You are on page 1of 15

Masalah Disleksia Di Kalangan

Kanak-Kanak Prasekolah
Masalah

 Lai Lem Peng sering dianggap sebagai kanak-kanak yang lembam


dan amat sukar bagi guru untuk mengajarnya. Ibu bapanya
seringkali memarahinya dan menganggap Lai sebagai anak yang
tidak beguna,hal ini menyebabkan kanak-kanak ini kelihatan
murung dan tercicir.
 Sebagai seorang guru,kami bertanggungjawab membantu kanak-
kanak malang ini.
 Menurut kajian kami,kanak-kana ini mengalami masalah Disleksia.
Objektif Kajian

• Dapat memberikan pendedahan dan bantuan kepada guru mahu pun


Ibu bapa untuk mengetahui secara mendalam masalah kesukaran
belajar yang dikategorikan sebagai disleksia.

• Dapat menjadi sumber rujukan kepada guru pendidikan pemulihan dan


semua yang berminat dengan pendidikan khas khususnya yang
berkaitan dengan masalah disleksia. Guru memerlukan satu bentuk
penerangan dan panduan untuk mengenali serta memahami
permasalahan disleksia.

• Dapat merumuskan tahap masalah seseorang murid dalam kategori


disleksia serta dapat mencadangkan bentuk bantuan yang perlu bagi
Pengenalan Diskleksia
Apa itu Disleksia
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
- Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah
walaupun
mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
- Mempunyai keupayaan intelek yang normal
- Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi
- Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan
simbol
visual dengan bunyi
- Mereka mungkin mengalami kesukaran
I.Membaca
II. Menulis
III.Memahami
IV. Mengeja
V.Mengira
• Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
• Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.
Ciri-ciri Disleksia
Apakah ciri-ciri Disleksia?

1. Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :

- Lambat bertutur
-Mengalami kesukaran sebutan atau rima
- Sukar menulis nama sendiri
- Payah mengenal bentuk atau warna
1. Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

- Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau


mengira
- Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
- Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
 15 dengan 51
 ‘b’ dengan ‘d’‘
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Masalah yang dihadapi Lim sama
dengan ciri-ciri masalah disleksia
Masalah yang dialaminya

• Salah sangka dan digelar sebagai malas,


bodoh atau lembab
• Pembentukan imej diri yang sihat
terjejas dan mengalami rasa rendah diri
• Jika tidak dikenalpasti dan dibantu
diperingkat awal boleh menyebabkan
- Gangguan emosi (seperti
kemurungan)
- Masalah tingkahlaku (seperti
melawan, kecelaruan tingkahlaku)
- Rendah pencapaian akademik
(menyebabkan keciciran sekolah)
Bagaimana kami membantu
menyelesaikan masalah ini??
(Peranan Guru)
1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina
keyakinan
diri anak
2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan
Kurang Daya
Tumpuan
3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
- Terapi pertuturan
- Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
- Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu
pembelajaran)
1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/
huruf)
3. Merasa pergerakan bibir
4. Menulis huruf atau perkataan
4. Langkah-langkah pemulihan :
- Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
- Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
- Gunakan video atau kaset untuk belajar
5. Program pemulihan khusus :
- Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk
Disleksia
Teori Penyelesaian Masalah Disleksia
(Bruner 1973)
Bruner ( 1973 ), mengemukakan Teori Pembentukan Konsep melalui proses
pengkategorisasi iaitu proses pengamatan. Mengikut beliau, dengan mengkategorikan
perkara-perkara dan benda yang mempunyai ciri yang sama dalam beberapa
kelompok, maka kita akan dapat menjadikan pelajaran dengan lebih sistematik,
teratur dan mudah.
Selain itu, dalam mengelaskan haiwan-haiwan yang pelbagai jenis kepada kelompok-
kelompok mengikut habitat mereka akan memudahkan murid-murid mengamati ciri-
ciri haiwan dalam pelajaran di sekolah. Sehubungan dengan itu, di dalam teori
pengajarannya, Bruner menyarankan bahawa :

a) Teori Pengajaran harus menetukan butir-butir pengetahuan sedia ada yang


digunakan sebagai motivasi pelajar.

b) Bahan-bahan pembelajaran harus distukturkan secara sistematik supaya mudah


dipelajari.

c) Teori Pengajaran harus menentukan cara yang palin berkesan untuk


mengorganisasikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan
mudah dipelajari.

d) Teori Pengajaran harus menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian akiviti
pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajaranya.
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like