Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
pil kuda333

pil kuda333

Ratings:

4.5

(2)
|Views: 998 |Likes:
Published by anon-785870

More info:

Published by: anon-785870 on Aug 08, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/26/2012

pdf

text

original

 
Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsaBersatu pada Sidang Khas mengenai masalah dadah sedunia, 8-10 Jun1998, terdapat 2,400 kematian berkaitan dengan methamphetaminedi Amerika Syarikat untuk tempoh 1991-1995; di Jepun hampir 90%pelanggaran undang-undang kawalan dadah adalah yang berkaitandengan methamphetamine; di Filipina, methamphetamine adalahdadah yang paling banyak disalahgunakan sejak awal 1950'an; dan diRepublik Korea dan Australia, methamphetamine adalah dadah keduayang paling banyak disalahgunakan selepas ganja.Kadar penyalahgunaan sebenar methamphetamine di Malaysia tidakdiketahui tetapi dipercayai sedang meningkat. Jumlah syabu yangdirampas oleh pihak penguatkuasa didapati meningkat dari 1.81kgpada tahun 1996 kepada 5.41kg pada tahun 1999. Pada tahun iniuntuk tempoh 5 bulan pertama sahaja 14.66kg syabu telah dirampas.
Posted by together at5:16 AM 
PENGERTIAN DADAH
Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalamtubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badanseseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
 1.
Opait
 2.
Perangsang (stimulants)
 3.
Penekanan (Depressants)
 4.
Hallucinogen
 5.
Ganja (Cannabis)
 
OPAIT
Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan iniialah:-
 
 Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja
PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)
Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu.Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman
 
kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan.Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnyasejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengantanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifatdan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan danbanyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.
 
JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI
Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihakberkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashishatau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.
APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikanatas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalahseperti berikut:-
 1.
Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
 2.
Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
 3.
Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikandirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
 4.
Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
 5.
Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
 6.
Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
 7.
Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
 8.
Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
 9.
Kerana keporak perandaan rumahtangga.
 10.
Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
 11.
Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yangtermampu olehnya.
 12.
Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untukmenjalankan pengaruhnya.
 13.
Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.
 
DADAH YANG TERKENAL DI SABAH1. APA DIA SYABU
I.I. Nama panggilan dan nama saintifikSYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulanSUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabusebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satunama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna danpengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yangberbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaranSabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-
 a.
ICE
 
 
 b.
GLASS
 c.
CRACK METH
 d.
HIROPONG
 e.
BATU (STONES)
 
Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri Sabah,maka panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.
1.2 Rupa Syabu Di Pasaran
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya( colourless rock-like transparent granules) yang halus.
1.3. Bungkusan (Packaging)
Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang berukuran 2cm x 2cm danbungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram danianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran'bagi kegunaan penagih syabu.
1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis
Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d
-Methamphetamine" 
yang tersenarai di bawahBahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satubahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimiasepwi berikut :-
C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH32. LATAR BELAKANG
2.1. Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun
'DESIGNER DRUGS' 
yang telah wujudsejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakansyabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperangtanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;2.2. Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalahaskar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukanpihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang merekamementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesannegatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;2.3. Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh olehpembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegaraFilipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untukkegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabudi Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat dinegara tersebut.
3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
En Abe liked this
Su Mayah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->