Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
PENDAHULUAN1.1Sejarah Penggubalan Pelan Integriti Nasional dan Penubuhan InstitutIntegriti Malaysia
Usaha gerakan pemantapan integriti secara holistik di Malaysia telahdimulakan pada tahun 2004 dengan penggubalan Pelan Integriti Nasional (PIN)dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM). Ia adalah bertitik tolak daripada
Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah di Malaysia
yang telah dijalankanpada tahun 2002 oleh sekumpulan lima orang pakar sains sosial dari UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM) dan seorang pakar daripada Universiti UtaraMalaysia (UUM). Kajian ini melibatkan di antara 7000 hingga 8000 respondendaripada pelbagai sektor masyarakat.Dapatan kajian ini telah dibentangkan pada 31 Mac 2003 di dalamMesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan PengurusanKerajaan (JKKMKPK) yang telah dipengerusikan oleh YAB Tun Abdullah HajiAhmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Laporan ini antara lainmemperakukan tentang perlunya sebuah pelan integriti yang bersifat holistik bagimenangani isu integriti masyarakat dan negara. Di samping itu, laporan ini jugatelah memperakukan tentang keperluan penubuhan sebuah institusi khusus bagitujuan mengkoordinasikan pelaksanaan pelan integriti tersebut.Berdasarkan perakuan-perakuan berkenaan, YAB Tun Abdullah HajiAhmad Badawi pada 5 November 2003 telah mengisytiharkan bahawa kerajaanakan menggubal dan melancarkan PIN dan menubuhkan IIM. Selaras denganpengisytiharan tersebut, pelancaran PIN dan penubuhan IIM telah dibuat pada23 April 2004. Selain itu, tanggal 5 November setiap tahun telah disytiharkansebagai Hari Integriti Nasional.
3
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more