You are on page 1of 37

TENUNAN SONGKET

NOR SHUHADA BT. MAT SHUKI


NORALFALINA BT. ALI
ILI IZDIHAR BT. MOHAMAD
SITI ZAKIAH HANIM BT. RABAEI
MUHAMMAD DANIAL B. JAMALUDIN
MUHAMMAD AFIQ B. SULAIMAN
SEJARAH SONGKET
• Songket, lambang kehalusan seni tenunan
Melayu yang diwarisi zaman berzaman.
Kemahiran dan kretiviti tukang tenun
terserlah melalui pengolahan corak dan hasil
tenunan yang indah lagi menarik.
• Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah
Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan
tenunan tempatan.
• Tenunan songket mula berkembang di beberepa
negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur
seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.
• Pada zaman silam, motif dan warna yang
terdapat pada tenunan songket melambangkan
strata atau kedudukan seseorang.
• Secara tradisi, songket ditenun dengan
menggunakan benang sutera halus dan
benang emas yang dipakai oleh kerabat diraja
Melayu dan golongan Bangsawan.
• Kini, songket ditenun dengan benang kapas
dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa
sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis
tertentu.
• Keanggunan kain songket, selain dijadikan
sebagai pakaian tradisi untuk mempamerkan dan
memperaga seni budaya, kain songket juga turut
diilhamkan melalui pelbagai barangan dalam
bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding,
sarung kusyen dan sebagainya.
• Tradisi menenun masih dapat dikekalkan dan
tidak berubah sebagaimana seratus tahun
dahulu. Alat-alat tenunan atau kek, motif dan
ragamhias tenunan itu sendiri memperlihatkan
keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan
zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini.
TOKOH SONGKET
Dayang Norsalam binti Pengiran Parsih
Adiguru Songket (1985)
Negeri : Sarawak

• Puan Dayang Norsalam dilahirkan pada tahun 1943 di


kampung Hulu Rejang, Sarikei, Sarawak. Beliau
dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang mempunyai
kemahiran menenun.
• Semasa kanak-kanak beliau pernah bersekolah, namun
beliau lebih cenderung untuk meneruskan perusahaan
warisan keluarganya. Kemahiran menenun yang
dipelajari oleh Puan Dayang sejak usia ramaja mendapat
galakan daripada keluarga.
• Beliau mengadun indah dan penuh teliti pada setiap
reka corak kain yang ditenunnya. Corak emas
rebung, kayak tersusun, bunga semalu, bunga
mawar dan bunga cabit adalah antara reka corak
yang dihasilkan oleh Puan Dayang.
• Songket tenunan Puan Dayang dikenali bukan sahaja
di Sarawak malah hingga ke Semenanjung Malaysia
dan juga Brunei. Beliau mewariskan kemahiran ini
kepada anak dan generasi muda agar ianya tidak
dilupakan begitu sahaja. Bagi menghargai usaha dan
sumbangan yang diberikan, pada tahun 1985,
Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai
ADIGURU KRAF TENUNAN SONGKET SARAWAK.
Hajah Zainab @ Ngah Bt. Mamat 
Adi guru Songket (2002)
Tokoh Kraf Negara Songket (2002)
Negeri : Terengganu
Tarikh Lahir : 22 Dis 1942

• Dilahirkan pada 22 Disember 1942 di Kampung


Gelung Gajah iaitu sebuah perkampungan kecil yang
terletak kira-kira 7km dari Kuala Terengganu. Ketika
itu Negara sedang di bawah jajahan tentera Jepun.
Dalam keadaan yang serba kekurangan pasangan
Che Mamat dan Mariam tetap menerima kehadiran
puteri kedua mereka dengan penuh kesyukuran.
• Kepayahan dan keperitan hidup akibat jepun
rupa-rupanya menjadi pendorong kepada
penduduk kampung ini untuk membina kerjaya
khususnya dalam bidang tenunan. Kemahiran
menenun kain diusahakan secara serius oleh
kaum wanita termasuk keluarga Mariam.
Pendapatan hasil menenun ini sedikit sebanyak
membantu suaminya menyara tujuh orang anak
yang masih kecil.
• Selepas menamatkan pendidikan pada tahun
1955, Hajah Zainab yang ketika itu berusia 13
tahun ditawarkan untuk menjadi guru dan
jururawat. Harapan ibu, ayah dan keluarga ingin
melihat beliau menjadi guru tidak tercapai
apabila Hajah Zainab memilih bidang tenunan
sebagai kerjayanya. Minat, semangat dan
kesungguhan akur dengan keputusan yang
diambilnya untuk menjadikan tenunan songket
sebagai mata pencarian.
• Selama penglibatan dalam bidang tenunan ini,
beliau banyak berurusan dan menerima bantuan
daripada badan-badan yang berkaitan dengan
kraftangan antaranya Kraftangan Malaysia dan
Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd.
Sokongan dari mereka turut menjadi pemangkin
terhadap kerjaya beliau. Bagi menghargai jasa dan
sumbangan beliau ,pada tahun 2002 Kraftangan
Malaysia telah melantik beliau sebagai Tokoh Kraf
Negara.
Hajah Habibah Zikri
Adiguru Songket (2007)
Tokoh Kraf Negara Songket (2007)
Negeri : Terengganu
Tarikh Lahir : 05 Feb 1948

• Hajah Habibah Zikri satu nama besar yang turut


mewarnai industri songket negara.  Beliau lahir pada 
5 Februari 1948 di Sungai Petani,  Kedah Darul Aman
di tengah-tengah keluarga yang besar.  Anak ketiga
daripada sembilan adik beradik yang terdiri daripada 
dua orang lelaki dan tujuh orang perempuan ini amat
meminati seni.
• Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Convent Sungai Petani dan kemudian
meneruskan pengajian dalam jurusan tekstil pada
tahun 1971 di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka,
Institut Teknologi MARA, kini dikenali sebagai
Universiti Teknologi MARA.  Di sinilah beliau
mendalami bidang seni khususnya dalam bidang
tekstil.   Selepas menamatkan pengajian pada
tahun 1974, beliau ditawarkan bekerja di
Kraftangan Malaysia sebagai pereka dan diberi
tanggungjawab menghasilkan rekaan baru kraf
tekstil tempatan.
• Pucuk dicita ulam mendatang, ilmu yang diperolehi di
menara gading diaplikasikan dalam bidang tugas yang
telah diamanahkan.  Semasa di Kraftangan Malaysia
beliau terus mendalami  bidang tenunan khususnya
songket.  Sebagai pereka, beliau sering turun padang
melihat dan berjumpa sendiri pengusaha-pengusaha
songket.  Beliau mendalami ilmu tenunan dengan turut
serta melakukan proses dan kerja-kerja menyongket
dari awal sehingga akhir.  Di hatinya telah tersemat
azam bahawa suatu hari nanti beliau akan menjadi
pengusaha songket yang berjaya.  Rumah tangga yang
dibina bersama Encik Shamsul Baharin Abdul Mutalib
dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. Minat dan
cita-cita dikongsi bersama suami dan keluarga.   
• Setelah sembilan tahun berkhidmat sebagai
pereka, beliau meletakkan jawatan dan
mengusahakan tenunan  songket dan cita-cita
beliau mendapat sokongan daripada suami serta
keluarga. Berbekalkan bakat serta kemahiran
sebagai pereka, Puan Habibah memulakan kerjaya
sebagai pengusaha songket. 
• Setelah lebih daripada 33 tahun menceburi
bidang Tenunan songket, Puan Hajah Habibah
telah meletakkan namanya sebagai penenun yang
terkenal dan disegani di negara ini.  Hasil ciptaan
kreatif beliau telah menyemarakkan semula
industri songket negara.
• Banyak kejayaan yang diraih  beliau sepanjang
tempoh mengusahakan tenunan songket.  Pada
tahun 1987 beliau menerima Anugerah - The Best
Traditional Textile ASEAN di Jakarta.  Beliau turut
menerima Anugerah Seni Tampak pada tahun 2002. 
• Bibah Songket merupakan mercu tanda kejayaan
Puan Habibah. Seramai 50 orang penenun songket
bernaung di bawahnya, membantu beliau
menghasilkan songket yang yang halus, cantik dan
berkualiti. 
• Songket rekaan beliau turut dijadikan sebagai setem
pos kenang-kenangan sempena pelancaran Songket
Seni Warisan Agong bersama-sama TV3 dan Pos
Malaysia pada tahun 2004.
MOTIF SONGKET
• Ragamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek
pembahagian dan penempatan beberapa bentuk
bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain.
• Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan
bunga penuh dan bunga tabur.
• Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting
iaitu unsur alam dan tumbuhan.
• Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga,
daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan.
• Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket
kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan.
• Dengan teknik menenun yang tersendiri,
kesemua bentuk motif terhasil dalam corak
geometri.
• Motif-motif pada kain songket disusun dengan
susunan bunga penuh, bunga bertabur atau
susunan bercorak.
• Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering
ditempatkan dikepala kain.
• Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan
sebagai kaki kain (border design).
SUSUNAN MOTIF SONGKET
1. Susunan bunga penuh
• corak penuh bersulam juga
dikenali songket cuban.
Motif benang emas dan
perak ditenun memenuhi
keseluruhan kain.
2. Susunan bunga tabur
• corak ditenun secara bertaburan dan tidak
terikat atau berangkai antara satu sama lain.
Motif bunga yang ditenun ialah bunga
tanjung, bunga buah cermai, bunga buah
kesemak dan lain-lain. Taburan pada kain
songket juga dilengkapi
dengan garisan corak
di kepala dan kaki kain.
3. Susunan bercorak
• susunan motif dibuat secara jaluran berdiri
atau melintang.
PROSES TENUNAN SONGKET
• KEK TENUNAN
Bahan dan Alat

Benang dan pewarna ialah bahannya. Alatnya


pula terdiri daripada kek tenunan, kek mengarat,
rahak, peleting buluh (bobbin), lidi daun kelapa,
papan gulung, anak kayu, dua belira, sikat dan
jentera, jarum culik, batang anak kayu, kayu
karat, benang losen, lidi nibung atau buluh,
benang batang bunga songket, darwin pakan,
darwin benang emas, cuban, torak pakan, torak
benang emas dan sumbi.
 Teknik dan Proses

Setelah benang dibersihkan dan dimasukkan


ke dalam pencelup warna, ia dibilas dengan
air dan dijemur hingga kering. Lapan proses
lagi yang terlibat sebelum sesuatu tenunan
boleh disiapkan ialah melerai, menganing,
menggulung, menyampuk, menghubung,
mengarak, menyolek dan menenun.
1. Melerai
Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam
sejenis alat yang bernama rahak untuk
diputarkan pada satu alat yang bernama
peleting. Proses ini dipanggil melerai. Terdapat
dua jenis rahak, iaitu darwin pakan dan darwin
emas. Darwin pakan digunakan untuk benang
pakan sahaja. Ia diperbuat daripada buluh dan
tali atau rotan. Darwin emas pula digunakan
untuk benang emas sahaja dan diperbuat
daripada kayu atau dawai kerana benang emas
kasar dan berat.
2. Menganing

Benang yang telah menjalani proses melerai


dimasukkan ke dalam alat menganing untuk
menentukan ukuran panjang benang yang
hendak dimuatkan pada alat ini. Biasanya
segulung benang pakan atau seloseng yang
berukuran 26 - 31 m boleh menghasilkan
12 - 14 helai kain.
3. Menggulung

Benang yang telah dianing akan digulung


pada papan gulung mengikut lebar gigi
jentera dan panjang losen pada papan gulung
yang hendak dipasung. Losen ialah benang
yang memanjang pada kek. Kedudukan
benang perlu diperiksa setiap tiga kali
menggulung untuk memastikan susunan
kemas.
4. Menyampuk

Menyampuk ialah proses memasukkan benang


losen ke dalam gigi jentera atau sikat. Biasanya,
proses ini dilakukan di dalam kek mengarak
supaya senang untuk menyampuk benang
kepada jentera. Setiap lubang sikat disusukan
dua urat benang losen. Pada kedua belah
hujung sikat itu disusukkan empat urat benang
supaya tepi kain tidak terkoyak apabila
disangkutkan pada kayu sumbi kain. Sumbi kain
ialah sebatang anak kayu yang mempunyai paku
di kedua-dua belah hujungnya. Sumbi kain
menjaga tepi kain tenun supaya sama jarak dan
tidak berkedut.
5. Menghubung

Menghubung ialah proses menyambungkan


benang daripada losen kepada benang yang
tertinggal pada jentera. Cara ikatannya
dipanggil ubung tindas. Proses ini bertujuan
menyambungkan benang losen untuk
menenun. Meja kecil dinamakan meja
hidangan berukuran 10 cm panjang, 8 cm lebar
dan 20 cm digunakan untuk menghubung.
6. Mengarak

Kerja mengarak dilakukan setelah selesai


proses menyampuk. Mengarak dilakukan
dengan melilit benang asing atau benang
karat kepada kayu karat, termasuk benang
losen. Jumlah karat yang digunakan biasanya
hanya dua karat dan setiap karat mempunyai
empat batang anak kayu.
7. Menyolek

Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang


paling rumit dalam proses menenun kain
songket. Cara menyolek reka corak adalah
dengan menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang
losen yang dikehendaki. Biasanya kain songket
ditenun dengan teknik tekat tiga atau tekat lima.
Jika menggunakan tekat lima, setiap lima unit
benang losen, satu benang alas ditolak ke bawah
dan benang-benang alas ini disengkang pula
dengan belira.
• Setelah benang losen berada di atas, barulah
kamu boleh menyolek dalam pelbagai corak
pada benang losen dengan menggunakan lidi
buluh. Belira dimasukkan pada setiap lidi
buluh tadi mengikut giliran. Belira ditegakkan
untuk menyenangkan ikatan benang butang.
Butang-butang inilah yang akan menjadikan
corak atau motif bunga di atas kain songket.
Apabila selesai proses menyongket, benang
losen bersama karat-karatnya ditukar ke kek
tenun untuk ditenun agar menjadi kain
songket.
8. Menenun

Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang


losen dipangkah oleh benang pakan untuk
dijadikan kain. Bagi kain songket bercorak
penuh, benang emas dilayarkan melalui torak
benang emas untuk menghasilkan sulaman
motif bunga atau hiasan reka corak penuh.
Bagi kain songket corak melintang atau corak
bunga bertabur, benang emas dilayarkan
melalui cubaan untuk mendapatkan motif-
motif yang dikehendaki.
• Lazimnya selepas satu benang emas
dilayarkan, ia dikepuh (beat) dan diikuti pula
dengan melayarkan dua benang pakan.
Penenun akan menukarkan benang butang
mengikut giliran dan corak yang telah
ditentukan. Proses ini diulangi sehingga
menghasilkan sehelai kain songket.
TIPS MERAWAT SONGKET
• Kain songket hendaklah digulung terlebih dahulu
sebelum disimpan dengan menggunakan paralon
atau karton.
• Namun, sebelum digulung kain songket hendaklah
dilapisi dahulu dengan kertas minyak, kertas roti,
atau kertas kopi.
• Dan jangan sekali-kali menggunakan kertas surat
khabar.
• Kemudian kain songket yang sudah digulung
hendaklah dibungkus dengan plastik dan
diletakkan di dalam almari dengan posisi
berdiri atau mengiring.
• Sebaik-baiknya dalam almari tersebut
diletakkan lada atau cengkih, agar serangga
tidak merosakkan kain songket.
• Dan yang terakhir, kain tidak boleh di dry clean
di laundry, atau dipanaskan di bawah sinaran
matahari, oleh itu, setelah selesai dicuci, kain
songket cukup diangin-anginkan saja.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

PENSYARAH:
EN. MAZLAN B. ABU BAKAR

You might also like