang perlunya kerjasama politik yang
bersifat non-komunal dalam usaha untuk meneruskan agenda politik di buah negara yang
bersifat majmuk telah membawa kepada kelahiran Parti Socialist Front ( SF ). Ia telah
menggabungkan Parti Buruh dan Parti Rakyat. Namun begitu, kerjasama itu hanya mampu
bertahan bagi dua penggal pilihan raya sahaja iaitu pilihan raya 1959 dan pilihan raya 1964.

Walaupun begitu, ia tidak mematahkan semangat barisan pembangkang yang terus


mewujudkan kerjasama di kalangan mereka. Kemunculan DAP dan Parti Gerakan
menjelang Pilihan Raya Umum 1969 telah membolehkan barisan pembangkang bukan
Melayu berganding bahu dalam pakatan PPP-DAP dan Gerakan bagi memberi cabaran
yang lebih bermakna terhadap dominasi politik Parti Perikatan

2.3.1 Kelahiran Parti Socialist Front ( 1957-1965 )

Percubaan secara serius dalam mewujudkan kerjasama di kalangan pembangkang bermula


seawal tahun 1957. Ia berlaku selepas kegagalan Kongres Melayu yang melibatkan parti-
parti berasaskan orang Melayu seperti Parti Negara, Parti Rakyat, PAS dan Kesatuan
Melayu Semenanjung dalam mencabar Perikatan. Pada Jun 1957, Parti Buruh, Parti Rakyat,
PPP dan Liga Belia Sosialis telah berkumpul dan berrunding dalam usaha untuk
membentuk satu barisan pembangkang.

Namun begitu, hanya Parti Buruh dan Parti Rakyat yang berminat untuk
bekerjasama dan seterusnya membawa kepada pembentukan Parti Barisan Sosialis Rakyat
Tanah Melayu yang lebih dikenali sebagai Socialist Front ( SF ). Ia ditubuhkan pada 31
Ogos 1957 dan pengabungan kedua-dua parti itu disahkan dalam kongres pertama Socialist
7

Front pada Oktober 1958.14 Ahmad Boestamam telah dilantik sebagai Presidennya
manakala D.S. Ramanathan pula sebagai timbalannya. Sebagai sebuah parti fahaman
sosialis dan bersifat non-komunal, SF telah menyifatkan dirinya anti-kolonial dan
mengamalkan pendekatan nasionalis. Ia mengkritik dasar luar Persekutuan Tanah Melayu
yang menandatangani Perjanjian Pertahanan dengan Britian. Pada masa yang sama, SF turut
mengesa agar kerajaan Komunis di China diperakui dan menjalin hubungan yang akrab
dengan negara-negara Afro-Asian.15

Socialist Front menolak sebarang isu yang bersifat perkauman dalam usahanya
untuk mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat. Ia berpendapat isu-isu
yang bersifat perkauman bakal mencetuskan ketegangan dan membahayakan negara. Oleh
yang demikian, Parti Buruh telah menperakui hak serta ketuanan Melayu dan pada masa
yang sama menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Manakala Parti Rakyat pula
berikrar untuk memberi layanan yang sama kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
Dalam memorandum bersama pula, kedua-dua parti bersetuju untuk menyokong dasar
pendidikan sekolah kebangsaan di samping sekolah-sekolah jenis kebangsaan.

Socialist Front telah bertanding buat kali pertamanya dalam Pilihan Raya Umum
1959. Sebelum pilihan raya 1959, Socialist Front telah pun berjaya bertapak dengan kukuh
di negeri-negeri yang mempunyai penduduk bukan Melayu yang ramai seperti Pulau
Pinang, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan . Ia memiliki rekod yang cemerlang dalam
pilihan raya majlis bandaran terutamanya di Pulau Pinang. Kejayaan moral pertama parti itu
dicapai pada tahun 1957 di mana Sosialis Front berjaya menguasai Majlis Bandaran George
Town.16 Rekod cemerlang Socialist Front diteruskan dalam pilihan raya Bandaran George
Town pada tahun 1961 apabila ia hampir-hampir memenangi 14 daripada 15 kerusi yang
dipertandingkan.

14
Gordon P. Means, Malaysian Politics , hlm. 189.
15
Ibid, hlm. 243.
16
Ia memenangi 8 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan seterusnya berjaya menewaskan
Perikatan yang hanya mendapat 5 kerusi manakala 2 lagi dimenangi calon bebas.
8

Menurut Ting Chew Peh, Pilihan Raya Umum 1959 memperlihatkan tiga aspek
yang penting17. Pertama, ia berlaku selepas peninggalan British dan kemerdekaan Tanah
Melayu. Kedua, perubahan saiz dan populasi pengundi serta peningkatan secara mendadak
pengundi bukan Melayu. Pilihan Raya Umum 1959 melibatkan 2,144,000 pengundi
berbanding 1,280,000 pengundi dalam pilihan raya 1955. Selain itu, ia turut menyaksikan
peningkatan pengundi Cina daripada 143,000 ( 11.2% ) ke 764,000 (35.6% ). Manakala
pengundi India pula bertambah dari 50,000 ( 3.7% ) ke 159,000 ( 7.4% ). Ketiga pula,
perubahan kepimpinan yang menyaksikan kelahiran kumpulan “Young Blood” mahupun
“Young Turks” dalam MCA. Barisan pemimpin ini yang diketuai oleh Dr. Lim Chong Eu
lebih lantang dalam memperjuangkan hak serta kepentingan masyarakat Cina. Ia seterusnya
telah membawa kepada keretakan hubungan antara MCA dan UMNO.

Ia menyaksikan kehadiran lima buah parti pembangkang yang menentang Parti


Perikatan dan ia terdiri daripada PAS, Socalist Front, Parti Progresif Rakyat ( PPP ), Parti
Negara dan Parti Malaya. PAS muncul sebagai parti pembangkang utama dengan
meletakkan 58 calon untuk peringkat parlimen dan 200 calon bagi kerusi undangan negeri
dengan tumpuan di Pantai Timur dan Utara Semenanjung Malaysia.18 Ia diikuti Parti
Socialist Front yang telah bertanding bagi 38 kerusi parlimen dalam pilihan raya 1959
dengan meletakkan 11 calon Melayu, 20 Cina dan 7 calon India. Di peringkat dewan
undangan negeri pula, ia telah meletakkan 124 calon dengan tumpuan di Pulau Pinang dan
Selangor.19 Langkah Socialist Front turut dijejaki oleh UDP dan PPP yang berusaha untuk
memenangi kerusi di negeri yang mempunyai populasi penduduk Cina yang ramai seperti
Perak, Melaka, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Parti-parti pembangkang yang lain terutamanya PAS, dan Parti Negara pula
meletakkan sebahagian besar calon mereka di Pantai Timur dan berusaha untuk memenangi
hati pengundi Melayu. Mereka berikrar untuk membela nasib masyarakat Melayu yang
didakwa terpinggir dan ketinggalan dalam arus pembangunan akibat daripada dasar
pembangunan kerajaan yang tidak seimbang.

17
Ting Chew Peh, The Chinese in Penisular Malaysia: A Study Of Race Relations In A Plural
Society, hlm. 189.
18
Pencabar BN Tidak Berubah, MASSA, 18 September, Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur,
1999, hlm. 20.
19
R. K. Vasil, Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 172-174.
9

Keputusan pilihan raya 1959 jelas menampakkan perubahan yang ketara dalam
senario politik negara. Parti Perikatan yang menang besar dalam pilihan raya 1955 tidak
mampu mempertahankan pencapaian cemerlangnya apabila hanya mampu meraih 51.8%
undi majoriti dengan memenangi 74 daripada 104 kerusi parlimen yang dipertandingkan.
Parti pembangkang berjaya memenangi 30 kerusi parlimen termasuk tiga kerusi yang
dimenangi oleh calon bebas di Perak dan Negeri Sembilan. PAS yang hanya memenangi
sebuah kerusi dalam pilihan raya 1955 berjaya memenangi 13 kerusi parlimen iaitu 9 kerusi
dari Kelantan dan 4 lagi dari Terengganu. Di Kelantan, PAS memenangi 9 daripada 10
kerusi parlimen yang dipertandingkan manakala Parti Perikatan yang mampu menawan
kerusi Ulu Kelantan menerusi Tengku Indra Perta yang hanya mendapat majoriti undi
sebanyak 4040 undi sahaja. Manakala di Terengganu, PAS turut menyerlah dengan apabila
ia menguasai 4 daripada 6 kerusi parlimen yang dipertandingkan dan Parti Perikatan dan
Parti Negara masing-masing memenagi satu kerusi.20

Pengaruh PAS di kedua-dua negeri itu terserlah apabila ia menawan kedua-dua


negeri tersebut dalam pilihan raya 1959. PAS menguasai 28 kerusi daripada 30 kerusi
undangan negeri Kelantan dan meraih 63.8% undi. Manakala di Terengganu pula, PAS
berjaya memenangi 13 daripada 24 kerusi yang dipertandingkan dengan mencatat 36.9%
undi. Parti Perikatan hanya memenangi 7 kerusi manakala baki 4 dimenangi oleh Parti
Negara. Kejayaan PAS dikaitkan dengan manifesto parti tersebut yang berjanji akan
mengaplikasikan prinsip-prinsip Islam dalam pemerintahannya dan mengamalkan prinsip
demokrasi yang sebenar. Ia turut berikrar terus mempertahankan hak orang Melayu dan
memperbaiki taraf hidup masyarakat serta mempromosikan keadilan sosial.21

Parti Socialist Front muncul sebagai pembangkang kedua terkuat dengan


memenangi 8 kerusi parlimen dari dua buah negeri iaitu kubu kuatnya Pulau Pinang dan
Selangor. Prestasi Sosialis Front di Selangor agak menonjol dan ia berjaya memenangi 5
buah kerusi parlimen. Presidennya Ahmad Boestamam berjaya memenangi kerusi parlimen
Setapak manakala V. David pula memenengi kerusi Bangsar. Kawasan-kawasan lain yang
berjaya dimenangi oleh calon Socialist Front termasuklah Damansara, Rawang dan Batu.

20
Perikatan memenangi kerusi parlimen Kemaman tanpa bertanding manakala Parti Negara
memenangi kerusi Kuala Terengganu Selatan menerusi Dato Onn’ b. Jaafar.
21
Alias Mohamed, PAS Platform: Development and Change 1951-1986, hlm. 75.
10

Di Pulau Pinang pula, ia memperolehi 3 kerusi parlimen dengan didahului oleh V.


Veerapan yang memenangi kerusi Seberang Selatan dan diikuti oleh Liew Kean Siew di
Dato Keramat dan Tan Pock Kin di Tanjong. Di peringkat dewan undangan negeri,
Socialist Front berjaya memperolehi 16 kerusi dari 4 buah negeri. Di Pulau Pinang, ia
mendapat 7 kerusi dan menguasai kawasan Tanjong dengan menyapu bersih keempat-
empat kerusi yang dipertandingkan termasuklah Tanjung Utara, Tanjung Selatan, Tanjung
Barat dan Tanjung Tengah. Kejayaan Sosialis Front lebih bermakna dengan kejayaan
Presiden Parti Buruh, D.S Ramanathan memenangi kerusi undangan negeri kawasan Sungai
Penang dengan undian sebanyak 1289.22 Selain itu, Sosialis Front turut memenangi kerusi
Jeluntong dan Kota yang didominasi oleh pengundi Cina.

Di Selangor pula, Socialist Front mendapat memperolehi 3 kerusi undangan negeri.


Ia mencapai kejayaan berganda menerusi dua calonnya iaitu V. David dan K. Karam Singh.
V. David telah memenangi kerusi DUN Pantai setelah menguasai kerusi parlimen Bangsar.
K. Karam Singh pula merupakan pemenang bagi kerusi parlimen Damansara di samping
memenangi kerusi DUN Serdang. Satu lagi kerusi undangan negeri diperolehi daripada
Nazar Yong yang menguasai kerusi Sentul walaupun hanya dengan majoriti undi sebanyak
552 sahaja. Socialist Front turut berjaya menembusi kubu Parti Perikatan di Negeri
Sembilan dan Johor. Di Negeri Sembilan, ia memenangi kerusi DUN bagi Rantau, Rompin,
dan Labu. Di Johor pula, kerusi DUN Gunong Lambak, Senai-Kulai dan Tanjong Perti
berjaya dikuasai menerusi calon-calon dari Parti Buruh. Secara keseluruhannya dalam
pilihan raya 1959, Socialist Front meraih 12.9% undi bagi kawasan parlimen dan 9.7% bagi
kerusi undangan negeri.23

People’s Progressive Party ( PPP ), Parti Negara dan Parti Malaya turut berjaya
memenangi kerusi dalam pilihan raya 1959. PPP yang mempunyai pengaruh yang kuat di
Perak terutamanya di daerah Kinta memenangi 4 daripada 5 kerusi parlimen yang
dipertandingkan di daerah berikut. Ia memenangi kerusi Ipoh dan Mengelembu menerusi
dua pemimpin utama iaitu Dharma Raja Seenivasagam dan Sri Radhmaraja Seenivasagam .
Manakala Chan Swee Ho dan Khong Kok Yat memenangi kerusi Kinta dan Batu Gajah.

22
Report on the Parliamentary and State Legislative Assembly General Elections, 1964 of the state of
Malaya, Jabatan Chetakan Kerajaan, Kuala Lumpur, 1965, hlm. 91.
23
Gordon P. Means, Malaysian Politics , hlm. 253.
11

PPP juga mencatatkan kemenangan gemilang di kerusi undangan negeri di kinta apabila
menawan 8 daripada 10 kerusi yang dipertandingkan. 24 Ia menandakan bermulanya era
kegemilangan PPP di daerah Kinta. Parti Negara pimpinan Dato Onn pula memenangi
sebuah kerusi parlimen dan 4 buah kerusi undangan negeri di Terengganu. Kerusi parlimen
tunggal Parti Negara diperolehi oleh Dato Onn di Kuala Terengganu Selatan. Kejayaan
Parti Negara dikaitkan dengan bantuan PAS yang memberi laluan kepada calon-calon parti
tersebut untuk bertanding di Terengganu malah Dato Onn sendiri dikatakan diletakkan di
kawasan yang selamat bagi memastikan kemenangannya.

Secara keseluruhannya, Pilihan Raya Umum 1959 meninggalkan beberapa impak


yang penting. Ia menunjukkan kemerosotan pengaruh Parti Perikatan terutamanya sokongan
terhadap MCA. Pada masa yang sama, ia turut menandakan bermulanya pengaruh
pembangkang di Malaya. Socailist Front mula menyemai pengaruhnya di Pantai Barat
manakala PAS pula bertapak kukuh di Utara dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Namun begitu, kegagalan kedua-dua parti dominan ini wujud sebarang kerjasama atau
persefahaman ternyata melemahkan barisan pembangkang .

Pilihan Raya Umum 1964 yang telah diadakan pada 25 April menyaksikan
penambahan parti pembangkang dalam politik di Semenanjung Malaysia. People’s Action
Party ( PAP ) dan United Democratic Party ( UDP ) telah bertanding dalam pilihan raya ini.
Ia telah berlangsung semasa negara diancam oleh konfrontasi Indonesia. Ia telah digunakan
sepenuhnya oleh Parti Perikatan dalam meraih undi para pengundi khususnya pengundi
Cina dan India. Isu kepentingan nasional dijadikan manifesto Perikatan dan parti-parti
pembangkang telah dituduh anti-nasional dan pro- Indonesia. Peratusan undi Perikatan telah
kembali ke margin yang selesa. Ia berjaya memenangi 89 daripada 104 kerusi yang
dipertandingkan dan menunjukkan peningkatan 6.6% ( 58.4% ) berbanding 1959 ( 51.8% ).
Parti Perikatan memenangi ke semua kerusi undangan negeri di Johor ( 32 ), Kedah ( 24 ),
Negeri Sembilan ( 24 ), dan Pahang ( 24 ). Selain itu, ia turut merampas kembali
Terengganu apabila memenangi 21 daripada 24 kerusi yang dipertandingkan.
Di Kelantan, Parti Perikatan turut memperbaiki pencapaiannya apabila menawan 9 daripada
30 kerusi yang dipertandingkan dengan mencatatkan pertambahan 7 kerusi berbanding
pilihan raya 1959.
24
PPP memenangi kerusi undangan negeri Pekan Bharu, Pekan Lama, Pasir Puteh, Kuala Pari,
Chemor, Sungei Raja, Pusing dan Gopeng.
12

Dalam Pilihan Raya Umum 1964, Parti Socialist Front telah disertai oleh Parti
Perhimpunan Kebangsaan yang turut dikenali sebagai National Convention Party ( NCP )
yang ditubuhkan oleh Abdul Aziz Ishak pada tahun 1963.25 Gabungan Parti Buruh, Parti
Rakyat dan Parti Perhimpunan Kebangsaan telah berganding bahu dan meletakkan bilangan
calon yang agak ramai. Socialist Front telah meletakkan seramai 63 calon bagi kerusi
parlimen dan 167 calon bagi peringkat negeri. Dalam kempennya, Socialist Front terus
mengkritik dasar pembentukan Malaysia yang dianggap sebagai punca ketegangan
hubungan Malaysia dengan negara jiran. Ia mencadangkan agar gencatan senjata
dikuatkuasakan di Borneo dan askar British dan Indonesia perlu berundur dari sana. Selepas
itu perlu diadakan satu referendum bagi memastikan kehendak sebenar rakyat Sabah dan
Sarawak. 26

Socialist Front gagal mencapai sebarang kejayaan yang bermakna dalam pilihan
raya ini. Walaupun berjaya mencatat memperolehi undi sebanyak 12% tetapi ia hanya
mampu memenangi 2 kerusi parlimen dan kehilangan 6 kerusi parlimen yang dimenangi
dalam pilihan raya yang lepas. Kekalahan Socialist Front dalam pilihan raya 1964
bertambah perit apabila tokoh-tokohnya seperti Ahmad Boestamam, Ishak bin Haji
Mohammed , V. Veerapan dan Abdul Aziz bin Ishak tewas mengejut dalam pilihan raya
ini..27 Ahmad Boestaman gagal pertahankan kerusi parlimen di Setapak manakala V.
Veerapan pula kehilangan kerusi DUN di Seberang Selatan. Aziz Ishak juga mengalami
nasib yang sama apabila gagal pertahankan kerusi di Kuala Langat yang dimenangi semasa
bersama dengan Perikatan. Beliau ditewaskan oleh Tahir Majid yang memperolehi 9,840
undi berbanding Aziz yang hanya mendapat 6,043 undi.

Prestasi yang kurang memberangsangkan dalam pilihan raya 1964 telah membawa
kepada perpecahan dalam Socialist Front. Parti Rakyat telah bertindak berundur daripada
Socialist Front dan bertanding bersendirian dalam pilihan raya 1969. Terdapat tiga faktor
utama yang membawa kepada kemerosotan serta kejatuhan Sosialis Front. Menurut Ratnam

25
Abdul Aziz Ishak merupakan bekas anggota UMNO dan juga menteri di bawah cabinet Tunku.
Beliau dipecat dari UMNO kerana kelantangannya mengkritik UMNO dan polisi BN.
26
Gordon P. Means, Malaysian Politics , hlm. 336.
27
Ibid, hlm. 338.
13

dan Milne ( 1967 ), Socialist Front gagal menonjolkan dirinya sebagai sebuah parti yang
‘terhormat’.28 Ia sering dianggap sebagai sebuah parti haluan kiri yang radikal dan
dipengaruhi oleh anasir komunis. Perjalanan parti serta aktivitinya sering dipantau kerajaan
dan beberapa orang ahlinya pernah ditahan di bawah Ordinan Keselamatan Dalam Negeri
( ISA ). Kedua, pengaruh golongan radikal Cina dalam parti Buruh yang semakin kuat dan
menguasai pakatan di dalam Socialist Front. Ini membawa kepada pertelingkahan antara
Parti Buruh dan Parti Rakyat terutamanya dalam aspek bahasa, agama Islam, pemilihan
calon dan dasar mengenai isu perkauman. Ketiga, kegagalan Parti Rakyat dalam mendapat
sokongan orang Melayu dan terlalu bergantung kepada Parti Buruh telah menjadikan
Socialist Front sebuah parti yang pro-Cina.

Kegagalan Socialist Front turut dirasai oleh parti pembangkang yang lain
terutamanya PAS yang hanya mampu memenangi 9 kerusi parlimen dan kehilangan
kerajaan negeri Terengganu apabila hanya mendapat 3 daripada 24 kerusi di negeri
berkenaan. PPP turut mengalami nasib yang sama apabila hanya mampu mengekalkan 2
kerusi parlimennya sahaja. Parti Negara yang kehilangan Dato Onn pula, gagal
mempertahankan satu-satu kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya 1959 . Kehadiran
People’s Action Party ( PAP ) dan United Democratic Party ( UDP ) turut gagal
memperkasakan barisan pembangkang sebaliknya menyaksikan perpecahan undi
pembangkang. PAP hanya berjaya memenangi sebuah kerusi parlimen menerusi Devan
Nair di Bangsar, Selangor.29 Manakala UDP yang bertapak di Pulau Pinang memenangi
kerusi parlimen Tanjong menerusi Presidennya, Lim Chong Eu dan 4 kerusi lagi kerusi
undangan negeri iaitu kerusi Kota, Tanjong Utara, Tanjong Tengah dan Tanjong Barat.

2.3.2 Pakatan PPP, DAP dan Gerakan ( 1969 )

Pilihan Raya Umum 1969 menampakkan satu perkembangan baru dalam politik di
Semenanjung Malaysia. Ia telah menyaksikan pembentukan pakatan di kalangan parti-parti

28
K. J . Ratnam and R. S. Milne, The Malayan Parliamentary Election of 1964, University of Malaya
Press, Singapore, 1967, hlm. 48.
29
Devan Nair menewaskan V. David dari SF dengan majoriti undi sebanyak 808.
14

pembangkang. Walaupun begitu, kerjasama itu dilihat sekadar satu persetujuan bersama
bagi menentang Perikatan dan tidak wujud sebarang percubaan untuk menyatukan idelogi
yang berbeza.30 Kerjasama yang terbentuk di kalangan parti-parti pembangkang utama itu
melibatkan persetujuan dalam membahagikan kerusi yang bakal ditandingi oleh calon-calon
pembangkang. Senario ini berlainan dengan pilihan raya sebelum ini di mana pembangkang
bukan sahaja sentiasa mengecam satu sama lain tetapi turut bertanding di kawasan yang
lain. Ini bukan sahaja melemahkan parti-parti pembangkang malah mengakibatkan
perpecahan undi dan menguntungkan Perikatan.

Kerjasama pembangkang dalam Pilihan Raya Umum 1969 menyaksikan dominasi


parti-parti politik masyarakat bukan Melayu dalam menentang Parti Perikatan yang diterajui
UMNO. Kelahiran DAP dan Gerakan, dua parti yang didominasi orang Cina dan begitu
lantang memperjuangkan konsep demokrasi berasaskan prinsip kesaksamaan kaum serta
memanipulasi isu-isu bahasa dan pendidikan telah menimbulkan kebimbingan orang
Melayu. Parti-parti yang dianggap cauvanis Cina itu dilihat bukan sekadar mempersoalkan
hak orang Melayu malah berusaha untuk menghapuskan ketuanan Melayu.

DAP secara rasmi menjadi sebuah parti politik yang sah di Malaysia pada 18 Mac
1966. Ia diketuai oleh Dr. Chen Man Hin sebagai Pengerusi Protem, Devan Nair sebagai
Setiausaha Agung , Zain Azahari, Goh Hock Guan, D.P. Xavier, Dr. S. Seevaratnam, Chin
Chang Sung, Chan Kot Kit, Michael Khong dan Tan Chong Bee31. DAP yang dibentuk atas
dasar ‘non-communal’ dan ia dilihat memperjuangkan konsep negara Malaysia yang bebas,
demokratik dan sosialis berasaskan prinsip kesaksamaan kaum, keadilan sosial dan
ekonomi32. Dasar perjuangannya yang melaung-laungkan persamaan hak antara kaum di
Malaysia membolehkan DAP mendapat sokongan padu yang masyarakat bukan Melayu
khususnya kaum Cina. Ini membolehkan DAP bertapak dengan kukuh di dalam arena
politik Malaysia sejak awal penubuhannya.

30
R.S Milne dan Diane K Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, Terj. Abd. Rauf Mohd Napis
dan Ramlah Muhamad, hlm. 207.
31
Ulangtahun DAP ke 15, Democratic Action Party, Petaling Jaya, 1981, hlm. 18.
32
Lee Kam Hing and Tan Chee-Beng (ed.), The Chinese in Malaysia, hlm. 206.
15

Menurut DAP, terdapat beberapa prinsip asas yang harus dicapai bagi pembentukan
sebuah negara bangsa Malaysia yang berjaya dalam negara yang berbilang kaum. Prinsip-
prinsip tersebut ialah : 33

i. . Sebagai sebuah negara yang majmuk, DAP menentang sebarang layanan


istimewa kepada mana-mana kaum yang memonopoli kepentingan ekonomi
dan politik. Ia dianggap sebagai satu penindasan kepada kaum lain.

ii. DAP turut perjuangkan kebebasan mutlak dalam erti kata lain, ia mengecam corak
pemerintahan diktator dan ia percaya bahawa setiap individu perlu diberi
kebebasan beragama, menyuarakanpendapat, serta berhimpun.

iii. Demokrasi yang benar-benar demokrasi, iaitu peluang rakyat melibatkan diri dalam
semua peringkat institusi politik. Pada masa yang sama, demokrasi tidak
seharusnya dihadkan kepada pilihan raya dan pemerintahan golongan majoriti
sahaja. Ia juga harus melibatkan toleransi dan jaminan kebebasan dan hak-hak
kumpulan minoriti.

iv. Dalam sosialisme berdemokratik pula, DAP pertahankan hak bekerja dan menjaga
kebajikan manusia dalam semua kelas, hak menikmati alam sekitar yang bersih,
hak mendapat pendidikan dan latihan mengikut pilihan sendiri.

Asas perjuangan dan prinsip DAP boleh dilihat dengan jelas dalam ‘Deklarasi Setapak’
yang diumumkan pada 29 Julai 1967.34 Ia menekankan kebebasan penggunaan bahasa lain
dalam masyarakat. dan mendesak agar bahasa Cina, Tamil dan Inggeris turut diberi peranan
dalam pentadbiran, pendidikan dan media massa.
Dari segi sosio ekonomi dan budaya, DAP memperjuangkan persamaan hak dan mengkritik
pengeksplotasian ke atas tenaga manusia berdasarkan kaum, ekonomi, sosial, dan kawasan
di bandar dengan luar bandar. 35

33
Ulangtahun DAP ke 15, hlm. 10.
34
Ibid, hlm.79.
35
Ibid, hlm. 82-84.
16

Parti Gerakan diasaskan oleh Lim Chong Eu , di samping beberapa pemimpin bekas
pemimpin parti Buruh seperti Tan Chee Khoon dan V. Veerappen pada 24 Mac 1968.
Pada masa yang sama, Gerakan turut mendapat perhatian daripada tokoh-tokoh akademik
seperti Syed Hussein Al-Altas, Wang Gungwu dan J.B.A Peter. 36 Dalam usaha untuk
muncul sebagai sebuah parti yang benar-benar kuat, Gerakan turut berusaha untuk
mendapatkan sokongan daripada kesatuan pekerja dan ia berhasil apabila dua pemimpin
utama dalam kesatuan sekerja, Yeoh Teck Chye dan V. David menyertai parti itu.37 Di
mana kedua-duanya telah menjadi calon Gerakan dalam Pilihan Raya Umum 1969. V.
David telah memenangi kerusi parlimen Dato Keramat manakala Yeoh Teck Chye pula
memenangi kerusi parlimen Bukit Bintang.

Perjuangan asal parti itu berlandaskan kepada dasar bukan perkauman dan
mengamalkan fahaman sosialis dan demokrasi.38 Selain itu, Parti Gerakan turut mengiktiraf
hak istimewa orang Melayu, di samping sedia berkompromi mengenai isu bahasa dan
pelajaran walaupun ia menegaskan pelajaran menengah Cina dan Tamil perlu dikekalkan.
Dalam usaha mengekalkan imej bukan komunalnya serta mendapatkan sokongan
masyarakat Melayu, Parti Gerakan telah melantik Syed Hussein Al-Atas sebagai pengerusi
parti itu yang pertama. Dalam satu kenyataan parti itu yang bertarikh 15 April 1968, ia
menegaskan bahawa:

“ We recognize the need to accord special attention and emphasis on the


economically weak Malays and other indigenous peoples. Their problems require a
special approach and special remedies. They should be protected from exploitation
and assisted to compete with other communities on a just basis in business, trade
and the professions.39

Kenyataan itu jelas menunjukkan pendekatan Gerakan yang agak sederhana dalam usaha
mendapat sokongan daripada orang Melayu walaupun pada dasarnya ia bergantung
sepenuhnya kepada sokongan masyarakat Cina.

36
Hussein Alatas seorang pensyarah di University Singapura, manakala Wang Gungwu seorang
pensyarah di Universiti Malaya dan J.B.A Peter pula merupakan presiden Majlis Perubatan Malaysia. Lihat
R.K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, Oxford University Press, Singapore, 1972, hlm. 17.
37
Ting Chew Peh, The Chinese in Penisular Malaysia: A study of race in a plural society, hlm. 184.
38
R.S Milne dan Diane K Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, Terj. Abd. Rauf Mohd Napis
dan Ramlah Muhamad , hlm.192.
39
R.K. Vasil, Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 162.
17

Pada Mac 1968, DAP telah membuat perjanjian dengan PPP dalam membahagikan
kawasan pilihan raya di Perak.40 Menjelang Februari 1969 parti PPP, DAP dan Gerakan
telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama dalam pilihan raya 1969. 41 Ketiga-tiga parti
telah bersetuju untuk membahagikan kerusi bagi kawasan parlimen dan undangan negeri
bagi mengelakkan pertembungan sesama pembangkang dan seterusnya mengakibatkan
perpecahan undi. Dalam pakatan ketiga-tiga parti itu, mereka menumpukan perhatian ke
atas negeri-negeri Melayu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang akan
diserahkan kepada Parti Gerakan dan Selangor pula akan dibahagi di antara DAP dan
Gerakan.42 Manakala di negeri Perak, PPP akan meletakkan sebahagian besar calonnya
manakala DAP akan bertanding di negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan, Johor dan
Melaka.43

Pada masa yang sama, PPP, DAP dan Gerakan dikatakan berjaya membuat satu
pakatan dengan PAS yang bertujuan untuk memecahkan undi pengundi Melayu di kawasan
majoriti Cina dan sebaliknya ketiga-tiga parti pembangkang itu akan berkempen bagi
mendapatkan undi orang Cina di kawasan orang Melayu. Pada bulan April 1969, PAS
mengumumkan bahawa ia akan menyokong 2 calon Gerakan di Pulau Pinang dan bersedia
bagi menyediakan pengempen untuk parti itu. 44 Tindakan PAS itu dilihat sebagai
sebahagian usaha Gerakan dalam meletakkan calon Melayu di Pulau Pinang. Parti Rakyat
yang bertanding bersendirian setelah keluar dari Parti Sosialis Front turut tidak menentang
usaha Gerakan untuk menawan Pulau Pinang dengan tidak meletakkan calonnya di kawasan
yang ditandingi oleh Gerakan. Ini telah menjadikan pilihan raya 1969 begitu menarik di
mana PPP, DAP dan Gerakan menentang MCA dam MIC manakala PAS pula akan
berhadapan dengan UMNO.
Kempen pilihan raya 1969 bertumpu kepada isu perkauman yang berlanjutan
berikutan kekurangan isu nasional yang menarik. Parti Perikatan terus berpegang kepada
rekod perkhidmatannya yang cemerlang sejak kemerdekaan gagal membendung asakan
pembangkang yang terus memperbesarkan isu-isu perkauman dan mengapi-apikan lagi

40
Ulangtahun DAP ke 15, Democratic Action Party, hlm. 26. Lihat juga, R.S Milne dan Diane K
Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, hlm.207.
41
R. K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, hlm. 21.
42
R.S. Milne and Diane K. Mauzy, Politics and Government in Malaysia, Times Books International,
Singapore, 1978, hlm.162..
43
Ibid.
44
R.S Milne dan Diane K Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, Terj. Abd. Rauf Mohd Napis
dan Ramlah Muhamad , hlm.207.
18

perasaan perkauman. DAP dalam manifestonya yang bertajuk “ Towards a Malaysian


Malaysia”, telah memberi penekanan kepada pengamalan demokrasi politik, sosial dan
ekonomi45. Dari segi politik pula, ia menggesa semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,
bahasa atau agama diberi kebebasan dalam berpolitik, hak serta peluang yang saksama.
Dalam aspek ekonomi, DAP memperjuangkan agar eksploitasi yang berlaku antara individu
mahupun kelas dihapuskan. Di samping, ia menggesa agar jurang perbezaan pendidikan dan
sosio ekonomi antara bandar dengan luar bandar dikurangkan. DAP dalam mengulas
manifestonya beranggapan :

“ The Alliance government…ignores the principle of the indivisibility of Malaysian


prosperity and social justice. They often that the have-nots in Malaysia are of all
races. The are found inrural areas as well as in urban slums. The campaign against
poverty and backwardness must accordingly be a national campaign, based on the
criteria of need and not on the race.” 46

Dalam kenyataan itu, jelas DAP menuntut persamaan hak dalam semua aspek di kalangan
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum kerana beranggapan ia perlu bagi menjamin hak
semua bangsa di Malaysia.

PPP yang mempunyai kerjasama yang erat dengan DAP telah mengemukakan
manifestonya ‘ Malaysia for Malaysians ’ yang mirip kepada manifesto PAP ‘ Malaysian
Malaysia ’ telah mengesa pindaan terhadap perlembagaan bagi menghapuskan hak
keistimewaan orang Melayu. Ia menegaskan bahawa “ the nation and the state is not
identified with the supremacy, well-being and the interest of any one particular community
or race.”47

Dalam pilihan raya 1969, DAP telah bertanding di 24 kerusi parlimen dan 57 kerusi
undangan negeri. Ia diikuti Gerakan yang telah meletakkan calonnya di 14 kawasan
parlimen dan 37 calon di kawasan undangan negeri. PPP pula hanya meletakkan 6 calonnya
bagi kawasan parlimen dan 16 calon bagi undangan negeri. Kerjasama DAP , PPP dan
Gerakan ternyata berkesan dan berjaya memenangi 25 daripada 104 kerusi parlimen yang
dipertandingkan. Di peringkat dewan undangan negeri pula, kerjasama ketiga-tiga parti ini
45
Ting Chew Peh, The Chinese in Penisular Malaysia: A Study Of Race Relations In A Plural
Society, hlm. 181.
46
R. K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, hlm. 31.
47
Ibid, hlm. 33.
19

berjaya menguasai 69 daripada 282 kerusi yang dipertandingkan dengan memperolehi


25.2% undi. DAP muncul sebagai parti pembangkang yang terkuat dan ia berjaya
memperolehi 13 kerusi parlimen dan 31 kerusi undangan negeri.

Perak muncul sebagai kubu terkuat DAP apabila ia berjaya memenangi 5 kerusi
parlimen di kawasan Sitiawan, Batu Gajah, Kampar, Telok Anson dan Batang Padang. 48 Di
Selangor pula, DAP mendapat tiga kerusi parlimen berikutan kejayaan Setiausaha Agung,
Goh Hock Guan memenangi kerusi Bangsar dengan majoriti sebanyak 27,402 undi. Selain
itu, DAP juga menawan kerusi parlimen Damansara dan Setapak. Di Negeri Sembilan, ia
menambah 3 kerusi parlimen apabila memenangi kerusi kawasan Seremban Timur yang
menerusi Pengerusi DAP, Chan Man Hin. Dua calon Indianya, Soorian Arjunan dan
Sinnathamby Seevartnam turut tidak mengecewakan apabila berjaya memenangi kerusi
masing-masing di Port Dickson dan Seremban Barat. Baki dua kerusi parlimen diperolehi
dari Melaka dan Pulau Pinang. Di Melaka, Lim Kit Siang menawan kerusi parlimen Bandar
Melaka dengan majoriti undi yang begitu besar, 11,216 undi. Manakala di Pulau Pinang,
parlimen Penang Utara menjadi kerusi tunggal yang dimenangi oleh DAP.

Prestasi DAP di peringkat undangan negeri turut membanggakan khususnya


Selangor, Negeri Sembilan dan Perak. Di ketiga-tiga negeri itu, DAP berjaya memenangi
23 buah kerusi masing-amsing 9 kerusi di Selangor dan 8 di Negeri Sembilan.
Kemenangan DAP di Selangor diketuai oleh 3 tokoh utamanya iaitu Lee Lam Thye yang
menawan kerusi Bukit Nanas, Goh Hock Guan menawan kerusi Salak dan Yap Pian Hon di
Serdang.. Selain itu, kerusi undangan negeri Pencahala, Sementa, Ampang, Sentul, Bukit
Raja dan Kampung Jawa turut ditawan oleh DAP. Pencapaian DAP di Perak turut
memberangsangkan, ia memenangi 6 daripada 8 yang ditandinginya. Di mana dua
daripadanya terletak di daerah Kinta iaitu kerusi Tanjong Tualang dan Kuala Dipang dan 4
lain terletak di kawasan lain iaitu kerusi Lumut, Batak Rabit, Tapah Road dan Lekir.
Kejayaan DAP lebih bermakna apabila ia turut meluaskan pengaruhnya ke Melaka, Pulau
Pinang dan Johor apabila menawan 4 kerusi di Melaka dan 3 lagi di Pulau Pinang dan 1 di
Johor.

48
Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra’ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri-Negeri
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tahun 1969, Jabatan Chetak Kerajaan, Kuala Lumpur, 1972, hlm. 57-59.
20

Prestasi Gerakan juga agak memberangsangkan, ia berjaya memenangi 8 kerusi


parlimen dan 5 daripadanya diperolehi dari Pulau Pinang. Kejayaan di Pulau Pinang
diketuai oleh presiden Gerakan, Lim Chong Eu yang memenangi kerusi Tanjung, V. David
di kerusi Datuk Keramat, V.Veerappan di Seberang Selatan. Mustapa b. Hussain muncul
sebagai ahli parlimen tunggal Melayu Parti Gerakan di Pulau Pinang apabila berjaya
menguasai kerusi Seberang Tengah. Sebuah lagi kerusi parlimen di Pulau Mutiara
diperolehi di Penang Selatan menerusi Gabriel Thomas Selvaraj yang menewaskan Ismail
bin Idris dari Perikatan dengan majoriti undi sebanyak 7,551.49 Di Selangor pula, Gerakan
berjaya menguasai dua kerusi parlimen menerusi dua tokohnya iaitu Tan Chee Koon di
Batu dan Yeoh Teck Chye di Bukit Bintang. Satu lagi baki kerusi parlimen datang dari
kawasan Larut Selatan, Perak. Calon parti Gerakan, Ng Hoe Hun memenangi kerusi itu
dalam pertarungan tiga penjuru yang melibatkan calon Perikatan Lim Swee Aun dan Calon
PAS Haji Mohamed Tahir dengan undi majoriti sebanyak 4,867.

PPP yang menfokuskan kekuatannya di Perak berjaya memenangi 4 kerusi parlimen


dan kesemuanya di perolehi dari negeri Perak. Ia berjaya memenangi 3 daripada 5 kerusi
parlimen di daerah Kinta.50 PPP memenangi kerusi Ipoh apabila R.C. Mahadeva Rayan
menewaskan Toh Seang Eng dari MCA dengan majoriti undi sebanyak 18,748 undi. Di
Menglembu pula, S.P. Seenivasagam berjaya mengekalkan kerusinya dengan menewaskan
Hew Chai Kee. Di Ulu Kinta pula, Chan Yoon Onn berjaya menewaskan Chin Foo,
penyadang kerusi itu pada pilihan raya 1964 dengan majoriti sebanyak 3,115 undi.
Selain itu, PPP turut berjaya memenangi kerusi Bruas menerusi calonnya Su Liang Yu yang
hanya mendapat majoriti undi sebanyak 468 dalam pertandingan tiga penjuru yang
melibatkan calon Perikatan dan PAS.51

Di peringkat negeri, Gerakan, DAP dan PPP berjaya mengurangkan jumlah kerusi
yang dimenangi Perikatan dengan begitu berjaya. Perikatan hanya mampu memenangi 66
kerusi berbanding 74 dan 89 pada pilihan raya 1959 dan 1964.Kejayaan ketiga-tiga parti itu
diukur dengan kemampuan mereka menguasai Pulau Pinang, dan menafikan majoriti selesa

49
Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra’ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri-Negeri
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tahun 1969, hlm. 56.
50
Dua lagi kerusi, Batu Gajah dan Kampar dimenangi oleh parti DAP. Lihat Penyata Pilehanraya
Umum Dewan Ra’ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
tahun 1969, hlm. 58.
51
Ibid, hlm. 57.
21

Perikatan di Perak dan Selangor. Selain itu, Gerakan dan DAP turut berjaya memenangi
kerusi di kesemua negeri di pantai Barat Semenanjung Malaysia kecuali di Perlis. Ia
diperolehi daripada kawasan bandar yang didominasi oleh masyarakat bukan Melayu.

Gerakan berjaya menawan Pulau Pinang apabila ia berjaya memenangi 16 kerusi


undangan negeri dan pada masa yang sama DAP pula menyumbang 3 lagi kerusi di
kawasan Kelawei, Tanjong Bungah dan Jeluntong. Kemenangan besar Gerakan di Pulau
Pinang turut menyaksikan kekalahan mutlak MCA di negeri itu. Ia termasuklah kekalahan
Wong Pow Nee di Bukit Mertajam kepada calon Gerakan, Ooh Chooi Cheng dengan
majotiti undi sebanyak 4,420. Manakala Lim Chong Eu pula menang selesa di kerusi Kota
dan membolehkannya beliau menjadi ketua Menteri Pulau Pinang. Kerusi-kerusi lain yang
dimenangi Gerakan termasuklah Tanjong Utara, Tanjong Barat, Tanjong Selatan, Tanjong
Timur, Sg. Bakam, Alma, Nibong Tebal, Butterworth, Bagan Alam, Glugor, Dhoby Ghaut,
Tasik Gelugor, Sungai Pinang dan Air Hitam. Perikatan yang mampu memenangi 4 kerusi
undangan negeri di Pulau Pinang menerusi 4 calon UMNO di kawasan Muda yang
dimenangi oleh Haji Ismial b. Che Chik, Kepala Batas oleh Haji Ahmad b. Haji A. Fahin,
Permatang Pauh oleh Haji Mohamad Nur b. Haji Bakar dan Bayan Lepas oleh Ismail b.
Hashim. Ia jelas menunujukkan penolakan para pengundi Cina di Pulau Pinang terhadap
MCA yang dianggap gagal membela nasib komuniti tersebut.

Selain itu, Gerakan turut berjaya menawan 4 kerusi undangan negeri di Selangor
apabila Tan Chee Khoon memenangi kerusi Kepong dan V. David memenangi kerusi
Pantai di samping kerusi Serendah dan Kuang. Ia turut menawan 4 lagi kerusi undangan
negeri di Kedah dan Perak. Di Kedah, parti tersebut memenangi dua kerusi yang terletak di
kawasan bandar iaitu Pekan Alor Setar dan Pekan Sungei Petani. Manakala di Perak pula, ia
menguasai kerusi Taiping dan Matang. Pengaruh Parti Gerakan turut dirasai di Melaka dan
Pahang di mana ia berjaya memenangi satu kerusi di kedua-dua buah negeri tersebut.

PPP pula telah berjaya memperolehi 12 kerusi undangan negeri di Perak dan telah
berusaha untuk membentuk kerajaan campuran di Perak dengan bantuan DAP yang
mendapat 6 kerusi. Pakatan PPP dan DAP berjaya menguasai 18 daripada 40 kerusi yang
dipertandingkan. Ia hanya memerlukan dua buah lagi kerusi untuk merampas Perak dari
Perikatan yang hanya mempunyai 19 kerusi undanagn negeri sahaja. Peluang PPP dan DAP
22

untuk membentuk kerajaan campuran begitu cerah berikutan kejayaan 2 calon Gerakan
memenangi kerusi undangan negeri bagi Taiping and Matang menerusi Lim Eng Chuan dan
Ang Chin Wah. Pada masa yang sama, PAS turut berjaya memenangi sebuah kerusi di
Kampong Gajah menerusi Mahmud bin Zainal Abidin.

Prestasi PAS dalam Pilihan Raya 1969 tidak kurang hebatnya, ia memenangi 12
kerusi parlimen dan 40 kerusi undangan negeri. Ia berjaya memperolehi kejayaan yang
membanggakan di negeri-negeri Utara serta Pantai Timur Semenanjung Malaysia. PAS
yang meletakkan sebahagian besar golongan ulama, guru agama serta pendakwah berjaya
menarik undi para pengundi Melayu luar bandar yang dibelenggu masalah sosio ekonomi.
Di Kelantan, PAS berjaya memenangi 6 kerusi parlimen termasuklah di Bachok, Kota
Bharu Hulu, Kelantan Hilir, Pasir Mas Hilir, Pasir Mas Hulu dan Pasir Putih. Manakala di
peringkat undangan negeri pula, ia berjaya mengekalkan pemerintahnnya di Kelantan
apabila menguasai 19 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan. PAS turut berjaya di
Terengganu apabila ia menawan 2 kerusi parlimen dan 11 kerusi dewan undangan negeri. Ia
berjaya menawan kerusi Kuala Besut, Jeram, Ladang, Bukit Besar, Batu Burok, Marang,
Suria, Ulu Dungun, Kuala Terengganu Tengah, Kemaman Selatan dan Binjai.52

Di Kedah pula, PAS memenangi 3 kerusi parlimen termasuklah kerusi Kota Star
Selatan yang menyaksikan Haji Yusof Rawa menewaskan Dr. Mahathir Mohamad dengan
majoriti undi sebanyak 989. Selain itu kerusi Kubang Pasu Barat, Star Utara dan Kota Star
Selatan turut dikuasai PAS.
Manakala bagi peringkat negeri PAS memperolehi 8 kerusi dan ia termasuklah kemenangan
di Alor Star Luar, Alor Star Barat, Kankong, Bukit Raya, Sik-Gurun, Tunjang, Pokok Sena
dan Langgar-Limbang. Pengaruh PAS di Utara Semenanjung Malaysia turut terserlah
dengan kejayaan memenangi kerusi undangan negeri Arau di Perlis dan Kampong Gajah di
Perak.

Parti Rakyat yang menuju ke era kesuraman gagal memenangi sebarang kerusi
parlimen dan hanya memenangi 3 kerusi undangan negeri. Ia memenangi kerusi di Balik
Pulau, Pulau Pinang menerusi Abdul Rahman Haji Yunus. Di Pahang, Parti Rakyat

52
Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra’ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri-Negeri
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak tahun 1969, hlm. 78-81.
23

mendapat 2 kerusi di Ulu Kuantan dan Tanah Putih menerusi Mohd Ramli b. Ismail dan
Sivasubramaniam a/l Sivasambadan. Keputusan itu tersebut jelas menunjukkan kegagalan
Parti Rakyat dalam mendapatkan sokongan daripada para pengundi Melayu yang lebih
selesa mengundi calon UMNO yang dilihat lebih menjamin kepentingan mereka. Manakala
pengundi bukan Melayu pula tidak yakin dengan kemampuan parti tersebut
memperjuangkan hak mereka.

Jadual 2.1

Jumlah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dimenangi oleh parti-parti politik dalam
Pilihan Raya Umum 1969.

Parti Parlimen DUN Peratusan undi


Parlimen DUN
Perikatan
UMNO 51 133 33.6 33.5
MCA 13 26 13.5 12.7
MIC 02 03 1.2 1.7
Jumlah 66 162 48.4 47.9
DAP 13 31 13.7 11.7
Gerakan 08 26 8.5 8.7
PAS 12 40 23.7 22.8
PPP 04 12 3.8 4.7
Parti Rakyat - 03 1.2 1.5

Sumber : R.K. Vasil ( 1980 ), Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 172-174, Malaysia : Facts and Figures (1990 ),
hlm. 47-50.

Selepas keputusan rasmi pilihan raya 1969 diumumkan, pakatan pembangkang


mempunyai harapan yang cerah untuk membentuk kerajaan campuran di Perak dan
Selangor. Di Perak, pembangkang menguasai 21 daripada 40 kerusi undangan negeri yang
dipertandingkan. PPP dan DAP memenangi 18 kerusi manakala Gerakan memenangi dua
kerusi dan PAS memenangi satu kerusi. Dalam mengulas mengulas situasi di Perak selepas
Pilihan Raya Umum 1969, Lee Kam Hing ( 1977 ), berpendapat:

“ For a while immediately after the elections, there was a real possibility that the
various opposition parties could form a coalition government in the state. The DAP
and PMIP agreed to participate in such coalition and the sultan of Perak also
24

indicated, when approached by the PPP leaders, that he had no objection to a non-
Alliance government in his state.” 53

Manakala di Selangor pula, Perikatan hanya mampu memenangi 14 daripada 28


kerusi undangan negeri. DAP berjaya mendapat 9 kerusi undangan negeri termasuk di
kawasan Salak yang dimenangi oleh Goh Hock Guan, Bukit Nanas oleh Lee Lam Thye dan
Serdang oleh Yap Pian Hon.54 Gerakan turut berjaya menguasai 4 kerusi di kawasan
Kepong, Pantai, Serendah dan Kuang dan sebuah lagi kerusi diperolehi oleh calon bebas. Ia
meletakkan Parti Perikatan dalam situasi yang genting. Menurut R.K. Vasil ( 1980 ):

“ The Malay sense of insecurity in Selangor was further immensely accentuated by


the determined and very often vocal attempts by the leaders of DAP, who forge a
DAP-Gerakan coalition in the state. Although the two parties did not hane majority
in the state lsgislature but the sheer noise about it unnerved the Malays.”55

Namun begitu, harapan pembangkang untuk membentuk kerajaan campuran di Perak dan
Selangor berkecai apabila Gerakan mengambil keputusan untuk bersikap berkecuali dengan
56
tidak menyertai kerajaan campuran PPP dan DAP. Pendirian Gerakan jelas dalam sidang
media parti tersebut pada 14 Mei 1969 di mana Setiausaha Agung Parti Gerakan, Tan Chee
Khoon yang menegaskan bahawa Parti Gerakan tidak akan bekerjasama dengan DAP
ataupun PPP kerana beranggapan tindakan tersebut bakal menimbulkan kegelisahan orang
Melayu dan mencetuskan ketegangan kaum.57 Namun begitu, Gerakan juga tidak akan
bekerjasama dengan UMNO yang dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap masyarakat
bukan Melayu dan parti tersebut akan kehilangan sokongan daripada para penyokongnya.

Dalam melihat punca kegagalan Parti Perikatan dan kejayaan pembangkang di


Semenanjung Malaysia, beberapa perkara perlu diberi penekanan. Pertama para pengundi
Cina dan India telah hilang keyakinan terhadap MCA dan MIC yang dilihat gagal
memainkan peranan masing-masing dengan efektif. Kedua-dua komponen Perikatan itu,
dilihat gagal memperjuangkan hak serta kepentingan komuniti yang diwakili. Sebaliknya
mereka tunduk terhadap desakan UMNO yang semakin menebal sifat kemelayuan akibat
53
Lee Kam Hing , Politics In Perak 1969-1974: Some Preliminary Observations with Particular
Reference to the non-Malay Political Parties, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1977, hlm. 4.
54
Kerusi-kerusi lain yang dimenangi DAP ialah Penchala, Sementa, Ampang, Sentul, Bukit Raja, dan
Kampung Jawa.
55
R.K. Vasil, Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 180
56
Ibid, hlm. 180-181.
57
Ibid.
25

daripada tekanan PAS. UMNO cuba memulihkan imejnya yang tercalar akibat daripada
tindakan PAS yang menyelarnya ‘menjual orang Melayu’. Lantaran itu, UMNO bertindak
dengan meningkatkan usaha-usahanya bagi memenangi hati pengundi Melayu sehingga
menimbulkan perasaan kurang senang masyarakat bukan Melayu yang merasakan mereka
terpinggir dan hak mereka dicabuli. Pada masa yang sama, MCA dan MIC gagal bertindak
dan ini mengakibatkan para pengundi Cina dan India terutamanya di kawasan bandar
cenderung memihak kepada parti-parti pembangkang yang menjanjikan persamaan hak
kepada semua.

Manifesto parti pembangkang ‘Malaysian Malaysia’ yang dimanipulasikan oleh


DAP dan PPP turut berjaya mendapat sambutan para pengundi Cina dan India yang
inginkan persamaan hak dalam pelbagai aspek termasuk politik, ekonomi dan sosial.
Tempoh berkempen yang terlalu panjang dan tidak terkawal diambil kesempatan oleh parti-
parti pembangkang yang mengeksplotasikan isu-isu perkauman dalam usaha memenangi
hati para pengundi. Parti-parti pembangkang membidas kerajaan Perikatan gagal
mempertahankan hak golongan bukan Melayu dan tindakan itu ternyata berjaya
menonjolkan parti-parti pembangkang sebagai jaguh kaum bukan Melayu. Lantaran itu,
para pengundi yang terlalu ghairah telah bertindak mengundi barisan pembangkang yang
bertindak agresif dalam kempennya.

Di samping itu, kewujudan kerjasama serta persefahaman antara parti-parti


pembangkang turut menyumbang ke arah kemenangan barisan pembangkang.
Persefahaman yang dicapai dapat mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri dan
pembahagian kerusi yang ditandingi antara parti-parti pembangkang pula mengelakkan
perpecahan undi pembangkang. Di Perak misalnya, PPP dan DAP telah membuat
persefahaman dengan meletakkan calon PPP di daerah Kinta manakala DAP pula
menumpukan usahanya menguasai kerusi di daerah lain. Manakala di Pulau Pinang, Parti
Gerakan diberi mandat penuh dalam usaha menawan negeri berkenaan tanpa ganguan parti
pembangkang yang lain. Kerjasama ini dapat menyerlahkan kekuatan sebenar parti
pembangkang dan mampu memberi saingan yang berkesan terhadap Parti Perikatan. Ini
penting kerana kejayaan Perikatan dalam Pilihan Raya 1959 dan 1961 tidak melambangkan
26

kekuatan sebenar parti itu sebaliknya ia dibantu oleh kegagalan pembangkang dalam
menjalin satu kerjasama yang utuh .

Perubahan pucuk kepimpinan dalam kerajaan Perikatan turut memberi impak


terhadap prestasi parti berkenaan dalam Pilihan Raya Umum 1969. Terdapat ura-ura
bahawa Tunku Abdul Rahman akan menyerahkan kuasanya kepada Tun Abdul Razak
selepas pilihan raya. Ia telah membawa kepada reaksi yang berbelah bagi di kalangan
pengundi bukan Melayu. Ramai yang masih belum yakin dengan corak kepimpinan Tun
Abdul Razak yang dianggap pro Melayu berbanding Tunku Abdul Rahman yang dilihat
mempunyai toleransi yang lebih tinggi. Senario ini sedikit sebanyak menjejaskan peratusan
undi yang diperolehi oleh Parti Perikatan terutamanya dari pengundi Cina dan India.

2.4 Tragedi 13 Mei: Impak Terhadap Politik Pembangkang

Pilihan Raya Umum 1969 telah berlangsung dalam klimaks politik yang tegang dan sarat
dengan isu-isu perkauman. Ia menyaksikan pertembungan kuasa politik orang Melayu yang
menerajui Parti Perikatan dan mendapat tentangan daripada politik pembangkang yang
dikuasai oleh orang bukan Melayu. Malah pilihan raya 1969 dilihat sebagai kesinambungan
daripada pilihan raya 1964 yang dibelenggu dengan politik perkauman.58
Keputusan pilihan raya yang tidak memihak kepada Parti Perikatan telah menimbulkan
suasana yang cemas di kalangan orang Melayu. Parti Perikatan hanya mencatat 48.4% undi
bagi kawasan parlimen dan 47.9% undi bagi undangan negeri serta gagal memenangi 50%
undi popular di 5 buah negeri iaitu Selangor( 41.6% ), Perak ( 43.6% ), Negeri Sembilan
( 46.2% ), Melaka ( 48.1% )dan Terengganu ( 49.3 % ). 59 Pada masa yang sama
kehilangan dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Kelantan kepada Parti Gerakan dan PAS.
Kekalahan Perikatan di Pulau Pinang sememangnya telah diduga memandangkan populasi
masyarakat Cina yang begitu besar manakala kekalahan di Kelantan pula tidak begitu
dirasai kerana ia masih di bawah kekuasaan oarng Melayu. Sebaliknya orang Melayu
58
Sentimen perkauman telah digunakan oleh parti PETIR atau People Action Party ( PAP ) pimpinan
Lee Kuan Yew yang telah menyertai Pilihan Raya 1964 di Semenanjung Malaysia. PAP telah
memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang menggesa agar setiap kaum diberi hak yang sama.
Melalui kempen pilihan rayanya, PAP telah mengecam kerajaan pusat, mengkritik kedudukan raja-raja
Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu. Lihat Nik Anuar Nik Mahmud, “ Perkongsian yang tidak serasi
Singapura dalam Malaysia”, Seminar Kebangsaan Sempena Empat Puluh Tahun Penubuhan Malaysia, Pusat
Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 16 September 2003, hlm. 1
dan juga R.K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, hlm. 9
59
Ulangtahun DAP ke 15, Democratic Action Party, hlm. 27.
27

gelisah dengan perkembangan di Perak dan Selangor apabila Parti Perikatan gagal menang
dengan majoriti yang selesa dan mennghadapi ancaman dari parti-parti pembangkang yang
pro Cina.

Peristiwa 13 Mei tercetus selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Umum 1969 yang
telah diadakan pada 10 Mei 1969 diumumkan. 60 Ia dilihat sebagai ‘turning point’ dalam
sejarah politik negara. Namun begitu, bibit-bibit ketegangan kaum telah tercetus lebih awal
lagi dan keputusan pilihan raya 1969 hanya merupakan klimaks kepada ketegangan
hubungan Melayu Cina itu. Kronologi peristiwa 13 Mei 1969 bermula dengan pembunuhan
seorang ahli UMNO di Pulau Pinang, kira-kira dua minggu sebelum pilihan raya. Kira-kira
sepuluh hari kemudiannya, seorang ahli Parti Buruh pula ditembak polis di Kuala Lumpur
apabila enggan bekerjasama apabila ditahan. Dua insiden yang berasingan ini dilihat
sebagai pencetus kepada ketegangan kaum di negara pada ketika itu.

Rusuhan kaum 13 Mei 1969 telah membawa kepada satu perubahan drastik dalam
politik Malaysia. Syed Hussein Alatas ( 1972 ) dalam mengulas perisitiwa itu, berpendapat
kerajaan telah mengambil kesempatan daripada peristiwa itu untuk menekan pembangkang
dan menguatkan cengkaman politiknya. Di mana beliau mendakwa perisitiwa 13 Mei telah
berjaya dikawal dalam tempoh beberapa minggu sahaja tetapi parlimen dan proses
demokrasi gagal dipulihkan dengan segera. Ini mengakibatkan parlimen tergantung bagi
tempoh yang terlalu lama iaitu 25 bulan.61 Pada masa yang sama, pilihan raya di Sabah dan
Sarawak turut ditunda walaupun tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini di sana.
Tindakan itu jelas menunjukkan penyelewengan oleh Parti Perikatan yang bimbangkan
keputusan pilihan raya di Sabah dan Sarawak tidak meyebelahi mereka dan seterusnya
membawa kepada kejatuhan kerajaan tersebut.

Para penganalisis politik serta sejarawan berpendapat tragedi 13 Mei 1969 telah
memberi satu impak yang besar terhadap perkembangan poltik negara khususnya
pembangkang.62 Sejurus tercetusnya rusuhan kaum 13 Mei, darurat telah diisytiharkan oleh

60
Stanley S. Bedlington, Malaysia and Singapore: The Building of New States, Cornell University
Press, Singapore, hlm. 144.
61
Syed Hussein Alatas, The Politics of Coalition in Malaysia, Current History, Disember 1972, hlm.
271.
62
Lihat John Funston ( 1980 ), Malay Politics in Malaysia, R.K. Vasil ( 1980 ), The Ethnic Politics in
Malaysia dan R.S. Milne dan Diane K. Mauzy ( 1982 ), Politik dan Kerajaan di Malaysia.
28

Yang di-Pertuan Agung atas nasihat kabinet berdasarkan Perkara 150 dalam Perlembagaan
Malaysia.63 Selain itu, ia turut menyaksikan penggantungan persidangan parlimen dan
dewan negeri serta penangguhan pilihan raya di Sabah dan Sarawak yang belum selesai. 64
Akibatnya kuasa kabinet telah diserahkan kepada Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN )
dibawah kepimpinan Tunku Abdul Razak. Oleh itu, walaupun kabinet masih wujud tetapi ia
kehilangan kuasa dan kehadirannya sekadar memenuhi ciri-ciri pemerintahan berparlimen
yang diwarisi sejak kemerdekaan.

Pembentukan Majlis Gerakan Negara dilihat sebagai satu penyalahan kuasa parti
Perikatan. Di mana MAGERAN hanya diwakili oleh tokoh-tokoh Perikatan termasuklah
Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail, Datuk Hamzah, Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan
tanpa memberi ruang kepada pembangkang dalam bersama-sama menangani masalah yang
dihadapi negara pada ketika itu. Pada masa yang sama, badan itu hanya dianggotai oleh dua
pegawai awam sahaja dan penglibatan tentera serta polis dalam badan ini turut
menimbulkan tanda tanya. Dalam usaha untuk mengawal situasi di dalam negara, segala
aktiviti politik diharamkan, ia termasuklah ceramah parti-parti politik, demonstrasi,
pengedaran poster dan segala aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan politik.
Pihak kerajaan turut dikatakan telah menggunakan kuasa ketenteraan dalam usaha
mengekalkan kekuasaannya. Pasukan keselamatan telah digunakan sepenuhnya dalam
usaha membendung kekacauan secara berterusan. Pasukan polis dan tentera telah dikerah
untuk mengawal situasi di sekitar Kuala Lumpur dan Ordinan Keselamatan Dalam Negeri
( ISA ) turut digunakan bagi menahan mereka yang disyaki mengancam keselamatan
negara. Sepanjang tempoh masa pemulihan dari 13 Mei sehingga 31 Julai seramai 9,143
orang telah ditahan dan seramai 5561 yang telah didakwa di mahkamah. 65 Walaupun
sebahagian yang ditahan disyaki penyokong PKM dan ahli-ahli kongsi gelap, ahli-ahli
politik terutamanya anggota parti pembangkang turut menjadi mangsa. Ramai yang telah
ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara ( ISA ) dan hak asasi
mereka dicabuli.

63
Yang di-Pertuan Agung berdasarkan Ordinan Darurat 1969 mempunyai kuasa yang luas ke atas
keselamatan awam, pertahanan dan menjaga ketenteraman awam, perbekalan dan perkhidmatan.
64
Pilihan raya di Sarawak telah diadakan semula pada 6-14 Julai manakala di sabah pula ia
berlangsung dari 21-27 Jun.
65
Leon Comber, 13 May 1969: A Historical Survey of Sino-Malay Relations, 1983, hlm. 71.
29

Antara yang telah ditahan sejurus tragedy 134 Mei 1968 ialah Lim Kit Siang. Beliau
telah ditahan sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Subang setelah kembali dari
berkempen di Sabah. Beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
selama 62 hari di lokap Balai Polis Kuala Selangor sebelum dihantar ke Kem Tahanan
Muar.66 Dalam sidang akhbar pada 3 Oktober, 1970 selepas pembebasannya, Lim Kit Siang
menyifatkan penahanannya:

“ sebagai sebahagian daripada ‘reaksi anti-demokratik’ yang bertentangan dengan


keputusan rakyat jelata. Belaiu menegaskan bahawa tugas utama semua pemimpin
politik ialah memberi makna kepada proses demokrasi dan memulihkan keyakinan
serta kepercayaan rakyat terhadap demokrasi.” 67

Lim Kit Siang turut memberi amaran tentang bahayanya usaha ke arah mewujudkan sebuah
kerajaan authoritarian di Malaysia. Ini kerana ia bakal membunuh amalan demokrasi dan
membinasakan negara. Rakyat akan terus disogok dengan pelbagai propanganda yang
bertujuan untuk mengelakkan mereka terlibat secara langsung dalam proses
pendemokrasian dalam negara.

Kebebasan bersuara turut dikongkong untuk mengurangkan aktiviti ‘politiking’


yang dianggap memecah belahkan perpaduan negara. Kawalan yang ketat dikenakan ke atas
media media bercetak dan media elektronik. Sebarang artikel, bahan mahupun gambar yang
dianggap mampu mencetuskan ketegangan kaum diharamkan. Pada masa yang sama,
tapisan dan kawalan ke atas media asing turut dilakukan. Ini telah membawa kepada
pengharaman beberapa siri keluaran majalah antarabangsa termasuklah Far Eastren
Economic Review, Newsweek dan Time.68 Dalam media elektronik pula, tumpuan banyak
diberi ke atas perkembangan negara dan media masa digunakan sebagai mediaum
propanganda kerajaan. Penyiaran program luar dikurangkan dan kemasukan berita luar
negara banyak ditapis.

66
Lim Kit Siang merupakan ahli parlimen Bandar Melaka dan telah dilepaskan tanpa syarat pada 1
Oktober, 1970.
67
Ulangtahun DAP ke 15, Democratic Action Party, hlm. 33.
68
John Funston, Malay Politics in Malaysia: A Study of UMNO & PAS, hlm. 213.
30

Walaupun sekatan ke atas kebebasan berpolitik dihapuskan pada 30 Ogos 1970


namun situasi politik negara selepas itu jelas menampakkan perbezaan yang ketara. Ia telah
menandakan bermulanya era hegemoni Melayu dan kemerosotan pengaruh pembangkang di
Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama, ketelusan dalam demokrasi negara turut
terjejas lantaran daripada pindaan terhadap beberapa perkara dalam Perlembagaan
Malaysia.

Persidangan semula parlimen Malaysia pada Februari 1971 dilihat sebagai satu
gimik politik Perikatan yang dilakukan secara ugutan. Tun Abdul Razak secara terus terang
memberi amaran bahawa sekiranya pindaan Perlembagaan 1971 gagal mendapat sokongan
yang sewajarnya maka proses demokrasi tidak akan dipulihkan. 69 Beberapa perkara dalam
perlembagaan telah dipinda dan ia termasuklah Perkara 152, 153 dan 181. Di mana melalui
pindaan perlembagaan itu, ia menjadi satu kesalahan dalam menyoal apa-apa perkara, hak,
taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak yang diperuntukan dalam Peruntukan
Bahagian III Perlembagaan Persekutuan. Pindaan turut dilaksanakan ke atas Akta Hasutan
dengan meminda Perkara 63 dan 72 dalam Perlembagan Rang Undang-Undang yang
menghapuskan perlindungan ke atas ahli-ahli parlimen dan dewan negeri dalam
membincangkan sesuatu isu yang dianggap sebagai sensitif.70

Akhirnya pindaan terhadap perlembagaan dilakukan setelah dibahaskan selama


seminggu dan ia bukan sahaja mendapat sokongan padu dariapada anggota Perikatan malah
turut mendapat sokongan daripada ahli-ahli pembangkang dari Parti Gerakan, PAS, SNAP
dan SUPP. Ini membolehkan pindaan Perlembagaan 1971 dilakukan dengan undian 216:17.
Di mana hanya DAP dan PPP yang menentang pindaan tersebut dan ia berdasarkan tiga
perkara penting.71 Pertama kenyataan bahawa parlimen akan bersurai sekiranya lebihan
suara dua pertiga tidak diperolehi dianggap sebagai satu ancaman terhadap anggota
parlimen. Kedua, pengharaman ke atas isu-isu yang dianggap sensitif akan membataskan
perjuangan parti-parti pembangkang dan melindungi MCA serta MIC daripada kecaman
luar lantaran daripada kelemahan mereka dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan.

69
R. K. Vasil, Ethnic Politics in Malaysia, hlm. 191 dan John Funston, Malay Politics in Malaysia:
A Study of UMNO & PAS, hlm. 215.
70
Nik Abdul Rahsid b. Nik Abdul Majid, Kebebasan Akhbar di Malaysia: Satu Tinjauan Undang-
Undang , Seminar Akhbar dan Majalah: Pembinaan Imej dan Pembangunan Masyarakat, hlm. 17.
71
R.S Milne dan Diane K Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, Terj. Abd. Rauf Mohd Napis
dan Ramlah Muhamad , hlm.126-127.
31

Ketiga pihak pembangkang beranggapan larangan terhadap ahli parlimen daripada bebas
bercakap semasa membincangkan sesuatu isu di dalam dewan sebagai satu ‘pencabulan’ ke
atas prinsip kedaulatan parlimen.

Ahli-ahli parlimen DAP dalam mengulas tindakan mereka menentang Pindaan 1971
berpendapat mereka dipilih oleh rakyat bagi memperjuangkan hak pemilih bukan
menyokong segala-galanya secara membabi buta dan membelakangkan kepentingan para
pengundi serta mengkhianati kepercayaan mereka.72 Tindakan anggota pembangkang dari
parti PAS, Gerakan, SNAP dan SUPP yang menyokong pindaan perlembangan tersebut
dilihat sebagai satu tindakan yang mengorbankan prinsip perjuangan masing-masing demi
mengejar kemewahan dan pangkat.

2.5 Kesimpulan

Kemunculan pakatan pembangkang di Semenanjung Malaysia telah pun bermula sejak


negara mencapai kemerdekaan. Barisan Sosialis atau Socialist Front ( SF ) dilihat sebagai
barisan pembangkang yang terbaik dalam memberi saingan kepada parti Perikatan. Socialist
Front yang mengabungkan parti Buruh dan parti Rakyat memperjuangkan isu mewujudkan
keadilan sosial dalam Malaysia yang demokratik, bebas dan bersatu. Sebagai sebuah parti
kiri yang berfahaman sosialis, ia mencabar parti Perikatan yang dianggap pro-Barat dan
kapitalis dalam Pilihan Raya Umum 1959. Socialist Front berjaya menawan 8 kerusi
parlimen dan 16 kerusi undangan negeri. Namun begitu, menjelang tahun 60an, golongan
pelampau mulai menyusupi Socialist Front dan menyaksikan penahanan ramai
pemimpinnya. Ia seterusnya membawa kepada perpecahan dan Socialist Front berkubur
selepas Pilihan Raya Umum 1964. Parti Rakyat telah bertanding dalam Pilihan Raya 1969 secara
bersendirian manakala Parti Buruh pula memboikotnya.

Kekosongan pakatan pembangkang di Semenanjung Malaysia segera diisi oleh 3


parti pembangkang yang bergerak atas landasan bukan perkauman. People’s Progressive
Party ( PPP ) telah bekerjasama dengan Democratic Action Party (DAP ) dan Parti Gerakan
Malaysia dalam Pilihan Raya Umum 1969. Pilihan raya yang diadakan dalam suasana yang
tegang dan berbau perkauman telah menyaksikan Parti Perikatan gagal mencapai keputusan

72
Ulangtahun DAP ke 15, Democratic Action Party, hlm. 38.
32

yang memberangsangkan. Ia kehilangan Pulau Pinang, Kelantan serta gagal membentuk


kerajaan negeri di Perak dan Selangor. Barisan pembangkang ternyata berjaya menawan
hati para pengundi bukan Melayu dan menyifatkannya sebagai kejayaan masyarakat bukan
Melayu. Pulau Pinang berjaya ditawan manakala di Perak, Negeri Sembilan dan Selangor
barisan pembangkang berjaya membentuk satu kabinet bayangan yang kuat dan mencabar
kedudukan Parti Perikatan.

Ia berjaya memenangi 38 daripada 104 kerusi parlimen yang dipertandingkan


dengan mendapat 51.6% undi berbanding Perikatan yang hanya mendapat 48.4% undi.73 Di
peringkat dewan undangan negeri pula, pembangkang berjaya memenangi 120 daripada
282 kerusi dengan mendapat undi popular sebanyak 52.1% berbanding 47.9% yang
diperolehi oleh Perikatan. Pencapaian pakatan DAP, PPP dan Gerakan terutamanya di
Pantai Barat Semenanjung Malaysia dilihat begitu menyerlah. Di mana, Pulau Pinang
berjaya ditawan serta menafikan majoriti selesa Perikatan di Perak dan Selangor. Mereka
mendapat 69 daripada 120 kerusi negeri yang dimenangi dengan mendapat undi sebanyak
25.2%. Di peringkat parlimen kerjasama ketiga-tiga parti itu menguasai 25 daripada 38
kerusi yang dimenangi parti pembangkang dengan mendapat 25.6% undi yang diperolehi
pembangkang.

Namun begitu, kejayaan itu tidak bertahan lama lantaran daripada tercetusnya
rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Akibatnya parlimen telah digantung, pilihan raya Sabah
dan Sarawak telah ditunda dan segala aktiviti politik diharamkan. Tindakan drastik ini
ternyata memberi impak yang mendalam terhadap politk pembangkang di Semenanjung
Malaysia. Walaupun parlimen dan demokrasi dipulihkan pada tahun 1971, pembangkang
gagal pulih semula dan mereka mengalami satu era kesuraman yang berpanjangan.

73
R. K. Vasil, The Malaysian General Election of 1969, hlm. 36.
33
34

You might also like