You are on page 1of 6

FAKTOR-FAKTOR KEBANGKITAN NASIONALISME TANAH

MELAYU

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Tanah


Melayu iaitu faktor luaran dan faktor dalaman.

FAKTOR LUARAN

Faktor luaran yang mempengaruhi kebangkitan nasionalisme tersebut


antaranya ialah Gerakan Pemulihan Islam di Mesir yang bermula pada abad ke-19.
Gerakan ini dipelopori oleh golongan pemulihan atau reformis di Timur Tengah
khususnya di Mesir iaitu Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin Al-Afghani
yang memperjuangkan konsep Pan-Islamisme (pemulihan Islam) dan disebarkan
melalui Majalah Al- Manar di Kaherah (Cairo), Mesir. Antara matlamat gerakan ini
ialah berusaha menyatukan seluruh umat Islam bagi menentang kuasa barat,
membebaskan umat Islam daripada pemikiran kolot dan ortodoks yang dianggap
menjaid punca kemunduran umat Islam, memulihkan kesucian agama Islam yang
tercemar akibat pengaruh barat dan menyeru umat Islam kembali kepada ajaran
agama islam yang suci, menghapuskan persaingan ekonomi yang wujud dengan
kaum-kaum lain melalui galakan penyertaan bidang ekonomi kepada umat Islam,
dan juga memperjuangkan emansipasi kaum wanita untuk mendapat pendidikan
yang sewajarnya dan membolehkan mereka menceburi bidang lain seperti lelaki.

Melalui galakan pemerintah Inggeris di Tanah Melayu, ramai pelajar Islam


telah melanjutkan pelajaran ke luar negara khususnya di Timur Tengah iaitu Mesir.
Di sana, mereka telah didedahkan dengan idea Pan-Islamisme dan seterusnya telah
mengasaskan Gerakan Islah-Islamiah untuk memperjuangkan kepentingan agama
Islam dan bangsa Melayu. Hal ini seterusnya menandakan bermulanya kebangkitan
nasionalisme di Tanah Melayu dan tokoh-tokoh yang terlibat ialah Syed Sheikh
Ahmad al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Haji Abas bin Mohammad Taha, Sheikh
Mohammad Salim al-Kalali, Mohammad Yunus bin Abdul Hamid.
Seterusnya, pengaruh gerakan Turki Muda turut menjadi pendorong kepada
kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana sultan Turki
dianggap sebagai ‘khalifah’ iaitu pemimpin umat Islam di dunia. Ulama terkenal,
Sheikh Haji Wan Ahmad bin Haji Wan Muhammad Zain telah mengasaskan Gerakan
Pan-Islamisme di Tanah Melayu. Di samping itu, kemunculan Gerakan Turki Muda di
bawah pimpinan Mustapha Kamal Attarturk juga mempengaruhi kebangkitan
nasionalisme di Tanah Melayu. Matlamat utama gerakan ini ialah menamatkan
sistem khalifah di Turki, menanamkan sentimen nasionalisme dalam kalangan orang
Turki, memodenkan negara Turki dan memberi peluang yang lebih luas dalam
bidang ekonomi kepada rakyat. Gerakan ini telah berjaya menggulingkan sistem
khalifah. Meskipun perjuangan ini dikecam oleh umat Islam seluruh dunia, namun,
sesungguhnya kejayaan ini telah berjaya memberi ilham kepada masyarakat Tanah
Melayu untuk menuntut kemajuan dan keadilan sosio-ekonomi di samping berusaha
mendapatkan kebebasan ekonomi daripada penjajah Inggeris.

Perang Rusia-Jepun juga telah menginspirasikan kebangkitan nasionalisme di


Tanah Melayu. Kemenangan Jepun keatas Rusia yang merupakan negara barat
telah membuka mata masyarakat Asia bahawa orang-orang timur bukanlah lemah
dan orang-orang barat bukanlah sangat berkuasa. Perang China-Jepun yang turut
dimenangi oleh Jepun juga semakin menyemarakkan semangat nasionalisme di
Tanah Melayu. Usaha Jepun yang bersungguh-sungguh serta bukti kejayaan yang
dicapai oleh negara itu mempengaruhi pemikiran golongan reformis untuk
memperjuangkan kemajuan sosio-ekonomi orang-orang Melayu. Perjuangan
seterusnya diteruskan oleh golongan radikal Melayu yang memperjuangkan
kebebasan dan kemerdekaan Tanah Melayu.

Kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu turut didorong oleh


perkembangan nasionalisme di negara jiran iaitu Indonesia. Hal ini demikian kerana
Malaysia dan Indonesia mempunyai persamaan yang rapat dari segi budaya, agama,
bahasa, dan keturunan darah. Kedua-dua negara ini telah memperjuangkan
nasionalisme mengikut ajaran agama yang sebenar. Buktinya, kemunculan Syarikat
Dagang Islam (Sarekat Islam) pada tahun 1912 di Indonesia dibawah pimpinan Haji
Omar Said Tjokroaminoto telah mempengaruhi nasionalis sederhana di Tanah
Melayu seperti Syed Sheikh Ahmad al-Hadi dan Sheikh Tahir Jalaluddin. Mereka
yang dikenali sebagai Kaum Muda telah melancarkan gerakan Islah-Islamiah bagi
memperjuangkan kemajuan sosio-ekonomi orang-orang Melayu. Kemudian
perjuangan radikal Parti Nasionalis Indonesia oleh Sukarno pada tahun 1927 telah
mempengaruhi nasionalis radikal berjuang untuk menuntut kemerdekaan Tanah
Melayu daripada penjajah Inggeris.

FAKTOR DALAMAN

Faktor dalaman yang mempengaruhi kebangkitan nasionalisme terbahagi


kepada empat iaitu faktor agama, faktor bahasa dan kesusteraan, kewartawanan,
dan sistem pendidikan dan kebangkitan golongan intelektual.

Dalam faktor agama, isu agama Islam di Tanah Melayu telah digunakan
sebagai alat kemajuan yang bertanggungjawab menyedarkan masyarakat Islam
tentang punca kemunduran orang-orang Melayu. Sebagai contoh, gerakan reformis
Islam seperti yang diperjuangkan oleh Syed Sheikh Ahmad al-Hadi telah menjadikan
agama Islam sebagai asas perjuangan dalam gerakan Islah-Islamiah dengan
penegasan tentang punca kemunduran umat Islam disebabkan gagal mengikuti
ajaran agama Islam yang sebenar. Oleh itu, gesaan untuk memahami hakikat ajaran
agama Islam yang sebenar telah memberi peransang kepada penduduk di Tanah
Melayu untuk menerima perubahan.

Selain itu, isu agama juga telah dijadikan isu untuk menyemarakkan lagi
semangat ‘jihad’ di kalangan orang Islam bagi mempertahankan agama daripada
ancaman barat. Kehadiran orang Inggeris ke Tanah Melayu dengan
memperkenalkan peraturan yang dianggap asing sememangnya tidak dapat diterima
oleh orang Islam. Pemerintah Inggeris dianggap kafir dan undang-undang yang
diperkenalkan dikatakan tidak boleh diikuti oleh orang Islam. Haji Abdul Rahman bin
Abdul Hamid ( Haji Rahman Limbong ) mengecam peraturan tanah yang dikenakan
pihak Inggeris kerana menurutnya, tanah adalah milik Tuhan dan pihak Inggeris tidak
boleh mengenakan peraturan sesuka hati. Justeru penentangan terhadap Inggeris
dianggap wajib dalam kalangan umat Islam dan mereka yang terkorban akan mati
‘syahid’ dan diberi jaminan masuk syurga.
Di samping itu, agama Islam merupakan lambang penyatuan dan perpaduan
rakyat bagi memperoleh kekuatan menentang Inggeris.

Seterusnya, kebangkitan nasionalisme turut berpunca daripada peranan


bahasa dan kesusasteraanyang digunakan oleh golongan nasionalis di Tanah
Melayu sebagai medan utama penyebaran idea nasionalisme.

Contohnya, melalui novel ‘ Dari Perangkap ke Penjara’ dan juga cerpen


‘Rumah Besar Tiang Seribu’ karya Ishak Haji Muhammad, penulis telah berjaya
menyedarkan umat Islam tentang kemunduran masyarakat Melayu dalam pelbagai
bidang ekonomi kerana menumpukan perhatian kepada bidang keagamaan sahaja.
Manakala dalam novel ‘Hikayat Faridah Hanum’ karya Syed Sheikh Ahmad al-Hadi
serta novel ‘ Iakah Salmah’ karya Ahmad Rashid Talu, emansipasi wanita dibela
agar mampu mendapat pendidikan dan peluang yang sama seperti kaum lelaki.
Cerpen Shamsuddin Salleh iaitu ‘ Cermin Pergaulan Hidup Di Dunia’ mencetuskan
kesedaran kebangsaan tentang kedaulatan negara yang telah dirampas oleh
penjajah Inggeris malahan Raja-raja Melayu kehilangan kuasa memerintah. Atas
alasan ini, pengembalian maruah bangsa harus dipertahankan agar kedaulatan
negara dapat dipelihara.

Puisi juga telah memainkan peranan penting untuk menyampaikan semangat


kebangsaan Melayu seperti yang telah dihasilkan oleh Harun Aminurrashid menerusi
karyanya iaitu ‘ Oh Bangsaku’, ‘Perwira Melayu’, ‘Semenanjung Tenaga Kaum Ku’,
‘Seloka Harapan’, ‘Rayuan Bangsaku’, ‘Mesti Ingat’ dan ‘Mempertahankan Hak Kita’.
Melalui ‘Seloka Harapan’, penulis cuba menyedarkan orang Melayu supaya tidak
terus mendiamkan diri tetapi bertindak bagi menghapuskan segala kekurangan diri
dan bersaing dengan bangsa lain. Semuanya digambarkan seperti yang berikut :

‘Tidakkah sedar kaumku sekarang,


Tanahmu gelap menjadi terang,
Banyak manusia datang bersarang,
Melainkan kita sahaja yang kurang.
Bukankah sekarang kaumku Melayu,
Orang memandang kamu nan layu,
Tidakkah mesti insaf dan sayu,
Kita umpama tunggul kayu.’
Bidang kewartawanan juga turut menyumbang dalam membangkitkan
kesedaran nasionalisme. Pada tahun 1906, sebuah akhbar Melayu pertama
diterbitkan di Singapura dikenali sebagai al-Iman oleh golongan berpendidikan Arab
yang dipengaruhi oleh gerakan Pan-Islamisme di timur tengah. Tokoh-tokoh yang
terlibat dengan penerbitan al-Iman ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Haji Abas bin
Haji Mohd. Taha, Sheikh Muhammad Salimal-Kalali dan Sheikh Tahir Jalaluddin.
Penerbitan akhbar ibi adalah untuk menyuarakan ketidakpuasan hati golongan
reformis terhadap bangsa Melayu yang jauh ketinggalan daripada bangsa-bangsa
yang lain.

Perjuangan yang disuarakan oleh akhbar al-Iman diteruskan oleh penerbitan


akhbar dan majalah lain seperti Al-Ikhwan (1926), Neracha (1910), Tunas Melayu
(1913), dan Al-Islah (1914) yang membincangkan isu kemunduran sosio-ekonomi.
Manakala akhbar Saudara, Warta Malaya, Majlis dan Idaran Zaman membincangkan
isu politik orang Melayu. Akhbar Idaran Zaman dan Warta Malaya menyokong
penuh penubuhan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) pada tahun 1926 dan
menyeru orang Melayu menubuhkan parti politik di Tanah Melayu bagi melindungi
kepentingan politik dan hak orang Melayu. Saudara pula mendesak umat Islam agar
turut mempertahankan tanah air daripada penguasaan dan penindasan penjajah
Inggeris. Manakala akhbar Majlis pula berperanan penting untuk membangkitkan
kesedaran dan mendesak orang Melayu agar bergiat cergas dalam pergerakan
politik.

Sistem pendidikan Tanah Melayu iaitu pendidikan agama Islam yang


menggalakkan masyarakat Melayu mendapat taraf pendidikan yang lebih tinggi telah
melahirkan golongan intelektual berpendidikan luar negara terutamanya dari Timur
Tengah. Mereka telah terdedah kepada gerakan reformis yang diperjuangkan oleh
Sheikh Muhammad Abduh dan rakan-rakannya. Apabila mereka kembali ke tanah
air, mereka telah memulakan gerakan pemulihan terhadap ajaran agama Islam.

Sementara itu, perkembangan sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu


telah melahirkan golongan intelektual Melayu yang berpendidikan Inggeris.
Sebahagian besar daripada mereka mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala
Kangsar dan di Raffles Institution di Singapura. Antara golongan intelektual tersebut
ialah Raja Chulan dan Mohd Eunos Abdullah. Mereka telah memperjuangkan hak-
hak keistimewaan dan keutamaan orang Melayu daripada penjajah Inggeris. Sistem
pendidikan Melayu juga turut berkembang di Tanah Melayu hasil daripada
penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922. MPSI telah
menjadi pusat pertemuan golongan elit dari serata tanah air. Antara tokoh yang
menyemarakkan gerakan kesedaran dari MPSI ialah Abdul Hadi Haji Hassan dan
Buyong Adil iaitu pensyarah MPSI manakala Ibrahim Yaakob dan Hassan Manan
merupakan antara penuntut yang meneruskan usaha kesedaran ini.

Seterusnya, Ibrahim Haji Yaakob telah mengasaskan penubuhan Kesatuan


Melayu Malaya (KMM) di Kuala Lumpur pada tahun 1938.KMM merupakan parti
politik radikal yang mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan pemerintah
Inggeris. Parti ini dengan beraninya telah mengutuk pemerintahan Inggeris dan
mendesak agar diberikan pemerintahan sendiri, dalam erti kata lain, mereka
berusaha menggulingkan kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. Perjuangan ini lebih
mirip kepada perjuangan Sukarno dalam parti Nasional Indonesia dan parti Komunis
Indonesia di bawah pimpinan Tan Malaka.

You might also like