Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
14Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
WACANA BM

WACANA BM

Ratings: (0)|Views: 2,049|Likes:
Published by insankamel

More info:

Published by: insankamel on Jan 04, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/14/2012

pdf

text

original

 
 WACANA  
1.0 PENGENALAN Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unittersebut. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapatdirealisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Secaraumumnya wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori besar iaitu melampaui ayat,
 
penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa.Terdapat tujuh ciri dalam wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan,maklumat, keadaan dan interteks. Sebuah wacana yang baik akan memenuhi ciri-ciri wacana yang telah dikemukakan. Selain itu, wacana pula terbahagi kepada dua jenisiaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkanmelalui media lisan iaitu melibatkan hubungan pembicara dan pendengar manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang manamelibatkan hubungan antara penulis dengan pembicara.
 
Setiap wacana mempunyai penanda yang juga dikenali sebagai penanda wacana. Antara fungsi penanda wacana ialah sebagai tambahan, urutan, penyataan semula,untuk menunjukkan sebab, kesan waktu dan tempat serta berfungsi untuk membuat bandingan serta rumusan sesuatu wacana.Penanda wacana amat penting kepada sesuatu wacana kerana tanpa penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Secara umumnya penanda
 
 wacana dalam bahasa melayu terdiri daripada penanda leksikal, penanda rujukan,penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda elipsis atau pengguguran. 2.0 Definisi wacanaPerkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris.Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983 : 522 bererti hubungan fikirandengan kata-kata, ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan atau percakapan.
 
Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan,risalah tulisan, disertasi formal, kuliah, ceramah serta khutbah.Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993 : 1484 bermaksuducapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan.Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa yang mudah dan kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat. Dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu pula telah diperkenalkan beberapa definisi
 
 wacana. Dari segi hierarki tatabahasa , wacana terletak pada heirarki yang tertinggiselepas ayat, seperti yang tergambar dalam rajah berikut :Perkataan --> Ayat --> Klausa --> Frasa --> WacanaKeseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa. Berdasarkan erti
 
perkataan wacana di atas dapat disimpulkan bahawa perkataan wacana itu samadengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuhuntuk wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini. Wacana ialah
 
satu unit bahasa yang lengkap . Ia melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yanglengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:a. Pendahuluan b. Tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)c. Penutupd. graf, jadual, peta dan statistik. Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk penulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan.Untuk memperoleh gambaran yang lebih jelas, definisi wacana telah dihurai sertaditerangkan oleh beberapa tokoh bahasa di bawah ini, antaranya ialah : Asmah Haji Omar (1982)3 menegaskan bahawa wacana ialah unit bahasa yangmelebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan danperkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian,perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya.
 
Menurut beliau lagi, wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiridengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur dan sistem secara teratur. Asmah
 
telah membezakan ayat sistem daripada ayat wacana. Ayat sistem adalah ayat ataututur yang dikeluarkan dan diasingkan dari konteks wacana, sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul terdapat dalam wacana teksdan wacana lisan.Menurut Raminah Haji Sabran (1984:218) dalam bukunya yang bertajuk KajianBahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa
 
 yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat,
 
ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnyamemperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan.Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.Menurut Fokker (1951)4 pula, hubungan kesinambungan cerita itu dapatmenunjukkan secara nahuan, iaitu perujukan (verwijzing), kata-kata penghubung(verbindingswoorden) dan pengguguran (ellips). Kesatuan makna dalam wacanaseperti yang diterangkan di atas akan dilihat dari segi makna logik dan maknatautan. Makna tautan inilah yang merupakan konsep semantik dan merujuk kepada
 
perkaitan kebahasaan yang didapati pada suatu ujaran yang membentuk wacana.Stubbs, Michael menyatakan bahawa wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan unit-unitlinguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti pertukaran-pertukaranpercakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkas, yang disebut teks bagi wacanaadalah ayat bagi ujaran.Harimurti Kridalaksana (1984:204)1 menyatakan bahawa wacana adalah satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa
 
tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh
 
seperti novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya, paragraf, ayat atau kata yangmembawa amanat yang lengkap. Anton M.Moeliono (1995:407)2 mendefinisikan wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu.Henry Guntur Tarigan menegaskan bahawa wacana adalah satuan bahasa yangterlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensidan kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yangnyata disampaikan secara lisan atau tertulis.Setelah dilihat beberapa huraian tentang beberapa definisi mengenai wacana yangdiambil daripada berbagai-bagai sumber, dapat dilihat bahawa adanya persamaandan juga perbezaan pendapat mengenai dengan definisi wacana yang diperolehi dariahli-ahli linguistik ataupun penulis.Secara tuntasnya, wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala tatatingkattatabahasa dan mempunyai keteraturan fikiran logik (coherence) dan juga tautan(cohesion) dalam strukturnya. Wacana dicirikan oleh kesinambungan maklumat.Makna kesinambungan di sini adalah diertikan sebagai kesatuan makna. Terdapat
 
lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu satuan bahasa, terlengkap, mengatasiayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi, berkesinambungan, kohesi, lisan atautulisan awal dan juga akhir yang nyata.
 
3.0 Konsep wacana Wacana berasal daripada perkataan wacana berasal daripada bahasa Jawa wocono. Wocono pula daripada woco yang bermaksud baca. Dalam bahasa Inggeris,discourse berasal daripada bahasa Latin discursus yang bermakna µlarian ke dandari¶. Menurut Chafe, wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagaipengkaji. Tetapi, pada umumnya wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampauisempadan ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukarganti, dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripadaayat. Wacana, menurut beliau lagi, merujuk kepada kajian tentang unit tersebut,
 
cabang linguistik yang setara dengan cabang yang lain seperti morfologi atausintaksis.Menurut Trask, wacana dikatakan sebagai siri ujaran yang bersambungan olehseorang penutur atau lebih. Crystal menyatakan wacana dalam linguistik merujuk kepada jujuhan bahasa (biasanya lisan) yang lebih besar daripada ayat. Crystal jugamendefinisikan wacana sebagai unit perlakuan. Unit ini mempunyai status prateoridalam linguistik, iaitu seberkas ujaran yang terdiri daripada peristiwa bahasa sepertiperbualan, khutbah dan temu duga. Cook mendefinisikan wacana sebagai bahasadalam penggunaan dan untuk perhubungan (Sanat, 2002:35-36). Dijk (1997: 1-34)menyatakan konsep wacana kabur kerana tentang fenomena yang rencam. Namun, wacana menurut beliau suatu bentuk penggunaan bahasa yang melibatkankomunikasi dan interaksi. Werth (1999: 1) pula melihat wacana sebagai suatuperistiwa bahasa yang sempurna yang mempunyai awal dan akhir.Selain itu, menurut Johnstone, B. (2002:2-4), wacana dilihat sebagai contoh sebenar

Activity (14)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
嗒嗒 added this note
can i know the reference from this note ?
zaidifarhannah liked this
Azli Muda liked this
nazar mohd liked this
sazhalyana liked this
Alias Sidek liked this
Hadizatul Aisyah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->