You are on page 1of 13

Incubator Ayam Kampung

SALAH SATU MASALAH,MENGAPA ANDA PERLU ADA INKUBATOR


Masalah yang sering kita hadapi ialah, apabila ayam bertelur di suatu tempat,ibu ayam suka
berkongsi sarang
ini salah satu contoh gambar ayam kawan saya yang tidak mempunyai inkubator:-

lagi satu masalah ialah pemangsa yang kerap menganggu serta merosak telur ayam..bila ia
berjaya makan.pemangsa ini akan beulang-alik selagi tidak habis telur berkenaan:-
ini baru 2 masalah yang kita hadapi ada pelbagai lagi yang menyebabkan ternakan lambat
membiak antaranya ialah ular,air hujan juga menyebabkan telur rosak kerana keasidan yang
tinggi,panas yang melampau dan sejuk yang melampau.telur terlebih banyak contohnya sampai
15 biji satu sarang akan menyebabkan tidak semua berada di bawah perut ibu ayam.

TERBARU DI PASARAN
alat ini adalah terbitan terbaru dari saya.jika anda berminat sila order sekarang.tempahan masih
dibuka.HARGA RM 400.Termostat buatan italy.tempahan tanpa deposit.siap baru bayar.

1
InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&AgrotourismSekadar Rujukan dan
Ilmu.Sumber/Dipetik:http://akubudaktol.blogspot.com/
SALAM HORMAT.SELAMAT MAJU JAYA
KebunWarisanhttp://jutawanklik.com/?a_aid=kebunklik
Posted by Anak Cameron at 6/26/2010 09:46:00 PM 0 comments
Labels: Ayam Kampung, Iklan, Incubator
Reactions: 

Tuesday, March 16, 2010


Kelas Menternak Ayam Kampung Cara Citypull-teknologi terkini

www.citypullagro.blogspot.com

Thursday, October 8, 2009


Kelas Menternak Ayam Kampung Cara Citypull-teknologi terkini

Pihak Citypull telah bersetuju untuk mengadakan kelas menternak ayam kampung cara Citypull
yang menggunakan teknologi terkini. Kelas ini mungkin adalah kelas pertama diadakan
diMalaysia berikutan jenis ayam yang diternak adalah dari jenis ayam kampung
biasa/melayu/malaikai/ori. Nama-nama diatas adalah panggilan kepada ayam jenis ini berikutan
sekarang ini terdapat pelbagai variasi ayam kampung yang telah dikacuk untuk tujuan
penambahbaikan.

Seperti yang anda tahu, ayam jenis ini diternak oleh penduduk luar bandar secara kecil2an
dimana jumlah ayam yang diternak tidak melebihi 100 ekor. Ayam ini biasanya diternak secara
tradisional dan biasanya tidak mempunyai rujukan khas bagaimana penternak kampung ini
melakukan tugasan mereka. Oleh kerana cara menternaknya yang terlalu tradisional, pendapatan
dari penternakan ini adalah sangat tidak memuaskan. Reban yang dibina juga tidak sempurna
sehingga wujud pepetah seperti "reban ayam" yang membawa maksud kawasan yang tidak
tersusun atau sangat buruk dan tidak sesuai didiami manusia.

Pihak kami telah memulakan penternakan ayam jenis ini sejak setahun dahuku kerana
berpendapat ayam kampung ini mudah untuk diternak. Jika tidak kenapa orang kampung begitu
mudah membiakkan dan membesarkan ayam ini sehingga matang. Kami pun memulakan
pembinaan reban dan menternak 200 ekor ayam. Rupa2nya tiada panduan langsung mengenai
ternakna ayam kampung jenis ini di mana2 temoat rujukan. Rujukan terdekat adalah penternakan
ayam kacuk yang yg diternak diladang. Terlalu banyak perbezaan antara penternakan ayam
kacuk dan ori. Setelah yakin dengan pengalaman dan pengetahuan, kami menemui cara kami
sendiri untuk menternak ayam kampung ori ini dan rekaan atau cara ini adalah hak eksklusif
pihak kami sendiri. Butiran tentang kelas kami adalah seperti dibawah:

Program: Kelas Menternak Ayam Kampung Asli Cara Citypullagro

2
Tarikh : Ahad pertama setiap awal bulan Baru

Lokasi : Bilik Mesyuarat Ladang Citypullagro


Masa : dari 8.30 sehingga 5 petang

Anjuran : Citypullagro Enterprise


Hari : Ahad

Jumlah peserta : Maksimum 20 orang


Sasaran peserta: penternak baru atau tradisional,pesara, pekerja sepenuh masa yang mahu
menternak secara partime,penganggur,penduduk kampung yang mahu pendapatan sampingan
Anda akan bawa pulang:nota ternakan

Yuran : RM 100 Sahaja

Deposit : tidak diperlukan, bayaran dilakukan semasa pendaftaran kelas

hubungi atau SMS butiran anda untuk pendaftaran.

Tentatif:

8.30-9.00 -Pendaftaran & Minum Pagi


9.00-9.30 - lawatan singkat keLadang Citypull
9.30-12.30 -kelas (pengenalan,pelaksanan)
12.30-2.00 -rehat
2.00-3.45 -sambungan kelas
3.45-4.30 -lawatan reban Citypull(2),contoh reban citypull dan amali
4.30-5.00 -minum petang, penyerahan sijil, penyampaian cenderahati dan bersurai.

-pihak citypull berhak untuk meminda tarikh dengan persetujuan semua peserta.
-mudul yang diberikan adalah tertakluk kepada hak cipta Citypull dan tak boleh diterbitkan
semula
-peserta dinasihatkan hadir awal ke lokasi bagi mengelakkan tercicir silibus kelas.
-peserta juga digalakkan memakai pakaian yang bersesuaian untuk memasuki ladang

Sebarang maklumat atau pertanyaan anda bolehlah menghubungi terus 012-3332273(saiful)

Untuk mendaftar menyertai kelas, anda perlu menghantar Email kepada


kembara9595@gmail.com maklumat berikut:

1. nama penuh serta alamat tempat tinggal


2. No telepon
3. bilangan peserta

*anda juga boleh memohon untuk mengadakan kelas pada hari biasa yang ditentukan anda
dengan syarat jumlah minimum peserta adalah 4 orang. Pilih tarikh yang sesuai dengan anda dan

3
call kami.

Posted by jaringan penternak ayam kampung.. at 12:03 PM

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism


Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://citypullshop.blogspot.com/2009/10/kelas-menternak-ayam-kampung-
cara.html
Posted by Anak Cameron at 3/16/2010 04:04:00 PM 0 comments
Labels: Ayam, Ayam Kampung, Kursus, Panduan Penternakan
Reactions: 

Saturday, March 13, 2010


Penjagaan Anak Ayam Kampung

ARTIKEL/JOURNAL YG SANGAT MENARIK OLEH WAA RAMLI


LAWATILAH BLOG BELIAU:http://www.ternakanayamkampung.blogspot.com/
Jualan Ayam Kampung @ Ayam Belanda juga ada dijual.

Saturday, February 27, 2010


Penjagaan Anak Ayam Kampung

Alhamdullilah sekarang ni agak sibuk juga dengan jualan anak ayam kampung yang semakin
meningkat.Walaupun didalam kesibukan itu,sempat juga aku memberikan beberapa tip untuk
mereka yang membeli dari aku.Bukan aku nak tunjuk pandai cuma berkongsi ilmu dengan
mereka.Tambahan pula aku nak mereka berjaya menternak sehingga dapat pulangan yang
berbaloi.Kadang kadang aku follow up semula selepas 2 minggu pembelian untuk melihat sejauh
mana perkembangan ternakan mereka.Didalam skop ternakan ini terdapat 2 perkara yang
memainkan peranan penting.
1.Daya hidup benih ayam kampung yang dibeli
2.Kosa makana ayam kampung.

Dua perkara yang aku sebut diatas ini teramat penting untuk menjaminkan untung rugi
perniagaan ternakan ini.Sekiranya kita hendakkan magin yang tinggi maka kena ambil berat dua
perkara tersebut.Disini aku berikan contoh yang mudah sekiranya perhatian tidak diberikan pada
perkara tersebut.

1.Sekiranya tahap kematian anak ayam diparas tinggi ..andaikan 20% tahap kematian daripada
500 ekor bermakna kita telah kerugian sebanyak rm250.sekiranya perhatian diberikan mungkin
kita dapat mengurangkan kadar kematian daripada 20% kepada 5%.lihat contoh dibawah

Kematian Senario 1

4
500 x 20% = 100 ekor
100 x rm2.50 = rm250

Senario 2 sekiranya kadar kematian 5%


500 ekor x 5%=25 ekor
25 ekor x rm2.50=rm62.50

Dari Senario diatas tahap kerugian adalah amat ketara tetapi sekiranya diberikan perhatian,kita
dapat mengurangkan sebanyak kerugian sebanyak rm187.50.Ini kita lihat dari segi kerugian
kos.Bagimana pulak dari segi kerugian Jualan.(ini yang Lebih penting)
Sekiranya Senario 1 dapat dikurangkan seperti senario 2 maka kita mempunyai lebihan ayam
dewasa sebanyak 75 ekor.Lihat Senario dibawah:

Senario 1 Jualan

Ayam dewasa yang hidup 400 ekor


Harga jualan Sekilo (andaian) RM 10 sekilo
Berat purata ayam 1.4 kg
Jumlah berat ayam keseluruhan 560kg
Jualan 560 x rm10 = rm5600

Senario 2 Jualan
Ayam Dewasa yang Hidup 475 ekor
Harga Jualan Sekilo RM 10
Berat Purata 1.4kg
Jumlah berat keseluruhan 665 kg
Jualan 665 kg x rm10 = RM 6650

senario 1 - senario 2
RM 5600 - RM 6650 = RM1050

Dari contoh diatas kita dapat lihat sekiranya perhatian tidak diberikan kepada anak2 ayam
tersebut kerugian jualan yang ditanggung oleh penternak sebanyak RM1050 semusim..ini
sekiranya 20% ..BAGAIMANA SEKIRANYA KADAR KEMATIAN MELEBIHI
20%.APAKAH PERHATIAN YANG PERLU KITA MENGAMBIL BERAT UNTUK
MENGURANGKAN KADAR KEMATIAN DAN MENINGKATKAN MAGIAN
PERNIAGAAN INI.

1.Persediaan sebelum ketibaan anak ayam kampung.


Persediaan yang rapi perlu dititik beratkan.Di peringkat persediaan ini juga amat penting untuk
memastikan kadar kematian yang rendah.Persediaan yang perlu dilakukan adalah seperti beri
ikut.
i)Perkara yang penting dan harus diberikan keutaman sebelum ketibaan anak ayam kampung
adalah reban anak ayam asuhan atau brooder.Size reban ayam ini atau brooder harus le mengikut
quntity anak ayam yang bakal dimuatkan.Kebanyakan ilmu yang terdapat didalam intenet ini

5
tidak diberitau size untuk anak ayam ini.Sekiranya untuk Induk atau ayam dewasa adalah 1 kaki
persegi untuk setiap seekor,tetapi untuk anak ayam tidak diketaui.Ini adlah dari pengalaman saya
sendiri dimana untuk 500 ekor anak ayam,keluasan brooder yang aku buat adalah
12x3.Keluasaan ini cukup untuk memuatkan 500 ekor anak ayam.didalam reban itu pulak saya
bahagikan kepada 5 bahagian dimana setiap 1 bahagian untuk 100 ekor anak ayam sahaja.Ini
bagi mengelakan berlaku anak ayam mati disebabkan tertindih antara satu sama lain.
ii)Selain dari size reban haba juga menjadi salah 1 faktor yang perlu diambilberat,Sumber haba
yang kebiasaan dibekalkan untuk memanaskan anak ayam ialah lampu mentol.Anak ayam yang
masih baru memerlukan haba untuk memanaskan badan mereka.Anak anak ayam ini mempunyai
bulu2 yang halus,ia tidak dapat membantu anak ayam untutk memanaskan badan mereka ketika
malam atau pun dimusim hujan.Jadi lampu yang dipasang dapat membantu memberikan
kepanasan kepada anak2 ayam ini.Tetapi sekiranya watt mentol yang digunakan terlalu besar
boleh menyebabkan anak ayam ini mati kepanasan.Ditahap minggu pertama hingga ke sebulan
lampu hendaklah dipasang 24 jam.Ini bagi menjaminkan anak2 ayam ini mendapat kepanasan
yang secukupnya.ntuk keluasan 12x3 saya gunakan cuma mentol 5 watt.jarak diantara 1 lampu
ke 1 lampu adalah didalam 2 kaki.6 mentol digunakan untuk memberikan kepanasan kepada
anak2 ayam.Sekiranaya dimusim hujan watt lampu ini hendaklah ditukar ke 15 watt.Diwaktu
hujan angin agak sejuk sedikit.Jadi anak2 ayam ini memerlukan haba yang
secukupnya.Sekiranya masih kekal kepada 5 watt,ia tidak dpt memberikan suhu yang
diperlukan.Jadi pastikan haba yang secukupnye diberikan pada anak2 ayam anda.
iii)Bekas makan ayam janganlah dipandang sebagai remeh.Ini boleh meyebabkan anak ayam
anda bantut pembesaranya.Seandainya anda memberikan bekas makanan yang tidak cukup besar
dengan quntity anak ayam 500 ekor,bagaimana dapat anda pastikan kesemua anak ayam itu
dapat makanan dan minuman.DIdalam reban anak/brooder saya gunakan 5 bekas air yang besar
bagi memastikan kesemua anak ayam boleh mendapat minuman yang secukupnya dan saya
gunakan tray atau dulang segi empat tepat untuk makanan ayam.Makan anak ayam yang saya
berikan adalah 201c Gold Coin.Brand ini agak mahal,tapi ia amat bagus dan berquality untuk
pembesaran anak2 ayam ini.
iv)Reban ayam/brooder yang telah siap dibina hendaklah dibasuh dahulu supaya hilang bau
kayu.Sebaiknya spray dengan EM.Ia bagi mengelakkan bacteria yang terdapat didalam reban
ayam tersebut hilang dan tidak berbau.
Diatas adalah sedikit tip yang saya berkongsi dengan anda semua untuk persediaan anak ayam
sebelum sampai.Jagan tunggu anak ayam sampai dulu baru nak buat reban dan sebagainya.Ini
boleh menyebabkan anda kerugian besar.Dibawah ini akan saya kongsi bersama2 perkara yang
penting apabila ketibaan anak2 ayam ini....Sambung nak gi Ulu langat tengok tanah..nak sewa
disana...untuk projek diKuala lumpur.Sapa2 yg ada tanah untuk disewa sekitar Selangor boleh
hello saya..tq

Seperti yang saya janjikan.Tengahari tadi.Disini saya berkongsi dengan anda persediaan yang
perlu ketika ketibaan anak ayam kampung.
1)Apabila anak ayam kampung anda telah sampai hendaklah disegerakan masuk kedalam reban
anak ayam/brooder.Bekas minum hendaklah disiapkan.Pastikan air tersebut di campur dengan
ubat anti stress.Ubat anti stress itu bertujuan untuk mengurangkan stress kerana perjalanan yang
jauh dan memenatkan.Dan juga pasti makan anak ayam telah disiapkan.Apa yang saya amalkan
adalah,Anak ayam ini diberikan makan sehari 2 kali.Ia itu sebelah pagi dan petang.Ini bagi
memastikan anak ayam mendapat makanan yang secukupnya.Sekiranya anak ayam anda

6
mempunyai luka dibadan atau kekurangan bulu,ini bermakna anka ayam anda tidak cukup
makanan. Makan yang terbaik ketika anak adalah Gold Coin 201M dan apabila umur meningkat
1 minggu berikan 201C.
2)Reban ayam / brooder pastikan tiada lubang yang boleh menyebabkan angin sejuk
masuk.Angin sejuk boleh mengurangkan haba didalam reban tersebut dan juga akan
menyebabkan kematian.Ketika dimusim hujan pastikan tiada kebocoran yang boleh air hujan
masuk kedalam reban anda.Cabaran yang saya hadapi pada mula2 menternak,waktu tu kiranya
hujan lebat juga entah masa bila agaknya bumbung brooder saya tu ada kebocoran.Dengan rasa
sedihnya esokkan hari mati anak ayam 260 ekor.Kerugian mencecah hampir RM650.00,pada
masa tu anak ayam saya beli dengan harga rm2.50.Pesanan saya pada rakan ternak.Pastikan
reban anak ayam /brooder anda tidak bocor.
3)Ketika anak ayam berumur bawah 1 bulan lampu hendaklah dipasang 24 jam sehari.Seperti
yang saya nytakan di peringkat persediakan sebelum tiba anak ayam.Disaat umur bawah 2
minggu ini adalah waktu yang paling critical.Ketika ini macam macam cabaran yanag akan
datang sekiranya kita tidak menjaga anak ayam ini dengan teliti,Kekurangan Haba akan
menyebabkan anak ayam ini berkumpul diantara satu sama lain.Sebaiknya ambil suhu brooder
setiap masa.Amalkan themormeter sentiasa ada didalam brooder kalu gunakan yang digital lagi
baik.Suhu yang terbaik untuk brooder adalah sekitar 37c ketika umur bawah 1 minggu dan
menurun 1 c setiap minggu.Anak ayam ini akan kurang stress dan akan lebih sihat.Anak ayam
yang sihat akan memberikan berat dan tumbesar yang stabil.
4)Reban anak ayam/brooder hendaklah sentiasa dibersihkan.Ini bagi mengelakkan anak ayam
dari pada terkena penyakit.Tahi ayam mempunyai gas Ammonia yang boleh menyebabkan
kematian.Menggunakan EM boleh mengurangkan bau busuk dan mengelakkan lalat.Selain dari
itu EM juga boleh meningkatkan FCR anda.Pengeluaran juga akan bertambah dengan kadar
kematian yang kurang.
Semoga semua penternak atau bakal penternak yang membaca blog saya ini mendapat serba
sedikit ilmu dari Blog ini.Saya doakan anda berjaya didalam ternakan ini.Dan juga jangan lah
kita lupa memohon doa dari Allah swt untuk melindugi ternakan kita dari segala bencana dan
khianat.
PERTANIAH ADALAH PERNIAGAAN.MENLANGKAH KEARAH MEMBEKAL
MAKANAN HALAL.
at 9:03 PM Posted by Waa Ramli

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism


Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://www.ternakanayamkampung.blogspot.com/
Posted by Anak Cameron at 3/13/2010 01:59:00 AM 0 comments
Labels: Artikel Pertanian, Ayam, Ayam Kampung
Reactions: 

Monday, October 26, 2009


BLOG MENARIK:Usahawan Ternakan Unggas dan Ruminan

SILA LAWATI BLOG http://shawnagrofarm.wordpress.com/ UTK MAKLUMAT


BERGAMBAR.

7
PENUH INFORMASI.

Usahawan Ternakan Unggas dan Ruminan


Batu 13, Jalan Sintok, 06010 Changlun, Jitra, Kedah (0194702839)

Ayam Kampung : Ori vs Kacukan•October 22, 2009 • Leave a Comment

Penternak sering keliru. Mereka beli anak ayam kampung kat kedai-kedai pets, pasar-pasar hari
dan dari pembekal-pembekal dengan harapan bahawa ayam itu akan membesar macam ayam
kampung asli yang biasa dipelihara di kampung-kampung. Bila dah besar depa tengok awat
ayam depa tak macam ayam kampung ori tu.

Sebenarnya sama ada ori atau kacukan, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.
Terpulang kepada motif kita menternak: untuk jual daging atau jual telur atau kedua-duanya.

ayam kampung ori

ayam kampung kacukan

Saya memetik artikel dari ANGSADARIA yang menyatakan:

Terdapat lebih sepuluh pengeluar ayam kampung kacuk yang aktif mengeluarkan anak-anak
ayam berkualiti di semenanjung ketika ini. Ayam kampong kacuk merupakan yang paling
banyak diternak kerana kadar tumbesarannya amat cepat iaitu 75 hari hingga 90 hari berbanding
ayam kampong asli 6 hingga 7 bulan!
Ayam kampong kacuk dihasilkan daripada pembiakan yang terancang. Rupa dan bentuk
badannya juga mirip ayam kampong asli. Prestasi pertumbuhannya amat cepat dan dianggap
lebih baik berbanding ayam kampong asli yang terdapat di kampong-kampong.

Ciri-ciri menarik yang terdapat pada ayam kampong kacuk ialah warna kulit dan warna kakinya
kuning. Rata-rata ayam kampong kacuk mempunyai balong tunggal dan tidak pandai bergaduh,
melompat dan terbang melebihi lima kaki tinggi.

Kepada bakal penternak atau para penternak yang mencari ciri-ciri terbaik seekor ayam, ingat
pesanan ini; jangan sekali-kali membeli anak ayam yang paruh siap dipotong (paruh atas lebih
pendek). Jangan beli anak-anak ayam yang dijual di pasar-pasar.

Ingat juga pesanan kedua ini; kualiti anak ayam bukan di tentukan oleh nombor kod seperti
SASSO 154 atau KH B1 atau lain-lain yang berbentuk nombor tetapi kualitinya anda yang
menentukan setelah anda menternak hingga boleh dijual, analisis perkara berikut ini;

* Kadar kematiannya kurang 5%

8
* Kaki dan kulit warna kuning
* Paruh tidak dipotong
* Tumbesarannya sekata
* Dagingnya pejal dan rasanya sedap.
Kalau nak ternak untuk jual daging, baik pilih yang kacukan sebab lebih berat ( 2 – 3 bulan :
>1.5 kg ), kalau bela yang ori kena tunggu 6-7 bulan, itu pun lebih ringan kecuali kalau guna
baka sabung atau baka komersial seperti KH B1 (Super Kedah). Ada penternak yang saya jumpa
boleh menjual telur ayam dari ayam kacukan dengan harga sebiji 45 sen. Dia cuma bela kurang
lebih 100 ekor induk dan 10 ekor pejantan. Tiap-tiap hari pengeluaran telur memberangsangkan
dan tauke restoran cina dah siap booking lagi.

Terpulanglah pada kita nak pilih yang mana. kalau saya, dua-dua saya pilih sebab saya nak jual
daging ayam kampung kacukan dan ayam kampung ori saya jual telur dan tetaskan anak. Kalau
bela ayam kampung ori semata-mata nak jual daging saya rasa tak banyak mana yang boleh
kecuali kalau biar dia cari makan sendiri. Tapi, kalau dah beratus-ratus ekor, semua ulat-
ulat,cacing-cacing,rumput-rumput dan lain-lain makanan semulajadi yang ada kat sekitar ladang
pun tak cukup jugak. Nanti mesti depa bising sebab lapar. Terpaksa juga belikan makanan untuk
depa walau sekadar temukut atau cari sisa makanan free kat restoran2 atau kantin2. Ramai
penternak give up sebab kes nak bagi makan ni la…..last-last jual semua ayam dan tak nak bela
dah. Sapa yang rugi?

Sebagai alternatif yang terbaik, jadikan yang kacukan sebagai induk betina dan cari pejantan dari
baka sabung. Mesti hasilnya memuaskan. Ramai yang berjaya dengan cara ni.

yang penting ialah telur...

Posted in Penternakan Ayam Kampung


Tags: asli, kacuk, ori, sam-sam

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism


Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://shawnagrofarm.wordpress.com/
Posted by Anak Cameron at 10/26/2009 01:00:00 PM 0 comments
Labels: Ayam, AYAM BELANDA, Ayam Kampung, Panduan Penternakan
Reactions: 

Saturday, March 22, 2008


PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG SECARA KECILAN

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism


Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik: Sumber Informasi Usahawan Tani

9
PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG SECARA KECILAN

PENDAHULUAN
Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu.
Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam
hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah
generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan
ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari
kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi
kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka
terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk
menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari
saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka
lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih,
Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan
bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG


Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini
negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran
bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
Telur dan daging untuk makanan keluarga
Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG


Boleh dibiakkan sepanjang tahun
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.

SISTEM PERUMAHAN
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat
menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki
persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
gunakan peralatan makan/minum yang murah.

PEMAKANAN AYAM

10
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
Makanan komersil/dagangan
Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
Makanan Campuran atau Sisa Makanan
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain

PENGURUSAN
Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)
Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)
Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
Boleh dilepaskan pada siang hari
Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
Sediakan sarang bertelur
Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

PEMBIAKAN
Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT


Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
Warisan
Pemakanan
Pengurusan
Persekitaran
Jangkitan
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
Reban sentiasa bersih
Anak ayam bebas dari penyakit
Jauh dari ternakan dan haiwan lain
Pelawat perlu dikawal
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit

11
Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang
sihat.
Program Pencegahan penyakit
Umur 1 hari - Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
Umur 6 - 8 minggu - Sampar ” S “
Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
Kurang nafsu makan
Monyok dan tidak aktif
Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
Muka bengkak
Berak cair atau berdarah
Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM


Sampar ayam (ND)
Penyakit Gumboro (IBD)
Puru
Salmonellosis
Pasteurellosis
Lain-lain
Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada
pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.
Posted by Anak Cameron at 3/22/2008 10:00:00 PM 1 comments
Labels: Ayam, Ayam Kampung, Panduan
Reactions: 

Monday, December 24, 2007


Ternakan Ayam Kampung

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism


Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.

Sumber: Tidak diketahui

Ternakan ayam kampung

Mei 18, 2007


Ayam kampung diternak secara komersil dengan kaedah separa lepas. Kejayaan ternakan
bergantung kepada baka yang berkualiti, makanan, pengurusan dan persekitaran yang baik. Baka
ayam kampung bagi ternakan komersil biasanya dari jenis kacukan baka tempatan dengan baka
luar negara seperti australia dan UK, baka2 ini boleh didapati daripada pembekal baka tempatan.
Kaedah eraman telur diguna dalam pembiakbakaan spesies ayam ini bagi kuantiti yang besar.
Kaedah ternakan lebih kurang sama dengan ayam pedaging dimana ayam diternak dalam reban

12
terbuka hanya terdapat sedikit pembezaan itu ayam haruslah dilepas dalam tempoh masa tertentu
di sekitar kawasan reban.

Kebiasaanya ayam dapat dipasarkan dalam jangka masa 2 bulan setengah ke 3 bulan dari tempoh
ternakan. Harga borong ayam kampung lebih tinggi berbanding ayam pedaging biasa kerana
tempoh ternakan yang lebih panjang dan permintaan yang tinggi daripada pasaran tempatan.

13

You might also like