You are on page 1of 3

Modul Bahasa Muzik Tahun 4

Mata Pelajaran Pendidikan Muzik


Tahun 4
Masa 2 x 30 minit
Aspek Persepsi Estetik
Item 1.4 Notasi
1.4.1 Simbol
• Not Minim
Hasil
Pembelajaran
Mengenal pasti lambang not muzik mengikut nilai dengan betul,
tanpa skor.
Pengetahuan
Sedia Ada
1. Murid pernah menepuk not krocet menggunakan sebutan
irama Perancis.
2. Murid pernah menyanyikan lagu ‘Pengakap Muda’.
Aktiviti 1. Perdengarkan bunyi kastanet dan ker incing.
2. Murid menyatakan panjang dan pendek bunyi yang dihasilkan.
3. Murid menamakan not krocet dan tanda rehat krocet pada kad
imbasan yang ditunjukkan.
4. Memperkenal not minim dan nilainya.
5. Perbincangan tentang perbezaan not minim dengan not krocet.
6. Menepuk not minim menggunakan sebutan irama Perancis.
7. Menepuk not krocet dan not minim secara serentak dengan
iringan lagu ‘Pengakap Muda’.
8. Murid membuat latihan menulis not minim.
Elemen Strategi Kontekstual
• Mengaplikasi
Kemahiran Berfikir
• Membanding beza
Bahan Kastanet, kerincing dan kad imbasan
16
Modul Bahasa Muzik Tahun 5
Mata Pelajaran Pendidikan Muzik
Tahun 5
Masa 1 x 30 minit
Aspek Persepsi Estetik
Item 1.3 Ekspresi
1.3.2 Mud
• Riang, sedih, bersemangat
Hasil
Pembelajaran
Menyatakan jenis mud empat buah lagu yang diperdengar, dengan
betul.
Pengetahuan
Sedia Ada
Murid pernah menyanyikan lagu “Jalur Gemilang”, “Geylang Si Paku
Geylang”, “Rasa Sayang” dan “Bertemu dan Berpisah”.
Aktiviti 1. Guru menceritakan secara ringkas mengenai “Kisah Si
Tanggang.
2. Perbincangan mengenai suasana riang, sedih dan
bersemangat di dalam cerita tersebut.
3. Murid membuat gerakan badan untuk menunjukkan ekspresi
riang, sedih dan bersemangat.
4. Menyanyikan lagu “Jalur Gemilang”, :Geylang Si Paku
Geylang”, “Rasa Sayang dan “Bertemu dan Berpisah”
mengikut nud lagu-lagu tersebut ( riang ).
5. Membimbing murid membuat pergerakan mengikut mud
lagu-lagu tersebut.
6. Murid member i respon kepada lagu-lagu lain yang
menunjukkan mud yang berbeza.
Elemen Strategi Kecerdasan Pelbagai
• Kinestetik
KBKK
• Membanding beza
Bahan Rakaman Lagu
17
Modul Bahasa Muzik Tahun 6
Mata Pelajaran Pendidikan Muzik

Tahun 6
Masa 2 x 30 minit
Aspek Persepsi Estetik
Item 1.1 Irama
1.1.2 Meter
• 3 dan 4
Hasil
Pembelajaran
Membanding beza meter 3 dan 4 dengan jelas.
Pengetahuan
Sedia Ada
1. Murid telah mempelajari meter 3 dan 4
2. Murid telah menepuk detik 3 an dan 4 an.
Aktiviti 1. Perdengarkan lagu “Waktu Fajar”.
2. Murid menyanyikan lagu tersebut.
3. Murid menepuk meter 3 an dengan bimbingan.
4. Perdengarkan lagu “Ayam Didik”.
5. Murid menyanyikan lagu tersebut.
6. Murid menepuk meter 4 an dengan bimbingan.
7. Kelas dibahagikan kepada dua kumpulan:
Kumpulan A - menepuk detik lagu meter 3 an
“Waktu Fajar”
Kumpulan B - menepuk detik lagu meter 4 an
“Ayam Didik”
(Kumpulan A dan B bertukar-tukar aktiviti)
8. Pentaksiran : Guru memainkan beberapa buah lagu
dan murid mencatatkan meter lagu-lagu
tersebut di dalam lembaran kerja.
(meter 3 dan 4 )
Elemen Strategi Kecerdasan Pelbagai
• Muzik
Kemahiran Berfikir
• Membanding beza
Bahan Skor Lagu, rakaman muzik, lembaran ker ja dan kibod

You might also like