You are on page 1of 4

Bilangan Rakaat Solat Sunat

Terawih
Saban tahun apabila tiba sahaja kedatangan Ramadhan Al-Mubarak pasti akan berlakunya perbezaan pendapat
berkenaan bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih. Sesetengah pendapat yang agak keras menganggap pendapat
mereka adalah yang lebih tepat, dan yang menjadi mangsa pada perbalahan ini ialah dikalangan masyarakat
umum yang tidak dapat menentukan pendapat yang lebih sesuai dan tepat untuk diamalkan.
Pendirian mereka juga sering menyalahkan pendapat Imam-imam mazhab serta ummat terdahulu yang telah
beramal solat tarawih ini berdasarkan hadis Rasulallah dan perbuatan para sahabat r.a dan menyatakan bahawa
perbuatan mereka adalah bida’ah dengan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah S.W.T dengan tidak
membenarkan menambah lebih dari lapan rakaat ketika menunaikan solat sunat tarawih. Jadi untuk menjawab
permasalahan ini mari sama-sama kita melihat pendapat ulamak yang saya datangkan secara ringkas
berkenaan masalah tersebut.

Perbahasan Dari Segi Lughah ( Bahasa )


Tarawih merupakan jamak pada kata tarwihah yang bermaksud istirehat. Ibnu Manzhur berkata “Dinamakan
demikian kerana beristirehat para jemaah setiap empat rakaat di antara dua kali salam, dikatatan sekali rehat”.
Dari taarif ini menerangkan bahawa solat tarawih itu lebih rakaatnya dari lapan, kerana istilah tarwihah adalah
empat rakat yang pertama. Jika dua kali tarwihah ( istirehat ) menjadikan solat tersebut hanya lapan rakaat
sahaja, serta tidak sampai maksud jamak pada kalimah Tarawih, kerana di dalam kaedah bahasa arab jamak itu
sesuatu yang lebih dari tiga dan keatas. 

Kesimpulannya jumlah yang sebenar Solat Tarawih ialah 20 rakaat. Pendapat ini adalah mu’tamad bagi seluruh
mazhab yang empat, iaitu Al-Hanafiah, Al-Malikiyyah, As-Syafieyyah, dan Al-Hanabilah. Di sana juga ada
pendapat daripada Al-Malikiyyah yang menyatakan bahawa Solat Tarawih ini adalah 36 rakaat, tetapi pendapat
ini tidak masyhur. 

Di sini juga dapat disimpulkan bahawa pendapat yang menyatakan Solat Tarawih ini hanya lapan rakaat sahaja,
mula timbul sejak kebelakangan ini sahaja. Perbezaan pendapat ini berlaku kerana kefahaman yang salah
terhadap sunnah nabi S.A.W serta tidak mampu menggabungkan di antara hadis-hadis Rasulullah S.A.W, dan
tidak faham bagaimana hendak menyatukan antara hadis Rasulullah serta perkataan dan perbuatan para
sahabat jika berlaku perbezaan.

Pendapat Ulamak Beserta Dalil


Mazhab Syafi’e (Syafi’iyyah) mengistinbatkan bilangan rakaatnya seperti berikut:

1) Disebutkan di dalam Mukhtashar Al-Muzani:

َ ‫شرُونَ ألَ َّن ُه ُر ِو‬


‫ي َعنْ ُع َم َر َو َك َذلِ َك بِ َم َّك َة‬ َّ ‫ َرأَ ْي ُت ُه ْم بِا ْل َمدِي َن ِة َيقُومُونَ بِت ِْس ٍع َو َثالَثِينَ َوأَ َح‬:َ‫ِي رحمه هللا َقال‬
ْ ِ‫ب إِلَ َّي ع‬ َّ ‫أَنَّ ْاإلِ َما َم ال‬
َّ ‫شافِع‬
‫ث‬ َ ً
ٍ َ‫ش ِرينَ َر ْك َعة ُيوتِرُونَ بِثال‬ ْ ِ‫ َيقومُونَ ع‬.ُ

“Sesungguhnya Imam Syafi’e berkata: Aku telah melihat mereka di Madinah mendirikan (Solat Tarawih) dengan
39 rakaat, dan aku menyukai 20 rakaat kerana telah diriwayatkan dari Saidina Umar. Dan begitu juga di Makkah,
mereka mendirikan 20 rakaat dan mengerjakan Witir dengan 3 rakaat.”

2) Imam Nawawi berkata di dalam Syarh al-Muhazzab:

‫ َو َم َع‬،‫صالَ ِة ا ْل ِو ْت ِر‬َ ‫شرُونَ َر ْك َع ًة مِنْ َغ ْي ِر‬ ْ ‫ش ِري َف ُة ا ْل ُم َت َق ِّد َم ُة َوه َِي ِع‬ َّ ‫ِيث ال‬ ُ ‫يح مِنَ ال َّن َواف ِِل ا ْل ُم َؤ َّك َد ِة َك َما دَ َّلتْ َعلَى َذلِ َك ْاألَ َحاد‬ ِ ‫او‬ِ ‫صالَ ُة ال َّت َر‬
َ
َّ َ ْ
ِ ‫الراشِ ِد ُع َم َر ْب ِن الخطا‬
‫ب‬ َ َ ْ
َّ ‫سلفا َوخلفا مِنْ َع ْه ِد الخلِيف ِة‬ً َ َ ً َ ُ
َ ،‫ت األ َّمة‬ ُ ْ َ َ َّ
ِ ‫سنة َواتفق‬ ُ َّ ُّ ‫ت ال‬ِ ‫ض‬ َ َ ً ْ ْ
َ ‫صبِ ُح ثالثا َوعِ ش ِرينَ َرك َعة … َعلى ذلِ َك َم‬ ً َ َ ْ ‫ا ْل ِو ْت ِر ُت‬
‫ى َعنْ إِ َم ِام َد ِار ا ْل ِه ْج َر ِة‬ َ ‫ِف فِي َذلِ َك َفقِي ٌه مِنَ ْاالَئِ َّم ِة ْاألَ ْرب َع ِة ا ْل ُم ْج َت ِهدِينَ إِالَّ َما ُر ِو‬ ْ ‫لى َز َمانِ َنا ه ََذا … َل ْم ُي َخال‬ َ ِ‫رضي هللا عنه وأرضاه – إ‬
َْ‫الر َوا َي ِة ال َّثانِ َي ِة َع ْن ُه – ُم ْح َت ًّجا ِب َع َم ِل أَهْ ِل ا ْل َمدِي َن ِة َفقد‬ ً
ِّ ‫لى سِ تٍّ َوثالَثِينَ َر ْك َعة…فِي‬ َ ِّ ‫س رضي هللا عنه اَ ْل َق ْول ُ ِب‬
َ ِ‫ إ‬،‫الزيَادَ ِة فِي َها‬ ٍ ‫َمالِكٍ ْب ِن أَ َن‬
‫ث‬ ً
ٍ َ‫ضانَ ِبت ِْس ٍع َو َثالَثِينَ َر ْك َعة ُيوتِرُونَ ِم ْن َها ِب َثال‬ َ ‫اس َيقُومُونَ َر َم‬ َ َ
َ ‫ أدْ َر ْكتُ ال َّن‬:َ‫ي َعن َناف ٍِع أ َّن ُه َقال‬ َ ‫ُر ِو‬

“Solat Tarawih termasuk di dalam solat Nawafil yang muakkad seperti mana yang ditunjukkan perkara itu oleh
hadith-hadith yang mulia yang telah disebut terdahulu. Ia adalah sebanyak dua puluh rakaat selain dari solat
Witir. (Jika) bersama Witir maka ia menjadi 23 rakaat, atas jalan inilah berlalunya sunnah dan sepakat ummah,
dari kalangan Salaf dan Khalaf dari zaman Khulafa’ ar-Rasyidin Umar ibn Al-Khattab, semoga Allah meredhainya
dan dia meredhaiNya juga sampailah ke zaman kita ini. Tidak ada seorang pun fuqahak dari kalangan empat
imam mazhab (Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah) membantah perkara ini, melainkan apa yang
diriwayatkan dari Imam Dar al-Hijrah, Imam Malik bin Anas tentang pendapat yang lebih bilangannya pada solat
Tarawih kepada 36 rakaat.

Dalam riwayat kedua daripada Imam Malik, iaitu dengan hujahnya beramal dengan amalan penduduk Madinah
iaitu: Sesungguhnya diriwayatkan dari Nafi’ sesungguhnya dia berkata: Aku mendapati orang ramai mendiri
Ramadhan (solat Tarawih) dengan 39 rakaat dan mereka mendirikan Witir daripadanya sebanyak 3 rakaat…”

Syaikh Muhammad Ali As-Shabuni menambah:

َ ِ‫َذل‬
…‫ك‬ ْ ‫شافِع َّي ِة َوا ْل َح َنابِلَ ِة َعلَى أَ َّن َها ِع‬
‫شرُونَ َر ْك َع ًة َو َعلَى‬ َّ ‫ ه َِي الَّتِي َوا َفقَ فِي َها ا ْل ُج ْم ُهو ُر مِنَ ا ْل َح َنفِ َّي ِة َوال‬،ُ‫ورةُ َع ْنه‬
َ ‫ش ُه‬ ِّ ‫أَ َّما‬
ْ ‫الر َوا َي ُة ا ْل َم‬
‫إلج َما ُع‬ ُ َ
ْ ‫ِب ْاأل ْرب َعة َو َت َّم ْا‬ َ ْ
ُ ‫ت ال َمذاه‬ َ َ
ِ ‫ا َّتفق‬.

“Adapun riwayat yang masyhur daripada Imam Malik, iaitulah yang disepakati Jumhur ulama’ dari kalangan
Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah atas solat Tarawih itu 20 rakaat. (Oleh itu) atas sebab perkara itulah (iaitu
riwayat yang kedua ini), maka jadilah (solat Tarawih sebanyak 20 rakaat) adalah sepakat empat mazhab dan
lengkaplah (ia menjadi) ijma’.”

3) Imam Nawawi juga menyebutkan di dalam Al-Majmu’:

‫ت بِ َت ْسلِي َم َت ْي ِن… َوبِ ِه َقال َ أَ ُبو‬


ٍ ‫يح ُة أَ ْر َب ُع َر َك َعا‬
َ ‫ت َوال َّت ْر ِو‬
ٍ ‫يحا‬ َ ‫س َت ْر ِو‬ ُ ‫ت َغ ْي ِر ا ْل ِو ْت ِر َو َذلِ َك َخ ْم‬
ٍ ‫ش ِر َت ْسلِي َما‬ ْ ِ‫َم ْذ َه ُب َنا أَ َّن َها ع‬
ْ ‫شرُونَ َر ْك َع ًة بِ َع‬
ٌ‫ت َوه َِي سِ َّتة‬ ٍ ‫يحا‬َ ‫اوي ُح ت ِْس ُع َت ْر ِو‬ِ ‫ اَل َّت َر‬:ٌ‫ َو َقال َ َمالِك‬. ِ‫ور ا ْل ُعلَمَاء‬ ِ ‫اض َعن ُج ْم ُه‬ ٍ ‫دَاو ُد َو َغي ُر ُه ْم َو َن َقلَ ُه ا ْل َقاضِ ُّي عِ َي‬ َ ْ َ‫َحنِي َف َة َوأ‬
ُ ‫ص َحا ُب ُه َوأ ْح َم ُد َو‬
‫َو َثالَثِينَ َر ْك َع ًة َغ ْي ُر ا ْل ِو ْت ِر‬

“Mazhab kami sesungguhnya Solat Tarawih 20 rakaat dengan 10 salam selain Witir. Jadi ada 5 rehat, dan setiap
sekali rehat ada 4 rakaat dengan 2 salam. Dan mengikut juga pendapat inilah (iaitu 20 rakaat) oleh Abu Hanifah
dan rakan-rakannya, Ahmad, Daud (azh-Zahiri) dan selain dari mereka. Al-Qadhi ‘Iyadh juga menukilkannya dari
jumhur Ulama’. Imam Malik berkata: Sholat Tarawih ada 9 rehat iaitu 36 rakaat selain dari Witir.”

4) Imam al-Khatib Syarbini menyebutkan:

‫ِيح أَ َّن ُه ْم َكا ُنوا َيقُومُونَ َعلَى َع ْه ِد ُع َم َر‬


ٍ ‫صح‬َ ‫ضانَ لِ َما َر َواهُ ا ْل َب ْي َهق ُِّي ِبإِ ْس َنا ٍد‬
َ ‫ت فِي ُكل ِّ لَ ْيلَ ٍة مِن َر َم‬ َ ‫شرُونَ َر ْك َع ًة ِب َع‬
ٍ ‫ش ِر َت ْسلِي َما‬ ْ ِ‫اوي ُح ع‬
ِ ‫اَل َّت َر‬
ً‫ش ِرينَ َر ْك َعة‬ ْ ‫ش ْه ِر َر َمضَانَ ِب ِع‬ َ ‫ب فِي‬ ِ ‫ ْب ِن ا ْل َخ َّطا‬.
“Dan Tarawih itu 20 rakaat dengan 10 salam setiap bulan Ramadhan. Demikiannlah hadis Al-Baihaqi dengan
sanad yang shahih bahawasanya sahabat-sahabat Nabi S.A.W mendirikan sembahyang pada masa Umar bin
Al-Khattab dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat. Dan Imam Malik meriwayatkan di dalam Al-Muwaththo’
sebanyak 23 rakaat, tetapi Imam Al-Baihaqi mengatakan bahawa yang tiga rakaat yang akhir ialah Sembahyang
Witir.”

5) Imam Jalal ad-Din al-Mahalli berkata:

ِ ‫ب أَ َّن ُه ْم َكا ُنوا َيقُومُونَ َعلَى َع ْه ِد ُع َم َر ْب ِن ا ْل َخ َّطا‬


َ ‫ب فِي‬
‫ش ْه ِر‬ ِ ‫ح ا ْل ُم َه َّذ‬
ِ ‫ش ْر‬َ ‫ِيح َك َما َقال َ فِي‬ َّ ‫َو َر َوى ا ْل َب ْي َهق ُِّي َو َغ ْي ُرهُ ِباْإلِ ْس َنا ِد‬
ِ ‫الصح‬
‫ش ِرينَ َر ْك َع ًة‬ ْ ‫ضانَ ِب ِع‬ َ ‫َر َم‬

“Dan Imam Al-Baihaqi dan selainnya meriwayatkan dengan sanad yang shahih seperti yang dikatakan di dalam
Syarah al-Muhazzab bahawasanya para sahabat mendirikan sholat Tarawih pada zaman Umar bin Al-Khattab
pada bulan Ramadhan dengan dua puluh rakaat.”

6) Al-Allamah al-Imam Ar-Ramli berkata:

‫ش ْه ِر‬ ِ ‫ي أَ َّن ُه ْم َكا ُنوا َيقُومُونَ َعلَى َع ْه ِد ُع َم َر ْب ِن ا ْل َخ َّطا‬


َ ‫ب فِي‬ َ ‫ لِ َما ُر ِو‬، َ‫ضان‬َ ‫ت في ُكل ِّ لَ ْيلَ ٍة مِن َر َم‬ ْ ‫شرُونَ َر ْك َع ًة بِ َع‬
ٍ ‫ش ِر َت ْسلِي َما‬ ْ ‫َوه َِي ِع‬
ً‫ش ِرينَ َر ْك َعة‬ْ ‫ضانَ بِ ِع‬َ ‫َر َم‬
“Dan ia (Sholat Tarawih) adalah 20 rakaat dengan 10 salam pada setiap malam dari malam-malam bulan
Ramadhan kerana diriwayatkan bahawasanya para sahabat mendirikan sholat Tarawih pada zaman Umar bin
Al-Khattab pada bulan Ramadhan dengan dua puluh rakaat.”
7) Imam Zainuddin bin Abd al-Aziz al-Malibari dalam kitab Fath al-Mu’in menyimpulkan bahawa solat Tarawih
hukumnya sunat yang jumlahnya 20 rakaat:

َ ِ‫ضانَ ل َِخ َب ٍر (( َمن َقا َم َر َمضَانَ إِي َما ًنا َوا ِْحت‬
‫سا ًبا‬ َ ‫ت فِي ُكل ِّ َل ْي َل ٍة مِنْ َر َم‬ ْ ‫شرُونَ َر ْك َع ًة ِب َع‬
ٍ ‫ش ِر َت ْسلِي َما‬ ْ ِ‫س َّن ٌة ُم َؤ َّك َد ٌة َوه َِي ع‬
ُ ‫يح‬ ِ ‫صالَةُ ال َّت َر‬
ِ ‫او‬ َ ‫َو‬
‫صلَّى أَ ْر َب ًعا ِم ْن َها ِب َت ْسلِي َم ٍة لَ ْم َتصِ ُّح‬َ ‫ب ال َّت ْسلِي ُم مِن ُكل ِّ َر ْك َع َت ْين َفلَ ْو‬ ُ ‫نب ِه )) َو َي ِج‬
ِ ‫ذ‬َ ‫ِن‬
‫م‬ ‫م‬
َ َّ‫د‬ َ
‫ق‬ َ
‫ت‬ ‫ا‬‫م‬َ ُ
‫ه‬ َ
‫ل‬ ‫ِر‬
َ ‫ف‬ ‫غ‬ُ .

“Solat Tarawih hukumnya sunat, 20 rakaat dan 10 salam pada setiap malam di bulan Ramadhan. Kerana ada
hadith: Barang siapa melaksanakan (sholat Tarawih) di malam Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala,
maka dosanya yang terdahulu diampuni. Setiap dua rakaat harus salam. Jika sholat Tarawih 4 rakaat dengan
satu kali salam maka hukumnya tidak sah……”

8) Syaikh Abd al-Qadir ar-Rahbawi menyebutkan di dalam kitabnya As-Solah ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah:

‫صالَتِ ِه ْم‬ ً ‫اس أَخ‬


َ ‫ َو‬،ِ‫ِيرا فِي ا ْل َم ْس ِجد‬ َ ‫ب رضي هللا ِبف ِْعلِ ِه عِن َد َما َج َم َع ال َّن‬ ِ ‫ َوه ََذا الَّذِي َب َّي َن ُه ُع َم ُر ْب ِن ا ْل َخ َّطا‬.‫شرُونَ َر ْك َع ًة‬ ْ ِ‫َو َع َد ُد َر ْك ِعتِ َها ع‬
َ‫الراشِ دِين‬ ٌ ‫الص َحا َب ُة َعلَى َذلِ َك َولَ ْم َي ُكن لَ ُه ْم ُم َخال‬
َّ ِ‫ِف ِم َّمن َب ْع َد ُه ْم مِنَ ا ْل ُخلَ َفاء‬ َّ ‫ َو َوا َف َق ُه‬،ٍ‫ف إِ َم ٍام َوا ِحد‬ َ ‫…خ ْل‬
َ

“Dan bilangan rakaatnya (Sholat Tarawih) 20 rakaat. Dan inilah yang diterangkan oleh Sayyiduna Umar bin Al-
Khattab dengan perbuatannya ketika mengumpulkan para sahabat akhirnya dalam masjid. Dan (menyuruh)
mereka bersembahyang di belakang seorang imam. Para sahabat bersetuju atas perbuatannya itu dan tidak ada
seorangpun Khalifah yang datang selepas mereka (selepas sahabat) yang menyalahkan mereka (Umar dan
generasi sahabat yang melakukan 20 rakaat).”[29]

9) Di dalam kitab Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah disebutkan:

‫شرُونَ َر ْك َع ًة سِ َوى ا ْل ِو ْت ِر‬


ْ ِ‫يح ع‬ َ َّ‫َو َقدْ َث َّبتَ أَن‬
ِ ‫صالَ َة ال َّت َر‬
ِ ‫او‬

“Dan sesungguhnya telah tetaplah (thabit) bahawa Sholat Tarawih adalah 20 rakaat (menurut semua imam
mazhab) selain Witir.

10) Disebutkan di dalam kitab Al-Hady an-Nabawi ash-Shahih fi Solah at-Tarawih karangan Syaikh Muhammad
Ali al-Shabuni:

‫ب ال َّن ِب ِّي‬ ْ َ‫ َو َعل ٍِّي َو َغ ْي ِر ِه َما مِنْ أ‬،‫وي عَنْ ُع َم َر‬


ِ ‫ص َحا‬ َ ‫ أَ ْك َث َر أَهْ ل ُ ا ْل ِع ْل ِم َع َلى َما ُر‬:‫س َن ِن ال ِّت ْر ِمذِي‬ َ ‫َقال َ ْاإلِ َما ُم ال ِّت ْر ِمذِي فِي َجا ِم ِع ِه اَ ْل ُم‬
ُ ‫س َّمى‬
‫اس ِب َم َّك َة‬َ ‫ َو َه َك َذا أَدْ َر ْكتُ ال َّن‬: ‫شافِعِي‬ َّ ‫ِي َو َقال َ ال‬
ّ ‫شافِع‬ ُ ُ ‫ش ِرينَ َر ْك َع ًة َوه َُو َق ْول‬
َ ‫س ْفيَانَ ال َّث ْو ِري َوإِ ْب ِن ا ْل ُم َب‬
َّ ‫ار َك َوال‬ ْ ِ‫ ع‬:‫صلى هللا عليه وسلم‬
‫ أهـ‬. ‫ش ِرينَ َر ْك َع ًة‬ ْ ِ‫صلُّونَ ع‬ ‫ي‬
َ ُ .

“Al-Imam At-Tirmizi berkata di dalam kitab Jami’nya yang bernama Sunan at-Tirmizi: Kebanyakan Ahl al-Ilm di
atas pendapat seperti yang diriwayatkan dari Sayyidina Umar, Sayyiduna Ali dan selain keduanya dari para
sahabat Nabi iaitu (mendirikan sholat Tarawih sebanyak) 20 rakaat. Ia adalah pendapat Sufyan ath-Thauri, Ibn
Al-Mubarak, Syafi’e. Imam Syafi’e berkata: Dan beginilah aku mendapati orang ramai di Makkah mereka
mendirikan (solat Tarawih dengan ) 20 rakaat.”

Ibn Rusyd menyebut di dalam Bidayah al-Mujtahid:

‫شافِعِي َوأَ ْح َم ُد اَ ْلقِ َيا ُم‬


َّ ‫ار َمالِ ٌك – فِي أَ َح ِد َق ْولَ ْي ِه – َوأَ ُبو َحنِي َف َة َوال‬
َ ‫ا ِْخ َت‬
‫ش ِرينَ َر ْك َع ًة سِ َوى ا ْل ِو ْت ِر‬
ْ ‫ ِب ِع‬.

“Imam Malik telah memilih –dalam salah satu di antara dua pendapatnya-,
juga Abu Hanifah, Syafi’e, Ahmad dengan 20 rakaat selain Witir.”

Seterusnya Syaikh Muhammad Ali As-Shabuni menyebutkan:


“Bahawa kedua Haramaian (Masjidil Haram dan Masjid Nabawi) juga menjadi panduan dan ikutan kita dalam
perkara Solat Tarawih 20 rakaat ini yang mana kedua-dua masjid suci ini mendirikan Solat Tarawih dengan 20
rakaat sejak zaman dahulu lagi sehingga sekarang.”

Kesimpulan
Daripada pendapat yang mampu saya lampirkan ini, kita melihat bahawa seluruh para ulamak salaf dan khalaf
bersepakat bahawa Solat Tarawih itu adalah 20 rakaat, dan ia adalah sunat muakkad semata-mata tidak sampai
hukumnya ke tahap wajib. Sesiapa yang meninggalkanya, maka hilang padanya ganjaran pahala yang besar
dibulan Ramdhan yang mulia ini. Perbincangan ini juga jauh sekali hendak menyatakan bahawa mereka yang
mengerjakan solat lapan rakaat itu salah, tetapi ingin menerangkan bahawa Solat Tarawih yang sebenar adalah
20 rakaat, dan selain pada jumlah tersebut kurang tepat untuk kita labelkan ia sebagai solat tarawih yang
sebenar berdasarkan pendapat-pendapat ulamak yang telah saya nyatakan sebentar tadi. Waallahuaalam.

Mohamad Hanif Haron


Pengerusi Felo MANHAL

You might also like