You are on page 1of 1

PROTEC DRIVE

Katakanlah bahawa anda mempunyai cyber café yang dilengkapi dengan 1 Tb permainan yang hebat. Anda tidak
mahu ada permainan yang anda salin oleh beberapa pengunjung yang nakal atau anda takut bahawa seseorang
akan mengubah permainan tersebut tanpa izin anda. Mengapa anda tidak menghalang drive tersebut sehingga tak
seorang pun dapat memasuki drive tersebut, kecuali anda dan seseorang yang tahu tentang kemahiran ini.

Mari kita mulakan. Aktifkan Run dengan menekan logo Windows + R pada keyboard anda dan taip gpedit.msc dan
klik Ok. Navigasi melalui entri berikut:

User Configuration>> Administrative Templates>> Windows Component>> Windows Explorer

Cari entri seperti ini: Prevent Access Drive from My Computer.

Klik dua kali padanya. Pilih drive yang anda inginkan untuk mencegah daripada diakses oleh orang lain. Klik
pada Apply.

Anda tidak perlu restart PC anda kerana sebarang perubahan ketetapan ini berlaku sebaik sahaja konfigurasi
tersebut diubah. Seseorang yang ingin mengakses masuk ke drive yang telah disekat tersebut akan mendapat satu
mesej amaran.

Untuk menyah-aktifkan sekatan, hanya kembalikan konfigurasi tersebut kepada “Not Configured”. Saya sarankan
anda untuk menggunakan kemahiran ini jika anda menyimpan banyak maklumat rahsia. Ingat! cara ini tidak memberi
kesan kepada penceroboh yang mahir atau seseorang yang tahu cara ini.

You might also like