You are on page 1of 1

Sejarah dan perkembangan

Permainan bola keranjang mula dimainkan pada tahun 1891 di Springfield


Massachusetts, Amerika Syarikat. Permainan i ni dikatakan mempunyai persamaan dengan
permainan kuno kaum Indian di Mexico. Permainan tersebut dikenal sebagai pok-ta-pok. Ia
dimainkan sebagai salah satu upacara keagamaan. Dalam permainan ini para pemainan cuba
menolak bola getah dengan siku ke dalam gelung besi yang dipasangkan pada dinding kuil.
Undang-undang permainan pok-ta-pok adalah sangat kejam. Pemain pasukan yang kalah
akan dikorbankan untuk pemujaan dalam upacara agama.

Idea permainan bola keranjang disarankan oleh jurutunjuk pendidikan jasmani


bernama James Naismith. Oleh sebab itulah permainan ini asalnya dikenal sebagai “Bola
Naismith”. Idea ini timbul apabila beliau memikirkan perlu adanya permainan yang aktif di
antara musim permainan besbol dan musim bola sepak.

Permainan bola keranjang asalnya dimainkan berasaskan 13 peraturan. Peralatan yang


digunakan adalah sebiji bola dan dua batang tiang. Dua bakul dipasang pada kedua-dua
hujung tiang. Ketinggian bakul yang dipasang ialah tiga meter. Permainan ini dimainkan oleh
dua pasukan yang terdiri daripada Sembilan orang pemain dalam setiap pasukan.

Bilangan pemain dikurangkan daripada Sembilan orang kepada tujuh orang dan
akhirnya kepada lima orang sepasukan. Peralatan juga ditukar. Bakul yang berfungsi sebagai
gol ditukar kepada gelung besi dan dipasang jarring di sekelilingnya. Gelung besi ini
dipasang pada papan pantul. Nama permainan juga berubah kepada bola keranjang. Pada
tahun 1904, 1924 dan 1928 bola keranjang menjadi acara pertunjukan di Sukan Omplik. Pada
tahun 1932, Persekutuan Bola Keranjang 1932, Persekutuan Keranjang Amatur Antarabangsa
(FIBA) ditubuhkan. Persatuan ini Berjaya memasukkan bola keranjang sebagai pertandingan
dalam Sukan Omplik 1936 di Berlin, Jerman

You might also like