Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
064

064

Ratings: (0)|Views: 7|Likes:
Published by Yo Sepet
language
language

More info:

Published by: Yo Sepet on Jan 03, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/03/2011

pdf

text

original

 
Bahasa dan Pembinaan Tamadun Bangsa851
6.4Bahasa dan PembinaanTamadun Bangsa
Abdullah HassanYang DipertuaPersatuan Penterjemah MalaysiaEmel: profdollah@upsi.edu.my
PENGENALAN
Tidak pernah ada bangsa yang membina tamadunnya tanpa kepustakaan.Tidak pernah juga ada bangsa yang membina tamadunnya atas kepustakaandalam bahasa orang lain. Setiap bangsa, walaupun kecil membina tamadunbangsanya atas kepustakaan dalam bahasanya sendiri. Negara kecil yangmaju seperti Belanda, Finland, Sweden, Norway, Denmark, Belgium, Luxemberg,Switzerland dan Austria mempunyai kepustakaan masing-masing dalambahasa sendiri.Dalam sejarah pembinaan tamadun manusia, ada banyak peristiwa sepertiini. Cerita Jepun dan Korea membina tamadunnya melalui bahasanya sendirisudah lumrah. Oleh itu marilah kita memandang ke Eropah dan melihatbagaimana negara-negara Eropah membangun. Kita jadikan Eropah itu model.Pertama, kita akan melihat bagaimana seorang ahli matematik dan falsafahJerman membangunkan bahasa Jerman demi membina tamadun bangsanya.Kedua, kita akan belajar daripada pemimpin dan sarjana Islam bagaimanamereka membina kepustakaan dalam bahasa Arab untuk membangunakantamadun Islam. Daripada peristiwa-peristiwa ini kita melihat apakah kaedahyang dapat kita contohi; iaitu menyampaikan ilmu dan membina kepustakaanilmu daaalam bahasa sendiri hendaklah dilakukan serentak.
ANDAIAN TANPA BUKTI
Ada andaian yang mengatakan, oleh sebab bahasa bekas penjajah kita,Inggeris itu maju, maka kita boleh turut maju dengan meminjam bahasa bekaspenjajah tersebut. Bukti sejarah membuktikan sebaliknya. India telahmenggunakan bahasa Inggeris selama 300 tahun, dan Filipina selama 60 tahun.Begitu jugalah beberapa negara Afrika seperti Nigeria, Ghana, Kenya, Uganda.Bahasa Portugis dan Sepanyol pula dipinjam oleh negara-negara Amerika
 
852Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VI
Latin. Negara-negara ini masih terus menguji. Tidak usahkan maju, adasesetanaghnya yang melepasi paras kemiskinan pun belum mampu.Bahasa-bahasa penjajah ini tidak dapat dipelajari oleh semua rakyat, olehitu ia akan mengepung ilmu sebagaimana bahasa Latin mengepung ilmu. Ilmuyang terkepung tidak memajukan rakyat. Hanya negara-negara yangmenggunakan bahasanya sendiri dapat meruntuhkan kepungan ini danmencetuskan wabak ilmu. Rakyat yang berilmu itu kemudiannyamengembangkan ekonomi negaranya.Di samping ilmu, ada satu lagi unsur penting dalam membangunkaneknomi, seterusnya tamadun sesuatu bangsa, iaitu kreativiti. Ada kaitan rapatkreativiti dengan bahasa yang kita gunakan menyampaikan ilmu itu.Ringkasnya, apabila bahasa pengantar yang kita gunakan ialah bahasa kitasendiri, benak kita akan bebas berfikir dan mencetusan idea kreatif. Tetapi,apabila kita menggunakan bahasa pinjaman, benak kita akan tertawan dalambudaya bahasa tersebut, dan akibatnya kita akan menjadi pengguna produk-produk budaya tersebut. Malah Ibn Khaldun pernah berkata:“Bangsa yang dikalahkan lazimnya akan meniru pakaian, simbol-simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang mengalahkanmereka. Tingkah laku ini disebabkan sifat manusia yang lazimnyamenyangka bangsa yang mengalahkan mereka itu adalah bangsayang sempurna. Tingkah laku itu mungkin berpunca daripada rasakagum terhadap bangsa yang menakluki mereka, sehingga merekamenganggap bangsa penakluk itu adalah bangsa yang sempurna,ataupun disebabkan bangsa yang kalah itu tidak percaya bahawamereka mungkin dikalahkan oleh faktor-faktor biasa sahaja. Akibatnyamereka percaya mereka kalah akibat keagungan bangsa yangmenakluki mereka. Apabila sangkaan ini berpanjangan, maka sangkaanitu bertukar menjadi keyakinan, sehingga akibatnya keyakinan itumendorong mereka mengubah semua ciri-ciri asli mereka. Bangsayang kalah mungkin meniru-niru secara tidak disedari, ataupun merekamenyangka mereka kalah disebabkan kelemahan-kelemahan budayadan kepercayaan mereka sendiri, padahal tidak. Sebenarnya bangsayang mengalahkan mereka itu adalah lebih kuat dan lebih bersatupadu. Akibatnya, timbullah keyakinan lain bahawa dengan meniru-niru bangsa penakluk itu, maka akan terhapuslah punca-puncakekalahan mereka.” Ibnu Khaldun (1332-1406), Muqaddimah, Bab 2,bahagian 22.
MODEL EROPAH: BAHASA JERMAN MEMBINA TAMADUN JERMAN
Pada abad ke-17 negara-negara Perancis, Itali dan Inggeris telah mula menjadinegara maju apabila industrinya berkembang. Tetapi, negara Jerman masih
 
Bahasa dan Pembinaan Tamadun Bangsa853
mundur. Pemimpin-pemimpin Jerman hairan kenapa ini boleh berlaku. Padahal ilmuwan Jerman ramai. Orang-orang Jerman rajin bekerja. Di samping itupula, negara Jerman mempunyai lebih banyak sumber alam berbanding dengannegara-negara lain. Malah, Jerman menggunakan bahasa Perancis dan Latinsebagai bahasa pengantar sekolah dan universiti. Bahasa Perancis dan Latinadalah bahasa ilmu ketika itu. Bahasa Perancis juga menjadi bahasaperdagangan dan komunikasi antarabangsa. Oleh sebab itu apakah yang tidak kena pada negara Jerman.
PERJUANGAN LEIBNIZ
Gottfried Wilhelm Leibniz (1646-1716), seorang sarjana matematik dan falsafahJerman mencuba mencari jawapannya. Bahkan dia sendiri terdidik dalambahasa Latin dan Perancis. Tetapi, dia sendiri tidak berupaya memandaikanbangsanya yang berbahasa Jerman. Leibniz menyedari bahawa ini timbuldaripada amalan Jerman menggunakan bahasa Perancis dan Latin mengajarkanilmu pengetahuan di sekolah dan universiti, dan bahasa Perancis dalamkomunikasi perdagangan dan di kalangan atasan. Bahasa Jerman dianggaprendah dan tidak mampu mengungkapkan ilmu dan tidak layak digunakansebagai bahasa perdagangan. Ini menyebabkan wujud situasi di managolongan atasan dan intelektual berbahasa Perancis dan Latin, manakalarakyatnya berbahasa Jerman.Leibniz menyedari bahawa bahasa Perancis dan Latin yang digunakanmenjadi tembok pemisah antara dua golongan rakyat Jerman. Golongan atasandan intelektual menggunakan bahasa Perancis dan Latin, dan ilmupengetahuan dalam segala bidang ditulis dan disebarkan melalui bahasaPerancis dan Latin saja. Rakyat biasa yang hanya memahami bahasa Jermantidak memahaminya. Antara ilmu dan rakyat wujud tembok bahasa. Leibniz juga menyedari bahawa, apabila bahasa sendiri diketepikan dan bahasa asingdidewakan, rakyat akan kehilangan kepercayaan kepada diri sendiri danpemikirannya pun terjejas. Dan bangsa yang tidak percaya kepada diri sendiritidak akan maju. Leibniz mengatakan bangsa Jerman hilang kepercayaankepada bahasa Jerman. Mereka sibuk mengatakan hanya bahasa Perancisitulah yang mengandungi ilmu, bahasa antarabangsa, bahasa yang bolehmembawa kemajuan. Akibatnya mereka mengabaikan bahasanya sendiri. Dalampada itupun, Leibniz melihat bahawa orang Perancis sendiri tidak menerimamereka sebagai nukleus kepada masyarakat Perancis itu.
TENTANGAN GOLONGAN ATSAN JERMAN
Tetapi, golongan atasan dan golongan intelek Jerman menganggap bahawabahasa Jerman itu adalah bahasa kampung. Pada mereka bahasa Perancisadalah segala-galanya. Bahasa Perancis itu bahasa dunia, bahasa intelektual,bahasa diplomat, bahasa perniagaan, bahasa kesusasteraan dan kebudayaan,

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->